Upload
others
View
45
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
Program Bahasa Malaysia Sekolah Menengah Edubest
Tahap SM4
Modul 404B-1 Sistem & Aplikasi Bahasa
Nama : _____________________________
Format Peperiksaan Bahasa Melayu SPM Mulai 2021
Ujian Bertulis
Kertas 1 (2 jam)
A (30%) : 1 Karangan Bahan Rangsangan (Kombinasi Pelbagai Bahan Rangsangan)
B (70%) : Karangan Umum (pilih 1 daripada 4 soalan)
4 domain : individu (diri), awam (masyarakat), pendidikan, kerjaya
Kertas 2 (2 jam 30 minit)
A (35%) : Sistem dan Aplikasi Bahasa
1. Morfologi (6%-8%)
2. Sintaksis (6%)
3. Penyuntingan (Membetulkan kesalahan bahasa) (11%-13%)
4. Bahasa Melayu Standard (Bahasa Melayu Klasik -> Bahasa Melayu
Standard) (6%)
5. Peribahasa (4%)
B (35%) : Pemahaman
6. Pemahaman petikan umum (4 soalan ; 12 %)
7. Pemahaman petikan sastera (antologi) (4 soalan ; 13%)
8. Novel (2 soalan; 10 %)
C (30%) : 9. Rumusan (30%)
Ujian Lisan
Kertas 3 (70%) : Ujian Bertutur
A (40%) : 1 petikan / bahan rangsangan setiap calon; bersoal jawab dengan pentaksir (3-5 minit)
B (30%) : 1 tajuk / tema umum; perbincangan dalam kumpulan 3-5 orang (12-15 minit)
Kertas 4 (30%) :Ujian Mendengar (30 minit)
4-6 petikan; jawab semua 20-25 soalan Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
A. Morfologi
Kata Kerja dan Kata Sendi Nama
Baca petikan di bawah dengan telitinya dan senaraikan dua kata kerja tak
transitif berpelengkap dan dua kata sendi nama. Kemudian anda dikehendaki
membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk
menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak
boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan
itu sebagai peribahasa atau kata nama khas.
Amin dan Razak tidak lagi bertegur sapa selepas mereka bergaduh tempoh hari.
Kawan-kawan yang lain cuba meleraikan perselisihan faham mereka tetapi gagal.
Sesiapa yang cuba membangkitkan perkara ini akan diherdik oleh Amin dan Razak.
Oleh hal yang demikian, hubungan mereka bertambah buruk. Amin menganggap
bahawa Razak yang bersalah dalam hal ini. Razak pula menganggap bahawa Amin
terlalu sensitif.
Dua kata kerja tak transitif berpelengkap :
Dua kata sendi nama :
Ayat daripada kata kerja tak transitif berpelengkap:
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
Ayat daripada kata sendi nama:
i. _________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________
[6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 1
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
B. Sintaksis
Tukarkan ayat silaan dan ayat permintaan yang bergaris dalam petikan di bawah
kepada ayat penyata.
Tuan-tuan dan puan-puan yang kami hormati,
Sila ambil perhatian,
(1) Sesiapa yang belum mendaftarkan diri untuk menyertai pameran buah-buahan,
silalah berbuat demikian sekarang di kaunter urus setia pameran.
(2) Minta tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai pertandingan buah-buahan berada
di gerai masing-masing pada pukul 9.00 pagi.
(3) Tolong labelkan buah-buahan anda dengan label yang telah diberikan mengikut
kategori yang telah ditetapkan.
(4) Sila ambil perhatian. Para hakim akan membuat pengadilan bermula pada pukul
9.30 pagi.
(5) Tolong pastikan gerai anda kemas dan bersih.
(6) Jika ada apa-apa masalah, sila berjumpa dengan pihak urus setia.
Tuan-tuan dan puan-puan serta pengunjung yang dihormati, jemputlah masuk ke
dalam dewan pameran ini kerana semua gerai sudah bersedia untuk menerima
kunjungan anda.
[6 markah]
1. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
2. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3. __________________________________________________________________
__________________________________________________________________
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 2
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
4. __________________________________________________________________
5. __________________________________________________________________
6. __________________________________________________________________
C. Penyuntingan Bahasa
Nota :
Kesalahan Tatabahasa Kesalahan Ejaan
• Kata tugas
• Ayat
• Istilah
• Imbuhan
• Hukum DM
• Kata majmuk
• BA→ BM
• Vokal
• Tanda baca (A/a; “ ”; “-”)
• Imbuhan (gg/kk)
Petikan di bawah mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikannya lebih
daripada tiga belas kesalahan yang terdapat dalam petikan. Anda tidak perlu
menyalin pelikan tersebut.
Mereka yang lahir sebelum tahun 1990an, pastinya mempunyai pengalaman bermain
permainan tradisional seperti batu Seremban, galah panjang, tarik upih, congkak,
baling selipar, tengteng, gasing dan sepak raga.
Namun, dek peredaran masa, proses pembandaran dan perkembangan teknoloji
menyebabkan permainan berkenaan terkena tempias yang mengakibatkannya kian
pupus ditelan zaman. Perkara itu Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 3
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Universiti Putra Malaysia (UPM) akui, Prof Dr Abdul Muati Ahmad bila banyak
generasi muda hari ini langsung kurang mengetahui permainan terbabit.
Sudah tentu scenario itu sesuatu yang merugikan kerana permainan berkenan
sebahagian daripada kazanah warisan masyarakat Melayu yang dilupai sedangkan
permainan ini mempunyai nilai sendiri dan perlu di pelihara.
No. Kesalahan Pembetulan
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
[13 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 4
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
D. Alih Bahasa
Nota :
Bahasa Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan oleh masyarakat Melayu
selepas kedatangan Islam ke Nusantara. Sebelum itu, masyarakat Melayu
menggunakan bahasa Melayu Kuno.
Bahasa Melayu Klasik mempunyai ciri-ciri yang berikut:
i. Ayatnya panjang, berulang, dan berbelit-belit
ii. Banyak menggunakan ayat pasif dan susunan songsang
iii. Kosa kata klasik yang digunakan adalah seperti ratna mutu manikam, edan
kesmaran (mabuk asmara), sahaya, masyghul (bersedih)
iv. Kata pangkal ayat seperti sebermula, alkisah, hatta, adapun banyak digunakan.
v. Partikel pun dan -lah juga banyak digunakan.
vi. Aksara jawi banyak digunakan, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa
Arab yang telah ditambah dengan beberapa huruf tambahan.
vii. Pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dimasukkan dalam pelbagai bidang
Bahasa seperti bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan,
pemerintahan dan pentadbiran, perubatan, falsalah, tasawuf dan kata-kata
umum.
viii. Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu
seperti frasa ketahuilah olehmu, maka kemudian daripada itu, atau pada ayat
sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan ayat bentuk ini wujud hasil
daripada terjemahan harfiah daripada teks bahasa Arab.
Kaedah untuk Menukarkan Bahasa Melayu Klasik kepada Bahasa Melayu Standard
a. Baca dan fahami petikan bahasa Melayu klasik untuk memahami maksud
secara keseluruhan.
b. Kenai pasti watak dan peranannya.
c. Perkataan seperti; hatta, arakian, syahadan, dan kalakian digugurkan kerana
tidak digunakan dalam bahasa Melayu Moden.
d. Namun demikian, kosa kata daripada bahasa istana seperti beradu, santap,
mangkat, bersiram, gering dan sebagainya hendaklah dikekalkan.
e. Kata ganti nama diri seperti baginda, bonda, anakanda, permaisuri, kekanda
dan lain-lain juga dikekalkan.
f. Proses alih bahasa hendaklah dilakukan ayat demi ayat seperti menukarkan
ayat cakap ajuk kepada ayat cakap pindah.
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 5
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
g. Semua dialog yang terdapat dalam teks klasik hendaklah ditukarkan dalam teks
bahasa standard.
h. Jangan mentafsir atau membuat ulasan cerita dalam teks tersebut kerana anda
akan menyebabkan berlaku tokok tambah isi atau fakta. Hal ini menyebabkan
isi terpesong.
i. Keseluruhan teks hendaklah dialihbahasakan. Jangan tinggalkan atau gugurkan
mana-mana ayat atau bahagian teks.
j. Anda boleh mengganti sesetengah kata/diksi sekiranya perlu diubah asalkan
tidak mengubah maksud asal kata tersebut.
k. Setiap ayat yang dibuat perlu memperlihatkan kohesi dan koheren sehingga
menghasilkan alih bahasa yang tepat.
Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan telitinya. Kemudian tulis
petikan tersebut semula dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan
maksud asalnya.
Setelah datang kepada Patih Gajah Mada, Kertala Sari pun duduk menyembah.
Maka kata Patih Gajah Mada, "Hai anakku Kertala Sari, sebab aku menyuruh
memanggil anakku ini, kerana pesan bapamu kepada aku, "Jangan tiada dikasihi
anakku ini, kerana bapamu sudahlah mati dengan pekerjaan Seri Betara. Akan
sekarang anakku hendak dijadikan penggawa agung."
Setelah Kertala Sari mendengar kata Patih Gajah Mada itu, maka Kertala Sari
pun terlalu sukacita hatinya, seraya menyembah kaki Patih Gajah Mada.
(Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan'(Hal.29)
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,)
Kementerian Pendidikan Malaysia
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(6 markah)
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 6
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
E. Peribahasa
(a) Baca ayat-ayat di bawak dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang
sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
Zainal tahu bahawa dia sering dipandang rendah dan dihina oleh penduduk
kampung disebabkan hidupnya yang serba daif. Kadangkala, kata-kata hina yang
dilontarkan oleh pemuda-pemuda yang nakal terhadapnya amat melukakan
perasaannya. Namun, Zainal cuba menghadapi segala cabaran tersebut dengan tenang.
Dia tahu sebagai manusia, kesilapan tidak dapat dielakkan. Dalam hatinya, Zainal
sentiasa memaafkan mereka.
i.
ii.
iii.
(b) Isi setiap tempat kosong dalam ayat di bawah dengan peribahasa yang sesuai.
Setiap orang pasti ingin mencapai kejayaan dalam hidup. Oleh itu, kita perlu
berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan yang tentunya tidak mudah untuk
dicapai dalam masa yang singkat kerana (i) _____________________________ .
Lantaran itu, kita tidak wajar bersikap tamak dalam mengejar sesuatu yang
diidamkan bagi mengelakkan (ii) _________________________________________
kerana kita sendiri yang akan menanggung kerugian. Setelah mencapai kejayaan,
jangan menjadi (iii) _______________________________________ , sebaliknya
hargailah pertolongan orang-orang yang telah membantu kita mencapai kejayaan
tersebut.
[6 markah]
Program Bahasa Melayu Edubest - SM403B-1 7
Progra
m B
ahasa M
elayu E
dubest
Pelan Lokasi
@
Pusat Tuisyen Didikan Genius
No.2-1, Jalan 4/109E, Desa Business Centre, Taman Desa, 58100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-7983 7650
http://www.edubest.com.my