Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

  • Upload
    amai

  • View
    241

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    1/12

    TAJUK 2 MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI

    PENGENALAN

    Bahasa adalah perantara untuk berkomukasi sesama mereka. Manusia perlu berkomunikasi kerana

    itulah lumrah kehidupan manusia yang saling memerlukan di antara satu sama lain dalam setiap aspek

    kehidupan. Tanpa keupayaan berbahasa, adalah sukar seseorang itu hendak meluahkan perasaannya,

    menyampaikan ideanya kepada orang lain, dan sebagainya.

    Bab ini akan membincangkan tentang masalah bahasa dan komunikasi yang meliputi masalah bahasa,

    masalah pertuturan, dan masalah kefasihan. Perbincangan akan tertumpu kepada jenis masalah, punca

    masalah dan cara membantu kanak-kanak yang menghadapai masalah tersebut.

    Bagi anda yang telah mengambil mata pelajaran HBSL 1103: Pengenalan Pendidikan Kanak-kanak

    Masalah Pembelajaran, anda akan dapati bahawa tajuk ini adalah sama dengan tajuk 3 (Kanak-kanak

    Masalah Komunikasi) dalam mata pelajaran tersebut. Ini kerana tajuk ini membicarakan perkara yangsama dan ditulis oleh penulis yang sama juga.

    OBJEKTIF

    Pada akhir bab ini, anda seharusnya dapat:

    1. membezakan antara masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan;

    2. mengenal pasti punca masalah bahasa, pertuturan, dan kefasihan; dan

    3. menjelaskan cara-cara yang dapat dilakukan untuk membantu mengatasi masalah

    bahasa, pertuturan, dan kefasihan

    .

    GAMBARAN KESELURUHAN TAJUK

    Masalah Bahasa dan Komunikasi

    Bahasa Pertuturan Kefasihan

    - jenis masalah - jenis masalah - jenis masalah

    - punca - punca - punca

    - cara membantu - cara membantu - cara membantu

    2.1 Masalah Bahasa

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    2/12

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    3/12

    percakapan.

    Berdasarkan definisi masalah bahasa di atas, masalah-masalah yang dihadapi adalah seperti berikut;

    i. Fonologi

    Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan menghadapi

    masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap membuat kesalahan

    menggantikan bunyi dalam perkataan seperti nama untuk mama, blink

    untuk drink.

    ii. Morfologi

    Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan imbuhan

    yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan penggunaan tenses yang

    salah (bahasa Inggeris).

    iii. Sintaksis

    Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan kesalahan

    tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam menyusun dan

    menyampaikan pendapat yang kompleks.

    iv. Semantik

    Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan perbendaharaan kata

    yang lemah, menggunakan makna perkataan yang tidak sesuai, dan tidak

    berupaya memahami makna perkataan.

    v. Pragmatik

    Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan kanak-kanak

    memahami atau menggunakan bahasa dalam konteks atau perbualan dalam

    situasi yang berbeza.

    Aktiviti 2.1

    Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, bincangkan masalah bahasa yang ditunjukkan oleh pelajar-

    pelajar anda dengan memberi contoh yang sesuai bagi setiap aspek bahasa di atas.

    2.1.1 Punca Masalah Bahasa

    Antara punca masalah bahasa adalah:

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    4/12

    Kelewatan bahasa

    Ada kanak-kanak yang memperolehi bahasa lewat daripada kebiasaannya. Sesetengah kanak-kanak akan

    dapat menguasai bahasa walaupun agak lambat daripada yang lain, tetapi terdapat juga kanak-kanak

    yang tidak menunjukkan perubahan dan memerlukan intervensi awal untuk membantunya.

    Aphasia

    Aphasia merujuk kepada masalah bahasa akibat daripada ketidakupayaan untuk membentuk, atau

    memperoleh semula, dan memberi makna kepada simbol-simbol arbitrari bahasa (Holland & Reinmuth,

    1982). Aphasia berpunca daripada kerosakan otak. Bagi kanak-kanak kerosakan otak berpunca akibat

    kecederaan otak semasa lahir atau ketumbuhan (tumor) otak. Manakala bagi orang dewasa pula

    mungkin akibat daripada strok atau kecederaan akibat kemalangan.

    Gangguan proses auditori pusat (Central auditory processing disorders /CAPD)

    Semasa berkomunikasi, telinga dan otak akan menerima maklumat auditori (pendengaran) danmenterjemahkannya. Kanak-kanak yang mempunyai CAPD tidak mengalami masalah pendengaran

    (pekak), tetapi atas sebab tertentu otak tidak dapat menterjemah maklumat auditori yang diterima

    daripada telinga dengan baik.

    Setakat ini anda diharap sudah dapat memahami tentang masalah bahasa secara am. Anda perlu

    membuat bacaan tambahan untuk menambahkan lagi maklumat dan pengetahuan anda tentang tajuk

    ini.

    Apakah masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran?

    Kanak-kanak masalah pembelajaran kebiasaannya menghadapi masalah bahasa yang serius. Masalah

    bahasa yang mereka hadapi lebih tertumpu kepada ketidakupayaan memperoleh dan menguasai bahasa

    penerimaan yang tepat, ketidakupayaan memproses bahasa dengan tepat, dan ketidakupayaan

    menguasai serta melahirkan bahasa pelahiran.

    Masalah bahasa yang dihadapi oleh kanak-kanak masalah pembelajaran secara khusus adalah seperti

    berikut:

    i. mengingat kembali perkataan

    ii. menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak

    iii. memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna

    iv. menggunakan ayat yang betul dan lengkap

    v. meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami

    vi. menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis

    vii. memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain

    viii. mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan pendengar yang berbeza

    Latihan 2.2

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    5/12

    Dengan memberi contoh setiap masalah bahasa yang ditunjukkan oleh kanak-kanak masalah

    pembelajaran, bincangkan langkah-langkah pengajaran yang anda boleh lakukan untuk membantunya

    mengatasi masalah tersebut.

    2.1.2 Intervensi Pengajaran Bahasa

    Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah diberi perhatian untuk

    dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untk membantu memulihkan atau mengurangkan masalah

    yang dihadapi oleh kanak-kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-

    kanak terutamanya kanak-kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik

    pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak tersebut. Di antara intervensi

    pengajaran bahasa yang mungkin dapat membantu kanak-kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa

    mereka adalah seperti berikut:

    i. Ajar bahasa di dalam situasi

    Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-kanak memahami isi pelajarandan seterusnya menguasai kemahiran bahasa yang diajar. Contoh: membantu ayah di kebun.

    ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal

    Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-kanak mengikut peringkat

    umur mereka.

    iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika memperkenalkan konsep baru

    Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak masalah

    pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT, kaedah fonik dan sebagainya.

    iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukanKanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran mereka. Satu cara mudah

    merangsang mereka bercakap adalah dengan meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka

    sedang fikirkan atau perkara yang mereka sedang lakukan.

    v. Terangkan apa yang orang lain lakukan

    Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan perkara yang

    dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih mudah dilakukan oleh kanak-

    kanak masalah pembelajaran.

    vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang khusus

    Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat meniru kemahiran

    bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh dajar dengan cara guru menunjukkan

    cara bacaan yang betul atau menayangkan rakaman pembaca berita TV membaca berita.

    vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa dalam lingkungan

    konteksnya

    Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan untuk menyediakan

    pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari. Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh

    digunakan sebagai bahan atau tema pengajaran bahasa.

    Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak masalah

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    6/12

    pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.

    Latihan 2.3

    Apakah yang dimaksudkan dengan intervensi awal?

    Apakah bentuk intervensi awal yang boleh dilakjukan untk membantu kanak-kanak yang menghadapi

    masalah bahasa.

    2.2 Masalah Pertuturan

    Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat

    artikulasi, pernafasan, dan suara. Pertuturan melibatkan simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam

    bentuk bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan bertukar-tukar fikiran.

    2.2.1 Unsur-unsur pertuturan

    Pertuturan mempunyai empat unsur, iaitu suara, bunyi atau talun (resonance), artikulasi, dan

    kelancaran.

    a. Suara terbentuk dalam tiga komponen iaitu (1) pic (pitch) yang merujuk kepada tinggi rendah nada

    suara, (2) kekuatan, atau kenyaringan suara, dan (3) kualiti suara.

    b. Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan ada kalanya dianggap sebagai

    sebahagian daripada suara. Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula yang suaranya

    lemah atau pun terlalu nyaring.

    c. Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, lelangit, dan pergerakan lidah untuk mengeluarkan bunyi-

    bunyi bahasa.

    d. Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau tersekat-sekat yang boleh

    mengganggu komunikasi.

    2.2.2 Kategori masalah pertuturan

    Apakah yang dikatakan pertuturan normal?

    Pertuturan yang normal merujuk kepada keupayaan mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa melalui mulut,

    dilafazkan dengan baik, mempunyai kualiti semula jadi, rentak dan kadar yang baik, dan mempunyai

    perbendaharaan kata yang mencukupi sesuai dengan peringkat umur.

    Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah

    suara, dan masalah kelancaran.

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    7/12

    i. Masalah artikulasi

    Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal,

    sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat atau percakapan yang tidak sesuai. Masalah

    artikulasi terdiri daripada perkara-perkara berikut:

    penggantian

    pengguguran

    pengubahan, dan

    penambahan

    Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan dengan bunyi yang

    lain, misalnya malan untuk makan wabbit untuk rabbit. Kesilapan ini sering berlaku kepada

    kanak-kanak yang masih belum matang.

    Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi konsonan.

    Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya idung untuk

    hidung, besa untuk besar, dan lain-lain.

    Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan maknanya.

    Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan sip disebut shlip.

    Sekiranya untuk perkataan susah, konsonan s disebut dengan hembusan angin yang kuat atau

    keterlaluan boleh mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya sssyusyah

    Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan seperti bawa disebut bawah

    atau bawuah, animal disebut ammanimal atau ammaminal.

    a) Punca masalah artikulasi

    Masalah artikulasi boleh dikaitkan dengan beberapa faktor yang menyebabkan gangguan artikulasi. Di

    antaranya adalah seperti sumbing bibir atau sumbing lelangit, kecacatan lidah, penyakit ataupun

    kecacatan pada hidung atau tekak, kelumpuhan otak, peniruan pertuturan yang salah ketika mula

    belajar bercakap sewaktu kanak-kanak, dan juga faktor persekitaran.

    Sumbing, iaitu kecacatan lelangit atau bibir ialah kerenggangan tulang mulut, tisu lembut, dan struktur

    bahagian atas bibir yang mengganggu pengeluaran udara melalui hidung dan menghasilkan suara yang

    sengau.

    Masalah pertuturan juga boleh berpunca daripada kelumpuhan otak (brain damage) yang mengawal

    sistem saraf tunjang dan pergerakan otot alat pertuturan. Kanak-kanak akan menjadi sukar menerima

    atau mengeluarkan bunyi atau suara yang betul.

    Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur dengan meniru pertuturan orang dewasa.

    Kebiasaannya sebutan perkataan sengaja tidak lengkap bagi memudahkan mereka meniru sebutan

    perkataan. Mereka juga menyebut perkataan dengan pelat, misalnya nacik untuk nasi, be ak

    untuk berak dan sebagainya. Sekiranya kesilapan sebutan ini tidak dibetulkan, maka kanak-kanak

    tersebut akan mengalami masalah menyebut perkataan dengan betul.

    Faktor persekitaran juga mempengaruhi keupayaan bertutur kanak-kanak misalnya persekitaran

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    8/12

    keluarga yang tidak banyak bercakap, menggunakan dua atau lebih bahasa , tekanan emosi, atau juga

    kanak-kanak yang terbiar tanpa bimbingan orang dewasa sebagai model..

    b) Strategi Intervensi Masalah Artikulasi

    Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk membantu kanaka-kanak yang menghadapi

    masalah artikulasi sebelum masalah itu berlarutan dan memberi kesan yang negatif kepada kanak-kanak

    tersebut. Di antaranya adalah seperti terapi pertuturan, pendekatan interaktif, dan komunikasi

    tambahan (augmented communication).

    Terapi Pertuturan

    Ahli terapi pertuturan akan menjalankan terapi bersama kanak-kanak secara individu, dalam kumpulan

    kecil, atau secara terus di dalam kelas untuk mengatasi masalah pertuturan kanak-kanak. Di antara

    strategi yang digunakan adalah:

    aktiviti intervensi bahasa iaitu ahli terapi pertuturan akan berinteraksi dengan kanak-kanak danbercakap dengan mereka. Bahan-bahan seperti gambar, buku, objek, atau peristiwa yang berlaku

    digunakan untuk merangsang perkembangan bahasa kanak-kanak . Ahli terapi juga akan menunjukkan

    cara penyebutan yang betul dan menggunakan kaedah latih tubi untuk membina kemahiran bertutur

    dan juga bahasa.

    Terapi artikulasi (alat pertuturan), iaitu melibatkan artikulasi, penghasilan bunyi, dan latihan-latihan

    melalui tunjuk cara penyebutan yang betul kepada kanak-kanak. Terapi ini dilaksanakan melalui aktiviti

    permainan. Misalnya ahli terapi akan menunjukkan cara menyebut sesuatu huruf, misalnya r . Selain

    itu dia juga akan menunjukkan cara bagaimana lidah perlu digerakkan untuk menghasilkan bunyi r

    sebut.

    Pendekatan Interaktif

    Melalui pendekatan interaktif ini, ahli intervensi yang mungkin terdiri daripada ibu bapa, guru

    pendidikan khas, atau ahli terapi pertuturan akan cuba menggunakan sifat semula jadi kanak-kanak

    untuk bercakap tentang apa yang dia sedang lakukan, merancang untuk lakukan, ataupun perkara yang

    dia ingin lakukan. Sesi pemulihan ini dilakukan semasa kanak-kanak sedang bermain, makan, atau

    semasa pergi ke restoran dengan menggunakan bahasa dan sebutan yang betul. Menurut Bloom (1991),

    tujuan pendekatan ini adalah untuk merangsang kanak-kanak supaya kanak-kanak banyak. Justeru,

    sebutan mereka akan menjadi lebih tepat di samping meningkatkan lagi perbendaharaan kata mereka.

    Komunikasi Tambahan

    Ada kalanya terdapat kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang mengalami masalah pertuturan yang

    serius tidak dapat bercakap dengan baik. Oleh itu, komunikasi tambahan diperkenalkan kepada kanak-

    kanak ini. Satu bentuk komunikasi tambahan adalah bahasa isyarat kod tangan yang biasanya digunakan

    oleh golongan masalah pendengaran.

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    9/12

    ii. Masalah suara

    Masalah atau gangguan suara melibatkan kualiti bunyi (akustik) suara yang tidak normal atau luar biasa

    yang dihasilkan ketika kanak-kanak bercakap. Semua suara berbeza dari segi nada, kualiti suara, dan

    punca suara dihasilkan. Suara kurang menyenangkan apabila dikeluarkan secara sengau, serak atau

    garau (hoarseness), dan berbisik. Semua ini akan mengganggu komunikasi yang berkesan.

    Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang sepatutnya keluar melalui rongga mulut

    telah keluar mengikut rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadikan suara sengau atau seperti

    hidung tersumbat . Oleh itu kanak-kanak sumbing akan menyebut kebanyakan konsonan secara sengau

    kecuali bunyi vokal dan bunyi-bunyi konsonan n, m, dan ng .

    Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah bersifat sementara dan akan pulih

    apabila tekak diubati dan kekuatan bunyi pertuturan dikurangkan.

    Guru akan dapat mengenal pasti pelajarnya yang menghadapi masalah suara berdasarkan petunjuk-

    petunjuk berikut:

    i. suara sengau

    ii. suara orang yang sesak nafas

    iii. suara berbunyi kasar atau suara seperti orang menarik nafas sambil

    bercakap

    iv. suara sangat perlahan

    v. bercakap seperti berlagu

    vi. bercakap senada (monotone voice)

    vii. pic (pitch) suara biasanya tinggi atau rendah

    viii. corak penekanan perkataan dalam ayat yang berlainan daripada biasa, dan

    ix. bersusah payah menyebut perkataan ( cth: mengejip mata, muka berkerut, menggenggam tangan,dsb)

    Bagi kanak-kanak yang mengalami masalah suara, mereka boleh dipulihkan melalui intervensi terapi

    pertuturan seperti yang dibincangkan sebelum ini.

    Latihan 2.4

    Dapatkan rajah alat artikulasi (pertuturan) dan bincangkan bagaimana setiap bahagian artikulasi itu

    memain peranan dalam mengeluarkan bunyi-bunyi huruf.

    iii. Masalah kelancaran

    Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan pertuturan

    seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang

    dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang, tersekat-sekat, dan diikuti

    ketegangan otot tekak. Keadaan ini terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada

    penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap berlaku secara berselang-seli di antara

    pertuturan normal dan gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.

    Terdapat beberapa fakta yang berkaitan dengan gagap. Di antaranya adalah:

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    10/12

    gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak (2-4 tahun), tetapi akan beransur-ansur

    pulih setelah melalui pengalaman interaksi dengan persekitaran,

    Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita, dan

    gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetik keluarga.

    Individu yang gagap akan menunjukkan ciri-ciri tertentu pertuturannya. Namun dari segi fizikal individu

    yang gagap tidak ada perbezaan dengan individu normal. Di antara ciri individu yang gagap adalah

    seperti berikut:

    Pertuturan tidak lancar kerana secara tidak sengaja kerap mengulang-ulang menyebut perkataan dan

    pemanjangan bunyi perkataan .

    Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf yang sama .

    Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.

    Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah nada dan kadar pertuturan, memejamkan

    mata, mengulang suku kata, perkataan atau frasa, dan menggerakkan tangan semasa bertutur.

    a) Punca masalah gagap

    Banyak faktor yang dikaitkan sebagai punca kepada masalah gagap. Berdasarkan pendapat daripada

    beberapa penulis, punca masalah gagap dapatlah dirumuskan seperti berikut.

    Ketidakstabilan mekanisme neuromuscular untuk pertuturan ketika peringkat awal kanak-kanak. Ketikakanak-kanak sudah mula mahu bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil.

    Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan berulang-ulang.

    Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya persekitaran rumah yang tidak

    selamat dan tidak menggembirakan serta hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu

    bapa.

    Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan mempunyai masalah kesihatan.

    Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang terutamanya ibu atau bapa,

    pengalaman yang menakutkan, dan menghidap sesuatu penyakit.

    Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.

    Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar kemungkinan masalah gagap akan

    diturunkan kepada anak-anak mereka.

    Seseorang yang mahir tangan kiri boleh menjadi gagap sekiranya dipaksa menggunakan tangan kanan

    untuk menulis atau membuat sebarang kerja.

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    11/12

    b) Panduan mengurangkan masalah gagap

    Morley M.E. (1972) telah memberikan lima prinsip rawatan untuk membantu individu gagap mengatasi

    masalah mereka.

    Menyesuaikan diri dengan gagap

    Ramai individu gagap berasa yang mereka adalah berlainan daripada orang lain hasil daripada

    pengalaman-pengalaman dan reaksi orang lain terhadap pertuturan mereka yang gagap. Sedarkan

    mereka bahawa ramai orang yang kononnya tidak gagap sebenarnya mengalami masalah bercakap

    tersekat-sekat dan mungkin gagap pada masa-masa tertentu. Mereka perlu mengakui yang mereka

    gagap dan menerima hakikat ini secara positif tanpa rasa takut dan beremosi.

    2Terapi mengurangkan ketegangan.(Relaxation therapy)

    Rawatan terapi mengurangkan ketegangan ini akan mengurangkan ketegangan fizikal dan mental.

    Sekiranya diamalkan selalu akan meningkatkan keselesaan dan ketenangan mental yang akan

    meningkatkan kecekapan dan keyakinan untuk menjalani kehidupan tanpa tekanan.

    Latihan-latihan yang membantu ke arah mengawal petunjuk-petunjuk

    Gagap.

    Latihan hendaklah yang boleh menyumbang ke arah pengalaman

    pertuturan yang lancar dan latihan yang membantu mereka mengawal

    gagap ketika berlaku.

    Perbincangan, cadangan, dan tugasan

    Pada setiap kali rawatan, masalah dan situasi tertentu akan dibincangkan. Misalnya yang berkaitan

    dengan penggunaan telefon, membeli tiket bas, dan berbagai-bagai masalah dan situasi lagi. Cadangan

    diberi bagaimana individu itu mengatasi masalah yang dihadapinya dan menjadikan situasi gagap

    sebagai latihan untuk melaksanakan cadangan-cadangan yang diberi.

    Terapi kumpulan

    Apabila tiba masa yang sesuai, individu gagap akan menghadiri sesi terapi secara berkumpulan. Di sini

    dia akan bertemu dengan orang lain yang menghadapi masalah yang sama dan berkongsi pengalaman

    masing-masing.

    Intervensi untuk memulihkan masalah gagap perlulah dimulai pada peringkat awal masalah gagap

    ditunjukkan sebelum menjadi lebih teruk.

    Latihan 2.5

    Apakah masalah sosio-emosi yanhg dihadapi oleh individu yang mengalami masalah gagap. Bincangkan.

  • 7/30/2019 Tajuk 2 Masalah Bahasa Dan Komunikasi

    12/12

    2.2.3 Kesimpulan

    Kemahiran bahasa sangat sukar dikuasai oleh kanak-kanak masalah pembelajaran. Selain bermasalah

    menguasai komponen bahasa seperti bentuk, kandungan, dan penggunaannya, terdapat ramai juga

    kanak-kanak masalah pembelajaran yang mengalami masalah dalam pertuturan. Masalah bahasa dan

    komunikasi tidak boleh dipandang ringan kerana ketidakupayaan menyampaikan mesej dengan tepat

    dan jelas disebabkan gangguan pertuturan atau masalah bahasa akan menyebabkan kanak-kanak berasa

    tertekan, malu, rendah diri, takut berhadapan dengan orang lain, dan mengasingkan diri.. Apabila kanak-

    kanak ini memasuki alam persekolahan masalah ini akan menjejas pencapaian akademik dan kemahiran

    sosial mereka.

    Sebagai mana yang telah dibincangkan sebelum ini, masalah bahasa dan komunikasi boleh diatasi

    melalui pendekatan yang terancang dengan mengambil kira setiap ketidakupayaan yang kanak-kanak

    alami. Pelbagai pihak yang berkaitan hendaklah berganding bahu dan bekerjasama sebagai satu pasukan

    yang terdiri daripada ibu bapa, guru, ahli terapi pertuturan, pentadbir sekolah, doktor, dan juga

    kaunselor. Intervensi awal adalah sangat penting untuk membantu kanak-kanak mengatasi masalah

    pertuturan dan bahasa mereka sebelum masalah itu menjadi satu kebiasaan dan sukar dipulihkan.

    Rumusan

    1. Masalah bahasa adalah kecacatan atau perkembangan pemahaman yang

    menyimpang atau kandungan bahasa atau penggunaan dalam pertuturan, tulisan

    (atau kedua-duanya), atau sistem simbol yang lain.

    2. Masalah tersebut mungkin melibatkan satu atau gabungan mana-mana aspek bahasa

    berikut; (1) bentuk bahasa ( sistem fonologi, morfologi, dan sintaksis), (2) kandungan

    bahasa ( sistem semantik), atau (3) fungsi bahasa dalam komunikasi (sistem

    pragmatik

    3. Antara punca masalah bahasa adalah kelewatan bahasa, aphasia, dan gangguan

    proses auditori pusat.

    4. Masalah pertuturan boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu artikulasi,

    suara, dan kelancaran.

    5. Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling biasa dan memerlukan

    koordinasi di antara alat artikulasi, pernafasan, dan suara. Masalah pertuturan

    boleh dibahagikan kepada tiga kategori besar, iaitu masalah artikulasi, masalah suara,

    dan masalah kelancaran.

    Kata Kunci

    Komunikasi

    Artikulasi

    Terapi

    Intervensi

    Mekanisme neuromuskular