53
EDU 3108 ASAS KEPEMIMPINAN dan PERKEBANGAN PROFESIONAL GURU TAJUK 7 (6 jam S!"#$!#" O"%an&'a'& P nd&d&$an LAU PONG )O*K Ja+a!an R, I- I.m# P nd&d&$an IPG Kam/#' S#.!an A+d#. )a.&m

TAJUK 7 - Struktur Organisasi Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

PowerPoint Presentation

EDU 3108ASAS KEPEMIMPINAN dan PERKEBANGAN PROFESIONAL GURU

TAJUK 7 (6 jam)Struktur Organisasi Pendidikan

LAU PONG HOCKJabatan R& I/ Ilmu PendidikanIPG Kampus Sultan Abdul Halim

2STRUKTUR ORGANISASI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

23Pengenalan kepada struktur dan organisasi Definisi struktur Satu bentuk susunan secara berlapis dan setiap lapisan mempunyai hirarki tertentu. Susunan itu menjelaskan ranking jawatan, fungsi, bidang tugas dan tanggungjawab. Semakin tinggi susunan itu, semakin tinggi jawatan yang disandang, semakin banyak fungsinya, semakin besar bidang tugas dan tanggungjawab yang perlu dilakukan.4Definisi organisasi Satu kumpulan individu yang telah setuju bekerjasama untuk satu-satu tujuan yang tertentu.Jentera yang menggembleng kerja dan tenaga manusia untuk mencapai sesuatu matlamat. Mempunyai 5 unsur seperti :1. dasar yang tegas, 2. tujuan yang jelas, 3. adanya kepimpinan wakilan, 4. anggota yang konkrit serta 5. usaha yang positif dan kreatif. 5Model organisasi dan struktur. Kementerian Pelajaran Malaysia ; satu organisasi formal terbentuk dari unit-unit sosial yang kompleksmengandungi peraturan, peranan, dan matlamat, yang berasaskan kepada pola-pola kewibawaan. Setiap unit yang terdapat di dalam gabungan yang kompleks itu adalah penting; ia memberi makna ke arah memahami Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai satu organisasi. Perhubungan di antara unsur atau unit di dalamnya ialah strukturnya. Misalnya perhubungan di antara Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dengan Pengarah Bahagian atau di antara Pengetua dengan guru-gurunya.6Model Organisasi dan Struktur. 8

7

6

5

2

3

4

1

Petunjuk1-8 : unit-unit yang terdapat di dalam Kementerian Pelajaran Malaysia

Rajah 1 : Model Struktur dan Organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia. 7Rasional Struktur dan Organisasi Berdasarkan Rajah 1. mencapai matlamat-matlamat yang khusus. setiap individu atau unit dapat memainkan peranan masing-masing secara berkesan. matlamatnya menolong dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua aspek, iaitu jasmani, akal, emosi, sosial dan moral. maka individu yang terdapat di dalam organisasi akan menjalankan tugas masing-masing demi kepentingan masyarakat dan negara.8Falsafah Pendidikan Kebangsaan, misi dan objektif Kementerian Pelajaran Malaysia.Proses pendidikan menggalakkan;perkembangan diri individu dan orentasi terhadap masyarakat dan negara.menjadi warganegara yang berguna, patriotik dan bertanggungjawab.

Paksinya Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Bertindak mengikut misi dan objektif yang telah ditetapkan. 9Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani , emosi dan jasmani berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.10Misi Kementerian Pelajaran Malaysia. Membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara Malaysia. 11Objektif Kementerian Pelajaran Malaysia Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu. Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera. Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara. Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara.12Carta organisasi Kementerian Pelajaran Malaysia. Perlembagaan Persekutuan telah menentukan bahawa pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan. Di negara kita, sistem pentadbiran pendidikan diawasi sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan. Ketua Kementerian Pelajaran ialah Menteri Pelajaran. ahli kabinet dan bertanggungjawab kepada Parlimen. memastikan dasar pendidikan serta pentadbiran ke seluruh sistem pendidikan itu berjalan dengan berkesan.

13CARTA ORGANISASI JABATAN PELAJARAN NEGERIPengarahPelajaran Negeri

Tim. PengarahPelajaran Negeri

1,23,4

5,6

7,8

9,

SekolahPengetua / Guru Besar

Petunjuk :1. SPA2. SPS3. SPIM4. SPPK5. SPP6. SPS/PKhas7. SJK8. SKPP(2P)9. Unit ICT10. Pegawai Pelajaran Daerah (11 )14CARTA ORGANISASI PEJABAT PELAJARAN DAERAHPegawaiPelajaran Daerah

Sektor Pengurusan Sekolah

Sektor PengurusanAkademik

Sektor Pengurusan PembangunanKemanusiaan dan Khidmat Sokongan

SekolahPengetua / Guru Besar

Sektor Pengurusan Perkhidmatan Pendidikan

15CARTA ORGANISASI SEKOLAH

Pengetua/Guru Besar

Lembaga Pengelola Sekolah

PIBG

Lembaga Tatatertib

Guru-guru Penolong Kanan

Penyelia Petang

Guru

Ketua Bidang

Guru

Guru

Kakitangan sokongan

Kakitangan sokongan

Guru

16JABATAN-JABATAN UTAMA DI BAWAHKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

17JABATAN SEKOLAHKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

18CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SEKOLAHTimbalan Ketua PengarahJabatan Pendidikan Sekolah

Pengarah Bahagian SekolahPengarahBahagian Pendidikan Guru

PengarahPusat Perkembangan Kurikulum

Pengarah Bahagian Buku Teks

Pengarah Bahagian Sukan

19FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN SEKOLAHTim. Ketua Pengarah Malaysia Jabatan Pendidikan Sekolah

Bahagian Sekolah (BS) melaksanakan dasar pendidikan melalui perancangan, penggubalan, penyelarasan, pemantauan pelbagai program persekolahan dan pengurusan persekolahan, guru dan pelajar.Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bertanggungjawab menggubal kurikulum kebangsaan peringkat prasekolah, sekolah rendah dan menengah. Usaha ini adalah bagi mencapai tahap kurikulum yang relevan kepada keperluan negara, koheren dan berkualiti secara berterusan, berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.Bahagian Pendidikan Guru (BPG) merupakan bahagian yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Program dan Kursus Pendidikan Perguruan Perkhidmatan dan Dalam Perkhidmatan.Bahagian Buku Teks bertanggungjawab menguruskan pemerakuan buku teks, menetapkan harga dan mengawal mutu fizikal buku teks, melaksanakan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) bagi semua Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan Sekolah Menengah Agama Rakyat, memastikan murid di luar SPBT mendapat bekalan, mengawal penggunaan buku teks di sekolah bantuan kerajaan dan menyemak semula buku teks.Bahagian Sukan berperanan melaksanakan pengurusan Sukan Untuk Semua, Sukan Untuk Kecemerlangan Dan Sukan Untuk Integrasi Nasional di sekolah-sekolah.

20JABATANPENDIDIKAN TEKNIKAL

21CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKALTim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal

Pengarah Bahagian Pengurusan Teknikal dan VokasionalPengarah Bahagian Kurikulum Teknikal & VokasionalPengarah Bahagian Pengurusan PoliteknikPengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan Teknikal & VokasionalPengarah Bahagian Latihan & Kemajuan StafPengarah Bahagian Kolej Komuniti22FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN TEKNIKALTim. Pengarah Jabatan Pendidikan Teknikal

Bertanggungjawab mengawal selia;

Bahagian Pengurusan Teknikal dan Vokasional,Bahagian Kurikulum Teknikal dan Vokasional, Bahagian Pengurusan Politeknik, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Teknikal dan Vokasional, Bahagian Latihan dan Kemajuan Staf Bahagian Kolej Komuniti. 23JABATANJABATAN PENDIDIKAN AGAMA DAN MORAL

24CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALTim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Pengarah Bahagian Pendidikan Islam dan MoralPengarah Bahagian Pendaftaran & PiawaianPengarah Bahagian Penguatkuasaan25FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORALTim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral

Bertanggungjawab mengendalikan :pengurusan dasar Pendidikan Islam dan Bahasa Arab dalam sistem pendidikan kebangsaan.

Tanggungjawab tersebut meliputi : perancangan pembangunan dan penyelenggaraan kemajuan pendidikan Islam dan Bahasa Arab di semua peringkat persekolahan, selaras dengan falsafah dan aspirasi pendidikan negara.

26JABATANPENDIDIKAN SWASTA

27CARTA ORGANISASI JABATAN PENDIDIKAN SWASTATim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta

Pengarah Bahagian Perancangan & PenyelidikanPengarah Bahagian Pendaftaran & PiawaianPengarah Bahagian Penguatkuasaan28FUNGSIJABATAN PENDIDIKAN SWASTATim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Swasta

Jabatan Pendidikan Swasta (JPS) berperanan;menguruskan penubuhan dan pendaftaran semua jenis institusi pendidikan swasta (IPS) menjalankan pemantauan dan pengawalseliaan untuk memastikan dasar dan peruntukan perundangan dipatuhi.

2. Juga dipertanggungjawabkan untuk; mengubal peruntukan perundangan yang berkaitan, menguruskan data dan maklumat pendidikan swasta, menjalankan penyelidikan ke arah penggubalan dasar dan mempromosikan pendidikan swasta ke luar negara. 3. Pelaksanaan semua fungsi dan tanggungjawab tersebut dijuruskan kepada pencapaian matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan. 29JABATANPENDIDIKAN KHAS

30CARTA FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHASTim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas

Pengarah Bahagian Perancangan & Penyelidikan Khas Pengarah Latihan & Khidmat BantuPengarah Bahagian PerkhidmatanPendidikan Khas31FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN KHASTim. Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Khas

Jabatan Pendidikan Khas bertanggungjawab merancang dan melaksanakan aspek-aspek yang berkaitan; perancangan dan pengurusan dasar, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum, pengurusan murid, pembangunan, penyenggaraan dan perolehan, latihan dan perkembangan staf, khidmat sokongan, pengurusan dan pentadbiran, dan pengurusan kewangan bagi murid-murid kurang upaya.

32BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN(EPRD)

33FUNGSI BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PENYELIDIKAN DASAR PENDIDIKAN (EPRD)PengarahBahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan berperanan sebagai urusetia Jawatankuasa Perancangan Pendidikan dan perancangan perkembangan dan pembangunan pendidikan. 34LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA

35 FUNGSI LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIAPengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia

Lembaga Peperiksaan Malaysia sebagai badan peperiksaan kebangsaan dengan mengendalikan peperiksaan UPSR, PMR, SPM (Bertulis), STAM (Bertulis) dan SPM (Matematik dan B. Melayu). Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) juga diperkenalkan mulai tahun 2000.

Lembaga Peperiksaan Malaysia mengendalikan peperiksaan-peperiksaan luar negeri iaitu University of London, Associated Board of the Royal School of Musics (ABRSM), City and Guilds of London Institute, Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA), The Chartered Association of Certified Accountants (CACA), Institute of Transport, Institute of Fire Engineers, London Chamber of Commerce and Industry (LCCI), Association of Certified Accountants (London), Association of Business Executives (ABE), University of Michigan, Institute of Building, Institute of Chartered Shipbrokers, Institute of Quantity Surveyors dan Institute of Statisticians. 36BAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN

37 FUNGSIBAHAGIAN TEKNOLOGI PENDIDIKANPengarah Bahagian Teknologi Pendidikan

Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) bertanggungjawab:meningkatkan akses bagi pelajar-pelajar khususnya di luar bandar kepada bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media yang bermutu; memperkayakan persekitaran pembelajaran khususnya di sekolah-sekolah luar bandar dengan media dan teknologi pendidikan; meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan memastikan guru-guru dan pelajar-pelajar menggunakan media dan teknologi pendidikan. 38INSTITUT AMINUDDIN BAKI

39 FUNGSI INSTITUT AMINUDDIN BAKIPengarah Institut Aminuddin Baki

Institut Aminuddin Baki (IAB) bertanggungjawab:memperbaiki kualiti pendidikan di samping mempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi sistem pendidikan negara. IAB turut membina dan membangunkan profesionalisme dalam kepemimpinan dan pengurusan pendidikan dalam semua program latihan yang dilaksanakan setiap tahun.IAB menyediakan program-program latihan berkualiti, khidmat perundingan, penerbitan, penyelidikan serta berusaha secara berterusan mempertingkat tahap pengurusan dan kepemimpinan pendidikan di kalangan pemimpinan-pemimpinan di pelbagai peringkat sistem pendidikan.

40JABATANPELAJARAN NEGERI

41FUNGSI JABATAN PELAJARAN NEGERIPENGARAH PELAJARAN NEGERI

Jabatan Pelajaran Negeri adalah bertanggungjawab:melaksanakan dasar pendidikan Malaysia serta menyelaraskan perkara-perkara yang berkaitan dengan kurikulum, sukatan pelaqjaran, kokurikulum, pinjaman buku teks, perpustakaan, pendidikan radio dan tv, majlis sukan sekolah-sekolah, bantuan kewangan, pembangunan , penempatan, guru serta pencalonan guru untuk latihan dan pelbagai kursus. Diperingkat daerah pula diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah yang bertanggung jawabdidalam semua hal pentadbiran dan semua sekolah di satu-satu daerah 42BIDANG TUGASKETUA SETIAUSAHA

43BIDANG TUGASSebagai Ketua Eksekutif dan Pegawai Pengawal:Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran bertanggungjawab:menentukan pengurusan dan pentadbiran Kementerian Pelajaran berada pada tahap kualiti yang tinggi. Untuk tujuan ini, tugas utama Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran adalah seperti berikut:Penggubalan, Perancangan dan Pelaksanaan Dasar Pengurusan kewanganPengurusan Pembangunan dan BekalanPengurusan dan Pembangunan PersonelLain-lain tugas 44BIDANG TUGASKETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

45BIDANG TUGASPenasihat utama Menteri Pelajaran berhubung dengan dasar pendidikan negara dan pelaksanaannya serta hal ehwal pendidikan pada amnya. Merancang dan mengubal kurikulum persekolahan kebangsaan, rancangan perkembangan keiktisasan dan kenaikan pangkat pegawai perkhidmatan pendidikan.Menentukan fungsi Jabatan Pelajaran Negeri di semua negeri di Malaysia berjalan lancar.Bertanggungjawab menentukan semua Jabatan dan Bahagian-Bahagian Profesional Kementerian Pelajaran berfungsi dan berjalan lancar selaras dengan keperluan negara.Lain-lain tugas.

JANGKAAN GURUJangkaan guru merupakan harapan dan keinginannya yang sangat kuat untuk memperolehi sesuatu ganjaran atau hasil setelah melakukan sesuatu tugasan.Dalam profesion perguruan jangkaan guru dapat dikelompokkan dalam empat bentuk jangkaan iaitu jangkaan terhadap pelajar, jangkaan terhadap pengurus atau pentadbir, jangkaan terhadap ibu bapa dan komuniti serta jangkaan terhadap diri sendiri.

Penentuan hasil pembelajaran adalah jangkaan guru pada setiap kali pengajaran dan guru akan berpuas hati sekiranya hasil pembelajaran tercapai.Semangat guru yang kuat untuk memenuhi jangkaan tersebut mendorong guru bekerja keras dengan menggunakan pelbagai strategi bagi memastikan muridnya memiliki keperibadian dan akhlak yang mulia.

Guru juga mempunyai jangkaan agar pihak atas dapat memimpin dengan penuh amanah, berintegriti dan bersungguh-sungguh.Guru perlu merancang sesuatu strategi bagi membina jambatan yang menghubungkan ibu bapa dan masyarakat dengan guru di sekolah.

Guru meletakkan jangkaan bahawa mereka akan mempunyai peluang yang luas dalam laluan kerjaya di samping insentif dari sudut kebajikan mereka sebagai guru.

51SOALAN-SOALAN LATIHAN1.Bina semula carta organisasi Kementerian Pelajaran di peringkat Pejabat Pelajaran Daerah dan Sekolah.2.Senaraikan 2 (dua) fungsi dari setiap Jabatan utama Kementerian Pelajaran Malaysia.3.Anda memohon pertukaran antara negeri dengan mengikut saluran yang ditetapkan. Untuk mengetahui status permohonan tersebut, Jabatan manakah anda perlu membuat rujukan.4.Nyatakan tugas Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.5.Jika anda bertugas di sekolah, siapakah Ketua Jabatan anda?Perbincangan52

53SEKIANTERIMA KASIH