Upload
truongtuong
View
240
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
TAJUK PROJEK:
KEMAMPUAN TEKNOLOGI DNA MICROARRAY MENGGUNAKAN CIP GEN
FOODPATH, MEAT ID DAN PORCINE DALAM PRODUK MAKANAN
KOD PROJEK:
I-ECO/20(UKM-11)
IPTA:
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
KETUA PROJEK:
DR. NORRAKIAH ABDULLAH SANI
AKADEMIA:
PROFESOR DR. AMINAH ABDULLAH
DR. SAHILAH ABD MUTALIB
PROFESOR DR. ABDUL SALAM BABJI
RAKAN INDUSTRI:
OLIPRO BIOTECHNOLOGY SDN. BHD.
BIDANG TUMPUAN UTAMA:
KEUNTUNGAN EKONOMI UNTUK SEKTOR INDUSTRI DIKENAL PASTI
TEMPOH:
1 JUN 2011 –1 NOVEMBER 2013
1. RINGKASAN EKSEKUTIF
Projek ini lebih tertumpu kepada penggunaan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen
Porsin bagi menganalisis produk makanan yang terdapat di pasaran dan yang sedia dimakan.
Penganalisis produk makanan yang menggunakan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip
gen porsin ini merangkumi semua aspek, termasuk aspek kecekapan mendapat hasil ujikaji,
sensitiviti dan spesifikasi dalam pengesanan patogen makanan, sepsis daging dan khinzir dalam
produk makanan. Kemampuan teknologi ketiga-tiga cip gen itu telah dapat dilihat berdasarkan
perbandingan kaedah konvensional dan kaedah cip/kit lain yang telah dilakukan. Ketiga-tiga cip
gen tersebut telah berjaya mengesan sembilan bakteria patogen makanan secara serentak melalui
kajian yang dijalankan. Hasil perkongsian ilmu dan kerjasama Syarikat Olipro Biotechnology
Sdn. Bhd. yang juga merupakan rakan industri projek ini, telah merealisasikan idea tersebut.
Projek ini telah membolehkan pihak industri mengaplikasikan penggunaan ketiga-tiga cip gen
berkenaan ke atas pengeluaran produk mereka.
2. IMPLEMENTASI PROJEK
PERKARA
BUTIRAN
OBJEKTIF
1) Untuk mengesahkan cip gen FoodPATH mampu mengesan sembilan bakteria patogen makanan secara serentak.
2) Untuk mengesahkan kemampuan cip gen Meat ID untuk mengesan pelbagai jenis daging haiwan serta kehadiran khinzir dalam produk makanan.
3) Untuk membandingkan kaedah konvensional dan kaedah cip/kit lain dengan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin dari segi kecepatan mendapat hasil ujikaji, sensitiviti, dan spesifikasi untuk mengesan tiap-tiap patogen makanan, sepsis daging dan khinzir dalam produk makanan.
4) Untuk menggunakan cip yang disahkan untuk analisis dalam pelbagai jenis makanan yang berkaitan.
AKTIVITI
Kaedah mengesan bakteria patogen makanan menggunakan FoodPATH, Meat ID dan Porcine Gene Chip Anon (2010)
1) Langkah 1: Pensampelan a) Pensampelan cip gen FoodPATH dilakukan di beberapa kafetaria
makanan di sekitar UKM, khususnya di kawasan Bandar Baru Bangi dan Kajang untuk sampel makanan sedia dimakan.
b) Pensamplean cip gen Meat ID dilakukan di beberapa pasaraya di sekitar Kajang. Antara kategori produk makanan yang diambil adalah daging dalam tin, daging burger, salami, sosej, pizza, ham dan bebola daging.
c) Pensampelan cip gen porsin dilakukan terhadap produk makanan berasakan gelatin atau sumber lain seperti roti, kek berserta krimnya, jeli, gula-gula berjeli, yogurt, aiskrim, coklat, serta sosej di beberapa kafetaria makanan atau kedai-kedai runcit atau roti di sekitar UKM.
2) Langkah 2: Pengkayaan sampel/homoginasi ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.
3) Langkah 3: Ekstraksi DNA ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.
4) Langkah 4: Amplifikasi ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.
5) Langkah 5: Penghibridan ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.
6) Langkah 6: Analisis keputusan ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.
Kaedah konvensional dibandingkan dengan kaedah cip gen termasuklah pensampelan, penyediaan sampel, pemencilan bakteria patogen, ujian pengenalpastian dan analisis data ke atas cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin.
OUTPUT
Industri:
1) Kos ujian penilaian produk dapat dijimatkan 50%. 2) Kecekapan kaedah ujian menggunakan produk meningkat 20% melalui
laporan balas pihak universiti. 3) Kecekapan proses penilaian meningkat sebanyak 70%. 4) Kualiti perkhidmatan dapat dipertingkatkan melalui pembelajaran
daripada pihak pengguna industri. 5) Kualiti produk dan proses meningkat 80%. 6) Kesedaran pekerja meningkat 50%. Pekerja lebih peka terhadap
maklum balas daripada pihak pengguna. 7) Kerja berpasukan dan kepuasan kerja juga meningkat dalam kalangan
pekerja syarikat. 8) Pekerja lebih berkeyakinan, berdikari dan berdisiplin ketika bekerja.
Proses pembelajaran menggunakan teknologi baharu telah meningkatkan ilmu pengetahuan pekerja syarikat berkenaan dengan mikroaturan cip gen, pengesanan bakteria patogen makanan, DNA khinzir dan DNA pelbagai daging.
IPTA: 1) IPTA dan pihak syarikat bekerjasama dengan baik. 2) Kualiti perkhidmatan telah dapat ditingkatkan melalui pembelajaran
yang disampaikan oleh pihak universiti. 3) Pengumpulan maklumat dan data yang dapat digunakan pada masa
hadapan.
Pembangunan Modal Insan: 1) Graduan pelatih mengetahui proses penyelidikan dalam projek ini. 2) Graduan pelatih lebih yakin untuk membentangkan hasil perkhidmatan
analisis dalam seminar dan persidangan. 3) Graduan pelatih lebih berdikari dan serius ketika mencari maklumat
yang membantu pemahaman tentang teknologi baharu ini.
PEMEGANG TARUH & AGENSI
1) Universiti Kebangsaan Malaysia 2) Olipro Biotechnology Sdn. Bhd.
KEBERHASILAN
Industri: 1) Pengesahan cip gen FoodPATH telah berjaya dilakukan. 2) Perbandingan dapat dilakukan antara cip gen FoodPATH dengan
kaedah konvensional. 3) Perbandingan telah dilakukan antara kaedah cip gen porsin dengan
kaedah konvensional dari segi ketepatan dan juga sensitiviti. 4) Pengesanan cip gen MEAT ID telah dilakukan. 5) Perbandingan dapat dilakukan antara cip gen FoodPATH dengan
kaedah konvensional berasaskan makanan daging yang diperoleh daripada pasaran.
IPTA: 1) Pengenalan kaedah baharu dalam teknologi mikroaturan DNA dengan
menggunakan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin untuk proses mengesan bakteria patogen makanan, spesies daging dan kehadiran DNA khinzir dalam produk makanan.
2) Perkongsian maklumat dan teknologi terkini dalam pengekstrakan DNA, PCR dan penghibridan Selatan dengan ahli akademia yang terlibat dalam projek ini.
3) Pelajar pascasiswazah yang terlibat dalam projek ini dilatih dalam teknik-teknik biologi molekul dan bioteknologi.
4) Meningkatkan KPI UKM dengan penerbitan hasil perkhidmatan dan kajian dalam jurnal yang terindeks.
Pembangunan Modal Insan: 1) Kecekapan graduan pelatih yang terlibat telah meningkat melalui
pembelajaran teknik-teknik biologi molekul dan bioteknologi seperti PCR dan microarray cip gen ini.
2) Graduan pelatih mendapat latihan menggunakan kaedah ini untuk diaplikasikan dalam kajian penyelidikan mereka bagi pelbagai produk makanan dan farmaseutikal. Hal ini boleh menambahkan kebolehpasaran mereka dalam alam pekerjaan sebenar.
3) Graduan pelatih yang terlibat dapat menambah pengetahuan tentang menjalankan industri di Olipro Biotechnology Sdn. Bhd., IHRAM, USIM dan makmal-makmal berkaitan dengan analisis makanan halal seperti UKM, JAKIM JKM dan lain-lain lagi.
4) Kemahiran bekerja dapat meningkatkan tahap keberkesanan mendapatkan hasil perkhidmatan analisis yang sahih.
3. LAPORAN KEMAJUAN PROJEK A) Laporan Berkala Oleh Ketua Projek
PROPOSAL 3
BULAN 6
BULAN 9
BULAN 12
BULAN 15
BULAN 18
BULAN 21
BULAN 24
BULAN LAPORAN
AKHIR
B) Laporan Berkala Oleh Industri
6 BULAN 9 BULAN 12 BULAN 15 BULAN 18 BULAN 21 BULAN 24 BULAN LAPORAN
AKHIR
Laporan dihantar
Laporan tidak dihantar
4. PENILAIAN PROJEK
Rakan Industri : Olipro Biotechnology Sdn. Bhd. Tarikh Lawatan : 7 Januari 2015 Panel Penilai : 1) Profesor Dr. Norhadiani Ismail (UITM) 2) Profesor Madya Dr. Amir Akramin Shafie (UIA)
ANALISIS KESELURUHAN PENILAIAN (Item A hingga D dinilai oleh Panel Penilai KTP Pemantauan manakala Item E adalah penilaian oleh pihak Industri)
SEKSYEN ITEM PENILAI 1 PENILAI 2
A PENCAPAIAN PROJEK (40%) 29% 23%
B AKADEMIA (10%) 8% 6%
C GRADUAN PELATIH (10%) 7% 6%
D ORGANISASI INDUSTRI/KOMUNITI (10%) 8% 6%
E LAPORAN DARIPADA INDUSTRI (30%) 22% 22%
MARKAH KESELURUHAN (%) 74% 63%
MARKAH SELEPAS KUMULATIF 69%
PENILAIAN OLEH INDUSTRI A) Penilaian Terhadap Akademia
BIL
PENILAIAN AKADEMIA
SKALA PENILAIAN
1.
Keberkesanan ilmu yang dipindahkan oleh akademia kepada industri
4/5
2.
Keupayaan akademia untuk membimbing bagi menyelesaikan masalah seperti mana yang dikehendaki oleh industri
3/5
3.
Pengetahuan akademia terhadap projek
5/5
4.
Komitmen akademia terhadap projek 5/5
B) Penilaian Terhadap Ilmu Yang Dipindahkan
BIL
PENILAIAN ILMU YANG DIPINDAHKAN
SKALA PENILAIAN
1.
Sasaran objektif projek yang telah dicapai
3/5
2.
Hasil yang dicapai berbanding dengan sumbangan yang disalurkan oleh industri
4/5
C) Penilaian Terhadap Graduan Pelatih
BIL
PENILAIAN GRADUAN PELATIH
SKALA PENILAIAN
1.
Pengetahuan yang diperoleh graduan pelatih daripada projek
3/5
2.
Keberkesanan graduan pelatih menyampaikan ilmu
3/5
3.
Kemahiran graduan pelatih berkomunikasi, berfikir, merancang, memimpin, dan kerja berpasukan
3/5
4.
Etika kerja graduan pelatih terhadap projek 4/5
Maklum Balas Keseluruhan Daripada Pihak Industri Terhadap Projek Di pihak industri, semua objektif projek ini telah dicapai.
Komen Daripada Panel Pakar KTP Pemantauan Berdasarkan penilaian keseluruhan, projek ini ternyata masih di peringkat penyelidikan. Projek ini tidak mempunyai nilai tambah kepada industri. Agenda pemindahan ilmu juga masih kabur dan projek ini berada pada kategori merah.
LAMPIRAN
Thermal cycler yang digunakan untuk proses reaksi rantaian polymerase (PCR)
Oven untuk proses penghibridan cip gen
Alat penyaringan cip gen yang digunakan
Analisis data dan maklumat melalui proses penyaringan cip gen
Pensampelan cip gen FoodPATH, cip gen Meat ID dan cip gen porsin
Lawatan panel penilai di Olipro Biotechnology Sdn. Bhd.