Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    1/11

    1.0 PENGENALAN

    Tekanan merupakan ancaman baru yang utama terhadap masyarakat.

    Masalah tekanan di tempat kerja beransur-ansur menjadi cabaran baru yang perlu

    dititikberatkan oleh pelbagai pihak. Suasana tempat kerja yang selesa dan selamat

    dapat meningkatkan kecekapan mutu kerja dan keseronokan bekerja. Manakala

    suasana tempat kerja yang kurang memuaskan boleh mendatangkan tekanan

    mental. Tekanan kerja yang sedikit sebenarnya perlu untuk meningkatkan daya

    produktiviti. Namun jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh memberi kesan

    negatif. Masalah peribadi dan keluarga akan merumitkan lagi kesihatan mental

    seorang pengawai awam. Dalam menangani tekanan, seorang pegawai awam perlu

    melihat cara hidupnya secara keseluruhan dan mencari punca atau akibat tekanan

    ini. Ketabahan emosi dari aspek psikologi adalah amat perlu bagi seorang individu

    dalam mengatasi masalah ini.

    Menurut En. Thomas Eapen, Pn. Jamilah Harun, En. Roslan Hj. Mohamad

    dan Pn. Nor Maizura, tekanan merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang

    berlaku apabila kehendak kerja tidak setanding dengan kemampuan, sumber dan

    keperluan pekerja. Tekanan juga adalah suatu keadaan yang dipengaruhi oleh

    gangguan mental dan emosional yang boleh mewujudkan keadaan tidak selesa atau

    tegang jika situasi tersebut tidak mampu ditanggung oleh tubuh badan. Oleh itu,

    dapatlah disimpulkan bahawa tekanan ialah gangguan emosi, proses pemikiran dan

    keadaan fizikal seseorang.

    Orang yang menghidap tekanan biasanya menunjukkan beberapa perubahan

    dari segi sikap, fizikal dan emosi. Dari aspek perubahan sikap seorang pegawai

    awam akan mempunyai sikap cepat marah, mudah bosan dan bersikap negatif. Dari

    segi fizikal pula seseorang akan selalu sakit, kelihatan lesu dan letih serta dilanda

    perasaan sedih dan putus asa tanpa sebab dalam tempoh yang berpanjangan.

    Manakala emosinya pula mudah terganggu seperti menjadi sangat sensitif, cemburu

    dan perasaan bimbang yang keterlaluan.

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    2/11

    2.0 Punca-Punca Tekanan

    Alam pekerjaan merupakan satu cabaran yang amat mencabar, dengan itu

    keseronokan bekerja amatlah penting di tempat kerja supaya tidak wujud tekanan di

    dalam diri seseorang pekerja. Setiap daripada kita mempunyai tekanan kerja dan

    keseronokan bekerja. Suasana di tempat kerja kurang memuaskan boleh

    mendatangkan tekanan mental. Tekanan kerja yang sedikit adalah untuk

    meningkatkan daya produktiviti. Jika tekanan di tempat kerja berlebihan, ia boleh

    memberikan kesan negatif.

    Punca tekanan yang pertama ialah tekanan di tempat kerja. Tekanan ini

    merupakan tidak pastian terhadap kerja. Suasana di tempat kerja memainkanperanan penting bagi mewujudkan suasana kerja yang baik. Sekiranya tempat kerja

    tidak baik dan tidak menyeronokkan, ia boleh mendatangkan tekanan kepada

    pekerja. Selain daripada itu tekanan kerja yang berpanjangan dan perubahan cara

    pengendalian kerja juga boleh mendatangkan tekanan. Sekiranya sering berlaku

    perubahan cara pengendalian kerja akan menyebabkan pekerja terpaksa belajar

    benda yang baru dan belum mahir dengan kerja yang sebelumnya. Akibat daripada

    itu pekerja akan berasa tertekan dan berasa terbeban dengan cara kerja yang baru.

    Tekanan yang seterusnya ialah tekanan terhadap peranan dan fungsi

    pekerjaan yang telah diamanahkan. Sekiranya beban kerja yang berat telah

    diberikan dan memerlukan masa yang singkat untuk menyiapkan kerja yang telah

    diberikan akan meyebabkan tekanan kepada seseorang pekerja itu. Faktor ini

    boleh mendatangkan tekanan kepada pekerja bagi menjadi seorang pekerja

    yang baik. Seterusnya ialah peranan kerja yang sentiasa berubah-ubah dan

    membahaya. Sekiranya tugas yang telah diamanahkan di luar kemampuan akan

    meyebabkan tekanan kepada seseorang pekerja. Ini kerana kerja yang di luar

    kemampuan akan menyebabkan pekerja takut untuk melaksanakan pekerjaan yang

    telah diamanahkan. Oleh itu kerja yang tidak sesuai dengan kemampuan kita akan

    menyebabkan tekanan kepada pekerja.

    Tekanan yang ketiga ialah kerjaya, maksudnya di sini kerjaya yang telah

    dipilih dan telah menjalankan tugas di tempat kerja. Antara punca tekanan di dalam

    kerjaya ialah kurang insentif terhadap kerja. Sekiranya tiada daya usaha pada

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    3/11

    seseorang pekerja itu untuk menambah ilmu atau kemahiran akan

    menyebabkannya berasa ketinggalan dan jauh lebih baik daripada rakan

    sejawat yang lain boleh juga mengwujudkan tekanan di dalam diri. Seterusnya

    ialah kurang penghargaan daripada majikan. Seseorang pekerja juga memerlukan

    penghargaan dan dorongan daripada majikan. Ini kerana pengawai awam akan

    terasa dihargai dan berbaloi melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

    Sekiranya tiada penghargaan daripada majikan akan menyebabkannya terasa tidak

    dihargai dan mutu kerja akan kekal sama sahaja. Selain daripada itu, tekanan juga

    wujud sekiranya kecewa terhada kerja, contohnya dinaikan atau diturunkan

    pangkat. Ia boleh menyebabkan pekerja merasa malu, kecewa dan tidak ada

    motivasi untuk berkerja. Kesannya seseorang itu boleh tertekan dan mutu kerja

    semakin teruk dan boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan.

    Punca tekanan yang seterusnya ialah dari aspek perhubungan di tempat

    kerja. Maksudnya di sini perhubungan yang terjalin di tempat kerja boleh

    mendatangkan tekanan kepada seseorang pekerja. Konflik sesama rakan sekerja

    boleh mendatangkan tekanan kepada seseorang. Contohnya sekiranya

    perhubungan dengan pekerja lain kurang mesra dan pernah mengalami masalah

    mahupun pertelingkahan, kesanya pekerja itu tidak ada komunikasai yang baik di

    tempat kerja. Akibatnya timbul suasana kerja yang kurang selesa dan masing-

    masing membawa haluan sendiri. Keadaan ini akan menimbulkan tekanan kepada

    seseorang. Selain daripada itu hubungan dengan majikan juga boleh mewujudkan

    tekanan di tempat kerja. Contohnya ada majikan yang pilih kasih, tidak memberikan

    peluang untuk maju ke hadapan dan sentiasa mencari masalah pekerjanya.

    Keadaan ini akan menimbulkan tekanan kepada pekerja yang mengalaminya.

    Perubahan dalam organisasi juga boleh menyebabkan tekanan di tempat

    kerja. Antaranya ialah berlaku perubahan di dalam struktur dan pengurusan

    organisasi secara mendadak. Keadaan ini akan mengwujudkan kekeliruan dan

    tekanan kepada pekerja. Sekiranya sering berlaku perubahan di dalam struktur dan

    organisasi akan menyebabkan pekerja tidak ada matlamat dan tumpuan ke atas

    kerjanya. Ini kerana pekerja sudah biasa dengan kerjanya sebelum ini dan tiba-tiba

    berlaku perubahan. Situasi ini akan menyebabkan pekerja belum bersedia untuk

    menerima cara baru untuk menjalankan kerjanya. Masa diperlukan untuk

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    4/11

    menyesuaikan diri dengan cara kerja yang baru. Oleh itu sekiranya berlaku keadaan

    sedemikian akan menyebabkan tekanan kepada pekerja yang mengalaminya.

    Tekanan yang seterusnya masalah peribadi, maksudnya pekerja mempunyai

    masalah peribadi di rumah mahupun masalah dengan dirinya sendiri. Contohnya

    ialah masalah suami isteri, masalah kewangan, masalah keluarga, masalah

    kesihatan dan lain-lain lagi. Keadaan ini boleh mempengaruhi seseorang pekerja

    awam dan juga tiada komitmen terhadap kerja sewaktu menjalankan tugas di tempat

    kerja.

    Punca tekanan yang terakhir ialah tidak menjiwai kerjaya yang telah dipilih.

    Maksudnya di sini ialah sekiranya pemilihan kerja yang tidak sesuai dan tepat bolehmenyebabkan tekanan kepada seseorang pekerja itu. Penjiwaan terhadap kerja

    amat penting bagi mewujudkan keseronokan di dalam kerjaya. Sekiranya seseorang

    pekerja itu tidak minat dengan kerja yang telah diterimanya akan menyebabkan

    motivasi bekerja menurun dan tidak berusaha untuk memajukan diri di dalam

    kerjayanya sekarang. Sebaliknya pekerja yang mengalami masalah ini akan bekerja

    dengan hati yang terpaksa dan hanya sekadar menjalankan tugas dan bukannya

    bersemangat meningkatkan kerjayanya. Kesanya pekerja ini akan sentiasa berasa

    tertekan dengan kerjayanya. Oleh itu, pemilihan kerjaya juga menjadi punca kepada

    tekanan terhadap kerjaya. Pemilihan yang tepat haruslah dilakukan sebelum

    menerima sesuatu tawaran kerja yang telah diberikan kepada seseorang pekerja itu.

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    5/11

    3.0 Kesan-kesan Tekanan

    Jika tekanan tidak dapat dibendung, sudah tentu akan menjejaskan hidup

    seseorang dan membawa kesan terhadap kesihatan fizikal, kesihatan fisiologi dan

    psikologi dari segi diri sendiri. Ini bukan sahaja akan menimbulkan masalah kepada

    diri sendiri, malah juga memberi kesan terhadap keluarga dan pekerjaan seseorang

    termasuklah menimbulkan masalah kepada rakan sekerja serta menjejaskan usaha

    untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang awam.

    Tekanan berlebihan di tempat kerja terutama ke atas golongan muda

    menyebabkan mereka mengalami sakit jantung yang akhirnya membawa kematian,

    kata Ketua dan Pakar Perunding Kanan Psikiatri Hospital Kuala Lumpur (HKL),

    Datuk Dr. Abdul Aziz Abdullah. Terdapat juga kes-kes membunuh diri kerana hilang

    kawalan disebabkan oleh kemurungan berkaitan tekanan berlebihan.

    Selain daripada kesan terhadap diri sendiri, tekanan juga akan memberi

    kesan terhadap ahli keluarganya. Pengawai awam yang menghadapi tekanan yang

    tidak stabil emosinya, kemungkinan besar akan cuba melepaskan tekanannya

    terhadap ahli keluarganya. Kesan yang amat ketara ialah keganasan keluarga

    semakin berleluasa.

    Prestasi kerja akan menurun akibat daripada

    resah gelisah

    tidak sabar

    perasaan sensitif semasa berurus dengan pelanggan-pelanggan

    tidak yakin dengan diri sendiri

    takut untuk mencuba

    malas

    daya ingatan menjadi lemah/tidak dapat menumpu perhatian

    tidak hadir kerja tanpa sebab

    Dengan adanya perangai atau sifat bekerja yang sedemikian, sudah pastinya

    pengawai awam mungkin akan menghadapi masalah tatatertib kerana tidak dapat

    memberi perkhidmatan yang berkualiti. Yang lagi memburukkan keadaan, pengawai

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    6/11

    perkhidmatan awam boleh menjejaskan kecekapan jabatan/pejabat dan seterusnya

    menjejaskan imej dan nama baik jabatan/pejabat. Sehubungan dengan harapan

    orang awam yang memang menaruh harapan tinggi bahawa anggota perkhidmatan

    awam dapat menghasilkan kerja yang berkualiti, orang-orang awam akan berasa

    hampa dan kecewa.

    Tambahan pula, pengawai awam yang tertekan gagal berkomunikasi baik

    dengan rakan sekerjanya atau orang awam yang sebagai pelanggan. Kejadian

    sedemikian menyebabkan pengawai berkenaan gagal menonjolkan kebolehannya

    dengan berkesan. Secara tidak langsung, sebenarnya menjejaskan kerjaya diri

    sendiri.

    Rakan sejawat yang takut akan sifat pengawai awam yang bersikap negatif

    seperti yang dibincangkan tadi, sudah tentu akan menjauhkan diri dengan pekerja

    berkenaan. Lama-kelamaan, semangat bekerja berpasukan sudah tentu semakin

    pudar dan seterusnya menjejaskan prestasi kerja secara peringkat jabatan/pejabat.

    Selain daripada itu, pekerja yang tertekan mungkin bertindak dengan cara

    yang boleh merugikan organisasi seperti sabotaj. Sekiranya sabotaj berlaku, ia akan

    menjejaskan rakan-rakan sejawat. Rakan-rakan sejawat akan berasa was-wasapabila berurusan dengannya. Ini jelas membuktikan bukan sahaja keberkesanan

    pekerja tertekan terjejas malah juga terhadap rakan-rakan sejawat yang lain supaya

    tidak bekerja dengan baik dan sebagainya.

    Tekanan yang dihadapi dapat menyebabkan suasana kerja yang kurang

    selesa dan masing-masing membawa haluan sendiri turut akan berlaku. Tambahan

    pula, moral di tempat kerja akan merosot dan nilai harga diri akan berkurangan. Ini

    sudah pasti menjejaskan keberkesanan jabatan/pejabat kerana peratusan kesilapan

    operasi mungkin akan meningkat. Ini jelas terbukti apabila berlakunya kemerosotan

    produktiviti kerja.

    Pekerja yang tertekan juga akan hilang tumpuan terhadap pekerjaan,

    pengawai awam yang kurang memberi perhatian akan selalu lalai dalam kerjanya

    dan mungkin akan berlaku pembaziran masa dan pembaziran bahan bekalan. Ini

    kerana pengawai yang lalai dalam kerja bukan sahaja memerlukan masa yang lebih

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    7/11

    panjang untuk menyiapkan kerja, malah juga akan membazirkan bekalan bahan.

    Contohnya, pengawai yang silap mengisi perlu mengisi semula borang permohonan.

    Tekanan yang dihadapi pekerja awam sebenarnya juga akan memberi kesan

    terhadap orang awam. Setiap hari, ramai orang awam yang ingin mendapatkan

    perkhidmatan awam di pelbagai jabatan/pejabat agensi awam. Sekiranya, terdapat

    ramai pengawai awam yang dalam keadaan tertekan semasa bekerja, sudah tentu

    orang awam gagal mendapat perkhidmatan atau layanan yang sopan. Biasanya,

    orang yang tertekan akan bersifat pemarah dan tidak sabar. Maka, layanan yang

    tidak berkualiti akan diterima orang awam. Layanan sedemikian sepatutnya tidak

    akan dialami oleh orang ramai.

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    8/11

    4.0 Langkah-langkah Mengatasi Tekanan

    Tekanan sering diambil pendekatan terhadapnya sebagai masalah yang

    harus ditandatangani, dengan bercorakan pemulihan. Pendekatan yang kini sedang

    muncul, sebaliknya menumpukan pada tindak balas proaktif terhadap tekanan

    dengan menekankan pada pencegahan iaitu usaha mengatasi sebab-sebab

    tekanan. Antaranya adalah bersikap realistik terhadap pekerjaan. Seorang pekerja

    perlu mengenali kelemahan dan kekuatan dalam diri agar mereka dapat

    memperbaiki kekurangan diri masing-masing. Pekerja perlu bersikap positif semasa

    melakukan kerja. Ini penting kerana mereka dapat memaksimumkan tahap bekerja

    terhadap kerja yang dipikul. Maka, dengan perasaan demikian pekerja akan berasa

    seronok bekerja dan bekerjasama di antara pekerja-pekerja lain.

    Seorang pekerja awam yang bijak harus merancang kerja yang ingin

    dilakukan dengan baik. Pengendalian masa yang sistematik amat penting untuk

    memastikan kerja yang dilaksanakan tepat pada masa berkenaan. Kerja tidak

    sepatutnya ditangguh-tangguhkan dengan memberi alasan bahawa masa tidak

    mencukupi atau sukar diselesaikan. Sebagai seorang pengawai awam, cubalah

    mengelakkan diri daripada membawa tugasan balik ke rumah kerana ini akan

    menyebabkan pekerja tersebut tidak dapat berehat atau meluangkan masa

    bersama-sama dengan keluarga. Masa rehat yang tidak mencukupi akan

    mengakibatkan seseorang berasa tertekan dan tidak dapat memberi tumpuan

    sepenuhnya ketika bekerja. Oleh itu, keutamaan perlu diberikan kepada kerja yang

    penting terlebih dahulu. Ini bukan sahaja menunjukkan pekerja tersebut seorang

    yang mempunyai komitmen tinggi terhadap kerjaya tetapi juga tahu menghargai

    masa.

    Selain itu, pengawai adalah digalakkan untuk mempertingkat kemahiran

    penyelesaian masalah yang dihadapinya. Pekerja harus menghalusi masalah-

    masalah dengan rasional dan merancang penyelesaian secara sistematik.

    Senaraikan masalah-masalah yang dihadapi mengikut keutamaan serta langkah-

    langkah yang sesuai untuk mengatasi tekanan. Kemudian, nilaikan kesesuaian pada

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    9/11

    setiap langkah penyelesaian untuk meninjau keberkesanannya. Sebaik sahaja

    penyelesaian yang dikenalpasti, maka langkah yang seterusnya ialah pekerja

    tersebut perlu mengambil tindakan secara wajar. Keadaan sedemikian secara tidak

    langsung dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh para pekerja.

    Pekerja perlu mempunyai sikap yang betul terhadap perubahan dalam kerja.

    Mereka perlu menyesuaikan diri dalam apa-apa jua keadaan dengan matlamat untuk

    bekerja dengan baik. Dengan itu, pihak atasan jabatab/pejabat seharusnya

    mengambil inisiatif untuk menyediakan keadaan kerja yang kondusif kepada

    pengawai-pengawai awam. Di samping itu, program seperti kursus motivasi, kempen

    pembangunan diri dan lain-lain perlu diadakan dari semasa ke semasa dengan

    harapan untuk memberi semangat bekerja kepada pekerjanya. Tujuan program-

    program tersebut adalah untuk melahirkan pekerja yang sentiasa bersikap hati

    terbuka, bertolak ansur dan sabar terhadap apa-apa jua perubahan tekanan yang

    berlaku di tempat kerja. Perancangan yang rapi membolehkan pekerja untuk

    menangani perubahan tekanan secara teratur tanpa berasa tertekan.

    Amalan komunikasi berkesan di tempat kerja perlu dipupuk di kalangan

    pekerja. Sikap tegas (asertif) adalah penting dan harus diamalkan oleh pekerja

    terutamanya ketika membuat sesuatu keputusan yang penting. Luahan pendapat

    secara sopan, tegas dan jelas merupakan cara yang betul untuk menyampaikan

    sesuatu perkara yang berkaitan. Rakan sekerja memainkan peranan yang penting

    kerana mereka perlu menghormati pandangan yang diberikan serta respon yang

    sepatutnya. Perhubungan sosial antara rakan sekerja di tempat kerja perlu

    ditingkatkan agar dapat mewujudkan ikatan persahabatan sesama yang lain.

    Di samping itu, pihak atasan juga boleh menyenaraikan individu dan

    organisasi yang dapat membantu menyelesaikan masalah. Pekerja bukan sahaja

    dapat berkongsi masalah dengan rakan sekerja tetapi juga kepada kawan-kawan

    yang sedia mendengar luahan perasaan. Ini amat penting kerana pekerja yang

    bermasalah akan berasa selesa selepas masalah tersebut dikongsi. Pengawai-

    pengawai yang bekerja dalam satu jabatan/pejabat perlu berusaha membina

    perasaan saling percaya mempercayai yang diperlu untuk perhubungan yang

    terbuka. Terutama sekali, adalah penting untuk memperjelaskan, khasnya di

    kalangan pekerja tahap rendah, bahawa pekerja yang berkongsi secara terbuka

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    10/11

    perasaan mereka tentang tekanan dan keganasan berhubung dengan pekerjaan,

    serta idea mereka untuk mendapatkan perubahan dalam persekitaran kerja.

    Walau bagaimanapun pendekatan-pendekatan yang diulaskan tersebut telah

    dilaksanakan, diri sendiri yang memutuskan pendekatan bersesuaian dengan

    masalah yang dihadapi. Tekanan negatif mengaktifkan beraneka macam gejala dan

    tanda fizikal dan emosi yang mengakibatkan penyakit serius jika keadaan berkenaan

    berlanjutan. Oleh itu, usaha untuk mengamalkan cara hidup sihat amat disarankan

    oleh kerajaan. Seseorang semestinya mempunyai tidur yang cukup iaitu sekurang-

    kurangnya lapan jam setiap hari. Bersenam adalah digalakkan kepada setiap

    pekerja kerana badan cergas otak cerdas. Kempen seperti kempen jauhi diri dari

    arak dan rokok harus diberi perhatian oleh semua pihak supaya mereka menyedari

    kepentingan kesihatan akan menjamin kecerdasan pemikiran seseorang.

  • 7/30/2019 Tekanan Mempengaruhi Kualiti Perkhidmatan Awam

    11/11

    5.0 PENUTUP

    Tekanan kerja bukan sahaja mampu memudaratkan diri seseorang pegawai

    awam, tetapi juga terhadap keluarga, agensi kerajaan dan masyarakat. Oleh itu,

    suatu usaha berterusan dan bersepadu perlu dilakukan untuk mencegah berlakunya

    tekanan di tempat kerja. Usaha ini memerlukan pengemblengan tenaga antara

    majikan, pegawai awam dan agensi kerajaan. Majikan perlu menyediakan tempat

    kerja yang selamat, sihat dan menjamin kesejahteraan pekerja sejajar dengan

    tuntutan dalam Seksyen 15, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.

    Selain itu, individu itu sendiri haruslah mampu menyesuaikan diri dengan keadaan

    persekitaran tempat kerja. Ini termasuklah membina perhubungan yang baik antara

    sesama rakan sekerja demi mewujudkan budaya tempat kerja yang berkualiti.

    Semangat berkumpulan inilah yang mampu meningkatkan lagi tahap produktiviti

    individu dan budaya kerja cemerlang. Oleh itu, semua pihak yang berkaitan

    hendaklah bersama-sama berganding bahu untuk mencegah tekanan kerja

    berlebihan di kalangan pegawai awam.