22
FCUK YOU Teknik yang melekat di minda ! THE ULTIMATE BM SEMINAR www.youtube.com/cikgusuguz www.cikgusuguz.com.my Probably Malaysia’s most creative BM coach ! CIKGU SUGUZ CIKGU SUGUZ CIKGU SUGUZ CIKGU SUGUZ YOUTH WORLD The only BM teacher with more than 300,000 views on & teknik karangan TAIPEI TATABAHASA IMBUHAN PERIBAHASA EJAAN ISTILAH A Y A T

Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

  • Upload
    others

  • View
    17

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

FCUK YOUTeknik yang melekat di minda !

THE ULTIMATEBM SEMINAR

www.youtube.com/cikgusuguzwww.cikgusuguz.com.my

Probably Malaysia’s most creative BM coach !

CIKGU SUGUZ CIKGU SUGUZ CIKGU SUGUZ CIKGU SUGUZ

YOUTH WORLD

The only BM

teacher with

more than

300,000views on

& teknik karangan TAIPE ITA

TAB

AHAS

A

IMB

UH

AN

PERI

BAH

ASA

EJAA

N

ISTI

LAH

AYAT

Page 2: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

1

TeknikFCUK YOU

Faktor / punca / sebab

Ciri-ciri / sifat-sifat

Usaha / cara / langkah

Kesan / akibat / implikasi (baik & buruk)

Page 3: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

7 USAHA

6 KESAN

7 FAKTOR6

CIRI

FCUK7676

Teknik

1 Jahil

2 Angkuh

3 Bazir

4 Hedonistik

5 Individualistik

6 Materialistik

1 Diri sendiri

2 Keluarga

3 Sekolah

4 Rakan sebaya

5 Masyarakat

6 Media Massa

7 Kerajaan

1 Peranan kerajaan

2 Peranan keluarga

3 Peranan sekolah

4 Peranan masyarakat

5 Peranan media massa

6 Peranan individu /rakan sebaya

7 Peranan NGO / swasta

1 Individu

2 Keluarga

3 Sekolah

4 Masyarakat

5 Negara

6 Dunia

2

Page 4: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

GE

JALA SOSIAL

FCUK 767

6

CIRI• Jahil• Angkuh• Bazir• Hedonistik• Individualistik• Materialistik

KESAN• Individu• Keluarga• Sekolah• Masyarakat• Negara• Dunia

FAKTOR• Diri sendiri• Keluarga• Sekolah• Rakan sebaya• Masyarakat• Media Massa• Kerajaan

USAHA• Peranan kerajaan• Peranan keluarga• Peranan sekolah• Peranan masyarakat• Peranan media Massa• Peranan individu / rakan • NGO / swasta

vandalisme

gengsterisme

penagihan dadah

kepincangan disiplin

jenayah

lumba haram

3

Page 5: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

4

Faktor-faktor yang mengakibatkan kemalangan1. Sikap sesetengah pengguna jalan raya yang

tidak mematuhi peraturan lalu lintas.2. Sikap sesetengah pemandu yang memandu

melebihi had laju yang ditetapkan / memandu dengan cara yang berbahaya.

3. Keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik.

4. Keadaan jalan raya yang berbahaya5. Cuaca yang buruk6. Binatang ... ?

Ciri-ciri pengguna jalan raya yang berhemah1. Mematuhi segala peraturan di jalan raya.2. Menyedari hakikat pepatah Melayu 'malang

tidak berbau'.3. Tidak berlumba-lumba ketika di jalan raya.4. Bertimbang rasa terhadap pengguna jalan

raya yang lain. 5. Sentiasa berpegang pada makna

peribahasa 'biar lambat asalkan selamat'.

6. Tidak mengendalikan telefon bimbit ketika memandu.

Usaha-usaha bagi mengatasi masalah kemalangan jalan raya1. Kerajaan perlulah memperhebat Kempen

Keselamatan Di Jalan Raya.2. Kerajaan wajiblah memperketat peraturan- peraturan dan undang-undang jalan raya.3. Para pengguna jalan raya haruslah mengubah

sikap dan senantiasa berhati-hati di jalan raya.

4. Para pemandu mestilah menyelenggara kenderaan mereka secara tetap dan sentiasa memastikan keselamatan kenderaan.

5. Pihak berkuasa perlulah memastikan semua kawasan jalan raya berada dalam keadaan yang selamat untuk digunakan terutamanya kawasan-

kawasan yang berbahaya dan berisiko tinggi.6. Kerajaan juga sepatutnya mengemaskinikan

teknologi keselamatan jalan raya dari masa ke masa.

Kesan-kesankemalangan jalan raya

1. Kemalangan boleh membawa maut atau pengorbanan jiwa manusia.

2. Kemalangan boleh mengakibatkan kecederaan parah atau kehilangan anggota badan.

3. Kemalangan juga menyebabkan kerosakan harta persendirian dan harta awam.

4. Kemalangan dapat meningkatkan fenomena kesesakan lalu lintas.

5. Kadar kemalangan yang tinggi juga boleh mencalarkan imej masyarakat dan negara Malaysia.

Input

F C U KIsu :Kemalangan Jalan Raya di Malaysia

Page 6: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

5

Karangan contoh Jalan-jalan raya di negara kita belum selamat sepenuhnya.

Bincangkan punca-punca kemalangan jalan raya di negara kita.Pengenalan : Kesan-kesan kemalangan

Jalan-jalan raya yang dibina untuk mengalirkan kenderaan dan manusia

kadang-kala mengalirkan darah dan air mata. Sebagai rakyat Malaysia, kita sudah pasti

terlihat kemalangan jalan raya di mana-mana di negara kita. Imej mangsa yang

berlumuran darah dengan kecederaan anggota yang teruk pernah kita lihat di

media-media sosial seperti Facebook. Kemalangan jalan raya sememangnya satu

fenomena yang cukup memilukan. Kemalangan jalan raya bukan sahaja mengorbankan

jiwa manusia tetapi juga mengakibatkan kerosakan harta benda persendirian dan awam.

Walaupun pelbagai langkah diambil oleh kerajaan, mengapakah kadar kemalangan

masih tidak dapat dikurangkan?

Page 7: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

6

Karangan contoh Jalan-jalan raya di negara kita belum selamat sepenuhnya.

Isi-isi : Punca-punca kemalangan : Sikap pengguna jalan raya

Punca perdana kemalangan jalan raya ialah sikap sesetengah pengguna jalan

raya yang gagal mematuhi peraturan lalu lintas. WHO ARE THEY? Mereka ini terdiri

daripada pemandu kereta, lori, bas, penunggang motorsikal dan pejalan kaki. WHAT DO

THEY DO? Para pemandu kenderaan misalnya melanggar pelbagai peraturan ketika di jalan

raya. FOR EXAMPLE? Mereka bukan sahaja memandu melebihi had laju yang ditetapkan

tetapi juga memandu dalam keadaan yang membahayakan pengguna-pengguna jalan

raya yang lain. WHO ELSE? Selain pemandu, penunggang-penunggang motorsikal juga

menyumbang ke arah peningkatan kes-kes kemalangan WHEN? terutamanya pada

hari-hari minggu ketika golongan ini terbabit dalam perlumbaan haram. Pejalan-pejalan

kaki turut cuai dalam mematuhi peraturan di jalan raya, FOR EXAMPLE? misalnya mereka

tidak menggunakan jejantas untuk melintas jalan raya. Implikasinya,

kemalangan-kemalangan yang cukup ngeri berlaku lalu mengorbankan jiwa manusia

termasuk kanak-kanak hanya kerana sikap cuai manusia ketika di jalan-jalan raya.

Page 8: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

7

Karangan contoh Jalan-jalan raya di negara kita belum selamat sepenuhnya.

Penutup : Langkah-langkah mengatasi kemalangan jalan raya

Setelah membicarakan pelbagai punca kemalangan, sudah tiba masanya bagi

saya membuat kesimpulan tentang fenomena ini. Pertama sekali, kerajaan perlulah

memperhebat Kempen Keselamatan di Jalan Raya WHERE? di seluruh negara WHEN? pada

sepanjang tahun. WHAT'S THE PROBLEM? Kempen keselamatan ini tidak harus dijalankan

bersempena dengan musim perayaan atau percutian sahaja. THEN WHAT TO DO?

Masyarakat perlu diberi kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan pada

sepanjang masa. WHAT ELSE? Undang-undang jalan raya juga perlu diperketat dan

dikemaskinikan dari masa ke masa. Hukuman yang lebih berat dan denda yang jauh lebih

tinggi perlu dikenakan terhadap pesalah-pesalah trafik yang degil dan mengulangi

kesalahan yang sama. WHY? Dengan cara ini setiap pengguna jalan raya akan lebih

berwaspada ketika menggunakan jalan raya lalu menjadikan jalan-jalan raya kita tempat

yang selamat dan selesa untuk semua. Pandu cermat semua selamat!

Page 9: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

8

Y O U !

U

Y

ungkapan menarik Selitkan ungkapan-ungkapan dan peribahasa- peribahasa yang sesuai dan menarik.

olahan isi

yang

O

Page 10: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

9

Teknik P R E P PSatu perenggan isi yang baik juga harus mempunyai ciri-ciri PREPP.

P

P

P

POINT (ayat pertama dengan isi yang jelas)

REASONS (huraian yang menjawab persoalan-persoalan seperti apa, siapa, bila, di mana, bagaimana & mengapa)

EXAMPLES (selitkan contoh-contoh yang sesuai)

PERIBAHASA (selitkan peribahasa yang sesuai)

POINT DIULANGI (jika perlu, tegaskan POINT sekali lagi dengan gaya bahasa yang berbeza, say the same thing but use different words)

R

E

Page 11: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

10

Y

O

U

T

U

B

E

Penguasaan ilmu dan kemahiran berupaya meningkatkan keyakinan diri generasi muda.

Objektif utama pelaksanaan KBAT atau Kemahiran Berfikir Aras Tinggi adalah untuk memastikan para pelajar berupaya untuk berfikir di luar kotak secara kreatif dan kritis.

Para remaja perlu berusaha untuk mencapai keunggulan dalam bidang masing-masing tanpa perlu membandingkan diri mereka dengan orang lain.

Ketabahan merupakan salah satu nilai yang penting bagi seseorang untuk merealisasikan wawasan diri.

Perubahan atau transformasi wajib dilaksanakan dalam segenap bidang agar negara dapat terus membangun.

Aktiviti kokurikulum dan sukan di sekolah-sekolah mampu mencungkil bakat-bakat terpendam para pelajar.

Dalam kehidupan seharian, generasi muda wajarlah mengelakkan sikap keegoaan yang boleh merosakkan jati diri mereka.

Yakin

Objektif

Unggul

Tabah

Ubah

Bakat

Ego

Page 12: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

11

facebook

Keasyikan generasi muda dalam menggunakan media sosial seperti Facebook dan WhatsApp merupakan satu fenomena sosial yang cukup membimbangkan.

Sistem pendidikan kita perlu melaksanakan satu anjakan paradigma demi melahirkan generasi yang mampu berfikir di luar kotak.

Sikap sesetengah masyarakat yang gagal menjaga kebersihan persekitaran telah mencalarkan imej masyarakat dan negara Malaysia.

Generasi muda mesti mempunyai sikap untuk membuat eksplorasi terhadap pelbagai bidang ilmu agar menjadi masyarakat yang proaktif dan produktif.

Masyarakat Malaysia seharusnya membudayakan amalan menderma darah supaya hospital-hospital kita mempunyai bekalan darah yang cukup pada sepanjang masa.

Kerajaan melaksanakan pelbagai operasi khas atau 'Ops' bagi mengurangkan kadar kemalangan di jalan-jalan raya.

Generasi muda perlu optimistik terhadap masa depan diri mereka kerana sikap itulah yang bakal menjamin masa depan negara.

Pendedahan yang keterlaluan terhadap alam maya atau Internet boleh memberikan kejutan budaya kepada golongan remaja.

Fenomena

Anjakan paradigma

Calar

Eksplorasi

Budaya

Ops

Optimistik

Kejutan budaya

Page 13: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

12

twitter

Segala program pembangunan sepatutnya mempergunakan teknologi hijau demi membangunkan persekitaran yang mesra alam.

Wahana Internet sarat dengan pelbagai informasi yang berguna tentang sains, teknologi, dan ekonomi.

Malaysia merupakan ibu pertiwi atau tanah tumpah darah bagi lebih 28 juta insan pelbagai bangsa.

Semua pihak perlu telus dan tulus dalam menangani masalah disiplin di sekolah-sekolah.

Ketandusan kasih sayang dikenal pasti sebagai punca utama remaja berkelakuan negatif dan terbabit dalam pelbagai kepincangan sosial.

Para penjawat awam wajib beretika dan profesional dalam menjalankan tanggungjawab dan komitmen mereka.

Dalam dunia tanpa sempadan ini, individu yang tidak mempunyai informasi yang kontemporari dianggap tidak relevan lagi.

Teknologi hijau

Wahana Internet

Ibu pertiwi

Telus dan tulus

Tandus

Etika

Relevan

Page 14: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

13

Instagram

Dalam dunia umpama sebuah kampung elektronik ini, insan yang bergelar ibu dan bapa menghadapi pelbagai cabaran dalam memelihara anak-anak mereka.

Transformasi merupakan nadi utama dalam pentadbiran Datuk Seri NajibTun Razak.

Ibu bapa mesti menjadi suri teladan atau 'role model' bagi anak-anak sejajar dengan makna pepatah Melayu, 'bagaimana acuan begitulah kuihnya'.

Fenomena GST atau cukai barangan dan perkhidmatan telah menekankan betapa pentingnya masyarakat kini mentradisikan amalan berjimat-cermat dan menabung untuk masa depan.

Asakan globalisasi yang disalurkan melalui wahana Internet cuba mempengaruhi pemikiran dan perlakuan masyarakat di seluruh dunia.

Gagasan 1Malaysia yang dirintis oleh Datuk Seri Najib berjaya mempererat integrasi nasional dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di nusa ini.

Generasi muda pasti mengejar kejayaan jika didedahkan kepada resepi kecemerlangan sejak mereka masih kecil, bak kata pepatah Melayu, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Remaja kini suka mensia-siakan masa bersama rakan-rakan siber mereka di alam maya melalui media-media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp dan Instagram.

Demi menggapai mercu kejayaan, negara memerlukan generasi yang positif, proaktif, progresif dan produktif.

Insan yang bergelar ...

Nadi utama

Suri teladan

Tradisi

Asakan globalisasi

Gagasan

Resepi kecemerlangan

Alam maya

Mercu kejayaan

Page 15: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

14

Topik

Penu

tup

Isi

Peng

enal

an

YOU

FCUK

+

YOU

FCUK

+

YOU

FCUK

+

What

Who

When

Where

How

Why

PREPP

Page 16: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

15

Dalam dunia hari ini, tanggungjawab ibu bapa bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah semakin sukar.

Bincangkan peranan ibu bapa yang kian mencabar ini.

Pengenalan

Pada era golbalisasi ini, Malaysia telah mencapai berbagai kejayaan dan

mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsa-bangsa yang

maju di seluruh pelusok dunia. Dimana-mana sahaja di negara kita kita dapat

melihat banggunan-banggunan pencakar langit terutamanya di kebanyakkan

bandaraya-bandaraya yang menjadi mercu tanda kemajuan dan kemodenan nusa

dan bangsa ini. Seluruh dunia kagum dengan kejayaan Malaysia yang bertaraf

dunia ini. Seluruh rakyat Malaysia turut membantu dalam proses mempercepatkan

pembangunan negara demi untuk masa depan jenerasi akan datang.

Walaubagaimanapun, kepincangan dalam keluarga semakin menjadi-jadi. Anak

muda-anak muda kini banyak terlibat di dalam gejala-gejala yang negatif seperti

melepak, berlumba haram dan menagih dadah. Mereka telah seolah-olah menjadi

sampah masyarakat yang bakal diangkut oleh pihak tempatan berkuasa (PBT)

seperti DBKL. Persoalannya sekarang, bagaimanakah masalah ini dapat di atasi?

Page 17: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

16

Antara masalah-masalah dalam keluarga adalah ibu bapa dan anak-anak

masing-masing menggunakan telefon bimbit. Mereka paling aktif sekali dalam

memasuki Internet untuk menengok web-web sosial mereka seperti Facebook,

Twitter dan Instagram. Mereka tidak mempunyai masa untuk bercakap dengan ibu

bapa mereka. Mereka pun tidak sedar apakah masalah mereka dengan ibu bapa

mereka hingga mereka mengabaikan ibu bapa mereka sendiri walau pun mereka

telah memelihara mereka sejak mereka masih kecil. Mereka juga menonton

video-video di Youtube dan melihat muzik-muzik yang mereka sukai. Akibatnya,

ibu bapa kecewa dan mereka pun tidak mahu bercakap dengan mereka. Mereka

juga dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya yang bersikap negetif dan mula

mengelakan diri dari ibubapa mereka. Mereka pun terlibat dalam gejala-gejala

yang negatif seperti melepak, berlumba haram dan menagih dadah. Impikasinya,

mereka tidak mampu memperolehi keputusan yang cermelang dalam peperiksaan.

Ibu bapa pula tidak dapat mengenalpasti punca masalah ini.

Page 18: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

17

Selain itu, anak-anak sekarang tidak suka ko-kurikulum kerana

menganggap ianya hanya membuang masa pelajar. Jadi mereka seringkali

ponteng aktiviti kokurikulum dan terlibat ke dalam gejala-gejala sosial seperti

lumba haram dan melepak. Mereka turut dipengaruhi oleh rakan-rakan sebaya

yang anti-kokurikulum. Mereka tidak faham pepatah

melayu ada cakap masa itu emas. Mereka juga tidak takut tuhan. Ini kerana mereka

tidak mempunyai didikan agama. Ibu bapa tidak tahu apa yang anak-anak lakukan

kerana mereka sibuk mencari wang. Ada juga ibu bapa yang bersikap materialistik.

Jadi mereka tidak mempantau tingkah-laku anak-anak. Bah kata pepatah melentur

buluh biarlah dari rebungnya. Oleh kerana kurang memberi perhatian anak-anak

menjadi nakal dan prestasi akedemik mereka turut mengurang. Jika generasi muda

sudah begini bagaimanakah masa depan negara kami.

Page 19: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

18

Dalam dunia hari ini, tanggungjawab ibu bapa bagi melahirkan anak-anak yang

cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah semakin sukar.

Bincangkan peranan ibu bapa yang kian mencabar ini.

Pengenalan

'Zuriat' merupakan perkataan Melayu yang terakhir dalam Kamus Dewan.

Namun dalam keluarga, zuriat atau keturunan menjadi perkara nombor satu bagi

ibu bapa. Kelahiran setiap anak ke bumi ini meletakkan ibu bapa di puncak

kebahagiaan. Pasangan suami isteri yang dikurniai cahaya mata membuat pelbagai

perancangan untuk masa depan anak-anak mereka. Mereka sanggup melakukan

apa-apa sahaja demi kebahagiaan dan kesejahteraan anak-anak. Namun, tugas ibu

bapa dalam dunia tanpa sempadan ini bukanlah mudah. Mereka terpaksa

mengharungi pelbagai cabaran yang dibawa oleh asakan globalisasi yang

disalurkan melalui media terutamanya wahana Internet. Demi melahirkan anak

yang cemerlang dari segi akademik, kokurikulum dan sahsiah, ibu bapa perlu

memainkan peranan yang holistik dalam membimbing anak-anak dari kecil

sehingga mereka menjejakkan kaki ke alam pendidikan tinggi sekali gus

menyempurnakan kehidupan mereka.

Page 20: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

19

Dalam konteks dunia hari ini, ibu bapa wajiblah memastikan anak-anak

mendapatkan pendidikan awal yang sempurna. Sebenarnya, proses pendidikan

bermula sejak anak-anak melangkah ke pusat-pusat didikan awal kanak-kanak

seperti tadika, tabika dan taska. Pada usia inilah anak-anak mula-mula mempelajari

bahasa pertuturan, kemahiran dalam pergaulan dan disiplin diri. Apabila mara ke

sekolah rendah pula, mereka dibekalkan dengan pelbagai cabaran yang bersifat

akademik. Di sini ibu bapa perlu memahami kelebihan dan kelemahan anak-anak

lalu memberikan sokongan yang diperlukan oleh mereka. Ibu bapa juga wajar

berganding bahu bagai aur dengan tebing dengan pihak sekolah agar proses

pengajaran dan pembelajaran (PdP) berjalan lancar. Jika anak-anak menunjukkan

kecenderungan untuk menjadi pelajar yang nakal dan bermasalah, ibu bapa wajib

menampilkan diri untuk memperbetul keadaan. Mereka mesti mendidik anak-anak

sejak kecil lagi, bak kata pepatah Melayu, 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'.

Jadi, jika siang-siang lagi ibu bapa mengambil tanggungjawab ini secara serius dan

komited, maka masa depan anak-anak pasti terjamin.

Page 21: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

20

Selain memastikan pendidikan awal yang sempurna, ibu bapa juga perlu

membekalkan didikan agama dan moral yang secukupnya kepada anak-anak.

Pedoman agama merupakan perisai diri bagi anak-anak menangis pelbagai anasir

jahat yang disalurkan melalui media massa terutamanya wahana Internet. Pada usia

remaja, tatkala mereka memasuki sekolah menengah, anak-anak terdedah kepada

pelbagai maklumat, imej, video dan bahan yang mampu merosakkan jati diri

mereka. Jadi, ibu bapa perlu memikul tanggungjawab untuk melindungi anak-anak

daripada pengaruh-pengaruh negatif ini. Teladan yang positif harus ditunjukkan

oleh ibu bapa sejajar dengan makna pepatah Melayu, 'bapa borek anak rintik'. Ibu

bapa sendiri tidak wajar terlalu asyik dengan media-media sosial seperti

WhatsApp, Facebook dan sebagainya kerana hal ini bakal memesongkan

perhatian anak-anak daripada kecemerlangan diri. Pegangan agama yang kuat dan

disiplin diri yang tinggi pasti meletakkan anak-anak di landasan yang betul dalam

menuju ke arah kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah diri.

Page 22: Teknik yang melekat di minda ! TAIPEI

www.cikgusuguz.com.my019-662 [email protected]

Seminar BM Cikgu SuguzCikgu Suguz Cikgu Suguz

Cikgu Suguz

21

MALAYSIA #sehatisejiwa

Aplikasi tema hari kebangsaan 2015 dalam karangan BM SPM dan PT3.

Contoh ayat untuk pengenalan / isi / penutup

Tema Hari Kebangsaan 2015 yang berbunyi, "MALAYSIA #sehatisejiwa

merupakan satu pernyataan penting tentang kesepaduan jiwa warga negara

ini yang menghuni bumi bertuah ini. Sebagai tanah tumpah darah, Malaysia

menjadi teras kelangsungan hidup berjuta-juta masyarakat berbilang

bangsa. Dalam soal kepentingan negara, kita wajib senantiasa sehati dan

sejiwa agar kesejahteraan generasi akan datang terjamin...

Pengenalan contoh untuk karangan remaja / pelajar / belia / generasi muda

'MALAYSIA #sehatisejiwa' merupakan tema hari kebangsaan bagi

tahun 2015. Tema ini merakamkan makna yang cukup besar kepada generasi

muda di negara kita. Golongan remaja perlulah menghayati tema ini agar

rasa cinta akan negara dapat disuburkan. Setiap insan yang bergelar remaja

seharusnya membentuk wawasan dan aspirasi diri sejajar dengan keperluan

negara. Merekalah penyambung warisan bagi negara yang tercinta ini.

Merekalah harapan berjuta-juta penghuni bumi bertuah ini...

PENGENALAN UN i K