peta minda

Embed Size (px)

Citation preview

PARTI-PARTI POLITIK PARTI-PARTI POLITIK Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Persatuan Cina Malaysia (MCA) Kongres India Se-Malaysia (MIC) Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) Parti Progresif Penduduk (PPP) Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Parti Maju Sabah (SAPP) Parti Bersatu Sabah (PBS) Parti Liberal Demokratik Sabah (LDP) Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Bersatu (UPKO) Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Parti komponen Barisan Barisan Nasional

Parti komponen Pakatan Rakyat

Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Tindakan Demokratik (DAP) Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Parti lain Parti politik sebelum merdeka.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) Kongres Dayak Malaysia (MDC) Parti Pekerja-Pekerja Malaysia (PPM) Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (BERJASA) Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) Persatuan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) Kongres Penyatuan Masyarakat (CCC) Barisan Rakyat Sabah Bersekutu (BERSEKUTU) Parti Demokratik Setiahati Kuasa Rakyat Bersatu Sabah (SETIA) Parti Reformasi Negeri (STAR) Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Parti Demokratik Malaysia (MDP) Barisan Kemajuan India SeMalaysia (AMIPF) Parti Punjabi Malaysia (PPM) Parti Bangsa Dayak Sarawak (PBDS) Parti Sosialis Malaysia (PSM) Parti Negara Semangat 46 Hizbut Tahrir (HT) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) Angkatan Pemuda Insaf (API) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) Ikatan Pemuda Tanah Air Melayu (PETA) Pemuda Radikal Melayu (PERAM) Parti Nasionalis Malaya Parti Malaya Merdeka Hizbul Muslimin

MAJLIS PERWAKILAN RAKYAT ATAU PARLIMEN PARLIMEN MALAYSIA. Adalah badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli parlimen,manakala Ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator. Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat, manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

STRUKTUR PARLIMEN MALAYSIA

Yang Di-Pertuan Agong

Dewan Negara

Dewan rakyat

SEJARAH BANGUNAN PARLIMEN Pada bulan Disember 1959, suatu kawasan berhampiran Taman Bunga Kuala Lumpur telah dipilih sebagai tapak untuk membina Kompleks bangunan Parlimen. Maka pada September 1962 sebuah bukit pada aras 61 meter dari aras laut telah diratakan untuk pembinaan bangunan penuh gemilang ini. Kompleks ini terdiri daripada dua bahagian terbesar iaitu bangunan ibu (3tingkat) dan menara (17 tingkat)

FUNGSI Parlimen adalah badan perundangan bagi kerajaan persekutuan dan ia membuat undang-undang yang boleh dikuatkuasakan di seluruh Negara. Ia juga berfungsi meluluskan undang-undang persekutuan, membuat pindaan kepada undang-undang persekutuan yang ada, memeriksa dasar-dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan kerajaan dan meluluskan hasil-hasil cukai yang baru. Selain itu, Parlimen juga menjadi forum kritikan dan fokus pendapat awam mengenai perkara-perkara nasional.

STRATEGI Mempertingkatkan dan mengemaskan tugastugas Urusetia dengan menggunakan peralatanperalatan canggih untuk mengemaskinikan rekod-rekod persidangan Parlimen serta prestasi kakitangan.

MISI Untuk menjadikan Parlimen sebuah institusi yang cekap dengan segala kemudahan terkini dan selesa bagi membolehkan ahli-ahli Parlimen melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan serta memastikan proses membuat undang-undang Negara berjalan lancar. Juga sebagai forum kritik dan tempat tumpuan pendapat orang ramai mengenai hal ehwal Negara. Menerusi perbahasan di Parlimen dasar dan tindak tanduk kerajaan boleh diselaraskan mengikut pendapat umum.

YANG DI-PERTUAN AGONG Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Hanya Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen. Yang di-Pertuan agong juga diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.

PIAGAM PELANGGAN Parlimen Malaysia Kami berjanji untuk berkhidmat dengan penuh komitmen, integriti dan akauntabiliti ke arah memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan Parlimen Malaysia. Maka dengan itu, kami juga akan melaksanakan janji-janji yang berikut : Membuat persiapan dan menguruskan dengan cekap dan berkesan dalam semua hal berkaitan dengan perjanjian persidangan Dewan Negara / Dewan Rakyat dan mesyuarat-mesyuarat, jawatankuasa-jawatankuasa dengan sempurna dan teratur. Menentukan pengurusan Pusat Sumber mengenai hal-ehwal Sistem Parlimen, perhubungan antara parlimen-parlimen dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan dan jawatankuasa kira-kira wang Negara diuruskan dengan cekap. Memberi khidmat nasihat terbaik dalam hal-ehwal pengurusan kakitangan dan pengurusan kewangan. Merancang, mengurus dan menilai perlaksanaan konsep-konsep perkhidmatan dan pekeliling-pekeliling dari segi agensi-agensi pusat bagi kemajuan pentadbiran dan kakitangan. Mengurus dan menyelenggara dengan cekap semua rekod ahli-ahli parlimen supaya sentiasa dikemaskini.

PERLEMBAGAAN NEGARA.

PERLEMBAGAAN

KONSEP

JENIS-JENIS

BERTULIS

TIDAK BERTULIS

TUN SALLEH ABAS Surat catatan atau surat cara yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang difikirkan mustahak bagi mewujudkan sebuah negara yang SHAMSUL AMRI Kumpulan peraturan atau undangundang sama ada bertulis atau tidak bertulis. Menentukan organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum bagaimana kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan. KONSEP PERLEMBAGAA N RUSLAN ZAINUDDUIN Satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undangundang dasar yang dianggap penting bagi pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini berperanan dalam menentukan bidang kuasa pemerintahan, bentuk sesebuah

BERTULIS Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu dokumen. Contoh, Perlembagaan Malaysia.

TIDAK BERTULIS. Semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu dokumen seperti undangundang adat. Contoh, adat perpatih.

UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

BAHASA MELAYU

AGAMA ISLAM

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU,BUMIPUT ERA SABAH DAN SARAWAK

INSTITUSI BERAJA

BAHASA MELAYU

Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mesti digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Tiada larangan menggunakan, mengajar atau belajar bahasa lain.

AGAMA ISLAM

Perkara 3(1), agama islam adalah agama rasmi persekutuan. Agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Setiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agama.

KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU, BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK.

Jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas. Tanah rizab orang melayu dilindungi daripada diselenggara oleh orang bukan melayu. Kemasukan perkhidmatan orang melayu ke dalam Rejimen Askar Melayu.

INSTITUSI BERAJA

Raja berkuasa mutlak Dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantik sebelum penjajahan British.

PILIHAN RAYA.

PEMILIH

PROSES PILIHAN RAYA

PILIHAN RAYA

BAHAGIAN PILIHAN RAYA

CALON

SISTEM PILIHAN RAYA Sejak tahun 1957, Malaysia mengekalkan sistem politik pelbagai parti yang mana parti politik yang memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat) atau Dewan Undangan Negeri boleh menubuhkan Kerajaan Persekutuan atau Negeri. Sistem yang digunakan di Malaysia berasaskan First-Past-ThePost-System. Ini bermakna calon-calon yang memperoleh majority akan diisytihar pemenang di bahagian pilihan raya yang berkenaan.

JENIS PILIHAN RAYA

PILIHAN RAYA UMUM

PILIHAN RAYA KECIL

Diadakan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh 5tahun

Berlaku untuk mengisi kekosongan kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri disebabkan oleh berikut :

-kematian -perletakan jawatan -hilang kelayakan -pembatalan keputusan pilihan raya

TEMPOH PILIHAN RAYA

PILIHAN RAYA UMUM

PILIHAN RAYA KECIL

60 hari selepas tarikh pembubaran Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri.

Tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan seperti di atas.

PERINGKAT PILIHAN RAYA.

Pengeluaran Writ -iaitu surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya kepada pegawai pengurus

Penamaan calon -Pada hari penamaan calon ditetapkan, Pegawai Pengurus akan menerima borang penamaan calon, pencadang atau penyokong. Mereka ini perlu menyertakan deposit pilihan raya dan Borang Akaun Berkanun yang dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Setelah diteliti dan dibantah oleh mereka yang layak, Pegawai Pengurus akan mengistiharkan calon-calon yang layak bertanding.

Kempen Pilihan Raya -pemasangan poster, ceramah-ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. -Calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen dan juga pemasangan poster. -Bagi calon yang ingin mengadakan ceramah terbuka perlu mendapatkan

Pengundian -Pemilih yang telah berdaftar akan keluar mengundi di pusat-pusat mengundi yang telah ditetapkan. Masa mengundi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Penjumlahan Rasmi Undi -Setelah selesai urusan pengundian, Ketua Tempat Mengundi akan membuat pengiraan kertas undi. Keputusannya akan dimasukkan ke dalam Borang 14. Pegawai Pengurus akan menyemak Borang 14 ini. Jika ada keraguan akan disemak semula dengan Borang 13.

Pengumuman Keputusan Pilihan Raya. -Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus akan mengistiharkan calon yang mendapat undi majoriti dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang berkenaan. Keputusannya tidak boleh dipertikaikan.

DEPOSIT PILIHAN RAYA

PILIHAN RAYA PARLIMEN RM 10,000.00

PILIHAN RAYA DEWAN UNDANGAN NEGERI RM 5,000.00

JENIS-JENIS PENGUNDIAN

PENGUNDIAN BIASA

PENGUNDIAN POS

Ianya melibatkan pemilihpemilih biasa yang akan mengundi pada hari yang telah ditetapkan sebagai hari mengundi.

Ianya melibatkan pengundi tidak hadir yang terdiri daripada angkatan tentera dan pasangannya, pelajar di luar negara dan pasangannya dan kakitangan awam yang berkhidmat di luar negara dan pasangannya.

Pengundi-pengundi lain yang dibenarkan ialah : Petugas pilihan raya Anggota polis dan pasangan, anggota polis hutan. Ahli panel dan pegawai SPR. Mana-mana kategori yang ditetapkan oleh SPR layak untuk mengundi secara pos melalui pewartaan.