TEKNOLOGI FERTIGASI 1

Embed Size (px)

Citation preview

Prof. Dr. Hj. Supli Effendi Rahim Abu Bakar bin Mamat

PENGELUARAN TANAMAN DENGAN TEKNOLOGI FERTIGASI

KEMAHIRAN HIDUP FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

TANJONG MALIM, PERAK 2008

PENGENALANKeperluan manusia terhadap hasil tanaman untuk makanan semakin hari semakin meningkat. Hal ini disebabkan karena jumlah penduduk semakin tahun semakin bertambah. Laju pertambahan penduduk di negara-negara berkembang masih berkisar antara 2 hingga 3 peratus per tahun. Tidak mengherankan bila keperluan terhadap pengeluaran tanah semakin tinggi. Pengeluaran tanaman juga potensial tanpa menggunakan media tanah. Salah satu teknologi pengeluaran tanpa media tanah adalah futigasi. Umumnya untuk hanya beberapa jenis tanaman sayuran dan buah seperti tomato, tembikai, cili, timun, terung dan strawberi dll. Fertigasi berasal daripada perkataan pembajaan fertilization dan pengairan irrigation. Pemberian nutrien dalam bentuk cecair larutan baja kimia dan baja organik boleh diaplikasikan dalam sistem ini. Futigasi boleh ditakrifkan sebagai satu kaedah penanaman dimana baja larutan dialirkan kepada zon pengakaran tanaman dengan menggunakan sistem pengairan. Di antara sistem yang digunakan dalam pengairan terdiri daripada sistem jenis titisan,renjis dan aliran yang berfungsi sebagai pemberian nutrien , hormon, racun kulat dan sebagainya.

Tabel 1.1 PERBEZAAN DI ANTARA SISTEM HIDROPONIK DAN SISTEM FERTIGASI Sistem Hidroponik Perkataan Greek yang membawa maksud Kerja air (Hidro-air, ponos kerja) Sistem Fertigasi Istilah yang membawa maksud Pengairan pembajaan ( Fertilizationpembajaan, Irrigation pengairan )

Dikenali sebagai Hidroponik tak Dikenali sebagai hidroponik beraggregat beraggregat/ hidroponik titisan. Akar pokok yang sentiasa terendam di dalam larutan nutrien Akar di dalam media tanaman mendapatkan nutrien dan air melalui titisan yang disalurkan.

Dalam satu kaedah iaitu tanpa menggunakan media tanah

KELEBIHAN SISTEM FERTIGASI i. Pemberian Nutrien yang lengkap dan effisien mengikut jumlah nutrient yang diperlukan oleh sesuatu tanaman. ii.Kaedah Alternatif bagi mengatasi tanah kurang subur, perumah penyakit dan perosak. iii. Mengelakkan tanaman daripada serangan penyakit akar seperti Pythium, Fusarium, Rhizoctonia dan penyakit layu bakteria yang kebiasaanya menyerang tanaman di atas tanah. iv. Media tumbesaran tanaman dan persekitaran yang menjamin kebersihan dan menghidari daripada penyakit. v. Peningkatan hasilan perunit kawasan dengan kepadatan yang maksimum. Boleh mencapai kejayaan sehingga 7 kali ganda . vi. Tiada Kos merumpai vii.Tinggi kualiti tanaman, rasa dan tekstur yang lebih baik, ketahanan penyimpanan yang lebih lama serta selamat dimakan. viii. Penggunaan baja secara maksima dengan kadar 85% berbanding kaedah tabur hanya 30%.

ix. Pengurangan kos operasi seperti penggunaan air, baja dan tenaga buruh.

PERSAMAAN SISTEM HIDROPONIK DAN FERTIGASI Kedua-duanya merupakan kaedah pengeluaran tanaman tanpa menggunakan media tanah ataupun sistem konvensional yang menggunakan tanah dan sistem geoponik, iaitu akar tanaman yang menjalar di dalam tanah. Salah satu kaedah alternatif yang dipraktikalkan pada masa sekarang bagi memenuhi keperluan makanan negara dan mengatasi kekurangan tanah pertanian. Ia dapat meningkatkan keuntungan ladang dengan pengeluaran secara maksima bagi setiap keluasan kawasan penanaman. Menuju ke arah Pertanian Persis precision farming iaitu mengelakkan kerosakan tanah, hakisan tanah, pencemaran air bawah tanah, air sungai, meningkatkan biodiversiti dan meningkatkan pengeluaran dengan produk yang bermutu tinggi tanpa menggunakan bahan kimia yang berbahaya mengikut Amalan Pertanian Baik (GAP) yang digariskan oleh Jabatan Pertanian Malaysia.

Kaedah konvensional

kaedah moden

KEPERLUAN ASAS Keperluan asas untuk melaksanakan kaedah penanaman fertigasi ialah: 1. Rumah lindungan hujan. 2. Sistem pengairan ( Pusat kawalan nutrien, paip ladang,penitis ). 3. Baja Khas untuk fertigasi cth : Robust , Vita-Grow , Wuxal. 4. Sumber air bersih. 5. Alat Pengukur pH dan EC meter. 6. Bekas tanaman di ladang dan semaian (polibeg dan pot Semaian). 7. Media tanaman seperti hampas sabut kelapa, habuk papan,sekam padi, bata,dll. 8. Biji benih terpilih.

RUMAH LINDUNGAN HUJAN Penggunaan rumah lindungan bertujuan mewujudkan persekitaran terkawal yang membolehkan aktiviti pengeluaran berjalan secara berterusan. Empat jenis rumah lindungan i. Rumah lindungan hujan ii. Rumah lindungan hujan dan kalis serangga iii. Rumah lindungan kalis serangga iv. Rumah lindungan 100% terkawal. (hujan,serangga,suhu, karbon dioksida, baja, kelembapan dll).

Bentuk-bentuk Rumah lindung hujan

Kelebihan rumah lindungan dan persekitaran terkawal. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Pengeluaran secara berterusan. Penggunaan baja secara berterusan. Penggunaan racun berkurangan Penggunaan ruang secara maksima. Kualiti produk lebih baik Pengurusan tanaman yang tersusun dan

sistematik.

Rumah semaian yang mempunyai 2 lapis pintu

RAJAH SISTEM FERTIGASI

Komponen Penting Perlu Ada Dalam Sistem Pengairan: I. ii. iii. iv. v. vi. Tangki nutrien Pam Penapis Paip ladang (main-line, sub-line dan tiub Penitis (2L/H) Injektor & tangki stok nutrien.

mikro)

Contoh sistem pengairan fertigasi kecilan.

Contoh sistem pengairan fertigasi komersil.

Penggunaan injektor untuk campuran baja terus ke dalam sistem pengairan

Sistem Pengairan: Tangki nutrien digunakan untuk menampung larutan nutrien yang sedia diagihkan ke ladang. Tangki jenis plastik (polytank), tangki konkrit atau tangki gentian kaca boleh digunakan. Elakkan daripada menggunakan tangki dari jenis logam (besi atau aluminium) kerana boleh menyebabkan tindakbalas kimia serta pengoksidanan. Dua (2) tangki nutrien disyorkan untuk satu sistem agihan. Satu tangki untuk larutan nutrien yang pekat (2.0 - 4.0 mS/cm) dan satu tangki lagi diisi dengan baja cair (kurang 1.5 mS/cm) atau air tanpa nutrien dengan ukuran pH 6.0 - 6.3 atau tangki simpanan. Saiz tangki yang bersesuaian perlu disediakan. Purata keperluan untuk tanaman ialah 2.0L/ hari. Oleh itu saiz minima tangki ialah 2 liter didarab dengan jumlah pokok. Dengan saiz tangki minima tersebut, larutan nutrien boleh disediakan setiap hari pada peringkat puncak. Saiz yang lebih besar adalah digalakkan kerana boleh mengurangkan kekerapan bancuhan baja dilakukan. Saiz tangki yang terlalu besar seperti boleh menampung larutan nutrien untuk tempoh lebih dua (2) minggu juga tidak digalakkan kerana akan berlaku perubahan ketara tentang kepekatan dan pH akibat mendapan bahan dan sejatan larutan. Saiz tangki yang bersesuaian perlu disediakan. Purata keperluan untuk tanaman ialah 2.0L/ hari. Oleh itu saiz minima tangki ialah 2 liter didarab

dengan jumlah pokok. Dengan saiz tangki minima tersebut, larutan nutrien boleh disediakan setiap hari pada peringkat puncak. Saiz yang lebih besar adalah digalakkan kerana boleh mengurangkan kekerapan bancuhan baja dilakukan. Saiz tangki yang terlalu besar seperti boleh menampung larutan nutrien untuk tempoh lebih dua (2) minggu juga tidak digalakkan kerana akan berlaku perubahan ketara tentang kepekatan dan pH akibat mendapan bahan dan sejatan larutan. Jika campuran larutan nutrien menggunakan injektor, saiz tangki minima yang perlu adalah mencukupi untuk sekali siraman bagi kuantiti tanaman yang ada di ladang (lebih kurang 0.3 liter x jumlah pokok). Sistem pengairan titisan tidak memerlukan kuasakuda pam yang tinggi untuk mengagihkan larutan nutrien ke setiap pangkal tanaman. Pam elektrik 0.5 HP (kadar alir = 30-40 L/min) mencukupi untuk mengagihkan nutrien sehingga 1000 pokok. Manakala pam elektrik 1.0 HP (kadar alir = 70-90 L/min) mencukupi untuk mengairi tanaman sebanyak 2500 beg dan pam elektrik 1.5 HP untuk 4000 beg secara serentak. Pam akuarium yang besar boleh digunakan untuk mengagihkan nutrien sehingga 150 beg. Pam ini sesuai untuk menubuhkan unit fertigasi kecil sebagai hobi atau pembelajaran. Pemasangan pam dan sistem operasi perlu dibuat dengan sempurna. Larutan baja di dalam tangki nutrien perlu dikacau supaya sekata. Ini boleh dilakukan dengan mengadakan saluran semula ke dalam tangki atau satu pam dipasang khas untuk mengacau larutan nutrien pada selang masa tertentu. Paip ladang jenis polypipe dan PE tubing adalah yang paling biasa digunakan. Paip jenis ini tidak mahal, tidak memberi kesan kontaminasi dengan larutan baja dan pemasangannya yang mudah. Pemasangan paip ladang bermula dengan saiz yang lebih besar di bahagian penyambungan berhampiran dengan pam dan mengecil hingga ke tiub mikro di pangkal tanaman. Penitis yang biasa digunakan dikenali sebagai 'arrow dripper'. Teknik terbaru menggunakan 'capillary system'. Sistem pengairan titisan amat sensitif dengan masalah tersumbat kerana saiz lubang penitis amat kecil. Oleh itu penapis 120 mesh mesti dipasang. Adalah lebih baik penapis dipasang sebelum dan selepas pam dalam rangkaian paip ladang. Bagi ladang yang luas, penapis dipasang bagi setiap plot tanaman. Penapis-penapis ini mesti selalu di bersihkan dan bebas daripada kotoran setiap masa. Agihan nutien ke ladang boleh dibuat secara manual atau automatik. Kedua-dua kaedahmempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Sistem operasi secara manual boleh mengawal jumlah dan kekerapan yang lebih tepat mengikut persekitaran semasa tetapi perlu pemantauan berterusan.

Sistem operasi secara automatik yang lengkap boleh mengawal kekerapan siraman dan jumlah nutrien yang diperlukan berdasarkan sejauh mana ketetapan yang dibuat (alat pengesan suhu, kelembapan, cahaya dsb). Walau bagaimana pun pemantauan tetap diperlukan dari masa ke semasa.

BAJA (NUTRIEN) Tanaman memerlukan semua unsur pemakanan dengan seimbang. Setiap campuran bahan dalam penyediaan baja mestilah mampu membekalkan semua mineral diperlukan iaitu nitrogen N, posforus P, Kalium K, Magnesium Mg, Kalsium Ca, Ferum Fe, Zink Zn, Mangan Mn, Kuprum Cu, Boron, B, Molibdenum Mo dan sulfur S. Jumlah unsur mestilah seimbang dengan keperluan tanaman. Jumlah unsur berbeza bagi setiap jenis tanaman. Ada beberapa bentuk penyediaan campuran bahan untuk menyediakan larutan nutrien. Walau terdapat sedikit perbezaan tetapi matlamatnya adalah sama. Semua bentuk campuran yang tercatat boleh dan telah diamalkan oleh penyelidik atau pengusaha secara meluas.

Contoh kandungan bahan dalam set baja biasanya adalah seperti berikut: Contoh 1: Set A Kalsium nitrat Kalium nitrat Ammonium nitrat Ferum chelated Set B Kalium nitrat Mono Kalium Posfat Kalium sulfatKuprum Magnesium sulfat Zinc chelated Mangan chelated Kuprum chelated Boron (Solubor atau boric acid) Molibdenum (NHU atau Na molybdate)

Contoh kandungan bahan dalam set baja biasanya adalah seperti berikut: Contoh 2:

Set A Kalsium nitrat Ferum chelated Ammonium nitrat Set B Kalium nitrat Mono Kalium Posfat Kalium sulfatKuprum Magnesium sulfat Zinc sulfat Mangan sulfat Kuprum sufat Boron (Solubor atau boric acid) Molibdenum (NH4 atau Na molybdate)

Contoh kandungan bahan dalam set baja biasanya adalah seperti berikut: Contoh 3: Set A Kalsium nitrat Ferum chelated Set B Kalium nitrat Mono Kalium Posfat Kalium sulfat Kuprum Magnesium sulfat Zinc sulfat Mangan sulfat Kuprum sufat Boron (Solubor atau boric acid) Molibdenum (NH4 atau Na molybdate)

Contoh kandungan bahan dalam set baja biasanya adalah seperti berikut: Contoh 4: Set A Kalsium nitrat Set B Kalium nitrat Mono Kalium Posfat Magnesium sulfat Zinc sulfat Mangan sulfat Kuprum sufat Ferum chelated Boron (Solubor atau boric acid) Molibdenum (NH4 atau Na molybdate)

BAJA (NUTRIEN) Formulasi bagi setiap tanaman berbeza (boleh dirujuk kepada maklumat penyelidikan, pengamal fertigasi dan pembekal baja). Kuantiti bahan ditentukan dengan pengiraan jumlah unsur nutrien (dalam unit ppm) yang diperlukan oleh tanaman. Bekalan baja asal untuk fertigasi adalah dalam bentuk garam mineral pada set A dan set B berlainan bungkusan. Setengahnya bekalan baja dalam bentuk larutan pekat set A dan set B berlainan bekas juga. Ini adalah untuk mengelakkan daripada berlaku tindakbalas beberapa jenis garam yang akan menghasilkan sebatian (ketulan kristal) dan tidak boleh larut. Unsur kalsium tidak boleh dicampurkan dengan posfat atau sulfat dalam kepekatan tinggi kerana akan menghasilkan sebatian (tidak boleh diserap oleh akar tanaman). Campuran baja yang belum atau telah dilarutkan hendaklah diletakkan di tempat yang teduh tidak terkena panas matahari. Semua bahan campuran mudah larut dan pendedahan boleh mengakibatkan sebilangan unsur terperuap.