12
PESTA SUKAN TAHUNAN ANTARA RUMAH S.K NANGA JIH 2015 Teks Ucapan Juruacara: Cikgu Evylinner/Cikgu Intan Jamala ACARA SKRIP CATATAN Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang Berbahagia Encik Berita anak Sabang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit Ucapan Alu-aluan Assalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd Yang Berbahagia, Cikgu Berita anak Sabang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit Yang Dihormati, Cikgu Jabut anak Minda, Guru Besar S.K Nanga Jih. Yang Dihormati, Encik Solomon Jilin, YDP PIBG, SK Ng Jih. Yang Berusaha, Cikgu Kebing Seng, Penolong Kanan 1, Cikgu Tillotson, Penolong Kanan HEM, Cikgu Brian Dana, Penolong Kanan Ko-kurikulum, guru-guru, akp, ibu bapa, seterusnya para pelajar S.K Nanga Jih yang dikasihi sekalian. SELAMAT DATANG KE PESTA SUKAN TAHUNAN ANTARA RUMAH SK NANGA JIH, 2015 Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Tuhan, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama- sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Antara Rumah bagi tahun 2015.

Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

Citation preview

Page 1: Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

PESTA SUKAN TAHUNAN ANTARA RUMAH S.K NANGA JIH 2015Teks Ucapan Juruacara: Cikgu Evylinner/Cikgu Intan Jamala

ACARA SKRIP CATATAN

Pengumuman Ketibaan Tetamu Kehormat

Mengumumkan ketibaan Tetamu Kehormat, Yang BerbahagiaEncik Berita anak Sabang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit

Ucapan Alu-aluanAssalamualaikum wrt wbkth dan salam sejahtera diucapkan kpd

Yang Berbahagia, Cikgu Berita anak Sabang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit

Yang Dihormati, Cikgu Jabut anak Minda, Guru Besar S.K Nanga Jih.

Yang Dihormati, Encik Solomon Jilin, YDP PIBG, SK Ng Jih.

Yang Berusaha, Cikgu Kebing Seng, Penolong Kanan 1, Cikgu Tillotson, Penolong Kanan HEM, Cikgu Brian Dana, Penolong Kanan Ko-kurikulum, guru-guru, akp, ibu bapa, seterusnya para pelajar S.K Nanga Jih yang dikasihi sekalian.

SELAMAT DATANG KE PESTA SUKAN TAHUNANANTARA RUMAH SK NANGA JIH, 2015

Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama panjatkan kesyukuran kepada Tuhan, kerana atas limpah kurniaNYA dapat kita bersama-sama sekali lagi, pada hari yang gilang gemilang ini untuk menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Antara Rumah bagi tahun 2015.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan untuk hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan ini. Sesungguhnya kehadiran semua membuktikan sokongan dan semangat yang jitu untuk menjulang dan memartabatkan Nanga Jih ke tahap yang tinggi dalam bidang sukan.

Perarakan kontinjen

Hadirin yang dihormati,

Marilah kita saksikan perarakan masuk dan lintas hormat kontijen-kontijen rumah sukan yang akan mengambil bahagian dalam PESTA SUKAN pada kali ini.

Page 2: Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

Dengan ini majlis menjemput Cikgu Berita anak Sabang berdiri bagi menerima tabik hormat lalu lintas kontinjen. Dipersilakan.

1. Mendahului perarakan ialah kontinjen pasukan pra-sekolah yang dibimbing oleh cikgu Eta anak Gerut dan Puan Ureen anak Menoa. Kontinjen ini diketuai oleh adik Embry Anak Lanyau.

2. Seterusnya ialah kontinjen rumah merah yang dibimbing oleh Cikgu Evylinner Akim dan Cikgu Adeline Amy. Kontinjen ini diketuai oleh adik Mc Miller Heckson.

3. Kontinjen seterusnya ialah rumah kuning yang dibimbing oleh cikgu Leman Muyang dan Cikgu Anis Najwan. Kontinjen ini diketuai oleh adik Avenizer Johnny.

4. Kontinjen terakhir kita pada hari ini ialah rumah hijau. Kontinjen ini dibimbing oleh Cikgu Intan Jamala dan Cikgu Karenth. Kontinjen ini diketuai oleh adik Allysha Sharlene.

Terima kasih diucapkan kepada Cikgu Berita di atas kesudian menerima tabik hormat daripada para kontinjen sebentar tadi.

Nyanyian Lagu

Nyanyian Lagu

Seterusnya, Nyanyian Lagu Negaraku dan Ibu Pertiwiku.Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

Hadirin dipersilakan duduk.Ucapan Alu-aluan

Ucapan Guru Besar

Seterusnya, majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Dihormati, Guru Besar Sk Nanga Jih, Cikgu Jabut anak Minda untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Dipersilakan.

Majlis merakamkan ribuan terima kasih.

Hadirin yang dihormati.Tidak sempurna majlis  kita pada hari ini tanpa mendengar  ucapan perasmian.  Untuk itu majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berusaha Cikgu Berita anak Sabang untuk

Page 3: Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Pesta Sukan Antara Rumah SK Nanga Jih 2015. Dengan segala hormatnya dipersilakan……

Untuk meneruskan upacara perasmian pada hari ini, majlis mempersilakan Yang dihormati Cikgu Jabut anak Minda dan Encik Solomon Jilin, untuk  mengiringi Yang Berusaha Cikgu Berita anak Sabang untuk memukul gong bagi merasmikan majlis kita pada hari ini. Dipersilakan

Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Cikgu Berita atas kesudian menyampaikan ucapan dan  merasmikan Pesta Sukan Antara Rumah SK Ng Jih pada tahun ini.

Majlis dengan sukacitanya sekali lagi menjemput Cikgu Jabut anak Minda dan Encik Solomon Jilin untuk menyampaikan cenderamata kepada Cikgu Berita anak Sabang. Majlis mempersilakan.

Terima kasih di atas pemberian cenderamata itu tadi.

Ikrar Kejohanan

Bacaan ikrar

Hadirin yang dihormati,Seterusnya, majlis mempersilakan adik Raynold Richie Lau untuk mengetuai lafaz ikrar kejohanan . Dipersilakan

Terima kasih adik Raynold. Begitulah tadi sempurnanya acara pembacaan ikrar kejohanan sebagai tanda komitmen para peserta dalam Pesta Sukan pada tahun ini.

Larian obor

Hadirin sekalian,

Majlis kita akan diteruskan dengan upacara larian obor oleh adik Raynold Richie Lau.

(semasa Raynold sedang berlari)

Berikut merupakan pencapaian adik Raynold sepanjang tahun 2015.

1. Emas bagi acara 100m Zon 4, kategori 11 Tahun ke Bawah.

2. Perak bagi acara Lompat Tinggi zon 4, kategori 11 Tahun ke Bawah.

3. Perak bagi acara 200m, Zon 4, kategori 11 Tahun ke Bawah.

4. Wakil Daerah Kanowit bagi Pertandingan Bola Sepak 11 Tahun ke Bawah Bahagian Sibu di Selangau dan

Page 4: Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

memenangi pingat Emas.5. Wakil Bahagian Sibu bagi Pertandingan Bola Sepak Piala

Perak sempena Sambutan Hari TYT dan mendapat pingat Gangsa.

Terima kasih diucapkan kepada adik Raynold.

Perarakan Keluar

Hadirin yang dihormati,

Seterusnya, marilah kita bersama-sama menyaksikan persembahan Tarian Senamrobik oleh Kelab Kebudayaan Sekolah.Tarian Senamrobik ini akan dipersembahkan oleh murid-murid tahun 5 dan 6 yang dibimbing oleh Cikgu Leman Muyang. Mari sama-sama kita saksikan.

Begitulah persembahan Tarian Senamrobik oleh Kelab Kebudayaan Sekolah. Syabas dan terima kasih kepada semua pelajar dan guru yang menjayakan persembahan itu tadi.

Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Fly Kenyalang Fly’. Hadirin diminta berdiri dan bersedia.

Dengan nyanyian itu tadi, selesailah upacara perasmian Pesta Tahunan Antara Rumah SK Ng Jih pada tahun ini. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan majlis ini.Sekarang, dipersilakan semua kontinjen untuk bergerak keluar dari padang.

Perhatian- Diminta semua pegawai yang  bertugas di padang untuk bersedia  kerana acara olahraga akan dimulakan sebentar saja lagi.

ACARA-ACARA SUKAN PERINGKAT SEKOLAH (Rujuk Kertas Peserta)

  

PENGUMUMAN ACARA BALAPAN

Hadirin yang dihormati,Sebentar lagi akan berlangsung acara  ……………………….  Peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam acara ini ialahDi lorong yang pertama …………………………

Page 5: Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

Peserta-peserta bagi acara ………………………………… sedia untuk dilepaskan.

PENGUMUMAN ACARA PENYAMPAIAN HADIAH (jika perlu)

Tuan-tuan dan puan-puan,Sebentar lagi akan berlangsung penyampaian hadiah bagi acara ……………………..Untuk itu, dengan segala hormatnya dipersilakanEncik/Cikgu ………………………………………………………..untuk menyempurnakan majlis penyampaian hadiah.

(bagi acara………………)

Tempat ketiga/pingat gangsa dimenangi oleh ………………….. dari rumah …………Tempat kedua/pingat perak dimenangi oleh ……………………. dari rumah………Dan johan/pemenang pingat emas acara …………………Ialah …………… dari rumah………………………..

Tahniah kepada para pemenang.Majlis merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik/Cikgu ………………………………………. atas kesudian menyampaikan hadiah.

  

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUPAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG

 SMK DATO’ JAAFAR HASSAN KALI KE 22.

ACARA SKRIP CATATAN

Page 6: Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

Alu-aluan Dijemput semua peserta dan pelajar bagi semua kontijen masuk ke padang, dan berada di hadapan pentas utama untuk acara penyampaian hadiah dan majlis penutupan kejohanan.

Yang Berbahagia, Cikgu Berita anak Sabang, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kanowit

Yang Dihormati, Cikgu Jabut anak Minda, Guru Besar S.K Nanga Jih.

Yang Dihormati, Encik Solomon Jilin, YDP PIBG, SK Ng Jih.

Yang Berusaha, Cikgu Kebing Seng, Penolong Kanan 1, Cikgu Tillotson, Penolong Kanan HEM, Cikgu Brian Dana, Penolong Kanan Ko-kurikulum, guru-guru, akp, ibu bapa, seterusnya para pelajar S.K Nanga Jih yang dikasihi sekalian.

Syukur kepada Tuhan, kita telah selesai melaksanakan semua acara sukan pada Pesta Sukan Antara Rumah pada tahun ini. Kepada atlet yang berjaya tahniah diucapkan dan kepada yang tidak berjaya tahun hadapan cuba lagi.

PENYAM- PAIAN HADIAH & CENDERAMATA

(penyampaian hadiah mengikut acara. JIKA BANYAK KATEGORI – BAHAGI KEPADA BEBERAPA ORANG PENYAMPAI)

Para pelajar dan hadirin sekalian,

Bagi mengiktiraf kejayaan para atlet, pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ____________________________________________________________________dengan diiringi (tanpa diiringi pun boleh) ___________________________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah.Majlis dengan ini mempersilakan.

Terima kasih di atas penyampaian hadiah itu tadi.

Diumumkan pula pemenang bagi pertandingan perarakan perbarisan bagi kategori rumah sukan pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ____________________________________________________________________

Page 7: Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

dengan diiringi oleh (tanpa diiringi pun boleh) ___________________________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah.Majlis dengan ini mempersilakan.

- tempat ketiga disandang oleh kontinjen Rumah__________.-Seterusnya tempat kedua jatuh kepada kontinjen Rumah________.-Dan Johan berjaya dirangkul oleh kontinjen Rumah___________.

Terima kasih di atas penyampaian hadiah itu tadi.

Hadirin sekalian,-Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang Olahragawati dan Olahragawan Sekolah pada tahun ini.majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ____________________________________________________________________dengan diiringi (tanpa diiringi pun boleh) ___________________________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah.Majlis dengan ini mempersilakan.

-Peserta yang telah berjaya merangkul gelaran Olahragawati Sekolah ialah ____________________________.Untuk makluman semua, beliau telah memenangi acara___________________________________________________

  -Kini diumumkan pula Olahragawan Sekolah pada tahun ini. Olahragawan Sekolah pada tahun ini ialah ____________________.Beliau telah meraih pingat__________________________________.

Terima kasih di atas penyampaian hadiah itu tadi.

-Kini tibalah saat-saat yang dinantikan, kita akan umumkan secara rasmi kedudukan bagi Rumah-Rumah Sukan yang telah bertanding.

majlis dengan segala hormatnya mempersilakan ____________________________________________________________________dengan diiringi (tanpa diiringi pun boleh) ___________________________________________________________________ untuk menyampaikan hadiah.Majlis dengan ini mempersilakan.

-Tempat ketiga berjaya disandang oleh pasukan

Page 8: Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015

Rumah____________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa . Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Seterusnya Naib Johan, berjaya dirangkul oleh pasukan Rumah______ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah.

-Dan johan keseluruhan Rumah Sukan bagi Pesta Sukan Tahunan Antara Rumah jatuh kepadaRumah __________________________ dengan __________ pingat emas, ______ pingat perak dan ___________ pingat gangsa. Dipersilakan Ketua  Rumah Sukan________________________ untuk menerima hadiah..- Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang ___________________________, _____________________________________________________________ atas kesudian menyempurnakan majlis sebentar tadi.

UCAPAN PERASMIAN PENUTUPAN

Hadirin dan hadirat sekalian,Untuk menyempurnakan penutupan Pesta Sukan Tahunan pada kali ini, majlis sekali lagi menjemput ____________________________________________________________________ untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Pesta Sukan Tahunan Antara Rumah SK Ng Jih 2015.Majlis dengan ini mempersilakan.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas ucapan sebentar tadi.

Dengan itu,maka berakhirlah Pesta Sukan Tahunan Antara Rumah SK Ng Jih bagi tahun 2015.

Tahniah dan syabas kepada pasukan dan peserta-peserta yang berjaya. Kepada yang masih gagal teruskan usaha ,jangan putus asa.

YAKIN BOLEH, ANDA BOLEH DAN SEMEMANGNYA SK NG JIH BOLEH....!!

SEKIAN, WABILLAHI TAUFIQ WALHIDAYAH, WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI TA’ALA WABARAKATUH.

Page 9: Teks Pesta Sukan Antara Rumah 2015