Upload
dangkiet
View
276
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
TEKS UCAPAN
KETUA PENGARAH JABATAN KIMIA MALAYSIA
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN
BIL. 10/2014
_______________________________________
13 OKTOBER 2013 (ISNIN)
IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
1
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Selamat pagi, salam sejahtera dan salam 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Janji Ditepati Terima kasih kepada saudara dan saudari pengacara majlis.
Yang Berusaha Tuan Haji Ismail bin Talib
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Pengarah-Pengarah Bahagian,
Pegawai-pegawai kanan Jabatan,
Tuan-tuan dan puan-puan warga Kerja
Jabatan Kimia sekalian.
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
2
MUKADIMAH
1. Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat
Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama dalam
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Kimia
Malaysia Ibu Pejabat bagi bulan Oktober 2014
pada pagi yang berbahagia ini.
2. Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk mengucapkan terima kasih kepada
warga kerja Bahagian Penyelidikan dan
Jaminan Kualiti (PJK), penganjur perhimpunan
bulanan bulan Oktober 2014 kerana telah
berusaha gigih dalam memastikan
perhimpunan kali ini berjalan dengan jayanya.
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
3
Hadirin sekalian,
PERASMIAN PUSAT DNA FORENSIK
JABATAN KIMIA CAWANGAN SABAH &
PELANCARAN APLIKASI PRA
PENDAFTARAN SP1M (SISTEM
PENGURUSAN INFORMASI MAKMAL)
3. Pada 12 September yang lepas, YB
Datuk Dr. Ewon Ebin, Menteri Sains, Teknologi
dan Inovasi telah merasmikan Pusat DNA
Forensik Jabatan Kimia Malaysia Cawangan
Sabah dan sekaligus melancarkan aplikasi Pra
Pendaftaran SP1M (Sistem Pengurusan
Informasi Makmal) bertempat di Jabatan Kimia
Malaysia, Cawangan Kota Kinabalu, Sabah.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB Datuk Dr. Abu
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
4
Bakar bin Mohamad Diah (Timbalan Menteri
MOSTI) dan Dato’ Sri Dr. Noorul Ainur Mohd.
Nur (Ketua Setiausaha MOSTI). Seramai dua
ratus tetamu dari beberapa jabatan dan agensi
dibawah MOSTI dan juga jabatan-jabatan
persekutuan di Sabah turut hadir pada hari
tersebut. Sembilan pegawai dari Jabatan Kimia
Malaysia Petaling Jaya , di antaranya ialah
saya, Ketua Pengarah Kimia Malaysia, Tuan
Hj. Ismail Talib, Timbalan Ketua Pengarah
Kimia, Dr. Kamarruddin Bin Asri, Pengarah
Forensik, Tengku Muhamad Bin Tengku
Abdullah, Pengarah Bahagian Khidmat
Pengurusan, Encik Baktiar Kassim, Ketua
Seksyen DNA, tiga pegawai ICT dan Pegawai
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
5
Perhubungan Awam (PRO) telah menghadiri
majlis ini dan memberi sokongan moral kepada
warga kimia Sabah.
4. Pusat DNA Forensik di Jabatan Kimia
Malaysia Cawangan Sabah ialah pusat yang
kelima di Jabatan Kimia Malaysia selepas
pusat DNA Forensik di Johor, Pulau Pinang,
Sarawak dan Ibupejabat di Petaling Jaya,
Selangor. Ianya telah mula diubahsuai dengan
bantuan dan seliaan pegawai dari Pasukan
Projek Sabah, JKR Malaysia pada 24 Oktober
2013 dan kerja-kerja pengubahsuaian telah
selesai pada 09 Disember 2013. Kos yang
dibelanjakan untuk pengubahsuaian makmal
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
6
latihan di tingkat bawah kepada pusat DNA
Forensik ialah RM 214, 468.00. Manakala kos
peralatan saintifik termasuk latihan ialah
RM2.922 juta. Kerja validasi kaedah-kaedah
ujian dijalankan dari bulan Januari sehingga 06
Jun 2014 dan perkhidmatan analisa DNA
bermula pada 09 Jun 2014.
5. Pada hari yang sama, YB Datuk Dr.
Ewon Ebin telah turut melancarkan Aplikasi
Pra Pendaftaran SPIM Jabatan Kimia Malaysia
. Aplikasi ini yang beroperasi secara atas talian
adalah satu lagi usaha inovatif Jabatan Kimia
Malaysia untuk memberi kemudahan kepada
para pelanggan mendapatkan perkhidmatan
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
7
Jabatan ini. Aplikasi ini telah berjaya
diintegrasikan dengan sistem SPIM Jabatan
Kimia Malaysia dan penggunaan aplikasi ini
dapat mengurangkan masa menunggu
pelanggan di kaunter-kaunter pendaftaran kes
dan mempercepatkan proses penerimaan
barang kes.
6. Saya ingin mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua warga Kimia Sabah
serta terima kasih kepada semua yang
berusaha dan bertungkus lumus dalam
menjayakan majlis yang penuh gemilang ini.
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
8
Hadirin sekalian
PROGRAM KIMIA KE DESA KELANTAN
7. Program Kimia Ke Desa Kelantan telah
diadakan pada 19 – 21 September 2014 di
Kampung Kajang Sebidang, Pengkalan Kubor,
Kelantan. Program ini telah diserikan dengan
kehadiran YB Datuk Dr. Abu Bakar bin
Mohamad Diah (Timbalan Menteri MOSTI) dan
juga Dato’ Dr. Mohd. Azhar bin Hj. Yahaya
(Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOSTI).
Projek ”KIMIA KE DESA” adalah merupakan
projek Pembudayaan Sains Teknologi dan
Inovasi (STI) 2014, Jabatan Kimia Malaysia,
Kementerian Sains Teknologi Dan Inovasi
(MOSTI) yang diadakan sebagai menyahut
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
9
seruan kerajaan supaya agensi dan jabatan
kerajaan mempunyai program “Corporate
Social Responsibility (CSR)” untuk
dimanfaatkan oleh masyarakat setempat.
Projek ”KIMIA KE DESA” adalah berkonsepkan
kepada Lawatan Turun Padang oleh pemimpin
peringkat Kementerian dan Agensi-Agensi
dibawahnya bagi mendekatkan diri dengan
masyarakat kampung demi menjalinkan
ukhwah dan silaturrahim.
8. Jabatan Kimia Malaysia adalah agensi di
bawah Kementerian Sains Teknologi Dan
Inovasi merupakan agensi kerajaan yang
terlibat secara langsung dalam Analisis Kimia
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
10
dan merasa bertanggungjawab dan ingin
berkongsikan maklumat dengan masyarakat
setempat terutama penduduk kampung
tentang fungsi dan tanggungjawab MOSTI
amnya dan Jabatan Kimia Malaysia
khususnya.
9. Kawasan Kampung Kajang Sebidang
menjadi pilihan dan keutamaan kerana
penduduk luar bandar masih kurang terdedah
dengan maklumat-maklumat media semasa.
Terima kasih kepada warga Kimia Kelantan
kerana berusaha dengan gigih untuk
kelancaran program tersebut.
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
11
Hadirin sekalian
PROGRAM KREATIVITI DAN SCIENCE4U -
MOSTI
10. Pihak Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi (MOSTI) telah menganjurkan program
Kreativiti dan Science4U di beberapa lokasi
pada bulan September 2013 iaitu pada 6-8
September 2014 di SMK Merpati, Sandakan,
Sabah dan pada 23-24 September 2014 di
SMK Getting, Pengkalan Kubor, Kelantan.
11. Jabatan Kimia Malaysia dalam
menunjukkan sokongan padu dan komitmen
sebagai salah satu agensi di bawah MOSTI
telah turut serta mengambil bahagian dalam
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
12
program tersebut melalui makmal-makmal
Cawangan iaitu JKMC Kota Kinabalu dan
JKMC Kelantan. Program ini bertujuan untuk
meningkatkan tahap kesedaran pentingnya
sains dan kreativiti di kalangan pelajar sekolah
dan masyarakat setempat. Terima kasih saya
ucapkan kepada JKM Cawangan yang
mengambil bahagian mewakili Jabatan.
Hadirin Sekalian
JELAJAH IKON SAINTIS, PERINGKAT
NEGERI MELAKA
12. Pihak Jabatan Kimia Malaysia,
Cawangan Melaka telah menyertai pameran di
bawah Program Jelajah Ikon Saintis, anjuran
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
13
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
(MOSTI) di Sekolah Menengah Kebangsaan
Hang Kasturi, Masjid Tanah, Melaka. Program
ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri
MOSTI, YB Datuk Dr. Abu Bakar bin Mohamad
Diah. Objektif program ini ialah untuk
merangsang pertumbuhan minda pelajar agar
meminati pelajaran sains dan mendedahkan
pelajar dengan aktiviti sains yang digunakan
dalam kehidupan harian. Ia juga bertujuan
untuk memotivasikan pelajar bagi menceburi
bidang sains dan teknologi, hasil perkongsian
pengalaman dan kejayaan dengan saintis.
Terima kasih saya ucapkan kepada JKM
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
14
Cawangan Melaka yang mengambil bahagian
mewakili Jabatan dalam program tersebut.
Hadirin Sekalian
KURNIAAN PINGAT KEBESARAN
13. Seterusnya ucapan syabas dan tahniah
kepada warga Kimia Malaysia yang telah
dikurniakan Pingat Jasa Malaysia (PJM) iaitu:
Tengku Ali Bin Tengku Abdullah, Pengawal
Keselamatan KP14 JKMC Pahang yang
merupakan veteran tentera telah menerima
Pingat Jasa Malaysia (PJM) bagi menghargai
jasa dan pengorbanan mempertahankan
kedaulatan negara semasa zaman darurat
menghapuskan pengganas komunis. Kurniaan
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
15
itu diberi oleh Pertubuhan Kumpulan Veteran
Tentera Tidak Berpencen (PKVTTB) Negeri
Pahang. Pingat tersebut disampaikan oleh
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri
Ismail Abdul Mutalib dalam satu Majlis
Program Himpunan Veteran Angkatan Tentera
Malaysia Negeri Pahang di Dewan Arena YAM
Tengku Muda Pahang, Maran pada 20
September 2014.
Hadirin Sekalian
MESEJ INTEGRITI
14. Sebagai penjawat awam, adalah menjadi
tanggungjawab kita untuk memelihara integriti
perkhidmatan awam semasa menggunakan
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
16
kemudahan media sosial di internet.
Berdasarkan pemerhatian Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), didapati terdapat
pegawai awam menggunakan media sosial
untuk menjalankan perniagaan sama ada
penjualan produk atau perkhidmatan termasuk
waktu pejabat. Keadaan ini boleh menimbulkan
pelbagai persepsi dan boleh menjejaskan imej
pegawai awam dan Kerajaan.
15. Pada dasarnya, pegawai awam yang
terlibat dengan perniagaan melalui media
sosial atau dalam talian adalah disifatkan
melakukan pekerjaan luar. Di bawah peraturan
5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
17
(Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana
pegawai awam yang bercadang untuk
melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan
terlebih dahulu mendapatkan kebenaran
bertulis daripada Ketua Jabatannya.
16. Ketua Jabatan hendaklah memberi
perhatian kepada tatakelakuan yang telah
ditetapkan semasa menimbang permohonan
berkenaan dan hendaklah memastikan
pekerjaan itu:
i) Tidak dilakukan dalam waktu pejabat dan
semasa pegawai itu dikehendaki
melaksanakan tugas rasminya;
ii) Tidak dengan apa-apa cara cenderung
menjejaskan kebergunaan pegawai itu
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
18
sebagai seorang pegawai perkhidmatan
awam; dan
iii) Tidak dengan apa-apa cenderung
bercanggah dengan kepentingan
perkhidmatan awam atau menjadi tidak
selaras dengan kedudukan pegawai itu
sebagai pegawai perkhidmatan awam.
Hadirin Sekalian
PENUTUP – PELANCARAN BULAN
BAHASA KEBANGSAAN PERINGKAT
JABATAN KIMIA MALAYSIA
17. Bahasa adalah alat komunikasi yang
paling asas antara manusia. Melalui bahasa
yang baik dan betul, kita dapat menyampaikan
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
19
mesej kepada para pelanggan dan tetamu
kita. Di negara kita, kempen penggunaan
bahasa Kebangsaan telah pun dimulakan
semenjak tahun 60an lagi dalam pelbagai
bentuk, sehinggalah kempen Bulan Bahasa
Kebangsaan yang telah diperkenalkan sejak
tahun 2009. Untuk makluman Tuan/Puan
sekalian, pada tahun ini, Bulan Bahasa
Kebangsaan Peringkat Kebangsaan telah pun
bermula dari bulan September sehinggalah
pada November ini.
18. Tahun ini merupakan tahun pertama
pihak PEMURNI Jabatan Kimia Malaysia
menganjurkan kampen Bulan Bahasa
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
20
Kebangsaan dengan sokongan dari Dewan
Bahasa dan Pustaka, PUSPANITA dan Kelab
Kebajikan dan Sukan Kimia. Saya juga
difahamkan bahawa pihak Dewan Bahasa
telah tertarik dengan cadangan yang
dikemukkan oleh kita dan telah bermurah hati
untuk memberikan peruntukan untuk
menjayakan Kempen Bulan Bahasa
Kebangsaan di peringkat Jabatan Kimia.
19. Kempen Bulan Bahasa Kebangsaan ini
adalah bertujuan untuk:
i) Memantapkan, memperkukuh dan
mempamerkan jati diri dan citra bangsa
Malaysia
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
21
ii) Menguatkan rasa megah terhadap
bahasa kebangsaan.
iii) Mengeratkan dan memperkukuh
perpaduan bangsa melalui bahasa
kebangsaan.
iv) Menyemarakkan peranan bahasa
kebangsaan sebagai tonggak pembinaan
negara bangsa di kalangan kakitangan
Kimia.
20. Saya difahamkan beberapa program
menarik telah dirangka sepanjang bulan
bahasa Jabatan Kimia Malaysia. Saya
berharap Tuan/Puan dapat mengambil
kesempatan ini untuk memberi komitmen dan
PRO/NT/PerhimpunanBulanan/Oktober/2014
22
sokongan tinggi kepada aktiviti-aktiviti yang
dianjurkan sepanjang bulan ini. Bahasa yang
indah akan dapat memberi gambaran yang
baik kepada peribadi penuturnya.
Yang lorek itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang cantik itu budi,
Yang indah itu bahasa.
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.