Upload
nguyenduong
View
303
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA MEI 2017
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
3 MEI 2017 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah
binti Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Puan Hajah Hasnah
binti Hussin
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
4
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
bagi bulan Mei 2017 pada pagi yang
berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah serta warga kerja Bahagian
Khidmat Pengurusan (BKP) kerana
telah mengatur dan menganjurkan
Majlis Perhimpunan Bulanan kita pada
pagi ini dengan begitu baik sekali.
5
Warga Kimia yang dikasihi sekalian,
[SAMBUTAN HARI PEKERJA]
3. Pada 1 Mei yang lepas, kita telah
menyambut Hari Pekerja yang
bertema “Pekerja Kreatif, Pencetus
Inovasi”. Selamat Hari Pekerja saya
ucapkan kepada seluruh warga Kimia.
4. Hari Pekerja sebenarnya
mengingatkan kita betapa besarnya
sumbangan para pekerja ke atas
pembangunan negara. Pekerja adalah
6
tonggak kemajuan, kemakmuran dan
keharmonian sesebuah negara. Tanpa
pekerja, terutamanya pekerja yang
dedikasi dan produktif, tidak mungkin
kita akan mencapai kemajuan dan
kemakmuran seperti yang dinikmati
sekarang ini. Justeru, kita harus
melihat sambutan Hari Pekerja ini
sebagai wadah bagi menghargai
sumbangan seluruh warga pekerja
dalam memacu pembangunan negara
ke arah kamajuan dan kemakmuran.
7
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PENEMPATAN & PEMANGKUAN
PEGAWAI SAINS & PEMBANTU
MAKMAL]
5. Saya ingin mengucapkan tahniah
kepada pegawai-pegawai seperti
senarai di bawah atas pemangkuan ke
Pegawai Sains Gred C54, C52 & C48,
Gred C44 (Hakiki) serta pemangkuan
Pembantu Makmal Gred C26 & C22
iaitu:
8
GRED C54 (Berkuatkuasa 8 Mei 2017)
Bil Nama Penempatan
1. Soupy bin Daud
KETUA SEKSYEN SISTEM
TEKNIKAL, BAHAGIAN PJK
2. Muhammad Yazid bin Ibrahim
KETUA SEKSYEN
KESELAMATAN KIMIA,
BAHAGIAN IKTD
3. Siti Redzoh binti Ibrahim
KETUA SEKSYEN DNA
FORENSIK, BAHAGIAN FORENSIK
4. Elliza binti Mat Nor
KETUA SEKSYEN
BIOTEKNOLOGI, BAHAGIAN KAS
5. Khairul Anuar bin Abdul Aziz
KETUA SEKSYEN
PENGURUSAN SISTEM
9
ANALISIS, BAHAGIAN PJK
6. Mohd Izuan bin Othman
JKMC SABAH
7. Shafek Hamlan bin Abdul Hamid
KETUA SEKSYEN INDUSTRI,
BAHAGIAN IKTD
8. Khairuzzaman bin Mustafa
JKMC PULAU PINANG
GRED C52 (Berkuatkuasa 15 Mei 2017)
Bil Nama Penempatan
1. Rusyidah binti Abdul Rahim
PMT, IBU PEJABAT
2. Dr. Raja a/l Subramaniam
IKTD, IBU PEJABAT
3. Siti Zubaidah binti Hanapi
JKMC JOHOR
4. Abd. Rahim bin Ismail
JKMC KEDAH
5. Dr. Siti Nur PJK, IBU
10
Nazathul Shima binti Hashim
PEJABAT
6. Ayub bin Ismail
JKMC PAHANG
GRED C48 (Berkuatkuasa 17 Mei 2017)
Bil Nama Penempatan
1. Hairul Nizwan bin Ab. Manap
PJK, IBU PEJABAT
(DITEMPATKAN SECARA
PENTADBIRAN DI PMT)
2. Li Hui Ling
PJK, IBU PEJABAT
3. Shafirul Ziad bin Mohd Sarif
PLKM
4. Mohamad Hanif bin Omar
KAS, IBU PEJABAT
5. Nancy Lai Siew Joon
JKMC KUCHING, SARAWAK
11
6. Aedrianee Reeza binti Alwi
JKMC JOHOR
7. Hazwani binti Hapiz
KAS, IBU PEJABAT
8. Mohd Faris bin Ismail
IKTD, IBU PEJABAT
GRED C44 (HAKIKI)
Bil Nama Penempatan
1 Abdul Hail bin Ahmad Tarmizzi
FORENSIK
2 Abdul Hakim bin Mohd Uzir
FORENSIK
3 Nurul Hamizai binti Abdul Hamid
FORENSIK
4 Wan Shahida binti Haji Wan Ali
IKTD
5 Amirul Ashraf bin Jamaluddin
PLKM
12
6 Mohd Rahmat bin Ramathani
KAS
7 Fadilah binti Mohd Hassan
JOHOR
8 Hartini binti Salleh
TERENGGANU
9 Rita Tie Ung Ha SABAH
GRED C26
Bil Nama Penempatan
1 Poziyah binti Isa PERAK
2 Habibah binti Siaman
FORENSIK
3 Mohamad Faizal bin Fathil
KAS
4 Abdul Aziz bin Shafie
PERAK
5 Noor Hanani binti Zainal Abidin
IKTD
13
GRED C22
Bil Nama Penempatan
1 Wan Aliza binti Wan Mahamad Aziz
JABATAN PERTANIAN
TERENGGANU
2 Rozairi bin Mahfodz
JABATAN PERTANIAN
JOHOR
3 Rinnorain binti Abdullah
FORENSIK
4 Rosaliza binti Abdul Halim
JABATAN PERTANIAN
KUALA LUMPUR
5 Rohaya binti Dollah
JABATAN PERTANIAN SELANGOR
6 Isma Murni binti Mohmad
KAS
7 Mohd Nor Hussaini bin Nor Asmadi
KAS
8 Norhazmiza binti Abd Aziz
KAS
14
9 Abdul Malik bin Akmen
FORENSIK
10 Kalsom binti Md. Isa
PULAU PINANG
11 Zabidah binti Jusoh
KAS
12 Nurul Ilyani binti Mohd Noor
FORENSIK
6. Diharap dengan gred yang lebih tinggi
ini akan juga membawa
tanggungjawab dan komitmen yang
lebih kepada tuan/puan untuk
meningkatkan produktiviti dan
keberhasilan Jabatan. Teruskan
kecemerlangan semua.
15
Hadirin sekalian,
[PERSARAAN BULAN MEI 2017]
7. Pada bulan Mei ini, beberapa orang
pegawai akan bersara, mereka
adalah:
Puan Poziyah binti Isa, C22 (JKMC
Perak) : 2 Mei
Puan Latifah binti Ibrahim, N22
(JKMC Kelantan) : 29 Mei
Encik Azman bin Abd. Kadir,
N22KUP (BKP) : 27 Mei
16
8. Setinggi penghargaan dan ucapan
ribuan terima kasih diucapkan pada
yang bersara pada bulan ini. Jasa
anda semua pada Jabatan Kimia
Malaysia tidak akan dilupakan.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PEMERKASAAN KIMIA MALAYSIA
DALAM YEAR OF DELIVERY]
9. Tahun 2017 telah diisytiharkan oleh
YAB Perdana Menteri sebagai Year of
Delivery. Jadi, apakah peranan dan
17
tanggungjawab kita sebagai warga
KIMIA? YB Menteri menyatakan dalam
Majlis Amanat bersama beliau yang
lepas, Tahun Penyampaian ini akan
menjadi tahun yang berjaya sekiranya
mindset warga MOSTI/KIMIA fokus
kepada penyampaian perkhidmatan,
usaha, latihan, penambahan nilai dan
segala-galanya untuk kebajikan
rakyat. Kita tidak boleh leka dengan
pencapaian semasa kita. Kemajuan
dan kejayaan ini tidak akan dikecapi
negara tanpa usaha padu kita di
18
KIMIA bersama penjawat awam lain
dalam melakari agenda transformasi
negara. Dalam erti kata lain, ia
merupakan berkat usaha yang gigih
dan komitmen kita sebagai tunjang
kepada pembangunan negara. Namun
begitu, sekiranya kita tidak dapat
meneruskan momentum ini, kita
berhadapan dengan risiko yang mana
segala yang dikecapi tidak dapat
dikekalkan. Lebih-lebih lagi dalam
hasrat ke arah menjadi 20 negara
19
terbaik menjelang 2050; iaitu dalam
tempoh 33 tahun lagi.
Hadirin sekalian,
[DUTA KECIL KIMIA @ EKSPRESI
NEGARAKU & PROGRAM
PEMBUDAYAAN STI]
10. Kita sudah melepasi suku pertama
tahun 2017. Alhamdulillah, dalam
tempoh 4 bulan ini, saya merasa amat
berbangga dengan semua warga
KIMIA, kerana kita bukan sahaja
menjalankan tugas-tugas hakiki di
20
makmal dengan baik sekali, malah kita
juga berjaya melaksanakan program-
program pembudayaan STI di luar
jabatan.
11. Sebenarnya panjang senarai serta
banyak aktiviti pameran serta
penglibatan KIMIA dalam program
pembudayaan STI di seluruh
Malaysia. Bukan sahaja KIMIA Ibu
Pejabat, malah KIMIA Cawangan turut
sama berhempas pulas dalam aktiviti
sebegini. Setiap minggu, ada sahaja
21
aktiviti pembudayaan STI yang disertai
oleh KIMIA Malaysia.
12. Kerajaan sedang melaksanakan
inisiatif Ekspresi Negaraku
bertunjangkan semangat cintakan
negara. Ini adalah bagi
menyemarakkan semangat
patriotisme, kebanggaan, kecintaan
dan aspirasi terhadap negara di setiap
jiwa rakyat Malaysia. MOSTI telah
menyertai Ekspresi Negaraku pertama
yang dilancarkan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia di Putrajaya pada 18
22
Mac 2017; di Sungai Petani pada 8
April 2017; manakala Jabatan Kimia
Malaysia melalui JKMC Perak
menyertai program ini di Kuala
Kangsar pada 15 April 2017.
13. Kita mempamerkan aspek-aspek STI
yang boleh menimbulkan kebanggaan
rakyat terhadap kebolehan Malaysia
dalam STI, menyatupadukan rakyat
dari pelbagai peringkat termasuklah
menerusi pertandingan, permainan,
eksperimen dan sebagainya.
23
14. Program ini akan diteruskan di
Sandakan, Sabah (7 Mei). Jabatan
Kimia Malaysia, Cawangan Sabah
akan menyertai program tersebut.
15. Selain itu, antara siri pembudayaan
STI lain yang disertai oleh KIMIA
adalah:
1 April: Bahagian Forensik, Ibu
Pejabat mengadakan pameran &
pertandingan CSI di Kolej
Matrikulasi Negeri Sembilan,
Kuala Pilah.
24
1 April: JKMC Terengganu
mengadakan pameran sempena
Jelajah Ikatan Hati Warga Felda
(IKTIRAF) di Setiu, Terengganu
5 April: JKMC Melaka
mengadakan pameran di SMK
Simpang Bekoh, Jasin, Melaka
6 April: JKM Tawau
mengadakan pameran di SMK
Jambatan Putih, Tawau
11 & 12 April: Bahagian KAS,
Ibu Pejabat mengadakan
25
pameran & kuiz di SMK Taman
Melawati, Selangor.
12 April: JKMC Pahang
mengadakan pameran di SMK
Seri Damai, Kuantan, Pahang
15 April: JKMC Johor
mengadakan pameran sempena
Jelajah Ikatan Hati Warga Felda
(IKTIRAF) di Taman Pasak
Indah, Kota Tinggi, Johor
17 April: JKMC Johor
mengadakan pameran di UITM
26
Cawangan Johor Kampus Pasir
Gudang.
20 April: JKMC Pulau Pinang
mengadakan pameran di SMK
Aman Jaya, Sungai Petani,
Kedah
22 April: JKMC Kedah
mengadakan pameran sempena
Jelajah Ikatan Hati Warga Felda
(IKTIRAF) di Felda Merbau,
Kuala Nerang, Kedah
27
26 April: JKMC Johor
mengadakan pameran di SMK
Taman Desa Tebrau, Johor
16. Begitu banyaknya aktiviti yang disertai
oleh KIMIA Malaysia. Tahniah kepada
semua Pengarah serta warga KIMIA
yang terlibat atas kerjasama dan
usaha gigih semua dalam menjayakan
program-program ini.
17. Sehubungan itu juga, saya ingin
menyeru semua warga KIMIA untuk
28
menjadi Duta Kecil KIMIA di dalam
menyebarkan maklumat yang tepat
dan berinformatif mengenai STI dalam
menyemarakkan semangat kecintaan
kepada negara bermula dengan
keluarga, jiran dan komuniti setempat,
seterusnya rakan-rakan, baik di alam
nyata atau media sosial.
29
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[PEMAKAIAN BAJU BATIK]
18. Saya ingin menyentuh berkenaan
pemakaian baju batik pada hari
Khamis oleh warga KIMIA Malaysia.
Saya dapati ramai yang tidak
mematuhi arahan Surat Pekeliling
Perkhidmatan Bil. 1 Tahun 2008
(PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK
MALAYSIA OLEH PEGAWAI AWAM
PADA HARI KHAMIS).
30
19. Arahan pemakaian batik pada setiap
hari Khamis ini tidak terpakai kepada:
pegawai yang dibekalkan
dengan pakaian seragam
pegawai yang menghadiri acara-
acara rasmi seperti persidangan-
persidangan antarabangsa
perjumpaan dengan pelawat-
pelawat asing
pegawai yang menghadiri majlis
rasmi yang menetapkan
pemakaian jenis pakaian yang
lain.
31
Hadirin yang dihormati sekalian,
[PENUTUP]
28. Sebelum mengakhiri ucapan saya
pada pagi yang berbahagia ini, saya
ingin mengambil kesempatan sekali
lagi untuk mengucapkan Selamat
Menyambut Hari Pekerja 2017 kepada
semua warga kerja Jabatan Kimia
Malaysia. Semoga tema pada tahun
ini “Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi”
akan menjadikan kita pekerja yang
lebih kreatif, berinovatif serta
berkemahiran ke arah mencapai taraf
32
negara berpendapatan tinggi selaras
dengan konsep 1Malaysia: Rakyat
Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan.
Inshaa Allah...
Selamat Hari Pekerja warga KIMIA
semua,
Berkerjalah dengan setulus ikhlas,
Hidupmu akan dihargai kerana berjasa,
Moga budimu Allah membalas...
33
Akhir kata, dengan semangat 1Malaysia dan
1KIMIA dan Negaraku Malaysia saya akhiri
ucapan saya pada pagi ini dengan lafaz
Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh
Sekian, terima kasih dan selamat bertugas.