Click here to load reader
Upload
mohd-kahirul
View
2.296
Download
16
Embed Size (px)
Citation preview
Unit 3 PERUBAHAN PANDANG DARAT FIZIKAL
3.1 Luluhawa 3.2 Gerakan Jisim 3.3 Tindakan Air Mengalir dan Tindakan Ombak 3.4 Kesan Tindakan Air Mengalir dan Tindakan Ombak 3.5 Pengaruh Kegiatan Manusia
3.1 Luluhawa
3. Tindakan ibun/fros Pemecahan batuan akibat proses beku-cair air dalam batuan secara berulang-ulang.
Berlaku di kawasan beriklim sejuk dan kawasan pergunungan.
4. Penghabluran garam
Proses pemecahan batuan akibat pembentukan hablur garam di dalam rekahan dan rongga-rongga permukaan batuan.
Hablur garam akan tertinggal dalam rongga-rongga batuan selepas air tersejat.
Apabila hablur garam semakin besar, tekanan terhadap batuan di sekelilingnya semakin kuat dan memecahkan batuan.
Berlaku di kawasan gurun panas terutamanya di kawasan yang terdapat air bawah tanah mengalir ke permukaan bumi.
5. Pelepasan tekanan Proses pengurangan tekanan pada batuan- lapisan batuan atas dihakis dan batuan igneus di bawahnya terdedah di permukaan bumi.
Taman Negara Yosemite di California, Amerika Syarikat.
Kesan Perubahan suhu ekstrem
Pengelupasan
Pemecahan Bongkah
Penyepaian Berbutir
Pengelupasan di Ayres Rock, Australia
Kelupasan di Dealth Valley National Park
Basah-kering batuan
Tindakan ibun/fros
Penghabluran garam
Di Island of Paros, Greece
Pelepasan tekanan
Di Jalan Tioga, Yosemite National Park
HIDROLISIS
Proses tindak balas kimia antara mineral batuan dengan air.
Proses ini menyebabkan mineral asas menjadi lemah.
Ia bertindak terhadap mineral dalam batu granit seperti
feldspar dan mika dan seterusnya membentuk kaolin.
Berlaku di kawasan iklim tropika lembap seperti Malaysia.
Batu Granit Air Kaolin +
Kaolin
Church carving
PENGHIDRATAN
Proses mineral batuan menyerap air, mengembang,
dan menjadi mineral baru.
Mineral baru yang terbentuk adalah lemah.
Anhidrit Air Gipsum+
Anhidrit Gipsum
LARUTAN
Proses mineral menjadi cair apabila bercampur
dengan air.
Proses larutan lebih berkesan sekiranya air
mengandungi sedikit asid dan keadaan suhu
tinggi.
Contoh: Batu garam.
PENGOKSIDAAN
Proses tindak balas antara mineral batuan dengan
oksigen di udara.
Proses ini menghasilkan oksida yang berstruktur
lemah.
Misalnya, pengoksidaan besi menghasilkan
oksida besi manakala pengoksidaan aluminium
menghasilkan oksida aluminium.
PENGKARBONANProses tindak balas antara batu kapur dengan asid karbonik.
Air hujan yang bercampur dengan karbon dioksida dalam
udara akan membentuk asid karbonik yang lemah.
Menghasilkan pandang darat kars yang mengandungi gua batu
kapur, stalagmit, stalaktit dan sebagainya.
Asid Karbonik Batu Kapur Kalsium Bikarbonat+
Pandang Darat Kars di Kawasan Batu Kapur
Batu Caves
Gua Mulu
Stalaktit
stalagmit
LULUHAWA ORGANIK
Kegiatan manusia menyebabkan pemecahan batuan.
Contoh: Perlombongan batuan, pembinaan jalan raya dan
pembinaan terowong.
Akar-akar tumbuhan menyebabkan batuan retak dan pecah apabila akarnya semakin besar.
Bakteria mengeluarkan cecair asid yang dapat menguraikan mineral dalam batuan.
Perlombongan
Kesan luluhawa terhadap pandang darat
Luluhawa Mekanika Luluhawa Kimia Luluhawa Organik
Pembentukan serpihan batuan yang pelbagai saiz dan bentuk.
Pembentukan pandang darat seperti talus dan skri.
Bangunan, monumen dan menara berkarat serta luntur warnanya. Menghasilkan mineral baru seperti kaolin. Menghasilkan pandang darat kars. Menghasilkan sistem tanih yang subur. Pembentukan pandang darat seperti gerbang laut dan gua laut di pinggir pantai. Merosakkan tembok bangunan lama seperti A Famosa di Melaka.
Tindakan akar tumbuhan akan memecahkan batuan. Tindakan haiwan atau mikroorganisma menguraikan batuan dengan merembeskan bahan kimia Tindakan manusia seperti memotong cerun bukit mendedahkan batuan dan mempercepatkan proses luluhawa.
Talus
Talus
Gerbang Laut
Gua Laut
A Famosa
3.2 Gerakan Jisim
GERAKAN JISIM Pergerakan bongkah tanah, bahan regolit, tanih dan batu
menuruni cerun.
Berlaku disebabkan oleh daya tarikan.
Air hujan bertindak sebagai bahan pelicin.
Jenis Gerakan
Jisim
Kadar Pergerakan
Punca Pergerakan Kesan-kesan
Kesotan tanih
Sangat perlahan
• Gangguan aktiviti seperti tindakan air mengalir, tindakan ibun, dan kegiatan binatang ternakan.
• Proses kembang-kecut akan menganggu tanih dan menyebabkan tanih menuruni cerun akibat daya tarikan graviti.
Objek seperti tembok, pokok, tiang telefon di atas tanih condong ke arah bawah cerun.
Gelangsar tanah
Sederhana • Akibat tindakan fros, proses panas-sejuk yang berselang-seli, dan aktiviti salji.
Permukaan cerun yang berlekuk, bonggol, teres, dan permatang.
Gelongsoran tanah/tanah runtuh
Sangat pantas • Berlaku di cerun yang curam, yang terdedah kepada proses luluhawa, hakisan dan air hujan.
• Berlaku apabila air yang banyak masuk ke dalam tanih dan melicinkan satah geliciran serta menambah berat jisim tanah di lapisan atas.
Kerosakan jalan raya, nyawa terkorban, kemusnahan harta benda seperti rumah, bangunan, dan kereta.
Aliran lumpur
Sangat laju • Berlaku akibat hujan lebat, tiada litupan tumbuhan, cerun yang curam, jenis tanih yang berzarah halus, dan kegiatan manusia.
Lurah berbentuk ‘V’, kipas aluvium, mendapan di sistem perparitan, kerosakan harta benda, dan kehilangan nyawa.
Kesotan tanih
GELANGSAR TANAH
Tanah Runtuh
Aliran Lumpur
Kipas Aluvium
3.3 Tindakan air mengalir dan tindakan ombak
TINDAKAN AIR MENGALIR Air hujan yang mengalir di atas permukaan bumi disebut aliran
permukaan.
Aliran permukaan melakukan hakisan lembar dengan membawa
bersama bahan-bahan yang dihakis dalam bentuk lapisan yang
nipis.
Hujan yang lebat berupaya mengorek dan membentuk lurah-lurah
kecil yang disebut hakisan ril.
Proses hakisan ril yang berterusan akan menyebabkan lurah-lurah
menjadi semakin lebar dan dalam, mengakibatkan berlakunya
hakisan galur.
HAKISAN LEMBAR
Hakisan Ril
Hakisan Galur
TINDAKAN HIDRAUL
Dilakukan oleh hempasan air sungai terhadap tebing dan
dasar sungai.
Hempasan air akan menggali keluar dan mencungkil
bahan-bahan batuan yang berstruktur longgar.
Tindakan ini sangat berkesan di kawasan air terjun
kerana hempasan air yang kuat berupaya untuk
menghakis dasar dan tebing lurah sungai.
GESERAN
Dilakukan oleh bahan-bahan yang dibawa dan diangkut
oleh air sungai seperti batu tongkol, batu kelikir, pasir,
kelodak, dan sebagaiya.
Bahan ini akan menggeser dinding dan dasar lurah
sungai semasa air mengalir.
Geseran sangat berkesan semasa berlaku banjir kerana
pertambahan bebanan sungai dan isipadu aliran air.
LAGAAN Dilakukan oleh bahan-bahan yang diangkut oleh aliran
sungai apabila bahan-bahan tersebut berlaga sesama
sendiri.
Akibatnya bahan ini akan pecah dan menjadi lebih kecil.
Larutan
Berlaku apabila air sungai mengalir merentasi kawasan
batuan yang mengandungi mineral yang mudah larut.
Contoh: batu kapur dan batu garam.
Pengangkutan SungaiProses pemindahan bahan-bahan yang terhakis dari satu tempat ke tempat yang lain
PEMENDAPAN SUNGAI Berlaku apabila kemampuan dan kapasiti air sungai berkurangan disebabkan oleh aliran yang sangat perlahan.
Pemendapan biasanya berlaku di bahagian hilir atau muara sungai dan juga di tebing cembung sungai
Bahan yang lebih berat dan besar seperti batu tongkol akan dimendapkan dahulu manakala bahan yang lebih kecil dan ringan seperti pasir dan lempung akan dimendapkan kemudian.
HAKISAN OMBAK Tindakan hidraul
Apabila ombak memukul pantai, air akan memasuki celah-
celah rekahan.
Udara yang terperangkap di dalam rekahan dimampatkan.
Apabila ombak mengundur, udara yang termampat di dalam
rekahan batuan akan dilepaskan.
Proses yang berterusan akan membesar dan mendalamkan lagi
rekahan dan retakan yang ada pada batuan.
Batuan akan pecah dan runtuh.
Lagaan
Berlaku apabila bahan yang dibawa oleh ombak berlaga
sesama sendiri dan pecah menjadi serpihan yang lebih
kecil.
Kikisan dan lelasan
Berlaku apabila bahan yang dibawa oleh ombak
menghentam, menggeser, dan melelaskan dinding dan
kaki cenuram laut semasa damparan ombak berlaku lalu
menyebabkan cenuram laut pecah dan roboh.
Larutan
Berlaku secara tindakan kimia di kawasan pinggir laut
yang terdiri daripada batuan yang mudah larut.
Misalnya, semasa ombak menghempas tebing batu
kapur, air laut akan melarutkan batu kapur dan
membawa bersama-samanya bahan yang dilarutkan ke
dalam laut sewaktu basuhan balik berlaku.
Pergerakan damparan dan basuhan balik pengangkutan ombak berlaku secara zig-zag.
Pergerakan bahan di sepanjang garisan pesisir disebut pengangkutan litoral
Bahan yang diangkut disebut hanyutan litoral.
Basuhan balik akan mengangkut dan menghanyutkan bahan-bahan yang lebih halus dan ringan turun ke laut secara bersudut tepat.
Damparan ombak akan mengangkut dan memindahkan muatannya ke pantai secara menyerong.
Pengangkutan ombak
PEMENDAPAN OMBAK Pemendapan berlaku sekiranya damparan lebih kuat
daripada basuhan balik.
Pemendapan ombak biasanya berlaku di kawasan pinggir
laut yang terlindung daripada tiupan angin.
Bahan-bahan yang lebih kasar akan dilonggokkan di
bahagian pantai yang lebih dalam sementara bahan-
bahan yang lebih halus diseret oleh basuhan balik dan
dimendapkan di bahagian pesisir gigi air.
Kesan Pemendapan
Kesan Hakisan
Kesan Tindakan Air Mengalir dan Tindakan
Ombak
3.4 kesan tindakan air mengalir dan tindakan ombak
KESAN TINDAKAN HAKISAN AIR MENGALIR
Air mengalir di permukaan
Menghasilkan bentuk bumi alur kecil dan tonggak tanah.Alur kecil berlaku di kawasan permukaan tanah yang kurang tumbuhan.Tonggak tanah terbentuk di kawasan yang terdiri daripada batuan lembut dan batuan keras.Tanah yang lembut akan terhakis dan meninggalkan batuan keras seperti batu tongkol.
Air mengalir di alur
Melakukan hakisan tebing dan dasar lurah di sepanjang alirannya menuju ke muara sungai.Menghasilkan bentuk muka bumi seperti lurah ‘V’, air terjun, jeram, lubuk pusar, susuh bukit berpanca, dan likuan sungai.
LURAH ‘V’
Air mengalir dengan deras di bahagian hulu sungai.
Hakisan menegak bertindak di dasar alur dan mendalamkan dasar sungai.
Akibat daripada hakisan itu, terbentuklah lurah yang sempit dengan tebing yang sangat curam yang dinamakan lurah ‘V’.
AIR TERJUN
Air terjun terbentuk di kawasan yang mempunyai lapisan batuan yang tersusun secara mendatar antara batuan keras dengan batuan lembut.
Lapisan batuan yang lembut akan dihakis dengan lebih cepat daripada batuan yang keras.
Batuan yang keras menghalang pergerakan air dalam alur sungai dan membentuk air terjun.
JERAM
Jeram terjadi apabila air mengalir di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dengan batuan lembut.
Hakisan sungai lebih giat di bahagian batuan lembut.
Batuan keras yang tahan hakisan akan tertonjol ke atas dan mengakibatkan aliran air tersekat lalu mengalir secara lompatan menuruni bonjolan yang keras.
LUBUK PUSAR
Lubuk pusar ialah lekukan di dasar sungai.
Tindakan air sungai yang berpusar dan mengorek serta melelaskan dasar sungai, terutamanya pada dasar air terjun, menyebabkan terbentuknya lubang periuk.
Lubuk Pusar
SUSUH BUKIT BERPANCATerdapat di kawasan yang terdiri daripada batuan keras dan batuan lembut.
Hakisan sungai berlaku giat di batuan lembut dan menghasilkan cenuram.
Hakisan sungai kurang giat di tebing batuan keras dan bahagian ini membentuk susuh bukit.
Cenuram
LIKUAN SUNGAIBelaku di kawasan lembah sungai apabila aliran sungai menjadi perlahan.
Di dalam liku, kesan hakisan giat berlaku di sebelah tebing luar liku dan membentuk tebing yang cekung dan curam.
Bahan yang terhakis akan dimendapkan di sebelah tebing dalam liku.
KESAN MENDAPAN TINDAKAN AIR MENGALIR
Pemendapan sungai berlaku di bahagian hilir atau muara
sungai kerana air tidak berupaya lagi untuk
menggerakkan bahan-bahan yang diangkutnya
disebabkan oleh halaju air yang kian berkurangan.
Bentuk muka bumi terbentuk kesan daripada
pemendapan air mengalir ialah dataran banjir dan
tetambak, tasik ladam dan delta.
DATARAN BANJIR DAN TETAMBAK
Terbentuk apabila air sungai melimpahi tebing semasa banjir dengan memendapkan lumpur, kelodak, aluvium, pasir, kelikir, dan lempung.
Bahan-bahan yang dimendapkan di belakang tebing sungai akan membentuk timbunan yang disebut tetambak.
Tasik Ladam
DELTA
Delta ialah dataran mendapan yang luas.
Ia terjadi akibat penimbunan bahan-bahan mendapan secara berterusan di bahagian muara sungai.