7
Nama : ajeng dwi andini Kelas : PSIK 5.A NPM : 11620544 TEORI PERKEMBANGAN ERIK ERIKSON Diperkenalkan oleh Erik Erikson ( 1902 – 1994 ) yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Teori perkembangan psikososial Erik Erikson adalah salah satu daripada teori – teori yang paling terkenal dalam psikologi. Seperti Sigmund Freud, Erik Erikson percaya bahawa personaliti yang terbentuk dalam satu siri peringkat. Berbeza dengan teori Freud peringkat psikoseksual, teori Erikson menerangkan kesan pengalaman merentasi seluruh jangka hayat, dari lahir hingga kematian. Salah satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson ialah perkembangan identiti ego. Identiti ego rasa sedar diri kita berkembang melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego kita sentiasa berubah – ubah disebabkan oleh pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh dalam interaksi harian kita dengan orang lain. Di samping identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa kecekapan juga mendorong tingkah laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan buruk, orang itu akan merasai perasaan yang tidak mencukupi. Beliau juga menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri,

Teori Perkembangan Erikson

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Teori Perkembangan Erikson

Nama : ajeng dwi andini

Kelas : PSIK 5.A

NPM : 11620544

TEORI PERKEMBANGAN ERIK ERIKSON

Diperkenalkan oleh Erik Erikson ( 1902 – 1994 ) yang merupakan ahli neo-

Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Teori perkembangan

psikososial Erik Erikson adalah salah satu daripada teori – teori yang paling terkenal

dalam psikologi. Seperti Sigmund Freud, Erik Erikson percaya bahawa personaliti yang

terbentuk dalam satu siri peringkat. Berbeza dengan teori Freud peringkat psikoseksual,

teori Erikson menerangkan kesan pengalaman merentasi seluruh jangka hayat, dari lahir

hingga kematian.

Salah satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson ialah perkembangan

identiti ego. Identiti ego rasa sedar diri kita berkembang melalui interaksi sosial.

Menurut Erikson, identiti ego kita sentiasa berubah – ubah disebabkan oleh pengalaman

baru dan maklumat yang kita peroleh dalam interaksi harian kita dengan orang lain. Di

samping identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa kecekapan juga mendorong tingkah

laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan buruk, orang itu akan merasai perasaan yang

tidak mencukupi.

Beliau juga menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan

individu iaitu faktor kendiri, emosi, dan sosial. Teori Erikson adalah berdasarkan lima

prinsip iaitu:

1. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama

2. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-

keperluan asas

3. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu

4. Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat

berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya .

5. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan

tahap yang berikut

Walau bagaimanapun, beliau telah menambah baikkan gambaran dengan

menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada

Page 2: Teori Perkembangan Erikson

lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan

bahawa di dalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang

menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.

Berikut adalah jadual konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenal pasti oleh

Erikson dari peringkat bayi hingga tua :

DELAPAN TAHAP PERKEMBANGAN

TAHAP 1 – Oral Sensori  TAHAP 2 – Anal-Moskuler  TAHAP 3 – Lokomotor  TAHAP 4 – Latensi  TAHAP 5 – Remaja  TAHAP 6 – Dewasa Muda (Awal)  TAHAP 7 – Dewasa madya  TAHAP 8 – Matang

Peringkat konflik Ciri perkembangan emosi Contoh / huraian

0 - 1½ tahun (bayi)

- Trust vs Mistrust

(Kepercayaan lawan

ketidak percayaan)

         Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama

         Membina rasa kepercayaan secara peringkat

         Membina rasa ketidak percayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi

         Ketidak percayaan akan membentuk tingkah laku negatif

Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Hal ini demikian bermakna, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka

1 ½-3 tahun (awal kanak-kanak)

- Autonomi vs Shame

and doubt

(Otonomi Lawan

         Keinginan memiliki kuasa

         Keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri

         Merasa malu jika tidak diberi kuasa

         Merasa malu didepan orang

         Merasa takut melakukan

Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi.

Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima sokongan. Sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu

Page 3: Teori Perkembangan Erikson

Malu/Ragu) kesalahan. terhadap keupayaan diri

3-6 tahun ( awal kanak – kanak tadika )

-Initiative vs guilt

(Inisiatif lawan serba

salah)

         Belajar cepat

         Bergerak cepat

         Peka kepada yang betul dan salah

         Merasa serba salah jika ketawa

         Membina sikap negatif jika merasa serba salah

Kanak-kanak tahap ini akan cuba berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan bersalah akan timbul. Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran baru. Mereka juga suka bertanya dan meminta penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran

6-11 tahun ( kanak-kanak)

-Industry vs

Inferiority

(Kerajinan lawan rasa

rendah diri)

         Keinginan menguasai sesuatu

         Keinginan berjaya

         Menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial

         Memerlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya

         Merasa komplek rendah diri jika dikritik.

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka

12-20 tahun (remaja)

- Identity vs

Identity convusion

(Identiti lawan

kekacauan identitas)

         Cuba memahami diri

         Menghadapi krisis identiti

         Sensitif kepada perubahan badan dan imej diri

         Membentuk konsep kendiri positif dan juga negatif

         Perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat –peringkat dahulu.

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan jantina, social, dan sebagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran. Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu- ragu, dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya

Page 4: Teori Perkembangan Erikson

21-25 tahun (Awal Dewasa)

-Intimacy vs Isolation

(Kemesraan lawan

Keterasingan)

         Berusaha terus mencari identity

         Berusaha membentuk ikatan kemesraan

         Sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan, terus keterasingan

Pada tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina kerjaya, sekiranya gagal akan merasa terasing dan tersisih. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri

26-60 tahun (Dewasa Madya)

-Generativity vs Stagnation

(Fasa generatif lawan stagnasi)

         Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti

         Individu akan merasa kecewaan kerana gagal dalam pencapaian yang bermakna.

Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati, atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain

61 ke atas tahun (Matang)

-Integrity vs Depair

(Fasa integriti lawan

rasa kecewa)

         Integriti adalah hasil kebangaan terhadap kehidupan yang berharga

         Orang tua yang kurang puas hati dengan kehidupannya akan takut mati.

Merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Perkara sebaliknya jika gagal akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan kehidupannya.