Upload
dinhnhi
View
273
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
TERMA RUJUKAN ANTARA
MAKTAB KOPERASI
MALAYSIA (MKM) DAN
MKM GLOBAL HOLDINGS
SDN BHD (MKMGH)
KANDUNGAN
BAB TAJUK MUKA SURAT
1 PENGENALAN
1.1 TUJUAN1.2 SUMBER RUJUKAN
11
2 DEFINISI 2
3 SUMBER KUASA 3-4
4 PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT 5
4.1 PENTADBIRAN BERASINGAN 5
4.2 PELANTIKAN MKM DALAM MKMGH 5
4.3 PELANTIKAN JAWATAN KETUA PEGAWAI ESEKUTIF 6SYARIKAT
4.4 PENGLIBATAN STAF MKM 6-7
5 AKTIVITI YANG DIBENARKAN 8
5.1 AKTIVITI SYARIKAT 8-9
6 SUMBER KEWANGAN 10
6.1 PEMBIAYAAN MODAL 10
6.2 PEMBIAYAAN LAIN 10
7 PENGGUNAAN ASET, KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN MKM 11
7.1 ASET, FASILlTI, KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN MKM 11
7.2 CAJ PENGGUNAAN 11
7.3 PERKHIDMATAN LAIN 12
--------- ---------~----------------
7.4 PERHATIAN DAN KEUTAMAAN 12
8 KAWALAN PEMANTAIAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN
8.1 KEWANGAN DAN AKAUNTABILITI
8.2 KAWALAN TERHADAP SYARIKAT
8.3 LAPORAN AKAUN TAHUNAN
13
13
14
14
9 MANFAAT KEPADA MKM
9.1 MANFAAT
15
15
10 JAWATANKUASA TEKNIKAL
10.1 TUJUAN
10.2 KEANGGOTAAN
10.3 TANGGUNGJAWAB JAWATAN KUASA KHAS
16
16
16
17
11 PEMBUBARAN, HAD DAN TANGGUNG
11.1 PEMBUBARAN
11.2 HAD DAN TANGGUNGAN
18
18
18
12 KERAHSIAAN
12.1 KERAHSIAAN
19
19
13 TARIKH KUAT KUASA 20
TERMA RUJUKAN MAKTAB KOPERASI MALAYSIA (MKM) DAN
MKM GLOBAL HOLDINGS SON BHD (MKMGH)
1. PENGENALAN
1.1 Tujuan
1.1.1 Terma Rujukan ini disediakan bertujuan untuk menggariskan skop penglibatan dan
perhubungan di antara Maktab Koperasi Malaysia (selepas ini dirujuk sebagai MKM)
dan MKM Global Holding Sdn Bhd (selepas ini dirujuk sebagai MKMGH) khususnya
berkenaan perkhidmatan dan kepakaran yang diberikan kepada MKMGH oleh MKM.
1.1.2 Terma Rujukan ini mengandungi rujukan terhadap punca kuasa, pentadbiran dan
pengurusan, aktiviti yang dibenarkan, penggunaan aset, fasiliti dan kemudahan,
sistem kawalan dan pemantauan, penjanaan pendapatan dan manfaat kepada MKM
dan komuniti dan perkara-perkara lain yang berkaitan.
1.2 Sumber Rujukan
1.2.1 Garis panduan ini disediakan berdasarkan kelulusan Kementerian Kewangan melalui
surat bertarikh 24 Oktober 2012 (Ruj : KKlBKP(S)10/72-1 Jld. 10(SK3)(7) serta
peraturan yang dikeluarkan oleh MKM, Lembaga dan mana-mana pihak berkuasa
bagi menentukan sesuatu peraturan yang berkaitan dengan kewangan dan
perakaunan MKM.
2.DEFINISI
2.1 Menteri merujuk kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK).
2.2 Pihak berkuasa MKM adalah merujuk kepada Lembaga MKM.
2.3 Lembaga merujuk kepada Lembaga MKM.
2.4 Pegangan atau penyertaan ekuiti bermaksud pelaburan MKM dalan sesuatu entiti
iaitu syarikat.
2.5 Syarikat adalah syarikat yang ditubuhkan mengikut Akta Syarikat 1965 atau mengikut
mana-mana peruntukan. Syarikat juga adalah merujuk kepada MKM Global Holdings
Sdn Bhd (MKMGH) anak syarikat kepada Maktab Koperasi Malaysia (MKM).
3. SUMBER KUASA
3.1 Peruntukan Seksyen 4A (g) Akta Maktab Koperasi (Perbada~a~) (Pindaan) 2011
memberikan kuasa kepada MKM untuk menubuhkan syarikat untuk menjalankan
atau melibatkan diri dalam mana-mana aktiviti yang telah dirancangkan atau
diusahakan oleh MKM.
3.2 Bagi pelaburan dalam ekuiti, MKM boleh mengadakan subsidiari dan usaha sama
(joint venture). Tujuannnya bagi membolehkan satu entiti komersil diwujudkan oleh
MKM bagi mengembangkan peranan serta aktivitinya dengan lebih berkesan di
sektor komersil bagi menjana pendapatan tambahan dan mengurangkan
kebergantungan kewangan kepada kerajaan.
3.3 Fungsi MKM adalah sepertimana diperuntukkan di Seksyen 4 Akta adalah seperti
berikut:
a) Menyediakan kursus pengajian koperasi dan bidang-bidang lain yang berkaitan
dan menganugerah sijil atau diploma yang sesuai;
b) Menerbitkan atau membantu dalam penerbitan bahan yang berkaitan
dengannya;
c) Membuat kaedah sebagaimana yang perlu bagi mengatur tanggungjawab dan
mengawal pegawai dan kakitangan dan mengenakan apa-apa bayaran bagi
mana-mana kursus pengajian sebagaimana yang difikirkan patut.
d) Menjalankan penyelidikan atas perkara berkaitan koperasi;
e) Menyediakan khidmat konsultasi;
f) Menjalankan kursus, penyelidikan, konsultasi dan perkhidmatan berteraskan ilmu
bersesama atau bersama-sama secara bergabung secara usaha sama atau
selainnya, dengan mana-mana institusi pengajian tinggi atau badan professional
atau mana-mana pertubuhan di dalam atau di luar Malaysia; dan
g) Menasihati Menteri mengenai semua perkara-perkara yang berkaitan dengan
latihan, pendidikan dan pembangunan modal insan yang bersangkutan dengan
koperasi.
3.4 MKMGH adalah tertakluk kepada perkara-perkara yang telah ditetapkan di dalam
surat kebenaran Kementerian Kewangan bertarikh 24 Oktober 2012 (Ruj :
KKlBKP(S)10/72-1 Jld. 10(SK3)(7) dan juga Memorandum dan Artikel penubuhan
syarikat serta Malaysian Code On Corporate Governance.
3.5 Kuasa kepada MKMGH adalah meliputi nama perbadanan, jangka hayat, meterai,
tindakan guaman, kontrak, urusan harta alih dan tak alih atau perkara lain yang
berkaitan dengannya.
3.6 Mana-mana kuasa yang tidak dinyatakan adalah tertakluk kepada kuasa Lembaga
MKM.
4. PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SYARIKAT
4.1 Pentadbiran Berasingan
4.1.1 Pentadbiran dan pengurusan MKMGH adalah berasingan daripada pentadbiran
MKM.
4.1.2 MKMGH perlu mempunyai kumpulan pegawai dan staf tetapnya sendiri yang
mengendalikan operasi harian syarikat bertujuan supaya tumpuan sepenuhnya dapat
diberikan dan tidak menjejaskan operasi harian dan kepentingan MKM.
4.1.3 MKMGH boleh mendapatkan khidmat MKM di dalam membantu pentadbiran dan
pengurusan MKMGH dan juga di dalam pengendalian operasi harian syarikat
tertakluk kepada syarat-syarat dan terma-terma yang dipersetujui bersama.
4.1.4 Segala perancangan dan urusan pentadbiran, kewangan dan perniagaan berkaitan
MKMGH hendaklah dibentang dan diluluskan oleh Lembaga Pengarah MKMGH dan
dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah MKM.
4.1.5 Lembaga Pengarah MKMGH adalah bertanggungjawab kepada
berkaitan dasar penubuhan syarikat, aktiviti perniagaan
kemajuan/prestasi syarikat
Lembaga MKM
dan laporan
4.2 Pelantikan Wakil MKM Dalam MKMGH
4.2.1 Tertakluk kepada persetujuan Menteri, Wakil MKM yang dilantik sebagai Lembaga
Pengarah MKMGH adalah Ketua Pengarah MKM
4.2.2 Tertakluk kepada Memorandum dan Artikel syarikat, keanggotaan Lembaga MKMGH
adalah terdiri daripada :
a) Pengerusi
b) Seorang wakil Koperasi
c) 2 orang lantikan YB Menteri KPDNKK
d) Ketua Pengarah MKM
4.3 Pelantikan Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat
4.3.1 Ketua Pegawai Eksekutif hendaklah dilantik oleh Lembaga Pengarah MKMGH
setelah diperakukan oleh Lembaga Pengarah MKM dengan persetujuan Menteri.
Beliau bertanggungjawab ke atas keseluruhan fungsi pengurusan dan operasi harian
syarikat.
4.3.2 Lembaga Pengarah MKM atau Lembaga Pengarah MKMGH berhak menamatkan
tempoh lantikan Ketua Pegawai Eksekutif dengan persetujuan Menteri pada bila-bila
masa sepertimana di peruntukkan di para 3.6 Terma Rujukan ini.
4.4 Penglibatan Staf MKM
4.4.1 Staf MKM boleh dilantik dalam pengurusan MKMGH sama ada secara pinjaman atau
perpindahan jawatan tertakluk kepada peraturan dan pekeliling berkenaan
perjawatan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan
4.4.2 Peminjaman staf MKM kepada MKMGH hendaklah secara pakejnya tidak kurang
baik (no less favorable) daripada emolumen dan kemudahan di jawatan hakiki iaitu :
a) MKMGH boleh menawarkan gaji, elaun dan kemudahan secara pakej yang
tidak kurang baik daripada emolumen di jawatan hakiki pegawai dengan
mengambil kira jumlah gaji yang boleh diselaraskan sekurang-kurangnya dua
pergerakan gaji biasa.
b) Sepanjang tempoh pinjaman, pegawai akan diberi pergerakan gaji tahunan
secara isyarat di jawatan hakiki. Pergerakan gaji tahunan di jawatan pinjaman
adalah tertakluk kepada kaedah yang diputuskan oleh MKMGH.
c) Sepanjang tempoh pinjaman, pegawai layak dipertimbangkan kenaikan
pangkat dalam perkhidmatan hakiki mengikut syarat skim dalam
perkhidmatan jawatan hakiki pegawai.
d) Pegawai tersebut bertanggungjawab mengemukakan salinan laporan
penilaian prestasi kepada MKM.
4.4.3 Perpindahan perkhidmatan
a) Syarat lantikan tetap ke MKMGH ditentukan oleh dasar MKMGH sendiri.
b) Pegawai yang telah diberi taraf berpencen dan memenuhi syarat yang
ditetapkan boleh memohon untuk bersara pilihan sendtri rnenqikut undang-
undang pencen yang ditetapkan.
c) Pegawai yang belum disahkan dalam perkhidmatan atau yang telah memilih
skim KWSP hendaklah meletak jawatan.
4.4.4 Penglibatan Staf
a) Selain dari staf yang dilantik secara pinjaman atau pertukaran, tahap yang
dibenarkan bagi penglibatan staf MKM adalah terhad kepada:
i. Bagi perkhidmatan yang berasaskan pengetahuan seperti syarahan,
kerja rundingan, penyelidikan dan seumpamanya;
Kadar jam maksimum dalam seminggu atau setahun yang
ditetapkan oleh MKM; dan
Kadar bayaran maksimum yang boleh diterima dalam sebulan
atau setahun seperti yang tertakluk dalam peraturan kerajaan.
b) Bagi kerja-kerja operasi pentadbiran dan pengurusan, MKMGH di benarkan
"outsource" kepada MKM dengan dengan kadar yang dipersetujui oleh MKM
5. AKTIVITI YANG DIBENARKAN
5.1 Aktiviti Syarikat
5.1.1 Tertakluk kepada peruntukan Memorandum dan Artikel syarikat, MKMGH boleh
mengurus dan mengendalikan sebarang aktiviti aktiviti latihan dan pendidikan
bertaraf antarabangsa yang merangkumi program sijil, diploma, diploma lanjutan,
Sarjana Muda, Pasca Siswazah, Sarjana dan PhD dan kursus-kursus professional
dan jangka pendek melalui satu institusi pengajian tinggi swasta yang dikenali
sebagai Kolej Universiti Koperasi Malaysia (KUKOM) setelah memenuhi syarat-
syarat yang ditetapkan oleh undang-undang selagi mana ianya tidak bertindih
dengan program-program latihan dan pendidikan yang dijalankan oleh MKM yang
sedia ada.
5.1.2 Tertakluk kepada kebenaran oleh Lembaga MKM, MKMGH juga boleh
mengendalikan aktiviti program jangka panjang/seminar/latihan dan lain-lain aktiviti
yang dipunyai oleh MKM.
5.1.3 MKMGH digalakkan menjalankan lain-lain aktiviti dengan syarat ia tidak bertindih
dengan aktiviti MKM yang sedia ada.
5.1.4 Lembaga Pengarah MKMGH perlu memastikan ; I
a) Syarikat mempunyai perancangan yang baik bagi melaksanakan aktiviti dan
program
b) Objektif program adalah selaras dengan hasrat MKM
c) Semua program dan projek telah dinilai dari segi kesesuaian kos dan faedah
yang lengkap
d) Semua program dan projek telah disemak dari segi implikasi kewangan jangka
pendek dan jangka panjang
5.1.5 Dalam menentukan skop dan jenis perniagaan, Lembaga MKM perlu memastikan
dengan sebaik mungkin perkara berikut
a) Nama baik MKM tidak terjejas
b) Risiko dan liabiliti MKM dari segi kewangan dan undang-undang dapat
dikurangkan
6. SUMBER KEWANGAN
6.1 Pembiayaan Modal
6.1.1 Pembiayaan modal oleh MKM kepada MKMGH iaitu berkaitan modal dibenar dan
modal berbayar syarikat perlu dinyatakan dan dilaporkan dengan jelas.
6.1.2 Sumber kewangan MKM untuk pembiayaan modal permulaan syarikat hendaklah
menggunakan punca-punca lain dan tidak melibatkan peruntukan atau baki
peruntukan kerajaan.
6.1.3 Tertakluk kepada persetujuan menteri, Lembaga MKM dan MKMGH boleh
menjemput koperasi dan/atau apa-apa perbadanan yang dibenarkan oleh undang-
undang untuk melabur di dalam syarikat melalui pegangan ekuiti di dalam MKMGH.
6.2 Pembiayaan Lain
6.2.1 Lembaga Pengarah MKM perlu menekankan supaya MKMGH dibenarkan dan
digalakkan untuk memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan, koperasi atau
apa-apa perbadanan yang dibenarkan oleh undang-undang untuk memberi pinjaman
sekiranya difikirkan perlu dan wajar.
6.2.2 MKM tidak boleh menjadi penjamin kepada MKMGH bagi pinjaman yang dibuatI .
daripada institusi kewangan
6.2.3 MKM dan MKMGH secara bersesama boleh mendapatkan sumbangan melalui
endowment fund bagi membiayai operasi KUKOM.
7. PENGGUNAAN ASET. KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN MKM
7.1 Aset, Fasiliti, Kemudahan dan Perkhidmatan MKM
7.1.1 MKM boleh membenarkan MKMGH menggunakan aset, kemudahan dan
perkhidmatan yang dimiliki oleh MKM tertakluk kepada syarat-syarat dan terma yang
dipersetujui .
7.2 Caj Penggunaan
7.2.1 Setiap penggunaan aset, kemudahan dan perkhidmatan MKM oleh MKMGH
hendaklah dikenakan bayaran sama ada berbentuk sewa atau caj berdasarkan
kadar yang telah ditetapkan oleh MKM atau jawatankuasa teknikal yang dilantik oleh
Lembaga MKM sepertimana di peruntukkan di para 10.2 bab 10 Terma Rujukan ini.
7.2.2 Aset, Kemudahan dan fasiliti MKM
a) Aset adalah harta benda kepunyaan MKM dan milikan dibawah kawalan MKM
yang meliputi aset tetap dan inventori.
b) Kemudahan merangkumi kelengkapan yang diperlukan, kemudahan penghawa
dingin, talian rangkaian internet, perabot, utiliti dan sebagainya.
c) MKMGH perlu mendapatkan kebenaran bertulis bagi penggunaan aset dan
kemudahan daripada MKM.
d) MKM boleh mengenakan caj tambahan atau gantirugi kepada MKMGH sekiranya
terdapat kecacatan atau kerosakan aset atau kemudahan MKM yang
diberikan/disewakan kepada MKMGH.
e) MKMGH perlu mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan bagi
penggunaan aset, kemudahan dan perkhidmatan MKM. MKM boleh mengambil
tindakan atas kegagalan MKMGH mematuhi peraturan yang berkaitan.
7.3 Caj Perkhidmatan
7.3.1 Perkhidmatan adalah merujuk kepada kepakaran, guna tenaga, perundingan atau
apa-apa bentuk khidmat ditawarkan.
7.3.2 Setiap perkhidmatan yang ingin diperoleh perlu mendapat kelulusan MKM dengan
persetujuan staf yang berkaitan
7.3.3 Tertakluk kepada pekeliling yang diterima pakai, setiap bantuan perkhidmatan yang
diperolehi daripada MKM adalah tertakluk kepada bayaran yang ditetapkan oleh
MKM dan tertakluk kepada tempoh masa yang ditetapkan oleh MKM dan keputusan
Jawatankuasa Teknikal.
7.4 Perhatian dan Keutamaan
7.4.1 Penggunaan aset, kemudahan dan perkhidmatan oleh MKMGH adalah tertakluk
kepada kebenaran MKM dan tidak akan menjejaskan kepentingan dan kebajikan
pelajar dan staf MKM
7.4.2 MKMGH perlu mematuhi peraturan dan prosedur yang telah ditetapkan oleh bagi
penggunaan aset, kemudahan dan perkhidmatan MKM. MKM boleh mengambil
tindakan perundangan ke atas MKMGH sekiranya terdapat kegagalan mematuhi
peraturan yang ditetapkan.
8. KAWALAN PEMANTAUAN DAN PENJANAAN PENDAPATAN
8.1 Kewangan Dan Akauntabiliti
8.1.1 MKMGH hendaklah memastikan segala peraturan kewangan yang dietapkan oleh
MKM dan Suruhanjaya Syarikat hendaklah dipatuhi.
8.1.2 MKMGH bertanggungjawab terhadap semua aktiviti dan urusniaga yang dijalankan
tanpa menjejaskan MKM.
8.1.3 MKMGH perlu membentangkan perkara atau usul yang memerlukan kelulusan atau
makluman kepada Lembaga MKM pada setiap suku tahun berkaitan laporan prestasi
kewangan dan analisis berkaitan dengannya.
8.1.4 MKMGH perlu memastikan sistem kewangan dan perakaunan yang dibangunkan
hendaklah ditambah baik selaras dengan kehendak Lembaga MKM dan peraturan -
peraturan sedia ada yang berkuatkuasa.
8.1.5 Unit Audit Dalam MKM boleh menjalankan pengawasan audit terhadap aktiviti dan
laporan kewangan MKMGH.
8.1.6 MKMGH boleh menyumbangkan pendapatan dan keuntungan yang diperolehi
kepada MKM dalam bentuk bayaran dividen tahunan, yuran pengurusan, bayaran
sewaan dan lain-lain
8.1.7 Pemberian dividen tahunan atau perkongsian keuntungan oleh MKMGH kepada
MKM adalah bergantung kepada persetujuan bersama dan tertakluk kepada
sebarang perjanjian yang termeterai kelak.
8.1.8 Semua bayaran dividen hendaklah dibuat daripada keuntungan MKMGH sahaja
seperti mana yang diperuntukan di bawah Seksyen 365, Akta Syarikat 1965.
8.2 Kawalan terhadap Syarikat
8.2.1 MKMGH perlu membentangkan Laporan Prestasi Kewangan dan Analisis Kwangan
setiap suku tahun kepada Lembaga Pengarah MKM.
8.2.2 Pembentangan laporan ini perlu merangkumi semua pelaburan yang dilakukan,
perbelanjaan , agihan pendapatan , keuntungan, sumber kewangan dan perkara-
perkara penting yang berkaitan prestasi kewangan MKMGH.
8.2.3 Lembaga MKM boleh memantau, memberi pandangan atau teguran ke atas
pengurusan operasi dan kewangan MKMGH sekiranya terdapat keperluan dari
semasa ke semasa.
8.3 Laporan Akaun Tahunan
8.3.1 Laporan perakaunan tahunan syarikat yang disatukan hendaklah disediakan dan
dibentangkan kepada Lembaga Pengarah MKM pada setiap tahun. la perlu dibentang
tidak lewat daripada tiga bulan selepas akaun ditutup.
8.3.2 Laporan akaun tahunan ini hendaklah mematuhi piawaian perakaunan yang
ditetapkan dan diaudit oleh juru audit yang bertauliah.
9. MANFAAT KEPADA MKM
9.1 Manfaat
9.1.1I
Mempercepatkan proses membuat keputusan dalam aktiviti ' pengkomersilan dan
perundingan dengan itu menjadikan MKM lebih efisyen , berkualiti dan dinamik.
9.1.2 Mempelbagaikan dan memperkembangkan program akademik MKM samada untuk
pasaran dalam negeri atau antarabangsa.
9.1.3 Membantu dalam menjana pendapatan dan mengurangkan kebergantungan
kewangan kepada kerajaan pada masa akan datang.
9.1.4 Memberi peluang kepada staf MKM untuk menimba pengalaman dalam budaya kerja
korporat melalui aktiviti yang dijalankan oleh MKMGH.
9.1.5 MKMGH bertanggungjawab membina reputasi MKM melalui jalinan strategik,
perkongsian pintar dan usahasama dengan agensi kerajaan tempatan atau
antarabangsa.
9.1.6 MKMGH membantu masyarakat dalam dasar tanggungjawab sosial korporat (CSR).
10. JAWATANKUASA TEKNIKAL
10.1 Tujuan
10.1.1 Satu Jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Teknikal boleh ditubuhkan
oleh Lembaga MKM bagi membantu melicinkan dan memudahcara sebarang proses
rundingan yang membabitkan penglibatan MKM dan MKMGH dalam perkara-perkara
berikut:
i. Perkhidmatan sokongan melibatkan operasi dan pengurusan
ii. Penggunaan aset MKM oleh MKMGH
iii. Penggunaan fasiliti dan kemudahan MKM oleh MKMGH
iv. Penggunaan kepakaran MKM khususnya perkhidmatan melibatkan
pengetahuan (knowledge based - expertise)
10.2 Keanggotaan
10.2.1 Lembaga MKM boleh melantik satu Jawatankuasa Teknikal yang dianggotai oleh
pengurusan tertinggi MKM dan MKMGH dalam merangka terma dan syarat-syaratI , •
perkhidmatan dan kepakaran yang diberikan oleh MKM kepada MKMGH.
10.2.2 Keanggotaan di dalam Jawatankuasa Teknikal akan terlucut secara otomatis
sekiranya status anggota tersebut di dalam pengurusan MKM atau MKMGH
berubah pada bila-bila masa.
10.3 Tanggungjawab Jawatankuasa Teknikal
10.3.1 Jawatankuasa berperanan untuk menentukan asas sesuatu terma dan syarat yang
akan ditetapkan oleh MKM kepada MKMGH.
10.3.2 Jawatankuasa Teknikal juga bertanggungjawab menentukan sesuatu asas bagi caj
kemudahan, perkhidmatan, fasiliti dan kepakaran yang diberikan oleh MKM kepada
MKMGH.
11. PEMBUBARAN, HAD DAN TANGGUNG
11.1 Pembubaran
11.1.1 Sebarang cadangan pembubaran syarikat hendaklah dimaklumkan dan
dibentangkan dengan terperinci untuk pertimbangan dan kelulusan ahli Lembaga
MKM.
11.1.2 MKM berhak membuat penilaian,pemeriksaan dan audit terperinci sebelum
meluluskan cadangan pembuburan tersebut.
11.1.3 Sekiranya syarikat dibubarkan, segala aset MKMGH hendaklah dipindahmilik
kepada dan diletakhakkan kepada MKM selepas dijelaskan segala tanggungannya.
11.1.4 Penggulungan atau pembubaran syarikat hendaklah dibuat mengikut prosedur yang
ditetapkan berdasarkan peruntukan Akta Syarikat 1965 dan peruntukan undang-
undang lain sedia ada yang berkuatkuasa.
11.2 Had dan Tanggungan
11.2.1 MKMGH hendaklah memastikan segala urusan dan aktiviti pentadbiran, kewangan
dan perniagaan syarikat tidak menyalahi mana-[11ana peraturan dan peruntukan
undang-undang sedia ada yang berkuatkuasa.
11.2.2 MKM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tanggungan MKMGH
memandangkan kedua-duanya adalah dua entiti yang berbeza.
11.2.3 MKMGH perlu menanggung rugi dan membayar gantirugi kepada MKM untuk
sebarang kos, kerugian, tindakan undang-undang yang dikenakan ke atas MKM di
atas kegagalan MKMGH melaksanakan tanggungjawabnya sepertimana yang
diperuntukan dalam Akta Syarikat 1965 dan mana-mana peruntukan lain
yang berkuatkuasa.
12. KERAHSIAAN
12.1.1 Segala maklumat dan data (dalam apa jua bentuk) atau sebarang maklumat lain
yang dianggap sebagai sulit milik MKM hanya boleh didedahkan dan diakses oleh
MKMGH dengan kebenaran MKM.
12.1.2 MKMGH dan MKM hendaklah menandatangi satu Perjanjian Tanpa Pendedahan
bagi melindungi segala maklumat dan data yang diterima oleh kedua-dua pihak bagi
mengelakkan isu kebocoran maklumat sulit.
12.1.3 MKMGH juga hendaklah memastikan segala maklumat tentang pihak ketiga yang
diperoleh daripada MKM bagi tujuan operasi dan aktiviti perniagaan MKMGH
hendaklah digunakan dengan sewajarnya.
12.1.4 Segala maklumat dan data (dalam apa jua bentuk) sama ada milik MKM atau pihak
ketiga adalah sulit dan MKMGH hendaklah mengekalkan langkah-Iangkah kawalan
yang berkesan untuk menjaga maklumat sulit tersebut daripada didedahkan oleh
pihak yang tidak diberikuasa penggunaan, salinan atau penyebarannya.
12.1.5 MKMGH hendaklah memaklumkan kepada MKM dengan serta merta jika terdapat
sebarang kemungkinan atau syak tentang pendedahan atau penyebaran maklumat
sulit yang diperolehi.
13. TARIKH KUAT KUASA
13.1 Terma rujukan ini berkuat kuasa mulai tarikh 24 April 2014.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
"LATIHAN INOVATIF, KOPERASI PROGRESIF"
V(,USOF BIN S~IN)
Pengerusi
Maktab Koperasi Malaysia