8
PERMASALAHAN SEBUTAN VOKAL ‘a’ DAN ‘e’ DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SABAH DAN CARA MENGATASINYA: SATU KAJIAN JAMIDI BIN MUSA LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN PENGAKUAN i

Tesis BM(1).doc

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tesis BM(1).doc

PERMASALAHAN SEBUTAN VOKAL ‘a’ DAN ‘e’ DI SEBUAH SEKOLAH RENDAH DI SABAH DAN CARA MENGATASINYA: SATU KAJIAN

JAMIDI BIN MUSA

LAPORAN AKHIR INI DIKEMUKAKAN UNTUKMEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH

SARJANA MUDA PENGAJARAN PENDIDIKAN DENGAN KEPUJIAN

i

Page 2: Tesis BM(1).doc

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tarikh 11 Disember 2014 ________________________________ (Tandatangan)

JAMIDI BIN MUSA (D20102045528)

ii

Page 3: Tesis BM(1).doc

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan ikhlas kepada penyelia projek iaitu Dr.Muhamad Bazlan Bin Mustafa kerana sentiasa memberikan saya bimbingan, nasihat dan dorongan sepanjang tempoh menyiapkan laporan akhir ini.

Penghargaan juga diberikan kepada Guru Besar Sekolah SK Liau, Keningau,Puan Julina @ Josie Apot,guru-guru dan murid-murid yang terlibat dalam menyempurnakan projek ini.

Terima kasih tidak terhingga kepada keluarga yang tersayang kerana memahami komitmen saya sebagai seorang pelajar UPSI dan sentiasa memberikan sokongan dan dorongan untuk meneruskan pengajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang lain serta mereka yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga projek ini berjaya disiapkan.

Sekian dan terima kasih.

iii

Page 4: Tesis BM(1).doc

ABSTRAK

Kajian tindakan ini dijalankan adalah bertujuan untuk mengatasi kesalahan sebutan vokal “a” dan “e” dalam perkataan dan ianya telah dijalankan ke atas murid-murid Tahun Enam di salah sebuah sekolah di daerah Keningau. Seramai 30 orang murid yang terlibat yang diambil sebagai responden untuk menjalankan kajian tindakan. Responden terdiri daripada 15 orang murid sebagai kumpulan kawalan dan 15 orang orang murid lagi sebagai kumpulan rawatan. Kedua-dua kumpulan merupakan etnik Dusun dan Murut. Melalui pemerhatian,ujian dan temubual yang dilakukan,didapati murid yang dikaji nyata sekali kurang berminat dan lemah dalam aspek berkomunikasi. Ini disebabkan pengaruh dialek tempatan dan amalan pengajaran guru semasa di dalam kelas. Murid tidak dapat membezakan huruf “a” dan “e” dalam bertutur. Tindakan rawatan telah dirancang dan seterusnya dilaksanakan. Kaedah yang digunakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah kaedah pandang dan sebut serta bahan-bahan rangsangan yang bersesuaian. Melalui kaedah yang digunakan, terdapat perubahan yang ketara pada sikap dan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran serta amalan pengajaran guru sendiri. Melalui kajian tindakan ini, diharapkan ianya dapat menambah baik keadaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu khususnya dalam sebutan.

iv

Page 5: Tesis BM(1).doc

ISI KANDUNGAN

JUDUL iPENGAKUAN iiPENGHARGAAN iiiABSTRAK ivISI KANDUNGAN vSENARAI JADUAL viiSENARAI RAJAH vii

BAB SATU: PENGENALAN KEPADA MASALAH1.1 Pengenalan 11.2 Latar Belakang Masalah Kajian 21.3 Pernyataan Masalah 41.4 Matlamat Kajian 51.5 Batasan Kajian 71.6 Definisi Operasional 81.7 Ringkasan 9

BAB DUA: TINJAUAN LITERATUR2.1 Pengenalan 102.2 Kajian Lepas Dalam Negara 112.3 Kajian Lepas Luar Negara 122.4 Ringkasan 13

BAB TIGA: METODOLOGI KAJIAN3.1 Pengenalan 143.2 Reka Bentuk Kajian 143.3 Prosedur Kajian 153.4 Populasi dan Persampelan 163.5 Instrumen Kajian 173.6 Kaedah Pengumpulan Data 183.7 Prosedur Pengumpulan Data 193.8 Prosedur Analisis Data 193.9 Ringkasan 20

BAB EMPAT: HASIL KAJIAN4.1 Pengenalan 224.2 Profil Responden 234.3 Dapatan Kajian 24

v

Page 6: Tesis BM(1).doc

4.4 Rumusan 36

BAB LIMA: PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI5.1 Pengenalan 375.2 Ringkasan Kajian 375.3 Perbincangan Dapatan Kajian 385.4 Kesimpulan Dapatan Kajian 415.5 Implikasi Dapatan Kajian 425.6 Cadangan Kajian Lanjutan 435.7 Rumusan 44

RUJUKAN 45

vi

Page 7: Tesis BM(1).doc

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

1 Perbezaan Sebutan Bahasa Melayu Baku dengan Sebutan Bahasa Daerah. 4

2 Profil Responden 23

3 Pencapaian Murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Kumpulan Kawalan 29

4 Prestasi Murid dalam Ujian Pra dan Ujian PosBagi Kumpulan Kawalan 30

5 Pencapaian Murid dalam Ujian ra dan Ujian Pos Bagi Kumpulan Rawatan 32

6 Prestasi Murid dalam Ujian Pra dan Ujian PosBagi Kumpulan Rawatan 33

7 Keputusan Soal Selidik Murid 36

SENARAI RAJAH

No. Rajah

1 Proses Tindakan Kitaran bagi Permasalahan SebutanVokal 3

2 Prestasi Murid dalam Ujian Pra dan Ujian PosBagi Kumpulan Kawalan 29

3 Prestasi Murid dalam Ujian Pra dan Ujian PosBagi Kumpulan Kawalan 31

4 Prestasi Murid dalam Ujian Pra dan Ujian PosBagi Kumpulan Rawatan 32

5 Prestasi Murid dalam Ujian Pra dan Ujian PosBagi Kumpulan Rawatan 34

vii