Topik 3 Status Pemakanan Mengikut Kumpulan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

pemakanan

Citation preview

Topik Status

3Pemakanan

Mengikut

Kumpulan

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

Menghuraikan keperluan nutrien dan kalori mengikut tiga kumpulan iaitu kumpulan bayi, kanak-kanak dan remaja;

Menyenaraikan perbezaan di antara susu ibu dan susu formula;

Membincangkan ketidakseimbangan nutrien dan malnutrisi di kalangan kanak-kanak;

Mengenal pasti kanak-kanak hiperaktif dan obes;

Menghuraikan tabiat pengambilan makanan sihat bagi kumpulan remaja; dan

Membincangkan masalah pemakanan bagi golongan remaja.

PENGENALAN

Dalam Topik 2, kita telah mengenali dan mendalami maksud, fungsi serta kepentingan nutrien terhadap tubuh badan kita. Dalam topik ini pula, kita akan membincangkan status pemakanan mengikut kumpulan. Kumpulan yang dimaksudkan di sini ialah kumpulan bayi, kumpulan kanak-kanak dan kumpulan remaja. Kita juga akan mendalami keperluan kalori dan nutrien di dalam setiap kumpulan ini. Di samping itu, keperluan susu ibu dan makanan tambahan bagi kumpulan bayi, ketidakseimbangan nutrien dan malnutrisi juga akan dibincangkan.

TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN 37

KUMPULAN BAYI

Rajah 3.1: Bayi

Bayi merupakan kumpulan atau peringkat paling awal dalam sistem manusia (Rajah 3.1). Bayi boleh diklasifikasikan seawal umur satu hingga 12 bulan (Tetty Henney Zulkifly, 1998).

Keperluan Kalori dan Nutrien

Seperti yang dipelajari dalam Topik 2, nilai tenaga dalam makanan diukur dalam unit kalori. Kandungan kalori dalam makanan bergantung kepada kandungan karbohidrat, protein dan lemak. Lemak merupakan kumpulan makanan yang banyak menghasilkan kalori mengikut berat iaitu 9 kalori bagi setiap gram dan alkohol pula ditempat yang kedua dengan mengeluarkan sebanyak 7 kalori bagi setiap gram. Nutrien lain tidak memberi kesan kepada nilai tenaga makanan. Oleh itu, makanan yang mengandungi banyak lemak, tinggi kalorinya. Sebaliknya, makanan yang tinggi dengan kandungan air seperti sayur-sayuran, rendah kalorinya.

Keperluan kalori bayi adalah sedikit berbanding kumpulan lain. Namun, bayi memerlukan nutrien yang mencukupi untuk kekal sihat. Walaupun begitu, kadar dan keperluan kalori dan nutrien untuk bayi adalah berbeza kerana bayi mempunyai sistem penghadaman yang kecil. Justeru, nutrien yang terbaik untuk bayi adalah susu.

38 TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN

Susu Ibu dan Susu Formula

Rajah 3.2: Susu ibu adalah terbaik bagi bayi

Susu Ibu

Bayi memerlukan nutrien yang terbaik untuk berkembang dan membesar dengan sihat. Mazni Othman (2007) dalam kajiannya berpendapat, susu ibu merupakan nutrien yang terbaik untuk bayi. Menurutnya susu ibu adalah bersih, seimbang dan paling sesuai untuk bayi (Rajah 3.2). Ia mengandungi semua khasiat dalam imbangan yang diperlukan oleh setiap bayi. Ia mengandungi antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan seperti cirit-birit, radang paru-paru dan selsema.

Susu awal ibu (immune milk) yang dihasilkan dalam beberapa hari setelah melahirkan bayi mengandungi kolostrum. Kolostrum tinggi dalam karbohidrat, protein, antibodi dan kurang dalam lemak.

Antara faedah lain yang terdapat dalam susu ibu adalah:

Mencegah penyakit seperti lelah dan sakit perut bayi.

Mengandungi zat khusus yang penting untuk perkembangan otak.

Mengurangkan risiko pencemaran yang mungkin berlaku dalam kaedah penyusuan lain.

Boleh diperoleh dengan mudah pada bila-bila masa. Jadi, tiada masalah membancuh atau memanaskannya sebab ia sentiasa pada suhu yang sesuai.

Memberikan bayi keselesaan dan ketenangan emosi.

Menjalinkan hubungan kasih sayang yang lebih mesra antara bayi dan ibu, berbanding dengan cara penyusuan lain.

TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN 39

Susu Formula

Susu formula adalah susu lembu atau susu kacang soya yang diproses umumnya dalam bentuk tepung dan cecair.

Susu formula boleh disediakan oleh sesiapa ibu, bapa atau pembantu.

Ia lebih fleksibel di mana ibu boleh melakukan kerja-kerja lain.

Tidak ada satu pun antibodi yang didapati di dalam susu ibu ada di dalam susu formula. Oleh itu, daya tahan sakit bayi yang disusu formula ini tidak kuat berbanding dengan bayi yang disusu badan.

Susu formula lebih mahal.

Selain itu, mungkin terdapat bakteria dalam susu formula jika tidak dibasuh dan disteril dengan baik.

Susu formula juga mungkin menyebabkan masalah angin dan sembelit.

Artikel daripada Berita Harian ini memaparkan kesan buruk susu formula.

Amaran susu tak selamat (Berita Harian, Jumaat, 9 Jun 2006)

Beijing (China) Pejabat keselamatan makanan China mengeluarkan amaran mengenai susu tepung tidak selamat, kira-kira dua tahun selepas laporan susu formula tiruan yang mengakibatkan kematian sekurang-kurangnya 13 bayi. Beberapa kategori produk susu termasuk susu untuk orang dewasa didapati langsung tidak mempunyai protein, lapor akhbar

Beijing News.

40 TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN

Jadual 3.1: Perbandingan antara Susu Ibu dan Susu Formula dari Segi Kandungan Zat

KANDUNGAN

SUSU IBU

SUSU FORMULA

PROTEIN

1.23 %

3.5 %

LAKTOSA

7.5 %

4.5 %

NATRIUM

X1

X4

LEMAK

3.5 %

4.0 %

KALORI

20 %

20 %

Sumber: http://www.geocities.com/ibudanbayi/kecergasan_anak.htm

SEMAK KENDIRI 3.1

Berikan lima perbezaan antara susu ibu dan susu formula.

Senaraikan kesan negatif susu formula.

Makanan Tambahan

Selain susu ibu atau susu formula, bayi juga memerlukan makanan tambahan bagi memperkukuhkan lagi sistem imun (immune system) dan sistem tumbesaran mereka. Contoh makanan tambahan yang dicadangkan untuk kumpulan bayi adalah seperti bijirin halus yang telah dikacau dengan air.

KUMPULAN KANAK-KANAK

Kanak-kanak merupakan peringkat kedua dalam sistem manusia. Kumpulan kanak-kanak boleh dikategorikan dari umur 1 hingga 12 tahun.

Keperluan Nutrien dan Kalori

Keperluan nutrien dan kalori untuk kanak-kanak berbeza mengikut usia mereka. Sebagai contoh, kanak-kanak yang berusia 1 hingga 6 tahun, didedahkan dengan makanan keluarga secara beransur-ansur. Menurut Kementerian Kesihatan tiada suatu jenis makanan yang dapat membekalkan semua zat yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, pelbagaikan pengambilan makanan anak anda berasaskan Piramid Makanan (Norhashimah Hasim, 2004) (Rajah 3.3).

TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN 41

Rajah 3.3: Piramid makanan

Nasi, mi, roti dan ubi-ubian merupakan sumber utama tenaga untuk anak anda. Buah-buahan dan sayur-sayuran pula adalah sumber yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu menjauhi penyakit. Manakala ikan, daging dan gantiannya seperti telur, kekacang, tauhu dan tempe merupakan kumpulan makanan yang membekalkan protein, vitamin dan mineral di samping sedikit lemak. la berfungsi membina tubuh dan membantu menyembuhkan luka.

Susu dan hasilannya seperti keju dan dadih, kaya dengan protein dan kalsium yang tinggi. Zat-zat ini adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat. Di samping kalsium, susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12), magnesium, fosforus dan zink. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga (Winnie Chee, 2007). Rajah 3.4 (a-d) menunjukkan kumpulan makanan yang diperlukan oleh kanak-kanak.

42 TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN

Rajah 3.4: Pelbagai jenis kumpulan makanan untuk kanak-kanak

Di samping hidangan utama, makanan ringan yang berkhasiat juga boleh diberikan. Walau bagaimanapun, pemilihan makanan ringan haruslah daripada bahan yang mengandungi kandungan garam dan gula yang rendah. Contoh makanan ringan untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun adalah seperti biskut kraker yang dicelup dengan air, susu kacang soya, susu, dadih dan air buah. Bagi kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun contoh makanan ringan adalah seperti sandwic, buah-buahan, bebola ikan, keropok lekor dan jagung rebus.

Makanan Segera

Rajah 3.5: Pengaruh makan segera semakin ketara dalam hidup kanak-kanak

Makanan segera atau fast food adalah sejenis makanan yang digemari oleh kanak-kanak masa kini terutamanya yang berusia 5 hingga 10 tahun (Raihanah Abdullah, 2003) (lihat Rajah 3.5).

TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN 43

Panduan Menyediakan Makanan yang Menarik

Hidangkan makanan yang beraneka warna dan bentuk yang menarik.

Guna peralatan yang pelbagai warna dan bentuk.

Hidangkan secara berasingan agar lebih menarik.

Ketidakseimbangan Nutrien dan Malnutrisi

Di dalam Topik 2, kita telah membincangkan definisi ketidakseimbangan nutrien atau malnutrisi. Dalam topik ini kita akan menyentuh ketidakseimbangan nutrien terhadap kanak-kanak. Kajian daripada Zamaliah, Mohd Nasir dan Khor Giok Lin (1998) menunjukkan kanak-kanak merupakan golongan yang banyak mengalami masalah ketidakseimbangan nutrien. Ini kerana, kanak-kanak masa kini terutamanya yang berusia 5 hingga 10 tahun lebih menggemari makanan segera (Raihanah Abdullah , 2003).

Selain itu, bagi Soon Suat Duan dan Khor Geok Lin (1995), pengambilan kalori yang tidak mencukupi juga merupakan salah satu faktor penting yang menyebabkan masalah malnutrisi ini berlaku. Masalah ini lazimnya dipengaruhi oleh faktor sosioekonomi seperti tahap pendidikan dan pengetahuan pemakanan ibu serta bilangan kanak-kanak seisi rumah.

Kesan ketidakseimbangan nutrien akan menyebabkan kanak-kanak tidak mendapat zat yang sepatutnya lalu melahirkan kanak-kanak yang bantut pertumbuhannya atau dikenali sebagai penyakit kwasyiokor dan juga obesiti. Penyakit-penyakit ini, jika tidak dibendung, akan berterusan hingga ke hari tua.

Justeru itu, ibu bapa seharusnya memainkan peranan penting dalam penyediaan makanan. Ibu bapa haruslah memastikan anak-anak mendapat zat makanan yang sepatutnya agar fenomena malnutrisi tidak berlaku.

Tingkah Laku Hiperaktif

Kanak-kanak hiperaktif adalah golongan yang memerlukan perhatian terutama di peringkat awal tumbesaran mereka. Tingkah laku sebegini bukan saja dialami oleh kanak-kanak normal, sebaliknya mereka yang terencat akal juga menghadapi masalah yang serupa.

44 TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN

Obesiti

Rajah 3.6: Satu pendekatan untuk menangani obesiti di kalangan kanak-kanak Sumber: www.sitnews.us/RobHolston/031706_wright.gif

Di Malaysia, masalah obesiti atau kegemukan di kalangan kanak-kanak masa kini amatlah membimbangkan. Kebanyakan ibu bapa memandang ringan sahaja masalah ini dan berpendapat gejala sebegini hanya untuk jangka pendek sahaja dan tidak akan berlarutan hingga ke hari tua (Rajah 3.6). Pandangan sebegini adalah salah dan tidak seharusnya dibiarkan kerana ia akan memberikan kesan yang lebih buruk dalam jangka masa panjang. Apabila mereka berada dalam keadaan obes, mereka akan berisiko mendapat pelbagai jenis penyakit yang merbahaya seperti kencing manis, darah tinggi, barah, penyakit pundi hempedu, penyakit hati dan reumatik yang boleh mengancam nyawa mereka (rujuk keratan akhbar Utusan Malaysia, 28 Mei 2004).

Banyak faktor yang menjadi penyebab masalah obesiti. Di antaranya adalah disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal, corak pemakanan yang tidak sihat serta pengambilan makanan yang mengandungi banyak lemak dan kolestrol. Selain itu, faktor genetik dan gaya hidup juga memainkan peranan penting dalam menentukan berat badan kanak-kanak. Dalam topik ini kita hanya akan membincangkan kaitan obesiti dengan pemakanan sahaja.

Kanak-kanak tiga tahun mati kerana gemuk (Utusan Malaysia, Jumaat 28 Mei 2004)

London (England) Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak Britain kini semakin serius apabila seorang budak perempuan berusia tiga tahun dilaporkan mati kerana jantungnya gagal berfungsi akibat terlalu gemuk. Selain kes itu, empat orang kanak-kanak lain juga terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan kerana masalah saluran pernafasan akibat obesiti. Masalah kegemukan di seluruh Britain kini meningkat hampir 400 peratus dalam tempoh 25 tahun dengan 75 peratus daripada penduduk dewasa di negara itu termasuk dalam golongan gemuk.

TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN 45

Menurut pakar perubatan, pengambilan makanan yang mengandungi banyak kalori adalah antara penyebab utama masalah kegemukan. Ini kerana tenaga atau kalori yang berlebihan disimpan di dalam tubuh dalam bentuk lemak. Tenaga merupakan satu mekanisme yang boleh membantu untuk membakar lemak. Jika seorang kanak-kanak tidak menggunakan banyak tenaga maka mereka akan lebih cenderung untuk menjadi gemuk kerana lemak tadi tidak dibakar dan hanya disimpan di dalam perut. Sebaliknya, jika seorang kanak-kanak menggunakan banyak tenaga mereka akan kelihatan kurus kerana kurang berlemak. Menurut kajian Raihanah Abdullah (2003), hanya 24 peratus kanak-kanak terbabit dalam kegiatan fizikal seperti berbasikal, bermain badminton dan berlari.

Untuk menangani masalah ini, ibu bapa seharusnya menjaga pemakanan anak-anak mereka sejak lahir lagi. Pemakanan yang seimbang akan menjamin kehidupan yang sihat. Ibu bapa harus berusaha memperkenalkan makanan ringan yang sihat kepada anak-anak disamping menyediakan makanan yang pelbagai seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Ini penting bagi menggantikan makanan ringan yang kurang berkhasiat serta mempunyai kadar lemak, kolestrol dan gula yang tinggi. Kebanyakan pakar diet mencadangkan agar kanak-kanak meminum air yang banyak dan menghadkan pengambilan minuman bergula.

Oleh itu, melalui pemakanan yang sihat, seimbang, kurang lemak dan kolestrol, serta ditambah dengan melakukan aktiviti sihat seperti bersenam, kanak-kanak akan mencapai berat badan yang lebih unggul.

AKTIVITI 3.1

Laman web www.health.ny.gov/prevention/nutrition/resources/obparnts.htm mengesyorkan tip-tip mencegah obesiti di kalangan kanak-kanak. Salah satu saranan yang dikemukakan ialah jangan berikan gula-gula, coklat atau makanan yang manis sebagai ganjaran.

Layari laman web ini untuk mengetahui tip-tip yang lain dan juga senaraikan cadangan/pendapat anda untuk menangani obesiti di kalangan kanak-kanak.

46 TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN

KUMPULAN REMAJA

Remaja merupakan golongan yang paling aktif dan banyak melakukan aktiviti. Oleh itu, golongan ini memerlukan lebih banyak nutrien berbanding kumpulan lain.

Keperluan Kalori dan Nutrien

Kumpulan remaja memerlukan lebih banyak kalsium untuk membina tulang yang sihat. Remaja perempuan pada peringkat reproduktif, harus mengambil cukup makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging tanpa lemak, telur dan produk bijirin untuk memenuhi keperluan zat besi mereka. Jadual 3.2 dan 3.3 menunjukkan contoh keperluan tenaga dan nutrien yang diperlukan oleh remaja lelaki dan remaja perempuan mengikut had umur (Hajah Zainab Hj. Tambi, 2007).

Jadual 3.2: Keperluan Tenaga/Kalori untuk Sehari (Malaysia)

Jantina

Umur (Tahun)

Keperluan

Tenaga/Kalori

Remaja Lelaki

13 19

2600 2580

Remaja Perempuan

13 - 19

2300 - 2100

Jadual 3.3: Keperluan Harian bagi Garam Galian dan Vitamin (Malaysia)

Umur/

Protein

Kalsium

Besi

Thiamin

Riboflavin

Niasin

Asid

Vit

Asid

B12

Askorbik

Tahun

Kg

mg

Mg

mg

mg

mg

Folik mg

mg

mg

Remaja

13-19

43-54

650-500

10-18

1.0

1.6-1.5

17.2-17.0

100-200

2.0

30

lelaki

Remaja

13-19

41-54

650-500

10-28

0.9

1.4-1.3

13.9-15.5

100-200

2.0

30

perempuan

Tabiat Pengambilan Makanan Sihat

Pemakanan sihat meliputi keperluan pemakanan harian anda dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan. Ia merangkumi cara membuat keputusan yang bijak tentang jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Anda boleh mencapai ini dengan mengingati tiga perkara iaitu keseimbangan, kepelbagaian dan kesederhanaan (Kementerian Kesihatan Malaysia, 1995).

TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN 47

Kepelbagaian bermaksud mengambil diet dengan menggabungkan kesemua kumpulan makanan dalam piramid makanan. Makanan seharian sepatutnya dipilih lebih banyak daripada paras piramid makanan yang paling bawah, manakala paling sedikit daripada puncak piramid makanan. Amalan ini membantu menjamin keseimbangan dalam pemakanan kita. Untuk mengelak daripada makan terlampau banyak, kesederhanaan haruslah diutamakan. Piramid makanan memberi panduan akan jumlah hidangan yang harus dimakan dari setiap kumpulan makanan setiap hari untuk individu yang normal dan sihat.

Secara keseluruhannya, tabiat mengambil makanan yang sihat harus dipupuk di kalangan remaja masa kini. Ini kerana makanan yang sihat memberi banyak manfaat terhadap kesihatan mereka. Makanan yang sihat juga memberi tenaga yang lebih kepada remaja untuk melakukan aktiviti harian dan bergiat aktif terutama dalam bidang sukan. Tabiat ini harus dijadikan amalan setiap hari agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain makanan, remaja juga turut digalakkan meminum air secukupnya bagi mengelak dehidrasi iaitu kekurangan air dalam badan akibat daripada melakukan aktiviti fizikal yang berlebihan. Tubuh anda akan kehilangan lebih kurang 1 hingga 2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap dari paru-paru (Persatuan Pemakanan Malaysia, 2000).

Masalah Pemakanan Remaja

Kebanyakan remaja sering berhadapan dengan masalah pemakanan. Ramai di antara mereka memilih cara diet yang tidak betul seperti tidak makan. Tujuannya hanya untuk kelihatan kurus dan memiliki berat badan yang unggul. Seperti yang telah dipelajari dalam topik sebelumnya, remaja perempuan banyak mengalami masalah pemakanan sehingga mereka terjebak dengan penyakit psikologikal seperti Bulimia Nervosa (memuntah semula makanan yang dimakan) dan Aneroxia Nervosa (penyakit hilang selera makan).

Namun, ada juga di antara mereka memilih makanan segera seperti mi segera, ayam goreng, burger dan kentang goreng untuk menggantikannya dengan nasi. Akibatnya, ramai di antara remaja mengalami masalah kegemukan atau berlebihan berat badan.

48 TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN

SEMAK KENDIRI 3.2

Berdasarkan permasalahan pemakanan yang dibincangkan tadi, rancangkan satu menu makanan lengkap yang sihat meliputi waktu makan pagi, tengahari dan malam.

Keperluan nutrien dan kalori bagi setiap kumpulan iaitu bayi, kanak-kanak dan remaja adalah berbeza.

Susu ibu merupakan nutrisi yang terbaik untuk bayi kerana mempunyai semua zat makanan dan antibodi yang diperlukan untuk sistem pertahanan badan berbanding susu formula yang tidak langsung mempunyai antibodi.

Contoh makanan tambahan untuk bayi adalah seperti bijirin halus.

Golongan kanak-kanak memerlukan makanan yang seimbang seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam diet pemakanan mereka.

Diet pemakanan yang tidak seimbang akan menyumbang kepada obesiti di kalangan kanak-kanak kerana kadar pertumbuhan fizikal yang berbeza di antara mereka.

Kumpulan remaja memerlukan kadar pengambilan kalori dan nutrien yang berbeza daripada kumpulan kanak-kanak.

Hiperaktif

Obesiti

Kalori

Piramid makanan

Malnutrisi

TOPIK 3 STATUS PEMAKANAN MENGIKUT KUMPULAN 49

Berdanier, C. D., Dwyer, J., & Feldman, E. B. (2008). Handbook of nutrition and food (2nd ed). Boca Raton: Taylor & Francis.

Marotz, L. R. (2009). Health, safety, and nutrition for the young child (7th ed). Clifton Park, NY: Thomson Delmar Learning.

Norhashimah Hashim (2004). Panduan pemakanan prasekolah. Dicapai dari http://www.ssl.sabah.gov.my/resource/bookreview/br_bm_ prasekolah.asp.

Osman Ali, & Zaleha Md. Isa (1995). Nutritional status of women and children in Malaysian rural populations. Asia Pasific J Clin Nutr, 4: 319-324.

Persatuan Pemakanan Malaysia. (2000). Pemakanan sihat lebih mudah dengan panduan diet Malaysia. Dicapai dari http://www.nutriweb.org.my /downloads/dietary_bm.pdf

Raihanah Abdullah (2003, Mac 28). Makanan segera antara punca kegemukan kanak-kanak. Dicapai dari http://www.mahsuri.com.my/ TIP%20KESIHATAN/punca_kegemukan.htm

Tetty Henney Zulkifli (1998). Siri kanak- kanak IQ pintar. Dicapai dari http://www.geocities.com/nikzafri/Pendidik Net/iqpintar02.html.

Zainab Hj. Tambi (2001). Amalan Pemakanan Sihat. Dicapai dari http://www.jls.gov.my/Publication/Sl2001/amalan%20pemakanan%20final

.htm

Zamaliah Mohd Marjam, Mohd Nasir Mohd Taib, & Khor Geok Lin. (1998). Socio-economic determinants of nutritional status of children in rural Peninsular Malaysia. Asia Pasific Journal Clinic Nutrition, 7 (3/4); 307- 310.

Winnie Chee. (2007). Revised medical nutrition therapy guidelines for Type II. Kuala Lumpur: Dept of Nutrition & Dietetics, International Medical University.

Soon Suat Duan, & Khor Geok Lin. (1995). Taraf Pemakanan Kanak-kanak berumur 1 hingga 6 tahun. Dicapai dari http://www.nutriweb.org.my/ publications/mjn001-2/mjnln2-art3.php.