Upload
jamal-anuar-zuhri-jamaludin
View
50
Download
2
Embed Size (px)
Citation preview
NO. KUMPULAN: UPSI 18NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA MOHD TAIB BIN ARIFFIN
KERJA KURSUS:
TUGASAN 1
BMK 3023 KEMAHIRAN KOMUNIKASI
NAMA PELAJAR
NORIS BINTI KASSIM
NO. ID
D20102045539
TARIKH PENGHANTARAN TUGASAN : 19 OKTOBER 2012
SOALAN
PENGENALAN
BUDAYA
Budaya merupakan satu konsep yang sering disebut tetapi tidak ramai orang yang dapat
menjelaskan dengan baik dan terperinci. Devito (2009) menyatakan budaya mengandungi dua
aspek utama iaitu pertama, secara relatifnya mempunyai elemen-elemen khusus tentang cara
hidup suatu kumpulan manusia. Kedua, diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi
melalui proses komunikasi dan bukannya genetik. Menurutnya, budaya adalah segala-gala
yang dibentuk dan dihasilkan oleh sesuatu masyarakat itu seperti nilai, kepercayaan, artifak,
bahasa, cara bertingkahlaku dan berfikir, lukisan, undang-undang, agama, stail komunikasi
dan teori-teorinya serta sikap. Amalan-amalan ini diajar dan diperturunkan dari satu generasi
ke satu generasi melalui proses komunikasi dan tidak ada kaitan dengan faktor-faktor genetik
atau darah keturunan. Ia dalah warisan cara hidup dan amalan masyarakat tersebut.
Trenholm dan Jensen (2009) menyebut budaya sebagai nilai dan kepercayaan, norma
dan adat, peraturan-peraturan dan kod-kod, yang didefinisikan secara sosial oleh sekumpulan
masyarakat, mengikat mereka antara satu sama lain dan mewujudkan suatu kelaziman atau
persamaan kepada mereka. Inilah yang membentuk kelainan atau perbezaan antara satu
masyarakat dengan masyarakat yang lain. Ia menentukan cara masyarakat itu berfikir,
menanggap dunia ini, membina hubungan dengan orang lain, bagaimana ia membentuk dan
mencapai matlamat serta bertukar-tukar mesej.
Mengikut pendapat Tubbs & Moss, 2010 pula, budaya adalah cara hidup yang dibina dan
dikongsi oleh sekumpulan manusia dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi. Ia
terbina dari pelbagai elemen yang kompleks termasuklah agama, sistem politik, adat resam,
bahasa, peralatan-peralatan, pakaian, bangunan dan cara bekerja. Ia juga merangkumi cara
pergaulan, percakapan, adat istiadat perkahwinan, makanan, cara bekerja, berfikir, dan
sebagainya lagi.
7. BUDAYA DAN HALANGANNYA KEPADA KOMUNIKASI BERKESAN DI SEKOLAH
HALANGAN DALAM KEBUDAYAAN
Disebalik keharmonian yang kita kecapi, masih terdapat sedikit kepincangan dalamusaha mempertahankan
keamanan hubungan antara etnik. Dari segi aspek sosial, masalah yang sering dihadapi dapat dibahagikan
kepada beberapa elemen iaitu:
:i. Bahasa
ii. Agama dan Kepercayaan
iii. Pendidikan
iv. Adat resam
Kepincangan dalam memelihara hubungan sosial yang baik antara kaum akan menimbulkan pelbagai isu
yang boleh memecah belahkan perpaduan yang wujud.
i. Bahasa
Faktor perbezaan bahasa yang wujud dalam kalangan masyarakat di Malaysia bolehmenyebabkan kesukaran
berinteraksi seterusnya menyebabkan jarak sosial yangketara dalam kalangan masyarakat. Kekangan bahasa
dan kesukaran memahami bahasa lain akan membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Hal ini
bukan sahaja wujud akibat tidak memahami bahasa tetapi juga disebabkan oleh salah faham yang timbul
akibat tidak memahami apa yang diperkatakan. Dengan memahami bahasa, interaksi sosial antara kaum dapat
diperkukuh. Sekiranya setiap kaum di Malaysia berusaha untuk memahami bahasa kaum yang lain, salah
faham dapat dielakkan. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi setiap individu dalam masyarakat untuk cuba
memahami bahasa kaum lain agar tidak berlakunya salah faham seterusnya dapat membina interaksi yang
positif. Antara strategi yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan jurang persefahaman
dalam aspek bahasa adalah dengan penggunaan satu bahasa yang yang sama di sekolah yang mana
merupakan alat yang paling berkesan dalam memupuk perpaduan dalam kalangan etnik yang berbeza dari
segi bahasa ibunda ini. Usaha ini membolehkan semua kaum berkomunikasi antara satu sama lain dengan
sempurna dan harmoni. Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa
Melayu dan sesuai digunakan oleh segenap masyarakat di Malaysia.
ii. Agama dan Kepercayaan
Setiap etnik di Malaysia mempunyai agama dan kepercayaan yang berbeza mengikut etnik masing-masing.
Sebagai contoh, etnik Melayu secara amnya menganuti agama Islam, etnik Cina menganuti agama
Buddha, dan etnik India menganuti agama Hindu. Setiap agama mempunyai kepercayaan dan fahaman yang
tersendiri. Walau bagaimanapun, faktor agama tidak menimbulkan sebarang permasalahan dalam perpaduan
kerana setiap agama tidak menganjurkan pengikutnya memusuhi agama lain, tetapi masalah yang timbul
adalah disebabkan oleh kejahilan pengikut sesuatu agama itu yang menyebabkan perselisihan dan salah
fahaman etnik lain terhadap agama tersebut. Banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja oleh
pengikut yang jahil menyebabkan berlakunya salah faham dan menyinggung perasaan etnik yang lain.
Terdapat juga individu dalam sesuatu etnik yang menganggap bahawa hanya agama mereka yang
terbaik hingga menguatkan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara kaum yang pelbagai agama
dan kepercayaan. Sikap saling memahami dan menghormati agama lain adalah perlu agar keharmonian dan
perpaduan dapat dibina dan dipertahankan. Apabila sesuatu kaum itu tidak memahami agama sesuatu kaum
yang lain, kelancaran hidup bermasyarakat tidak dapart dikekalkan. Sebagai contoh, dalam agama Islam
melarang lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersentuhan. Adalah perlu bagi pengikut agama lain
memahami perkara tersebut agar tidak menjadikannya sebagai isu yang hanya akan memecahbelahkan
perpaduan dan hubungan etnik yang terjalin. Sikap toleransi dan saling memahami serta menghormati agama
dan kepercayaan agama lain adalah pemangkin yang penting dalam proses memantapkan perpaduan
masyarakat di Malaysia.
iii. Pendidikan
Di samping itu, bahasa pengantar yang berbeza di setiap sekolah mengakibatkan kesukaran
komunikasi antara penduduk yang kurang memahami bahasa bangsa lain. Keadaan ini melebarkan lagi jurang
pergaulan, menghasilkan pandangan yang berbeza serta menjejaskan fahaman dan pergaulan antara kaum
disamping mewujudkan bangsa yang tidak mementingkan identiti satu negara. Pada tahun 1956,
Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein menubuhkan Jawatankuasa
Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai
Penyata Razak (1956). Antara tujuan utama penyata Razak ini adalah untuk menjadikan Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Ia juga bertujuan untuk
mengeratkan perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di Tanah Melayu
disamping mengembangkan sistem pendidikan agar jurang perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.
iv. Adat Resam
Adat resam merupakan satu simbolik kepada sesuatu kaum. Setiap kaum di Malaysia mempunyai adat resam
yang tersendiri dan pelbagai. Setiap kaum juga mempunyai semangat yang menebal dalam mengamalkan adat
resam masing-masing sehinggakan terdapat pepatah Melayu yang mengatakan biar mati anak, jangan mati
adat. Nilai sesuatu adat resam itu sangat tinggi sehingga sebarang isu yang timbul akibat daripada
salah faham pengamalan sesuatu adat itu yang bolah menyebabkan keharmonian kaum tergugat. Adalah
perlu bagi setiap kaum menghormati dan memahami adat resam kaum lain agar tidak menimbulkan sebarang
pertelingkahan kerana adat resam sesuatu kaum adalah amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh kaum
tersebut. Adat resam yang diamalkan memaparkan bagaimana citra sesuatu bangsa dan kaum itu sendiri.
Sekiranya perbezaan adat resam ini dijadikan isu yang lebih besar, ini akan menyukarkan perpaduan antara
kaum. Justeru, adalah penting bagi semua individu dalam masyarakat untuk bertoleransi dan menghoramti
adat resam yang diamalkan oleh semua etnik di Malaysia.
KOMUNIKASI
Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris ‘communication.’ yang bermakna
penyertaan atau pemberitahuan maklumat, ini dinyatakan oleh Jaafar Mohammad (1996), di
dalam bukunya “Kelakuan Organisasi”. Komunikasi juga satu proses mengubah maksud
daripada pengirim kepada penerima. Maksud ini adalah perpindahan menerusi medium
misalnya pennggilan telefon, memorandum, atau perbincangan.
Komunikasi juga adalah satu proses yang tiada permulaan dan pengakhiran. Ianya
berjalan terus menerus tanpa henti. Sesuatu komunikasi itu memberikan makna. Oleh itu,
komunikasi ialah satu proses di mana sesuatu idea, nilai, dan sikap dipindahkan serta
dikongsi oleh individu dengan individu yang lain. Apabila kita berkomunikasi kita ingin
mewujudkan kesamaan dengan orang lain. Kita cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri
kita dan mencari kesamaan dengan diri orang yang terlibat dalam proses komunikasi itu.
Pemikiran, kepercayaan, nilai-nilai sosial dan lafazkan kepada orang lain dengan mencari
kesamaan ini.
Selain daripada itu, komunikasi juga boleh didefinasikan sebagai satu proses
pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih manusia untuk menghasilkan
tindakbalas yang diharapkan” atau “penghantaran maklumat dan kefahaman dari seseorang
kepada seseorang yang lain melalui cara yang berkesan”
Komunikasi Dalam organisasi sekolah
Hoy dan Miskel (1978) telah membuat satu analisis komunikasi dalam organisasi dan telah
mengemukakan beberapa kesimpulan tentang teori komunikasi:
1. Makna komunikasi adalah di dalam diri individu dan tidak semestinya di dalam
mesej yang ditujukan.
2. Komunikasi mempunyai tujuan.
3. Komunikasi Dalam Pendidikan
4. Maklum balas adalah penting untuk kefahaman.
5. Saluran komunikasi formal dan tidak formal adalah saling melengkapi.
6. Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan komunikasi
yang bermakna.Tujuan komunikasi dalam pendidikan adalah untuk mewujudkan
suatu hubungan(interaksi) yang sempurna supaya terdapat perkongsian
idea,nilai,sikap antara individu.Setiap individu dapat saling memahami idea yang
disampaikan.Bagi mewujudkan perkongsian yang berkesan ini murid perlu diberi
ruang yang secukup untuk berkomunikasi. Murid boleh berkomunikasi melalui
percakapan,mendengar,melihat menulis,membaca,melukis dan gerak badan(body
contex).Untuk itu dalam pendidikan punca-punca yang menjadi saluran
komunikasi kepada murid diberi perhatian.Guru perlu memberi perhatian yang
serius kepada saluran komunikasi murid ini.
7. Sutton,C(1975) menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan
pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid.Beliau
menyatakan ianya berlaku melalui percakapan(Talking for
meaning),menulis(Writing for meaning),mendengar(Active listening) dan
pembacaan(reading for meaning).Hubungan ini ditunjukkan dalam rajah di
sebelah.
8. Maklumat yang disalurkan secara lisan dan bukan lisan hendaklah selaras supaya
kefahaman yang berkesan mungkin diperolehi.
Kepentingan Komunikasi
Sekiranya komunikasi berkesan, maka kita dapatlah:
i. memperoleh status dalam kerjaya,
ii. diberi pengiktirafan/respect,
iii. senang mengurus orang lain,
iv. menyebar ilmu.
i. Memperoleh status dalam kerjaya,
Contohnya, jikalau seseorang itu boleh berkomunikasi dengan berkesan maka adalah
sangat membantu dalam pengurusannya dengan guru lain. Secara tidak langsung , dia akan
mendapat status dalam kerjayanya. Ini Adalah penting bagi seseorang pengetua.
ii. Diberi pengiktirafan/respect
Contohnya, seseorang kaunselor mestilah mempunyai teknik berkomunikasi yang baik
agar boleh dihormati oleh yang lain terutamanya murid-murid yang bermasalah agar mereka
berani untuk berjumpa dengan guru tersebut dan bersama-sama menyelasaikan masalah.
Contohnya, Guru disiplin yang berkomunikasi dengan berkesan adalah mereka yang
memberikan arahan dengan tepat dengan bahasa yangg tepat dan betul. Guru displin jenis
inilah akan dihormati dan disanjungi. Contoh lain pula ialah seperti guru besar sekolah yang
berkomunikasi dengan berkesan dapat dihormat oleh semua warga sekolah mahupun
komuniti. Dia mestilah seorang yang peramah, pendengar yang baik dan menyampaikan
maklumat dengan baik serta cuba membantu menyelesaikan masalah.
iii. Senang mengurus orang lain,
Jika seseorang pengetua dapat berkomunikasi dengan baik maka dia akan senang
berurusan dengan warga sekolah yang lain terutamanya kerani –kerani dan guru-guru serta
ibubapa. Ini amat penting untuk kelancaran program atau aktiviti sekolah.
Menyebar ilmu.
Seseorang yang ingin menyebar maklumat mestilah mempunyai teknik
komunikasi yang berkesan suapaya mesej yang disampaikan mesti diterima oleh penerima
dengan tepat. Kementerian ingin menyebar maklumat berkaitan sukatan baru
matapelajaran Sivik maka kursus-kursus diadakan supaya ilmu baru itu dapat disampaikan
kepada guru-guru yang akan mengajar subjek tersebut.
Kepentingan Komunikasi
Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah. Sekiranya
guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid semasa mengajar
sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan pengajarannya berkesan dan
bermutu. Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran,
ilmu pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik
dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham. Kegagalan
guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-murid menjadi
kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu sesi pengajaran itu
tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi hambar dan membosankan.
Di samping itu, guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana komunikasi
di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu membantu serta hormat
menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan berkesan. Manakala, dalam
konteks bilik darjah pula waktu untuk guru berkomunikasi dengan murid-murid adalah terhad.
Oleh itu, segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi
secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan
untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu, apabila berhadapan dengan murid-murid guru
bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif tetapi mesti sabar, bijaksana, cekap dan optimis dalam
menghadapi sesuatu situasi serta cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel
Universes", 1994).
Komunikasi dalam bilik darjah
Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, sama ada lisan atau bertulis.
Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh penerima,
maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru, komunikasi lisan berlaku
apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk menjalankan sesuatu tugas
amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau lutsinar untuk kegunaan murid-murid,
maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan. Dalam situasi berkenaan telah
menunjukkan bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi seorang guru untuk
mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).
Oleh yang demikian, ini bermakna komunikasi bilik darjah boleh berlaku secara lisan
dan bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap,
memberi penjelasan, menyoal, berbincang, meneguh dan menegur, mengarah, memberi
isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda dan sebagainya. Flanders,
1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi bilik darjah
dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan bahawa dalam sesuatu
proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru bercakap dua pertiga
daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara langsung mempengaruhi
murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan mengkritik. Flanders meletakkan
tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu adalah terletak di tangan guru.
Ciri-ciri Komunikasi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan
Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan
kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi di
dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994). Sebagai
seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar untuk
mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah yang positif
dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk menghasilkan interaksi
yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah :
Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu
interaksi yang bermakna.
Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan jelas
apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat pelajar terutama
di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.
Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan penglibatan
pelajar.
Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka, terutama
dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara mulai tahun 1983, diikuti
dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang mula
diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok Soon Sang, 1996).
Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang
berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil dengan
baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah disarankan,
antaranya :
Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid
dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan
Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk
mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri
Memberi arahan secara lebih positif
Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif
Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri komunikasi
guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan, antaranya ialah :
Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini
dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid
Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang diberikan
hendaklah ikhlas dan jujur
Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar. Elakkan
daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak beralasan
Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan
kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid
Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran
Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau
berkomunikasi dengan murid
Sentiasa mengulang isi-isi penting
Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau
pengajaran
Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau
maklum balas
Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan
pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau
komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh berlaku
secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama murid
terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat menghormati,
sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad s.a.w.) yang
menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah :
"Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang
lebih tua maka ia bukan dari golongan kami"
(Riwayat Al-Bakhari)
HALANGAN DALAM KOMUNIKASI BERKESAN
Terdapat beberapa halangan dalam komunikasi yang menyebabkan komunikasi tersebut
kurang berkesan. Antaranya adalah pemahaman yang berbeza, maklumat yang tidak
mencukupi, semantik - perkataan yang berlapis/ berbagai makna (selalunya kiasan), punca
yang diragukan (gosip), keadaan sekeliling yang tidak sesuai seperti bising dan sebagainya,
leka memikirkan sesuatu, sekatan emosi (tidak mampu meluahkan apa yang difikirkan),
kejadian yang baru berlaku (trauma), kurang minat dan prasangka. Kesemua halangan ini
boleh dikelaskan kepada 5 katogori iaitu halangan fizikal, halangan bahasa, halangan sikap
penghantar, halangan sikap penerima dan halangan alam sekitar.
Halangan fizikal
Halangan fizikal merupakan satu jenis halangan yang melibatkan kedua-dua belah pihak.
Keadaan fizikal yang membezakan penyampai dan penerima dari sudut pendidikan, latar
belakang, pemahaman, tahap intelektual dan sebagainya merupakan halangan yang sangat
ketara dalam komikasi. Ada orang yang biasa menggunakan cara komunikasi yang agak kasar
dan ada juga yang lemah lembut. Justeru ianya menjadi halangan fizikal yang ketara apabila
kedua-dua golongan ini berkomunikasi. Ada juga individu yang kurang kemahiran
komunikasi sejak kecil.
Halangan Bahasa
Perbezaan asal usul dan keturunan menyebabkan bahasa menjadi salah satu halangan
komunikasi berkesan. Penggunaan dialek yang kurang jelas, laras bahasa yang berbeza,
panjang ayat yang digunakan, kefasihan sebutan, kelancaran perkataan yang digunakan dan
nada suara. Kadang kala penggunaan bahasa yang tidak jelas seperti menggunakan perkataan
yang susah disebut dan difahami juga menjadi penyebab maklumat yang ingin disampaikan
tidak tepat. Sesuatu perkataan mungkin membawa erti yang berbeza antara individu dengan
individu yang lain.
Halangan Sikap Penghantar
Sikap penghantar yang sering memerintah, mengarah, mengancam, memberi amaran dan
menghakimi menyebabkan kesan kepada penerima dimana mereka akan menjadi pasif, tidak
kreatif, takut dan terkongkong. Ini juga menjadi halangan yang besar kerana komunikasi akan
didorong dengan emosi dan pemikiran yang negative. Penampilan orang yang ingin
menyampaikan sesuatu juga dilihat sangat penting dalam memberi keyakinan penerima untuk
mendengar apa yang ingin disampaikan. Sikap penghantar yang kerap menasihat atau
menyiasat dan bertanya secara terperinci akan menjadikan penerima merasa tidak selesa dan
seolah-olah telah melakukan kesalahan yang besar. Ini juga akan menjadi penghalang kepada
komunikasi.
Halangan Sikap Penerima
Sikap prejudis, konflik antara penerima dan pengirim, persepsi terhadap mesej yang hendak
disampaikan. Ada penerima yang telah mengetahui maklumat yang ingin disampaikan oleh
penghantar akan menganggap komunikasi itu membosankan dan mula memberi perhatian
terhadap perkara lain. Sesetengah penerima tidak dapat menerima maklumat baru kerana
menganggapnya tidak perlu. Manusia mendengar dan melihat apa yang mereka mahu dengar
dan lihat sahaja. Pekerja yang sering ditegur tentang kerja, sesuatu hari mendapat pujian
tentang kerja akan sukar mempercayai apa yang didengar dan menganggap ada mesej yang
tersirat. Sekiranya kenyataan atau maklumat yang diterima bercanggah dengan apa yang
disangka lebih awal akan menghalang individu untuk terus mendengar dan menerima
mesej.
Halangan Alam Sekitar
Keadaan persekitaran yang tidak selesa, bising, jarak jauh, gelap atau kotor turut
mempengaruhi keberkesan satu proses komunikasi. Dalam situasi ini manusia akan mudah
rasa tertekan dan tidak menumpukan kepada apa juga yang ingin disampaikan. Komunikasi
tidak akan dapat mencapai matlamatnya dalam keadaan persekitaran yang tegang. Alam
sekitar yang tidak selamat juga mengundang kepada gangguan yang jelas dalam komunikasi
misalnya sewaktu rebut petit dan banjir. Proses kominikasi sering terjejas kerana medium
yang menghantar maklumat terputus atau terjejas akibat bencana alam. Halangan alam sekitar
berkait rapat dengan masalah persekitaran yang menyebabkan proses komunikasi tidak
efektif.
Tanggapan yang berbeza
Perbezaan individu merupakan salah satu punca rintangan komunikasi.Individu-individu yang
memiliki tahap pengetahuan dan pengalaman yang berbezamengangap keadaan yang sama
dari sudut pandangan yang berbeza.
Bahasa yang berbeza
Bagi penyampaian sesuatu mesej atau maklumat dengan wajarnya, perkataan-perkatan yang
digunakan mestilah sama maknanya bagi pengrim dan mana bagi penerima. Misalnya, pereka
perisian yang hendak menunjukkan kebijakkan mereka tidak sedar bahawa ramai orang tidak
memahami istilah-istilah khusus dan rumit yang mereka gunakan.
Kebisingan
Kebisingan merupakan satu faktor yang boleh mengganggu, mengelirukan, atau menghalang
komunikasi. Misalnya, apabila berlaku hujan lebat dan petir yang kuat maka apabila situasi
seseoran sedang berbual di dalam telefon maka akan menjejaskan penerimaan maklumat
dengan jelas.
Emosi
Tindak balas emosi dapat dilihat seperti perasaan marah, sayang, benci, cemburu, malu dan
sebagainya yang mana bolh mempenrgaruhi keberkesan mesej yan diterima. Misalnya, guru
yang mengalami ganguan emosi (tekanan) maka dia akan menerima mesej dengan kurang
tepat. Bagi mengatasi keadaaan ini, maka guru perlu belajar menerima emosi sebagai
ebahagian daripada proses komunikasi dan cuba memahami masalah dan mengatasinya
apabila mengalami masalah.
Kecurigaan
Sesuatu mesej itu boleh dipercayai oleh penerime sekiranya pengirim yang mengahantar
mesej tersebut dipercayai. Dalam sesetengah situasi, penerima juga boleh diragukan, misalnya
dalam perjanjian yang dibuat antara pengetua dengan guru, sering didapati guru bersifat
curiga terhadap majikannya.
Mendengar
Kadang kala mesej yang disampaikan tidak dapat diterima dengan tepat kerana pendengar
tidak memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Misalnya, pengetua memberi taklimat kepada
para guru tetapi terdapat guru yang sibuk berborak masa taklimat dan mendapat mesej yang
dihantarkan oleh pengetua secara tidak tepat.
Komunikasi lisan dan bukan lisan
Walaupun bahasa merupakan satu medium untuk berkomunikasi, tetapi mesej yang dihantar
dan diterima kuat dipengaruhi oleh faktor-faktor bukan lisan misalnya, pergerakan badan,
pakaian, gerakan tangan , perawakan muka, gerakan mata, sentuhan badan dan sebagainya.
Misalnya, seorang guru lelaki mengajar dengan gerakan mata yang tidak membawa apa-apa
maksud telah didakwa oleh murid perempuan bahawa guru itu melakukan perkara yang tidak
sopan terhadapnya.
Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
Maklumat yang hendak disampaikan mestilah ringkas, tepat, padat dan betul. Jangan wujud
mesej yang terlalu rumit, panjang dan tidak senang difahami. Misalnya, seorang pengetua
memberi maklumat yang tidak mencukupi mengenai sesuatu program baru akibatnya guru-
guru tidak dapat melakukan tugas dengan sempurna. Punca utama adalah disebabkan oleh
maklumat yan diberikan oleh pengetua tidak mencukupi maka maklumat sampaian mestilah
mencukupi.
Perkataan yang mempunyai banyak makna
Sesetengah perkataan membawa maksud yang berbeza-beza. Ini juga akan membawa kesan
berbeza-beza jika disampaikan.
Selain itu terdapat banyak juga halangan yang merupakan halangan minor seperti
Kurang minat, Prasangka, Sekatan emosi, Penyampaian kurang menarik, Memikirkan
sesuatu yang lain, Persekitaran yang tidak sesuai, Tiada peluang untuk mendapatkan
penjelasan, Wujudnya pelbagai gangguan, Bimbang – guru besar marah, Takut- guru
besar black-list jika banyak cakap, Prejudis- guru besar ada ‘anak emas’
KAEDAH MENGATASI HALANGAN KOMUNIKASI
Faham
Jadi pendengar yang baik
Teliti maklumat
Galakkan orang lain memberi pendapat
Hargai pendapat dan maklumat orang lain
Bersemuka
Bahasa yang sesuai
Beri maklumbalas
Cari masa yang sesuai
Gunakan ‘subconscious mind’ anda
Berhenti bercakap semasa penyampai maklumat sedang bercakap
Beri tumpuan kepada penyampai
Tunjukkan anda minat mendengar
Bersabar
Kawal perasaan
Bertanya dengan jelas dan tepat
Setiap perkataan yang diucapkan hendaklah selari/sejajar dengan pergerakan anggota
badan, memek muka dan gerak mata.
Jujur kepada diri sendiri
- Jika tidak faham,terus terang dengan pelanggan
Sentiasa kemas
Wujud suasana mesra
Kawal perilaku, kesopanan dan kehalusan budi pekerti
Gunakan perkataan tepat , ringkas dan tekanan suara yang lembut dan jelas
Mengawal mimik muka dan pergerakan diri
Bersedia untuk berkhidmat dan beri kerjasama
Cuba fahami masalah orang lain
Elak perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang
Sentiasa insaf dan berfikiran terbuka
Amal “seni” percakapan (The art of Talking)
- “Volume”
- Tekanan Suara
- Alunan Suara
- Kecepatan
Kesimpulan
Komunikasi merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada sesebuah
organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya adalah
organisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Di samping
itu, komunikasi juga melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu,
kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada kadar
kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut gagal
dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah orhganisasi itu
tidak mempunyai komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh itu, setiap yang berada
dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang penting terutamannya dalam aspek
komunikasi . Selain itu, proses komunikasi merupakan juga adalah satu proses pertukaran
maklumat antara dua atau lebih manusia. Halangan yang menjejaskan proses komunikasi ini
dapat dikurangkan sekiranya penyampai dan penerima maklumat memahami peranan dan
tugas masing-masing dalam mendapatkan proses komunikasi yang efektif. Dengan
memastikan prinsip-prinsip komunikasi iaitu jelas, ringkas, tepat, lengkap dan sopan dipatuhi,
akan membolehkan komunikasi mencapai matlamat yang diinginkan. Justeru segala halangan
dan kelemahan dalam mencapai komunikasi efektif perlu diberi perhatian dan diperbaiki bagi
meningkatkan kepentingan komunikasi dalam kehidupan seharian.
Justeru itu, dalam era globalisasi ini, kemahiran komunikasi antara budaya amatlah
dituntut kerana ia bukan hanya memudahkan manusia untuk berinteraksi, malahan mampu
membantu menyelesaikan masalah dan mengharmonikan penduduk dunia. Manusia tidak lagi
boleh hidup dalam kelompoknya sahaja kerana teknologi dan kemajuan manusia telah
menjadikan dunia ini sebagai satu perkampungan besar. Manusia hidup saling bergantung
antara satu sama lain dan saling perlu memerlukan serta lengkap melengkapi. Sekiranya
masalah-masalah komunikasi antara budaya dapat ditangani dengan baik, kepelbagaian
budaya masyarakat merupakan warna warni yang mengindahkan lagi panorama kehidupan di
dunia ini.
BIBLIOGRAFI
DeVito, J. (2009). Human Communication: The Basic Course (11th ed.). Boston: Pearson
Hashim Fauzy Yaacob (2001). Komunikasi Antara Manusia. Skudai: Penerbit UTM
Beebe, S.A. & Masterson, J.T. (2006). Communicating in Small Groups: Principles and Practices. Boston: Allyn & Bacon.
Modul BMK 3023 Kemahiran Komunikasi
Abdullah Hassan dan Ainon Mohd (2000). “Komunikasi Untuk Guru”. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn Bhd.
Pearson. J.C dan Nelson P. E (2000). “An Introduction to Human Communication Understanding dan Sharing”. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher Education. Eighth Edition.
Ab. Rahman Abu Bakar (1996). “Komunikasi Bilik Darjah”. Kelantan: Jurnal Akademik, Perguruan Kota Bahru, Pengkalan Chepa.
Che Su Mustaffa dan Mohd Fo’ad Sakdan (1993), “Komunikasi Yang Efektif Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Guru. Keluaran 5.
Mok, Soon Sang (2000). “Pedagogi II: Perlaksanaan Pengajaran.” Shah Alam: Fajar Bakti.
Sulaiman, Salleh dan Azlina (2002). “Komunikasi Dalam Pengajaran dan Kepimpinan Pendidikan”. Kuala Lumpur: Karisma Publications Sdn Bhd.