14
KURSUS: KRM 3063 ASAS BENTUK DAN RUANG GROUP: UPSI 11 ( A121PJJ) PENSYARAH: DR. RAJA NOOR FARAH BT. RAJA MAAMOR SHAH TUGASAN 1 TAJUK TUGASAN: AKTIVITI PENGAJARAN NAMA: ABDUL SAMAD BIN ISMAIL NO. MATRIK: D20102042132 ISI KANDUNGAN 1

TUGASAN 1 KRM 3063

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SEMOGA BERMANFAAT

Citation preview

Page 1: TUGASAN 1 KRM 3063

KURSUS:

KRM 3063 – ASAS BENTUK DAN RUANG

GROUP: UPSI 11 ( A121PJJ)

PENSYARAH: DR. RAJA NOOR FARAH BT. RAJA MAAMOR SHAH

TUGASAN 1

TAJUK TUGASAN:

AKTIVITI PENGAJARAN

NAMA:

ABDUL SAMAD BIN ISMAIL

NO. MATRIK:

D20102042132

1

Page 2: TUGASAN 1 KRM 3063

ISI KANDUNGAN

Bil Perkara Muka Surat

1 Aktiviti Pengajaran 1 3

- Tema

- Tajuk

- Hasil Pembelajaran

- Pengetahuan sedia ada

- Langkah-langkah

- Bahan Pengajaran

- Refleksi

2 Aktiviti Pengajaran 2 7

- Tema

- Tajuk

- Hasil Pembelajaran

- Pengetahuan sedia ada

- Langkah-langkah

- Bahan Pengajaran

- Refleksi

3. Contoh lembaran kerja 10

4. Bibliografi 12

2

Page 3: TUGASAN 1 KRM 3063

AKTIVITI PENGAJARAN 1

Mata Pelajaran : Matematik

Tahun : 2

Tema : Bentuk dan Ruang

Tajuk : Bentuk Dua Dimensi (2-D)

Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat :

i) Mengenal dan menyebut dengan betul bentuk- bentuk dua dimensi(2-D).

ii) Menulis ejaan setiap bentuk dengan betul

Pengetahuan Sedia Ada :

i) Murid pernah melihat bentuk-bentuk dua dimensi.

ii) Murid pernah belajar nama bentuk dua dimensi semasa di tahun satu.

Bahan Pengajaran :kad imbas, pinggan, biskut, buah tembikai dan lembaran kerja

1. 2. 3. 4.

Langkah-langkah : 

Set Induksi ( 5 minit)

1. Guru meminta seorang murid datang di depan dan cuba mencantumkan kepingan kertas.

2. Kemudian murid lain cuba meneka bentuk yang terhasil dari cantuman kepingan kertas

tadi.(hasil cantuman menjadi bentuk segiempat sama)

3. Guru menerangkan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini iaitu bentuk-bentuk dua

dimensi(2-D).

Langkah 2 (10 minit)

1. Guru memberi penerangan dan menunjukkan kad imbasan kepada murid-murid tentang

jenis-jenis bentuk dua dimensi(2-D) iaitu segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan

bulatan.

2. Guru menunjukkan biskut sebagai contoh bentuk segiempat sama, pinggan sebagai

bentuk bulat, buah tembikai yang dipotong berbentuk segitiga sebagai bentuk segitiga dan

buku sebagai contoh bentuk segiempat tepat.

3. Secara rawak guru meminta murid menyebut bentuk yang ditunjuk menggunakan kad

Imbas dan mengejanya dengan betul.

3. Guru meminta murid-murid cuba memberi contoh benda-benda yang berada di sekeliling

yang mempunyai persamaan seperti bentuk-bentuk dua dimensi (2-D).

3

Page 4: TUGASAN 1 KRM 3063

Langkah 3 (15 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan dan setiap kumpulan akan diberikan

satu sampul yang mengandungi kepingan kertas untuk dicantum.

2. Murid berbincang dan cuba mencantum kepinga kertas menjadi bentuk dua dimensi(2-D).

3. Wakil kumpulan akan datang ke hadapan kelas dan menunjukkan hasil cantuman

kepingan kertas tadi. Murid lain menyebut dan mengejanya dengan betul.

4. Seterusnya kumpulan kedua menunjukkan hasil cantuman dan murid lain menyebut dan

mengejanya dengan betul. Begitu juga dengan kumpulan tiga dan kumpulan empat.

Penutup (10 minit)

1. Guru mengedarkan latihan penilaian dan berbincang jawapan bersama dengan murid-

Murid.

2. Guru membuat kesimpulan pengajaran dan pembelajaran hari ini iaitu jenis-jenis bentuk

dua dimensi(2-D) ialah segiempat sama, segiempat tepat, segitiga dan bulatan.

REFLEKSI

1.    Kekuatan pengajaran

Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kekuatan tersendiri walaupun memang

diakui  terdapat kekurangannya. Set induksi menjadikan murid memberi lebih perhatian

kerana ingin mengetahui bentuk yang terhasil dari cantuman kepingan kertas. Guru juga

telah menunjukkan unsur peneguhan positif di dalam diri murid. Ini dapat dilihat melalui

teguran membina kepada murid supaya memberi perhatian semasa guru memberi

penerangan.

Dalam pengajaran dan pembelajaran tersebut, strategi pengajaran yanng digunakan

adalah lebih berpusatkan murid. Ini dapat dilihat melalui penglibatan semua murid dalam

aktiviti pembelajaran yang telah dilaksanakan. Murid juga kelihatan aktif dalam pembelajaran

menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan di dalam kelas.

Daripada pemerhatian yang dilihat, guru lebih ke arah membimbing murid-murid. Didapati,

mana-mana murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran, guru bertindak

membimbing secara individu murid untuk memudahkan pemahaman mereka dalam

menyelesaikan masalah dalam sesuatu soalan yang diberikan. Begitu juga dengan

penggunaan alat bantu mengajar juga sesuai. Guru telah menyediakan kad gambar jenis-

jenis bentuk yang berwarna-warni dan penggunaan bahan konkrit untuk menjelaskan kepada

murid supaya dapat memahami dengan baik. Penyediaan aktiviti kumpulan yang menjadikan

4

Page 5: TUGASAN 1 KRM 3063

murid lebih bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan persoalan. Penyediaan lembaran

kerja akan menambahkan pemahaman murid-murid.

Ketika melaksanakan pengajaran, guru bergerak aktif sedaya upaya  untuk membantu

murid-murid memahami apa yang diajar. Di dapati juga guru telah bergerak dari meja ke

meja semasa murid sedang dalam perbincangan dan juga semasa murid membuat latihan

kendiri.

2.    Kekurangan pengajaran

Dalam perlaksanaan pengajaran tersebut terdapat beberapa kelemahan yang dapat

dikesan. Antaranya ialah penggunaan masa yang berlebihan bagi setiap aktiviti yang

dirancangkan. Ini akan menyebabkan masa yang tidak cukup bagi sesi pengajaran dan

pembelajaran itu.

Dari segi penggunaan papan tulis, guru tidak menggunakan dengan sepenuhnya. Ini

kerana kepingan kertas yang dicantum oleh setiap kumpulan itu boleh dilekatkan dipapan

tulis supaya murid lain dapat melihat dengan lebih jelas.

Walaupun penglibatan murid adalah baik, tetapi teknik penyampaian terutama dari segi 

teknik penyoalan murid masih kurang berkesan. Ini dapat dilihat ada  kalanya murid

kelihatan pasif mungkin kerana ada rasa gentar di kalangan murid tertentu apabila disoal

sama ada memang faham atau tidak tentang apa yang diajar.

Semasa melakukan aktiviti perbincangan dalam kumpulan, struktur susunan meja

tersebut menyukarkan pergerakkan murid hingga menyebabkan mereka terpaksa berdiri

ketika melakukan perbincangan.

3.    Langkah mengatasi Setiap kelemahan dan kekurangan yang dikesan sangat memerlukan cara

penambahbaikan ataupun cara mengatasi demi untuk mengingkatkan mutu pengajaran pada

masa yang akan datang .

     Berdasarkan kekurangan dan kelemahan yang dapat saya kesan dalam pengajaran yang

dijalankan, langkah mengatasi yang perlu dibuat ialah ketepatan penggunaan masa semasa

penyampaian pelajaran , penggunaan bahasa ,penggalakan pelajar menanyakan soalan di

dalam kelas .

      Sebagai seorang guru , adalah penting untuk saya menepati masa yang ditetapkan .

ketetapan masa amat penting bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran . Ini

adalah  kerana ia akan memudahkan guru menyelesaikan setiap langkah pengajaran

ataupun aktiviti sempat dijalankan dalam masa yang telah ditetapkan . Ini juga tidak akan

menjejaskan pembelajaran murid daripada sesi  permulaan hingga ke sesi tamat .

5

Page 6: TUGASAN 1 KRM 3063

      Saya juga harus menggalakan pelajar saya lebihkan menanya saolan . Ini adalah

kerana, hanya melalui soalan yang ditujukan oleh mereka kepada saya , barulah saya tahu

tahap pemahaman mereka sepanjang proses Pengajaran dan pembelajaran dijalankan.

Selain itu , semasa sesi aktiviti kumpulan , saya juga harus menggalakkan pelajar –pelajar

lebih aktif semasa aktiviti kumpulan dijalankan . Susunan meja kumpulan yang sesuai akan

memudahkan pergerakan murid dan juga guru semasa sesi perbincangan.

           

6

Page 7: TUGASAN 1 KRM 3063

AKTIVITI PENGAJARAN 2

Mata Pelajaran : Matematik

Tahun : 3

Tema : Bentuk dan Ruang

Tajuk : Bentuk tiga Dimensi (3-D)

Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, murid dapat :

i) Menyatakan ciri-ciri bentuk tiga dimensi secara lisan dengan tepat dan

betul.

ii) Menandakan ciri-ciri bentuk tiga dimensi dengan tepat dan betul.

Pengetahuan Sedia Ada :

i) Murid pernah belajar bentuk-bentuk tiga dimensi semasa di tahun dua.

ii) Murid memiliki bentuk-bentuk tiga dimensi seperti pemadam, bekas pensil

dan sebagainya.

Bahan Pengajaran :Power point, bongkah 3-D, dan lembaran kerja, permainan secara atas

talian

1. laptop 2. Bongkah tiga dimensi(3-D)

Langkah-langkah : 

Set Induksi ( 5 minit)

1. Guru menayangkan gambar bentuk-bentuk tiga dimensi(3-D).

2. Guru meminta murid menyebut jenis bentuk-bentuk tiga dimensi yang ditayangkan.

3. Guru menerangkan pengajaran dan pembelajaran pada hari ini iaitu ciri-ciri bentuk tiga

dimensi(3-D).

Langkah 2 (10 minit)

1. Guru membahagikan murid kepada 6 kumpulan dan mengagihkan bongkah 3-D( kubus,

kuboid, piramid, silinder, kon dan sfera) kepada setiap kumpulan.

2. Guru memperkenalkan ciri-ciri bagi setiap bentuk bongkah 3-D itu seperti muka, bucu dan

sisi secara lisan dan sentuhan.

3. Guru menulis ciri-ciri bagi setiap bongkah 3-D di papan tulis.

4. Guru mempamerkan bentuk 3-D di slide power point bagi setiap bentuk.

5. Murid dikehendaki menandakan ciri-ciri bentuk pada gambarajah yang dipamerkan

dengan arahan guru.

7

Page 8: TUGASAN 1 KRM 3063

Langkah 3 (15 minit)

1. Guru mengedarkan gambarajah bentuk tiga dimensi kepada setiap kumpulan dan

meminta murid berbincang sesama ahli kumpulan untuk mengenalpastikan ciri-ciri bentuk

dalam gambarajah yang diberi dengan menanda dan menulis di dalam gambarajah

tersebut.

2. Wakil kumpulan akan datang ke hadapan kelas dan mempamerkan hasil kerja mereka.

3. Guru bersama murid lain akan menyemak hasil kerja berkumpulan itu bersama-sama.

4. Guru menunjukkan satu permainan atas talian dan murid cuba bermain dengan

gembira.http://www.primaryresources.co.uk/online/longshape3d.html

Penutup (10 minit)

1. Guru membuat kesimpulan dengan menyatakan semula ciri-ciri bagi setiap bentuk tiga

dimensi dan meminta murid menyebut dengan jelas ciri-ciri bagi setiap bentuk itu.

2.Guru mengedarkan latihan penilaian dan berbincang jawapan bersama dengan murid-

Murid.

Refleksi

1.    Kelebihan pengajaran

Pengajaran yang telah dilaksanakan mempunyai kelebihan atau kekuatannya tersendiri

iaitu dari segi cara berkomunikasi yang berkesan iaitu suara yang jelas semasa memberi

arahan kepada murid. Dengan nada suara yang jelas memudahkan murid-murid memahami

apa kehendak guru ketika di samping penekanan yang diberikan. Semasa memberi arahan,

ada ketegasan yang bersesuaian untuk membantu melicinkan pembelajaran di samping

sebagai teknik kawalan kelas secara langsung.

Dalam pengajaran tersebut, penglibatan murid adalah baik kerana didapati murid-murid

menunjukkan reaksi positif ketika guru memberi arahan kepada mereka. Di sini, kita dapat

melihat kelancaran perlaksanaan peringkat set induksi. Pembelajarannya lebih berpusatkan

murid. Guru berperanan hanya sebagai pembimbing  kepada murid-murid.

Seterusnya, penggunaan bahan bantu mengajar juga bersesuaian. Penggunaan

bongkah 3-D memudahkan murid memahami ciri-ciri sesebuah bentuk tiga dimensi.

Penggunaan power point menjadikan murid rasa lebih seronok dengan melihat slaid-slaid

yang berwarna- warni. Dengan cara ini, memang ia sangat membantu di samping

penyampaian maklumat kepada murid melalui penekanan komunikasi sahaja.

8

Page 9: TUGASAN 1 KRM 3063

2.    Kelemahan pengajaran

Dalam perlaksanaan pengajaran  tersebut terdapat beberapa kelemahan atau

kekurangan yang dapat dikesan. Antaranya ialah penyesuaian penggunaan warna bentuk

bongkah 3-D yang kurang menyerlah dan kurang menarik perhatian murid. Murid juga

kurang memberi tumpuan disebabkan bongkah 3-D tersebut agak kecil.

Dari segi cara berkomunikasi ada kalanya tersekat-sekat walaupun tidak terlalu kerap.

Jika keadaan begini berterusan ke langkah seterusnya boleh menyebabkan pembelajaran

yang dijalankan kurang menarik walaupun mempunyai alat bantu mengajar yang menarik.

Seterusnya ialah berkenaan dengan masa masih boleh diperbaiki kerana semasa murid

bermain di atas talian, banyak masa terbuang yang sepatutnya dilaksanakan dalam

lingkungan 5 minit dengan  tepat. Ketepatan masa memang penting, jika tidak menetapi

masa yang ditetapkan akan timbul masalah masa yang tidak mencukupi.

3.    Langkah mengatasi

Setiap sesi pengajaran yang dilaksanakan memang ada kekuatan dan kelemahannya

yang tersendiri sama ada disedari atau pun tidak ketika melakukan proses pengajaran waktu

itu. Dengan membuat imbasan kembali atau merenung semula bagaimana perlaksanaan

pengajaran yang telah kita lakukan. Maka, dapatlah kita cuba untuk memperbaiki segala

kekurangan pengajaran yang telah dilakukan dengan mempelbagaikan strategi dan teknik

pengajar yang bersesuaian mengikut kebolehan murid kita. Sekiranya terdapat kelebihan

atau kekuatan dalam pengajaran, elok kita kekalkan mana yang  perlu untuk perhatian kita

sendiri.

Berdasarkan pengajaran yang telah dilaksanakan, ada kelemahan-kelemahan yang perlu

kita perbaiki supaya pengajaran yang akan dilaksanakan pada masa seterusnya dapat

menunjukkan peningkatan yang baik dan berkesan. Antaranya, memperbaiki cara

berkomunikasi dengan baik  dan berhati-hati apabila mengeluarkan ucapan yang

bersesuaian ketika mengajar. Begitu juga dengan alat bantu mengajar mesti rancang

dengan lebih baik dengan menggunakan saiz bentuk 3-D yang sesuai untuk murid-murid

melijhat denga jelas.

Pengurusan masa juga sangat penting yang perlu diambil perhatian. Ketepatan masa

membolehkan kita melaksanakan pengajaran dengan lebih berkesan. Jadi, daripada sedutan

pengajaran yang telah dilakukan perlu berhati-hati jangan sampai terlebih masa yang banyak

sebab ia boleh menjejaskan perlaksanaan pengajaran langkah seterusnya. Penambaikan

yang dibuat sedikit sebanyak membantu kita menyampaikan pelajaran kepada murid-murid

dengan lebih berkesan.

9

Page 10: TUGASAN 1 KRM 3063

Lembaran Kerja

1. Lembaran Kerja ( Bentuk 2D )

Nama : ________________ Kelas : 2 ( ) Tarikh : ( )-4-2012

13.3 Mengenal pasti bentuk dua dimensi.

A. Perhatikan gambar di bawah, warnakan : (i) bulatan - merah, (ii) segi empat sama - hijau,

(iii) segi tiga - kuning, (iv) segi empat tepat - biru.

B. Hitungkan bilangan bentuk-bentuk 2D yang terdapat di dalam gambar di atas.

1. Bulatan = ( ) 2. Segi empat sama = ( )

3. Segi tiga = ( ) 4. Segi empat tepat = ( )

10

Page 11: TUGASAN 1 KRM 3063

11

Page 12: TUGASAN 1 KRM 3063

12

Page 13: TUGASAN 1 KRM 3063

BIBLIOGRAFI

1. Wan Yusuf bin Wan Ngah, Mohd Marzuki bin Maulud (2002). Mathematics Year 2 Dewan

Bahasa Dan Pustaka (M) Sdn. Bhd.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia(1998) pengajaran pembelajaran matematik: Wang,

Ukuran dan Sukatan. Kuala Lumpur DBP.

3. Abdul Razak Othman, Daud Zakaria & Abdullah Md. Isa. (2004) Integrated curriculum for

Primary Schools Mathematics year 3 Textbook Part 2, Kuala Lumpur: Arus Intelek Sdn.

Bhd.

13