Upload
parimalah-thurairaju
View
1.987
Download
9
Embed Size (px)
Citation preview
REKA BENTUK KURIKULUM BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
1.0 Pengenalan Kepada Kurikulum dan Teori Asas Kurikulum
1.1 Definisi Kurikulum
Perkataan Kurikulum berasal daripada perkataan Latin iaitu "currere" bermaksud "a race
course" atau “satu litar perlumbaan.” Berdasarkan asal perkataan ini maka definisi
Kurikulum yang biasa digunakan merujuk kepada “a course of study” atau "satu rancangan
pengajian."
Perkataan Kurikulum telah diberi berbagai-bagai definisi bergantung kepada tujuan dan
fungsinya. Menurut Taba (1962), kurikulum ialah "a plan of learning" atau "satu rancangan
pembelajaran." Saylor et. al (1981) pula mendefinisikan kurikulum sebagai "a plan for
providing sets of learning opportunities for person to be educated."
Menurut Ornstein dan Hunkin (1998), kurikulum adalah satu rancangan tindakan atau satu
dokumen bertulis yang mengandungi strategi untuk mencapai matlamat yang dihajat.
Manakala Mohd Daud (1995) ,berpendapat Kurikulum ialah satu budaya atau ilmu
pengetahuan untuk memandu guru mengajar kumpulan murid tertentu.
Berdasarkan kepada definisi kurikulum yang telah disenaraikan, kurikulum mengandungi
elemen-elemen berikut:
Rancangan pendidikan
Mengandungi matlamat dan objektif.
Menyenaraikan kandungan, topik atau pengalaman pembelajaran
Menentukan kaedah dan aktiviti.
Menetapkan kaedah dan instrument yang perlu untuk menilai pencapaian matlamat
dan objektif.
Dalam konteks Kurikulum sekolah, pembentukan kurikulum adalah dirancang oleh pakar
dan rancangan ini didokumenkan secara bertulis melalui sukatan pelajaran bagi setiap mata
pelajaran yang ditawarkan bagi kumpulan pelajar tertentu iaitu pelajar sekolah rendah atau
menengah yang bertujuan untuk mencapai matlamat dan objektif seperti yang dinyatakan
1
dalam Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara. Kurikulum sekolah didokumenkan dan
dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
Pembentukan Kurikulum
Kurikulum sekolah di Malaysia bertujuan memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu daripada aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani berteraskan
pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Negara mempunyai
implikasi yang besar terhadap pembentukan kurikulum. KBSR adalah hasil perubahan yang
diinspirasikan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan itu, Falsafah
Pendidikan Kebangsaan telah dijadikan garis panduan untuk memperbaiki dan memantapkan
sistem pendidikan negara.
Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, salah satu ciri utama yang tersirat dalamnya ialah
melahirkan pelajar-pelajar yang berilmu pengetahuan, dan salah satu tumpuan utama dalam
bidang pendidikan, kurikulum merupakan sebahagian daripada komponen yang
menggerakkan proses pendidikan. Konsep kurikulum, model penggubalan kurikulum,
perkembangan kurikulum dan penilaian kurikulum memberi sumbangan dalam pelaksanaan
kurikulum dengan berkesan. Kurikulum berkembang mengikut keperluan dan kesesuaiannya
dari semasa ke semasa.
1.3 Konsep Umum Kurikulum
Kurikulum boleh difahamkan sebagai rancangan merangkumi aktiviti akademik seperti mata
pelajaran, kursus dan kegiatan luar bilik darjah seperti kelab dan persatuan, unit beruniform
serta sukan dan permainan. Kurikulum itu hendaklah mengandungi aktiviti-aktiviti sama ada
akademik atau bukan akademik yang boleh membantu para murid mencapai perkembangan
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengalaman-pengalaman yang dirancangkan itu
hendaklah sejajar dengan umur, kebolehan, minat dan kematangan murid.
1.4 Objektif Kurikulum
Kurikulum yang dirancang dan dilaksanakan untuk murid-murid di sekolah mempunyai
beberapa objektif. Antara objektif utama ialah:
2
a) Berhasrat menghasilkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani
b) Membentuk insan yang berupaya berfikir secara logis, analitis, kreatif, inovatif serta
memiliki ilmu pengetahuan yang benar.
c) Bertujuan memperkembangkan potensi atau bakat dan keupayaan setiap individu.
d) Menyediakan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menggalakkan untuk
membolehkan pembelajaran maksimum tercapai.
e) Membolehkan murid-murid mempelajari nilai-nilai murni melalui mata pelajaran
yang disediakan.
f) Menghasilkan murid yang berakhlak mulia dan progresif.
g) Berhasrat melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan berketerampilan
agar dapat memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
h) Melahirkan insan yang beragama, mempunyai kemantapan jiwa dan bersedia untuk
berbakti kepada nusa dan bangsa.
2.0 Kurikulum Baru Sekolah Rendah
Pada tahun 1979, satu jawatankuasa kabinet telah ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan
dasar pelajaran. Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diwujudkan. KBSR telah
dilaksanakan di semua sekolah di seluruh Negara mulai tahun 1983. KBSR memberi
penekanan kepada penguasaan kemahiran asas 3M ( membaca, menulis dan mengira) dan
perkembangan individu secara menyeluruh yang meliputi aspek intelek, rohani, jasmani,
emosi, bakat, akhlak, nilai estetika dan sosial. Faktor-faktor yang mempengaruhi
pembentukan kurikulum adalah seperti : Dasar Pendidikan Negara, Cita dan Ideologi Negara,
Falsafah Pendidikan Sekolah Rendah dan Matlamat Pendidikan Sekolah Rendah.
3.0 Pengenalan Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996,
Bahasa Melayu ialah mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah. Bahasa
Melayu berperanan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat Malaysia.
Pendidikan Bahasa Melayu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang
mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat, juga berperanan sebagai pemangkin kepada
semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan.
3
Pendidikan Bahasa Melayu di peringkat rendah juga bertujuan mewujudkan asas semangat
kewarganegaraan .
Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani, dan jasmani. Kurikulum Bahasa Melayu menyediakan murid untuk menguasai
kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dan dapat menggunakan tatabahasa secara betul dan
tepat. Selain itu, murid mampu mengungkapkan ilmu pengetahuan daripada mata pelajaran
yang lain di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada kemahiran
bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara
berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk pembelajaran seumur hidup
bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran,
minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu
yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan
kemahiran berbahasa murid.
Sukatan Pelajaran memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Bahasa Melayu.
Sukatan Pelajaran ini mengandung matlamat, objektif, dan organisasi kandungan. Organisasi
kandungan merangkumi Kemahiran Bahasa, Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa, dan
Pengisian Kurikulum.
Terdapat enam dokumen sampingan yang dikenali sebagai Huraian Sukatan. Sukatan
Pelajaran ini disediakan bagi setiap tahun, iaitu dari tahun satu hingga tahun enam.
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah adalah untuk melengkapkan murid
dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri,
memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.
4.0 Reka Bentuk Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
4
Mengikut Abdul Rahim Hamdan (2007), reka bentuk kurikulum merujuk kepada persoalan
khususnya bagaimana susunan bahagian-bahagian dalam kurikulum disusun. Pada dasarnya
bahagian-bahagian dalam kurikulum adalah terdiri daripada pertama, matlamat, tujuan dan
objektif, kedua ialah kandungan, ketiga ialah pengalaman pembelajaran dan keempat ialah
pendekatan penilaian. Empat elemen yang terdapat dalam reka bentuk kurikulum ialah:
objektif, kandungan, kaedah dan penilaian. Kesemua elemen-elemen itu adalah saling
berkaitan dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan kesan
pembelajaran yang berkesan dan efektif seperti yang ditunjukkaan dalam rajah 1 ( Model
Interaksi).
Rajah 1: Model Interaksi
Objektif
Penilaian Kandungan
Kaedah
4.1 Elemen-elemen Penting Dalam Reka Bentuk Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah
Terdapat 4 elemen penting yang terkandung dalam reka bentuk kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah iaitu objektif, kandungan, kaedah dan penilaian.
4.1.1 Objektif
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat:
1. mendengar pengucapan dengan teliti dan memahami serta menghayati pengucapan
dalam konteks perbualan harian dan situasi formal;
2. bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi;
5
3. berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai
persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara;
4. membaca pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan
teknik membaca yang sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses
maklumat secara kritis;
5. memupuk minat membaca sebagai satu amalan ke arah membina budaya
pembelajaran berterusan;
6. memperkembang kekuatan imaginasi, kreativiti, pemikiran kritis, dan penghayatan
nilai murni melalui aktiviti bertutur, membaca, dan menulis;
7. mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur
pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan
betul;
8. menggunakan bahasa yang meliputi ejaan, kosa kata, tatabahasa, dan sebutan yang
betul dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca, dan menulis;
9. menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya
berunsur ilmu; dan
10. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan
perasaan cinta akan negara.
Ringkas kata, objektif yang dibentuk dalam kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah adalah bersesuaian dan berdasarkan kepada falsafah dan matlamat
pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada. Ia juga harus bersesuaian dengan psikologi
pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya.
4.1.2 Kandungan
Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan fokus kepada Hasil
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Hasil Pembelajaran ini berteraskan kemahiran
bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan Kemahiran
Menulis. Hasil Pembelajaran juga menggabungkan peraturan dalam Sistem Bahasa dan
disokong oleh elemen Pengisian Kurikulum.
Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah memberikan tumpuan kepada
kemahiran bahasa, iaitu Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, dan
Kemahiran Menulis. Kemahiran bahasa ini membolehkan murid menggunakan bahasa
6
Melayu secara berkesan dalam kehidupan harian dan sebagai bahasa ilmu untuk
pembelajaran seumur hidup bagi perhubungan sosial, pemerolehan ilmu serta bagi tujuan
rekreasi.
Sukatan pelajaran ini juga memberikan pertimbangan kepada pelbagai gaya pembelajaran,
minat, dan kecerdasan yang berbeza di kalangan murid. Aktiviti kokurikulum Bahasa Melayu
yang dijalankan di luar waktu sekolah adalah penting sebagai sokongan bagi memantapkan
kemahiran berbahasa murid.
Dalam pemilihan kandungan, mata pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, subjek,
kandungan/pengalaman pembelajaran pelajar diambil kira dalam proses perkembangan
kurikulum bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan. Contohnya kemahiran-kemahiran,
tahap 1 adalah lebih mudah daripada tahap 2. Pada tahap 1, murid-murid berusaha untuk
menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui
pelbagai sumber. Manakala, pada tahap 2 pula, penekanan diberi kepada kemahiran belajar
dan kemahiran berfikir melalui pelbagai kaedah seperti bacaan, penulisan dan perbincangan
( Rujuk Jadual 1).
Tahap Kemahiran :
Tahap 1 ( Darjah 1 ) menguasai kemahiran asas seperti bertutur, mendengar, membaca
dan menulis
Tahap 2 ( Darjah 5) penekanan kemahiran belajar dan kemahiran berfikir seperti bacaan,
penulisan dan perbincangan.
Pemerolehan ilmu pengetahuan, pemahaman konsep, penguasaan
kemahiran serta penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dan
menyelesaikan masalah.
Jadual 1
4.1.3 Kaedah
Kaedah kurikulumnya adalah seperti pendekatan murid, kepelbagaian teknik, kepelbagaian
sumber dan bahan, penggunaan tatabahasa yang tepat, pengajaran dan pembelajaran yang
bertema, bacaan yang luas, penggabunganjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan
7
pengayaan. Di bawah ialah keterangan beberapa contoh strategi yang selalu digunakan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran.:
4.1.3.1 Penggabungjalinan
Penggabungjalinan merupakan proses yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
Penggabungjalinan berlaku antara hasil pembelajaran daripada beberapa kemahiran bahasa
dalam bidang yang sama, iaitu intrabidang, serta antara kemahiran bahasa daripada bidang
berlainan, iaitu interbidang. Selain itu, aspek tatabahasa, kosa kata, dan peribahasa juga
digabungjalinkan.
Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat
mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh
digabungjalinkan, sama ada kemahiran yang terdapat dalam kemahiran berbahasa atau
kemahiran daripada mata pelajaran lain.
Contoh 1 : Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, 4 kemahiran utama ialah bertutur,
mendengar, membaca dan menulis. Bagi satu sesi pengajaran dan pembelajaran, keempat-
empat jenis kemahiran ini boleh digabungjalinkan dan dijalankan serentak. Pada tahap 2,
aktiviti menulis karangan telah melibatkan penggabungjalinan ke semua 4 kemahiran asas
tersebut. Murid-murid perlu mendengar guru memberi penerangan, murid-murid perlu
membuat perbincangan untuk mengumpul isi-isi kandungan, membentangkan hasil
perbincagan dan akhirnya menjalankan proses penulisan.
Contoh 2: Tatabahasa boleh digabungkan secara terancang dalam konteks dengan kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kosa kata dan peribahasa yang hendak diajarkan
harus digabungkan secara terancang dengan semua aktiviti kemahiran bahasa, misalnya
melalui aktiviti lakonan atau perbahasan; membaca teks yang mengandungi kosa kata ( sama
ada kata umum atau istilah ) dan peribahasa; serta melalui latihan menggunakan kosa kata
dan peribahasa yang betul dalam pelbagai genre penulisan.
8
Contoh 3: Bahasa Melayu juga boleh digabungjalinkan antara mata pelajaran lain. Misalnya,
Bahasa Melayu digunakan dalam aktiviti menyanyi, arahan-arahan yang menggunakan
Bahasa Melayu digunakan semasa menjalankan aktiviti dalam mata pelajaran Pendidikan
Jasmani.
4.1.3.2 Penyerapan
Penyerapan ialah proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, dan kemahiran
bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, penyerapan unsur-unsur
ini dihuraikan seperti berikut:
i) Isi pelajaran Bahasa Melayu menyerapkan pelbagai bidang ilmu yang mencakupi pelbagai
tema serta hal-hal persendirian dan kemasyarakatan.
Contoh 1 : Sains, Matematik, Sejarah dan sebagainya. Ilmu sains yang terdapat dalam
pengjaran Bahasa Melayu, juga terdapat dalam pengajaran mata pelajaran Sains.
Contoh 2 : Tema Cintai Alam Sekitar dalam pengajaran Bahasa Melayu juga terdapat dalam
pengajaran mata pelajaran Sains, iaitu Pencemaran Alam Sekitar.
Contoh 3 : Dalam kemahiran menulis karangan, yang memberi penekanan pada kemahiran
jual beli juga wujud dalam pengajaran Matematik yang merupakan kemahiran wang ringgit
iaitu kira-mengira menyelesaikan masalah dalam soalan subjektif. Penggunaan Bahasa
Melayu juga merentasi pelbagai bidang ilmu lain-lain.
ii) Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berlandaskan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan hendaklah diserapkan dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Contoh : Pada Tahap 2, kemahiran bertutur 1.0 ( berbual dengan keluarga, rakan sebaya dan
pihak lain dalam situasi formal dan tidak formal), nilai-nilai murni seperti hormat-
menghormati, baik hati, kasih sayang dan sebagainya telah diserapkan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Selain itu, aspek bekerjasama dan hormat-
menghormati selalu ditekankan dalam kerja kumpulan projek.
9
iii) Kemahiran berfikir juga diserapkan secara terancang dengan kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu ini memberikan
penekanan pada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa adalah seperti mencirikan, meramal, mensintesis, membuat inferens, menilai dan
sebagainya. Kemahiran berfikir yang diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
diaplikasikan oleh murid dalam situasi bilik darjah dan kehidupan seharian mereka.
Contoh: Pada Tahap 2, kemahiran 6.6 ( membuat ramalan berdasarkan sesuatu cerita atau
maklumat yang diberikan dalam bahan ilmu ) memerlukan ciri-ciri kemahiran berfikir seperti
mengumpul, membuat kaitan dan perhubungan, menganlisis, meramal, menjana idea dan
sebagainya. Melalui pengajaran tersebut, jelas dapat kita perhatikan bukan sahaja kemahiran
bahasa yang disampaikan tetapi juga dengan kemahiran berfikir.
4.1.3.3 Pengayaan
Program pengayaan perlu diberi penekanan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
kerana keadaan murid yang berbeza dari segi kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat. Murid
ini hendaklah diberikan bahan yang berbeza-beza untuk digunakan secara bersendirian atau
dengan bimbingan guru. Bahan-bahan seperti bahan bacaan tambahan, kad-kad kerja,
permainan, dan bahan-bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai
kemahiran-kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka
masa yang ditentukan.
Contoh 1 : Pada tahap 2, kemahiran membina dan menulis ayat topik dan ayat huraian
berdasarkan sesuatu perkara. Setelah membuat latihan yang diberikan membina ayat topik
yang jelas tentang sesuatu isi, murid-murid yang cergas diberikan aktiviti pengayaan yang
lebih tinggi iaitu Aras 2, seperti menyatakan dan menghuraikan isi utama dengan
menggunakan ayat yang gramatis, membina beberapa ayat huraian berdasarkan isi utama.
Contoh 2: Imbasan untuk mendapatkan kemahiran membaca pantas untuk mendapatkan
maklumat khusus, murid-murid diarahkan mengimbas fakta yang relevan daripada pelbagai
bahan untuk mengukuhkan maklumat. Contoh aktiviti: Murid secara berkumpulan mencari
10
maklumat daripada pelbagai gambar, seperti internet, ensiklopedia, brosur dan sebagainya.
4.1.3.4 Pemulihan
Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas
yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan. Bahan-bahan untuk program
ini terdiri daripada kad-kad, carta, bahan maujud, alat permainan, dan lain-lain yang boleh
digunakan berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang lebih sukar.
Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran.
Contohnya : Membuat ringkasan daripada bahan yang didengar dan dibaca, murid-murid
diarah mengecam dan menyusun idea utama yang terdapat dalam petikan yang dibaca atau
didengar dan menyenaraikan ayat-ayat topik.
4.1.4 Kaedah Penyusunan Kandungan
Terdapat 3 prinsip dalam penyusunan kandungan kurikulum mata pelajaran Bahasa Melayu
Sekolah Rendah agar dapat menhasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan.
i) Prinsip kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud objektif atau kandungan
yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-
bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.
Contohnya : Sistem Bahasa Melayu yang terdiri daripada tatabahasa, ejaan, sebutan,
intonasi, kosa kata dan peribahasa. Tatabahasa juga merangkumi morfologi dan sintaksis,
kosa kata pula merangkumi kosa kata umum. Kesemua kemahiran ini diulang dan
didedahkan secara berterusan kepada murid-murid.
ii) Prinsip ketertiban atau Principle of Sequence menyarankan pembelajaran hendaklah
berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang
mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam.
Contohnya : Dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, murid- murid belajar
mengenal huruf, suku kata, frasa kata pada tahap 1, manakala belejar membentuk ayat
majmuk, ayat kompleks, menulis karangan pada tahap 2.
11
iii) Prinsip kesepaduan atau Principle of Intergration menetapkan agar pengalaman
pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna
dan menyeluruh.
Contohnya : Dalam aktiviti sumbangsaran tentang tema Pencemaran Alam dalam Tahun 6,
nilai-nilai murni dan pengalaman pembelajaran yang disepadukan dalam pengajaran Bahasa
Melayu.
4.1.5 Penilaian
Penilaian Bahasa Melayu dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan
maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran. Oleh itu, penilaian perlulah dijalankan berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Hanya melalui proses penilaian berterusan dapat dipastikan jenis tindakan
susulan yang perlu diambil ke atas seseorang murid, sama ada untuk menjalankan pemulihan
atau pengayaan.
Terdapat dua jenis penilaian dalam kurikulum Bahasa Melayu sekolah. Penilaian kurikulum
boleh dilakukan secara berterusan melalui Penilaian Formatif dan pada peringkat akhir atau
selesai sesuatu program melalui Penilaian Sumatif.
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini
memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan
seringkali digunakan untuk membuat pemilihan. Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah
( PKBS )merupakan salah satu jenis ujian formatif di sekolah.
Penilaian secara berpusat iaitu UPSR dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian
Pendidikan Malaysia. Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang
pencapaian murid di seluruh negara.
5.0 Reka Bentuk Bahasa Melayu Sekolah Rendah
Apakah reka bentuk kurikulum? Sebagai kata nama, penyusunan elemen-elemen kurikulum
menjadi satu entiti yang mempunyai isi, maka reka bentuk kurikulum boleh dipilih. Manakala
12
jika sebagai kata kerja, proses menghasilkan rancangan kurikulum dengan susunan elemen-
elemen.
Dimensi Reka Bentuk Kurikulum juga merupakan corak penyusunan kurikulum secara
menegak dan mendatar untuk guru mengutarakan kurikulum kepada murid-murid melalui
proses pengajaran dan pembelajaran. Ia menuju ke arah memenuhi tuntutan ideologi
pendidikan dan matlamat kurikulum. Reka bentuk kurikulum bersama dengan teknik dan
strategi pengajaran berfungsi untuk memendu guru mengajar di sekolah. Terdapat dua jenis
hubungan dalam dimensi reka bentuk kurikulum Bahasa Melayu iaitu : hubungan mendatar
dan hubungan menegak.
5.1 Hubungan Mendatar
Hubungan mendatar merupakan susunan sebelah menyebelah elemen kurikulum. Kurikulum
yang dilihat secara mendatar ialah hubungan antara subjek dengan subjek yang lain. Susunan
isi kandungan daripada berbagai mata pelajaran menjadi satu mata pelajaran lain, contohnya:
isi kandungan fizik, biologi, kimia boleh membentuk Sains Am, Sains Kesihatan, Pendidikan
Alam Sekitar, Pertanian, Kewarganegaraan dan sebagainya. Hubungan mendatar
merangkumi skop, kesepaduan dan integrasi kurikulum.
5.1.1 Skop
Skop ialah keluasan dan kedalaman kandungan, kepelbagaian dan jenis pengalaman
pembelajaran.
Contoh 1 : Bahasa Melayu Tahun 1dengan Matematik Tahun 1 ; Bahasa Melayu Tahun 1
denganSains Tahun 1; Bahasa Melayu Tahun 1 dengan Pendidikan Moral Tahun 1, Bahasa
Malayu Tahun 1 dengan Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tahun1dan sebagainya.
Contoh 2: Isi kandungan yang terkandung dalam pengajaran Bahasa Melayu tentang
keindahan alam sekitar juga didapati dalam mata pelajaran Sains, seperti tajuk pemeliharaan
alam sekitar.
5.1.2 Kesepaduan
13
Kesepaduan Pendekatan bersepadu merupakan satu pendekatan di mana unsur-unsur
pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan agar wujud kesepaduan dari segi jasmani,
emosi, rohani dan intelek. Secara ringkas, konsep bersepadu berlaku melalui empat cara, iaitu
penggabungjalin kemahiran, penyerapan, kesepaduan antara dua unsur, dan unsur merentasi
kurikulum.
Kesepaduan ialah kadar hubungan antara jenis-jenis pengetahuan dan pengalaman berbeza.
Pengetahuan yang bersepadu dipupuk dalam minda murid. Pelbagai displin, antara displin,
tema dan sebagainya dipupuk demi ke arah kurikulum bersepadu dimana ia berdasarkan isu-
isu yang dihadapi masyarakat, berkait dengan kehidupan sebenar murid.
Contoh 1: Pelbagai bidang ilmu dalam mata pelajaran dan merentasi mata pelajaran.
Misalnya unsur Matematik diserapkan dalam matapelajaran pendidikan seni.
Contoh 2 : Nilai dalam mata pelajaran. Misalnya : Aspek bekerjasama dan hormat-
menghormati ditegaskan dalam kerja kumpulan atau projek.
Contoh 3 : Kurikulum dan kokurikulum. Misalnya : aktiviti kokurikulum (badan beruniform,
kelab atau persatuan, sukan atau permainan) menjadi pelengkap kepada aktiviti kurikulum
dalam bilikdarjah;
Contoh 4 : Pengetahuan dan amalan. Misalnya : ilmu yang diperoleh dalam bilik darjah boleh
diaplikasikan dalam situasi kehidupan seharian di rumah, masyarakat dan sebagainya.
5.1.2 Integrasi
Integrasi merupakan antara pelbagai jenis pengetahuan dan pengalaman yang terkandung
dalam sesuatu pelan kurikulum. Integrasi ialah penggabungjalinan serpihan-serpihan ilmu
pengetahuan merentasi lapangan ilmu yang terlibat. Hubungan integrasi mengambil kira
tujuan sekolah, sumber kurikulum, kegunaan pengetahuan, pelbagai topik kandungan dan
tema.
Contoh 1: Dalam komponen Bahasa Melayu, bukan sahaja bahasa diajarkan, tetapi juga juga
kemahiran lain, seperti membaca, menulis, mendengar dan bertutur dijalankan serentak
semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
14
Contoh 2 : Pengalaman pembelajaran dalam Bahasa Melayu berkaitan dengan kemahiran
penyelesaian masalah dalam pembelian barang-barang runcit juga terdapat dalam pengajaran
mata pelajaran Matematik.
5.2 Hubungan Menegak
Hubungan menegak ialah tentang urutan dan kesinambungan ilmu pengetahuan. Urutan ialah
serpihan lapangan ilmu pengetahuan yang berhubungan peringkat demi peringkat daripada
peringkat paling ringkas sehingga menjadi peringkat paling canggih. Dalam kurikulum
Bahasa Melayu, pembelajaran Bahasa Melayu adalah berturutan serta berterusan.
5.2.1 Urutan
Urutan menentukan bagaimana kandungan dan pengalaman akan berlaku lagi untuk
membolehkan pelajar berpeluang mengait dan mengkaya kefahaman kurikulum dan
pengalaman.
Contoh : Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran
membaca, kemahiran menulis dan penguasaan bahasa baku yang merupakan kemahiran
pembelajaran yang berhubungan peringkat demi peringkat. Kemahiran-kemahiran tersebut
dipelajari dari Tahun 1 ( pengajaran kemahiran asas---3M ) hingga Tahun 6 ( pemahaman,
penguasaan serta mengaplikasikan 3M ), juga sehingga ke tahap yang lebih tinggi.
Kandungan dan pengalaman pembelajaran yang berulang-ulang dapat memupuk kefahaman
murid. Selain itu, isi kandungan Darjah satu adalah lebih mudah daripada kandungan Darjah
6.
Hubungan menegak juga merupakan susunan atas bawah, elemen kurikulum berdasarkan
kebiasaan, kesukaran, jarak dan sebagainya. Contoh : Dalam mata pelajaran Matematik,
kemahiran mengira, menambah, menolak, menolak, mendarab, membahagi adalah dari secara
mudah ke lebih kompleks. Dalam mata pelajaran Geografi, pengjaran dari kajian tempatan,
Negara, Wilayah dan Dunia menunjukkan kemahirannya adalah daripada bidang yang sempit
hingga ke bidang yang luas.
Berdasarkan urutan mata pelajaran Bahasa Melayu, kemahirannya boleh diajarkan seperti
cara berikut:
15
i ) Fakta Konep Prinsip Generalisasi Teori Hukum
ii) Mudah, Konkrit Sukar, Abstrak
iii) Seluruh Sebahagian
iv) Bahagian kecil Menyeluruh
v) Umum “ Gestalt” Khusus
vi) Bidang sempit Bidang Luas
vii) Asas Mendalam dan sebagainya.
Di bawah ialah beberapa contoh yang berkenaan:
a) Contoh kemahiran mendengar dan bertutur dalam sukatan Bahasa Melayu
( Daripada yang Mudah kepada yang Sukar )
Kemahiran Tahap 1 Tahap 2
Hasil
pembelajaran
Memahami pandangan
yang disampaikan oleh
rakan.
Mengemukakan hujah untuk menyokong /
menentang pendirian dengan emberikan alasan
yang sesuai secara sopan.
Huraian hasil
pembelajaran
Berbincang tentang
tajuk-tajuk yang relevan
secara bertatasusila.
Menyokong sesuatu tajuk dengan
mengemukakan hujah yang bernas.
Aktiviti Berbual secara
berpasangan tentang
sesuatu perkara yang
didengar. Contoh : alat
permainan yang disukai
Bincang dalam kumpulan untuk menolak
/menyokong sesuatu pendapat bagi mematahkan
hujah lawan.
Kesimpulannya: Kita dapat melihat elemen pembelajaran yang berturutan dan berterusan
berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan daripada elemen yang
mudah kepada elemen yang kompleks.
16
b) Contoh Kemahiran menulis dalam sukatan Bahasa Melayu
( Daripada Bahagian kepada Menyeluruh )
Kemahiran Tahap 1 Tahap 2
Hasil
pembelajaran
Menggunakan pelbagai jenis
ayat dan wacana dalam
penulisan.
Membina dan menulis ayat tunggal dan
ayat majmuk dalam sesuatu penulisan
teks tentang sesuatu tajuk.
Huraian hasil
pembelajaran
Membina ayat tunggal yang
betul dan menulis dengan
tulisan yang kemas.
Menulis karangan prosa.
Aktiviti Memilih dan menyusun
perkataan yang diberikan
supaya menjadi ayat yang
betul.
Menulis karangan antara 15-30
patah perkataan.
Menulis karangan berpandukan gambar
tunggal yang diberi.
Menghasilkan karangan dengan tidak
kurang daripada 80 patah karangan.
Kesimpulannya: Elemen pembelajaran yang berturutan dan berterusan. Bentuk pembelajaran
daripada elemen bahagian kecil kepada pembelajaran menyeluruh.
c) Contoh Kemahiran Membaca dalam sukatan Bahasa Melayu
( Daripada pembelajaran Asas kepada pembelajaran Mendalam)
Kemahiran Tahap 1 Tahap 2
Hasil
pembelajaran
Membaca kuat petikan dan
ayat dengan sebutan dan
intonasi yang betul dan
memahami perkara yang
dibaca.
Membaca dan menghayati pelbagai
bahan sastera dan bukan sastera dan
berkualiti untuk
meningkatkan dan memperkukuh
minat membaca.
Huraian hasil
pembelajaran
Membaca ayat tunggal dengan
sebutan dan intonasi yang
betul.
Menceritakan isi kandungan bahan
yang dibaca dengan jelas dan
terperinci.
Aktiviti Membaca ayat tunggal dengan Menghurai cerita yang telah dibaca.
17
sebutan dan intonasi yang
betul secara individu dan
kumpulan.
Contoh ayat Tunggal: Wei
Yong membasuh kasut.
Contoh cerita: Sang Kancil dengan
buaya.
Kesimpulannya: Kita dapat melihat elemen pembelajaran yang berturutan dan berterusan
berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu daripada elemen pembelajaran
asas kepada pembelajaran mendalam.
Hubungan urutan juga merupakan pembelajaran yang kronologi. Ia merupakan sejenis proses
penyulingan turutan peristwa dan daripada mula hingga ke akhir.
Contoh : Dalam aktiviti penulisan Bahasa Melayu yang bertajuk “ Satu Kebakaran ” , murid
perlu menulis peristiwa tersebut dari mula hinnga akhir.
Menurut pandangan Jean Piaget, perkembangan kognitig adalah berbeza dan berubah melalui
4 peringkat yang berbeza iaitu peringkat deria motor, peringkat pra-operasi, operasi konkrit
dan operasi formal. Keadaan ini wujud dalam urutan proses pembelajaran Bahasa Melayu
juga.
5.2.2 Kesinambungan
Kesinambungan juga merupakan aktiviti pengulangan komponen dalam kurikulum. Ia juga
merupakan pembelajaran yang berterusan. Kemahiran asas masih menjadi fokus, di samping
menambah kemahiran yang lain.
Contoh : Kemahiran asas 3 M difokuskan pada Tahun 1 dan ditekankan pemahaman dan
tahap penguasaannya pada Tahap 2.
Kesinambungan ialah jumlah timbun-tambah unsur ilmu pengetahuan yang terbina melalui
pembelajaran merentasi waktu. Manakala secara menegak ialah antara topik dengan topik
dalam subjek yang sama seperti hubungan antara belajar membaca al-QuranTahun 2 dengan
belajar menhafal al-Quran bagi Tahun 6 KBSR.
18
Menurut Brunner, kesinambungan merupakan Kurikulum Lingkaran, kurikulum
pembelajaran disusun berdasarkan saling perkaitan antara struktur idea asas dalam setiap
kurikulum. Ia membolehkan pelajar kuasai idea asas dan struktur. Kemahiran tersebut perlu
diulangi; sepanjang penyampaian kurikulum dengan menambah keluasan dan kedalaman
selaras peningkatan program.
Contohnya: Kurikulum lingkaran berlandaskan perkembangan isi pelajaran yang disusun
mengikut bentuk bulat-bulatan sepusat. Ia mula diperkenalkan oleh Johann Amos Comenius
(1592-1670) untuk pembelajaran kanak-kanak dalam peringkat umur yang berbeza.
Menurut Brunner, prinsip asas pemindahan pembelajaran ialah menggunakan pengalaman
lama untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran baru. Pengalaman disusun secara
sistematik, iaitu daripada pengalaman asas kepada pengalaman yang kompleks. Misalnya, di
dalam pelajaran metematik KBSR, operasi tambah diajar terlebih dahulu, kemudian diikuti
dengan tolak, darab dan bahagi.
Manakala dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, huruf diajar terlebih dahulu, kemudian
diikuti dengan sukukata, perkataan, frasa kata, ayat, perenggan dan kemudiannya sebuah
karangan yang lengkap.
Dalam Taksonomi Bloom, Bloom et. al. (1956) juga mencadangkan objektif atau hasil
pembelajaran diklasifikasikan kepada tiga iaitu:
Mengetahui fakta atau maklumat (Domain Kognitif)
Melakukan aktiviti fizikal (Domain Psikomotor)
Menunjukkan sikap peribadi (Domain Afektif)
Menurut Bloom, setiap domain mempunyai berbagai tahap, dari yang rendah atau mudah
kepada yang tinggi atau sukar dikuasai. Sebagai contoh, bagi domain kognitif, tahap yang
paling asas atau mudah dikuasai ialah pengetahuan manakala yang paling tinggi dan sukar
dikuasai ialah penilaian.
Perkaitan di antara mata pelajaran-mata pelajaran, iaitu setengah-setengah konsep dalam
Matematik dikaitkan dengan Fizik, isi kandungan Sejarah dikaitkan dengan bahasa, aktiviti
pembelajaran dalam bilik darjah dikaitkan dengan aktiviti kokurikulum, dan sebagainya.
Dalam mata pelajaran, juga terdapat keadaan yang sedemikian. Contohnya: Pengajaran
19
Bahasa Melayu dengan isi kandungan menjaga binatang dikaitkan perasaan kasih sayang
dengan mata pelajaran Moral. Dengan cara yang demikian, pelajar bukan sahaja boleh
menggunakan pengalaman yang diperolehi untuk mempelajari pengalaman baru, tetapi juga
menggunakan pengalaman baru sebagai asas untuk mempelajari pengalaman yang
berikutnya.
Kurikulum lingkaran ( spiral curriculum) yang digubal berdasarkan prinsip-prinsip di atas,
adalah dijangkakan supaya dapat berlakunya pemindahan pembelajaran yang lebih banyak
dan lebih berkesan.
Mengikut Brunner (1960), penggubalan kurikulum lingkaran hendaklah berlandaskan kepada
dua prinsip iaitu menentukan mana konsep dan prinsip yang utama untuk dirangkumi dalam
unit pelajaran. Menentukan konsep dan prinsip yang hendak dipelajari mengikut susunan
daripada yang mudah kepada yang sukar ( contoh kemahiran mendengar dan bertutur yang
dibincangkan di depan, dalam sukatan Bahasa Melayu, kita mempelajari kata dasar dahulu,
kemudian diikuti dengan perkataan berimbuhan); daripada pengalaman sedia ada kepada
yang jauh ( contoh kemahiran membaca yang dibincangkan di depan ), sehingga menjadi satu
lingkaran agar pengalaman pelajar dapat dikembang secara meluas dan mendalam.
Robert E. Mason, dalam bukunya Comtemporary Education Theory(1972), menganalisis isi
kandungan kurikulum lingkaran dan didapati ia merangkumi: fakta-fakta yang penting, idea-
idea asas, konsep-konsep dan sistem pemikiran. Sehubungan ini, dalam kurikulum lingkaran,
idea adalah mula dibentuk daripada konsep yang mudah , melalui penggunaan contoh-
contoh, dan akhirnya menggabungkan pelbagai konsep yang berkaitan untuk membentuk
generalisasi, hukum, prinsip dan teori, demi menjadikan sesuatu sistem pemikiran yang
keseluruhan.
5.2.3 Artikulasi
Dalam kurikulum, urutan Artikulasi merupakan hubungan saling berkaitan antara pelbagai
aspek dalam kurikulum yang saling menjelaskan artikulasi menegak dan mendatar.
5.2.4 Artikulasi mendatar
20
Artikulasi mendatar merupakan perkaitan kandungan dari satu mata pelajaran yang lain
dalam sesuatu tingkatan. Ia timbul serentak dan tahap yang sama tetapi dalam mata pelajaran
yang lain. Bahasa, Matematik, pemikiran dan nilai merentas kurikulum.
Contoh : Penggunaan Bahasa Melayu dalam pengajaran mata palajaran-mata pelajaran yang
lain merupakan cara bahasa merentasi kurikulum. Melalui pengajaran mata pelajaran lain,
penggunaan Bahasa Melayu yang betul mesti ditegaskan dan dipatuhi.
5.2.5 Artikulasi menegak
Perkaitan sesuatu aspek dengan kandungan dan topik yang diajar awal untuk membolehkan
pelajar menguasainya dan memudahkan pelajar ke peringkat yang lebih tinggi. Konsep yang
terdahulu menjelaskan konsep yang kemudian pada peringkat berikutnya. Contoh purata,
peratus dalam Matematik sekolah rendah menjelaskan min, sisihan piawai, varians dalam
statistik.
Contoh : Pengajaran simpulan bahasa dapat menjelaskan maksud sesuatu keadaan, situasi,
kelakuan, paras rupa dalam kemahiran penulisan karangan dan sebagainya dengan lebih
tepat.
5.2.6 Keseimbangan
Seimbang merupakan pemberatan yang sama dalam semua mata pelajaran, setiap elemen
dalam kurikulum. Ia memberi penekanan kepada suatu elemen tanpa mengabaikan elemen
yang lain. Peluang yang sama untuk menguasai kandungan, menghayati dan menggunakan
ilmu. Keseimbangan perlu mengutamakan minat dan keperluan pelajar dengan kandungan
yang sewajarnya pelajar tahu dan sesuai dengan perkembagan semasa.
Contoh : Antara kehendak individu dengan masyarakat, antara kelebaran dan kedalaman,
antara pusatan pelajar dan pusatan mata pelajaran, antara yang pandai dan yang lemah dan
sebagainya. Keseimbangan dapat menghadapi tekanan luaran tentang sesuatu aspek isu.
6.0 Pendekatan Reka Bentuk Kurikulum
Mengikut Abdul Rahim Hamdan (2007), reka bentuk kurikulum pendidikan terbahagi kepada
tiga jenis, iaitu pusatan subjek, pusatan pelajar dan pusatan penyelesaian masalah.
21
6.1 Pusatan Subjek
Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran. Reka
bentuk berasaskan subjek terdiri daripada:
(a) Reka Bentuk Subjek
Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka bentuk
matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan pelajaran yang
terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya berperanan sebagai
matapelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di susun daripada yang ringkas
ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini tertumpu kepada proses mengingat
dan memahami.
Reka bentuk kurikulum Bahasa Melayu menekan subjek sebagai mata pelajaran teras,
menekan secara mendalam (urutan menegak), menggabungjalin dua atau lebih subjek dalam
kurikulum dan menghubungkan aspek-aspek penting satu subjek yang lain(urutan mendatar).
Contohnya: Kurikulum teras mata pelajaran-mata pelajaran teras di dalam kurikulum teras
ini merupakan terpenting dan berasas sekali. Oleh itu, setiap pelajar adalah wajib belajar mata
pelajaran-mata pelajaran teras. Misalnya, di dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR), mata pelajaran-mata pelajaran teras ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,
Matematik, Sains, Pendidikan Islam / Pendidikan Moral dan sejarah. Yang lainnya ialah mata
pelajaran pilihan/elektif dan mata pelajaran tambahan, iaitu bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
(b) Reka Bentuk Disiplin
Kurikulum Bahasa Melayu mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau
proses sesuatu mata pelajaran. Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan proses
disiplin sesuatu ilmu. Contohnya dalam mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu, selain
daripada Kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran.
Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi disiplin
berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan. Reka bentuk ml dibina
22
berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek dan kaedah atau
proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.
(c) Reka Bentuk Bersepadu
Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran yang
bersepadu. Reka bentuk mi akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang bersepadu dan tidak
terasing. Reka bentuk ml menghilangkan sempadan mata pelajaran dan disiplin. Pelajar akan
melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan lebih bermakna. Dalam matapelajaran sains
yang terdiri daripada biologi, fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah
sebagai sains.
(d) Reka Bentuk Korelasi
Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan
mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Bahasa Melayu boleh
berkerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang bertajuk perkembangan
bola sepak dan zaman penjajah hingga ke sekarang.
Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu berkerjasama dan
memberi komitmen yang tmnggi. Mereka perlu berbincang dan berkerjasama dalam
memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan makiumat dan subjek-
subjek yang berlainan.
6.2 Pusatan Pelajar
Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang
pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah progressivesme.
Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:
(a) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar
Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada
pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk mi menganggap pemikiran pelajar
akan berkembang jika mereka di ben peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan
23
keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat kanak¬kanak sekolah rendah suka bermain,
dalam membina kurikulum Bahasa Melayu unsur permainan diselitkan.
Reka bentuk kurikulum berpusatkan pelajar menekankan pemberian tumpuan kepada kanak-
kanak dengan melihat keperluan pelajar, pengalaman pelajar, perkembangan dan pencapaian
pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran, reka bentuk kurikulum ini harus diambil berat
kerana proses pengajaran dan pembelajaran adalah berpusatkan pelajar..
Dalam reka bentuk pusatan pelajar, pembinaan kurikulum adalah berdasarkan kepada
pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk ini menganggap pemikiran pelajar
akan berkembang jika mereka di beri peluang untuk belajar berdasarkan kegemaran dan
keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat kanak-kanak sekolah rendah suka bermain,
dalam membina kurikulum Pendidikan Jasmani unsur permainan diselitkan.
Dalam elemen strategi kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah, baik pun hubungan secara
mendatar atau secara menegak, sesuai menggunakan pendekatan berpusatkan murid bagi
mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu,
murid dapat membina keyakinan berbahasa. Pendekatan pusatan murid selari dengan
pembelajaran masteri yang menekan kepaerluan memastikan murid menguasai hasil
pembelajaran yang ditetapkan. Contoh: aktiviti permainan mencari makna perkataan dalam
kamus secara kumpulan ( sukatan Bahasa MelayuTahap 2) .
Aktiviti-aktiviti kokurikulum merupakan sebahagian kurikulum formal yang merangkumi
aktiviti-aktiviti persatuan, kelab, permainan dan sukan, serta unit beruniform dijalankan di
luar bilik darjah. Aktiviti-aktiviti disertai oleh pelajar-pelajar mengikut minat ataupun
kepandaian istimewa diri mereka. Tujuan utama merangkumi kokurikulum dalam kurikulum
formal ialah memupuk minat, kegemaran dan kepandaian istimewa pelajar, demi menyesuai
dan mengembangkan keperluan, intelek, kebolehan dan bakat krestif, meluaskan bidang ilmu
pengetahuan, mempertingkatkan kesihatan, jasmani dan kemahiran pemikiran, memupuk
nilai moral, estetik, rohani dan social, serta melapangkan jiwa murni pelajar. Jelaslah
aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berpusatkan pelajar.
Penggunaan pelbagai kaedah mengajar juga didapati dalam kurikulum Bahasa Melayu
Sekolah Rendah, seperti kaedah dan teknik perbincangan, simulasi, projek dan seumpamanya
demi meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran. Contohnya dalam sukatan Bahasa
24
Melayu Tahap 2, aktiviti berbincang untuk memberikan definisi sesuatu tajuk perbincangan
merupakan teknik perbincangan yang selalu digunakan sesama murid dalam pengajaran dan
pembelajaran.
Mempelbagaikan sumber dan bahan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan pusat sumber dan komputer digalakkan dalam pengajaran dan pembelajaran
serta untuk meluaskan bacaan. Contoh dalam Tahap 2, aktiviti murid digalakkan merujuk
kepada ensiklopedia dan tresaurus untuk mendapatkan maklumat. Selain itu, strategi-strategi
yang lain juga memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan pengajaran dan
pembelajaran dengan berkesan. Contohnya, dalam kemahiran mengimbas fakta yang relevan
daripada pelbagai bahan untuk mengukuhkan maklumat, aktiviti murid secara berkumpulan
mencari maklumat daripada pelbagai sumber, misalnya: internet, brosur, ensiklopedia dan
sebagainya.
(b) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman
Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar iaitu
memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membiria kurikulum.
Namun kedua-kedua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk berpusatkan
pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka oleh itu kurikulum tidak akan
dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah pendidik mengenali pelajar.
(c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik
Reka bentuk mi mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan
membina tugasan atas kesedaran din sendiri. Reka bentuk berpusatkan humanistik
menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk mi memberi penekanan isi
kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain Reka bentuk berpusatkan
humanistik menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan amalan. Reka
bentuk ni menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan secara keseluruhan.
6.3 Pusatan Masalah
25
Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan. Reka
bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan pengalaman
individu dan kemasyarakatan.
(a) Reka Bentuk Situasi - Kehidupan
Reka bentuk mi lebih mirip kepada teori konsektual. Reka bentuk situasi - kehidupan
berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh diaplikasikan
dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir dalam
menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk mi.
Oleh itu kurikulum perlu di bina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian kepada
masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain kunikulum yang terbentuk
dalam reka bentuk mi akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang masalah yang
berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar.
(b) Reka Bentuk Semula Masyarakat.
Reka bentuk mi berorientasikan masyarakat, neka bentuk mi mengaitkan hubungan
kurikulum dengan penkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi.
Kurikulum dilihat berupaya menjadm agen penubahan dalam masyarakat. Kurikulum ni
menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyarakat yang berkualiti.
Kesimpulannya, Reka bentuk kurikulum Bahasa Melayu pusatan penyelesaian masalah
mengambil kira kehidupan semasa dan masalah utama dalam pendidikan. Reka bentuk ini
sesuai untuk pelajar dalam proses atau kajian menyelesaikan masalah. Pengalaman lama
penting dalam lingkaran ini. Menurut pelajar menekankan pemberian tumpuan kepada kanak-
kanak dengan melihat keperluan pelajar, pengalaman pelajar, perkembangan dan pencapaian
pelajar.
7.0 Rumusan
Masyarakat merupakan sumber untuk menentukan pembentukan kurikulum. Bahagian-
bahagian dalam kurikulum seperti maklumat, objektif, kandungan dan pengalaman
26
merupakan segala kehendak pembentukan kurikulum. Apabila pendidikan berubah, keperluan
dalam sistem pendidikan juga berubah.
Selain itu, sumber agama juga merupakan elemen penting dalam kurikulum Bahasa Malaysia.
Contohnya, amalan kepercayaan kepada Tuhan yang juga merupakan salah satu prinsip
Rukunegara, boleh dikatakan diserapkan ke dalam semua mata pelajaran. Ini disebabkan
agama merupakan satu-satunya jalan kepada kebenaran dan kebaikan serta penekanan unsur-
unsur keagamaan adalah menjadi keutamaan dalam sistem pendidikan di sekolah. Elemen-
elemen yang menekankan unsur keagamaan dapat dilihat dalam isi kandungan setiap mata
pelajaran melalui pernyataan objektif dan maklumat pendidikan.
Kesimpulannya, kandungan sesuatu kurikulum dan sukatan pelajaran adalah disusun
mengikut tujuan, matlamat dan objektif kurikulum tersebut. Reka bentuk sesuatu kurikulum
adalah saling berkaitan. Reka bentuk kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
mengabungkan pengetahuan, nilai, masyarakat, proses dan nilai. Reka bentuk kurikulum
yang sempurna dengan menggunakan lagi teknik dan strategi pengajaran berkesan akan
berfungsi untuk memandu guru mengajar dengan baik di sekolah.
27
Bibliografi
1. Abdul Rahim Hamdan (2007), Pengajian Kurikulum. Universiti Teknologi Malaysia.
Skudai.
2. Ee Ah Meng (1998), Pendidikan di Malaysia1, Falsafah Pendidikan, Guru dan
Sekolah Edisi Kedua, Fajar Bakti Sdn.Bhd, Shah Alam.
3. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah –Bahasa Melayu,
Kementerian Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum.
4. Mohd.Daud Hamzah (1994), Reka Bentuk Kurikulum. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Selangor.
5. Mok Soon Sang (2000), Siri Pendidikan Perguruan, Ilmu Pendidikan untuk KPLI,
Kumpulan Budiman Sdn.Bhd, PJ.
6. Peter Knight & Mantz Yorke (2004), Learning, Curriculum and Employability in
Higher Education, Taylor and Francis Group, London & New York.
7. Pendidikan-definisi-dan-konsep-html .(2009) Retrieved July 25,2010, from
http://dukeamienerev.blogspot.com/2009/01pendidikan -definisi-dan-konsep-html
8. beberapa-pengertian-kurikulum.html.(2007)Retrieved Ogos 5,2010, from
http://destalyana.blogspot.com/2007/09/beberapa-pengertian -kurikulum.html
28