3
ULASAN ARTIKEL Dunia hari ini berubah dengan cepat membawa keperluan baru bagi pendidikan dan dengan itu untuk pendidikan sains. Masyarakat kini memerlukan pendidikan yang menawarkan peningkatan faktor seperti kreativiti, rasa ingin tahu, pengurusan perubahan dan pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu, adalah perlu untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk mendapatkan berminat dalam bidang sains. Ini memerlukan perubahan dalam pendidikan sains. Ia adalah perlu untuk menyemak semula kandungan sains dan kaedah menyampaikan konsep sains yang sesuai. Kaedah yang paling sesuai dalam mengajar sains ialah pembelajaran berasakan inkuiri. Hal ini dinyatakan degan jelas oleh Prof. Dr. Josef Trna dari Masaryk University dalam artikelnya yang bertajuk Implementation Of Inquiry-Based Science Education In Science Teacher Training . Namun kebanyakkan guru sekarang tidak mengajar secara inkuiri kerana beberapa kekangan seperti masa, dan faktor kurang percaya kepada kebolehan murid. Kebiasaannya guru tidak menjalankan aktiviti yang memerlukan pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid kerana murid mereka adalah murid yang mempunyai pencapaian yang rendah. Satu kajian telah dijalankan oleh Anat Zohar dalam kajiannya yang bertajuk Higher Order Thinking Skills and Low-Achieving Students: Are They Mutually Exclusive? u ntuk menyiasat sejauh mana pelajar yang berpencapaian rendah memperoleh ilmu daripada pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan, memberi hujah dan membaca artikel saintifik secara kritikal. Artikel ini juga menjelaskan bahawa guru sering mempercayai bahawa beberapa tugas mungkin terlalu sukar bagi sesetengah pelajar mereka, dan seterusnya akan menyebabkan kegagalan dan kekecewaan. Oleh itu adalah amat penting bagi guru menjalankan aktiviti yang kreatif yang mampu merangsang murid untuk berfikir pada aras yang lebih tinggi. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Rachel Patricia B. Ramirez menunjukkan aktiviti yang kreatif mampu menjana motivasi dalam kalangan murid dan guru. Berdasarkan hasil kajian ini, adalah disyorkan bahawa penyelidik menggunakan lebih aktiviti kreatif yang berbeza-beza semasa memberikan arahan dan membuat penilaian. Antara cara kreatif

ULASAN-ARTIKEL.docx

Embed Size (px)

DESCRIPTION

ULASAN-ARTIKEL.docx

Citation preview

ULASAN ARTIKELDunia hari ini berubah dengan cepat membawa keperluan baru bagi pendidikan dan dengan itu untuk pendidikan sains. Masyarakat kini memerlukan pendidikan yang menawarkan peningkatan faktor seperti kreativiti, rasa ingin tahu, pengurusan perubahan dan pembelajaran sepanjang hayat. Di samping itu, adalah perlu untuk memberi motivasi kepada pelajar untuk mendapatkan berminat dalam bidang sains. Ini memerlukan perubahan dalam pendidikan sains. Ia adalah perlu untuk menyemak semula kandungan sains dan kaedah menyampaikan konsep sains yang sesuai. Kaedah yang paling sesuai dalam mengajar sains ialah pembelajaran berasakan inkuiri. Hal ini dinyatakan degan jelas oleh Prof. Dr. Josef Trna dari Masaryk University dalam artikelnya yang bertajuk Implementation Of Inquiry-Based Science Education In Science Teacher Training. Namun kebanyakkan guru sekarang tidak mengajar secara inkuiri kerana beberapa kekangan seperti masa, dan faktor kurang percaya kepada kebolehan murid.Kebiasaannya guru tidak menjalankan aktiviti yang memerlukan pemikiran aras tinggi dalam kalangan murid kerana murid mereka adalah murid yang mempunyai pencapaian yang rendah. Satu kajian telah dijalankan oleh Anat Zohar dalam kajiannya yang bertajuk Higher Order Thinking Skills and Low-Achieving Students: Are They Mutually Exclusive? untuk menyiasat sejauh mana pelajar yang berpencapaian rendah memperoleh ilmu daripada pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi. Kajian juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pelajar menjawab soalan, memberi hujah dan membaca artikel saintifik secara kritikal. Artikel ini juga menjelaskan bahawa guru sering mempercayai bahawa beberapa tugas mungkin terlalu sukar bagi sesetengah pelajar mereka, dan seterusnya akan menyebabkan kegagalan dan kekecewaan. Oleh itu adalah amat penting bagi guru menjalankan aktiviti yang kreatif yang mampu merangsang murid untuk berfikir pada aras yang lebih tinggi. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Rachel Patricia B. Ramirez menunjukkan aktiviti yang kreatif mampu menjana motivasi dalam kalangan murid dan guru. Berdasarkan hasil kajian ini, adalah disyorkan bahawa penyelidik menggunakan lebih aktiviti kreatif yang berbeza-beza semasa memberikan arahan dan membuat penilaian. Antara cara kreatif yang dijalankan dalam pembelajaran ialah murid membuat puisi yang mampu menarik minat murid dalam mendalami sesuatu konsep sains.Antara teknik yang popular dalam mengajar secara inkuiri ialah aktiviti penyiasatan dan eksperimen. Oleh yang demikian kerana adalah amat penting bagi saya mengetahui dengan mendalam tentang aktiviti amali di dalam kelas. Berdasarkan jurnal yang bertajuk Pengurusan Penglibatan Pelajar dalam Amali Sains oleh Nurzatulshima Kamarudin et al., (2009), suatu kajian telah dijalankan dalam usaha untuk meneroka cara guru mengurus pelajar bagi meningkatkan penglibatan mereka dalam amali sains. Pembelajaran melalui eksperimen atau kaedah amali lebih cepat berlaku kerana pelajar menjalankan penyiasatan sendiri bagi memperoleh maklumat melalui bahan yang sebenar. Hasil kajian menunjukkan bahawa kaedah amali sains dapat menghasilkan objektif pembelajaran yang pelbagai dalam satu sesi pengajaran. Kaedah amali menjadi serampang tiga mata kepada pengajaran sains kerana ketiga-tiga elemen kurikulum iaitu pengetahuan, kemahiran saintifik dan nilai murni dapat diperoleh secara langsung menerusi penggunaan kaedah amali dalam pengajaran. Di samping itu, kaedah amali dalam masa yang sama boleh menghasilkan ketiga-tiga domain pembelajaran yang dikehendaki iaitu domain kognitif, domain psikomotor dan domain afektif. Melalui pengamalan kaedah amali dalam pengajaran guru juga mampu meningkatkan pengetahuan pelajar berkaitan isi kandungan di samping kemahiran saintifik dan kemahiran penyelesaian masalah akan diperoleh. Secara konklusinya, pembelajaran secara amali dilihat mampu menghasilkan pelajar yang kreatif dan aktif, berpengetahuan dan mempunyai kemahiran penyelesaian masalah . Dalam mencapai hasrat untuk membangunkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir pada aras yang tinggi, sudah tentulah penerapan nilai murni adalah antara satu faktor yang perlu diambil kira. Dalam melakukan aktiviti pembelajaran di makmal khususnya, saya akan menyusun kumpulan murid berdasarkan pencapaian dan bakat mereka. Berdasarkan jurnal yang bertajuk Penerapan Nilai Murni Melalui Pembelajaran Koperatif oleh Nor Azizah Salleh et al., (2001), suatu kajian telah dijalankan yang mana bertujuan untuk mengkaji sejauh manakah pembelajaran koperatif dalam sains dapat menerapkan nilai murni. Penyelidikan ini dijalankan terhadap kesedaran bahawa betapa pentingnya membina insan yang berakhlak, dan pentingnya peranan guru di sekolah dalam membentuk sahsiah murid. Guru juga harus mempersiapkan diri dengan strategi-strategi yang berkesan untuk menangani masalah disiplin dan akhlak bagi menghadapi cabaran remaja yang pelbagai onak dan duri. Pembelajaran koperatif adalah berdasarkan konsep kerjasama erat antara ahli kumpulan kecil yang terdiri daripada empat hingga lima orang dalam satu kumpulan dan pembelajaran jenis ini menekankan kumpulan heterogenus iaitu pelajar daripada pelbagai taraf pencapaian dan pentingnya kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi sosial antara ahli. Pembelajaran jenis ini menekankan pembelajaran bersama bukan saingan atau secara individu.