62
UNDANG-UNDANG MALAYSIA VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI Akta 708 AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010 Sebagaimana pada 1 Mei 2015

UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

VERSI DALAM TALIAN TEKS CETAKAN

SEMULA YANG KEMAS KINI

Akta 708

AKTA PERDAGANGAN

STRATEGIK 2010

Sebagaimana pada 1 Mei 2015

Page 2: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

2

AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010

Tarikh Perkenan Diraja … … … … 2 Jun 2010

Tarikh Penyiaran dalam Warta … … … 10 Jun 2010

Kali terakhir dipinda melalui

P.U. (A) 483/2010 yang mula

berkuat kuasa pada … … … … 1 Januari 2011

Page 3: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

3

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 708

AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010

SUSUNAN SEKSYEN

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Seksyen

1. Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

3. Undang-undang yang terpakai

4. Pemakaian luar wilayah

BAHAGIAN II

PELANTIKAN DAN KUASA PENGAWAL PERDAGANGAN STRATEGIK

5. Pelantikan Pengawal, dsb.

6. Fungsi dan kuasa Pengawal

BAHAGIAN III

KAWALAN BARANG STRATEGIK, BARANG TIDAK TERSENARAI DAN

AKTIVITI TERHAD

7. Barang strategik

8. Pengguna akhir terhad dan terlarang

9. Eksport, pemindahan dan transit barang strategik dan barang tidak tersenarai

10. Pemberian bantuan teknikal

Page 4: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

4 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

Seksyen

11. Pembrokeran barang strategik

12. Transaksi yang melibatkan barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad

BAHAGIAN IV

PERMIT DAN PENDAFTARAN

13. Pemakaian Akta bagi permit dan pendaftaran

14. Permohonan bagi permit

15. Dokumen atau maklumat tambahan

16. Pemberian atau penolakan permit

17. Penggantungan dan pembatalan permit

18. Penggunaan permit tanpa kebenaran

19. Pendaftaran broker

20. Hilang kelayakan kerana kesalahan

21. Penggantungan permit atau pendaftaran apabila hilang kelayakan

22. Permohonan untuk menghapuskan hilang kelayakan

23. Pengendorsan pada permit

24. Penyelenggaraan dokumen dan daftar

25. Daftar

BAHAGIAN V

PENGUATKUASAAN

26. Pemakaian Akta bagi penguatkuasaan

27. Pengemukaan kad kuasa

28. Kuasa pegawai diberi kuasa

29. Kuasa penyiasatan

30. Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

31. Akses ke tempat atau premis

32. Capaian kepada data berkomputer

Page 5: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 5

Seksyen

33. Kuasa menggeledah pengangkutan

34. Penggunaan kekerasan

35. Senarai barang yang disita

36. Kuasa penangkapan

37. Pemintasan komunikasi

38. Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui mengenai kes

39. Pemeriksaan orang yang mengetahui mengenai kes

40. Kesalahan berkenaan dengan maklumat

41. Pelupusan barang strategik dan barang tidak tersenarai yang disita

42. Kebolehterimaan keterangan

43. Pelucuthakan barang strategik dan barang tidak tersenarai apabila tiada

pendakwaan

44. Kos memegang barang strategik dan barang tidak tersenarai yang disita

45. Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan boleh didapatkan

46. Halangan pegawai diberi kuasa

BAHAGIAN VI

AM

47. Pengecualian

48. Pemulaan Pendakwaan

49. Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

50. Kesalahan oleh pekerja dan ejen

51. Notis bagi penzahiran maklumat

52. Maklumat adalah dilindungi dan rahsia

53. Pelindungan pegawai

54. Perlindungan Kerajaan, dsb. daripada liabiliti

55. Peraturan-peraturan

56. Pindaan Jadual

57. Kecualian dan peralihan

JADUAL

Page 6: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat
Page 7: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

7

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 708

AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan mengenai kawalan ke atas

eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barang strategik,

termasuk senjata dan bahan yang berkaitan, dan aktiviti lain yang

akan atau boleh memudahkan reka bentuk, pemajuan dan penghasilan

senjata pemusnah besar-besaran dan sistem penghantarannya dan

untuk membuat peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan

dengannya, selaras dengan keselamatan negara dan obligasi

antarabangsa Malaysia.

[1 Januari 2011]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Perdagangan Strategik

2010.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh

Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh

menetapkan tarikh yang berlainan bagi peruntukan yang berlainan

Akta ini.

Page 8: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

Tafsiran

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna

yang lain—

“agen biologi” ertinya apa-apa mikrobial, organisma mikro, virus

atau bahan berjangkit yang diterbitkan daripadanya secara semula

jadi atau buatan, serta komponennya dan walau apa jua pun asalnya

atau kaedah penghasilannya;

“aktiviti terhad” ertinya—

(a) apa-apa aktiviti yang menyokong pemajuan, penghasilan,

pengendalian, penggunaan, penyenggaraan, penyimpanan,

inventori atau percambahan apa-apa senjata pemusnah

besar-besaran dan sistem penghantarannya; atau

(b) penyertaan dalam transaksi dengan orang yang terlibat

dalam aktiviti sedemikian;

“bantuan teknikal” termasuklah arahan, kemahiran, latihan,

pemberian pengetahuan kerja dan perkhidmatan perunding dan boleh

melibatkan pemindahan data teknikal;

“barang” termasuklah barangan dan teknologi;

“barang strategik” ertinya apa-apa barang yang ditetapkan sebagai

barang strategik di bawah seksyen 7;

“barang tidak tersenarai” ertinya barang yang boleh digunakan

dalam aktiviti terhad tetapi yang tidak ditetapkan sebagai barang

strategik di bawah seksyen 7;

“data teknikal” termasuklah rangka tindakan, pelan, diagram,

model, formula, jadual, reka bentuk dan spesifikasi kejuruteraan,

manual dan arahan dalam format cetakan atau elektronik;

“eksport” ertinya—

Page 9: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 9

(a) untuk membawa atau menyebabkan dibawa keluar dari

Malaysia apa-apa barang melalui darat, laut atau udara, atau

untuk meletakkan apa-apa barang dalam sesuatu

pengangkutan bagi maksud barang sedemikian dibawa

keluar dari Malaysia melalui darat, laut atau udara; atau

(b) untuk menghantar teknologi melalui apa-apa cara ke suatu

destinasi di luar Malaysia, dan termasuklah apa-apa

penghantaran teknologi secara lisan atau visual menerusi suatu

peranti komunikasi jika teknologi itu terkandung dalam suatu

dokumen yang bahagian relevannya dibacakan, diperihalkan

atau selainnya dipaparkan menerusi peranti komunikasi itu

mengikut cara yang mencapai kesan yang serupa;

“membawa dalam transit” ertinya membawa barang dari mana-

mana negara ke dalam Malaysia melalui darat, laut atau udara, di

mana barang itu akan dibawa keluar dari Malaysia atas pengangkutan

yang sama dengan pengangkutan yang membawa barang itu ke dalam

Malaysia atau apa-apa pengangkutan lain dan sama ada atau tidak

barang itu didaratkan atau dipindahkan di Malaysia, tetapi tidak

termasuk perjalanan pengangkutan asing yang membawa apa-apa

barang menerusi Malaysia mengikut undang-undang antarabangsa;

“memindahkan” ertinya untuk mengalihkan barang dari

pengangkutan yang membawa masuk barang itu ke Malaysia dan

untuk meletakkan barang itu atas pengangkutan yang sama atau yang

lain bagi maksud membawanya keluar dari Malaysia yang perbuatan

ini dijalankan berdasarkan bil muatan kapal langsung, bil muatan

pesawat udara langsung atau manifes langsung;

“menghantar”, berhubung dengan teknologi strategik, ertinya—

(a) menghantar teknologi itu di Malaysia melalui cara

elektronik; atau

(b) menyediakan teknologi itu di Malaysia atas suatu peranti,

supaya teknologi strategik itu boleh dicapai oleh mana-mana orang,

sama ada di dalam atau di luar Malaysia;

Page 10: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan

tanggungjawab bagi perdagangan antarabangsa dan industri;

“pegawai diberi kuasa” termasuklah—

(a) pegawai kastam;

(b) pegawai polis;

(c) pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia;

(d) pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia

Malaysia;

(e) mana-mana pegawai lain yang dinyatakan oleh Pengawal;

“pembrokeran” ertinya aktiviti seseorang yang, sama ada bagi

pihaknya sendiri atau dengan bertindak sebagai ejen bagi pihak orang

yang lain—

(a) merundingkan, mengaturkan atau memudahkan pembelian,

pembiayaan, pengangkutan, penjualan atau pembekalan

barang; atau

(b) membeli, menjual atau membekalkan barang sedemikian;

“pemunya”, berhubung dengan—

(a) barang strategik atau barang tidak tersenarai, termasuklah

mana-mana orang yang merupakan atau yang

mengemukakan dirinya sebagai pemunya, pengimport,

pengeksport, penerima konsain, ejen atau orang yang

memiliki, atau yang mempunyai kepentingan benefisial

mengenai, atau yang mempunyai kawalan ke atas, atau

kuasa pelupusan atas, barang strategik atau barang tidak

tersenarai itu; dan

(b) sesuatu pengangkutan, termasuklah tiap-tiap orang yang

bertindak sebagai ejen bagi pemunya atau yang menerima

Page 11: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 11

tambang muatan atau caj lain yang kena dibayar berkenaan

dengan pengangkutan itu;

“pengangkutan” termasuklah apa-apa kapal, kereta api, kenderaan,

pesawat udara dan apa-apa cara pembawaan lain yang dengannya

orang atau barang boleh dibawa;

“Pengawal” ertinya Pengawal Perdagangan Strategik yang dilantik

di bawah seksyen 5, dan termasuklah Timbalan Pengawal

Perdagangan Strategik;

“peranti” ertinya apa-apa medium yang dalamnya maklumat, imej

visual, bunyi atau data lain direkodkan, disimpan atau dikandungkan

dalam apa-apa bentuk supaya dapat (dengan atau tanpa bantuan

kelengkapan lain) didapatkan semula atau dihasilkan daripadanya;

“perisian” ertinya koleksi satu program atau program mikro atau

lebih yang direkodkan, disimpan atau dikandungkan dalam apa-apa

peranti;

“permit” ertinya permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini, dan

termasuklah suatu permit khas;

“Pihak Berkuasa yang berkenaan” ertinya Pihak Berkuasa yang

ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan bagi

pengawalseliaan barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti

terhad, dan termasuklah Pengawal;

“senjata biologi” ertinya apa-apa mikrobial atau agen biologi lain

atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya,

daripada jenis dan dalam kuantiti yang tidak dapat dijustifikasikan

bagi maksud profilaktik, perlindungan atau keamanan yang lain, dan

senjata, kelengkapan atau cara penghantaran yang direka untuk

menggunakan agen biologi atau toksin bagi maksud permusuhan atau

dalam konflik bersenjata;

“senjata kimia” mempunyai erti yang sama yang diberikan

kepadanya di bawah Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005

[Akta 641];

Page 12: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

“senjata nuklear” ertinya apa-apa peranti yang berupaya

membebaskan tenaga nuklear dengan cara yang tidak terkawal dan

yang mempunyai kelompok ciri yang sesuai untuk penggunaan bagi

maksud perang, tetapi tidak termasuk sistem penghantaran jika sistem

penghantaran itu boleh diasingkan daripada peranti itu;

“senjata pemusnah besar-besaran” ertinya apa-apa senjata yang

direka bentuk untuk membunuh, mencederakan atau menjangkiti

orang, haiwan atau tumbuh-tumbuhan menerusi kesan letupan atau

penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

berjangkit atau toksik senjata biologi, dan termasuklah sistem

penghantaran yang direka bentuk, disesuaikan atau diniatkan untuk

penggunaan senjata sedemikian;

“teknologi” ertinya maklumat dan data dalam apa-apa bentuk bagi

perekaan bentuk, pemajuan, penghasilan atau penggunaan barang yang

lain dan termasuklah data teknikal, bantuan teknikal dan perisian;

“teknologi strategik” ertinya teknologi yang ditetapkan sebagai

barang strategik di bawah seksyen 7;

“toksin” ertinya apa-apa bahan beracun, walau apa jua pun asalnya

atau kaedah penghasilannya, yang dihasilkan oleh suatu organisma

hidup atau yang disintesiskan secara buatan yang boleh menyebabkan

penyakit, kecederaan atau kematian;

“undang-undang yang berkaitan” ertinya undang-undang bertulis

yang dinyatakan dalam Jadual.

Undang-undang yang terpakai

3. (1) Peruntukan Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada,

dan tidak mengurangkan, peruntukan mana-mana undang-

undang bertulis lain, termasuk undang-undang yang

berkaitan, yang berhubungan dengan pencegahan

percambahan senjata pemusnah besar-besaran dan sistem

penghantarannya.

Page 13: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 13

(2) Sekiranya terdapat apa-apa percanggahan atau

ketidakselarasan antara peruntukan Akta ini dengan peruntukan

mana-mana undang-undang bertulis lain, termasuk undang-undang

yang berkaitan, peruntukan Akta ini hendaklah terpakai dan

peruntukan mana-mana undang-undang bertulis lain yang bercanggah

atau tidak selaras itu hendaklah, setakat percanggahan atau

ketidakselarasan itu, disifatkan digantikan.

Pemakaian luar wilayah

4. (1) Akta ini hendaklah, berhubung dengan mana-mana orang,

walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, mempunyai

kuat kuasa di luar dan juga di dalam Malaysia, dan jika suatu

kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang di

mana-mana tempat di luar Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan

dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah

dilakukan di mana-mana tempat dalam Malaysia.

(2) Bagi maksud subseksyen (1) dan berhubung dengan

penghantaran teknologi strategik, Akta ini hendaklah terpakai jika,

bagi kesalahan yang berkenaan, penghantaran teknologi strategik itu

menggunakan apa-apa kelengkapan atau peranti yang terletak di

Malaysia atau disalurkan menerusi apa-apa kelengkapan atau peranti

yang terletak di Malaysia.

BAHAGIAN II

PELANTIKAN DAN KUASA PENGAWAL PERDAGANGAN

STRATEGIK

Pelantikan Pengawal, dsb.

5. (1) Menteri boleh melantik, dari kalangan pegawai awam,

seorang Pengawal Perdagangan Strategik dan seorang Timbalan

Pengawal Perdagangan Strategik.

Page 14: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(2) Pengawal hendaklah melaksanakan fungsi dan kewajipan

yang dikenakan dan menjalankan kuasa yang diberikan kepadanya di

bawah Akta ini.

(3) Timbalan Pengawal Perdagangan Strategik boleh

melaksanakan segala fungsi dan kewajipan yang dikenakan dan

menjalankan segala kuasa yang diberikan kepada Pengawal di bawah

Akta ini.

(4) Pengawal boleh melantik mana-mana pegawai awam dan

mana-mana pegawai lain yang perlu untuk membantunya dalam

melaksanakan fungsinya di bawah Akta ini.

(5) Pengawal hendaklah mempunyai arahan dan kawalan am ke

atas Timbalan Pengawal Perdagangan Strategik dan pegawai yang

dilantik di bawah subseksyen (4).

Fungsi dan kuasa Pengawal

6. (1) Pengawal hendaklah, berhubung dengan barang strategik,

barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad, mempunyai fungsi yang

berikut:

(a) menguruskan barang strategik, barang tidak tersenarai dan

aktiviti terhad di bawah Akta ini, termasuk mengeluarkan

permit dan mendaftarkan broker setakat yang ia tidak

selainnya diperuntukkan di bawah undang-undang yang

berkaitan;

(b) mengeluarkan garis panduan untuk menguruskan

permohonan bagi permit dan pendaftaran;

(c) mengeluarkan garis panduan untuk menguruskan

permohonan bagi mengeksport barang tidak tersenarai;

(d) mengeluarkan arahan atau garis panduan mengenai

pelaksanaan proses penapisan eksport;

Page 15: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 15

(e) mengeluarkan senarai yang menetapkan orang yang tidak

boleh dikeluarkan permit dan orang yang tidak boleh

didaftarkan sebagai broker;

(f) mendapatkan bantuan daripada mana-mana kerajaan,

organisasi antarabangsa atau orang dalam melaksanakan

Akta ini;

(g) membuat apa-apa yang bersampingan atau bersesuaian

dengan pelaksanaan mana-mana fungsi yang disebut dalam

perenggan (a) hingga (f).

(2) Pengawal hendaklah mempunyai segala kuasa yang

diperlukan bagi, atau yang berkaitan dengan, atau yang dengan

munasabahnya bersampingan dengan, pelaksanaan fungsinya di

bawah Akta ini.

(3) Pengawal hendaklah mempunyai arahan dan kawalan am ke

atas pegawai diberi kuasa bagi maksud mengawal selia barang

strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad di bawah Akta

ini.

BAHAGIAN III

KAWALAN BARANG STRATEGIK, BARANG TIDAK TERSENARAI

DAN AKTIVITI TERHAD

Barang strategik

7. (1) Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam

Warta, menetapkan apa-apa barang sebagai barang strategik bagi

maksud Akta ini.

(2) Jika apa-apa persoalan berbangkit tentang sama ada apa-apa

barang adalah atau tidak termasuk dalam kelas barang yang

dinyatakan dalam perintah yang dibuat di bawah subseksyen (1),

persoalan itu hendaklah diputuskan oleh Pengawal.

Page 16: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

Pengguna akhir terhad dan terlarang

8. (1) Menteri boleh menetapkan seseorang pengguna akhir

sebagai pengguna akhir terhad yang baginya permit khas dikehendaki

di bawah Akta ini.

(2) Menteri boleh menetapkan seseorang pengguna akhir sebagai

pengguna akhir terlarang yang kepadanya segala eksport,

pemindahan atau transit barang strategik atau barang tidak tersenarai

di bawah Akta ini adalah dilarang.

(3) Senarai pengguna akhir terhad dan pengguna akhir terlarang

hendaklah disiarkan melalui perintah dalam Warta, dan Menteri

boleh meminda senarai itu dari semasa ke semasa.

Eksport, pemindahan dan transit barang strategik dan barang

tidak tersenarai

9. (1) Tiada seorang pun boleh mengeksport, memindahkan atau

membawa dalam transit barang strategik melainkan jika orang itu

mendapatkan permit yang dikeluarkan di bawah Akta ini.

(2) Tiada seorang pun boleh mengeksport, memindahkan atau

membawa dalam transit barang strategik atau barang tidak tersenarai

kepada pengguna akhir terhad yang dinyatakan dalam subseksyen

8(1) melainkan jika orang itu mendapatkan permit khas yang

dikeluarkan di bawah Akta ini.

(3) Tiada seorang pun boleh mengeksport, memindahkan atau

membawa dalam transit barang strategik atau barang tidak tersenarai

kepada pengguna akhir terlarang yang dinyatakan dalam subseksyen

8(2).

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—

(a) berhubung dengan barang strategik yang merupakan senjata

atau bahan yang berkaitan—

Page 17: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 17

(i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang strategik itu tanpa permit dengan

menyalahi undang-undang atau dengan

pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan

atau pembawaan dalam transit barang strategik itu

tanpa permit menyalahi undang-undang—

(A) jika kematian adalah hasil perbuatan itu,

dihukum dengan hukuman mati atau

pemenjaraan selama hayat, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak tiga puluh

juta ringgit; atau

(B) dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada sepuluh tahun atau dengan denda

tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit

atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak dua puluh

juta ringgit; atau

(ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang strategik itu tanpa permit dengan

menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan

bahawa pengeksportan, pemindahan atau

pembawaan dalam transit barang strategik itu

tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum

dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada lima tahun atau dengan denda tidak

kurang daripada lima juta ringgit atau dengan

kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak sepuluh juta ringgit; dan

Page 18: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(b) berhubung dengan barang strategik selain senjata atau

bahan yang berkaitan—

(i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang strategik itu tanpa permit dengan

menyalahi undang-undang atau dengan

pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan

atau pembawaan dalam transit barang strategik itu

tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum

dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak

kurang daripada sepuluh juta ringgit atau dengan

kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak dua puluh juta ringgit; atau

(ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang strategik itu tanpa permit dengan

menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan

bahawa pengeksportan, pemindahan atau

pembawaan dalam transit barang strategik itu

tanpa permit menyalahi undang-undang, dihukum

dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada lima tahun atau dengan denda tidak

kurang daripada lima juta ringgit atau dengan

kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak sepuluh juta ringgit.

(5) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—

(a) berhubung dengan barang strategik atau barang tidak

tersenarai yang merupakan senjata atau bahan yang

berkaitan—

Page 19: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 19

(i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang itu tanpa permit khas dengan

menyalahi undang-undang atau dengan

pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan

atau pembawaan dalam transit barang itu tanpa

permit khas menyalahi undang-undang—

(A) jika kematian adalah hasil perbuatan itu,

dihukum dengan hukuman mati atau

pemenjaraan selama hayat, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak tiga puluh

juta ringgit; atau

(B) dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada sepuluh tahun atau dengan denda

tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit

atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak dua puluh

juta ringgit; atau

(ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang itu tanpa permit khas dengan

menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan

bahawa pengeksportan, pemindahan atau

pembawaan dalam transit barang itu tanpa permit

khas menyalahi undang-undang, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada

lima tahun atau dengan denda tidak kurang

daripada lima juta ringgit atau dengan kedua-

duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak sepuluh juta ringgit; dan

Page 20: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

20 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(b) berhubung dengan barang strategik dan barang tidak

tersenarai selain senjata atau bahan yang berkaitan—

(i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang itu tanpa permit khas dengan

menyalahi undang-undang atau dengan

pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan

atau pembawaan dalam transit barang itu tanpa

permit khas menyalahi undang-undang, dihukum

dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak

kurang daripada sepuluh juta ringgit atau dengan

kedua-duanya, dan dalam suatu hal pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak dua puluh juta ringgit; atau

(ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang itu tanpa permit khas dengan

menyalahi undang-undang atau tanpa pengetahuan

bahawa pengeksportan, pemindahan atau

pembawaan dalam transit barang itu tanpa permit

khas menyalahi undang-undang, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada

lima tahun atau dengan denda tidak kurang

daripada lima juta ringgit atau dengan kedua-

duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak sepuluh juta ringgit.

(6) Seseorang yang melanggar subseksyen (3) melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—

(a) berhubung dengan barang strategik atau barang tidak

tersenarai yang merupakan senjata atau bahan yang

berkaitan—

Page 21: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 21

(i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang itu dengan menyalahi undang-

undang atau dengan pengetahuan bahawa

pengeksportan, pemindahan atau pembawaan

dalam transit barang itu menyalahi undang-

undang—

(A) jika kematian adalah hasil perbuatan itu,

dihukum dengan hukuman mati atau

pemenjaraan selama hayat, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak tiga puluh

juta ringgit; atau

(B) dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada sepuluh tahun atau dengan denda

tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit

atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak dua puluh

juta ringgit; atau

(ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang itu dengan menyalahi undang-

undang atau tanpa pengetahuan bahawa

pengeksportan, pemindahan atau pembawaan

dalam transit barang itu menyalahi undang-

undang, dihukum dengan pemenjaraan selama

tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau

dengan denda tidak kurang daripada lima juta

ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan

denda minimum sebanyak sepuluh juta ringgit; dan

(b) berhubung dengan barang strategik dan barang tidak

tersenarai selain senjata atau bahan yang berkaitan—

Page 22: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

22 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang itu dengan menyalahi undang-

undang atau dengan pengetahuan bahawa

pengeksportan, pemindahan atau pembawaan

dalam transit barang itu menyalahi undang-

undang, dihukum dengan pemenjaraan selama

tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau

dengan denda tidak kurang daripada sepuluh juta

ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan

denda minimum sebanyak dua puluh juta ringgit;

atau

(ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang itu dengan menyalahi undang-

undang atau tanpa pengetahuan bahawa

pengeksportan, pemindahan atau pembawaan

dalam transit barang itu menyalahi undang-

undang, dihukum dengan pemenjaraan selama

tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau

dengan denda tidak kurang daripada lima juta

ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan

denda minimum sebanyak sepuluh juta ringgit.

(7) Seksyen ini tidak terpakai bagi pengeksportan mana-mana

dokumen yang di dalamnya apa-apa teknologi strategik direkodkan,

disimpan atau dikandungkan, atau bagi penghantaran teknologi

strategik sedemikian, setakat yang pengeksportan atau penghantaran

itu perlu untuk memudahkan—

(a) pemasangan, pengendalian, penyenggaraan atau pembaikan

apa-apa barang yang telah dieksport;

(b) permohonan bagi paten; atau

Page 23: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 23

(c) penyelidikan dalam teknologi strategik sedemikian, yang

hasilnya tidak mempunyai penggunaan yang praktik.

Pemberian bantuan teknikal

10. (1) Tiada seorang pun boleh memberikan apa-apa bantuan

teknikal di dalam atau di luar Malaysia jika bantuan teknikal

sedemikian diniatkan untuk digunakan berkaitan dengan suatu aktiviti

terhad.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—

(a) jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum dengan

hukuman mati atau pemenjaraan selama hayat, dan dalam

hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda

minimum sebanyak tiga puluh juta ringgit; atau

(b) dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan pemenjaraan

selama tempoh tidak kurang daripada sepuluh tahun atau

dengan denda tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit

atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua

puluh juta ringgit.

Pembrokeran barang strategik

11. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan perbuatan

pembrokeran apa-apa barang strategik melainkan jika orang itu

didaftarkan di bawah seksyen 19, dan jika dikehendaki di bawah

undang-undang yang berkaitan, memegang permit sah bagi

pembrokeran barang strategik sedemikian daripada Pihak Berkuasa

yang berkenaan di bawah undang-undang yang berkaitan jika—

(a) orang itu telah diberitahu oleh Pihak Berkuasa yang

berkenaan itu atau pegawai diberi kuasa bahawa barang

strategik sedemikian mungkin diniatkan atau

Page 24: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

berkemungkinan akan digunakan, secara keseluruhan atau

sebahagiannya, bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti

terhad;

(b) orang itu tahu bahawa barang strategik sedemikian

diniatkan untuk digunakan, secara keseluruhan atau

sebahagiannya, bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti

terhad; atau

(c) orang itu mempunyai alasan munasabah untuk mengesyaki

bahawa barang strategik sedemikian diniatkan atau

berkemungkinan akan digunakan, suatu keseluruhan atau

sebahagiannya, bagi atau berkaitan dengan suatu aktiviti

terhad.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—

(a) berhubung dengan barang strategik yang merupakan senjata

atau bahan yang berkaitan—

(i) jika kematian adalah hasil perbuatan itu, dihukum

dengan hukuman mati atau pemenjaraan selama

hayat, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan,

dihukum dengan denda minimum sebanyak tiga

puluh juta ringgit; atau

(ii) dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada

sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang

daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-

duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak dua puluh juta ringgit; atau

(b) berhubung dengan barang strategik selain senjata atau bahan

yang berkaitan, dihukum dengan pemenjaraan selama

tempoh tidak kurang daripada lima tahun atau dengan denda

tidak kurang daripada lima juta ringgit atau dengan kedua-

Page 25: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 25

duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan,

dihukum dengan denda minimum sebanyak sepuluh juta

ringgit.

(3) Dalam apa-apa prosiding bagi suatu kesalahan yang

berkenaan dengan mana-mana barang strategik yang disebut dalam

perenggan (1)(c), hendaklah menjadi suatu pembelaan bagi tertuduh

untuk membuktikan bahawa dia telah membuat segala siasatan yang

munasabah tentang kegunaan atau kegunaan yang dicadangkan bagi

barang itu dan berpuas hati daripada siasatan sedemikian bahawa

barang itu tidak akan digunakan bagi atau berkaitan dengan suatu

aktiviti terhad.

Transaksi yang melibatkan barang tidak tersenarai dan aktiviti

terhad

12. (1) Jika seseorang dimaklumkan oleh Pihak Berkuasa yang

berkenaan atau selainnya mengetahui atau mempunyai sebab untuk

mempercayai bahawa apa-apa barang tidak tersenarai akan atau

mungkin digunakan bagi suatu aktiviti terhad, maka orang itu

hendaklah memberitahu Pihak Berkuasa yang berkenaan mengenai

niatnya untuk mengeksport barang tidak tersenarai itu sekurang-

kurangnya tiga puluh hari sebelum pengeksportan itu hendak

dijalankan.

(2) Apabila diberitahu sedemikian, Pihak Berkuasa yang

berkenaan hendaklah memutuskan sama ada untuk membenarkan

pengeksportan itu diteruskan atau tidak.

(3) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh memutuskan untuk

membenarkan pengeksportan itu diteruskan tertakluk kepada

pemberian suatu permit di bawah Akta ini.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan—

Page 26: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

26 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(a) berhubung dengan barang tidak tersenarai yang merupakan

senjata atau bahan yang berkaitan—

(i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit

dengan menyalahi undang-undang atau dengan

pengetahuan bahawa pengeksportan, pemindahan

atau pembawaan dalam transit barang tidak

tersenarai itu tanpa permit menyalahi undang-

undang—

(A) jika kematian adalah hasil perbuatan itu,

dihukum dengan hukuman mati atau

pemenjaraan selama hayat, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak tiga puluh

juta ringgit; atau

(B) dalam apa-apa hal lain, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada sepuluh tahun atau dengan denda

tidak kurang daripada sepuluh juta ringgit

atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal

suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak dua puluh

juta ringgit; atau

(ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa

dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa

permit dengan menyalahi undang-undang atau

tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan,

pemindahan atau pembawaan dalam transit

barang tidak tersenarai itu tanpa permit

menyalahi undang-undang, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada lima tahun atau dengan denda tidak

kurang daripada lima juta ringgit atau dengan

Page 27: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 27

kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak sepuluh juta ringgit; dan

(b) berhubung dengan barang tidak tersenarai selain senjata

atau bahan yang berkaitan—

(i) jika perbuatan itu dilakukan dengan niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa dalam

transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit dengan

menyalahi undang-undang atau dengan pengetahuan

bahawa pengeksportan, pemindahan atau pembawaan

dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa permit

menyalahi undang-undang, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada

sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang

daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-

duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan,

dihukum dengan denda minimum sebanyak dua puluh

juta ringgit; atau

(ii) jika perbuatan itu dilakukan tanpa niat untuk

mengeksport, memindahkan atau membawa

dalam transit barang tidak tersenarai itu tanpa

permit dengan menyalahi undang-undang atau

tanpa pengetahuan bahawa pengeksportan,

pemindahan atau pembawaan dalam transit

barang tidak tersenarai itu tanpa permit

menyalahi undang-undang, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang

daripada lima tahun atau dengan denda tidak

kurang daripada lima juta ringgit atau dengan

kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak sepuluh juta ringgit.

Page 28: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

BAHAGIAN IV

PERMIT DAN PENDAFTARAN

Pemakaian Akta bagi permit dan pendaftaran

13. Tanpa menjejaskan pemakaian am undang-undang yang

berkaitan, bagi maksud barang strategik, barang tidak tersenarai dan

aktiviti terhad yang dikawal selia di bawah Akta ini, Pihak Berkuasa

yang berkenaan hendaklah menguruskan permit dan pendaftaran yang

dikehendaki bagi barang strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti

terhad sedemikian mengikut peruntukan Akta ini.

Permohonan bagi permit

14. (1) Suatu permohonan bagi permit atau permit khas yang

disebut dalam seksyen 9 hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa

yang berkenaan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah

Akta ini.

(2) Tiap-tiap permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah

disertakan dengan suatu pernyataan kegunaan akhir.

(3) Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik

pada bila-bila masa sebelum ia dibenarkan atau ditolak.

Dokumen atau maklumat tambahan

15. (1) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa

selepas menerima permohonan di bawah seksyen 14 dan sebelum

permohonan itu ditentukan, melalui notis bertulis, menghendaki

pemohon untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat

tambahan kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan itu dalam tempoh

yang dinyatakan dalam notis itu.

(2) Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di

bawah subseksyen (1) tidak dikemukakan oleh pemohon dalam

Page 29: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 29

tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh

lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan itu,

permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak

diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu

untuk membuat suatu permohonan baru.

Pemberian atau penolakan permit

16. (1) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, setelah

menimbangkan permohonan bagi permit di bawah seksyen 14 dan

apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikemukakan di

bawah seksyen 15 dan setelah berpuas hati bahawa segala kehendak

telah dipenuhi, memberikan permit itu atau menolak pemberian

permit itu.

(2) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa

syarat yang didapatinya patut semasa memberikan permit itu.

(3) Tiap-tiap permit yang diberikan di bawah subseksyen (1)

hendaklah menyatakan tempoh permit itu.

(4) Syarat-syarat yang dikenakan di bawah permit itu boleh pada

bila-bila masa diubah atau dipinda oleh Pihak Berkuasa yang

berkenaan dengan syarat bahawa pemegang permit itu diberi peluang

yang munasabah untuk didengar.

(5) Keputusan Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah seksyen

ini hendaklah diberitahu kepada pemohon melalui notis bertulis

secepat yang dapat dilaksanakan.

(6) Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah

subseksyen (5) hendaklah menyatakan—

(a) dalam hal jika permit diberikan, hakikat pemberian itu dan

syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan di bawah subseksyen

(2); dan

Page 30: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

30 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(b) dalam hal keengganan untuk memberikan permit, hakikat

penolakan itu dan sebab bagi penolakan itu.

(7) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh membaharui semula

mana-mana permit atas permohonan.

Penggantungan dan pembatalan permit

17. (1) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila

masa, menggantung atau membatalkan suatu permit jika—

(a) pemegang permit tidak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini;

(b) pemegang permit tidak mematuhi mana-mana syarat yang

dikenakan atas permit;

(c) pemegang permit telah mendapatkan permit itu secara salah

atau secara haram; atau

(d) adalah perlu bagi kepentingan negara, keselamatan negara

atau maksud ketidakcambahan,

dan hendaklah memberitahu pemegang permit itu dalam tempoh tiga

puluh hari melalui notis bertulis bahawa permit itu telah digantung

atau dibatalkan.

(2) Suatu penggantungan atau pembatalan di bawah subseksyen

(1) hendaklah terus berkuat kuasa sehingga pemegang permit itu

mengambil langkah-langkah untuk menyingkirkan sebab-sebab bagi

penggantungan atau pembatalan itu dengan memuaskan Pihak

Berkuasa yang berkenaan.

(3) Bagi maksud perenggan (1)(d), penentuan tentang maksud

kepentingan negara dan keselamatan negara hendaklah dibuat oleh

Menteri dan penentuan sedemikian hendaklah muktamad dan

mengikat semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji semula,

dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Page 31: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 31

Penggunaan permit tanpa kebenaran

18. (1) Tiada seorang pun yang diberikan permit di bawah Akta ini

boleh membenarkan permit itu digunakan oleh mana-mana orang

lain.

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun atau

dengan denda tidak kurang daripada tiga juta ringgit atau dengan

kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak lima juta ringgit.

Pendaftaran broker

19. (1) Suatu permohonan bagi pendaftaran untuk menjalankan

pembrokeran barang strategik yang disebut dalam seksyen 11

hendaklah dibuat kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan mengikut

peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

(2) Suatu permohonan di bawah seksyen ini boleh ditarik balik

pada bila-bila masa sebelum permohonan itu dibenarkan atau ditolak.

(3) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa

selepas menerima permohonan di bawah seksyen ini dan sebelum

permohonan itu ditentukan, melalui notis bertulis, menghendaki

pemohon untuk mengemukakan apa-apa dokumen atau maklumat

tambahan kepada Pihak Berkuasa yang berkenaan itu dalam tempoh

yang dinyatakan dalam notis itu.

(4) Jika dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di

bawah subseksyen (3) tidak dikemukakan oleh pemohon dalam

tempoh yang dinyatakan dalam notis itu atau dalam apa-apa tempoh

lanjutan yang diberikan oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan itu,

permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik dan tidak

diteruskan selanjutnya, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu

untuk membuat suatu permohonan baru.

Page 32: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

32 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(5) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, setelah menimbangkan

permohonan bagi pendaftaran itu dan apa-apa dokumen atau

maklumat tambahan yang dikemukakan di bawah subseksyen (3) dan

setelah berpuas hati bahawa segala kehendak telah dipenuhi,

mendaftarkan pemohon atau menolak pendaftaran itu.

(6) Pendaftaran di bawah seksyen ini adalah sah selama tempoh

satu tahun dan boleh dibaharui semula atas permohonan.

(7) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh mengenakan apa-apa

syarat yang didapatinya patut semasa memberikan pendaftaran itu.

(8) Syarat-syarat yang dikenakan atas pendaftaran itu boleh pada

bila-bila masa diubah atau dipinda oleh Pihak Berkuasa yang

berkenaan dengan syarat bahawa broker berdaftar itu diberi peluang

yang munasabah untuk didengar.

(9) Keputusan Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah seksyen

ini hendaklah diberitahu kepada pemohon melalui notis bertulis

secepat yang dapat dilaksanakan.

(10) Notis bertulis oleh Pihak Berkuasa yang berkenaan di bawah

subseksyen (9) hendaklah menyatakan—

(a) dalam hal jika pendaftaran diberikan, hakikat pendaftaran

itu dan syarat-syarat, jika ada, yang dikenakan di bawah

subseksyen (7); dan

(b) dalam hal penolakan pendaftaran, hakikat penolakan itu dan

sebab bagi penolakan itu.

(11) Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh, pada bila-bila masa,

menggantung atau membatalkan suatu pendaftaran jika—

(a) broker berdaftar itu tidak mematuhi mana-mana peruntukan

Akta ini;

(b) broker berdaftar itu tidak mematuhi mana-mana syarat yang

dikenakan atas pendaftaran;

Page 33: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 33

(c) broker berdaftar itu telah mendapatkan pendaftaran itu

secara salah atau secara haram; atau

(d) adalah perlu bagi kepentingan negara, keselamatan negara

atau maksud ketidakcambahan,

dan hendaklah memberitahu broker berdaftar itu dalam tempoh tiga

puluh hari melalui notis bertulis bahawa pendaftaran itu telah

digantung atau dibatalkan.

(12) Suatu penggantungan atau pembatalan di bawah subseksyen

(11) hendaklah terus berkuat kuasa sehingga broker berdaftar itu telah

mengambil langkah-langkah untuk menyingkirkan sebab-sebab bagi

penggantungan atau pembatalan itu dengan memuaskan Pihak

Berkuasa yang berkenaan.

(13) Bagi maksud perenggan (11)(d), penentuan tentang maksud

kepentingan negara dan keselamatan negara hendaklah dibuat oleh

Menteri dan penentuan sedemikian hendaklah muktamad dan

mengikat atas semua orang dan tidak boleh dicabar, dirayu, dikaji

semula, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.

Hilang kelayakan kerana kesalahan

20. Mana-mana mahkamah yang di hadapannya seseorang

disabitkan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini berkaitan dengan

pengeksportan, pemindahan atau pembawaan dalam transit barang

strategik atau barang tidak tersenarai atau pembrokeran barang

strategik boleh memerintahkan supaya—

(a) orang itu dihilangkan kelayakannya daripada memegang

atau mendapatkan suatu permit di bawah Akta ini atau

daripada didaftarkan sebagai seorang broker di bawah Akta

ini bagi seumur hidup atau selama tempoh yang didapati

patut oleh mahkamah; dan

(b) butir-butir mengenai sabitan itu dan apa-apa hilang

kelayakan yang baginya orang yang disabitkan itu tertakluk

Page 34: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

34 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

hendaklah diberitahu kepada Pengawal dan hendaklah

diendorskan pada mana-mana permit atau pendaftaran yang

dipegang oleh pesalah itu:

Dengan syarat bahawa, jika didapati patut oleh mahkamah, apa-apa

hilang kelayakan yang dikenakan di bawah seksyen ini boleh

dihadkan kepada pengeksportan, pemindahan, pembawaan dalam

transit atau pembrokeran barang strategik atau barang tidak

tersenarai, mengikut mana-mana yang berkenaan, yang sama kelas

atau perihalannya seperti barang strategik atau barang tidak tersenarai

yang berkenaan dengannya kesalahan itu dilakukan.

Penggantungan permit atau pendaftaran apabila hilang

kelayakan

21. (1) Jika seseorang yang hilang kelayakan menurut kuasa suatu

sabitan atau perintah di bawah Akta ini ialah pemegang permit atau

broker berdaftar, mengikut mana-mana yang berkenaan, maka permit

atau pendaftaran itu hendaklah digantung selagi hilang kelayakan itu

terus berkuat kuasa.

(2) Sesuatu permit atau pendaftaran yang digantung menurut

kuasa seksyen ini tidak mempunyai kuat kuasa dalam tempoh

penggantungan itu.

(3) Jika mana-mana orang yang hilang kelayakan di bawah

seksyen ini daripada memegang atau mendapatkan permit memohon

atau mendapatkan suatu permit semasa dia hilang kelayakan

sedemikian, atau jika mana-mana orang itu semasa dia hilang

kelayakan sedemikian mengeksport, memindahkan atau membawa

dalam transit apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai,

atau jika kehilangan kelayakan itu dihadkan kepada pengeksportan,

pemindahan atau pembawaan dalam transit kelas atau perihalan

tertentu barang strategik atau barang tidak tersenarai, mengeksport,

memindahkan atau membawa dalam transit apa-apa barang strategik

atau barang tidak tersenarai daripada kelas atau perihalan itu, maka

orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila

disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak

Page 35: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 35

kurang daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang

daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam

hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak dua puluh juta ringgit.

(4) Jika mana-mana orang yang hilang kelayakan daripada

memegang atau mendapatkan suatu pendaftaran sebagai broker di

bawah seksyen ini memohon atau mendapatkan suatu pendaftaran

semasa dia hilang kelayakan sedemikian, atau jika mana-mana orang

itu semasa dia hilang kelayakan sedemikian menjalankan apa-apa

perbuatan pembrokeran apa-apa barang strategik, atau jika

kehilangan kelayakan itu dihadkan kepada pembrokeran kelas atau

perihalan barang strategik yang tertentu, menjalankan perbuatan

pembrokeran apa-apa barang strategik daripada kelas atau perihalan

itu, maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah,

apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh

tidak kurang daripada sepuluh tahun atau dengan denda tidak kurang

daripada sepuluh juta ringgit atau dengan kedua-duanya, dan dalam

hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum dengan denda minimum

sebanyak dua puluh juta ringgit.

(5) Sesuatu permit atau pendaftaran yang didapatkan oleh orang

yang hilang kelayakan seperti yang tersebut dahulu hendaklah tidak

kuat kuasa.

Permohonan untuk menghapuskan hilang kelayakan

22. (1) Seseorang yang menurut kuasa suatu sabitan atau perintah

di bawah Akta ini dihilangkan kelayakan daripada memegang atau

mendapatkan sesuatu permit atau pendaftaran boleh, pada bila-bila

masa selepas habis tempoh tiga tahun dari tarikh sabitan atau perintah

itu, dan dari semasa ke semasa (yang tidak kurang daripada tiga bulan

dari tarikh permohonannya yang terakhir yang dibuat di bawah

seksyen ini) memohon kepada mahkamah yang di hadapannya dia

disabitkan atau yang membuat perintah itu bagi menghapuskan hilang

kelayakan itu.

Page 36: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

36 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(2) Apabila suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat,

mahkamah boleh, setelah mengambil kira watak pemohon,

kelakuannya berikutan daripada sabitan atau perintah itu, jenis

kesalahan dan apa-apa hal keadaan lain, sama ada dengan perintah

menghapuskan hilang kelayakan itu dari tarikh yang dinyatakan oleh

mahkamah dalam perintah itu atau menolak permohonan itu.

(3) Apabila suatu permohonan di bawah subseksyen (1) dibuat,

mahkamah hendaklah mengambil kira apa-apa representasi yang

dibuat oleh Pengawal atau mana-mana Pihak Berkuasa yang

berkenaan.

Pengendorsan pada permit

23. (1) Sesuatu perintah supaya butir-butir mengenai apa-apa

sabitan atau mengenai apa-apa hilang kelayakan yang baginya orang

yang disabitkan itu tertakluk diendorskan pada mana-mana permit

atau pendaftaran yang dipegang oleh pesalah itu hendaklah, sama ada

pesalah itu pada masa itu ialah pemegang suatu permit atau

pendaftaran atau tidak, berkuat kuasa sebagai suatu perintah bahawa

apa-apa permit atau pendaftaran yang boleh dipegang olehnya pada

masa itu atau yang boleh didapati kemudian hendaklah diendorskan

sedemikian sehingga dia berhak di bawah seksyen ini untuk memiliki

suatu permit atau pendaftaran yang dikeluarkan kepadanya yang

bebas daripada apa-apa pengendorsan.

(2) Jika mana-mana orang yang permit atau pendaftarannya telah

diperintahkan supaya diendorskan memohon bagi suatu permit atau

pendaftaran tanpa memberikan butir-butir mengenai perintah itu,

maka orang itu melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila

disabitkan, dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit

atau dengan pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun

atau dengan kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan

perbadanan, dihukum dengan denda minimum sebanyak dua juta

ringgit, dan apa-apa permit atau pendaftaran yang didapatkan

sedemikian hendaklah tidak mempunyai kuat kuasa.

Page 37: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 37

(3) Jika sesuatu mahkamah memerintahkan supaya butir-butir

diendorskan pada permit atau pendaftaran yang dipegang oleh mana-

mana orang, atau jika, melalui suatu sabitan atau perintah mahkamah,

seseorang itu dihilangkan kelayakan daripada memegang atau

mendapatkan suatu permit atau pendaftaran, mahkamah hendaklah

menghantar notis mengenai sabitan atau perintah itu kepada

Pengawal dan memerintahkan orang itu untuk menyerahkan permit

atau pendaftaran itu kepada Pengawal bagi pengendorsan yang

sewajarnya.

(4) Jika menurut suatu notis mahkamah yang disebut dalam

subseksyen (3), butir-butir yang dikehendaki diendorskan pada

permit atau pendaftaran itu dimasukkan dalam daftar yang

disenggarakan oleh Pengawal di bawah Akta ini, pengendorsan itu

hendaklah disifatkan telah dilaksanakan.

Penyenggaraan dokumen dan daftar

24. (1) Seseorang yang diberikan permit atau didaftarkan sebagai

broker di bawah Akta ini hendaklah berhubung dengan barang

strategik atau aktiviti terhad—

(a) menyenggarakan suatu daftar dalam bentuk yang

ditetapkan; dan

(b) menyimpan segala dokumen bagi apa-apa tempoh yang

ditetapkan.

(2) Daftar itu hendaklah—

(a) disimpan semata-mata bagi maksud mencatatkan rekod dan

maklumat yang ditetapkan;

(b) sentiasa dikemaskinikan dan disimpan secara teratur dan

dalam keadaan baik; dan

(c) disimpan bagi apa-apa tempoh yang ditetapkan.

Page 38: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(3) Orang yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah

menyediakan daftar untuk pemeriksaan sebagaimana dan apabila

dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa.

(4) Seseorang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,

dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan

kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak dua juta ringgit.

Daftar

25. (1) Pengawal hendaklah menyimpan dan menyenggarakan

daftar pemegang permit dan broker berdaftar.

(2) Daftar itu hendaklah tersedia bagi pemeriksaan oleh orang

awam tertakluk kepada apa-apa syarat yang didapati patut oleh

Pengawal.

(3) Suatu salinan atau cabutan mana-mana catatan dalam daftar

yang diperakui dengan sewajarnya oleh Pengawal hendaklah

diberikan kepada mana-mana orang yang menghendaki salinan atau

cabutan itu atas bayaran fi yang ditetapkan.

(4) Daftar hendaklah menjadi keterangan muktamad sekiranya

apa-apa persoalan berbangkit tentang sama ada mana-mana orang

memegang permit sah atau didaftarkan sebagai broker di bawah Akta

ini.

BAHAGIAN V

PENGUATKUASAAN

Pemakaian Akta bagi penguatkuasaan

26. Tanpa menjejaskan keluasan seksyen 3 dan pemakaian undang-

undang yang berkaitan, bagi maksud barang strategik, barang tidak

Page 39: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 39

tersenarai dan aktiviti terhad yang dikawal selia di bawah Akta ini,

kuasa penguatkuasaan yang diperuntukkan di bawah Bahagian ini

hendaklah tersedia bagi pegawai diberi kuasa.

Pengemukaan kad kuasa

27. Tiap-tiap pegawai diberi kuasa hendaklah mengisytiharkan

jawatannya dan apabila diminta mengemukakan kad kuasanya kepada

orang yang terhadapnya dia bertindak.

Kuasa pegawai diberi kuasa

28. (1) Tanpa menjejaskan kuasa pegawai diberi kuasa di bawah

mana-mana undang-undang bertulis lain, termasuk undang-undang

yang berkaitan, pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai kuasa

yang berikut bagi maksud menguatkuasakan Akta ini:

(a) menerima dan menimbangkan apa-apa laporan tentang

berlakunya sesuatu kesalahan di bawah Akta ini;

(b) memberhentikan, memasuki, menaiki, memeriksa dan

menggeledah mana-mana tempat, premis, struktur atau

pengangkutan dan untuk menahan mana-mana

pengangkutan;

(c) memanggil kembali mana-mana pengangkutan yang telah

meninggalkan mana-mana pelabuhan atau tempat di

Malaysia dan menahan pengangkutan itu;

(d) melaksanakan hak kejar buru;

(e) menuntut pengemukaan apa-apa permit, rekod, perakuan

atau dokumen lain dan memeriksa, membuat salinan atau

mengambil cabutan daripada permit, rekod, perakuan atau

dokumen lain itu;

(f) menyiasat apa-apa kesalahan di bawah Akta ini;

Page 40: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

40 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(g) memeriksa dan menyita apa-apa barang strategik atau

barang tidak tersenarai berserta dengan apa-apa bekas,

bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang didalamnya

barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan,

disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau

data berkomputer yang berhubungan dengan apa-apa

kesalahan di bawah Akta ini;

(h) menangkap mana-mana orang yang pegawai diberi kuasa itu

mempunyai sebab untuk mempercayai telah melakukan atau

sedang mencuba untuk melakukan sesuatu kesalahan di

bawah Akta ini; dan

(i) menyingkirkan mana-mana pengangkutan yang pegawai

diberi kuasa itu mempunyai sebab untuk mempercayai

terlibat dalam aktiviti terhad atau bertindak bertentangan

dengan kepentingan negara atau keselamatan negara.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), tiada pengangkutan boleh

diberhentikan, dimasuki, dinaiki, digeledah, diperiksa atau ditahan di

dalam kawasan laut wilayah jika laluan pengangkutan itu di dalam

laut wilayah merupakan laluan ikhlas.

(3) Bagi maksud subseksyen (2), laluan sesuatu pengangkutan

merupakan laluan ikhlas jika dan selagi laluan pengangkutan itu tidak

memudaratkan keamanan, ketenteraman atau keselamatan Negara

Malaysia.

(4) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis, bagi

maksud subseksyen (3), aktiviti yang berikut hendaklah dianggap

memudaratkan keamanan, ketenteraman dan keselamatan negara:

(a) apa-apa ancaman atau penggunaan kekerasan terhadap

kedaulatan, keutuhan wilayah atau kebebasan politik

Malaysia atau apa-apa perbuatan yang dengan apa-apa cara

merupakan pelanggaran prinsip undang-undang

antarabangsa;

(b) apa-apa penggunaan atau latihan dengan apa-apa jenis

senjata;

Page 41: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 41

(c) apa-apa perbuatan yang bertujuan untuk mengumpul

maklumat yang memudaratkan keselamatan negara atau

pertahanan Malaysia;

(d) apa-apa perbuatan propaganda yang bertujuan untuk

menjejaskan keamanan, keselamatan negara atau pertahanan

Malaysia;

(e) pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana

pesawat udara;

(f) pelancaran, pendaratan atau pengambilan naik mana-mana

peranti tentera;

(g) pemuatan atau pemunggahan apa-apa komoditi, mata wang

atau orang yang bertentangan dengan undang-undang

kastam, kewangan, imigresen atau kesihatan Malaysia;

(h) apa-apa perbuatan pencemaran;

(i) apa-apa aktiviti menangkap ikan;

(j) penjalanan aktiviti penyelidikan atau tinjauan tanpa

kebenaran;

(k) apa-apa perbuatan yang bertujuan untuk mengganggu apa-

apa sistem komunikasi atau apa-apa kemudahan atau

pemasangan lain di Malaysia; dan

(l) apa-apa aktiviti lain yang tiada kaitan secara langsung

dengan laluan.

Kuasa penyiasatan

29. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mempunyai

segala kuasa yang perlu untuk menjalankan pemeriksaan dan untuk

menyiasat pelakuan mana-mana kesalahan di bawah Akta ini.

Page 42: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), bagi maksud

penyiasatan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini, seseorang pegawai

diberi kuasa hendaklah mempunyai segala kuasa yang boleh

dijalankan oleh pegawai diberi kuasa itu di bawah mana-mana

undang-undang bertulis dan Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran

30. Bagi maksud Akta ini, jika seseorang pegawai diberi kuasa

mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa oleh

sebab kelengahan dalam mendapatkan waran geledah penyiasatan

akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan kesalahan itu

mungkin diganggu, dialihkan, dirosakkan atau dimusnahkan, pegawai

diberi kuasa itu boleh, tanpa waran, memasuki mana-mana tempat,

premis atau pengangkutan dan menyita apa-apa barang strategik atau

barang tidak tersenarai, atau apa-apa bekas, bungkusan,

pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya barang strategik atau

barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod,

buku, akaun, dokumen atau data berkomputer.

Akses ke tempat atau premis

31. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah pada setiap masa

mempunyai akses ke mana-mana tempat atau premis bagi maksud

Akta ini.

(2) Jika mana-mana pegawai diberi kuasa memasuki mana-mana

tempat atau premis mengikut peruntukan seksyen ini, maka—

(a) dia boleh menghendaki mana-mana orang di dalamnya

untuk mengemukakan apa-apa buku, akaun atau dokumen

lain, termasuk data berkomputer, atau rekod lain, sama ada

dalam format cetakan atau elektronik, atau barang yang

dikehendaki disimpan oleh orang itu di bawah peruntukan

Akta ini;

Page 43: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 43

(b) dia boleh memeriksa apa-apa buku, akaun atau dokumen

lain, termasuk data berkomputer, atau rekod lain, sama ada

dalam format cetakan atau elektronik, kemudahan,

peralatan, kelengkapan, peranti atau barang dan membuat

salinan atau mengambil cabutan daripada apa-apa buku,

akaun, dokumen atau rekod itu;

(c) dia boleh menyita dan menahan apa-apa buku, akaun atau

dokumen lain, termasuk data berkomputer, atau rekod lain,

sama ada dalam format cetakan atau elektronik, kemudahan,

peralatan, kelengkapan, peranti atau barang yang

mengandungi atau yang dengan munasabahnya disyaki

mengandungi maklumat tentang apa-apa kesalahan yang

disyaki telah dilakukan di bawah Akta ini;

(d) dia boleh menghendaki mana-mana orang di dalamnya atau

pekerjanya untuk menjawab soalan yang berhubungan

dengan—

(i) apa-apa buku, data, dokumen atau rekod lain, atau

barang;

(ii) apa-apa catatan dalam apa-apa buku, data,

dokumen atau rekod lain; atau

(iii) apa-apa barang;

(e) dia boleh menghendaki mana-mana bekas, sampul surat atau

wadah lain di dalam mana-mana tempat atau premis itu

dibuka;

(f) dia boleh pada risiko dan perbelanjaan mana-mana orang di

dalamnya membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan,

atau apa-apa barang atau bahan, didalam mana-mana tempat

atau premis itu.

(3) Jika, oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak

praktik untuk memindahkan apa-apa barang, buku, akaun atau

dokumen lain, termasuk data berkomputer, atau rekod lain, sama ada

Page 44: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

dalam format cetakan atau elektronik, yang disita di bawah seksyen

ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara,

mengelak barang, buku, akaun atau dokumen lain, termasuk data

berkomputer, atau rekod lain itu di dalam tempat atau premis atau

bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

(4) Jika pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah

peruntukan Akta ini tidak mendapat akses bebas ke dalam mana-

mana tempat atau premis atau bagi apa-apa bekas di dalam tempat

atau premis itu, dia boleh, pada bila-bila masa, memasuki tempat atau

premis itu dan membuka bekas itu mengikut apa-apa cara, jika perlu

dengan kekerasan, sebagaimana yang difikirkannya perlu.

(5) Jika, apabila kemasukan ke dalam mana-mana tempat atau

premis di bawah peruntukan Akta ini dibuat, apa-apa barang strategik

atau barang tidak tersenarai dijumpai yang berhubungan dengannya

apa-apa kesalahan telah dilakukan, maka barang strategik atau barang

tidak tersenarai itu boleh dilucuthakkan.

Capaian kepada data berkomputer

32. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan

penggeledahan di bawah Akta ini hendaklah diberi capaian kepada

data berkomputer sama ada yang disimpan dalam suatu komputer

atau selainnya.

(2) Dalam seksyen ini, “capaian” termasuklah diberikan dengan

kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian atau

perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki bagi

membolehkan pemahaman data berkomputer itu.

Kuasa menggeledah pengangkutan

33. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh—

(a) menaiki mana-mana pengangkutan;

Page 45: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 45

(b) menghendaki nakhoda kapal, juruterbang pesawat udara

atau orang yang mengawal mana-mana pengangkutan lain

untuk memberikan apa-apa maklumat yang berhubungan

dengan pengangkutan, kargo, stor, anak kapal, penumpang

atau perjalanan itu yang didapatinya perlu;

(c) menggeledah semua bahagian pengangkutan itu bagi barang

strategik;

(d) memeriksa segala barang atas pengangkutan itu dan segala

barang yang sedang dimuatkan atau diturunkan;

(e) meminta segala dokumen yang sepatutnya ada atas

pengangkutan itu; dan

(f) menghendaki segala atau apa-apa dokumen sedemikian

dibawa kepadanya untuk diperiksa,

dan nakhoda kapal, juruterbang pesawat udara atau orang yang

mengawal mana-mana pengangkutan lain yang enggan membenarkan

pegawai diberi kuasa itu menaiki atau menggeledah pengangkutan

itu, atau enggan memberikan apa-apa maklumat atau mengemukakan

apa-apa dokumen apabila diminta melakukan suatu kesalahan dan

hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan pemenjaraan selama

tempoh tidak kurang daripada tiga tahun atau dengan denda tidak

kurang daripada satu juta ringgit atau dengan kedua-duanya.

(2) Jika mana-mana tempat, kotak atau peti di atas pengangkutan

itu dikunci dan kuncinya tidak diserahkan, pegawai diberi kuasa

boleh memecahkan mana-mana tempat, kotak atau peti itu.

(3) Jika apa-apa barang dijumpai tersembunyi di atas mana-mana

pengangkutan, barang itu hendaklah disifatkan sebagai barang

strategik.

Penggunaan kekerasan

34. Jika kekerasan dikehendaki untuk masuk ke mana-mana

tempat, premis atau pengangkutan, pegawai diberi kuasa yang

Page 46: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

melaksanakan kuasa di bawah Akta ini boleh menggunakan apa-apa

kekerasan yang munasabah mengikut hal keadaan.

Senarai barang yang disita

35. Jika apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai, dan

apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang

didalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu

distorkan, disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau

data berkomputer disita, pegawai diberi kuasa yang menyita barang

itu hendaklah menyediakan senarai barang yang disita dan dengan

serta-merta menghantarserahkan suatu salinan senarai itu yang

ditandatanganinya kepada pemunya atau orang yang menjaga tempat,

premis atau pengangkutan yang digeledah itu, atau kepada ejen atau

pekhidmat pemunya atau orang itu, di tempat, premis atau

pengangkutan itu.

Kuasa penangkapan

36. Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran

mana-mana orang yang dipercayainya dengan munasabah telah

melakukan atau sedang mencuba untuk melakukan suatu kesalahan di

bawah Akta ini.

Pemintasan komunikasi

37. (1) Walau apa pun peruntukan mana-mana undang-undang

bertulis yang lain, Pendakwa Raya boleh, jika dia berpendapat

bahawa apa-apa maklumat yang berkaitan dengan maksud mana-

mana penyiasatan mengenai suatu kesalahan di bawah Akta ini yang

berhubungan dengan barang strategik, barang tidak tersenarai atau

aktiviti terhad berkemungkinan terkandung di dalamnya, atas

permohonan seorang pegawai diberi kuasa, memberi kuasa mana-

mana pegawai diberi kuasa—

Page 47: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 47

(a) untuk memintas, menahan dan membuka apa-apa barang

pos yang dalam penghantaran melalui pos; atau

(b) untuk memintas, mendengar dan merekodkan apa-apa

komunikasi yang dihantar atau diterima melalui mana-mana

komunikasi.

(2) Apabila mana-mana orang didakwa atas suatu kesalahan di

bawah Akta ini yang berhubungan dengan barang strategik, barang

tidak tersenarai atau aktiviti terhad, apa-apa maklumat yang diperoleh

oleh seorang pegawai diberi kuasa menurut subseksyen (1), sama ada

sebelum atau selepas orang itu didakwa, boleh diterima sebagai

keterangan semasa perbicaraannya.

(3) Pemberikuasaan oleh Pendakwa Raya di bawah subseksyen

(1) boleh diberikan sama ada secara lisan atau bertulis; tetapi jika

suatu pemberikuasaan lisan diberikan, Pendakwa Raya hendaklah,

secepat yang dapat dilaksanakan, mengubah pemberikuasaan itu ke

dalam bentuk bertulis.

(4) Suatu perakuan oleh Pendakwa Raya yang menyatakan

bahawa tindakan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa

menurut subseksyen (1) telah diberi kuasa oleh Pendakwa Raya di

bawah subseksyen itu hendaklah menjadi keterangan muktamad

bahawa tindakan itu telah diberi kuasa sedemikian dan perakuan itu

boleh diterima sebagai keterangan tanpa bukti tandatangan Pendakwa

Raya.

(5) Tiada seorang pun boleh tertakluk kepada apa-apa kewajipan,

obligasi atau liabiliti, atau dengan apa-apa cara dipaksa untuk

mendedahkan dalam mana-mana prosiding tatacara, kaedah, aturan

atau cara, atau apa-apa perkara yang berkaitan dengannya, mengenai

apa-apa jua yang dilakukan di bawah subseksyen (1).

(6) Bagi maksud seksyen ini, “barang pos” mempunyai erti yang

sama yang diberikan kepadanya dalam Akta Perkhidmatan Pos 1991

[Akta 465].

Page 48: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

Kuasa untuk menghendaki kehadiran orang yang mengetahui

mengenai kes

38. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu

penyiasatan di bawah Akta ini boleh melalui perintah secara bertulis

menghendaki supaya hadir di hadapannya seseorang yang pada hemat

pegawai diberi kuasa itu mengetahui tentang hal keadaan kes itu, dan

orang itu hendaklah hadir sebagaimana yang dikehendaki

sedemikian.

(2) Jika orang itu tidak hadir sebagaimana yang dikehendaki,

pegawai diberi kuasa itu boleh melaporkan ketidakhadiran itu kepada

seorang Majistret yang hendaklah mengeluarkan suatu waran untuk

memastikan kehadiran orang itu.

Pemeriksaan orang yang mengetahui mengenai kes

39. (1) Seseorang pegawai diberi kuasa yang menjalankan suatu

penyiasatan di bawah Akta ini boleh memeriksa secara lisan

seseorang yang dijangka mengetahui fakta dan hal keadaan kes itu.

(2) Orang itu hendaklah semasa pemeriksaan itu, menzahirkan

segala maklumat yang dalam pengetahuannya, atau yang ada

padanya, berkenaan dengan perkara yang berhubungan dengannya

dia diperiksa, dan menjawab apa-apa soalan yang diajukan kepadanya

dengan sebenar dan setakat pengetahuan dan kepercayaannya yang

terbaik, dan tidak boleh enggan menjawab apa-apa soalan atas alasan

bahawa ia berkecenderungan membabitkannya.

(3) Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah

seksyen ini hendaklah, bilamana mungkin, diubah ke dalam bentuk

bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau

ditandakan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang

berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa

yang pernyataan itu dibuat olehnya dan selepas dia diberi peluang

untuk membuat apa-apa pembetulan yang diingininya.

Page 49: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 49

Kesalahan berkenaan dengan maklumat

40. (1) Seseorang yang mengemukakan maklumat palsu atau

mengelirukan dalam apa-apa permohonan, laporan atau dokumen lain

bagi apa-apa maksud di bawah Akta ini atau undang-undang yang

berkaitan melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,

dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan

kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak dua juta ringgit.

(2) Seseorang yang—

(a) memberikan atau menyebabkan diberikan kepada pegawai

diberi kuasa apa-apa butiran, maklumat atau pernyataan

palsu atau mengelirukan berkenaan dengan apa-apa perkara

yang pegawai itu menghendaki diberikan di bawah Akta ini

atau undang-undang yang berkaitan;

(b) enggan menjawab atau memberikan jawapan palsu kepada

mana-mana soalan yang diajukan kepadanya oleh pegawai

diberi kuasa bagi maksud mendapatkan apa-apa butiran,

maklumat atau pernyataan yang dikehendaki untuk

diberikan di bawah Akta ini atau undang-undang yang

berkaitan; atau

(c) tidak atau enggan mengemukakan apa-apa dokumen yang

dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa,

melakukan suatu kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan,

dihukum dengan denda tidak melebihi satu juta ringgit atau dengan

pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau dengan

kedua-duanya, dan dalam hal suatu pertubuhan perbadanan, dihukum

dengan denda minimum sebanyak dua juta ringgit.

Pelupusan barang strategik dan barang tidak tersenarai yang

disita

41. Pengawal hendaklah setelah berunding dengan Pendakwa

Raya, pada bila-bila masa yang didapatinya patut, memerintahkan

Page 50: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

50 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

pelupusan barang strategik atau barang tidak tersenarai berserta apa-

apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di

dalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan,

disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data

berkomputer disita tertakluk kepada pematuhan tatacara yang berikut:

(a) suatu inventori yang menyatakan perihalan, tanda-tanda dan

butiran lain yang dengan jelas mengenal pasti barang yang

disita telah disediakan oleh pegawai diberi kuasa;

(b) gambar barang yang disita telah diambil dengan kehadiran

pegawai diberi kuasa, dan pegawai diberi kuasa itu telah

memperakui bahawa gambar itu adalah benar; dan

(c) salinan apa-apa rekod, buku, akaun, dokumen atau data

berkomputer yang disita diperakui dengan sewajarnya oleh

pegawai diberi kuasa.

Kebolehterimaan keterangan

42. Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain,

pelupusan apa-apa barang di bawah seksyen 41 tidak boleh

menjejaskan perbicaraan mana-mana orang di bawah Akta ini dengan

syarat bahawa pelupusan barang itu telah dilakukan mengikut

seksyen itu dan mahkamah hendaklah menerima inventori, gambar

dan salinan barang yang disita yang dibuat, mengikut mana-mana

yang berkenaan, sebagai mewakili barang yang disita.

Pelucuthakan barang strategik dan barang tidak tersenarai

apabila tiada pendakwaan

43. (1) Jika tiada pendakwaan atau sabitan berkenaan dengan apa-

apa barang strategik atau barang tidak tersenarai berserta apa-apa

bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di dalamnya

barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan

atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer

yang disita pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di

Page 51: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 51

bawah Akta ini, barang itu hendaklah dipegang bagi tempoh satu

bulan kalendar dari tarikh penyitaan dan di akhir tempoh itu

hendaklah disifatkan telah dilucuthakkan, melainkan jika suatu

tuntutan secara bertulis baginya diterima dalam tempoh itu.

(2) Seseorang yang menegaskan bahawa dialah pemunya mana-

mana barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan,

pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data

berkomputer yang disita di bawah Akta ini dan bahawa barang

strategik, barang tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan,

benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer itu tidak

boleh dilucuthakkan boleh dengan sendiri atau melalui ejennya yang

diberi kuasa secara bertulis olehnya, memberikan notis bertulis

kepada pegawai diberi kuasa yang membuat penyitaan itu mengenai

tuntutannya.

(3) Apabila suatu notis di bawah subsekyen (2) diterima, pegawai

diberi kuasa hendaklah merujukkan perkara itu kepada Mahkamah

Sesyen untuk diputuskan.

(4) Mahkamah yang kepadanya perkara itu dirujukkan hendaklah

mengeluarkan suatu saman yang menghendaki orang yang menegaskan

bahawa dialah pemunya barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas,

bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau

data berkomputer itu dan orang yang daripadanya ia disita untuk hadir di

hadapan mahkamah dan apabila mereka hadir atau tidak hadir, setelah

penyampaian wajar saman dibuktikan, mahkamah hendaklah terus

memeriksa perkara itu, dan apabila dibuktikan bahawa suatu kesalahan

di bawah Akta ini telah dilakukan dan bahawa barang strategik, barang

tidak tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku,

akaun, dokumen atau data berkomputer itu merupakan hal perkara atau

telah digunakan dalam pelakuan kesalahan itu, hendaklah

memerintahkan supaya barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas,

bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau

data berkomputer itu dilucuthakkan atau boleh, jika tiada bukti

sedemikian, memerintahkan pelepasan barang strategik, barang tidak

tersenarai, bekas, bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun,

dokumen atau data berkomputer itu kepada orang yang berhak

kepadanya.

Page 52: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

Kos memegang barang strategik dan barang tidak tersenarai

yang disita

44. Jika apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai, atau

apa-apa bekas, bungkusan, pengangkutan atau benda lain yang di

dalamnya barang strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan,

disimpan atau dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data

berkomputer yang disita di bawah Akta ini dipegang dalam jagaan

Kerajaan sementara menunggu penyelesaian apa-apa prosiding

berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, kos untuk

memegang barang strategik, barang tidak tersenarai, bekas,

bungkusan, pengangkutan, benda, rekod, buku, akaun, dokumen atau

data berkomputer itu dalam jagaan hendaklah, sekiranya mana-mana

orang didapati bersalah atas suatu kesalahan, menjadi hutang yang

kena dibayar kepada Kerajaan oleh orang itu dan boleh didapatkan

semula dengan sewajarnya.

Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit daripada penyitaan

boleh didapatkan

45. Tiada seorang pun boleh, dalam mana-mana prosiding di

hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan mana-mana

barang strategik atau barang tidak tersenarai, atau apa-apa bekas,

bungkusan, pengangkutan, atau benda lain yang di dalamnya barang

strategik atau barang tidak tersenarai itu distorkan, disimpan atau

dijumpai, rekod, buku, akaun, dokumen atau data berkomputer yang

disita pada menjalankan atau yang berupa sebagai menjalankan

mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini, berhak kepada

kos prosiding sedemikian atau kepada apa-apa ganti rugi atau relief

lain melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab munasabah.

Halangan pegawai diberi kuasa

46. (1) Tiada seorang pun boleh menghalang, menggalang atau

menggangu pegawai diberi kuasa dalam pelaksanaan fungsinya di

bawah Akta ini.

Page 53: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 53

(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, dihukum dengan denda

tidak melebihi lima juta ringgit atau dengan pemenjaraan selama

tempoh tidak melebihi lima tahun atau dengan kedua-duanya.

BAHAGIAN VI

AM

Pengecualian

47. Menteri boleh, melalui peraturan-peraturan, mengecualikan—

(a) mana-mana orang atau kelas orang; atau

(b) mana-mana aktiviti berkenaan dengan mana-mana barang

daripada jenis atau perihalan yang dinyatakan,

daripada mana-mana peruntukan Akta ini, tertakluk kepada apa-apa

syarat yang ditetapkan.

Pemulaan pendakwaan

48. Tiada pendakwaan bagi atau berhubungan dengan mana-mana

kesalahan di bawah Akta ini berhubungan dengan barang strategik,

barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad boleh dimulakan kecuali

oleh atau dengan keizinan secara bertulis Pendakwa Raya.

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan

49. Jika suatu kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini

telah dilakukan oleh suatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang

yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah seorang pengarah,

pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi

pertubuhan perbadanan itu atau yang berupa bertindak atas mana-

mana sifat sedemikian, atau yang mengikut apa-apa cara atau

Page 54: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

54 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

sehingga apa-apa takat bertanggunjawab bagi pengurusan apa-apa

hal-ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau yang membantu dalam

pengurusan sedemikian, hendaklah disifatkan melakukan kesalahan

itu melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah

dilakukan tanpa pengetahuannya, persetujuannya atau pembiarannya

dan bahawa dia telah menjalankan segala usaha yang wajar untuk

mengelakkan pelakuan kesalahan itu sebagaimana yang dia patut

jalankan, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas sifat itu dan

segala hal keadaan.

Kesalahan oleh pekerja atau ejen

50. Jika mana-mana orang di bawah Akta ini boleh dikenakan apa-

apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggalan,

pengabaian atau keingkarannya, orang itu boleh dikenakan hukuman

atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan,

pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya atau

pekerja ejen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau

keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja orang itu dalam masa

penggajiannya, atau oleh ejen itu semasa bertindak bagi pihak orang

itu, atau oleh pekerja ejen itu dalam masa penggajian pekerja itu

dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Notis bagi penzahiran maklumat

51. (1) Pengawal atau Pihak Berkuasa yang berkenaan boleh

menghantar notis kepada mana-mana orang yang Pengawal atau

Pihak Berkuasa yang berkenaan mempercayai atas alasan munasabah

mempunyai maklumat atau dokumen yang relevan dengan

penguatkuasaan Akta ini berhubungan dengan barang strategik,

barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad, untuk meminta orang itu

mengemukakan maklumat atau dokumen itu kepada Pengawal atau

Pihak Berkuasa yang berkenaan.

(2) Seseorang yang menerima suatu notis yang disebut dalam

subseksyen (1) hendaklah mengemukakan maklumat dan dokumen

yang diminta kepada Pengawal atau Pihak Berkuasa yang berkenaan

Page 55: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 55

dalam bentuk yang ditetapkan dan dalam masa yang dinyatakan

dalam notis itu.

(3) Seseorang yang melanggar subseksyen (2) melakukan suatu

kesalahan dan hendaklah, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi

satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua

tahun atau dengan kedua-duanya.

Maklumat dilindungi dan sulit

52. (1) Apa-apa maklumat dan dokumen yang diperoleh menurut

Akta ini atau menurut kuasa Akta ini berhubungan dengan barang

strategik, barang tidak tersenarai atau aktiviti terhad dilindungi dan

sulit.

(2) Walau apa pun subseksyen (1), maklumat dan dokumen yang

disebut dalam subseksyen (1) tidak dilindungi atau sulit jika

maklumat dan dokumen itu dikehendaki untuk dizahirkan atau

diberitahu bagi maksud kepentingan negara, keselamatan negara atau

di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

(3) Tiada seorang pun yang memegang maklumat atau

dokumen dilindungi atau sulit boleh dengan pengetahuan, tanpa

persetujuan secara bertulis orang yang daripadanya maklumat atau

dokumen itu diperoleh, memberitahunya atau membenarkannya

diberitahu kepada mana-mana orang, atau membenarkan mana-

mana orang mempunyai akses kepadanya, kecuali bagi maksud

penguatkuasaan Akta ini.

(4) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, tiada

seorang pun boleh dikehendaki, berkaitan dengan mana-mana

prosiding undang-undang, untuk mengemukakan apa-apa pernyataan

atau rekod lain yang mengandungi maklumat atau dokumen yang

dilindungi atau sulit, atau untuk memberi keterangan berhubungan

dengannya, melainkan jika prosiding itu berhubung dengan

penguatkuasaan Akta ini.

Page 56: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

Perlindungan pegawai

53. Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau

disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap Pengawal,

Pihak Berkuasa yang berkenaan atau pegawai diberi kuasa bagi atau

atas sebab atau berkenaan dengan mana-mana tindakan yang

diarahkan atau dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini jika

perbuatan itu dilakukan dengan suci hati dan dengan kepercayaan

munasabah bahawa ia perlu bagi tujuan yang dimaksudkan yang

hendak dicapai olehnya.

Perlindungan Kerajaan, dsb. daripada liabiliti

54. (1) Kerajaan, Pengawal atau Pihak Berkuasa yang berkenaan,

mengikut mana-mana yang berkenaan, tidak dikehendaki

menanggung apa-apa kerugian yang ditanggung berkenaan dengan

apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai disebabkan

kebakaran, kecurian, kerosakan atau apa-apa sebab lain semasa

barang strategik atau barang tidak tersenarai itu berada dalam mana-

mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan sah pegawai

diberi kuasa melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh keabaian

yang disengajakan, atau kegagalan pegawai diberi kuasa.

(2) Tiada seorang pun pegawai diberi kuasa boleh dikehendaki

menanggung apa-apa kerugian yang ditanggung berkenaan dengan

apa-apa barang strategik atau barang tidak tersenarai disebabkan

kebakaran, kecurian, kerosakan atau apa-apa sebab lain semasa

barang strategik atau barang tidak tersenarai itu berada dalam mana-

mana gudang kastam atau dalam jagaan atau kawalan sah pegawai

diberi kuasa itu melainkan jika kerugian itu disebabkan oleh keabaian

yang disengajakan, atau kegagalan pegawai diberi kuasa itu.

Peraturan-peraturan

55. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan yang perlu

atau suai manfaat untuk memberikan kuat kuasa penuh peruntukan

Akta ini.

Page 57: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 57

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturan-

peraturan boleh dibuat—

(a) untuk menetapkan apa-apa borang bagi maksud Akta ini;

(b) untuk menetapkan apa-apa maklumat untuk dikemukakan

bagi maksud Akta ini;

(c) untuk menetapkan tatacara bagi pengeluaran permit di

bawah Akta ini, termasuk pewujudan kelas permit berlainan

bagi kelas barang strategik berlainan;

(d) untuk menetapkan tatacara bagi pendaftaran broker di

bawah Akta ini, termasuk pewujudan kelas broker berlainan

bagi kelas barang strategik berlainan;

(e) untuk menetapkan bentuk pernyataan pengguna akhir;

(f) untuk menetapkan fi yang kena dibayar di bawah Akta ini

dan cara untuk memungut dan menguruskan fi tersebut;

(g) untuk menetapkan bentuk daftar yang dikehendaki disimpan

dan disenggarakan oleh pemegang permit dan broker

berdaftar, termasuk butir-butir yang dikehendaki direkodkan

dalam daftar;

(h) untuk mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara,

termasuk perkara penguatkuasaan, yang di bawah Akta ini

dikehendaki atau dibenarkan untuk ditetapkan atau yang

perlu atau suai manfaat untuk ditetapkan.

(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen ini atau

mana-mana perundangan subsidiari lain yang dibuat di bawah Akta

ini boleh menetapkan bagi apa-apa perbuatan atau peninggalan yang

berlanggaran dengan peraturan-peraturan atau perundangan subsidiari

menjadi suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak

melebihi satu juta ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak

melebihi lima tahun atau dengan kedua-duanya.

Page 58: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

58 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

Pindaan Jadual

56. Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta,

meminda Jadual.

Kecualian dan peralihan

57. (1) Seseorang yang terlibat dalam apa-apa aktiviti yang

berhubungan dengan barang strategik atau dalam apa-apa aktiviti

terhad sebelum sahaja permulaan kuat kuasa Akta ini dan yang

berniat untuk meneruskan aktiviti tersebut pada dan selepas

permulaan kuat kuasa itu hendaklah, tidak lewat daripada tiga bulan

dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, memohon kepada

Pengawal atau Pihak Berkuasa yang berkenaan bagi permit atau

pendaftaran, mengikut mana-mana yang dikehendaki, di bawah Akta

ini.

(2) Sementara menunggu keputusan Pengawal atau Pihak

Berkuasa yang berkenaan atas permohonan di bawah subseksyen (1),

pemohon hendaklah disifatkan sebagai diberi kuasa secara sementara

untuk meneruskan aktivitinya di bawah Akta ini bagi tempoh tiga

bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini dan tiada tindakan

boleh diambil terhadapnya kerana terlibat dalam aktiviti tersebut

tanpa permit atau pendaftaran semasa tempoh tersebut.

(3) Walau apa pun subseksyen (2), seseorang yang diberi kuasa di

bawah seksyen ini hendaklah bagi maksud Akta ini mematuhi

kehendak, kewajipan dan obligasi seseorang pemegang permit atau

broker berdaftar.

(4) Jika suatu permit dikeluarkan di bawah seksyen 16 atau

pendaftaran diberikan di bawah seksyen 19 oleh Pengawal atau Pihak

Berkuasa yang berkenaan, pemohon hendaklah dengan segera

mengambil tindakan yang perlu untuk mematuhi apa-apa syarat yang

dikenakan atas permit atau pendaftaran itu, mengikut mana-mana

yang dikehendaki.

Page 59: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

Perdagangan Strategik 59

(5) Jika permit atau pendaftaran ditolak oleh Pengawal atau Pihak

Berkuasa yang berkenaan, pemohon hendaklah terhenti sebagai

disifatkan diberi kuasa di bawah subseksyen (2) dari tarikh dia

dimaklumkan mengenai keputusan Pengawal atau Pihak Berkuasa

yang berkenaan.

Page 60: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 708

JADUAL

[Seksyen 2]

UNDANG-UNDANG BERKAITAN

Undang-undang bertulis yang berhubungan dengan pengawalseliaan barang

strategik, barang tidak tersenarai dan aktiviti terhad adalah seperti yang berikut:

1. Akta Binatang 1953 [Akta 647]

2. Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 [Akta 304]

3. Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 [Akta 641]

4. Akta Kastam 1967 [Akta 235]

5. Akta Racun Makhluk Perosak 1974 [Akta 149]

6. Akta Kuarantin Tumbuhan 1976 [Akta 167]

7. Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]

8. Akta Perlindungan Varieti Tumbuhan Baru 2004 [Akta 634]

9. Akta Racun 1952 [Akta 366]

10. Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 [Akta 589]

Page 61: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

61

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 708

AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas Berkuat kuasa dari

P.U. (A) 483/2010

Perintah Perdagangan Strategik

(Pindaan Jadual) 2010

01-01-2011

Page 62: UNDANG-UNDANG MALAYSIA - agc.gov.my 70… · atau toksin walau apa jua pun asalnya atau kaedah penghasilannya, ... penyebaran nuklear atau sifat toksik senjata kimia atau sifat

62

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta 708

AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda Berkuat kuasa

dari

JADUAL P.U. (A) 483/2010 01-01-2011