25
PSZ 19: 16 (Pind. 1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL : MENGENALPASTI KETIDAKSEPADANAN DIMENSI PERABOT BILIK DARJAH DAN UKURAN ANTROPOMETRIK MURID SEKOLAH RENDAH DI NEGERI JOHOR SESI PENGAJIAN : 2010/2011 Saya MOHD HERMAN BIN KLIVON (HURUF BESAR) mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah ) * ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut : 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh _________________________________ ______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: NO 220, KG. MELAYU BATU 4, EN. AMIRMUDIN BIN UDIN PALOH, 86600 KLUANG, Nama Penyelia JOHOR DARUL TA’ZIM. Tarikh: 22 APRIL 2011 Tarikh: 22 APRIL 2011 CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

PSZ 19: 16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦

JUDUL : MENGENALPASTI KETIDAKSEPADANAN DIMENSI

PERABOT BILIK DARJAH DAN UKURAN

ANTROPOMETRIK MURID SEKOLAH RENDAH

DI NEGERI JOHOR

SESI PENGAJIAN : 2010/2011

Saya MOHD HERMAN BIN KLIVON

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM / Sarjana / Doktor Falsafah) * ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_________________________________ ______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

NO 220, KG. MELAYU BATU 4, EN. AMIRMUDIN BIN UDIN

PALOH, 86600 KLUANG, Nama Penyelia

JOHOR DARUL TA’ZIM.

Tarikh: 22 APRIL 2011 Tarikh: 22 APRIL 2011

CATATAN : * Potong yang mana tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

Page 2: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan berpendapat karya ini adalah

memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)”.

Tandatangan : ........................................................

Nama Penyelia : EN. AMIRMUDIN BIN UDIN

Tarikh : ........................................................

Page 3: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

MENGENALPASTI KETIDAKSEPADANAN DIMENSI PERABOT BILIK DARJAH

DAN UKURAN ANTROPOMETRIK MURID SEKOLAH RENDAH

DI NEGERI JOHOR

MOHD HERMAN BIN KLIVON

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Mei, 2011

Page 4: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ........................................................

Nama Penulis : MOHD HERMAN BIN KLIVON

Tarikh : .......................................................

Page 5: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

iii

Dedikasi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Selawat dan Salam buat Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Buat Ayahanda & Bonda tercinta;

Klivon Bin Thaswee & Rosmah Bt Ahmad

Semua kasih sayang, pengorbanan serta nasihatmu menjadikanku lebih matang dalam menjalani

kehidupan ini...

Teristimewa buat istri tersayang;

Nur Fazila Bt Salleh

Jutaan terima kasih atas semua semangat, dorongan dan

bantuan yang dikau berikan...

Buat kawan-kawan seperjuangan,

jasa baikmu akan ku kenang selamanya...

Page 6: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

iv

PENGHARGAAN

Bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, dapatlah

saya menyiapkan penulisan Projek Sarjana Muda ini.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan

kepada Penyelia Projek Sarjana Muda iaitu En. Amirmudin Bin Udin yang telah sudi

memberi galakan, mencurahkan idea serta tunjuk ajar dalam menyiapkan tesis ini.

Sekalung penghargaan khas buat keluarga tercinta dan insan tersayang yang telah

banyak memberi dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang projek

dijalankan. Sesungguhnya, kehadiran kalian di sisi memberi inspirasi yang tidak ternilai

harganya, terima kasih.

Kepada rakan-rakan, terima kasih kerana sudi berkongsi idea dan membantu.

Tidak lupa kepada rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama terlibat sepanjang

menyiapkan tesis ini.

Akhir sekali buat semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung

membantu dalam menyiapkan Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih di atas segalanya.

Page 7: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

v

ABSTRAK

Ergonomik boleh ditafsirkan sebagai kajian mengenai sains biologi manusia dan

hubungannya dengan rekabentuk tempat kerja supaya ianya memberi keselesaan dan

tidak mendatangkan bahaya. Ergonomik juga merangkumi pelbagai aspek sains

termasuk fisiologi, biomekanik, psikologi, antropometrik, kebersihan industri dan

kinesiologi. Secara umumnya, antropometrik ialah kajian berkaitan bentuk dan saiz

tubuh badan manusia. Kajian ini memfokuskan kepada ukuran dimensi murid ataupun

ukuran antropometrik bagi mengenalpasti sama ada terdapat ketidaksepadanan perabot

bilik darjah (kerusi dan meja) serta kesan daripada ketidaksepadanan tersebut. Kajian

telah di jalankan di sebuah sekolah rendah di Negeri Johor dengan bilangan responden

seramai 179 orang murid yang berumur 10 tahun hingga 12 tahun termasuk murid lelaki

dan perempuan. Instrumen kajian yang digunakan ialah pita pengukur, penimbang dan

borang soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis menggunakan Statistical Package

for Social Science (SPSS) versi 16.0 dengan mengambil kira analisis diskriptif di mana

nilai frekuensi, min, mod, median, sisihan piawai dan percentail ditentukan. Hasil kajian

menunjukkan bahawa purata tinggi pelajar ialah 138.2cm dan dimensi kerusi ialah

43.5cm manakala meja ialah 73cm. Dimensi perabot bilik darjah adalah tidak menepati

piawaian ISO 5970, dimana ukuran yang disarankan adalah 34cm dan 58cm masing-

masing untuk kerusi dan meja berdasarkan purata tinggi pelajar tersebut. Kesan dari

ketidaksepadanan ini boleh menyebakan keselesaan murid terganggu dan mungkin akan

menyebabkan sakit belakang ketika belajar.

Page 8: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

vi

ABSTRACT

Ergonomics can be defined as the study of human biological sciences and its

relationship with workplace’s design so that it provides comfort and safety. Ergonomics

also covers various aspects of science including physiology, biomechanics, psychology,

anthropometry, industrial hygiene and kinesiology. Generally anthropometry is the study

of the shape and size of the human body. This study focuses on student’s body

dimensions or their anthropometric measures to determine whether there is a mismatch

of classroom’s furniture (table and chair) and effects due to the mismatch. The study was

conducted in a primary school in Johor with a number of respondents were 179 students

aged 10 to 12 years old including boys and girls. Instruments used in this study are

measuring tape, scales and questionnaires. Data were analyzed using the Statistical

Package for Social Science (SPSS) version 16.0 with descriptive analysis is measured

where frequency, mean, mode, median, standard deviation and percentile values are

determined. The result show that, the average of the student’s height is 138.2cm and the

dimensions of the chair is 43.5cm while the table is 73cm. These classroom furniture

dimensions are not fulfilling the ISO 5970 standard where the height recommended

values are 34cm and 58cm for chair and table based on the average height of the

students. The effect of this mismatch can disturb the student comfort and may be able to

cause back pain during the learning.

Page 9: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 5

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 7

1.7 Batasan Kajian 8

1.8 Definisi Istilah 8

Page 10: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

viii

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 11

2.2 Anthropometri 11

2.3 Aplikasi Antropometrik Dalam Perancangan Produk 12

2.3.1 Perancangan Produk Bagi Pengguna

Berukuran Ekstrim 12

2.3.2 Perancangan Produk Bagi Jarak Ukuran

yang Fleksibel 13

2.3.3 Perancangan Produk Bagi Ukuran Tetap 13

2.4 Antropometrik dan Dimensi Ruang Kerja 16

2.5 Antropometrik Bagi Posisi Duduk 16

2.5.1 Dinamik Posisi Duduk 17

2.6 Perabot Bilik Darjah 19

2.6.1 Tempat Duduk (Kerusi) 21

2.6.1.1 Tinggi Tempat Duduk 21

2.6.1.2 Kedalaman Tempat Duduk 22

2.6.1.3 Penyandar Belakang 22

2.6.2 Meja 22

2.7 Implikasi Ketidaksepadanan Dimensi Perabot

Bilik Darjah Dengan Ukuran Tubuh Murid 23

BAB 3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 25

3.2 Persampelan dan Rekabentuk Kajian 25

3.3 Pengukuran 26

3.4 Instrumen Kajian 31

3.5 Analisis Data 32

3.5.1 Bahagian A (Ketidaksepadanan Anthropometri) 33

Page 11: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

ix

3.5.2 Bahagian B (Soal Selidik) 36

3.6 Kesimpulan 36

BAB 4 ANALISIS KAJIAN

4.1 Pengenalan 37

4.2 Data-Data dan Analisis 37

4.3 Dimensi Perabot Bilik Darjah 38

4.4 Pengukuran Antropometrik Murid 39

4.5 Analisis Bahagian A Data Antropometrik Murid 42

4.5.1 Adakah terdapat perbezaan dimensi perabot

bilik darjah berdasarkan ISO 5970 42

4.5.2 Ketidaksepadanan ketinggian belakang

lutut (popliteal high) dan ketinggian tempat

duduk 43

4.5.3 Ketidaksepadanan jarak belakang pinggul

ke belakang lutut (buttock-popliteal) dan

kedalaman tempat duduk 44

4.5.4 Ketidaksepadanan tinggi lutut dan tinggi meja 45

4.5.5 Ketidaksepadanan tinggi siku dan tinggi meja 46

4.6 Analisis Bahagian B 46

4.6.1 Demografi Responden 47

4.6.2 Kesan Ketidaksepadanan Perabot Bilik Darjah 48

4.6.2.1 Tidak selesa jika duduk terlalu lama 48

4.6.2.2 Akan bergerak kegelisahan 49

4.6.2.3 Rasa sakit belakang 50

4.6.2.4 Tidak selesa untuk menulis dan membaca 50

4.6.2.5 Tidak dapat menumpukan perhatian

sepenuhnya semasa guru mengajar 51

4.7 Kesimpulan 52

Page 12: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

x

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Rumusan 53

5.3 Perbincangan 54

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 54

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 56

5.4 Cadangan 57

5.4.1 Pengguna (Murid-murid) 57

5.4.2 Pihak Pengurusan 58

5.4.3 Pembekal / Pengilang Perabot 59

5.5 Cadangan Untuk Kajian Masa Hadapan 59

5.6 Penutup 60

RUJUKAN 62- 65

LAMPIRAN 66- 79

Page 13: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

xi

SENARAI JADUL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

Jadual 3.1 Skala Guttman 32

Jadual 3.2 Ketinggian kerusi dan meja mengikut saiz ketinggian

murid berdasarkan ISO 5970 33

Jadual 4.1 Dimensi kerusi dan meja yang telah dibekalkan di sekolah 38

Jadual 4.2 Murid-Murid Berumur 10 Tahun 39

Jadual 4.3 Murid-Murid Berumur 11 Tahun 40

Jadual 4.4 Murid-Murid Berumur 12 Tahun 40

Jadual 4.5 Keseluruhan murid-murid lelaki (10 hingga 12 Tahun) 41

Jadual 4.6 Keseluruhan murid-murid perempuan (10 hingga 12 tahun) 41

Jadual 4.7 Keseluruhan murid 10 hingga 12 tahun 41

Jadual 4.8 Ketinggian kerusi dan meja mengikut saiz ketinggian

murid berdasarkan ISO 5970 42

Jadual 4.9 Ketidaksepadanan tinggi kerusi 43

Jadual 4.10 Ketidaksepadanan kedalaman tempat duduk 44

Jadual 4.11 Demografi responden 47

Page 14: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

xii

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

Rajah 2.1 Antropometri tubuh manusia yang diukur dimensinya 14

Rajah 3.1 Kedudukan murid semasa ukuran diambil 27

Rajah 3.2 Kedudukan murid berdiri untuk mengambil ukuran tinggi 27

Rajah 3.3 Kerusi yang digunakan oleh murid tahun 4 hingga 6 29

Rajah 3.4 Meja yang digunakan oleh murid-murid 30

Rajah 3.5 Sudut bengkokkan bahu dan abduction bahu 35

Rajah 4.1 Ketidaksepadanan tinggi kerusi 43

Rajah 4.2 Ketidaksepadanan kedalaman tempat duduk 44

Rajah 4.3 Tidak selesa jika duduk terlalu lama 48

Rajah 4.4 Akan bergerak kegelisahan 49

Rajah 4.5 Rasa sakit belakang 50

Rajah 4.6 Tidak selesa untuk menulis dan membaca 50

Rajah 4.7 Tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya

semasa guru mengajar 51

Page 15: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Ergonomik boleh ditafsirkan sebagai kajian mengenai sains biologi manusia dan

hubungannya dengan rekabentuk tempat kerja supaya ianya memberi keselesaan dan

tidak mendatangkan bahaya. Menurut International Ergonomics Association (IEA),

ergonomik (faktor kemanusiaan) merupakan disiplin yang menitikberatkan ilmu saintifik

yang berkaitan dengan pemahaman interaksi antara manusia dan elemen lain dalam

suatu sistem serta menerapkan teori, prinsip, data dan kaedah untuk merekabentuk

kesejahteraan manusia dan keseluruhan prestasi suatu sistem itu.

Ergonomik juga merangkumi pelbagai aspek sains termasuk fisiologi,

biomekanik, psikologi, antropometrik, kebersihan industri dan kinesiologi. Dalam kajian

ini, pengkaji mengambil isu antropometrik yang merupakan salah satu cabang utama

ergonomik. Antropometrik ialah kajian berkaitan bentuk dan saiz tubuh badan manusia.

Manusia mempunyai bentuk dan saiz tubuh badan yang berbeza dan ianya merupakan

ciri-ciri fizikal yang perlu diambil kira apabila kita merekabentuk sesuatu yang akan

digunakan, sama ada melibatkan rekabentuk yang mudah seperti pensil ataupun serumit

rekabentuk seperti kereta.

Page 16: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

2

Kebiasaannya, perkataan ergonomik sering dikaitkan dalam sektor industri atau

perkilangan yang melibatkan mesin serta alatan. Jarang sekali ergonomik ini ditekankan

dalam bidang lain seperti perabot atau rekreasi. Menurut MacLeod (1998), aplikasi

ergonomik amat luas dan tidak terbatas kepada alam pekerjaan sahaja tetapi ianya

termasuk juga kerja-kerja di rumah dan aktiviti masa lapang seperti rekreasi. Beberapa

bidang pekerjaan yang memfokuskan aspek ergonomik adalah sektor pembuatan, sektor

perkhidmatan, kerja-kerja di pejabat dan pengeluaran produk pengguna, manakala

aktiviti di rumah pula melibatkan perkara-perkara seperti membersihkan rumah dan

berkebun di halaman rumah.

Semua aktiviti ini memerlukan manusia menggunakan peralatan dan ruang untuk

melakukan kerja. Begitu juga dalam aktiviti pembelajaran, di mana manusia

memerlukan kerusi dan meja bagi tujuan tersebut. Kerusi digunakan untuk duduk dan

menampung berat badan manusia, manakala meja pula untuk menulis, membaca,

melukis dan sebagainya. Keselesaan dan keselamatan adalah penting bagi menjamin

pembelajaran berjalan dengan lebih berkesan. Di samping itu, ia juga penting bagi

menjamin keselesaan yang optimun. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa penggunaan

ergonomik juga melibatkan interaksi manusia dengan ruang dan peralatan atau

kemudahan yang digunakan.

Sekolah juga adalah merupakan sebuah “industri” yang perlu diambil perhatian

terutamanya dari aspek keselesaan dan keselamatannya. Sekolah juga tidak sepatutnya

terlepas dari faktor ergonomik sama ada bilik darjah ataupun persekitaran sekolah,

begitu juga kakitangan mahupun pelajar. Murid-murid sekolah meluangkan masa

mereka setiap hari duduk di dalam kelas lebih kurang lima jam sehari selama lima hari

untuk waktu persekolahan. Oleh yang demikian, ergonomik di bilik darjah memainkan

peranan yang penting dalam perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran (P&P).

Page 17: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

3

Secara normalnya, manusia akan berasa letih dan tidak selesa sekiranya berada

dalam keadaan duduk ataupun berdiri terlalu lama. Perkara ini boleh terjadi pada murid-

murid yang banyak meluangkan masanya dengan duduk di kerusi semasa pengajaran

dan pembelajaran dijalankan. Oleh yang demikian, rekabentuk yang sesuai bagi kerusi

dan meja murid perlu diambil perhatian kerana ianya merupakan ruang kerja bagi murid-

murid di dalam kelas. Murid-murid boleh hilang tumpuannya ataupun mengalami

kesakitan pada tubuh badan sekiranya ruang kerja mereka (meja dan kerusi) tidak

ergonomik. Rekabentuk kerusi dan meja untuk ruang kerja mestilah dikaji dengan

mendalam dan perkara ini termasuklah untuk bilik darjah seperti yang dinyatakan dalam

Occupational Safety and Health Act (OSHA) di mana murid juga perlu diberi perhatian

yang sama (Malaysian Occupational Safety and Health Act, 1994).

Kajian ini bukan untuk mengenal pasti masalah penyakit yang wujud di kalangan

murid-murid tetapi untuk melihat ketidaksepadanan kerusi dan meja untuk murid-murid

sekolah rendah. Justeru itu aspek-aspek yang diberi perhatian adalah berkaitan ukuran

antropometrik murid dan dimensi meja yang telah disediakan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia melalui pembekal perabot yang dipilih.

1.2 Latar Belakang Masalah

Teori yang dikemukakan oleh (Bandura, 1977) menjelaskan bahawa wujud

interaksi di antara manusia dengan manusia serta persekitaran mereka. Fraser (1989) dan

Kupermine et al. (1997) dalam kajian mereka membuktikan wujud pengaruh

persekitaran sekolah terhadap pencapaian akademik dan sikap atau minat pelajar.

Persekitaran pelajar merupakan ruang yang berkait rapat dengan faktor ergonomik.

Dalam ruang kerja mereka, murid meluangkan masanya lebih kurang lima jam sehari

untuk berada dalam keadaan duduk. Ketika dalam postur duduk, semua beban berat

tertumpu pada tempat duduk. Sekiranya kerusi pelajar tidak mempunyai ciri ergonomik,

maka pelajar akan berada dalam keadaan tidak selesa. Walaupun pelajar tidak

Page 18: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

4

melakukan kerja berat seperti di industri dan hanya duduk mengikuti pembelajaran,

namun keselesaan juga perlu diberi perhatian.

Menurut satu artikel ergonomik yang diperolehi daripada laman web

www.nightingalechair.com/html/ergo11.html, kerja dalam keadaan memerlukan kita

menggunakan otot untuk menyokong torso, belakang, leher dan bahu bagi memastikan

badan berada dalam posisi tegak akan memberikan kesan sama ada dalam jangka masa

panjang atupun jangka masa pendek. Antara kesan jangka masa panjang yang

disebutkan termasuklah:

a) Sakit belakang (Back pain)

b) Masalah urat timbul (Varicose veins)

c) Kekejangan leher

d) Kebas kaki (Numb)

e) Sakit kepala

Edy (2004), menjelaskan bahawa rekabentuk perabot yang ergonomik boleh

menampung keseluruhan beban punggung dan juga kecondongan tubuh ketika

melakukan sebarang kerja. Oleh itu, kerusi yang sedemikian boleh membuatkan

penggunanya akan tetap merasa selesa untuk terus duduk walaupun selama empat jam

berterusan. Kerusi yang selesa untuk orang eropah belum tentu selesa untuk orang

Malaysia kerana ukuran antropometrik adalah berbeza. Pemilihan kerusi yang tidak

ergonomik boleh mempengaruhi produktiviti kerja seseorang.

Kerusi dan meja bukan sahaja penting untuk tujuan pekerjaan semata-mata.

Namun dalam aktiviti pembelajaran ia adalah merupakan elemen yang utama. Salina

(1992) menyatakan bahawa penggunaan kerusi dan meja merupakan peralatan yang

penting sama ada dalam bidang pengeluaran, pembelajaran, pengurusan dan kerehatan.

Namun begitu hanya sebilangan kecil masyarakat di negara ini mengetahui tentang

kesan sampingan akibat daripada ketidakselesaan tempat duduk yang digunakan.

Page 19: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

5

Oleh yang demikian, ruang kerja pelajar memainkan peranan dalam memastikan

keselesaan dan kesihatan pelajar. Ergonomik dalam bilik darjah jarang dititik beratkan

oleh pihak sekolah sedangkan ianya antara faktor yang menyumbang kepada

produktiviti. Seharusnya pihak sekolah lebih peka dengan penggunaan ergonomik ini,

kerana sekiranya ia diabaikan boleh memberi kesan tidak baik kepada pelajar dan juga

sekolah, dimana pelajar tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya semasa

pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.

Murid sekolah meluangkan masa yang lama di ruang kerja mereka sendiri iaitu

kerusi dan meja yang disediakan. Sekiranya ia tidak selesa dan boleh memberi kesan

tidak baik pada kesihatan, maka murid akan hilang tumpuannya dan sekaligus akan

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

1.3 Pernyataan Masalah

Ruang kerja seharusnya berada dalam keadaan yang selesa serta tidak

mendatangkan bahaya. Perkara ini seharusnya diberi perhatian oleh pengguna mahupun

penyedia (pihak pengurusan) kemudahan tersebut. Ergonomik biasanya dikaitkan

dengan industri ataupun dunia pekerjaan, namun pelajar juga sepatutnya berada dalam

situasi yang ergonomik. Di sekolah, murid meluangkan masanya dalam bilik darjah dan

berada di kerusi dan mejanya yang merupakan ruang kerja. Sekiranya aspek ergonomik

tidak di aplikasikan di ruang kerja mereka, maka kemungkinan besar berbagai masalah

boleh dihadapi. Ini kerana mereka berada di ruang kerja terlalu lama. Menurut Murphy

dan Buckle (2000) mendapati faktor yang signifikan ialah tempoh pembelajaran yang

lama, body mass index (BMI) dan kecondongan tubuh pelajar melebihi 40° boleh

mendatangkan kesakitan pada tubuh badan seperti sakit belakang, pinggang dan leher.

Page 20: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

6

Walaupun implikasi ketidakselesaan pelajar tidak sama seperti bekerja di

industri, namun ia seharusnya diberi perhatian bagi mengelakkan sebarang kemungkinan

untuk jangka panjang. Kesan ini mungkin boleh berlanjutan dan kesakitan boleh menjadi

teruk. Menurut Salina (1992), dua perkara yang sering dikaitkan dengan rekabentuk

stesyen kerja adalah masalah maskular-skelatel iaitu sakit belakang dan ketegangan otot

(muscular stress). Kedua-dua perkara ini muncul terutamanya daripada kepincangan

rekabentuk, dan akan berterusan sehingga ke tahap ketegangan dan kelesuan yang akan

mengurangkan kecekapan, kehilangan keupayaan dan mengganggu kesihatan.

Oleh yang demikian, bilik darjah bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran

(P&P) seharusnya mempunyai ciri-ciri ergonomik. Sebagai murid, penumpuan penuh

semasa di dalam bilik darjah adalah amat dititkberatkan bagi mencapai objektif

pembelajaran. Daripada beberapa tinjauan, pelajar didapati tidak dapat menumpukan

perhatian sepenuhnya terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan

sekiranya mereka tidak selesa dengan peralatan kerusi dan meja yang ada (Salina, 1992).

Oleh yang demikian, keselesaan menjadi faktor utama dan merupakan titik permulaan

bagi murid untuk menumpukan sepenuh perhatian di dalam bilik darjah.

Antara aspek yang perlu diberi perhatian dalam menjamin keselesaan ialah ruang

kerja murid iaitu meja dan kerusi murid tersebut. Meja dan kerusi yang tidak ergonomik

berbanding data antropometrik boleh menyebabkan masalah kesihatan dan

ketidakselesaan semasa pembelajaran dijalankan. Oleh itu kajian yang dilakukan adalah

untuk mengkaji ketidaksepadanan dimensi meja dan kerusi serta ukuran tubuh badan

pelajar.

Page 21: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

7

1.4 Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

a) Mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi perabot bilik darjah dengan ukuran

antropometrik murid.

b) Mengenalpasti kesan ketidaksepadanan perabot bilik darjah kepada murid.

1.5 Persoalan Kajian

a) Adakah perabot bilik darjah (meja dan kerusi) bersesuaian dengan ukuran

antropometrik murid.

b) Adakah ketidaksepadanan perabot bilik darjah memberi kesan kepada pelajar.

1.6 Kepentingan Kajian

Antara kepentingan kajian ini adalah seperti berikut:

a) Membantu murid dalam menjamin keselesaan semasa pengajaran dan

pembelajaran (P&P) dijalankan. Ianya juga dapat mengelakkan daripada

berlakunya masalah kesihatan terhadap murid.

b) Memberi manfaat kepada Kementerian Pelajaran berkenaan dimensi kerusi dan

meja yang sesuai untuk murid-murid sekolah rendah. Selain itu, ianya juga

berguna kepada pembekal yang dipilih pihak Kementerian Pelajaran dalam

merekabentuk kerusi dan meja murid sekolah rendah.

c) Memberi kesedaran kepada pihak sekolah dalam menyediakan perabot bilik

darjah yang sesuai bagi menjamin keselesaan dan kesihatan murid-murid.

Page 22: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

8

Perkara ini juga dapat membantu dalam meningkatkan produktiviti sekolah

tersebut sama ada daripada pihak guru mahupun pelajar.

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini adalah di bataskan kepada sebuah sekolah rendah di Negeri Johor dan

responden adalah di kalangan pelajar tahun empat hingga tahun enam yang berumur di

antara sepuluh tahun hingga dua belas tahun.Skop kajian adalah tertumpu pada dimensi

perabot bilik darjah dan ukuran antropometrik murid sekolah rendah sahaja. Namun

begitu, kesan ketidaksepadanan perabot bilik darjah dan ukuran antropometri murid juga

disentuh.

1.8 Definisi Istilah

1.8.1 Anatomi

Pengkajian tentang bentuk dan susunan tubuh dengan membahagikan ke

dalam beberapa kajian (kajibina tubuh).

1.8.2 Antropometrik

Antropometrik ialah kajian berkaitan bentuk dan saiz tubuh badan

manusia. Ia merupakan ilmu yang berkaitan dengan pengukuran dimensi dan cara

untuk mengaplikasikan ciri-ciri tertentu dari tubuh manusia.

Page 23: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

9

1.8.3 Biomekanik

Pergerakan tubuh badan dengan daya yang bertindak pada tubuh badan

tersebut.

1.8.4 Dinamik

Pergerakan manusia dalam kawasan kerja yang boleh dilampaui.

1.8.5 Ergonomik

Ergonomik boleh ditafsirkan sebagai kajian mengenai sains biologi

manusia dan hubungannya dengan rekabentuk tempat kerja supaya ianya

memberi keselesaan dan tidak mendatangkan bahaya.

1.8.6 Fisiologi

Pergerakan otot digandingkan dengan reaksi kimia yang memerlukan

makanan untuk aktiviti mereka.

1.8.7 Kelegaan

Kekangan sehala yang menentukan dimensi kebolehterimaan minima

pada objek-objek.

1.8.8 Kyphotik

Posisi duduk yang akan menyebabkan tubuh condong kehadapan dan

akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan antara tulang vertebrate.

1.8.9 Lordotik

Posisi duduk yang akan mengurangkan tekanan pada bahagian vertebrate

dengan adanya tupang atau penyambung pada bahagian lumbar sacral.

Page 24: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi

10

1.8.10 Postur

Posisi tubuh dalam keadaan fizikal semasa melakukan aktiviti atau

pekerjaan.

1.8.11 Statik

Membataskan objek kepada satu keadaan untuk jangkamasa yang

panjang

Page 25: UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA - fp.utm.my filepsz 19: 16 (pind. 1/97) universiti teknologi malaysia borang pengesahan status tesis♦ judul : mengenalpasti ketidaksepadanan dimensi