8
Untuk Siaran Segera 29 Julai 2019 KEMBARA LUAR BIASA BERMULA CUTI SEKOLAH INI BERSAMA MAGIS PERSAHABATAN YANG TIADA TANDINGAN! Diinspirasikan dari kisah rakyat serumpun, pelakon wanita sensasi, Fasha Sandha hebat jiwai watak wanita sihir, ‘Mak Andeh’ Sempena musim cuti persekolahan dan Aidiladha pada bulan Ogos ini, saluran premium, Astro First Eksklusif sekali lagi membawakan sebuah naskhah hebat, istimewa untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Filem televisyen (FTV) ‘Suatukala – Timun Mas & Ijo’ yang merupakan sekuel kepada ‘Suatukala – Malin Kundang, Merah & Puteh dan Badang’ yang disiarkan pada tahun lalu, dijangka menemui peminat mulai 1 Ogos ini di Astro First Eksklusif (saluran 480) dan menerusi platform digital, ‘On Demand’. 1

static02.astro.com.my · Web viewMengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ ini merupakan cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada

  • Upload
    others

  • View
    20

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: static02.astro.com.my · Web viewMengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ ini merupakan cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada

Untuk Siaran Segera29 Julai 2019

KEMBARA LUAR BIASA BERMULA CUTI SEKOLAH INI BERSAMA MAGIS PERSAHABATAN YANG

TIADA TANDINGAN!Diinspirasikan dari kisah rakyat serumpun, pelakon

wanita sensasi, Fasha Sandha hebat jiwai watak wanita sihir, ‘Mak Andeh’

Sempena musim cuti persekolahan dan Aidiladha pada bulan Ogos ini, saluran premium, Astro First Eksklusif sekali lagi membawakan sebuah naskhah hebat, istimewa untuk kanak-kanak dan seisi keluarga. Filem televisyen (FTV) ‘Suatukala – Timun Mas & Ijo’ yang merupakan sekuel kepada ‘Suatukala – Malin Kundang, Merah & Puteh dan Badang’ yang disiarkan pada tahun lalu, dijangka menemui peminat mulai 1 Ogos ini di Astro First Eksklusif (saluran 480) dan menerusi platform digital, ‘On Demand’.

Mengangkat agenda serumpun, ‘Suatukala – Timun Mas & Ijo’ merupakan kisah rakyat Nusantara yang diinspirasikan dari ceritera rakyat Jawa, Indonesia. Diterbitkan oleh rumah produksi tempatan, Red Communications Sdn Bhd, FTV ini diarahkan oleh pengarah berbakat besar yang sebelum ini dikenali menerusi sentuhannya

1

Page 2: static02.astro.com.my · Web viewMengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ ini merupakan cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada

dalam filem, ‘Kami Histeria’ dan ‘Rembat’, serta siri popular, ‘Oh My English’ dan FTV di saluran Astro First Eksklusif berjudul ‘Kasut Bola Pink’, saudara Shamyl Othman.

‘Suatukala – Timun Mas & Ijo’ mengangkat tema kekeluargaan, persahabatan dan kesetiaan menjadi latar utamanya. Menyuntik elemen komedi, fantasi dan pengembaraan sebagai genre tumpuan, Shamyl Othman berjaya menggarap FTV ini menjadi sebuah kisah rakyat Nusantara yang sesuai untuk ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat, baik di Malaysia mahupun di negara-negara serumpun yang lain seperti Indonesia, Singapura dan Brunei. Pengalaman beliau sebelum ini mengarahkan kisah dongeng ‘Merah & Puteh’ sebagai sebahagian dari edisi pertama ‘Suatukala’ (‘Suatukala – Malin Kundang, Merah & Puteh dan Badang’) ternyata diguna pakai sebaik mungkin untuk sekuel ini.

FTV ini menghimpunkan nama-nama besar dari kedua-dua negara, Malaysia dan Indonesia. Pelakon wanita popular tanah air, Fasha Sandha, keluar dari zon selesa beliau dengan membawa watak antihero, ‘Mak Andeh’, seorang ahli sihir yang memiliki kuasa sakti dari negara Inderaloka. Watak beliau diiringi dua pengemudi lain, Fikry Kiki, sebagai ‘Mat Jenin’ dan pelakon filem Tamil tempatan, Kishok Kumar sebagai ‘Ijo’. Mengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ ini merupakan cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada pelakon wanita yang berasal dari Republik tersebut. Watak ‘Timun Mas’ dijayakan oleh pendatang baharu, Thalia Ivanka atau lebih dikenali dengan nama Vanka JKT48, manakala pelakon wanita, Prisia Nasution, memegang watak ‘Mbak Sarini’. Prisia merupakan tonggak utama filem ‘Interchange’ arahan Dain Said, dan telah juga menjadikan Malaysia sebagai rumahnya setelah berkahwin dengan Iedil Putra, pelakon ‘Terbaik Dari Langit’ dan ‘Crossroad: One Two Jaga’.

SINOPSIS ‘SUATUKALA – TIMUN MAS & IJO’

Pada suatu kala, di sebuah negeri bernama Inderaloka, ada seorang pekebun berbangsa Loka bernama Mbak Sarini (lakonan Prisia Nasution) yang hidup sendiri di sebuah rumah dalam hutan. Satu hari dia didatangi seorang pengembara bernama Mak Andeh (lakonan Fasha Sandha), yang memiliki kuasa sakti Indera; bersama pengikutnya Mat Jenin (lakonan Fikry Kiki); dan seekor gergasi bernama Ijo (lakonan Kishok Kumar).

Mak Andeh memberi benih-benih sakti kepada Mbak Sarini, dengan syarat Mbak Sarini harus beri hasil paling bernilai kepadanya. Selepas menanam benih sakti itu, tumbuhlah kebun yang rimbun. Salah satu hasilnya ialah sebiji timun yang besar. Bila dibelahnya timun itu, ditemui seorang bayi

2

Page 3: static02.astro.com.my · Web viewMengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ ini merupakan cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada

perempuan. Mbak Sarini menjaganya dan menamakannya Timun Mas (lakonan Vanka JKT48).

Mak Andeh kembali dan mendapati bayi itu memiliki kuasa sakti Indera yang kuat namun ia perlu dipupuk. Dia beri perintah baru kepada Mbak Sarini - menjaga Timun Mas sampai cukup umurnya, kemudian Mak Andeh akan kembali untuk mengambilnya. Walaupun berat hati, Mbak Sarini terpaksa setuju kerana takutkan ugutan Mak Andeh. Mak Andeh memberikan Mbak Sarini dua benda sakti berkuasa Loka untuk melindungi Timun Mas - sekantung duri dan sekantung garam.

Bila Timun Mas mencapai usia remaja, tiba masanya untuk Timun Mas dilepaskan kepada Mak Andeh. Namun, Timun Mas enggan mengikut Mak Andeh. Mbak Sarini terpaksa menolongnya melarikan diri. Timun Mas terpaksa berkelana sendiri dalam hutan menggunakan ilmu-ilmu yang diajar oleh Mbak Sarini, juga berbekalkan perlindungan duri dan garam sakti.

INFO PENTING BERKENAAN ‘SUATUKALA – TIMUN MAS & IJO’

1. Jenama ‘Suatukala’ di bawah saluran premium, Astro First Eksklusif, sekali lagi mengangkat ceritera popular rakyat Nusantara, Terdahulu, menerusi edisi pertama Suatukala, Astro First Eksklusif menyajikan 3 kisah rakyat terhebat, ‘Badang’, ‘Malin Kundang’ dan ‘Merah & Puteh’ dalam satu karya kompak.

2. Untuk sekuel ini, kami sajikan pula kisah rakyat dari negara jiran, Indonesia, berjudul ‘Timun Mas’, untuk dikongsikan bersama masyarakat serumpun yang masih berpegang kepada nilai-nilai ketimuran yang sama.

3. Gandingan pelakon dari dua buah negara, Malaysia dan Indonesia ternyata berhasil kerana keserasian yang tercetus dari semua pelakon. Pemilihan pelakon Indonesia, Vanka JKT48 dan Prisia Nasution untuk memegang watak utama, Timun Mas dan Mbak Sarini dilihat bertepatan kerana ‘Timun Mas’ merupakan kisah rakyat yang popular diketahui umum di Indonesia.

4. Sesi penggambaran berjaya diselesaikan dalam masa hanya 17 hari dan berlangsung pada bulan Ramadan lalu.

5. Keseluruhan penggambaran FTV yang berdurasi 75 minit ini telah diadakan di Sungai Congkak (Hulu Langat), Janda Baik, Ulu Kemensah dan Puncak Alam.

3

Page 4: static02.astro.com.my · Web viewMengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ ini merupakan cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada

6. Rumah produksi, Red Communications Sdn Bhd yang diterajui, Lina Tan, sekali lagi diberi peluang untuk bekerjasama dengan Astro First Eksklusif bagi sekuel ‘Suatukala’ ini. Edisi pertama ‘Suatukala’ masih lagi berada di kedudukan Lima Yang Tertinggi (Top 5) ditonton di saluran Astro First Eksklusif.

7. Pengarah, Shamyl Othman memiliki tenaga kerja yang hebat dibelakangnya dalam menzahirkan FTV ini. Hadi M.Nor bertindak sebagai ‘Penulis Skrip’, manakala Am Izham menyarung jersi ‘Pengarah Sinematografi’, Tam Khalid sebagai ‘Pereka Produksi’ dan Jessie Yeow sebagai ‘Penata Busana’.

8. Kishok Kumar, dengan ketinggian 2 meter, diberi tanggungjawab untuk menggalas watak gergasi hijau, Ijo. Beliau merupakan seorang pelakon filem Tamil tempatan dan untuk setiap babak yang dijayakannya, krew solekan memerlukan 2 ke 3 jam untuk menyiapkan beliau.

9. Pemain utama, Vanka JKT48, merupakan seorang yang takutkan itik. Namun begitu, dalam FTV ini, Vanka diperlukan untuk berlakon akrab dengan seekor itik yang diberi nama ‘Kedek’. Setelah tamatnya penggambaran, ternyata Vanka telah berjaya mengatasi ketakutan beliau.

10. ‘Kedek’, merupakan seekor itik yang dilatih oleh ahli bomba bertauliah. Bagi mendapatkan perhatian ‘Kedek’ untuk melakukan babaknya, produksi terpaksa membawa seekor lagi itik bagi mendapatkan perhatian ‘Kedek’.

11. Pelakon komedi, Bell Ngasri, meminjamkan suaranya sebagai ‘Pencerita’ atau ‘narrator’ bagi ‘Suatukala – Timun Mas & Ijo.

12. FTV ini menggunakan lagu ‘Teruskan Mencuba’, nyanyian Syamel, Masya, Wafiy dan Erissa sebagai Lagu Tema rasminya. Lagu tersebut mendapat sentuhan Omar K dan Ikhwan Fatanna, dan diedarkan oleh Rocketfuel.

4

Page 5: static02.astro.com.my · Web viewMengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ ini merupakan cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada

PETIKAN KENYATAAN WAKIL ASTRO & RED COMMSYasmin Yahya, Penolong Naib Presiden, GenNext Studios, ASTRO

5

“Suatukala merupakan satu jenama yang mengangkat kisah-kisah rakyat Nusantara dan disajikan kepada audiens yang berkongsi persamaan dari aspek bahasa, budaya dan tradisi.

Tahun lalu, kami mengangkat tiga kisah dongeng serumpun, ‘Bawang Merah Bawang Puteh’, ‘Malin Kundang’ dan ‘Badang’, secara sekali gus dalam satu naskhah kompak. Kali ini, kami pertontonkan pula sebuah ceritera rakyat yang popular di Indonesia, ‘Timun Mas’, dengan harapan boleh dikongsikan bersama masyarakat serumpun yang masih berpegang

Page 6: static02.astro.com.my · Web viewMengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ ini merupakan cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada

Filem televisyen komedi kembara fantasi arahan Shamyl Othman ini sesuai untuk dijadikan hiburan santai seisi keluarga kerana ia juga sarat dengan input positif dan nilai-nilai murni. Lebih menarik apabila kami gabungkan pelakon dari dua negara, Malaysia dan Indonesia agar hasil karya ini lebih luarbiasa. Ternyata, percaturan tersebut sangat tepat dan hasil akhir ‘Suatukala – Timun Mas & Ijo’ tidak mengecewakan. Tahniah diucapkan kepada barisan pelakon dan produksi kerana berjaya menzahirkan karya ini.

Besar harapan saya agar jenama ‘Suatukala’ ini dapat dijadikan pendorong kepada pemain industri untuk mengangkat lebih banyak cerita-cerita rakyat atau kisah-kisah dongeng lama dan dizahirkan semula dengan nafas baru, seiring dengan peredaran zaman. Semoga usaha kami ini sedikit sebanyak membantu mengekalkan khazanah sastera lisan klasik Nusantara agar boleh disampaikan kepada generasi yang akan datang.”

Shamyl Othman, Pengarah “SUATUKALA – Timun Mas & Ijo”:

Tema-tema dari kisah asal seperti 'pentingnya mendengar nasihat ibu'; dan 'kecil tak semestinya tak berupaya', masih ada dalam jiwa "Timun Mas & Ijo". Dalam pembikinan telemovie ini, niat utama saya ialah untuk menyampaikan sebuah kisah yang boleh ditonton oleh seisi keluarga, bukan sahaja kanak-kanak. Jadi, penting bagi saya untuk pastikan yang semua penonton terkesan dengan tema dan hubungan antara watak yang dipaparkan.

Saya harap cubaan saya untuk menzahirkan sebuah filem televisyen yang kelakar dan menghiburkan, tapi pada masa yang sama menyentuh perasaan, berjaya. Selain itu, niat saya juga ialah untuk cuba memaparkan watak perempuan yang bersemangat kuat dan berdikari, terutama melalui watak Timun Mas. Dan saya rasa, Thalia Ivanka sama seperti Timun Mas - dia tak pernah putus semangat walaupun diberi pelbagai cabaran semasa pembikinan FTV ini.

6

“Pada tahun 2018, saya berasa sangat berbesar hati kerana diberi peluang untuk terlibat dalam melahirkan 'jenama' Suatukala melalui adaptasi kisah Bawang Merah Bawang Putih. Jadi, apabila saya diberi kepercayaan sekali lagi untuk menceritakan kisah dunia Inderaloka yang seterusnya, saya sangat teruja. Untuk adaptasi seterusnya, Lina Tan (Penerbit Eksekutif) dan Hadi M. Nor (Penulis) telah mengadaptasi kisah dongeng klasik dari Indonesia, iaitu ‘Timun Mas’. Walaupun beberapa olahan menarik dibuat untuk memuatkan kisah Timun Mas dalam dunia Suatukala, kami semua

Page 7: static02.astro.com.my · Web viewMengambil kira faktor kisah dongeng ‘Timun Mas’ ini merupakan cerita rakyat popular di Indonesia, pihak produksi menawarkan dua watak utama kepada

Akhir kata, saya berharap ramai anak-anak muda menjadikan Timun Mas sebagai inspirasi mereka untuk melakukan yang luar biasa.

BUTIRAN SIARAN

‘SUATUKALA – Timun Mas & Ijo’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 1 Ogos 2019. Dengan hanya RM 15.00, penonton boleh menonton filem televisyen (FTV) ini dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam (2 hari) dari waktu pembelian. Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Suatukala – Timun Mas & Ijo’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘On Demand’.

# TAMAT #

7