ABSTRAK
Kajian ini bertujuaan untuk mengenalpasti profil keusahawanan dalam kalangan pelajar
tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik). Aspek
yang dikaji berkaitan ciri-ciri keusahawanan, kemahiran-kemahiran keusahawanan serta
penglibatan pelajar dalam aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Kajian ini adalah
kajian deskriptif iaitu kajian kes dengan melibatkan seluruh populasi sebagai responden
kajian (30 orang) . Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik dengan
menggunakan Skala Likert. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji melalui kajian
rintis terhadap tujuh orang pelajar dari pelajar tahun empat Sarjana Muda Teknologi
Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dan lapan orang dari pelajar tahun empat Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Jentera) . Nilai Alpha Cronbach bagi
bahagian B adalah 0.911 dan C adalah 0.936. Data dianalisis dengan menggunakan
perisian Statiscal Package for the Social Sciences (SPSS for Windows Version 12.0).
Dapatan kajian menunjukkan (1) pelajar mempunyai ciri-ciri keusahawanan (2) pelajar
juga mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan (3) pelajar melibatkan diri
dengan aktiviti yang berasaskan keusahawanan. Keseluruhan daripada persoalan kajian
tersebut, mendapati para pelajar mempunyai profil sebagai seoarang usahawan. Mereka
mempunyai ciri serta kemahiran dalam bidang keusahawanan malah sudah pun mula
berjinak-jinak dengan dunia keusahawanan.
ii
ABSTRACT
This research is conducted to determine entrepreneurship profile among forth year
Bachelor of Technology and Education (Electrical Engineering). An aspect surveyed is
entrepreneurship characteristic, entrepreneurship skills as well as students involvement
in entrepreneurship related activities. This research is in descriptive form which involved
30 respondents to represent all population. Questionnaire using Likert scale is use as
research instrument. Pilot study was carried out for seven students from Bachelor of
Technology and Education (Civil Engineering) and eight students from Bachelor of
Technology and Education (Mechanical Engineering). Value of Alpha Cronbach for part
B is high (0.911) and for part C which is 0.936. Research was analyzed using SPSS
(SPSS for WindowsVersion 12.0). The outcome of the research (1) show that the student
have characteristics of enterpreneurship (2) furthermore student also have
enterprebeuship and (3) they participate in enterpreneuship activities. All the research
question shows that students have the profile as an entrepreneur. They have the
characteristic and skills in entrepreneurship and have involved in entrepreneurship.
iii
KANDUNGAN
BAB PERKARA
MUKA SURAT
PENGAKUAN ii
HALAMAN DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 7
iv
1.8 Definisi Istilah 8
1.8.1 Profil 8
1.8.2 Ciri 9
1.8.3 Kemahiran 9
1.8.4 Penglibatan 9
1.8.5 Keusahawanan 10
1.9 Penutup
10
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.0 Pengenalan 11
2.1 Konsep dan Teori
2.1.1 Definasi Konsep
2.1.1.1 Definasi Usahawan
2.1.1.2 Definasi Keusahawanan
13
13
15
2.2 Mitos Mengenai Keusahawanan 20
2.3 Evolusi Keusahawanan 22
2.4 Kefahaman Tentang Ciri Usahawan 25
2.5 Kefahaman Tentang Kemahiran Yang Diperlukan
Oleh Usahawan
30
2.6 Kefahaman Penglibatan Pelajar Dalam Bidang
Keusahawanan
32
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 35
3.2 Rekabentuk Kajian 36
3.3 Tempat Kajian 36
v
3.4 Populasi Kajian 37
3.5 Instrumen Kajian 37
3.6 Kajian Rintis 40
3.6.1 Kesahan Instrumen Kajian 41
3.6.2 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 41
3.7 Prosedur Kajian 42
3.8 Analisis Data 43
3.9 Kesimpulan 46
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 47
4.1 Analisis Data Bahagian A – Latar Belakang
Responden
48
4.1.1 Jantina
4.1.2 Umur
4.1.3 Kaum
4.1.4 Kedudukan CPA
48
49
49
50
4.2 Analisis Data Bahagian B : Ciri-Ciri Seorang
Usahawan
51
4.3 Keputusan Analisis Data Bahagian C:
Kemahiaran Dalam Bidang Keusahawanan
53
4.4 Keputusan Analisis Data Bahagian D :
Penglibatan Dalam Kegiatan Berasaskan
Keusahawanan
55
4.5 Penutup 58
vi
BAB V PERBINCANGAN ,RUMUSAN DAN CADANGAN
5.0 Pengenalan 59
5.1 Perbincangan 60
5.1.1 Ciri-Ciri Seorang Usahawan 60
5.1.2 Kemahiran Dalam Bidang
Keusahawanan
62
5.1.3 Pembabitan Diri Dengan Sebarang
Aktiviti Berasaskan Keusahawanan
63
5.2 Rumusan 66
5.3 Cadangan 67
5.3.1 Cadangan Dapatan Kajian 67
5.3.1.1 Pelajar 68
5.3.1.2 Pihak Pentadbiran Hak Ehwal
Pelajar (HEP)
69
5.3.1.3 Fakulti Pendidikan 69
5.3.1.4 Cadangan Kajian Akan Datang 70
5.4 Kesimpulan 71
5.5 Penutup 72
BIBLIOGRAFI 74
LAMPIRAN 78
vii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Definasi Keusahawanan Dan Usahawan Mengikut
Tahun
19
3.1 Taburan Kandungan Soal Selidik 38
3.2 Cara Pemarkatan Aspek Ciri 38
3.3 Cara Pemarkatan Aspek Kemahiran 39
3.4 Cara Pemarkatan Aspek Penglibatan Dalam
Aktiviti Keusahawanan.
40
3.5 Pemeringkatan Skala Likert (Bahagian B) 44
3.6 Pemeringkatan Skala Likert (Bahagian C) 44
3.7 Markat Skala Likert 3 mata (Bahagian B dan C) 45
3.8 Markat Bahagian D 45
3.9 Taburan Persoalan Kajian, Nombor Item dan
Bentuk Statistik.
46
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 48
4.2 Taburan Responden Mengikut Umur 49
4.3 Taburan Responden Mengikut Kaum 50
4.4 Taburan Responden Mengikut Kedudukan CPA 50
4.5 Taburan Responden Mengikut Ciri-Ciri Seorang
Usahawan
52
4.6 Taburan Responden Mengikut Kemahiran Dalam
Bidang Keusahawanan
54
viii
4.7 Taburan Responden Mengikut Penglibatan Dalam
Kegiatan Keusahawanan
57
ix
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK
MUKA SURAT
2.1 Model Penyelesaian Masalah 31
x
SENARAI SINGKATAN
AM - Amat Mahir
AS - Amat Setuju
ATM - Amat Tidak Mahir
ATS - Amat Tidak Setuju
DEB - Dasar Ekonomi Baru
HEP - Hal Ehwal Pelajar
IPTA - Iinstitusi Pengajian Tinggi Awam
PUM - Persatuan Usahawan Muda
M - Mahir
MEDEC - Pusat Pembangunan Usahawan Malaysia
P - Pernah
PUM - Persatuan Usahawan Muda
S - Setuju
SPE - Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan
Elektrik)
SM - Sederhana Mahir
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
TM - Tidak Mahir
TP - Tidak Pernah
TS - Tidak Setuju
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
xi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK
MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 78
B Kajian Rintis (Nilai Alpha) 85
C Analisis SPSS 86
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Masyarakat yang mempunyai paling ramai usahawan adalah merupakan
masyarakat yang terbaik. Ini adalah kerana usahawan merupakan individu yang paling
dinamik, kreatif dan inovatif. Mereka bersedia untuk berhadapan dengan ketidaktentuan
melalui kreativiti dan kesungguhan untuk mencapai kejayaan. Semangat ini telah
menyebabkan mereka melihat hari esok dengan penuh peluang dan berkayakinan untuk
merebut peluang berkenaan. Oleh itu usahawan perlu mencipta dan menceburi bidang
baru bagi meningkatkan daya saing dengan memberi lebih banyak pilihan kepada
masyarakat serta kesejahteraan mereka (Ab. Aziz, 2000).
Usahawan seringkali dikaitkan dengan individu yang menubuhkan perniagaan
baru. Ada juga yang menganggap apa saja aktiviti kretiviti yang dilaksanakan oleh
seseorang dikenali sebagai usahawan. Disamping itu ada pula pandangan yang
menyatakan bahawa usahawan ialah orang yang sentiasa bergerak, bijak mencari
peluang baru sentiasa membawa perubahan dan modal, sumber dan usaha dalam
keadaan yang baru dan lebih inivatif. Usahawan dikatakan tidak mempunyai banyak
masa rehat, sentiasa berkemampuan menghadapi sebarang kemungkinan (Zaidatol,
1997).
Perkataan usahawan di Malaysia mula menjadi sebutan ramai pada 1970 iaitu
setelah pengubahan dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Walaupun begitu
peraturan dan sifat keusahawanan yang dijalankan jauh berbeza berbanding dengan
aktiviti yang dijalankan pada zaman awal ia diperkenalkan. Para usahawan di zaman
awal hanya mengejar gaya penciptaan kekayaan (modes of wealth creation) dan
pembangunan perindustrian. Pada zaman Rom purba terdapat tiga cara yang diterima
untuk memperolehi “kekayaan” dan “kuasa”. Cara-cara ini ialah:
i. Pemilikan tanah
ii. Amalan peminjaman wang secara ribab
iii. Pembayaran politik iaitu rasuah kepada pegawai
Pada zaman awal, kebanyakan usahawan adalah terdiri daripada saudagar yang
juga merupakan pengembara. Marco Polo merupakan seorang pengembara yang telah
memperkenalkan istilah “go - between”. Pada zaman ini, pemodal mengaut keuntungan
yang melampau daripada sistem riba yang diamalkan sehingga menindas peniaga yang
menjalankan perniagaan dengan cara menandatangani kontrak dengan pemilik wang
bagi menjual produknya (Ab. Aziz, 2000).
Pada zaman pertengahan pula, konsep keusahawanan boleh dirungkai sebagai
individu yang menguruskan projek pengeluaran yang besar tetapi invidu yang tidak
menanggung apa-apa risiko dalam projek pengeluaran yang besar (Ab. Aziz, 2000).
Pada pertengahan abad ke-20, usahawan telah dianggap sebagai egen yang
membawa kepada perubahan kerana mereka melaksanakan penciptaan produk, proses
atau sistem. Usahawan pada masa itu merupakan invidu yang akan memualakan sesuatu
yang baru dan diperkenalkannya kepada masyarakat (Ab. Aziz, 2000).
Keusahawanan pada abad ke-21 sudah semestinya lebih mencabar di mana
teknologi akan bertambah canggih, persaingan akan menjadi lebih sengit damasalah dan
tuntutan pekerja lebih kompleks. Para pekerja akan lebih mendesak sekiranya tuntutan
mereka tidak dipenuhi oleh pihak usahawan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun. Ini menyebabkan
ia memerlukan bilangan usahawan yang ramai dan berkualiti. Melalui keusahawanan
dapat meningkatkan taraf kehidupan sesebuah masyarakat dan pada masa yang sama
dapat meningkatkan pembangunan negara.
Setiap tahun ramai siswazah yang keluar daripada institusi pengajian tinggi
awam atau swasta. Tentulah bilangan yang begitu ramai akan mencari pekerjaan dan
sudah tentu bukan semua akan mendapat pekerjaan. Ini kerana kerja yang ada dengan
bilangan yang mencari tidak sama banyak. Kepada mereka yang bertegas ingin makan
gaji walau susah mana sekalipun, mungkin terpaksa menggangur untuk beberapa tahun.
Keinginan kuat untuk memakan gaji ini berpunca daripada cara anak-anak
dididik. Mereka disuruh belajar sampai masuk universiti dan lulus dengan pngkat
terbaik, kemudian cari kerja dengan gaji lumayan. Mentaliti masyarakat kini jarang-
jarang sekali menggalakkan anak menjadi majikan kerana tahap mengambil risiko pada
diri masyarakat kini adalah sangat rendah (Salleh,2003)
Kesukaran untuk mendapatkan sebarang pekerjaan merupakan faktor utama
masalah pengangguran di Malaysia. Semakin hari semakin ramai graduan dihasilkan dan
peluang untuk mendapatkan pekerjaan semakin tipis. Pada 2006 malaysia mempunyai
tenaga kerja sebanyak 10,727,000 iaitu 40.3 peratus daripada jumlah penduduk negara
yang berjumlah 26.64 juta. Jumlah yang bekerja ialah 10,408,000 dan selebihnya adalah
penganggur sebanyak 319,000 orang. Penangguran berada pada kadar 3.0 peratus
daripada tenaga kerja, iaitu menurun sebanyak 0.5 peratus dearipada 3.5 peratus pada
2005 (Utusan Malaysia, 4 Julai 2007). Walaupun ia menurun, akan tetapi jumlahnya
masih lagi tinggi dan membinbangkan. Sebahagian daripada jumlah pengangguran itu
adalah daripada golongan graduan.
Bagi mengatasi masalah ini, pihak Kerajaan Malaysia telah menerapkan
beberapa program keusahawanan daripada peringkat sekolah hingga ke peringkat
institusi pengajian tinggi (IPT). Ini bagi menyediakan para graduan dengan ilmu-ilmu
keusahawanan sebelum mereka keluar kelak dan bergelar seorang graduan. Menurut kata
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed mulai pengambilan sesi 2007/2008
semua pelajar baru yang berdaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diwajibkan
mengambil mata pelajaran keusahawanan. Mata pelajaran ini hanya asas supaya minda
mereka terbuka untuk berdikari dengan meneroka setiap peluang yang ada dan tidak lagi
terlalu bergantung kepada kerajaan untu mencari kerja (Utusan Malaysia, 2 Julai 2007).
Merujuk pada penyataan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan IPT, Kementeriaan
Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Dr. Hassan Shukri Ab Yazid, pelajar IPT perlu menukar
corak pemikiran yang sebelum ini tertumpu kepada mendapatkan pekerjaan makan gaji
kepada sesuatu berasaskan perniagaan (Harian Metro, 13 Julai 2007). Ini menunjukkan
masalah pengangguran dikalangan graduan boleh dikurangkan dengan cara
menceburkan diri dalam bidang keusahawanan. Negara memerlukan lebih ramai
usahawan bagi meningkatkan kemajuan negara dan kerana itu budaya keusahawanan
perlu diterapkan dalam diri pelajar daripada peringkat awal lagi.
1.3 Penyataan Masalah
Masalah pengangguran dikalangan graduan telah menjadikan kemajuan dan
pembangunan negara terbantut. Ini kerana golongan graduan adalah golongan yang
terpelajar dan mampu melakukan sesuatu perubahan yang positif. Oleh yang demikian
pendedahan awal kepada keusahawanan perlu diberikan kepada para graduan supaya
mereka dapat menyesuaikan diri sekiranya sukar untuk mendapatkan pekerjaan
mengikut profesion masing-masing apabila tamat pengajian kelak. Tujuan kajian ini
adalah untuk melihat sejauh mana ciri keusahawanan, pengetahuan dalam keusahawanan
dan penglibatan pelajar dalam bidang keusahawanan semasa menuntut di universiti.
1.4 Objektif Kajian
Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini ialah :
i. Mengenalpasti ciri pelajar dalam bidang keusahawanan
ii. Mengenalpasti kemahiran pelajar dalam bidang keusahawanan
iii. Menegenalpasti penglibatan pelajar dalam kegiatan berasaskan keusahawanan.
1.5 Persoalan Kajian
Kajian ini dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumbalas beberapa
persoalan seperti yang berikut:
i. Apakah pelajar mempunyai ciri-ciri seorang usahawan?
ii. Apakah pelajar mempunyai kemahiran dalam bidang keusahawanan?
iii. Apakah pelajar membabitkan diri dengan sebarang aktiviti yang berasaskan
keusahawanan?