SKAP 6004
Metodologi Penyelidikan Sosial
AKAL BUDI MELAYU DI BANDAR BARU BANGI
Prof. Madya Dr Habibah Bt Ahmad
Nama :
Roslina Binti Samsuddin (P79767)
Roslinda Binti Samsuddin (P79768)
Ramlah Binti Yaakub (P79778)
Nur Syuhada Binti Rosli (P79765)
0
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA HALAMAN
1.0 Pengenalan 2
1.1 Konsep Akal Budi Melayu 3
1.2 Latar Belakang Kajian 6
1.3 Permasalahan Kajian 8
1.4 Objektif Kajian 8
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 9
1.7 Skop Kajian 9
1.8 Kawasan Kajian 10
1.9 Kerangka Konseptual 10
1.10 Kerangka Teori 12
1.11 Carta Gantt Pelaksanaan Projek 13
1.12 Tinjauan Literatur 15
1.13 Metodologi Kajian 25
1.14 Jangkaan Hasil Kajian 29
1.15 Kesimpulan 30
Bibliografi 31
1
1.0Pengenalan
Masyarakat Melayu sememangnya terkenal dengan akal pemikiran dan budi
pekerti yang tinggi khususnya masyarakat Melayu lama. Konsep Melayu yang
digunakan secara meluas oleh penduduk asal di alam Melayu ini adalah
berasaskan kepada idea yang dapat dikesan kepada sejarah peradaban Melayu itu
sendiri. Dengan kepelbagaian kelompok sosial dan sub budaya yang membina
masyarakat dan budaya Melayu yang lebih luas itu telah memberikan kekuatan yang
menyatakan kekayaan khazanah budaya Melayu.
Seiring dengan perkembangan teknologi ‘segalanya di hujung jari’ akal budi
Melayu semakin terhakis. Masyarakat Melayu yang terdiri dari pelbagai golongan
semakin melupakan adat dan budaya melayu kerana terlalu mengikut trend terkini.
Bangsa Melayu yang suatu ketika dulu terkenal dengan kesopanan dan kesantunan
kini sudah tenggelam dek arus pemodenan.
Perspektif sosiologi melihat salah satu sebab sesebuah budaya terhakis
adalah keran berlakunya penyebaran budaya asing (cultural diffusion). “Cultural
diffusion is the transmission of cultural elements from one society or cultural group to
another”. (Margeret L. & Howord F. 2009). Penyebaran budaya dari satu masyarakat
ke satu masyarakat yang lain berlaku apabila adanya cabang budaya (sub budaya)
dipindahkan oleh satu kelompok manusia.
Penyebaran budaya barat berlaku kerana kecanggihan teknologi maklumat.
Dengan kecanggihan teknologi yang semakin pesat menular, masyrakat melayu
akan mudah terpengarauh dan akhirnya melupakan adat dan budaya mereka sedikit
demi sedikit. Dan, pada akhirnya mereka terus melupakan akal budi melayu yang
sudah sedia ada dalam diri mereka. Oleh itu, sesuatu perkara perlu dilakukan untuk
2
menyedarkan mereka tentang asal usul mereka sebelum terjebak lebih jauh dalam
budaya ciptaan barat. Jika pekara tersebut tidak dipupuk dari awal tidak mustahil
suatu hari nanti akal budi melayu akan lenyap mengikut arus pemodenan.
Kesimpulannya, walaupun masih ada akal budi melayu yang diamalkan
seperti pertandingan pantun, kempen budi bahasa dan sebagainya di buat, itu tidak
memadai. Pendidikan moral perlu diberi penekanan di peringkat tadika lagi, di mana
perlu diterapkan di dalam diri kanak-kanak terlebih dahulu. Jika ia di berikan di
peringkat sekolah menengah, adakah mereka akan menerimanya, di saat pemikiran
mereka sudah menjurus ke arah budaya moden?
1.1 Konsep Akal Budi Melayu
Istilah Melayu merujuk kepada tiga pengertian atau dimensi yang berbeza,
iaitu ras (genetik atau biologi), kebudayaan dan bahasa. Ras Melayu merujuk
kepada sekumpulan manusia yang memiliki ciri-ciri genetik yang sama dan yang
berasal dari alam Melayu. Kebudayaan Melayu merujuk kepada pegangan dan
amalan yang didasarkan kepada agama Islam dan adat resam masyarakat Melayu.
Bahasa Melayu adalah bahasa yang dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu.
Kebijaksanaan masyarakat Melayu dapat dilihat melalui pelbagai aspek yang
melambangkan ketinggian akal budi Melayu antaranya ialah melalui bahasa,
sastera, penulisan, petuturan, senibina adat, budaya dan sebagainya. Akal budi
Melayu dapat dilihat dengan jelas dari aspek penulisan dan pertuturan masyarakat
melalui puisi-puisi lama seperti pantun, sajak, dan syair yang memerlukan ketinggian
akal dan pemikiran dalam menghasilkan karya. Sebagai contoh, pantun
mengambarkan sikap dan pendirian orang Melayu yang turut menampilkan
kehidupan dan cara hidup orang Melayu dan menggambarkan adab dan akal
3
mereka. Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz (2013), melalui pantun, kebijaksanaan
Melayu terserlah dengan cara sindirian yang halus dan unsur humor yang berkesan.
Malah pantun juga secara bijak memancarkan aspek erotika yang menarik.
Secara umumnya, dalam kehidupan harian, bahasa memainkan peranan
penting. Bahasa melalui pertuturan, penulisan dan juga komunikasi akan
melengkapkan kehidupan bermasyarakat. Tanpa bahasa manusia tidak dapat
berkomunikasi dengan baik. Lantaran itu, bahasa dikatakan berperanan dan dapat
membangun akal budi bangsa
Melalui rencana yang dipetik daripada Dewan Bahasa, Oktober 2012.Konsep
akal budi melalui bahasa dapat dilihat melalui akal anugerah Allah SWT yang
istimewa kepada manusia. Akal manusia mempunyai batasan tertentu untuk
bertindak, bergaul dan belajar mengikut fahaman dan anutan agama masing-
masing. Bagi orang mukmin umpamanya, Allah SWT menganugerahkan akal yang
disertakan dengan taufik dan hidayat.Manakala budi dalam al-Quran bermaksud
adab, sopan santun serta orang yang berakhlak dan beriman. Hal ini dijelaskan
dalam beberapa ayat tentang adab pergaulan orang mukmin terhadap Rasulullah
SAW pada zaman baginda, yang menjadi pedoman dan pengajaran kepada orang
Islam hingga sekarang.(Dewan Bahasa dan Pustaka, Aminudin Mansor, Bahasa
Membangunkan Akal Budi Bangsa, 2015, Darihal Bahasa).
Pelbagai sudut pandangan yang berbeza mengenai istilah akal dan budi
menurut tokoh-tokoh terdahulu. Plato merumuskan, akal adalah organ fikiran yang
berkaitan dengan idea-idea murni, manakala Aristotle pula berpendapat berfikir
adalah potensi atau salah satu fungsi akal. Kata akal berasal dari kata dalam bahasa
Arab, al-‘aql. Kata al-‘aql adalah dari kata ‘aqola – ya’qilu – ‘aqlan yang maknanya
adalah “ fahima wa tadabbaro “ yang artinya “faham atau tahu, mengerti dan
4
memikirkan atau membuat pertimbangan “. Manakala terdapat tokoh yang
menyatakan bahawa ‘Budi’ adalah perkataan yang asal dari bahasa Sanskrit iaitu
‘budhi’ yang bererti asas-hikmah. Budi juga diibaratkan sebagai pelita atau obor
yang menyinari jalan yang ditempuh oleh manusia. Perkataan ‘hikmah’ dalam
bahasa Arab bermaksud kebijaksanaan dalam ilmu untuk menguasai dan
memahami yang empirikal dan non-empirikal.
Konsep budi menurut Prof. Dr. Datuk Zainal Kling, konsep budi sebagai ‘alam
jiwa’ terdapat di dalam gagasan budi daya atau budaya. Budi adalah alam jiwa dan
daya adalah gerak laku fizikal. Budi adalah struktur dalaman Melayu atau batiniah
Melayu yang mengandungi persoalan akal, rasa, jiwa, akhlak, etika dan moral. Budi
mengandungi rumpunnya atau kompleksnya yang bersirat iaitu akal budi, hati budi,
budi bicara, budi bahasa dan budi pekerti. Namun, fokus masyarakat Melayu lebih
kepada budi pekerti dan budi bahasa.
Secara kesimpulanya, berdasarkan definisi di atas, konsep akal dan budi
sangat berkait rapat dengan pemikiran masyarakat Melayu dimana kebijaksanaan
Melayu dapat dilihat melalui akal budi yang dipamerkan terhadap masyarakat.
5
1.2 Latar Belakang Kajian
Bandar Baru Bangi pada asalnya adalah daripada sebuah ladang kelapa
sawit yang mempunyai keluasan 5,118 ekar dan proses pengambilan tanah dibuat
oleh Kerajaan Negeri Selangor mulai tahun 1972-1978 dan proses pengambilannya
dilakukan secara berperingkat bermula dari seksyen 1 yang melibatkan pembinaan
rumah kos rendah, sederhana dan tinggi yang berjumlah 200 unit. Bandar ini
merupakan bandar satelit dimana ia merupakan bandar kedua terbesar selepas
Shah Alam yang telah dibahagikan kepada 16 seksyen. Pelbagai kelompok
masyarakat yang terdapat di bandar baru ini yang mengamalkan adat dan budaya
masing-masing.
Akal budi masyarakat Melayu dapat dilihat dari pelbagai sudut untuk
mengetahui tingginya budi dan pemikiran masyarakat Melayu iaitu melalui senibina,
pertuturan, penulisan adat dan sebagainya. Namun begitu, kajian yang ini
melibatkan akal budi dari aspek budaya dan adat masyarakat Melayu itu sendiri
bagaimana ia membentuk budi bahasa masyarakat tersebut khususnya masyarakat
Melayu di Bandar Baru Bangi dimana kita tahu bahawa, Bandar Baru Bangi
merupakan merupakan sebuah bandar besar yang mempunyai pelbagai lapisan
masyarakat.
Secara umumnya, dalam kehidupan harian, adat dan budaya memainkan
peranan penting. Adat dan budaya dapat dilihat pada pertuturan, penulisan dan juga
komunikasi yang mana sebagai melengkapkan kehidupan bermasyarakat. Tanpa
bahasa manusia tidak dapat berkomunikasi dengan baik. Adat adalah aneka
kelaziman dalam sesebuah negeri berdasarkan kepada keadaan dan situasi sesuatu
masyarakat itu. Ringkasnya, adat adalah peraturan hidup sehari-hari. Ia merupakan
6
gagasan kebudayaan yang terdiri daripada nilai-nilai kebudayaan, norma,
kebiasaan, kelembagaan dan hukum adat yang lazim dilakukan di sesuatu daerah.
Kelaziman atau kebiasaan sesuatu perkara yang dilakukan itu telah bersebati dalam
kehidupan sesuatu masyarakat; dari suatu negara, kebudayaan, waktu atau agama
yang sama. Adat dapat diteruskan dengan adanya informasi yang disampaikan dari
generasi ke generasi, baik secara bertulis ataupun lisan. Sebagai contoh, adat dan
budaya dalam kalangan masyarakat Melayu di Bandar Baru Bangi dapat dilihat
melalui budaya pemakaian, pertuturan dan pergaulan dan sebagainya.
Adat resam atau adat istiadat yang diterima oleh sesuatu bangsa merupakan
cetusan peraturan dan panduan di mana ia adalah satu garis penentu sesuatu
hukum yang dilaksanakan oleh masyarakat tersebut. Sesebuah masyarakat
menjalani kehidupan berdasarkan amalan nenek moyang mereka sebagai
menyempurnakan atau melaksanakannya sebagai satu peraturan. Peraturan ini
menjadi amalan dan kebiasaan, menjadi sifat dan tabiat manusia semulajadi di
mana lama-kelamaan telah menjadi satu kemestian yang diikuti secara turun-
temurun bagi mengekalkan tradisi sesuatu kaum itu. Asalnya perkataan adat ini
adalah dari bahasa Arab yang bermaksud kebiasaan.
Istilah adat itu sendiri memberi pengertian yang agak meluas dan dalam
situasi yang tidak begitu terbatas. Boleh dikatakan setiap suku bangsa mempunyai
adat dengan pengertian masing-masing. Justeru, bagi memahami maksud adat
sesuatu suku bangsa itu kita harus menggunakan atau memahami budaya dan
falsafah hidup mereka.
7
1.3 Permasalahan Kajian
I. Keruntuhan akhlak di kalangan golongan muda
II. Arus pemodenan globalisasi kini menyebabkan terhakisnya adat dan budaya
Melayu. Kehidupan moden kini dengan pelbagai kemudahan seperti kepelbagaian
gadget menyebabkan terhakisnya adat dan budaya melayu kerana mereka tidak lagi
mengamalkanya.
III. Persaingan di antara nilai budaya modenisasi dan nilai budaya Melayu. Masyarakat
melayu kini terikut-ikut dengan budaya luar seperti budaya k-pop dan dan melupakan
adat mereka sendiri.
1.4 Objektif Kajian
I. Mengkaji adat dan budaya Melayu yang masih diamalkan dan fungsinya
terhadap masyarakat.
II. Mengenalpasti sejauh mana pengaplikasian dan penerimaan masyarakat moden
terhadap budaya dan adat Melayu khususnya di Bandar Baru Bangi.
III. Memberi pendedahan semula kepada masyarakat khususnya golongan remaja
tentang kepentingan adat dan budaya dalam membentuk akal budi Melayu.
1.5 Persoalan Kajian
I. Adakah adat dan budaya Melayu tradisional masih diamalkan oleh masyarakat
kini dan fungsinya terhadap masyarakat?
II. Bagaimanakah pengaplikasian dan penerimaan masyarkat moden Bandar Baru
Bangi terhadap budaya dan adat Melayu?
8
III. Apakah cara yang sesuai untuk memberi pendedahan kepada masyarakat
mengenai pentingnya nilai adat dan budaya untuk membentuk akal budi
Melayu?
1.6 Kepentingan Kajian
I. Kajian ini penting supaya masyarakat Melayu memahami adat dan budaya
Melayu tradisi dan mempraktikkannya dalam kehidupan.
II. Supaya golongan yang lebih berusia sedar akan kepentingan budaya dan adat
dan harus ditunjukkan kepada generasi muda bagi meningkatkan ketinggian
pemikiran akal budi masyarkat.
III. Mengekalkan adat dan budaya masyarakat serta memperkenalkannya di
peringkat global mengenai keindahan adat dan buday Melayu khususnya melalui
puisi-puisi tradisional dan moden.
1.7 Skop Kajian
Kajian Akal Budi Melayu ini memfokuskan kawasan kajian di sekitar Universiti
Kebangsaan Malaysia iaitu di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Kajian ini
hanya menfokuskan kepada aspek adat dan budaya masyarakat Melayu, golongan
yang difokuskan adalah terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat Melayu.
1.8 Kawasan Kajian
Bandar Baru Bangi terletak di dalam daerah Hulu Langat dan berada di bawah
pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Ia mempunyai sebanyak 16
seksyen dimana setiap seksyen mempunyai peranan yang berbeza.
9
1.9 Kerangka Konseptual
Konsep adalah sesuatu yang abstrak tetapi menunjuk kepada sesuatu yang konkrit.
Konsep-konsep yang digunakan adalah bagi memastikan kajian yang dilakukan ini
tidak terkeluar dari batasan kajian. Dalam kajian ini konsep budaya dan adat
digunakan dalam memastikan kajian ini tidak terkeluar dari batasan kajian yang
ditetapkan. Menurut Dr. Mohd Anuar Ramli, dari sudut etimologi, budaya merupakan
perkataan yang berasal dari kata akar ‘budi’ dan ‘daya’. “budi” bererti cahaya atau
sinar yang terletak di dalam batin manusia manakala perkataan “daya”bertalian
dengan upaya iaitu usaha, keaktifan manusia melaksanakan dengan anggotanya
apa yang digerakkan oleh budinya.
Pandangan ini turut disokong oleh Haji Abdul Karim Amrullah (1908-1981) iaitu
perkataan budaya mengalami proses hipologi antara budi dan daya. Terdapat
pendapat juga menyatakan bahawa budaya berasal dari bahasa Sanskrit iaitu
“buddhayah” dari kata jamak “buddhi” yang bererti budi atau akal.
10
KERANGKA KONSEPTUALAKAL BUDI MELAYU
BUDAYABudaya pemakaianBudaya pertuturan
- Cara hidup dan pergaulan - Kesenian
ADATAdat memberi salam bertegur sapa
Ziarah dan bertandangBersanding, berinai, kelahiran,pengebumian
11
1.10 Kerangka Teori
Teori yang digunakan dalam kajian ini adalah berkait rapat dengan teori
sosiologi dimana pengkaji mengkaji kehidupan sosial masyarakat moden khususnya
golongan muda di Bandar Baru Bangi dari sudut budaya dan adat yang diamalkan
oleh mereka samaada masih mempunyai akal budi melayu.
Pengkaji telah menggunakan Teori Pengamatan yang dibentuk oleh J. F.
Herbart. Seorang ahli pendidikan British, dalam zaman yang hampir sama dengan
kewujudan Teori Pembelajaran Semula Jadi di Eropah. Mengikut Herbartian Method
of Teaching, suatu pendekatan pengajaran yang disarankan oleh beliau,
pengamatan dihuraikan sebagai proses mental yang menggabungkan idea-idea
baru dengan idea-idea yang berada dalam akal fikiran seseorang. Herbart
menghuraikan ilmu tidak didatangkan secara semulajadi, tetapi dibentuk daripada
pengalaman-pengalaman yang diperolehi melalui pengamatan dan disimpan dalam
akal fikiran seseorang, bergabung dengan pengalaman baru agar memperolehi
pemahamannya. Untuk memudahkan pengamatan berlaku, pengalaman-
pengalaman dalam akal fikiran hendaklah disusun secara sistematik dan teratur.
(Literatur dan Kaedah Penyelidikan, Mok Soon Sang; 2009, 17).
12
13
1.11 Carta Gantt Pelaksanaan Projek
Cadangan Projek : Akal Budi Melayu Di Bandar Baru Bangi
BIL AKTIVITI MINGGU
5 6 7 8 9 10 11 121 Mendapat tugasan
berkumpulan, dan melantik ahli jawatankuasa
membahagikan tugas
2 Menyediakan senarai semak untuk melancarkan projek kerja dan mencari
maklumat
3 Merangka proposal penyelidkan mengenai akal
budi melayu dan menetapkan tarikh kerja
lapangan.
4 Menyiapkan proposal dan membuat perbentangan.
5 Membuat soalan temuramah, mencetak 100
helai borang soal selidik untuk diedar
6 Menjalankan kajian dengan mengambil
gambar,rakaman dan membuat analisa hasil
dapatan kajian.
7 Membuat laporan projek , menambahbaik laporan dan
menghantar laporan penyelidikan.
14
1.12 Tinjauan literatur
Penyelidikan mengenai akal budi Melayu sering mendapat perhatian oleh para
penyelidik sebelum ini. Kajian yang dilakukan dapat mengetahui bagaimana
masyarakat mengaplikasikan pemikiran dan budi dalam diri mereka. Hal ini sangat
jelas bahawa akal dan budi manusia dapat dilihat melalui budaya dan adat yang
diamalkan seperti pertuturan dan penulisan dimana setiap pertuturan dan penulisan
yang dilakukan asasnya ialah melalui hati kita yang mana dapat membentuk budi
pekerti seseorang. hal ini dapat dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh
pensyarah Universiti Putra Malaysia yang menyatakan bahawa :
Hati dan budi bertindak secara berintegrasi dalam diri seseorang
sebagai satu kesatuan sehingga terjelma dalam tindak tanduk, budi
pekerti, budi bahasa, nilai, norma, pemikiran dan ilmunya, dan
melahirkan sifat keperibadian atau identitinya secara individu dan
secara kemasyarakatan apabila sifat itu dimiliki sepunya oleh
masyarakat itu secara kolektif.
( Hashim Hj. Musa, Rozita Che Rodi, Siti Sarah Abdul Karim, 2012)
Hati dan budi juga dapat dilihat dari sudut budaya dan adat yang diamalkan oleh
sesuatu masyarakat khususnya masyarakat Melayu yang mempunyai pelbagai
bentuk adat dan budaya yang diamalkan sejak dari turun-temurun sehingga kini.
Budaya dan adat yang diamalkan ini diperoleh dari norma-norma kehidupan yang
dijalankan sejak dahulu sehingga membentuk perlakuan peribadi seseorang.
Perkara ini turut dijelaskan dalam petikan di bawah :
15
Norma atau ‘norms’ pula merupakan suatu peraturan informal yang
dipegang oleh kelompok masyarakat. Ia berbentuk batasan.
Seseorang yang melanggar normanorma sesuatu masyarakat itu
menunjukkan kegagalannya mentaati kontrak sosialnya dengan
masyarakat tersebut. Bagaimanapun, norma tidak konsisten di antara
satu masyarakat dengan masyarakat yang lain. Contohnya, dalam
masyarakat Barat, mungkin seseorang yang bersendawa ketika di
meja makan itu tidak mematuhi norma mereka akan tetapi di negara
kita, ia dianggap sebagai perkara biasa.
( Mohd. Azhar Abd. Hamidi, Azmi Shah Suratman, Muhamad Fauzi
Othman 2001, Senario Pendidikan Moral Masyarakat Melayu Zaman
Teknologi Komuniti Maklumat (ICT): Trend, Halatuju dan Model
Pendidikan Moral Keluarga Islam.)
16
1.13 Metodologi Kajian
Pendekatan yang akan digunapakai dalam kajian ini adalah bersifat kualitatif yang
mana pengkaji menggunakan beberapa kaedah bagi mendapat data melalui kaedah
ini. Kajian kualitatif adalah mencari dan mengumpul bahan dan data yang releven
dengan tajuk yang dikaji seperti istilah, konsep dan teori bagi menerangkan sesuatu
fenomena dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan kajian teks.
i. pemerhatian.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian bagi
mendapatkan data berbentuk kualitatif dimana pemerhatian secara terus
(direct observation) dijalankan. Pemerhatian secara terus ini melibatkan
pemerhatian secara langsung dan biasanya tidak melibatkan banyak
komunikasi dengan manusia sebagai contoh, pengkaji membuat pemerhatian
terhadap penerimaan dan amalan budaya yang diamalkan oleh golongan
remaja di Bandar Baru Bangi.
ii. Dokumentasi
Kaedah dokumentasi juga dijalankan dalam memastikan data kualitatif yang
dikutip adalah tepat. Kaedah ini memerlukan pengkaji melakukan kajian
perpustakaan dan internet bagi memperolehi data dan juga maklumat.
Kaedah ini memerlukan pengkaji untuk merujuk kepada buku-buku teks,
tesis, kertas kerja, jurnal dan akhbar yang mengenai akal budi melayu.
Pengkaji perlu mengumpul dan dan menganalisis maklumat tersebut sebelum
mendokumentasikan setiap maklumat yang diperolehi.
17
iii. Temubual
Seterusnya, pengkaji turut menjalankan kaedah temubual dimana kaedah ini
dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu temubual secara berkelompok atau
individu. Namun, bagi kajian ini pengkaji menggunakan kaedah temubual
secara rawak dimana pengkaji menemubual responden secara individu yang
dipilh secara rawak dari pelbagai lapisan masyarakat. Hal ini demikian,
kerana kaedah tembual ini lebih konsisten untuk digunakan untuk
mendapatkan data dengan lebih cepat. Melalui kaedah temubual ini, data
seperti latar belakang responden, dan maklumat yang lain dapat diambil
dengan lebih tepat kerana menjalankan temubual bersemuka dengan
responden kajian. Setiap data yang dikumpul akan dianalisis melalui
transkripsi temubual seterusnya untuk mendapatkan data akhir.
Pengkaji turut menggunakan pendekatan kuantitatif dimana kajian ini memerlukan
data numerikal serta melibatkan analisis statistik terhadap data tersebut untuk
memahami dan menjelaskan fenomena yang dikaji. Pengkaji menggunakan
beberapa kaedah dan instrument kajian bagi menjalankan kajian ini. Sebagai contoh
temubual dan soal selidik.
18
i Soal selidik
Kaedah soal selidik digunapakai dalam kajian ini dimana pengkaji
menggunakan borang soal selidik dan diedarkan kepada responden untuk
mendapatkan data mengenai ciri-ciri budaya yang masih diamalkan oleh
responden kajian. Seramai 50 orang responden yang digunakan dalam
kaedah ini. Soal selidik ini juga meliputi ciri-ciri demografi iaitu
jantina,umur,pendidikan dan sebagainya. Hal ini bagi memastikan data yang
dipungut dapat dikelaskan mengikut kategori. Bentuk soalan yang digunakan
dalam borang soal selidik adalah terbahagi kepada dua iaitu soalan berbentuk
terbuka dan soalan tertutup. Bentuk soalan terbuka memberi kebebasan
kepada responden untuk menyatakan pandangan mengenai sesuatu isu
manakala soalan berbentuk tertutup turut digunakan dimana responden
diberikan pilihan jawapan yang telah ditetapkan didalam borang soal selidik
tersebut.
ii Pensampelan
Analisis data dilakukan bagi mengira kekerapan, peratusan serta purata bagi
setiap item. Pensampelan dilakukan bagi mendapat data secara kuantitatif
dimana pengkaji membuat memilih beberapa sampel untuk mewakili sumber
data yang diperoleh. Persampelan adalah proses memilih individu bagi
sesuatu kajian dalam cara tertentu supaya mewakili populasi dimana mereka
dipilih. Sampel kajian yang dipilih mestilah kekal sehingga kajian selesai.
Terdapat beberapa jenis kaedah pensampelan iaitu pensampelan rawak
19
mudah (simple random sampling), pensampelan rawak berlapis (stratified
random sampling), pensampelan bersistematik (sistematic sampling) dan
pensampelan bertujuan (purposive sampling)
1.14 Jangkaan hasil kajian
Di akhir kajian ini, pengkaji menjangkakan bahawa akal budi masyarakat Melayu
semakin berkurang ekoran daripada ledakan arus pemodenan yang cepat seperti
teknologi maklumat dimana setiap lapisan masyarakat hanya bertegur sapa melalui
ciptaan teknologi seperti telefon pintar dengan menggunakan aplikasi sosial dan
sebagainya tanpa mengira budaya dan adat yang diamalkan sejak turun-temurun.
Hal ini menyebabkan adat dan budaya masyarakat Melayu tradisional seperti
berpantun dan berpuisi semakin terhakis sehingga menyebabkan ketinggian akal
pemikiran mereka semakin berkurang.
20
1.15 Kesimpulan
Ramai sarjana juga telah membuat pelbagai penafsiran bagi istilah adat. Setiap
masyarakat yang mengamalkan adat resam adalah masyarakat yang hidup
bertatacara. Ini memperlihat kehidupan mereka berlandaskan norma-norma
kehidupan positif yang perlu dipatuhi. Adat resam, adat istiadat dalam setiap suku
bangsa itu semestinya terdapat perbezaan dan berlainan dari cara perlaksanaan
dan pemakaiannya. Namun, apa juga penafsiran dan perbezaan adat dalam
sesebuah masyarakat itu, tujuannya adalah serupa, iaitu untuk membentuk suatu
masyarakat yang maju, dinamik dan progresif, kerana adat dapat mencerminkan
jiwa suatu masyarakat atau bangsa dan merupakan suatu keperibadian dari suatu
masyarakat atau bangsa.
21
Bibliografi
Hashim Hj. Musa, Rozita Che Rodi, Siti Sarah Abdul Karim(2012), Hati Budi Melayu: Kajian Keperibadian Sosial Melayu Ke Arah Penjanaan Melayu Gemilang.
Ismail Abd. Rahman (2012), Kesusasteraan Adab, Warisan Tidak Ketara: Melestari Akal Budi, Bahasa dan Bangsa Melayu.
Mohd. Azhar Abd. Hamidi, Azmi Shah Suratman, Muhamad Fauzi Othman (2001), Senario Pendidikan Moral Masyarakat Melayu Zaman Teknologi Komuniti Maklumat (ICT): Trend, Halatuju dan Model Pendidikan Moral Keluarga Islam.
Ungku Aziz (2013), Bijaksananya Akal Budi Melayu ; diperoleh melalui www.bharian.com.my
22