BAB 4
PERSONALITIDAN
KONSEP KENDIRI
DISEDIAKAN OLEH: DR NORHASYIMAH BINTI HAMZAH
5.1 DEFINISI PERSONALITI
• Personaliti atau keperibadian merupakan satu cabang psikologi yangmengkaji keperibadian dan proses individu lain yang menjadikan kitamanusia.
• Merujuk kepada sesuatu kualiti atau keadaan yang terdapat atausedia wujud di dalam seseorang individu untuk individu tersebutmenggelar dirinya sebagai seorang insan.
• Personaliti ini merangkumi satu penyusunan di antara faktor-faktorseperti biologi, psikologi dan sosiologi. Untuk proses pergaulan(sosialisasi) berlaku, seseorang itu haruslah mempunyaipersonaliti.
• Personaliti (definisi Kamus Dewan Edisi Keempat), personalitimembawa erti keperibadian dan perwatakan seseorang.
Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian,atau perwatakan seseorang.
Berasal dari Bahasa Latin ; Topeng muka
Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorangindividu secara kesuluruhan. (perangai, sentimen, sikap,minat, kepercayaan, cita-cita dan nilai)
DEFINISI PERSONALITI
• Mishel (1968)
“Pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yangdijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing.”(segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorangdapat mengambarkan personaliti mereka yang sebenar.)
• Allport(1961)
“Satu organisasi dinamik sistem psikofizikal padaseseorang individu yang menentukan tingkah laku danfikirannya yang khusus. “
• Hans Eysenck(1981)
“Organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agakstabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadappersekitarannya.”
• Kajen,J dan Segal,J(1988)
“Corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumipelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkahlaku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya.”
• Watson (1919)
“Personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang danbehaviorisme.”
DEFINISI WATAK
• corak tingkah laku seseorang, gaya berfikir, mengawalperasaan.
• berdasarkan kepada persekitaran yang mengelilingikita, kemampuan mental, prinsip moral dan faktor lain yang serupa.
DEFINISI TRAIT
Bermaksud sifat, ciri dan perangai
Dari segi psikologi, merujuk keperibadian
kepada
Keperibadian adalah keseluruhan cara di mana seorangindividu beraksi dan berinteraksi dengan individulain.(Keperibadian sering didefinisikan dalam istilah sifatyang boleh diukur yang ditunjukkan oleh seseorang.)
PERBEZAAN PERSONALITI, WATAK DAN
TRAIT
Personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai,intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dantingkah laku seseorang individu.
Watak hanya merupakan sebahagian daripadapersonaliti.
Personaliti
Watak
• Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yangdilakukan oleh ahli-ahli masyarakat dan adalah berdasarkannilai-nilai budaya masyarakat.
• Watak merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi,belas kasihan, hormat-menghormati.
• Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal. cemas,
dan(kerjasama, agresif, pasif, tenang, tanggungjawab, terbuka, mudah mesra sebagainya.)
• Ciri-ciri personaliti tersebut digunakan untuk menilaipersonaliti seseorang.
• Personaliti merangkumi unsur-unsur individu yang diwarisiseperti kecerdasan, saiz badan dan juga unsur-unsur yangditentukan oleh alam sekitar termasuk perangai, caraseseorang bertingkah laku, bercakap dan bertindak balas.
• Sebaliknya watak lebih merupakan suatu penilaian seseorangindividu yang ditentukan oleh anggota-anggota masyarakatatau alam sekitar.
Ekstrovert
Introvert
Ambivert
Individu yang digolongkan ke dalam kumpulan ini biasanya menonjolkan ciri-ciri seperti :-• Relaks• Gemar kepada keseronokan• Suka bercampur gaul• Aktif• Inovatif atau gemar kepada
perubahan• Gemar akan aktiviti-aktiviti luar• Mudah bercakap• Cepat bertindak balas• Tidak mudah bimbang• Mempunyai ciri-ciri kepimpinan.
PENDAPAT AHLI PSIKOLOGI LAINMENGENAI KLASIFIKASI PERSONALITI
Block (1971)
Conley (1984)
Mishel (1984)
Epstein (1983)
Conley (1984)
• Menyatakan bahawa ciri-ciri seorang individu adalah agak stabil serta boleh diramal.
✓ Libatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia akan menikmati perasaan kejayaan.
✓ Guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya.
✓ Menghentikan segala ejekan seperti ‘bodoh’ , ‘si gemuk’ atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah digunakan untuknya.
✓ Melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti berkumpulan.✓ Mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca
yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert
✓Mengadakan latihan-latihan tegas diri untuk pelajar introvert agar dia dapat berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan
✓Guru perlu menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform di mana pelajar berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan individu-individu yang lain.
✓Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut meningkatkan konsep kendirinya.
FAKTOR-FAKTOR YANGMEMPENGARUHI PERSONALITI
FAKTOR BAKA/GENETIK
FAKTOR PERSEKITARAN
FAKTOR BAKA/GENETIK• Secara umumnya baka ibu bapa akan
mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.
• a. Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkait rapat dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada tiga kategori yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti.
Jenis bentuk badan Rupa bentuk badan Ciri-ciri personaliti
Endomorf Bulat dan lembut Trait Viscerotinia:
Suka bergaul, cepat
mesra, berlega,
mengandur
Mesomorf Otot-otot kuat, berkemahiranpsikomotor
Trait Somatotonia:
Tegas, agresif, suka
riadah, sedia
menghadapi cabaran.
Ektomorf Kurus dan tinggi Trait Cerebrotonia:
Tidak suka bergaul,
introvert, tidak suka
aktiviti fizikal.
Keadaan Fizikal
Kecerdasan Seseorang
Emosi Yang Diwarisi
FAKTOR PERSEKITARAN• Persekitaran memang
memainkan peranan yang
penting dalam
mempengaruhi
personaliti seseorang
individu.
• Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi :-
1. Keadaan keluarga
2. Sekolah
3. Rakan sebaya
4. Masyarakat
5. Pengalaman
A.KELUARGA
1) Suasana didalam rumah
-Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat.
2) Pemakanan
-Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi.
3) Taraf sosioekonomi
• Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya
B. KEBUDAYAAN
• Kebudayaan yang berbeza
memang mempunyai nilai yang
berbeza.
• Didalam kebanyakan kebudayaan,
banyak ditekankan mengenai nilai-
nilai murni seperti hormat-
menghormati, bertoleransi,
tolong-menolong dan banyak lagi
nilai-nilai murni yang ditekankan.
• Individu yang dibesarkan dengan
kebudayaan seperti ini tentu akan
menjadi seorang yang penuh
kesopanan dan akan menonjolkan
personaliti yang seimbang.
C. PENGARUH SEKOLAH
• Pengaruh sekolah adalah kedua penting
• Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak.
• Bergantung kepada corakpentadbiran yang dibawa.
• Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan
D. RAKAN SEBAYA
• Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang.
• Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri.
• Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan sebaya mereka. Samaada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah yang positif ataupun yang negatif.
E. MEDIA MASSA
• Medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian.
• Pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat.
• Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan cenderung untuk berkelakuan yang lebih agresif.
F. PENGALAMAN AWAL
• Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi perkembangan personaliti sesorang individu
• Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun satu.
3.3 PERSONALITI DAN GAYAPEMBELAJARAN
Gaya pembelajaran – cara seseorang individu itu belajar dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang positif.
Menurut Dunn dan
Dunn (1981)
• Gaya pembelajaran merujuk kepada cara bagaimanaelemen - elemen dari lima ransangan asas mempengaruhikeupayaan seseorang untuk memahami dan berinteraksiserta bertindak balas kepada persekitaranpembelajaran.
• Seorang murid mula membentuk gaya bermula dari awal zaman kanak – kanak.
pembelajaran,
APAKAH 5 ELEMEN TERSEBUT ?
PERSEKITRAN EMOSI SOSIOLOGI
FISIOLOGI PSIKOLOGI
1) ASPEK
PERSEKITARAN• Kajian – sebahagian pelajar dapat belajar
dengan berkesan apabila mendengar muzik.BUNYI
• Kanak – kanak memerlukan cahaya yang sikituntuk belajar. Apabila membesar, merekamemerlukan cahaya.
CAHAYA
• Bilik yang berhawa dingin adalah lebih selesa dan mendorong pembelajaran.SUHU
• Suka belajar di tempat yang formal (ada kerusi dan meja) / di tempat yang tidak formal (berbaring / duduk di lantai).
REKABENTUK
2) ASPEKEMOSI
• Menunjukkan pembelajaran lebih berkesan.
• Menaikkan semangat dan keazaman dalam sesuatupembelajaran.
MOTIVASI
• Akan menghasilkan kerja yang bermutu.
• Akan melalui pembelajaran yang berkesan.
TANGGUNG-
JAWAB
• Membuat tugasan apabila menerima atau mengikut arahan daripada gurunya.
• Pelajar yang lebih kreatif, meyempurnakan tugasan atas inisiatif sendiri.
STRUKTUR
KETABAHAN •Boleh belajar dalam masa yang panjang atau boleh belajar dalam masa yang pendek.
3) ASPEKSOSIOLOGI
Terdapat pelajar suka belajar secara bersendirian.
Terdapat pelajar yang sukakan belajar secara
berkumpulan.
Dapat melihat kecenderungan pelajar itu
bersosiologi dalam pembelajaran, secara tidak
sengaja.
4) ASPEKFISIOLOGI
Maksud fisiologi secara umum – anggota fizikal.
Melibatkan pergerakan dan tubuh badan.
Gaya pembelajaran berlainan antara satu dengan
yang lain kerana mempunyai kekuatan persepsi
yang berbeza.
Cth: pelajar visual (pandang), pelajar auditor,
pelajar kinesthetic-tactile.
4.1 Pelajar Visual(Pandang)
• Jenis pelajar - yang belajar dengan melihat carta, graf dan gambar rajah.
• Pelajar ini gemar membaca kepada diri sendiri, menyelesaikan silang kata dan berupaya mencari objek-objek dengan cepat.
4.2 PelajarAuditor
• Pelajar yang gemar belajar dengan cara membaca dan menyebut perkataan -perkataan.
• Bertujuan sebagai kaedah untuk mereka mengingati sesuatu konsep.
4.3 PelajarKinesthenic- tictile
• Pelajar yang gemar belajarmenyentuh dan merasa.
• Suka bergerak ke sana danke mari.
• Ingin memanipulasikanobjek-objek yang berada disekeliling mereka, supayadapat memahaminyadengan lebih mendalam.
5) ASPEK
PSIKOLOGI• Dalam pemprosesan data dan maklumat yang
baru, pelajar mungkin pengguna otak kiri ataukanan.
• Otak kanan – mengenal wajah, corak, lukisan, kreatif.
• Otak kiri – ianya bekerja dengan memproses maklumat berkaitan dengan nombor , logik bahasa (membaca dan menulis) formal dan analisis.
PEMPROSES OTAK KIRI PEMPROSES OTAK KANAN
1. Suka belajar di tempat senyap 1. Suka belajar dengan muzik
2. Suka kepada cahaya yang lebih
terang
2. Suka pada keadaan yang sederhana
terang
3. Suka pada tempat duduk yang
tersusun
3. Suka pada tempat duduk yang
informal
4. Gigih ketika menyempurnakan
tugasan
4. Memerlukan rehat sebelum dapat
menyempurnakan tugasan
Munford (1986) mengemukakan empat gaya pembelajaran yang
dipengaruhi oleh personaliti individu :
• Suka mengumpul dan menganalisis data untukmembuat kesimpulanREFLEKTOR
• Suka membuat rumusan berdasarkan bukti,analisis dan logikTEORIS
• Suka mencari fakta untuk memastikannya sama ada berguna dalam situasi yang sebenar.PRAGMATIS
• Suka mencari pengalaman baru, aktif melibatkandiri dengan mengemukakan banyak soalan.AKTIVIS
KONSEP KENDIRI
ISI KANDUNGAN
6.1. Pengertian Konsep Kendiri
6.2. Jenis-Jenis Konsep Kendiri
6.3. Faktor-faktor yang menyebabkan konsep
kendiri yang negatif
6.4. Helah Bela Diri
6.5. Cara-cara guru membantu kanak-kanak
membentuk konsep kendiri positif,
tingkah laku bermasalah dan modifikasi
tingkah laku.
6.1. PENGERTIAN KONSEP KENDIRI
H.V Perkins dalam bukunya Human Development and Learning (1974), berpendapat konsep kendiri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap serta nila yang khusus dipegang oleh seseorang individu tentang dirinya.
Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklumbalas tentang dirinya daripada orang lain.
Stewat dan Friedman (1987) menghuraikan konsep kendiri sebagai tanggapan individu identitinya yang berbeza dengan individu yang lain sejak peringkat bayi.
Amir Awang (1991) berpendapat konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain, dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya.
RUMUSAN PENGERTIAN
Konsep kendiri boleh dirumuskan sebagai penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan termasuk kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru sekolah, rakan sebaya dan masyarakat, serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitaran.
6.2. JENIS KONSEP KENDIRI.
Konsep kendiri positif
Konsep kendiri negatif
6.2.1. CIRI-CIRI KONSEP KENDIRI
POSITIF. Mempunyai personaliti yang harmonisdan seimbang
Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila menghadapi cabaran.
Menikmati lebih banyak kejayaan daripada kegagalan
Bersikap bertimbang rasa serta pandangan terbuka
Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri
Merasa bangga diri sendiri dan berani mencuba
Mudah bersosialisasi dengan orang lain
Mudah diterima oleh orang lain
Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat orang lain
Mempunyai penuh keyakinan diri sendiri
6.2.2. CIRI-CIRI KONSEP KENDIRI
NEGATIf Sahsiah tidak seimbang dan mempunyai kompleks rendah
diri
Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain
Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba
Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain serta diri sendiri
Sentiasa menunjuk wajah muram dan masam muka
Terlalu sensitive terhadap teguran dan kritikan daripada orang lain
Bersifat penakut, pemalu, dan tidak mahu bertanggungjawab
Sentiasa dimarahi oleh ahli keluarga, guru, murid sedarjah dan ahli masyarakat.
Sukar bersosialisasi dengan orang lain dan sentiasa menjauhkan diri daripada khalayak ramai
6.3. FAKTOR YANG
MEMPENGARUHI KONSEP
KENDIRI NEGATIF
Pengalaman pahit/kegagalan yang pernah ditempuhi
Kritikan negatif berterusan daripada ibu bapa, guru & rakan
Pencapaian akademik rendah & jarang mendapat pujian
Suasana keluarga yang kurang harmonis
Tekanan/ancaman ibu bapa atau guru menjejaskan pembentukan konsep kendiri tinggi
Latar belakang sosio-ekonomi rendah berbanding rakan lain
6.4.HELAH BELA DIRI
6.4.1. MEKANISME HELAH BELA DIRI
Mengikut Davdoff (1976), helah bela diri
merujuk kepad acara atau taktik seseorang
mereka memberi alas an tentang sesuatu
tindakannya, sedangkan alasan yang diberikan
itu bukan sebab yang sebenarnya.
Mekanisme helah bela diri ini merupakan
perlindungan atau pembelaan diri terhadap
sesuatu perbuatan yang dilakukannya. Ia
menunjukkan manusia mempunyai
konsep/tanggapan tentang maruah dirinya yang
perlu dipelihara.
6.4.2. JENIS –JENIS HELAH DIRI
6.4.2.1. Helah Bela Diri Aktif
6.4.2.2. Helah Bela Diri Pasif
6.4.2.1. HELAH BELA DIRI AKTF
Sublimasi : cara yang mana seseorang menyalurkan kekecewaan kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat.
Rasionalisasi : penjelasan yang diberi oleh seseorang terhadap tingkah lakunya dengan tujuan menyembunyikan tujuan yang sebenar demi menjaga ego atau harga dirinya.
Pemindahan : memindahkan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya.
Projeksi : membalikkan konflik atau kelemahan dalam dirinya kepada orang lain.
Introjeksi : Menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan cirri-ciri orang lain yang disukai atau disanjungi.
Pembentukan Reaksi : Menafikan sesuatu keingina yang telah disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.
Kompensasi : melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tiak berupaya melakukannya.
Fantasi : membentuk khayalan atau angan-angan dengan tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.
6.4.2.2. HELAH BELA DIRI PASIF
Represi : mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda dengan cara melupakannya.
Penafian : meyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan berlaku atau tidak ada.
Agresi : tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman.
Regresi : Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang kurang matang seperti menangis.
6.5. CARA- CARA GURU
MEMBANTU MURID MEMBENTUK
KONSEP KENDIRI POSITIF,
TINGKAH LAKU DAN MODIFIKASI
TINGKAH LAKU
6.5.1. KONSEP KENDIRI
POSITIF
Memberi dorongan, bantuan dan sokongan kepada usahapembelajarannya
Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkankesilapan murid dalam proses pembelajaran
Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka supayamereka sentiasa menikmati pengalaman dan seterusnyameningkatkan perasaan penghargaan diri dan keyakinan.
Menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya.
Memberi peluang kepadanya memainkan peranan yang penting
Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru,
Menganjurkan kem motivasi dan kem bina semangat
Memupuk budaya membaca di kalangan murid
Berusaha membentuk masyarakat penyayang dalam kawasansekolah.
6.5.2. TINGKAH LAKU
BERMASALAH
TINGKAH LAKU
NEGATIFPOSITIF
TINGKAH LAKU MASALAH (NEGATIF)
Tingkah laku yang menghalang :
Bergantung
Tingkahlaku yang mengganggu :
Disruptif
Tingkahlaku Anti-sosial : Distruktif
TINGKAH LAKU YANG MENGHALANG :
BERGANTUNG
Cara pengasuhan anak sering mengamalkan
perlindungan melampau hingga membentuk
tingkah laku kurang keyakinan, konsep kendiri
rendah serta tidak dapat berdikari.
Kecerdasan yang rendah merupakan salah satu
factor yang menyebabkan pembentukkan
tingkah laku bergantung.
FAKTOR YANG MENYEBABKAN
TINGKAHLAKU BERGANTUNG
Pergantungan berlebihan : Amat bergantung
kepada rakan sebaya dan guru untuk
membantunya
Kebimbangan : Kurang keyakinan diri hingga
takut menyertai aktiviti pembelajaran
Pengunduran diri : Pelajar yang menghadapi
masalah penyesuaian emosi dan sosial di dalam
sesuatu situasi baru.
TERDAPAT 3 KATEGORI TINGKAHLAKU
BERGANTUNG:
Pergantungan berlebihan : Amat bergantung
kepada rakan sebaya dan guru untuk
membantunya
Kebimbangan : Kurang keyakinan diri hingga
takut menyertai aktiviti pembelajaran
Pengunduran diri : Pelajar yang menghadapi
masalah penyesuaian emosi dan sosial di dalam
sesuatu situasi baru.
CARA MENGATASI TINGKAH LAKU
BERGANTUNG DALAM
PEMBELAJARAN.
Merancang isi pelajaran dari mudah ke sukar
Mengamalkan sikap penyayang
Mengunakan strategi pemusatan murid dan
bahan
Memberi tugasan mengikut kebolehan pelajar
TINGKAHLAKU YANG MENGGANGGU :
DISRUPTIF
Menghalang kelicinan serta keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik
darjah.
Faktor yang menyebabkan tingkah laku disruptif
Jenis tingkah laku disruptif :
Cara mengatasi Tingkahlaku Disruptif
FAKTOR YANG MENYEBABKAN
TINGKAH LAKU DISRUPTIF
Kekurangan kematangan dalam diri pelajar
Masalah kesihatan
Iklim bilik darjah yang kurang kondusif dan
kurang selesa
Penyampaian guru yang kurang menarik
ataupun terlalu sukar difahami pelajar.
JENIS TINGKAH LAKU DISRUPTIF :
Hiperaktif
Kelakuan Nakal
CARA MENGATASI TINGKAHLAKU
DISRUPTIF
Menggunakan pelbagai teknik mengajar
termasuk penggunaan alat bantu mengajar
untuk menarik minat pelajar
Menggunakan teknik variasi ransangan untuk
mengekalkan minat pelajar
Menggunakan aktiviti kumpulan mengikut
kebolehan pelajar masing-masing
Menguruskan bilik darjah dengan membina
iklim bilik darjah yang kondusif dan selesa.
TINGKAHLAKU ANTI-SOSIAL :
DISTRUKTIF
Tingkah laku masalah negatif kerana melibatkan tingkahlaku yang dapat
melukai atau menyakiti orang lain sama ada secara lisan atau fizikal.
Faktor yang menyebabkan tingkah laku Anti-sosial
◦ Naluri agresif diwarisi daripada ibubapa
◦ Pengaruh unsur negatif daripada media massa
◦ Sumber teknologi
◦ Sekolah yang menggunakan pendekatan autokratik dan kurang adil
Cara mengatasiTingkah laku Anti-sosial
◦ Menggunakan teknik mendisiplinkanyang sesuai
◦ Elakkan hukuman dera dan jatuhkan hukuman selepas pelajar
berkenaan telah memahami dan rela terimanya
◦ Adakan sesi bimbingan kaunseling untuk memujuk pelajar
◦ Mengajar pelajar dengan sifat penyayang
TINGKAH LAKU BERMASALAH
(POSITIF)
Ingin tahu
Cepat belajar
Pintar cerdas
Proaktif
Tingkah Laku bermasalah Ingin tahu
Murid-murid yang mempunyai perasaan ingin tahu sentiasa mengemukakan soalan dan
tidak penat berusaha mencuba
Memberi masalah apabila mengganggu aktiviti pengajaran.
Tingkah Laku cepat belajar
Mempunyai bakat cepat belajar biasanya menguasai maklumat, kemahiran dan ilmu
pengetahuan lebih cepat daripada murid normal
Menjadi masalah apabila mereka menggunakan masa lapang mengganggu murid lain
semasa belajar.
Tingkah Laku Pintar cerdas
Mempunyai kecerdasan IQ yang tinggi
Mempunyai bakat mencipta
Pemikirannya kreatif dan bertindak pantas
Memberi masalah apabila mencuba suatu yang merbahaya, merasa bosan dan
mengganggu pelajaran dalam bilik darjah, sombong, memandang rendah murid lain,
mencabar kewibawaan guru atau melakukan sesuatu luar jangkaan.
Tingkah Laku Bermasalah proaktif
Murid-murid yang proaktif mempunyai sifat yakin diri, dan suka bertindak atau
mengambil inisiatif sendiri
Memberi masalah apabila mereka terlalu yakin diri sehingga melakukan sesuatu yang
merbahaya, tidak mendengar nasihat guru.
CARA MENGATASI MASALAH TINGKAH
LAKU (POSITIF)
Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang
lengkap dan sesuai serta lebih mencabar bagi murid
murid pintar cerdas
Melantik murid-murid proaktif sebagai pemimpin
dalam aktiviti kumpulan
Mengajar dengan cara menarik serta penuh keyakinan
Melibatkan murid secara sepenuhnya dalam aktiviti
pembelajaran
Gunakan strategi berpusatkan murid dan berpusatan
bahan untuk mengajar murid-murid yang mempunyai
tingkah laku bermasalah positif
Mempelbagaikan latihan agar mereka tidak cepat
bosan.
6.5.3. MODIFIKASI TINGKAH
LAKU
PENGERTIAN MODIFIKASI
TINGKAH LAKU
Modifikasi Tingkah Laku merujuk kepada langkah-
langkah yang sistematik berdasarkan prinsip-prinsip
psikologi untuk mengubah tingkah laku yang negative
kepada positif
Langkah-langkah yang bersistematik itu adalah :
1. Mengenal pasti tingkah laku negative yang perlu diubah
2. Menetapkan matlamat
3. Menentukan strategi bertindak
4. Merancang prosedur atau plan bertindak
5. Melaksanakan strategi mengikut plan bertindak
6. Menilai keberkesanan dan mengubahsuai rancangan jika perlu
7. Memastikan pencapaian matlamat yang telah ditetapkan
FAKTOR FAKTOR YANG MENYEBABKAN
TINGKAH LAKU YANG TIDAK DIINGINI
Suasana persekitaran rumah yang kurang selesa
Suasana persekitaran sekolah yang kurang kondsuif
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran membosankan
Keadaan fizikal sekolah kurang kondusif
Pengurusan sekolah bercorak autokratik
Pendapat dan pandangan murid tidak dapat perhatian
pihak sekolah
Penilaian negatif mewujudkan permusuhan nyata
dengan membalas dendam.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU MELALUI
UBAH SUAIAN DALAMAN / KENDIRI
Ia boleh diuruskan melalui dua cara, iaitu
pengurusan diri dan pengubahsuaian
kognitif.PENGURUSAN DIRI
Modifikasi tingkah laku pengurusan diri meliputi langkah-
langkah berikut :
Menetapkan matlamat yang hendak dicapai oleh murid sendiri
Murid berusaha engubah tingkah lakunya
Murid sendiri menilai kemajuan kendiri atau pencapaiannya
dengan menggunakan senarai semak atau carta.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU KOGNITIF :
MEICHENBAUM (1977)
Ia merujuk kepada sesuatu kaedah yang menggunakan konsep arahan
kendiri untuk mengubah tingkah laku melalui peikiran dan
percakapan kendiri
Langkah-langkah :
Modelling Kognitif : seseorang guru melakukan sesuatu tugasan
sambil member arahan secara lisan.
Bimbingan luaran : murid melakukan tugasan yang sama di bawah
bimbingan guru
Bimbingan kendiri(nyata) : murid melakukan tugasan yang sama
melalui arahan kendiri secara lisan
Bimbingan kendiri (tidak nyata) : murid membisik arahan sendiri
sambil menghabiskan tugasan.
Arahan diri terselindung : murid melakukan tugasan secara
membimbing kendiri melalui percakapan kendiri.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU MELALUI
UBAH SUAIAN LUARAN (MODELLING)
Ia merujuk kepada peniruan melalui
pemerhatian tingkah laku seorang model yang
disanjungi dan secara tidak langsung mengubah
tingkah lakunya
Teori pemodelan Bandura mengemukakan
teori pemerhatian untuk menjelaskan pelbagai
tingkah laku social yang dipelajari oleh kanak-
kanak. Teori pemmerhatian bandura juga
dikenali sebagai teori peniruan atau teori
permodelan.
Ciri-ciri teori pemodelan bandura
Unsur-unsur pembelajaran utama ialah pemerhatian
dan peniruan.
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan
demostrasi guru sebagai modelnya, dan dapat
menguasai kemahiran itu jika dia memperolehi
kepuasan dan peneguhan yang berpatutan
Proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran ,
peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerak
balas yang sesuai.
Implikasi teori pemodelan bandura.
Didalam bilik darjah, keberkesanan pengajaran-
pembelajaran dapat dicapai melalui beberapa cara
seperti berikut :
◦ Penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik agar menajdi role
model yang gemar dicontohi oleh pelajar.
◦ Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar membolehkan
pelajar menirunya dengan mudah dan tepat
◦ Hasilan guru atau contoh-contoh seperti kraf tangan, senilukis,
karangan dan sebagainya yang ditunjukkan hendaklah mempunyai
mutu yang tinggi
◦ Guru juga boleh gunakan rakan sebaya yang cemerlang menjadi role
model untuk membuat demontrasi dalam kelas atau diluar bilikd
arjah
◦ Guru boleh mengajar nilai-nilai murni daripada watak-watak
bersejarah dengan menggunakan teknik main peranan dan simulasi.
MODIFIKASI TINGKAH LAKU
MELALUI PROSES PEMBIASAAN
(FIZIKAL,MENTAL, EMOSI DAN
SOSIAL )
Proses pembiasaan adalah berdasarkan teori
perlaziman operan skinner (1953) yang
mengemukakan beberapa rumusan tentang
pembelajaran manusia berikut :
◦ Pembelajaran berlaku melalui pelaziman
◦ Peneguhan positif ialah rangsangan penting untuk menambahkan
kebarangkalian gerak balas pelajar.
◦ Peneguhan negative ialah rangsangan penting untuk menambahkan
kebarangkalian gerak balas pelajar.
◦ Peneguhan negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak
menyeronokkan akan mengulangi tingkah laku operan yang diingini
◦ Dalam proses pembelajaran. Konsep diskriminasi adalah sangat
penting untuk mencapai kejayaan.
◦ Untuk menjayakan proses pembiasaan ini, iaitu mengubah tingkah
laku yang tidak diingini, peneguhan positif hendaklah diberi dari
semasa ke semasa.
IMPLIKASI MODIFIKASI TINGKAH LAKU
TERHADAP PROSES PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
Modifikasi tingkah laku membantu murid mengubah
tingkah laku dan seterusnya melicinkan proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah
Ia meningkatkan prestasi dan pencapaian serta
keberkesanan aktiviti pembelajaran murid.
Ia dapat membentuk tingkah laku yang positif dari
aspek fizikal, mental, emosi dan social.
Melalui ubah suaian kendiri, ia dapat meningkatkan
motivasi kendiri serta disiplin arahan diri.
Melalui proses modelling, dalaman atau pembiasaan, ia
akan dapat membentuk murid yang berilmu
pengetahuan, cinta membaca serta berakhlak mulia.