35
1 Dan Personaliti Oleh : AZMI BIN ABDUL HAMID

Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

1

Konsep Kendiri

Dan Personaliti

Oleh :

AZMI BIN ABDUL HAMID

IPG Kampus Tuanku Bainun

Page 2: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

2

Konsep Kendiri

Page 3: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

3

Konsep kendiri diperkenalkan oleh William James pada 1988. Dalam istilah konsep, ia menyifatkan kendiri sebagai saya dan setiap orang perlu mengetahui diri sendiri.

SAYA:Saya yang dikenali, ciri-ciri yang dimiliki, kendiri sebagai

cermin diriKendiri Material:

Tubuh badan, milik benda-benda fizikalKendiri Spritual:

Trait personaliti, sikap, nilai, kepercayaan persepsi sosialKendiri sosial:

Saya dikenali dikalangan ahli keluarga, rakan-rakan, guru dan orang disekitar

Page 4: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

4

Menurut Roger (1980) dalam Azizi Yahya dan Jaafar Sidek latif, Shahrin Hashim, Yusoff Boon (2005), konsep kendiri bermaksud definisi diri yang diberikan diri secara sedar apabila menggunakan perkataan saya. Ia merujuk kepada persepsi kendiri yang tersusun yang dapat dibawa kepada keaadan sedar.

Maslow (1970) dalam Azizi Yahya dan Jaafar Sidek latif ( 2005), menjelaskan satu unsur besar dalam pembinaan konsep kendiri adalah penerimaan. Penerimaan bererti memberi peluang kepada diri individu sebagai manusia yang unik menerima diri mereka sendiri.

Page 5: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

5

Vernon (1980), konsep kendiri ialah pandangan kekuatan dan kelemahan diri sendiri serta disokong dengan maklum balas tentang dirinya daripada orang lain.

H.V.Perkins (1974) konsep kendiri terdiri daripada persepsi, kepercayaan, perasaan, sikap, serta nilai yang khusus yang dipegang oleh individu mengenai dirinya.

Amir Awang (1991) berpendapat konsep kendiri ialah integrasi penilaian diri sendiri, penilaian orang lain, dan penilaiannya tentang tanggapan orang lain terhadap dirinya. Kecewa apabila merasakan diri tidak diterima rakan-rakan.

Page 6: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

6

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI INDIVIDU

Faktor yang mempengaruhi konsep kendiri ialah pengaruh keibubapaan, baka atau keturunan, displin di sekolah, pengaruh sosio budaya, pengamatan diri sendiri dan orang lain, dan juga sikap atau kepercayaan semulajadi.

Pengaruh KeibubapaanIbubapa merupakan orang paling rapat dengan anak-anak, apa yang ditunjukkan akan menjadi ikut-ikutan kepada anak-anak. Ini akan menjadikan ibubapa sebagai salah satu ejen pembentukan kendiri anak-anak. Galakan dan didikan yang sihat kepada anak-anak akan mewujudkan kendiri yang positif kepada anak-anak, begitu juga akan berlaku jika ibu bapa memperlihatkan suatu yang buruk kepada anak-anak.

Page 7: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

7

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI INDIVIDU

Baka dan KeturunanBaka dan keturunan lebih merujuk kepada sikap atau kepandaian yang diperlihatkan oleh keturunan. Contohnya orang Cina pandai berniaga, maka baka atau keturunan orang Cina akan mempunyai kendiri ke arah perniagaan seperti pandai memujuk, mengira dan melakukan sesuatu pengurusan.

Disiplin Di SekolahIa merujuk kepada pendekatan sekolah dalam pembentukan kendiri pelajar seperti datang awal, kebersihan, berkomunikasi aktif dan sebagainya. Penggunaan hukuman yang melampau tidak setimpal dengan kesalahan akan menyebabkan murid-murid akan berprasangka buruk terhadap cikgu dan benci terhadap pelajaran.

Page 8: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

8

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KONSEP KENDIRI INDIVIDU

Pengaruh SosiobudayaDalam sesuatu tempat sosio budaya adalah berbeza antara satu sama lain. Murid-murid lebih terpengaruh dengan apa yang ada di sekelilingnya. Contohnya budaya orang yang berada di bandar dan juga orang yang berada jauh pendalaman. Cara berinteraksi, percakapan, perwatakkan adalah berbeza antara kehidupan bandar dan pendalaman. Begitu juga berlaku kepada negara maju dengan negara membangun atau miskin.

Sikap atau Kepercayaan SemulajadiSituasi ini berlaku ke atas tanggapan yang ditanam dalam diri individu terhadap sesuatu yang tidak disukai. Contohnya golongan kulit putih tidak menyukai golongan kulit hitam. Begitu juga dengan masalah yang membabitkan agama, kepercayaan dan budaya yang diamalkan.

Page 9: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

9

JENIS-JENIS KONSEP KENDIRI

Konsep kendiri boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu konsep kendiri positif dan konsep kendiri negatif. Konsep kendiri positif mempunyai penghargaan kendiri yang tinggi manakala Konsep kendiri negatif mempunyai penghargaan kendiri yang rendah. Menurut Ormrod, pelajar-pelajar yang mempunyai konsep kendiri positif dalam kehidupan awalnya seperti sekolah rendah akan mempunyai konsep kendiri positif dalam kehidupannya.

Page 10: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

10

Konsep Kendiri Positif

Mempunyai personaliti yang seimbang dan harmonis Bersifat tenang dan penuh ketabahan apabila

menghadapi cabaran Menikmati lebih banyak kejayaan daripada

kegagalan Bersikap terbuka dan bertimbang rasa Mempunyai pandangan positif terhadap diri sendiri Merasa bangga dengan diri dan berani mencuba. Mudah bersosialisasi dengan orang lain. Mudah diterima oleh orang lain. Sedia menerima teguran dan pendapat orang lain. Optimistik dan sentiasa riang dalam apa jua situasi.

Page 11: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

11

Konsep Kendiri Negatif

Sahsiah tak seimbang dan mempunyai kompleks rendah diri

Pasif dan tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain.

Kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri dan tidak berani mencuba.

Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain dan diri sendiri

Sentisa menunjuk wajah muram dan masam muka. Terlalu sensitif dengan teguran dan kritikan daripada

orang lain. Bersifat penakut, pemalu dan tidak bertanggungjawab Tidak suka bergaul dengan orang lain dan tidak diterima

rakan sebaya Mengalami kegagalan daripada kejayaan Sukar bersosialisasi dan sentisa menjauhkan diri

Page 12: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

12

CARA GURU MEMBANTU PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI POSITIF

Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah adalah satu proses komunikasi dua hala yang penting. Guru adalah penyampai, pembelajaran adalah mesej dan pelajar adalah penerima.

Pelajar-pelajar di sekolah hendaklah diberi peluang untuk membentuk konsep kendiri yang positif serta memupuk nilai-nilai diri yang tinggi supaya membantu mereka mencapai objektif pelajaran yang diharapkan.

Page 13: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

13

Peranan Dan Nilai Yang Perlu Guru Tunjukkan

# Memberi dorongan, bantuan, dan sokongan kepada usaha pembelajarannya

# Memberi bimbingan yang wajar dengan membetulkan kesilapan murid dalam proses pembelajaran.

# Mengajar murid-murid mengikut kebolehan mereka supaya mereka mengalami perasaan berjaya dan meningkatkan perasaan penghargaan diri dan keyakinan.

# Menerima murid-murid sebagai dirinya.

# Menggalakkan interaksi positif dengan rakan sebaya.

# memberi peluang memainkan peranan yang penting

# Memupuk nilai-nilai yang baik daripada rakan sebaya dan guru.

Page 14: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

14

Personaliti

Page 15: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

15

Konsep Asas Personaliti

Personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian atau perwatakan. Perkataan personaliti ini berasal daripada perkataan Latin iaitu persona. Ia membawa maksud topeng muka, yang dipakai oleh pelakon Yunani untuk mewakili sesuatu perwatakan diatas pentas. Tafsiran kepada maksud topeng muka ialah kebanyakan manusia ingin menonjolkan perilaku yang baik sahaja dan menyembunyikan yang buruk.

Personaliti seseorang adalah perkara yang kompleks kerana ia ada yang bersifat positif dan negatif. Personaliti seseorang dapat dikenali melalui pergaulan, temubual, gaya percakapan dan sebagainya.

Page 16: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

16

DEFINISI PERSONALITI

Alder (1984), personaliti adalah gaya hidup seseorang individu

Gordon Allport (1961) menjelaskan personaliti sebagai organisasi sistem psikologikal yang dinamik didalam jiwa individu. Sistem ini akan menentukan ciri-ciri tingkah laku dan penyesuaiannya dengan alam persekitarannya.

Mischel (1981) menghuraikan personaliti sebagai susunan pola-pola tingkah laku manusia yang diaplikasikan dalam situasi kehidupannya.

Page 17: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

17

Crow dan Crow (1983) berpendapat bahawa personaliti seseorang adalah perwatakan fizikal, corak pertuturan dan daya penarik yang dimilikinya.

Gagne dan Berliner (1984) berpendapat personaliti merangkumi segala aspek tingkah laku manusia kerana ia merupakan intergrasi trait-trait, keupayaan, motif, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi, sikap, pendapat, kepercayaan, pemikiran kognitif, emosi dan ciri-ciri seseorang.

Page 18: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

18

Sigmund Freud yang terkenal dengan teori psikoanalisis menjelaskan personaliti adalah hasil intergrasi struktur-struktur dalaman seperti id, ego dan superego. Menurut Freud, keperluan manusia bukan setakat makan dan minum sahaja tetapi meliputi keperluan yang lebih luas seperti keinginan berkasih sayang, keselamatan dan juga seks.

Berdasarkan definisi yang diberikan itu menunjukkan bahawa personaliti ialah ciri-ciri keseluruhan tingkah laku yang tetap kepada seseorang individu, tetapi berlainan dengan orang lain. Ia mewakili perwatakan seseorang individu dan dapat diperhatikan serta dinilai melalui tingkah lakunya didalam situasi pada sesuatu ketika.

Page 19: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

19

Klasifikasi Personaliti

1. Introvert (dalaman) 2. Ekstrovert (luaran) 3. Ambivert

Page 20: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

20

Introvert (dalaman)Carl Jung (1993) dan Hans J. Eysenck (1967), Seseorang yang dikatakan introvert adalah orang yang sentiasa menyimpan perasaan dan emosinya dalam situasi nyata.

CIRI-CIRI introvert 1. Mementingkan diri sendiri seperti suka membuat

kerja secara persendirian. Antara pekerjaan jenis ini ialah penulis, pengubah lagu, pelukis dan sebagainya.

2. Suka memendam perasaan, serius dan tidak suka marah.

3. Mempunyai sifat pendiam dan pemalu.4. Mempunyai kawan yang terhad dan hubungan

yang berpanjangan.5. Suka merancang dengan teratur untuk

kepentingan masa depan.

Page 21: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

21

6. Mempunyai motivasi sendiri dan tidak memerlukan rangsangan dari luar.

7. Selalu berhati-hati dalam sesuatu pekerjaan.8. Mempunyai tahap kebimbangan yang tinggi

khasnya pada waktu pagi tetapi akan berkurangan pada waktu malam.

9. Mengambil masa yang panjang untuk tidur. 10.Jarang mengambil inisiatif tetapi suka kepada

sistem kehidupan yang teratur.

Page 22: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

22

Ekstrovert (luaran)

Ekstrovert lebih suka dengan dunia luar daripada dunia dalam.

CIRI-CIRI Eksrovert (luaran) 1. Mempunyai semangat yang aktif 2. Mempunyai ramai kawan dan selalu berkeadaan riang

atau berjenaka.3. Sentiasa suka melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti

sosial.4. Lebih menilai dunia luar daripada dunia dalaman. 5. Golongan jenis ini biasanya suka memimpin dalam

pelbagai aktiviti seperti suka menjadi ahli peniaga, ahli politik, pengelola dan sebagainya.

Page 23: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

23

6. Sering mengambil inisiatif sendiri7. Sukakan perubahan8. Keadaan emosi yang stabil dan tidak mempunyai

tahap kebimbangan yang tinggi9. Selalu aktif dalam kegiatan sukan10. Cepat marah tetapi tidak menyimpan perasaan

dendam yang berpanjangan.11. Selalu gopoh dalam membuat sesuatu pekerjaan

kerana ingin cepat siap.

Page 24: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

24

Ambivert

Orang yang mempunyai kedua-dua ciri ini adalah dikatakan seorang yang mempunyai personaliti ambivert

Ciri-ciri personaliti ambivert Aktif tetapi amat sensitif Suka bergaul dengan orang ramai tetapi lebih selesa

memilih untuk bekerja berseorangan Bertutur lancar tetapi akan berfikir dahulu sebelum

memberi pendapat.

Page 25: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

25

Faktor-faktor yang mempengaruhi personaliti.

1. Faktor bakaBaka ibu bapa boleh mempengaruhi bentuk tubuh badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. Selain itu, penyakit seperti cacat pendengaran atau cacat penglihatan yang diwarisi juga boleh mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang.

Kecerdasan . Orang yang mempunyai kecerdasan yang tinggi biasanya pandai membuat keputusan, bijak berbicara, cekap meyelesaikan masalah, yakin kepada diri sendiri dan mempunyai wajah yang ceria.

Bentuk tubuh badan. Bentuk badan yang tinggi biasanya menunjukkan sifat megah khasnya semasa berjalan. Begitu juga bagi mereka yang mempunyai saiz badan yang besar. Manakala bagi mereka yang rendah dan bertubuh kecil kemungkinan akan merasa rendah diri dan bersikap menurut sahaja apa yang diperintah.

Page 26: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

26

Emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah.

Page 27: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

27

Faktor Persekitaran

1. Keadaan keluarga

2. Sekolah

3. Pengaruh rakan sebaya

4. Masyarakat

5. Pengaruh media massa

6. Simbol status

Page 28: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

28

PERANAN GURU BAGI MEMBANTU MURIDMEMBENTUK PERSONALITI POSITIF.

1. Introvert Murid yang mempunyai cirri introvert diberi motivasi untuk

melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran.

Menggunakan murid-murid yang mempunyai sahsiah positif

Memberi peneguhan positif dan pujian.

Melibatkan murid-murid introvert dalam aktiviti kumpulan

Page 29: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

29

PERANAN GURU BAGI MEMBANTU MURIDMEMBENTUK PERSONALITI POSITIF.

2. Ekstrovert Menggalakkan murid yang mempunyai cirri ekstrovert

mengemukakan soalan.

Melantik mereka membimbing murid sedarjah yang mempunyai ciri introvert dalam aktiviti kumpulan.

Memberi mereka aktiviti pengayaan

Menggunakan kaedah inkuiri-penemuan dalam aktiviti pengajaran pembelajaran.

Page 30: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

30

Helah Bela Diri

Page 31: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

31

MEKANISME HELAH BELA DIRI

Seseorang yang mempunyai konsep kendiri yang lemah atau negatif kebiasaannya suka menggunakan alasan atau helah bela diri dalam sesuatu masalah. Helah bela diri atau dalam bahasa Inggeris “defence mechanisme” yang dipinjam daripada teori Freud membawa maksud proses yang biasa dilakukan oleh seseorang secara tidak sedar dalam penyesuaian untuk mengatasi kebimbangan, konflik, tekanan jiwa dan kemungkinan ancaman yang dihadapi. Terdapat dua helah bela diri iaitu helah bela diri aktif dan helah diri pasif.

Mengikut Davidoff (1976), helah bela diri merujuk kepada cara atau taktik seseorang mereka memberi alasan tentang sesuatu tindakannya sedangkan alasan yang diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya.

Page 32: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

32

Helah Bela Diri Aktif Rasionalisasi – digunakan oleh seseorang untuk menutup

keadaan yang sebenarnya berlaku dengan cara memberikan alasan yang logik. Dengan cara ini tekanan dapat dikurangkan kerana alasan secara rasional telah dijelaskan kepada orang yang berkenaan. Bagaimanapun alasan yang diberikan adalah tidak betul. Ini menunjukkan bahawa seseorang itu ingin menjaga harga diri dan ego.

Sublimasi – helah bela diri bagi individu untuk menyalurkan kekecewaan, kekurangan atau kekosongan yang dialami kepada aktiviti lain yang sihat. Ia merupakan satu helah yang dianggap matang kerana seseorang itu berjaya menyelesaikan konflik psikologi dengan dorongan lain yang boleh diterima oleh masyarakat.

Pemindahan – ia merupakan pemindahan perasaan yang kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya.

Page 33: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

33

Helah Bela Diri Aktif Pemindahan – ia merupakan pemindahan perasaan yang

kurang manis daripada sesuatu objek kepada objek yang boleh menerimanya.

Projeksi – dilakukan oleh seseorang apabila tidak boleh menerima kelemahan sendiri dan sebaliknya menyalahkan orang lain.

Introjeksi – menyerapkan ke dalam dirinya dengan menyamakan ciri-ciri orang lain yang disukai atau disanjungi.

Pembentukan reaksi – dilakukan oleh individu untuk menafikan sesuatu keinginan yang telah disembunyikan dengan melakukan sesuatu yang bertentangan.

Kompensasi – melakukan sesuatu aktiviti yang hampir sama dengan tujuan menggantikan sesuatu aktiviti yang tidak berupaya dilakukannya.

Fantasi – membentuk khayalan atau angan-angan dengan tujuan mengurangkan perasaan yang pahit atau tidak diingini.

Page 34: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

34

Helah Bela Diri Pasif

Menurut Azizi Yahya dan Jaafar Sidek latif, Shahrin Hashim, Yusoff Boon (2005), telah menyatakan beberapa jenis helah bela diri pasif yang biasa individu gunakan untuk pertahankan diri antaranya, Represi, Penafian, Keagresifan, dan Regresi.

Represi: Mengalihkan kesedaran sesuatu ancaman dalam minda dengan cara melupakannya. Contohnya, saudara bergaduh, individu terbabit tidak mahu mengingati nama atau wajah dan menolak kehadirannya.

Penafian: Meyakinkan diri bahawa sesuatu ancaman tidak akan berlaku atau tidak ada. Ia berlaku apabila individu terbabit tidak dapat menerima kenyataan. Contohnya kematian suami, isteri cuba lindungi kerisauan.

Page 35: Tajuk 6 Konsep Kendiri & Personaliti

35

Keagresifan: Tindakan mencederakan atau merosakkan punca kekecewaan atau ancaman. Contohnya, kanak-kanak menendang almari apabila ibubapa enggan membawa ke kedai atau ingin mendapatkan sesuatu.

Regresi: Pengunduran diri dengan mengulangi tingkah laku yang kurang menyenangkan seperti menangis. Ia berbalik kepada zaman perkembangan. Contohnya,kanak-kanak 9 tahun akan membuat tindakan yang pernah dilakukan pada zaman awal kanak-kanak seperti, menghisap jari, menangis, atau menjerit apabila dia merasakan tidak diterima rakan-rakan.