BULETIN PERDANAPEJABAT PERDANA MENTERI | Jul - Sept 2019 | Bil 4/2019 | www.pmo.gov.my | [email protected]
www.facebook.com/TunDrMahathir @chedetofficial@chedetofficial
Sambutan Hari Kemerdekaan ke-62 Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih
PUTRAJAYA, 31 Ogos (Bernama) — Patriotisme, perjuangan, jati diri anak bangsa dan benci rasuah digarapkan dalam sambutan Hari Kebangsaan 2019 sebagai aspirasi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersih, cekap dan amanah.
Bertemakan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih, acara kemuncak sambutan iaitu perarakan dan perbarisan yang berlangsung di Putrajaya, menampilkan empat komponen bagi mendokong aspirasi itu iaitu kenegaraan; ketenteraman awam; keselamatan negara
dan Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih.
Dalam perutusan Hari Kebangsaan 2019 sempena ulang tahun kemerdekaan ke-62 malam tadi, Dr. Mahathir berkata kerajaan sedang menumpukan usaha kepada pelaksanaan Wawasan Kemakmuran Bersama dengan matlamat menyediakan taraf hidup yang wajar kepada semua rakyat Malaysia dalam usaha memajukan negara.
“Ia sedang digerakkan dengan objektif menjadikan Malaysia lebih cemerlang dan menjadi antara paksi ekonomi penting di Asia,” katanya, di mana pada masa yang sama, usaha juga dipergiat untuk meningkat
kuasa beli rakyat dan menghapus jurang pendapatan dan kekayaan antara kelas, kaum dan wilayah.
Katanya, wawasan itu adalah usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang terus menerus membangun secara mampan seiring dengan pengagihan ekonomi yang adil dan inklusif di setiap peringkat rantaian nilai, kelas, kaum dan geografi sehingga mewujudkan rasa keharmonian dan kestabilan dalam kalangan rakyat menjelang 2030.
Istimewa pada sambutan kali ini apabila Yang di-Pertuan Agong baharu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke acara tersebut, yang pertama bagi Seri Paduka mencemar duli ke sambutan hari kebangsaan sejak ditabalkan pada 30 Julai.
Disaksikan jutaan rakyat melalui kehadiran orang ramai di Dataran Putrajaya serta tontonan siaran langsung di kaca televisyen dan laman media sosial, kehadiran pengunjung juga diraikan oleh 2,120 pelajar sekolah yang melakukan pergerakan formasi grafik seawal 6.30 pagi.
[ Berita selanjutnya di www.pmo.gov.my ]
Kembalikan Status Rakan Sekutu Kepada Sabah, Sarawak
2 Buletin Perdana • Jul - Sept 2019 • Bil 4/2019
KUCHING, 16 Sept (Bernama) — Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih meneruskan usaha untuk mengembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak termasuk menyelesaikan beberapa perkara berbangkit sebagaimana diperuntukkan dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Bagi melancarkan usaha berkenaan, Perdana Menteri berkata kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Khas Kabinet untuk menyemak pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 atau MA 63.
“Kesemua 23 ahli jawatankuasa itu yang terdiri daripada menteri-menteri Kabinet Persekutuan,
Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah yang telah bermesyuarat beberapa kali untuk berbincang dengan lebih lanjut mengenai perkara ini,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia 2019 di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini, malam ini.
Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kerajaan juga telah bersetuju untuk menyerahkan sepenuhnya urusan pentadbiran Pulau Sipadan dan Pulau Ligitan kepada kerajaan negeri Sabah kecuali perkara berkaitan dengan keselamatan yang masih terletak di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan.
Dr Mahathir berkata penyerahan itu adalah satu hasil perundingan Jawatankuasa Khas Kabinet MA 63 dan ia memperlihatkan kesungguhan kerajaan PH memenuhi Perjanjian Malaysia 1963.
“Kita harap rakyat dan pemimpin dari kedua-dua negeri ini dapat melihat kesungguhan dan keikhlasan kerajaan Persekutuan untuk meletakkan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi kepada Semenanjung Tanah Melayu seperti yang termeterai ketika Malaysia dibentuk bersama,” katanya.
[ Berita selanjutnya di www.pmo.gov.my ]
Aktiviti Rasmi Tun Dr. Mahathir5 Julai 2019Majlis Penyerahan Felo Perdana dan Felo Korporat
7 Julai 2019Majlis Sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2019
8 JULAI 2019Majlis Penyampaian Sijil Dan Surat Tawaran Program Pendidikan ke Universiti Terbaik Dunia
11 Julai 2019Pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional
23 Julai 2019Majlis Pelancaran Strategi Literasi Kewangan 2019-2023
25 Julai 2019Lawatan Rasmi ke Republik Turki
3 Ogos 2019Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang
4 Ogos 2019
Majlis Ucap Selamat Jalan kepada Jemaah Haji Malaysia
16 Ogos 2019Lawatan ke RedQ (AirAsia Headquarters)
22 Ogos 2019Pertemuan bersama Pegawai-Pegawai Kerajaan Gred 41-48
27 Ogos 2019Lawatan Rasmi ke Hanoi, Vietnam
3 Oktober 2019Pelancaran Dasar Keselamatan dan Ketenteraman Awam di Kementerian Dalam Negeri
5 Oktober 2019Pelancaran Wawasan Kemakmuran Bersama di KLCC
6 Oktober 2019Kongres Maruah Melayu di Shah Alam
12 Okt 2019Majlis Santapan Negeri sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Ke-76 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail 13 Okt 2019Mesyuarat Majlis Tindakan Daerah Langkawi Taklimat Pembangunan Langkawi
1 Sept 2019Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah 1441H
10 Sept 2019
Majlis Konvensyen Padi Kebangsaan 2019
16 Sept 2019Meraikan Perayaan Hari Malaysia di Kuching Sarawak
20 Sept 2019
Pelancaran Piagam Warisan dan Budaya Tanah Air
3 Buletin Perdana • Jul - Sept 2019 • Bil 4/2019
Tun Dr. Mahathir Mohamad titipkan nasihat kepada remaja Malaysia
dengan membuat penampilan santai dalam sebuah video khas sempena
Hari Kemerdekaan ke-62.
Tonton video penuh di Youtube Channel Chedet Official
Berminat untuk gambar kenangan anda bersama Perdana Menteri Malaysia dan hasil karya fotografi anda disiarkan di dalam Buletin Perdana? Sila kirimkan gambar anda di alamat emel [email protected]. Gambar yang terpilih akan disiarkan pada edisi akan datang.
Foto Kenanganbersama Perdana Menteri
Tun Dr. Mahathir disambut mesra apabila tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk menghadiri Sambutan Hari Malaysia 2019
Tun Dr. Mahathir berswafoto dengan seorang pelajar di Majlis Pelancaran Program Pendidikan Sivik Peringkat Kebangsaan
4 Buletin Perdana • Jul - Sept 2019 • Bil 4/2019
Oleh: Jabatan Siasatan Jenayah Polis Diraja Malaysia
3R
Padah Bermain Api
RACERELIGION ROYALTY
5 Buletin Perdana • Jul - Sept 2019 • Bil 4/2019
3R
Kebebasan bersuara ialah kebebasan
menyatakan pandangan mahupun
fikrah tanpa batas atau penapisan
mengenai apa yang ingin
diperkatakan. Semua masyarakat mempunyai
hak kebebasan bersuara tanpa mengira kaum
atau pangkat dan sebagainya. Kebebasan
bersuara adalah hak untuk seseorang
menyampaikan apa yang difikirkan, apa jua
pandangannya mengenai sesuatu dan idea
mengenai sesuatu sama ada melalui lisan,
tulisan, slogan, lakonan ataupun ekspresi. Hak
kebebasan bersuara tidak pernah bersifat
mutlak di mana-mana negara sekalipun dan
lazimnya hak ini dihadkan.
Di Malaysia, perkara 10(1)(a) Perlembagaan
Persekutuan mengatakan bahawa ‘tiap-tiap
warga negara berhak kepada kebebasan
bercakap dan bersuara’. Malangnya ramai pendukung kebebasan bersuara ini gagal memahami impak yang berlaku dalam meraikan kelonggaran yang diberikan. Akhir-akhir ini, penghinaan terhadap 3R (agama
Islam, Raja-Raja Melayu dan kaum) terus
berleluasa. Penghinaan itu termasuk memaki
dan menggunakan kata-kata lucah terhadap
Raja-Raja Melayu.
Pada masa yang sama, penghinaan berkenaan
juga menunjukkan tidak semua rakyat Malaysia
memahami apatah lagi untuk menghormati
Raja-Raja Melayu dan masyarakat berbilang
kaum. Penghinaan sedemikian jika dibiarkan
berterusan akan menyebabkan keresahan
dalam masyarakat. Kita harus menjunjung
tinggi Institusi Di-Raja dan menghormati
masyarakat berbilang kaum dan agama di
negara ini sebagaimana kita menjunjung tinggi
Perlembagaan Negara.
6 Buletin Perdana • Jul - Sept 2019 • Bil 4/2019
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi di Malaysia yang wajib
dipatuhi. Setiap warganegara Malaysia perlu taat dan setia kepada Raja dan Negara berlandaskan prinsip Rukun Negara. Sebagai warganegara, kita haruslah menghormati undang-undang yang menjadi paksi dan panduan dalam kehidupan seharian.
Penghinaan kepada berkaitan Institusi Di-Raja (Royal), Kaum (Race) dan Agama (Religion)
melalui media sosial boleh menghakis keyakinan dan kecintaan rakyat kepada negara. Memuat naik kenyataan-kenyataan yang berbaur hasutan dan jelik sifatnya dengan menggunakan mana-mana rangkaian atau perkhidmatan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Justeru, kenyataan-kenyataan seperti ini hendaklah dielakkan demi menjaga keharmonian dan ketenteraman masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
7 Buletin Perdana • Jul - Sept 2019 • Bil 4/2019
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap isu 3R ini dan kesalahan yang dikenal pasti adalah seperti berikut:
SEKSYEN KESALAHAN DAN HUKUMAN
Seksyen 298 Kanun Keseksaan• Menyebut perkataan-perkataan, dsb., dengan sengaja berniat hendak melukakan
perasaan agama seseorang.• Diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai setahun, atau dengan
denda, atau dengan kedua-duanya.
Seksyen 298A Kanun Keseksaan• Menyebabkan dsb.; di atas alasan-alasan agama, suasana tidak harmoni,
perpecahan, atau perasaan permusuhan, benci membenci atau niat jahat, atau memudaratkan, dsb.; pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.
• Diseksa dengan penjara selama tempoh tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari lima tahun
Seksyen 500 Kanun Keseksaan• Fitnah• Diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau
dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Seksyen 504 Kanun Keseksaan• Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah
keamanan• Diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai dua tahun, atau
dengan denda, atau dengan kedua-duanya.
Seksyen 505 Kanun Keseksaan• Kenyataan-kenyataan yang mendatangkan khianat awam.• Diseksa dengan penjara yang boleh sampai dua tahun, atau dengan denda, atau
dengan kedua-duanya.
Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948• Kecenderungan menghasut.• Boleh dikenakan denda tidak lebih daripada lima ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya.
Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998• Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll• Boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama
tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.
8 Buletin Perdana • Jul - Sept 2019 • Bil 4/2019
Padah Mengeluarkan Kenyataan Yang Berunsur Penghinaan
Terhadap Institusi Di-Raja, Agama Dan Kaum.
Terdapat beberapa individu telah dikesan
menyalahgunakan rangkaian media sosial untuk
memuatnaik kenyataan yang berunsur penghinaan
terhadap Institusi Di-Raja, agama dan kaum. Ada
diantara individu-individu ini yang masih berada
di dalam negara dan ada yang terpaksa melarikan
diri ke luar negara untuk mengelakkan tindakan
di ambil ke atas mereka. Mereka ini hidup sebagai
pelarian di negara asing dan sentiasa berada dalam
ketakutan untuk ditangkap oleh pihak berkuasa.
Usaha mengesan dan menangkap mereka-mereka
yang terlibat sedang giat dijalankan dan hanya
menunggu masa dan ketika sahaja untuk kesemua
mereka ini dibawa ke muka pengadilan. Antara
individu-individu yang dikenalpasti adalah:
1. Raja Petra Kamarudin2. Alvin Tan3. Ali bin Abdul Jalil
Hukuman Kerana Memuatnaik Kenyataan
Yang Berunsur Penghinaan Terhadap Institusi Di-Raja,
Agama Dan Kaum
Facebook Zamri bin Abd Razak Proses Perbicaraan
Facebook Danny A’Antonio JR Proses Perbicaraan
Facebook Alvinchow 333 Penjara 2 tahun 6 bulan
Facebook Yazid Kong Penjara 7 bulan
Jason Green Favor Proses Perbicaraan
Whatsapp Ayea Yea Penjara 6 tahun
Akaun Mobile Legend Bakakuk Proses Perbicaraan
Facebook Sarkar Tanesan Proses Perbicaraan
Facebook Foo Sing Wai Proses Perbicaraan
Facebook Lily Nethalee Charged in Absentia
Twitter Ridzuan _Sandha Penjara Setahun dan Denda
RM20000
Facebook Sharil ChainPenjara 2 Bulan
9 Buletin Perdana • Jul - Sept 2019 • Bil 4/2019
Stat
istik
Ker
tas
Sias
atan
Yan
g D
ibuk
a D
ari J
anua
ri 20
19 H
ingg
a Se
ptem
ber 2
019
Mel
ibat
kan
Peng
hina
an T
erha
dap
Inst
itusi
Di-R
aja,
Aga
ma
dan
Kau
m
Sum
ber
: Jab
atan
Sia
sata
n Je
naya
h, P
olis
Dira
ja M
alay
sia
Tun Dr. Mahathir Mohamad 30 Ogos 2019
Perutusan Hari Kebangsaan ke-62
Semakin kita maju dan berjaya, seharusnya kita semakin sedar betapa perlunya kita kepada
nilai semangat setiakawan dan kenegaraan. Jika nilai-nilai tersebut yang dipegang oleh ibu bapa dan datuk nenek kita berjaya membentuk
negara ini, sudah pasti ia lebih penting apabila kita mengurus kemajuan yang tercapai.
Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman semasa Persidangan Persatuan Wartawan
Luar Negeri Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura telah menggagaskan tentang
perlunya diwujudkan satu rancangan untuk membawa Persekutuan Tanah Melayu,
Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak Singapura, Borneo, Brunei dan Sarawak kedalam satu bentuk kerjasama politik
Mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel Cawangan Tanah Melayu dan Borneo di Singapura telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia dipengerusikan oleh Donald Stephen.Donald Stephen.
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Perunding
Perpaduan Malaysia diadakan di Sabah
Mesyuarat kedua Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia diadakan di Kuching Sarawak
Mesyuarat ketiga Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia
diadakan di Selangor Legislative Assembly Chamber, Kuala Lumpur
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-negeri di Borneo Utara(Sabah) dan Sarawak.Suruhanjaya dianggotai oleh lima orang ahli iaitu Lord Cobbold, Datoiaitu Lord Cobbold, Dato’ Wong Pow Nee, En. Mohd Ghazali Shafie, Sir Anthony Abell dan Sir David Watherston.Mr H. Harris bertindak sebagai Setiausaha.
Mesyuarat keempat Jawatankuasa
Perunding Perpaduan Malaysia
Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan dikemukakan kepada kerajaan British dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
Kata sepakat dicapai Perdana Menteri Persekutuan
Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan
Tuan Harold MacMillan Perdana Menteri British
untuk mengadakan rundingan untuk mengadakan rundingan
Perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian penubuhan Persekutuan Malaysia telah ditandatangani oleh wakil-wakil kerajaan British,Persekutuan kerajaan British,Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Upacara pengisytiharan Malaysia diadakan di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri,
Tunku Abdul Rahman dihadapan lebih kurang 30 000 rakyat Malaysia 30 000 rakyat Malaysia
Pejabat Perdana Menteri
Ogos 196118-20 Disember 1961
6-7 Januari 196217 Januari 1962
3-4 Februari 1962
21 Jun 1962
Julai 19629 Julai 1963
16 September 1963
27 Mei 196123 Julai 1961
ROAD TO MALAYSIA
Sumber: Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia
Patriotisme Pemangkin Pembinaan Negara Bangsa
PATRIOTISME adalah satu sentimen nasional yang menekankan kepada aspek kesetiaan dan kecintaan yang mendalam kepada negara. Mempertahankan kedaulatan negara dan kesanggupan untuk berjuang menggadai nyawa demi negara memperlihatkan tahap patriotisme tertinggi yang wujud dalam diri seorang warganegara.
Semangat patriotisme yang tinggi sangat penting bagi setiap rakyat dalam sebuah negara yang merdeka. Kemerdekaan yang dicapai sesebuah negara adalah berbeza antara satu sama lain dan biasanya ia bukanlah sesuatu yang mudah. Justeru, kecintaan yang mendalam kepada negara adalah asas utama untuk memastikan negara terus bebas dan merdeka dari sebarang bentuk penjajahan.
Era awal selepas kemerdekaan mempamerkan semangat sayangkan negara yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia. Melalui pendidikan, rakyat berbilang kaum telah mempelajari mata pelajaran sejarah dan sivik bagi memupuk dan menyuburkan semangat cintakan tanah air.
Kebelakangan ini sejarah negara yang merupakan asas kepada pembentukan peradaban bangsa semakin dilupakan. Pengetahuan dan literasi sejarah umumnya dianggap satu aset intelektual yang tidak mendatangkan keuntungan atau bernilai perdagangan. Oleh itu ia tidak dipentingkan dan dianggap sekadar satu pengetahuan am.
Namun, sedari atau tidak, pendidikan sejarah merupakan aset yang amat penting dalam pembentukan keperibadian bangsa dan negara yang lebih kukuh, tersusun dan terarah. Ia juga amat penting untuk membina semangat patriotik
yang semakin tandus dalam kalangan generasi muda kini. Justeru, kebanyakan kita lupa bahawa negara kita pernah dijajah selama 446 tahun (1511 – 1957), satu jangka masa yang amat panjang.
Kita juga lupa tentang kesengsaraan dan perjuangan perit generasi terdahulu kerana kita tidak pernah mengalaminya. Jika disorot, pasti ramai di antara anak-anak kita yang tidak mengetahui nama-nama terbilang seperti Mat Kilau, Tok Janggut, Dato’ Bahaman, Abdul Rahman Limbong, Dol Said, Rentap dan ramai lagi kerana saban hari mereka disogokkan dengan cerita-cerita hero khayalan seperti Spiderman atau Superman yang lebih menyeronokkan dan mengkhayalkan.
Bagi tatapan generasi kini, elok jika diimbau sedikit perjuangan Mat Kilau, salah seorang tokoh pejuang yang unggul di negeri Pahang. Beliau terkenal dengan keberanian dan kegagahannya melancarkan gerakan-gerakan penentangan (1891–1895) kerana membantah campur tangan British dalam urusan pentadbiran di negeri Pahang. Beliau membantah perlaksanaan sistem Residen yang telah mengurangkan kuasa sultan dalam hal-ehwal pentadbiran, sekaligus mengenepikan peranan pembesar tempatan serta kesejahteraan rakyat jelata.
Dalam strategi awal penentangannya, Mat Kilau telah mengarahkan pengikut-pengikutnya memotong talian telegraf bagi menyukar dan memutuskan perhubungan antara pegawai-pegawai pentadbir British. Walaubagaimanapun, perbuatan ini dapat dikesan oleh pihak British. Pihak British pula cuba memujuk Mat Kilau agar bekerjasama dengan mereka, namun pelawaan ini telah ditolak oleh Mat Kilau.
Diolah dan disunting secara bebas dari sumber asal: Arkib Negara Malaysia
13 Buletin Perdana • Jul - Sept 2019 • Bil 4/2019
Keengganan Mat Kilau untuk bekerjasama ini telah dijadikan alasan oleh British untuk menangkapnya. Dengan ini gerakan-gerakan memburu Mat Kilau serta pengikut-pengikutnya mula dilancarkan.
Perjuangan dan ketokohan Mat Kilau ini dapat dilihat daripada kesungguhan dan kesanggupan beliau berjuang berterusan menentang British walaupun menghadapi pelbagai kesukaran. Beliau menyedari Sultan yang berada di bawah pengaruh dan telunjuk British tidak mungkin memberi sokongan kepada usaha penentangan tersebut. Ditambah pula dengan adanya beberapa pembesar dan orang-orang tempatan sendiri yang sanggup berpihak kepada British dengan menyalurkan maklumat dan menyertai gerakan memburu beliau dan pengikut-pengikutnya.
Mat Kilau juga menyedari bahawa segala alatan senjata tradisi dan jumlah kecil senjata yang digunakan oleh pengikut-pengikutnya, sukar untuk menandingi senjata moden yang digunakan oleh askar-askar upahan British. Gerakan penentangan yang tidak bersepadu ditambah dengan jumlah pengikut yang tidak ramai, menyukarkan lagi peluang mereka mengalahkan dan menghalau British dari bumi Pahang. Namun Mat Kilau tetap meneruskan perjuangannya habis-habisan sehingga kampung tempat tinggalnya, iaitu Kampung Budu dibakar oleh pihak British seperti yang dinyatakan dalam petikan berikut:
Penentangan Mat Kilau walaupun tidak berjaya menyekat kemaraan British, setidak-tidaknya ia dapat menyedarkan pihak British agar tidak memandang remeh terhadap keupayaan rakyat tempatan yang memiliki kekuatan tersendiri sebagaimana ditonjolkan oleh Mat Kilau. Berdasarkan kepada sumber-sumber rasmi yang terdapat di Arkib Negara Malaysia, pihak pentadbir British terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk mendapatkan khidmat tambahan polis Sikh bagi membantu memerangi kumpulan penentang. Perbelanjaan tambahan juga diperlukan untuk mendirikan kubu-kubu pertahanan, jambatan dan menyediakan peralatan senjata selain membiayai ekspedisi memburu penentang tersebut. Perkara ini jelas menunjukkan betapa besar ancaman dan tekanan yang dihadapi oleh pihak British, walaupun kumpulan penentang ini terdiri daripada orang-orang kampung yang tidak terlatih dan tidak memiliki senjata yang canggih untuk menandingi senapang dan polis upahan British sebaliknya hanya berbekalkan semangat juang yang tinggi dan kecintaan kepada negara yang tidak berbelah bagi.
Semangat patriotik dan ketahanan diri yang tinggi yang dimiliki oleh Mat Kilau harus kita terapkan di dalam diri kita. Perjuangannya juga harus diambil iktibar sebagai sebuah sejarah yang harus dihayati dan dibanggakan. Namun begitu, dewasa kini ramai di antara kita yang telah lupa sejarah perjuangan bangsa serta lemah jati diri akibat daripada kurangnya ilmu pengetahuan tentang realiti sejarah negara. Malah ada pula di antara mereka yang ambil sikap ‘lepas tangan’ serta ‘acuh tidak acuh’ mengenainya. Sebagai warganegara yang cintakan negaranya, sikap negatif terhadap pendidikan kenegaraan seperti ini haruslah dihindari.
Justeru, pendidikan kenegaraan adalah amat penting untuk diterapkan kepada semua lapisan masyarakat termasuk anggota komuniti institusi pendidikan, belia, pekerja awam dan swasta, anggota pertubuhan, serta pemimpin dan pemaju masyarakat. Tujuannya adalah untuk mempertingkatkan kesedaran, penghayatan serta komitmen rakyat secara berterusan kepada wawasan negara dan usaha-usaha ke arah kecemerlangan, mempersiapkan rakyat supaya menunjangi dasar-dasar negara ke arah pembangunan demi kesejahteraan bangsa.
Semangat patriotisme dan kecintaan yang tinggi kepada negara merupakan benteng bagi mempertahankan kemerdekaan dan menjamin keharmonian yang dinikmati kini dapat terus dikekalkan. Sebagai rakyat dan juga pemimpin, pastinya kita tidak mahu peristiwa hitam 13 Mei 1969 serta penjajahan kuasa asing berulang dan bertapak lagi di bumi Malaysia yang tercinta ini.
“...Found much paddy. Burnt all Mat Kilau’s houses, returned to camp around 5.30 pm. … advanced party fired one round shrapnel and crossing a deep stream double across the paddy field and up the hill, saw no one, burnt two houses and took away about 40 gantangs rice… entered Tulang Badang along struggling mukim …..burnt all houses and destroyed all paddy that was stored…”
Cabutan daripada fail 579/92 – Pahang Disturbance – Report from Col. Walker, dated Raub 24th May 1892. (Sumber: Arkib Negara Malaysia)
Pejabat Perdana Menteri, Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 Putrajaya,
MALAYSIA.
Kita PunyaMALAYSIA