1.0CARTA GARIS MASA SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
SEHINGGA PENUBUHAN PERSEKUTUAN MALAYSIA
Tarikh Peristiwa Catatan
1 April 1946 Mengisytiharkan
pentadbiran Malayan Union
di Malaya.
-Malayan Union telah ditentang
oleh orang Melayu manakala
orang Bukan Melayu pula ada
yang menyokongnya.
11 Mei 1946 Parti Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO)
ditubuhkan.
-Penentangan orang Melayu telah
melahirkan Parti UMNO yang
diketuai oleh Dato Onn Jaafar.
1 Februari 1948 Kerajaan British
menubuhkan Persekutuan
TanahMelayu.
-Pentadbiran pelbagai kaum
diperkenalkan untuk
menyatupadukan rakyat dan
menentang ancaman pengganas
komunis.
-Parti-parti politik berasaskan
kaum muncul untuk menuntut
kemerdekaan.
-Parti-parti politik
berasaskankaum membentuk
Parti Perikatan atas dasar tolak
ansur dan rundingan.
27 Julai 1955 Pilihanraya Majlis
Perundangan Persekutuan
yang pertama diadakan.
-Parti Perikatan menang 51 kerusi
dan Parti Islam Semalaya (PAS)
menang 1 kerusi.
-Parti Perikatan diberi mandat
untuk merundingkan
kemerdekaan daripada British.
-Kerajaan British berjanji untuk
memberi kemerdekaan dengan
syarat satu perlembagaan mesti
digubal.
1956 Suruhanjaya Reid
ditubuhkan.
-Suruhanjaya Reid bermesyuarat
beberapa kali dan menerima
cadangan daripada pertubuhan
dan orang perseorangan.
- Sebanyak 131 memorandum
bertulis telah diterima.
-Beberapa draf telah dikaji dan
dipertimbangkan dengan asas
tolak ansur tentang hal-hal yang
berkaitan dengan kepentingan
kaum.
15 Ogos1957 Perlembagaan Persekutuan
diterima oleh Majlis
Mesyuarat Persekutuan.
-Perlembagaan Persekutuan
menetapkan pemerintahan yang
berasaskan demokrasi
berparlimen dan konsep raja
berperlembagaan.
31 Ogos1957 Persekutuan Tanah Melayu
mencapai Kemerdekaan.
-Persekutuan Tanah Melayu
terdiri daripada negeri-negeri
Perlis, Kedah, Perak,
Selangor,Negeri Sembilan, Johor,
Pahang, Terengganu,Kelantan,
Pulau Pinang dan Melaka.
27 Mei 1961 Tunku Abdul
Rahman,Perdana Menteri
Pertama mengumumkan
gagasan untuk
menubuhkan Malaysia.
-PersekutuanTanah Melayu yang
sudah merdeka akan bergabung
dengan Tanah Jajahan
British,iaitu Singapura, Brunei,
Sabah dan Sarawak.
-Gagasan ini diterima dengan
pelbagai reaksi dari dalam negara
dan antarabangsa.
April 1962 Suruhanjaya Cobbold
ditubuhkan.
-Suruhanjaya Cobbold meninjau
pendapat penduduk Sabah dan
Sarawak serta merangka
perlembagaan yang sesuai.
-Parlimen Persekutuan Tanah
Melayu telah meluluskan Akta
Malaysia untuk meminda
Perkara1 (1) dan (2)
Perlembagaan PersekutuanTanah
Melayu.
16 September
1963
Negara Malaysia terbentuk
(PertsekutuanTanahMelayu
, Singapura, Sabah dan
Sarawak).
-Brunei tidak menyertai Malaysia.
-Singapura keluar
daripadaMalaysia pada 9 Ogos
1965 dan sejak itu Malaysia terdiri
daripada negeri-negeri
diSemenanjung, Sabah dan
Sarawak.
-Sejak 16 September 1963,
Malaysia menggunakan
Perlembagaan Persekutuan
Malaysia.
2.0 UNSUR-UNSUR TRADISI
DALAM PERLEMBAGAAN
MALAYSIA BERSERTA DENGAN
CADANGAN TINDAKAN
2.0UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA BERSERTA
DENGAN CADANGAN TINDAKAN
2.1 Pendahuluan
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat Perlembagaan membawa maksud
undang-undang atau peraturan negeri, dasar pemerintah negeri. Perlembagaan
merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undangtertinggi Negara dan
prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah Negara. Perlembagaan
melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang memberi
jaminan kepada pemerintah dan juga kepada rakyat sama ada
perlindungan,kedudukan, hak dan sebagainya. Perlembagaan Persekutuan Tanah
Melayu, kini dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi
131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek mengenai sistem pemerintahan.
Kedudukan istimewa orang Melayu, agama, bangsa, kebebasan asasi dan
sebagainya. Perlembagaan juga telah menggariskan tentang kuasa Persekutuan,
negeri dan kuasa bersama. Oleh kerana Perlembagaan sumber undang-undang
Negara, maka semua pihak perlu akur kepada undang- undang Perlembagaan
memandangkan kandungan Perlembagaan adalah \dibuat secara demokrasi yang
telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak.
2.2 PERKARA 152 : PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DI MAHKAMAH
Isu dan cabaran mengenai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
masih lagi hebat diperkatakan. Antara isu yang pernah hangat ialah isu penggunaan
bahasa Melayu di mahkamah. Kebanyakan Institusi Kehakiman Di Malaysia pada
hari ini masih lagi mengambil jalan mudah mengenai penggunaan Bahasa Melayu
dalam urusan perundangan. Menurut petikan daripada artikel Malaysian Bar (2012),
isu penggunaan bahasa kebangsaan di mahkamah telah juga ditegur oleh pelbagai
pihak sebagai tidak memuaskan dan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz
Sheikh Abdul Halim pernah menyatakan bahawa penggunaan bahasa di mahkamah
tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris
umpama sekerat ular, sekerat belut. Ini telah menimbulkan kekeliruan kepada
pelbagai pihak terhadap perkataan yang digunakan.
Selain itu, ramai peguam rakyat Malaysia yang telah menerima pendidikan
bidang guaman sepenuhnya di Malaysia tetapi tidak menggunakan bahasa Melayu
sepenuhnya dalam perbicaraan di mahkamah. Kebanyakan ahli perundangan lebih
selesa untuk menggunakan bahasa Inggeris. Ia juga didorong oleh faktor hakim
yang kadangkala tidak memahami dokumen dalam bahasa Melayu tetapi lebih
memahami dokumen dalam bahasa Inggeris. Kadangkala dokumen yang telah
disiapkan dalam bahasa Melayu terpaksa diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris
sebagai terjemahan kepada dokumen tersebut untuk tujuan kefahaman. Ia juga telah
memberikan kelebihan kepada kaum Cina dan India semasa menjalankan proses
perbicaraan kerana dapat bertutur dalam bahasa tersebut. Ini akan menyebabkan
jurang perkauman antara kaum akan berlaku kerana perbezaan pertuturan dan akan
dipandang rendah sekiranya kurang mampu bertutur dengan baik.
Kesemua mereka tidak boleh disabitkan sebagai melanggar Perlembagaan
kerana Perlembagaan membolehkan bahasa lain selain bahasa Melayu digunakan.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan kedudukan bahasa Melayu telah dimaktubkan
dalam Perkara 152 yang memperuntukkan bahasa Melayu mestilah digunakan untuk
maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam).
Perkara ini juga melindungi bahasa-bahasa lain dan tidak ada sesiapun
dilarang daripada menggunakan bahasa lain selain bahasa Melayu. Undang-undang
ini akan terpakai kepada ahli badan perundangan apabila ada yang cuba
membangkit dan mempersoalkan isi kandungan Perkara 152 dalam Majlis Parlimen
atau dalam mana-mana Dewan Undangan Negeri, di mana beliau juga boleh
didakwa.
Menurut petikan daripada artikel Malaysian Bar (2012) , Bahasa Melayu
selaku bahasa mahkamah termaktub dalam Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
(Semakan 1971). Walau bagaimanapun, untuk kepentingan keadilan, bahasa
Inggeris dibenarkan digunakan, sama ada sepenuhnya atau secara sebahagian
bersama-sama dengan bahasa Melayu, khususnya dalam pembicaraan
mahkamah.Memang tidak boleh dinafikan bahawa penggunaan bahasa Inggeris
dalam segi bidang undang-undang Malaysia masih diperlukan kerana negara kita
masih memakai sistem undang- undang Common Law, Equity dan kes-kes yang
berkenaan dalam bahasa Inggeris.Kelonggaran ini yang diperuntukkan dalam Akta
Bahasa Kebangsaan dan juga Perlembagaan Persekutuan, telah membantut proses
usaha untuk melaksanakan penggunaan bahasa Melayu dalam bidang
perundangan.
Sebenarnya kelonggaran inilah yang menjadikan ikhtiar untuk menggunakan
bahasa Melayu sepenuhnya di mahkamah, telah diambil dan dipandang enteng oleh
pelbagai pihak yang berkenaan, lalu tidak dilakukan secara serius.Dengan ini, ada
kalangan tertentu dalam bidang ini yang bukan saja tidak mahu berusaha ke arah
merealisasikan dasar ini, tetapi enggan menggunakan bahasa Melayu dalam
pembicaraan mahkamah. Isu penggunaan bahasa Melayu sepenuhnya di
mahkamah juga bergantung kepada sikap hakim selain peguam.
2.2.1CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF)
Salah satu tindakan yang telah diambil oleh kerajaan dalam menangani gejala
ini ialah dengan meluluskan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967. Selain
menetapkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa yang mesti digunakan bagi
"urusan dan maksud rasmi" dan mengkehendaki supaya teks rang undang-undang
dan akta Parlimen dan enakmen Dewan-Dewan Undangan Negeri disediakan dalam
dalam Bahasa Kebangsaan yang merupakan teks sahih. Disamping penggunaan
bahasa Inggeris, Seksyen 8 akta tersebut memperuntukan supaya prosiding di
mahkamah dijalankan dalam bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris atau kedua-
duanya sekali. Namun, mahkamah diberikan kuasa budi bicara untuk
memerintahkan supaya hanya bahasa kebangsaan atau bahasa Inggeris digunakan
bagi keseluruhan prosiding.
Pada pendapat saya bagi menangani gejala ini ialah kerajaan atau Dewan
Bahasa dan Pustaka ( DBP) dapat berganding bahu dalam membuat terjemahan
terhadap bahan bacaan serta rujukan daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu
dengan banyak sekali kerana di Malaysia masih lagi kekurangan bahan tersebut .
Selain itu, sediakan juga kamus perundangan mengenai istilah atau perkataan bagi
membantu mendapatkan kefahaman.
2.2.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI)
Pada pendapat saya, isu penggunaan Bahasa Melayu di mahkamah menjadi
salah satu masalah yang agak rumit kerana salah satunya ialah akan
memperbesarkan lagi jurang antara kaum. Penggunaan bahasa Inggeris bukan
sahaja memberi kelebihan kepasa kaum Cina dan India malah turut membawa
masalah kepada kaum Melayu yang kurang fasih bertutur dan kefahaman dalam
bahasa Inggeris dan ini akan timbulnya ketidakadilan dalam perbicaraan.
Tambahan pula, isu ini menggambarkan pihak mahkamah sendiri telah
menjatuhkan martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di dalam Malaysia
yang telah melanggar Perkara 152 iaitu memperuntukkan bahasa Melayu mestilah
digunakan untuk maksud-maksud rasmi (termasuk apa-apa maksud sesuatu pihak
berkuasa awam).
Dalam mengatasi masalah ini, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka seharusnya
mengadakan kursus atau seminar yang membincangkan tentang kepentingan
penggunaan Bahasa Melayu supaya akan dapat member kesedaran, bukan sahaja
kepada institusi mahkamah tetapi memberi juga kesedaran kepada masyarakat di
dalam Malaysia agar Bahasa Melayu tidak dipandang rendah di negara sendiri.
Hakim sendiri sepatutnya menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya dan
dengan perlakuan tersebut, peguam-peguam dengan sendirinya akan menggunakan
Bahasa Melayu di dalam mahkamah. Hakim juga perlu tegas dalam menegakkan
martabat penggunaan Bahasa Melayu.
2.3 PERKARA 3 : PENOLAKAN TUNTUTAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH
OLEH PENGANUT KRISTIAN
Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk melarang penggunaan
kalimah Allah terhadap penerbitan dalam Bahasa Malaysia bagi akhbar mingguan
Herald Katolik 31 Disember 2007. Tetapi dalam akhbar The Sun bertarikh 24
Disember 2007, terdapat laporan bertajuk ‘Church leaders explain use of 'Allah'. Di
dalam akhbar terbitan mereka ini, telah menyatakan lima alasan utama iaitu
pertama, mereka telah mendakwa mengikut Bible. Kedua, mulai awal abad ke-19,
para penganut Katolik di Malaya telah pun memiliki buku-buku doa dalam bahasa
Melayu dan kalimah ‘Allah’ telah digunakan sebagai terjemahan kepada istilah God.
Ketiga, ayat-ayat al-Quran sendiri telah menunjukkan bahawa golongan bukan Islam
juga telah menggunakan lafaz Allah. Keempat, segmen (terjemahan) dalam bahasa
Malaysia diwujudkan untuk memenuhi keperluan kepelbagaian etnik dan bahasa
yang wujud di Malaysia sebagaimana yang wujud di dalam populasi penganut
Katolik di Malaysia. Terakhir, kerajaan tidak mempunyai hak untuk campur tangan
dalam urusan dalaman gereja berdasarkan hak yang diberi oleh Perkara 11(3)A
Perlembagaan Persekutuan.
Isu yang telah dibahaskan ini merupakan Perkara 3 yang telah termaktub
dalam Perlembangaan Persekutuan Malaysia iaitu agama Islam merupakan agama
bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan
damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan daripada Hal
Ehwal Agama Islam Malaysia telah memutuskan bahawa lafaz Allah merupakan
kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan tidak boleh digunakan
atau disamakan dengan agama-agama bukan Islam lain.
Manakala, menurut Syeikh Abdul Hamid Al- Ballali daripada Islamic
Constitutional Movement Kuwait telah menyatakan bahwa keputusan kerajaan amat
signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah Allah. Syeikh Abdul
Muhsin Al-‘Abikan, Penasihat Undang- Undang Kementerian Kehakiman Arab Saudi
pula mengatakan bagi menggelakkan penyalahgunaan nama ‘ALLAH’ melainkan
hanya kepada yang maha Pencipta (Tuhan Yang Sebenar). Ini kerana terdapat
agama-agama lain yang juga menggunakan kalimah Allah bagi agama mereka
sedangkan mereka adalah penyembah berhala, oleh itu nama Allah tidak sepatutnya
digunakan bagi menggambarkan tuhan-tuhan yang selainnya.
Wakil Al- Azhar iaitu Timbalan Syeikh Al- Azhar dan ketua Lajnah Dialog
antara Agama Al- Azhar, Fadhilat Al- Sheikh Abdul Fattah ‘Allam, berpendapat
bahawa keputusan kerajaan adalah tepat kerana ‘ Allah’ tidak boleh disamakan
dengan Rabb dan tidak wajar menyalahi maksud ‘ Allah “ dalam Al- Quran.
Berdasarkan daripada pandangan- pendangan di atas, dapat dilihat bahawa
penganut agama kristian amat berkeras untuk mendapatkan hak dalam penggunaan
kalimah ‘ Allah ’. Mereka juga telah mengambil kesempatan untuk merendahkan
martabat dan menyelewengkan penggunaan kalimah suci 'Allah'. Ini adalah suatu
penghinaan kepada agama, negara serta Perlambagaan persekutuan.
Melalui pemerhatian dan kajian melalui media massa dan media cetak
sebelum ini tidak pernah terjadinya perkara - perkara yang melibatkan tuntutan
penggunaan kalimah Allah oleh penganut kristian ini berlaku. Tetapi, ironinya secara
tiba- tiba isu ini timbul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, mungkin ini
merupakan satu muslihat daripada pihak kristian untuk menarik umat Islam ke arah
agama mereka ataupun sebaliknya. Pihak media sepatutnya tidak perlulah
mengembar- gemburkan isu ini secara meluas kerana secara tidal langsung akan
menyentuh sensitiviti kaum.
Selain itu, pendapat tokoh agama Syeikh Abdul Hamid Al- Ballali daripada
Islamic Constitutional Movement Kuwait juga ada mengatakan bahwa keputusan
kerajaan amat signifikan bagi memelihara maksud istilah sebenar bagi kalimah
Allah. Isu ini merupakan isu yang sensitif kerana kalimah Allah merupakan lafaz
suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan
bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan
kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama
lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat
Islam.
Manakala golongan intelektual iaitu Wakil Al- Azhar iaitu Timbalan Syeikh Al-
Azhar dan ketua Lajnah Dialog antara agala Al- Azhar, Fadhilat Al- Sheikh Abdul
Fattah ‘Allam, berpendapat bahawa keputusan kerajaan adalah tepat kerana ‘ Allah’
tidak boleh disamakan dengan Rabb dan tidak wajar menyalahi maksud ‘ Allah “
dalam Al- Quran. Sehubungan dengan pandangan golongan intelektual di atas, umat
Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap
terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam
disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama
kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan
menyatakan bahawa semua agama adalah sama.
Kesimpulannya, pada tarikh 16 Mei 1986 melalui keputusan mesyuarat
Kabinet telah memutuskan bahawa perkataan Allah adalah termasuk antara
kalimah-kalimah yang dilarang penggunaannya oleh mereka yang bukan beragama
Islam. Malah penggunaan kalimah allah, Baitullah, Solat dan Kaabah telah pun
diwartakan hanya eksklusif buat umat Islam sahaja di bawah Warta P.U(A) 15/82
dan pekeliling KKDN. S.59//3/6/A bertarikh 5 Disember 1986. Oleh itu, dalam
keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang
cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu
bersatu dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga maruah agama.
2.3.1 CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF)
Saya amat menyokong sepenuhnya tindakan kerajaan bagi membasmikan
masalah ini. Pihak kerajaan seharusnya memanfaatkan kewujudan Enakmen
Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam Di Kalangan Orang Islam yang
digubal berdasarkan Perkara 11(4). Enakmen yang telah wujud di beberapa negeri
sejak berpuluh tahun mestilah dilaksanakan secara serius. Malah ada negeri yang
telah meluluskan enakmen ni masih tidak mewartakan dan memberi tarikh
pelaksanaannya. Empat buah negeri pula iaitu Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang,
Sabah dan Sarawak masih belum menggubal undang-undang yang sama walaupun
mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sendiri semasa menjadi
Perdana Menteri telah berjanji dan mengarahkan negeri-negeri ini menggubal
undang-undang tersebut. Sememangnya kepentingan agama Islam seringkali
dipinggirkan semasa membuat sebarang tindakan oleh pelbagai pihak.
Majlis Raja –Raja Melayu sebagai ketua agama negeri-negeri juga perlu
memainkan peranan dalam membuat ketetapan yang tegas berkaitan dengan
perkara ini selaras dengan sumpah jawatan baginda mempertahankan Islam pada
setiap masa. Tindakan Kementerian Dalam Negeri melarang pihak Gereja
menggunakan kalimah Allah adalah kerana KDN sebagai salah sebuah organ
kerajaan perlu mempertahankan ikrar Yang Di Pertuan Agong semasa menaiki
tahkta iaitu mempertahankan Islam pada setiap masa. Oleh itu segala tindakan yang
dibuat oleh pihak kerajaan perlulah sejajar dengan ikrar mempertahankan Islam ini.
Secara mudahnya, setiap urusan kerajaan adalah disifatkan sebagai Urusan Seri
Paduka Baginda (sebagaimana tertera di dalam sampul surat jabatan kerajaan).
Oleh yang demikian adalah tidak masuk akal, urusan tersebut mencabul ikrar yang
dibuat oleh Seri Paduka Baginda itu.
Kementerian Dalam Negeri perlu segera merayu keputusan kes ini kerana ia
melibatkan kedudukan agama Islam di Malaysia apatah lagi keputusan mahkamah
tertinggi di dalam negara perlu bagi menyelesaikan kedudukan ini secara muktamad.
Kerajaan juga telah merangka Pelan Tindakan Integrasi Nasional iaitu untuk
institusi agama. Antara salah satu strateginya ialah dapat meningkatkan kerjasama,
persefahaman dan saling menghormatu antara penganut pelbagai agama. Bagi
mengelakkan isu ini menjadi lebih berleluasa menganjurkan sesi dialog dan
perbincangan untuk mendapatkan kata putus antara penganut pelbagai agama. Bagi
isu penggunaan kalimah ‘Allah’ tegaskan bahawa hanya penganut agama Islam
sahaja yang berhak gunakan tetapi agama lain tidak dibenarkan kerana seperti
menghina dan ingin menjatuhkan maruah umat Islam.
2.3.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI )
Berdasarkan isu yang dipilih iaitu penggunaan kalimah Allah bagi penganut
agama Kristian yang telah dikaitkan dengan Perkara 3 iaitu agama Islam merupakan
agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman
dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Setelah meneliti dan memahami
serta mengaitkan isu ini dengan penganut agama Kristian dengan penganut agama
Islam, saya kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian
lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum),
dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-
Ikhlas.
Tambahan pula, umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam
menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Dalam konteks Malaysia pula saya
berpendapat bahawa penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat
dibimbangi kerana boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama
seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.
Lebih - lebih lagi, apabila mengenangkan keadaan umat Islam yang ada hari
ini terlalu lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang galak untuk
menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa
kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam
tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut
Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk melarang. Justeru itu, penggunaan nama
Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang
oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman
di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.
2.4 PERKARA 153 : NURUL IZZAH PERTIKAI HAK KEISTIMEWAAN ORANG MELAYU
Isu ini telah dibahaskan dalam artikel yang disiarkan dalam portal bertarikh 31
Ogos 2011 yang bertajuk ‘Nurul Izzah Pertikai Perlembagaan-Hak Keistimewaan
Orang Melayu’. Nurul Izzah merupakan ahli parlimen Lembah Pantai. Isu ini
menyentuh Perkara 153). Perkara 153 menyatakan kedudukan istimewa orang-
orang Melayu tanpa menafikan kedudukan yang sah kaum-kaum lain. Berdasarkan
buku ‘Hubungan Etnik Di Malaysia’ menyatakan Perkara 153 juga bermaksud Yang
di-Pertuan Agong dikehendaki melaksanakan dasar-dasar bagi melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak
dari segi jawatan dalam perkhidmatan awam, pemberian biasiswa dan bantuan,
kemudahan pelajaran, serta lesen untuk perniagaan.
Menurut Nurul Izzah dalam artikel yang disiarkan dalam portal 'Malaysian
Insider' mendakwa, 'hak keistimewaan' orang Melayu tidak disebut sebaliknya
Per kara 153 hanya menjelaskan mengenai 'kedudukan istimewa' masyarakat
Bumiputera.
Kata Nurul Izzah lagi, “Hak Melayu hanyalah sekadar falsafah serta ideologi dan
bukannya sebuah undang-undang atau perlembagaan. Istilah Hak Melayu hanya
wujud selepas berlakunya persetujuan mengenai kontrak sosial yang menyaksikan
definisi agenda Melayu diperluas merangkumi hak Melayu.”
Isu ini telah mendapat pertikaian daripada pelbagai pihak. Menurut blog Perak
Portal Today pada 8 Disember 2010 yang bertajuk Sultan Perak Tegur Status
Keistimewaan Orang Melayu. Sultan Perak bertitah “Sedarilah! Bahawa segala
keistimewaan yang dimiliki oleh umat Islam di negara ini, adalah hasil daripada
pemikiran yang dirumuskan secara strategik untuk memastikan bahawa umat Islam
akan sentiasa dilindungi dan aktiviti Islam bukan sahaja dapat dikembangkan tetapi
diberikan hak untuk mendapat pembiayaan negara,”. Baginda bertitah keistimewaan
yang ada ini diperoleh melalui hasil persepakatan dan penyatuan daripada segi
prinsip perjuangan dan suara tuntutan umat Islam dari seluruh pelosok Tanah
Melayu hingga mendapat pengiktirafan untuk dimaktubkan dalam Perlembagaan
Negara.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat iaitu Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil berkata Nurul Izzah tidak perlu memberikan interpretasi yang
baru tentang hak orang Melayu kerana pelembagaan pada hari ini telah pun
menentukan bahawa negara Malaysia selamat, aman dan makmur. Beliau berkata
‘’Jikalau ada pelbagai cubaan untuk menodai perlembagaan yang sedia ada pada
hari ini, maka risikonya terlalu tinggi,".
Sementara itu, Profesor Datuk Dr. Abdul Halim Sidek dalam
UmnoOnline.Com yang bertajuk ‘Nurul Izzah Buta Undang-undang, Perkara
153 Tidak Boleh Dipertikai’ menyatakan Nurul Izzah menonjolkan kebodohannya
sebagai anggota Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen Lembah Pantai apabila
mempersoalkan Perkara 153 yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
mengikut fahamannya sendiri. Beliau berkata “Saya nak tanya, apa yang Nurul Izzah
belajar dan di universiti mana dia mendalami undang-undang kerana apa yang
dikatakannya berkaitan Perkara 153 adalah salah, satu pembohongan yang dibuat
sebagaimana mungkin dirinya tidak pernah membaca mengenainya.” Beliau juga
mengulas kenyataan Nurul Izzah yang mempersoalkan Perkara 153 dalam
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak keistimewaan orang
Melayu.Katanya, ‘’Tanyalah pada peguam dan penasihat undang-undang mana
sekalipun berkaitan Perkara 153 tersebut maka tentunya tafsiran dan huraian
mereka adalah sama iaitu untuk menjaga kepentingan orang Melayu.’’ Beliau juga
berkata ‘’Apa yang dikatakan oleh Nurul Izzah adalah satu yang tidak benar malah
beliau sebenarnya melakukan pengkhianatan kepada negara dan bangsanya sendiri
selain mencemarkan Raja-raja dan menghina Yang Dipertuan Agung kerana
Perkara 153 ini dilindungi oleh baginda.”
Dalam blog yang sama (UMNO online) bertarikh 8 September 2010 bertajuk
‘Nurul Izzah Raih Simpati Menjelang Pemilihan Parti’, Datuk Rosnah Abdul Rashid
Shirlin iaitu Ketua Pergerakan Puteri UMNO menyatakan bahawa Nurul Izzah cuba
mendapat perhatian ahli untuk meraih sokongan dan simpati serta sengaja
mencipta populariti memandangkan bahang musim pemilihan PKR sudah bermula
dan pemimpin-pemimpin parti itu apabila membangkitkan Perkara 153
Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Rosnah
Abdul Rashid Shirlin. Beliau berkata ‘’Sebagai seorang Ahli Parlimen, Nurul Izzah
sewajarnya sedar berkaitan akibat yang akan diterimanya apatah lagi hal tersebut
membabitkan kepentingan dan sensitiviti kaum di negara ini. Maka ia juga tentunya
akan membangkitkan kesan terhadap kesejahteraan negara.”
Selain itu, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz dari Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia menyatakan sebarang pindaan membabitkan kedudukan
Melayu, termasuk Perkara 153 yang menyentuh kedudukan istimewa orang Melayu
dan Bumiputera, perlu melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara dengan dua
pertiga majoriti pada bacaan kali kedua dan ketiga.
Melalui pemerhatian dan kajian dalam buku teks Sejarah Tingkatan 3 Bab 5
dapat dilihat bahawa Suruhanjaya Reid 1948 telah menerangkan fasal iaitu
kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan tanpa menjejaskan hak kaum lain.
Menerusi pemerhatian juga daripada Buku ‘Hubungan Etnik: Kelangsungan
Pembinaan Negara Bangsa’ dapat dilihat bahawa Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 menegaskan kedudukan istimewa orang Melayu tidak boleh
dipersoalkan.
Kedudukan istimewa orang melayu dapat dilihat menerusi kemasukan pelajar
bumiputera ke IPTA. Peluang kemasukan ke universiti awam yang dipelopori oleh
Tun Dr Mahathir diberikan lebih ramai kepada kaum Bumiputera berbanding kaum
lain untuk memastikan keseimbangan pembangunan kaum supaya tidak ketinggalan
dalam arus perdana pendidikan.Selain itu, penubuhan Universiti Teknologi Mara
( UITM ) yang yang dipelopori oleh Dato’ Onn bin Jaafar bertujuan untuk
mempertingkatkan dan menjamin keutuhan status sosio-ekonomi bumiputera.
Selain itu, bumiputera mendapat potongan diskaun sebanyak 10% dalam
urusan pembelian rumah. Ini membolehkan bumiputera membeli rumah dengan
harga yang lebih murah daripada kaum lain. Tambahan lagi, bumiputera mendapat
kedudukan istimewa dari segi pemilikan saham. Kerajaan telah memberi peruntukan
RM5 bilion dalam pembentukan Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) bagi membantu
bumiputera memilki saham terpilih serta menyelamatkan ekuiti Bumiputera daripada
jatuh ke tangan orang lain. Orang Melayu juga banyak menyandang jawatan dalam
perkhidmatan awam. Hal ini dapat dilihat seperti perlantikan Y.A.B. Perdana Menteri,
Hakim-hakim Mahkamah dan lain-lain .Selain itu, pemberian biasiswa JPA yang
diperuntukkan oleh kerajaan kepada pelajar Melayu yang bertujuan untuk
merapatkan modal insan yang terlatih dan canggih.
Dalam memajukan golongan orang Melayu dari sektor peniagaaan, kerajaan
boleh mewujudkan satu badan khas yang bertanggungjawab menyediakan ruang
pasaran khusus kepada orang Melayu untuk memasarkan produk mereka. Hal ini
supaya orang Melayu tidak perlu lagi merujuk kepada orang perantara untuk
memasarkan produk mereka sebaliknya terus kepada pihak yang
bertanggungjawab. Hal ini juga bagi mengelakkan berlakunya penyelewengan oleh
pihak tertentu kepada pengusaha Melayu.
Dengan adanya inisiatif pemberian modal oleh pihak kerajaan kepada
sebahagian orang Melayu dapat membantu khususnya pengusaha baru untuk
memulakan perniagaan mereka disamping menjaga kepentingan orang Melayu.
Selain itu, kerajaan boleh menganjurkan suatu karnival jualan khas untuk
mempromosikan produk pengusaha melayu khususnya pengusaha baru. Hal ini
berupaya membantu ekonomi orang Melayu.
Untuk memantapkan kemahiran orang Melayu dalam sesuatu perkhidmatan,
penjanaan seminar, ceramah atau bengkel yang disampaikan oleh pakar membantu
memberi input berguna kepada mereka disamping membuka skop minda mereka ke
tahap yang lebih tinggi.
Dengan menubuhkan institut atau sekolah yang berorientasikan kemahiran
terutama dalam kalangan orang Melayu di luar bandar berupaya dalam
memperkembangkan bakat dan kemahiran mereka. Malah orang Melayu
jugacmendapat peluang dan ruang serta tunjuk ajar dari orang yang berpengalaman.
Dengan adanya penubuhan ini secara tidak langsung dapat mengelakkan status
kebanjiran orang Melayu yang terpinggir dalam arus kemahiran.
Akhirnya perdebatan ini telah dilaporkan kepada pihak polis oleh GPMS
( Gabungan Pemuda Melayu Semenanjung ) dan Wirawati PERKASA di ibu pejabat
Dang Wangi pada 2 September 2010 menerusi suatu blog Sahabat Gunung yang
bertajuk Debat Perkara 153 : GPMS dan PERKASA buat laporan polis terhadap
Nurul Izzah. Pada 21 September 2010, Nurul Izzah telah tampil memberi keterangan
di ibu pejabat polis Dang Wangi berhubung laporan polis yang dibuat PERKASA
mengenai kenyataannya menyentuh Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan
menerusi satu laman web Malaysian Insider yang ditulis oleh Syed Mu’az Syed
Putra.
Dalam hal ini, Nurul Izzah berkata ‘’ Saya akan memberi keterangan
mengenai laporan polis dibuat PERKASA selepas artikel saya bertajuk ‘Malaysia
atau MalaysiaSaja yang disiarkan oleh The Malaysian Insider. Beliau juga berkata
‘’Nampaknya Perkasa tidak mahu menerima pelawaan saya berdebat,’’. Dalam hal
ini, beliau telah menjemput Perkasa untuk berdebat mengenai isu kedudukan
istimewa orang Melayu yang dibangkitkan dalam artikelnya berjudul "The ultimate
Malaysian debate: Malaysia or Malaysaja?" yang diterbitkan pada 31 Ogos 2010
sempena sambutan Hari Merdeka ke-53.
2.4.1 CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF)
Pada pendapat saya, dalam membendung perkara ini daripada berulang,
pihak berwajib seharusnya memainkan peranan yang penting. Pihak berwajib perlu
sentiasa memberi peringatan kepada rakyat agar tidak mencuba untuk mencabuli
Perlembagaan Persekutuan Negara. Pihak berkuasa juga boleh mewujudkan satu
undang-undang khas bagi melindungi Perlembagaan Persekutuan agar tidak dicuba
untuk dicabuli oleh mana-mana pihak. Tindakan undang-undang boleh diambil pada
pihak yang cuba untuk meminda perlembagaan atas kepentingan diri mahupun
politik.
Jika dilihat, semakin hari semakin banyak pihak yang cuba menentang
perlembagaan yang telah dipersetujui pada masa dulu. Namun pada hari ini,
terdapat pula pihak yang tidak berpuas hati dengan perlembagaan itu. Perkara
seperti ini tidak sepatutnya timbul. Harus diingat, perlembagaan inilah yang
membantu negara sehingga mencapai tahap seperti hari ini. Seharusnya kita sama-
sama memelihara perlembagaan negara ini agar dapat memacu kejayaan negara
pada masa akan datang.
2.4.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI )
Melalui petikan ini ‘Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal
atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf
kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan
tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo
Kay Kim.’, saya berpendapat bahawa sebagai seorang rakyat Malaysia, tidak
seharusnya Nurul Izzah melakukan perbuatan ini dimana beliau telah
mempertikaikan hak dan keistimewaan orang Melayu. Hak dan keistimewaan orang
Melayu tidak boleh diketepikan malah ia akan berkekalan sebagaimana yang telah
terkandung dalam Perlembagaan.
Jika tiada hak dan keistimewaan orang Melayu, maka tiadalah sifat toleransi
di dalam sesuatu masyarakat. Ini bermakna, sifat toleransi memberikan satu
semangat dan kekuatan untuk masyarakat yang berbilang bangsa dalam Negara
Malaysia hidup aman dan bersatu padu.
Pada pandangan saya juga, isu ini timbul kerana ia adalah salah satu taktik
ahli politik yang mementingkan diri sendiri, yang sanggup mengorbankan
kemakmuran dan kemajuan negara. Jika semua kaum di dalam Negara ini bersedia
untuk menerima pandangan masing-masing dan mengeratkan hubungan
persahabatan, bersedia untuk bertoleransi antara satu sama lain. Disini jelaslah
bahawa warga Negara Malaysia tidak seharusnya tertipu oleh setiap isu yang
dibangkitkan oleh ahli politik tanpa memahami dasar-dasar yang telah termaktub
didalam Perlembagaan Persekutuan.
2.5 PERKARA 38: KAPRPAL SIGH HINA SULTAN PERAK
Isu antara Karpal Singh dan Sultan Perak bermula sejak Menteri Besar Perak
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin selaku ketua kerajaan negeri Perak telah
memindahkan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak iaitu Datuk Jamry Sury.
Tindakan ini mencetuskan menjadi hangat dan kontroversi apabila diberi perhatian
oleh media arus perdana. Sehingga hari ini, isu itu masih belum selesai sepenuhnya
di mahkamah. Seluruh negara telah dikecohkan dengan isu Ahli Parlimen Bukit
Gelugor iaitu Karpal Sigh telah menghina Sultan Perak. Ini kerana Karpal Sigh telah
mempertikaikan campurtangan yang telah dilakukan oleh Sultan Perak dalam
pentadbiran negeri Perak. Menurut artikel Utara News (2012), Perkataan yang
dikeluarkan sengaja ditutur supaya mempunyai kecenderungan untuk rakyat negeri
Perak dapat menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada Sultan Perak.
Mengikut Perlembagaan Persekutuan telah menyatakan dalam Perkara 38
iaitu dalam Majlis Raja-Raja mengikut Jadual Kelima Perlembagaan iaitu boleh
mempersetujui dan tidak mempersetujui apa-apa undang-undang dan membuat atau
memberikan nasihat mengenai perlantikan yang menurut Perlembagaan ini,
memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja atau yang dikehendaki dibuat oleh atau
selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
Melalui perlembagaan yang telah dinyatakan jelas menunjukkan Raja atau
Sultan mempunyai kuasa dalam mencampuri segala urusan pentadbiran negeri
terutama dalam perlantikan dan pelucutan ahli politik. Begitu juga dengan Sultan
Perak iaitu Sultan Azlan Shah yang pernah menjadi Ketua Hakim Negara pada satu
ketika dulu dan begitu diterima ramai kerana mempunyai ilmu undang-undang
yangdimiliki.
Menurut Karpal Sigh berkata beliau tidak berniat menghina dan
mempersoalkan kedudukan Sultan Perak. Beliau hanya membuat komen dari sudut
undang-undang tetapi ia telah disalah tafsir.Menurut Utusan Online(2010),Isu ini
sengaja dipolitikkan supaya dapat menjadi isu perkauman dimana sentimen orang
Melayu akan tercabar dan mendatangkan kemarahan kepada kaum lain.
Isu ini telah menunjukkan kaum lain cuba mencabar hak yang ada pada
seorang Sultan. Sekira tidak dibendung mengenai isu ini akan menyebabkan kaum
lain akan cuba pertikaikan fungsi serta tugas seorang Raja mengikut perlembagaan
serta ini juga boleh mencetuskan peristiwa lama iaitu peristiwa 13 Mei iaitu rusuhan
kaum.
2.5.1 CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF)
Pada pendapat saya, pertelingkahan antara Karpal Sigh dengan Sultan Perak
harus diselesaikan secara berhemah dan sebaik mungkin. Cara yang lebih baik ialah
Karpal Sigh hendaklah meminta maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat
Malaysia mengenai keceluparan pertuturan beliau dalam mengeluarkan pendapat
dan merasakan perbuatannya ini dianggap telah menghina institusi beraja.
Bagi tindakan kerajaan pula, Karpal Sigh telah didakwa dimahkamah
mengikut Akta Hasutan 1948 yang telah mengeluarkan perkataan yang boleh
menghasut kepada kebencian. Ia telah diadili oleh tiga panel yang diketuai oleh
Datuk Ahmad Maarop yang bersidang bersama Hakim Datuk Clement Allan Skinner
dan Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali sebulat suara memutuskan demikian
selepas membenarkan rayuan pendakwa raya.
Hakim Ahmad yang merupakan hakim Mahkamah Persekutuan ketika
membacakan penghakiman bertulisnya berpendapat, Karpal wajar dipanggil
membela diri selepas panel itu berpuas hati bahawa pendakwaan berjaya
membuktikan kes prima facie terhadapnya. Dengan keputusan tersebut, mahkamah
mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun 2010 yang melepas dan
membebaskan Karpal daripada tuduhan tersebut dan mengarahkan kes itu didengar
di hadapan hakim yang sama disebut di Mahkamah Tinggi pada 9 Februari depan
bagi menetapkan tarikh perbicaraan.
2.5.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI)
Timbulnya isu Karpal Singh telah menghina Sultan Perak membawa satu
kontroversi didalam institusi istana dan hal politik. Hal ini berlaku apabila Pengerusi
DAP, Karpal Singh membuat kenyataan mengenai campur tangan istana dalam isu
pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury yang
dianggapnya sebagai urusan pentadbiran kerajaan negeri. Namun, peguam
terkemuka itu dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap
Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama di
ibu negara di antara pukul 12 dan 12.30 tengah hari, 6 Februari 2009. – UTUSAN.
Pada pendapat saya, isu ini tidak harus berlanjutan setelah sekian lama
kerana bukan sahaja akan menimbulkan perselisihan, malah akan memburukkan
lagi hubungan antara pemimpin dengan pemimpin. Perkara seperti ini juga akan
menyebabkan masyarakat mencabar dan tidak mengormati Sultan sebagai
pemimpin. Hal ini perlulah diselesaikan dengan cara yang baik dan penuh dengan
budi bicara. Walaupun Karpal Singh telah mengatakan bahawa , beliau tidak berniat
menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah namun tindakan tersebut tidak
dipandang oleh Sultan Perak. Oleh itu, beliau sepatutnya memohon maaf kepada
Sultan secara terbuka diatas keterlanjurannya berkata-kata dan membuat
kesimpulan sendiri. Pihak berkuasa harus mengambil tindakan undang-undang yang
tegas terhadap Karpal Singh supaya hal ini menjadi peringatan dan masyarakat
tidak mengikut tindakan seperti yang dilakukan oleh Karpal Singh.
2.6 PERKARA 14 HINGGA PERKARA 22: 40,000 KANAK-KANAK SABAH TIADA
SIJIL LAHIR
Merujuk perkara di atas Unit Khas Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara
(JPN) sedang menjalankan program turun padang bagi menyelesaikan masalah
kira-kira 40,000 kanak-kanak yang berdepan masalah sijil lahir di Sabah.Timbalan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, di Semporna sahaja,
dianggarkan terdapat 4,000 kanak-kanak masih tidak memiliki dokumen pengenalan
diri itu.
Melalui Perlembagaan Persekutuan sendiri telah menyatakan bahawa
Perkara 15A iaitu kuasa khas untuk mendaftarkan kanak-kanak. Tertakluk kepada
Perkara 18, Kerajaan Persekutuan boleh, dalam apa-apa hal keadaan khas yang
difikirkannya patut, menyebabkan mana-mana orang yang di bawah umur dua puluh
satu tahun didaftarkan sebagai warganegara.
Hasil penelitian, KDN mendapati pelbagai faktor termasuk kahwin mengikut
adat tanpa pendaftaran serta perkahwinan dengan wanita negara jiran telah
mendorong kepada masalah daftar lewat sijil kelahiran dan kad pengenalan.Pihak
KDN juga telah mengesan perkahwinan lebih daripada satu di kalangan masyarakat
setempat dengan wanita asing dan anak dipelihara oleh suami bertaraf warganegara
yang tidak memiliki sijil nikah. Terdapat juga alasan tidak mendaftar kerana tidak
memiliki kad klinik rawatan ibu mengandung atau kad rawatan bayi kerana mereka
menggunakan perkhidmatan bidan kampong.Tambahnya, terdapat pemohon yang
memberitahu bahawa ibu bapa mereka tidak boleh dikesan selain pemohon yang
merupakan ‘anak tumpang’ kepada keluarga yang mempunyai dokumen pengenalan
diri.
Isu ini jelas menunjukkan bahawa masih ramai kanak-kanak tidak mempunyai
kewarganegaraan. Ini kerana sikap penduduk Sabah itu sendiri dalam mengambil
sambil lewa serta kurang kesedaran dalam memiliki dokumen pengenalan diri.
Selain itu, penyebab utama penduduk di sana susah mendapat kewarganegaraan
ialah kerana mempunyai pelbagai kaum serta suku. Konsep kewarganegaraan yang
berteraskan perkauman Melayu sudah lama mengancam kumpulan-kumpulan
bumiputera yang lain, termasuklah kaum Iban di Sarawak dan kaum Kadazan-Dusun
di Sabah, serta kaum-kaum bukan Melayu di Semenanjung Malaysia, seperti Orang
Asli.
Walaupun kaum Kadazan-Dusin di Sabah patut diberikan keistimewaan
dalam teori, dari segi amalan hak-hak kewarganegaraan kaum-kaum tersebut
semakin dihakis. Ramai pemimpin parti-parti pembangkang di Sabah mendakwa
bahawa hak-hak kaum-kaum peribumi tertentu tidak diberikan keutamaan, dan isu
ini telah menjadi pertikaian semasa pilihanraya umum dalam beberapa tahun yang
lalu. Bahkan terdapat juga golongan-golongan tertentu di Sabah yang mendakwa
bahawa kaum Melayu dilayani sebagai bumiputera kelas pertama sambil kaum
Kadazan-Dusun dan kaum-kaum peribumi yang lain dilayani sebagai bumiputera
kelas kedua. Dakwaan-dakwaan hierarki kewarganegaraan ini adalah berdasarkan
pengalaman diskriminasi atau pemungkiran janji oleh kerajaan yang menjanjikan
kaum-kaum itu hak-hak istimewa setanding dengan kaum Melayu.Hal sebegini akan
menyebabkan boleh berlaku pertelingkahan dan tidak puas hati penduduk di Sabah
dalam mendapatkan hak serta kemudahan yang dikecapi oleh rakyat mempunyai
taraf warganegara.
2.6.1 CADANGAN TINDAKAN (INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF)
Merujuk kepada isu kewarganegaraan yang sering terjadi kepada negeri
Sabah terutamanya kepada kanak-kanak, saya amat bersetuju sepenuhnya dengan
tindakan kerajaan untuk melakukan ujian dan analisis DNA bagi membantu
mempercepatkan proses mendapatkan kewarganegaraaan supaya rakyat di Sabah
terutamanya kanak-kanak dapat menikmati hak serta kemudahan yang dinikmati
oleh rakyat Malaysia. Selain itu, pihak Kementerian Dalam Negeri sendiri menggesa
supaya supaya semua pihak terutamanya agensi kerajaan dan pemimpin tempatan
bekerjasama dalam menangani masalah serta isu ini. Pihak Kerajaan juga harus
lebih kerap mengadakan program turun padang iaitu untuk mengadakan kempen
mengenai betapa penting mempunyai dokumen pengenalan diri bagi membezakan
antara warganegara ataupun tidak.
Mulai 1 Julai ini, sijil kelahiran bukan warganegara diperkenalkan iaitu sijil
tersebut akan berwarna merah berbanding sebelum ini berwarna hijau. Perubahan
ini dimaklumkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein setelah
menerima satu daripada 22 syor dan inisiatif yang dicadangkan oleh Makmal Khas
Pengurusan Warga Asing Sabah. Sijil kelahiran berwarna merah akan menjelaskan
bahawa mereka itu bukan warganegara dan ianya akan memudahkan sesi
pendaftaran persekolahan dan pelbagai lagi urusan rasmi. Itu antara tujuan
pertukaran warna sijil kelahiran ini selain juga mahu mengelak ibu bapa warga asing
yang mendapat anak di negara ini beranggapan bahawa dengan memiliki Sijil
Kelahiran Malaysia, anak-anak mereka adalah secara automatik menjadi warga
negara Malaysia.
Bagi kanak-kanak bertaraf bukan warga negara yang telah memiliki sijil
kelahiran berwarna hijau, ianya dikekalkan dan hanya berubah apabila pemohon
membuat Cabutan Sijil Kelahiran di mana-mana pejabat JPN.
Bagi kanak-kanak yang dilahirkan sebagai bukan warga negara dan kemudiannya
disahkan sebagai warga negara Malaysia melalui proses Pengesahan Taraf
Kewarganegaraan di bawah Perlembagaan Persekutuan, sijil kelahiran kanak-kanak
berkenaan akan ditukar dengan sijil kelahiran berwarna hijau, dengan dicatatkan
indikator yang menunjukkan perubahan status kewarganegaraan.
2.6.2 CADANGAN TINDAKAN ( SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI )
Berkenaan dengan isu kewarganegaraan yang sering terjadi di Sabah, saya
melihat bahawa penduduk di Sabah seolah-olah tiada kesedaran dalam
mempertahankan hak kewarganegaraan mereka. Penduduk di Sabah membuat
tanggapan sendiri iaitu kaum Melayu merupakan kelas pertama dan sering diberikan
keistimewaan. Namun pada pandangan saya, pemikiran seperti ini tidak seharusnya
wujud dalam kalangan penduduk Sabah yang berbilang kaum kerana setiap
penduduk sudah dijanjikan oleh kerajaan iaitu penduduk di Malaysia termasuk
penduduk bukan semenanjung Malaysia dengan layanan dan hak yang telah
termaktub di dalam buku Perlembagaan Persekutuan.
Pada pendapat saya mengenai isu ini, saya amat bersetuju dengan tindakan
pihak kerajaan yang telah menukarkan warna Sijil Kelahiran bagi penduduk bukan
warganegara Malaysia dari berwarna hijau kepada berwarna merah. Pertukaran
warna ini untuk memudahkan pengecaman warganegara atau bukan serta
memudahkan pelbagai urusan dalam negara antaranya ialah urusan persekolahan,
pekerjaan dan pentadbiran.
Ujian dan analisis DNA yang dilakukan oleh pihak kerajaan akan
memudahkan dan mempercepatkan proses untuk memperoleh kewarganegaraan
serta membantu penduduk yang merupakan warganegara Malaysia menikmati hak-
hak keistimewaan di dalam negara sendiri. Tindakan yang diambil ini merupakan
satu inisiatif dalam membantu golongan-golongan yang terpinggir untuk
mendapatkan kewarganegaraan mereka. Namun, harus diingat bahawa pihak yang
bertanggungjawab peka dan sensitive terhadap keperluan rakyat terutama dalam isu
yang melibatkan kewarganegaraan. Hal ini tidak boleh dibiarkan seperti angin lalu
kerana akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan kemarahan serta rasa tidak adil
dalam kalangan penduduk di Sabah.
2.7 RUMUSAN
Negara Malaysia merupakan salah sebuah negara yang sedang membangun
dan harmoni. Namun begitu, masih terdapat beberap isu yang timbul menyentuh
sensitiviti kaum. Antaranya ialah isu-isu yang berkaitan dengan Perkara 3, dan 153
dalam Perlembagaan Persekutuan yang mana seharusnya tidak timbul. Ini kerana,
semua susunan peraturan dan undang-undang dasar yang dianggap penting bagi
pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara telah termaktub dalam
perlembagaan Malaysia. Seharusnya, fungsi perlembagaan digunakan sepenuhnya
dan dijadikan sebagai garis panduan dalam memerintah, sistem politik dan
pentadbiran sesebuah negara di samping memberikan jaminan perlindungan kepada
rakyat.
Ciri-ciri perlembagaan Malaysia juga harus difahami dan dijadikan sebagai
asas kepada perpaduan antara masyarakat supaya tidak lagi timbul isu yang boleh
menyentuh sensitiviti pelbagai etnik di Malaysia. Dengan memahami perlembagaan,
bermakna kita memahami dan menghormati kepelbagaian yang wujud dalam
kalangan kita sebagai rakyat Malaysia. Sebagai pendidik, perlembagaan harus
didedahkan melalui matapelajaran sivik dan kewarganegaraan serta pendidikan
moral agar undang-undang bertulis ini dapat difahami dan diterima baik oleh anak-
anak didik.
Masyarakat juga harus mematuhi keluhuran perlembagaan ini supaya tidak
timbulnya lagi isu-isu yang boleh memberi impak terhadap perpaduan. Kerajaan juga
berperanan besar dalam memerintah negara berdasarkan perkara-perkara yang
termaktub dalam perlembagaan Malaysia supaya keharmonian negara dapat dijamin
dan pentadbiran berjalan dengan lancar. Peranan perlembagaan sebagai undang-
undang tertinggi negara harus terus dipelihara demi memastikan keadaan harmoni
yang wujud pada hari ini akan dikekalkan disamping mengharapkan situasi yang
lebih baik pada masa hadapan.
4.0 REFLEKSI
NAMA: INTAN YUSNANI BINTI MD YUSUF
NO KAD PENGENALAN:910811-04-5310
UNIT:PISMP PRASEKOLAH AMBILAN JANUARI 2011
Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur ke hadrat illahi kerana
dengan limpah dan kurniaNya,akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan mengikut
masa yang telah ditetapkan. Jutaan terima kasih juga turut diberikan kepada guru
pembimbing saya iaitu En. Dzulkifli yang telah banyak membantu saya dalam
menyiapkan tugasan ini. Selain itu juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima
kasih kepada rakan sekelas saya yang turut terlibat secara langsung dan tidak
langsung dalam memberikan pendapat,idea dan pandangan mengenai tugasan ini.
Sumbangan anda semua amat saya hargai.
Tugasan ini saya terima pada 23 Februari 2012 dan saya dikehendaki untuk
menghantarnya pada 7 Mac 2011. Tugasan ini perlu dilaksanakan bersama-sama
ahli kumpulan seramai dua orang. Tugasan ini perlu disiapkan dalam dua minggu
sahaja. Sudah tentu banyak kekangan untuk melaksanakan tugasan ini.
Terdapat beberapa kekuatan yang boleh saya dapati sepanjang
melaksanakan tugasan ini iaitu mempunyai semangat kerjasama dan bersungguh-
sungguh dalam menyiapkan tugasan waj3110 ini. Kami telah berganding bahu
dalam menyumbangkan idea dan fikiran untuk mendapatkan hasil kerja yang
berkualiti dan menepati kehendak soalan. Selain itu, dengan adanya tugasan
sebegini secara tidak langsung saya dapat menambah dan mendalami dengan lebih
mendalam mengenai Perlembagaan Persekutuan yang menjadi teras kepada
pembinaan negara Malaysia. Selepas melaksanakan tugasan ini juga membuatkan
saya menjadi lebih peka terhadap isu yang melibatkan dengan Perlembagaan
Persekutuan Malaysia. Ia juga membuatkan saya sedar bahawa sekiranya tiada
perlembagaan di Malaysia ia boleh menyebabkan negara Malaysia menjadi huru
hara.
Di samping itu, kelemahan yang boleh dikenalpasti sepanjang melakukan
tugasan ini ialah kekangan yang saya maksudkan adalah dari segi masa,tenaga dan
komitmen sesama ahli kumpulan. Ini telah menyukarkan kami untuk menyiapkan
tugasan tersebut. Tambahan pula, baru-baru ini kami mula mendapat lambakan
tugasan daripada pensyarah lain yang menuntut komitmen kami juga. Kelemahan
lain pula ialah kami kurang lagi kefahaman mengenai tugasan ini yang diberikan. Ini
kerana kami kurang arif mengenai Perlembagaan Malaysia.Setelah meneliti soalan
yang diberi ternyata banyak keraguan dan kekeliruan yang telah timbul. Kepayahan
dalam menhubungkaitkan unsur , isu serta melibatkan hubungan etnik memakan
banyak masa dalam mendapatkan idea serta pendapat.
Bagi mengatasi semua kekangan di atas, terdapat beberapa
penambahbaikkan dan cadangan. Antaranya ialah kami cuba menyiapkan tugasan
yang diberi seawal mungkin dengan penuh teliti dan sistematik. Selain itu, masalah
kekeliruan dan keraguan yang timbul telah diatasi dengan bertanya kepada guru dan
berbincang bersama-sama rakan daripada kumpulan yang lain. Kami juga telah
mencari pelbagai bahan rujukan daripada sumber media massa mahupun media
cetak bagi membantu menambahkan kefahaman dan juga melakukan tugasan ini.
Alhamdullilah, tugasan yang diberikan dapat dijalankan dengan jayanya tanpa
ada yang tertinggal dan dapat diserahkan mengikut tarikh yang telah ditetapkan.
Terima kasih saya ucapkan pada semua pihak terutama yang telah membantu
secara langsung dan tidak langsung.
SITI NURAFIEQAH BINTI ZURKFLI
910317-03-5870
Bismillahhirrahmanirrahim. Alhamdullah dan syukur ke hadrat Illahi kerana
dengan limpah dan rahmat-Nya dapat saya menyiapkan KKP Hubungan Etnik ini.
Terima kasih saya ucapkan kepada semua kawan-kawan terutama sekali ahli
kumpulan saya iaitu Intan Yusnani di atas kerjasama dan bantuan sumbangan idea
kearah menyiapkan tugasan ini. Pada masa yang sama, jutaan terima kasih juga
diucapkan kepada pensyarah pembimbing iaitu En. Dzulkifli Bin Abdul Samad.
Sewaktu kerja kursus ini diberikan, saya berasa gementar kerana merasakan
tugasan yang diberikan adalah agak sukar. Namun begitu, saya tabahkan hati untuk
menyahut cabaran ini. Sepanjang melaksanakan tugasan ini, terdapat beberapa
halangan yang perlu saya tempuhi antaranya dari segi masa. Saya menghadapi
kekangan masa kerana terdapat beberapa kerja kursus lain yang perlu saya
siapkan. Masa untuk kami berbincang dalam kumpulan secara tidak langsung
menjadi terhad. Walaupun begitu, saya telah membahagikan masa saya dengan
baik agar saya mempunyai kesempatan melaksanakan tugasan ini sekaligus
menyempurnakan tanggungjawab saya sebagai seorang bakal guru di institusi ini.
Tugasan ini telah mengajar saya erti kesabaran dalam membuat sesuatu pekerjaan
dan kepandaian menggunakan masa dengan efisyen dan sepenuhnya.
Selain itu, saya kurang pasti dengan kehendak arahan dan juga penghasilan
laporan yang melibatkan dasar-dasar yang ada di dalam Perlembagaan
Persekutuan. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, saya serta rakan sekelas telah
berbincang dengan pensyarah untuk mendapatkan penerangan dan pendapat beliau
semasa di dalam kelas. Alhamdulillah, pensyarah saya telah memberikan
penerangan yang jelas dan saya berasa agak tenang setelah mengetahuinya. Selain
itu, saya juga mendapatkan nasihat serta pandangan dari rakan sekumpulan dan
lain dalam menyiapkan tugasan ini. Melalui pelaksanaan kerja kursus ini telah
menyedarkan saya bahawa bertanya adalah kunci kepada kejayaan. Segala
kemusykilan saya terjawab dengan adanya bantuan dan penerangan terhadap
tugasan. Secara tidak langsung, ukhwah di antara saya dan rakan juga bertambah
erat. Malahan kesefahaman dan semangat kerjasama dalam satu kumpulan juga
dapat diwujudkan.
Melalui tugasan yang diberikan, banyak ilmu pengetahuan yang dapat saya
perolehi. Antaranya ialah saya dapat memahami maksud perlembagaan, konsep,
dan kepentingan perlembagaan kepada negara. Disamping itu, unsur-unsur tradisi
yang termaktub dalam perlembagaan juga telah dapat saya ketahui yang mana
dapat menambahkan lagi pengetahuan saya. Tugasan ini juga memerlukan saya
untuk mengkaji dan membahaskan isu-isu semasa yang berkaitan dengan Perkara
3, 38, 152, 153 dan 15A yang memberi impak yang besar terhadap perpaduan dan
keharmonian di Malaysia. Melalui tugasan ini, telah membuatkan saya mencari
maklumat-maklumat dari pelbagai sumber supaya dapat membuat analisis terhadap
isu tersebut. Ia juga menjadikan saya supaya sentiasa berfikiran terbuka dan kritis
dalam membahaskan isu yang menyentuh sensitiviti kaum. Bukan itu sahaja bahkan
memerlukan saya berfikiran jauh dan di luar kotak agar dapat mengemukakan
cadangan yang bernas bagi membendung permasalahan yang berlaku daripada
terus diperkatakan secara berleluasa. Pengetahuan ini benar-benar bermakna dan
membantu saya dalam mempersiapkan diri sebagai guru yang kompeten.
Sepanjang pelaksanaan kerja kursus ini, ramai orang yang telah membantu
saya, dan saya berasa amat terharu dan seronok sekali setelah kerja kursus ini
berjaya disiapkan. Saya juga berharap agar tugasan seperti ini dapat diteruskan
agar bakal guru dapat mempersiapkan diri dengan segala kemahiran untuk
mengajar anak didik di sekolah dengan jaya dan amanahnya.