contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran yangdipilih.
(i) Matapelajaran :Bahasa Melayu (Tahun 2) Tajuk :Mari Bertani
Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan: 1) Muzik :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ 2) Pergerakan :Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai. 3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.
Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dandifahami, guru
telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikanyang merangkumi bidang seni
muzik, seni pergerakan dan seni visual dalamtajuk mata pelajaran yang diajar.
Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara
pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu yang dipilih
iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan Seni
Visualdengan melakukan aktiviti melukisdan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar
sayuran-sayuran dan memintamurid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang
ditunjukkan. Kemudianmurid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka
tahumenggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasidalam tajuk ini
dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatantajuk ini dalam minda pelajar
dengan melukis gambar yang berkaitan. Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk
‘Mari Bertani’ dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid
lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru bolehmemilih untuk
menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramaisambil membuat gaya pergerakan
berdasarkan dengan lagu yang dipilih.
Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakandalam tajuk dan
sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan
sebaliknya murid-murid berasa seronok untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang
diajar.
(ii) Nyatakan aktiviti muzik, pergerakan dan seni visual yang boleh
dijalankan dalam P&P.
a) Aktiviti Muzik
Tajuk Lagu : Ayah Dan Ibu Pencipta : Othman Ali
Ayah Ibu Banyak Memberi
Baju Buku Itu Ku Dapati
Dengan Apa Aku Berterima Kasih
Dengan Doa Kepada Allah Hu Robbi( Ulang 4 kali)
Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaraniaitu ‘
Menghormati Ayah dan Ibu’ sebagi set induksi. Kemudian gurumengedarkan lirik lagu yang
bertajuk ‘Ayah Ibu’ kepada setiap murid danmemasang kaset lagu ‘Ayah Ibu’ untuk
diperdengarkan kepada murid-murid.Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.
Aktiviti ini bolehmenimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh
gurukerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepadapembelajaran lebih
menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajaryang mempunyai jenis kecerdasan
pelbagai muzik. Kemudian, pelajar bolehdiberi peluang untuk bermain alat muzik yang mudah
dan memainkan lagu-lagumudah yang bertemakan keluarga. Penggubahan lirik lagu yang
masihmengekalkan lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh membantu pelajarmenjadi
semakin berminat terhadap pelajaran.
b) Aktiviti Pergerakan
Murid diminta melakonkan watak-watak dalam keluarga di hadapan bilikdarjah. Aktiviti
ini mudah untuk dijalankan kerana menggunakan pengalamansedia ada murid-murid. Bagi
mempelbagaikan situasi, guru boleh memberi
arahan kepada murid untuk memilih watak yang mereka mahu dan melakonkanpelbagai gaya.
Contohnya, melakonkan watak seorang ibu dalam pelbagaisituasi yang berbeza seperti sedang
memasak di dapur, melakukan kerja-kerjarumah, menggosok pakaian sambil melayan karenah
anak-anak di rumah dansebagainya. Murid-murid tentunya akan lebih seronok apabila
berjayamelakonkan watak dengan baik dan mendapat peneguhan positif daripada guru.Semasa
berlakon, murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelaslagi di mana secara tidak
langsung, ini akan dapat menjadikan mereka lebihkreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat
membina sosialisasi dengan lebih baik.
c) Aktiviti Seni Visual
Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan, satu lagi elemen yangtidak kurang
pentingnya ialah seni visual. Semasa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung, guru
boleh mengambil inisiatif dengan memberisekeping kertas kepada murid-murid dan meminta
mereka melukis ahli keluargamereka. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna,
cukup sekadarmenunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka.
Inisudah cukup untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersamakeluarga. Lukisan
yang kelihatan mesra menunjukkan perhubungankekeluargaan mereka yang memang erat dan
terjalin kukuh. Penggunaan warnadalam lukisan mereka juga menonjolkan keadaan keluarga
mereka melaluipandangan mereka sendiri.
iii) Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?
Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yangdipilih dapat
memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan dayakognitif, afektif dan psikomotor
dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, senivisual dan pergerakan. Contohnya daripada tajuk
‘Kasih Ibu Bapa’, murid-murid dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan
kehidupan seharian mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.
Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapatmembantu
murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis danpenghargaan melalui
aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat
memperolehi pendekatan yangmendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai
murni orang lain.Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai
murniseperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu samalain.
Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktivitimuzik,
pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapatmembantu murid-murid
memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secaraberkesan.
iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk muridmeneroka,
memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakahkesan penggunaan alat/bahan
ini kepada proses pengajaran danpembelajaran?
Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dantema pelajaran bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapatberjalan dengan lancar. Moldstat (1974)
berpendapat media (alat dan bahan) jikadigunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru,
kapur dan tutur) akanmeningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ ini,
gurumenggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannyadengan tajuk
tersebut. Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks Pendidikan
Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ dan
kemudian meminta murid-murid membaca tekstersebut beramai-ramai. Guru boleh menanamkan
konsep pemahaman daripadateks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan
aktivitilakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak denganlebih
jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan muridtersebut seorang yang
lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapatmembina sosialisasi dengan lebih baik. Selain
itu, penglibatan murid dalamaktiviti ini juga dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.
Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakanpemain CD
Audio untuk memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio adalah suatustrategi pengajaran dan
pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suaradan muzik direkod, disimpan, dan boleh
dimainkan semula denganmenggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996).
Denganmemasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilaiestetika,
kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyisambil membuat gaya
mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, gurutelah memasukkan seni pergerakan
dalam pengajarannya. Selain itu, murid-murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang
berbeza jika belum pernahmendengar lagu tersebut sebelum ini.
Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar,sebaiknya guru
menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru jugaboleh meminta murid
menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalamaktiviti seni visual ini, murid perlu
menggunakan pengetahuan sedia ada merekauntuk melukis gambar keluarga yang terdiri
daripada ibu bapa dan adik beradikmereka mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu
perkembangan murid dariaspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan
psikologi murid.Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak
mengikutperingkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan,kandungan,
subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkatperkembangan untuk
merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak,perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.
Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guruatau pengajar itu
mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,sifat murid, kebolehan penuntut
dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alatdan bahan yang digunakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dapatmerangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu
mengajar, guruakan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan denganadanya
pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.