7
contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran yangdipilih. (i) Matapelajaran :Bahasa Melayu (Tahun 2) Tajuk :Mari Bertani Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan: 1) Muzik :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ 2) Pergerakan :Membuat gaya membanting padi, merumput dan menyemai. 3) Seni Visual :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran. Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dandifahami, guru telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikanyang merangkumi bidang seni muzik, seni pergerakan dan seni visual dalamtajuk mata pelajaran yang diajar. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu yang dipilih iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan Seni Visualdengan melakukan aktiviti melukisdan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar sayuran-sayuran dan memintamurid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang ditunjukkan. Kemudianmurid- murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka tahumenggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasidalam tajuk ini dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatantajuk ini dalam minda pelajar dengan melukis gambar yang berkaitan. Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk ‘Mari Bertani’ dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid

Contoh Spesifik Pengintegrasian Tiga Bidang Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Yangdipilih

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Contoh Spesifik Pengintegrasian Tiga Bidang Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Yangdipilih

contoh spesifik pengintegrasian tiga bidang seni dalam pendidikan dalam pengajaran dan

pembelajaran mata pelajaran yangdipilih.

(i)                 Matapelajaran      :Bahasa Melayu (Tahun 2) Tajuk                    :Mari Bertani

              Pengintegrasian bidang Seni Dalam Pendidikan:                 1) Muzik               :Nyanyian lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’                 2) Pergerakan        :Membuat gaya membanting padi, merumput dan                                                menyemai.                 3) Seni Visual       :Melukis dan mewarna gambar sayur-sayuran.

Bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok dandifahami, guru

telah menggunakan cara pengintegrasian Seni Dalam Pendidikanyang merangkumi bidang seni

muzik, seni pergerakan dan seni visual dalamtajuk mata pelajaran yang diajar.

Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, guru memilihuntuk menggunakancara

pengintegrasian Seni Dalam Pendidikan dalam tajuk mata pelajaran BahasaMelayu yang dipilih

iaitu ‘Mari Bertani’. Dalam tajuk ini, guru memilih untukmengintegrasikan tajuk dengan Seni

Visualdengan melakukan aktiviti melukisdan mewarna. Guru akan menunjukkan gambar

sayuran-sayuran dan memintamurid-murid menyebut nama-nama sayur-sayuran yang

ditunjukkan. Kemudianmurid-murid diminta melukis gambar sayur-sayuran yang mereka

tahumenggunakan daya kreativiti mereka sendiri. Secara tidak langsung, integrasidalam tajuk ini

dapat meningkatkan lagi pemahaman dan pengekalan ingatantajuk ini dalam minda pelajar

dengan melukis gambar yang berkaitan. Di samping itu, guru juga dapat mengintegrasikan tajuk

‘Mari Bertani’ dengan menyanyikan bersama-sama lagu yang berkaitan supaya murid-murid

lebih mudah untuk mengingati isi tajuk yang ingin disampaikan. Guru bolehmemilih untuk

menyanyikan lagu ‘Pak Mamat Tukang Kebun’ beramai-ramaisambil membuat gaya pergerakan

berdasarkan dengan lagu yang dipilih.

Aktiviti pergerakan yang dilakukan merupakan integrasi seni pergerakandalam tajuk dan

sekaligus memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid-murid. Kebosanan dapat dielakkan

sebaliknya murid-murid berasa seronok untukmengikuti pengajaran dan pembelajaran tajuk yang

diajar.

           (ii) Nyatakan aktiviti muzik, pergerakan dan seni visual yang boleh

Page 2: Contoh Spesifik Pengintegrasian Tiga Bidang Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Yangdipilih

                 dijalankan dalam P&P.

a)                                   Aktiviti Muzik

              Tajuk Lagu     : Ayah Dan Ibu              Pencipta          : Othman Ali

            Ayah Ibu Banyak Memberi

            Baju Buku Itu Ku Dapati

            Dengan Apa Aku Berterima Kasih

            Dengan Doa Kepada Allah Hu Robbi( Ulang 4 kali)

Di awal pengajaran, guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk pengajaraniaitu ‘

Menghormati Ayah dan Ibu’ sebagi set induksi. Kemudian gurumengedarkan lirik lagu yang

bertajuk ‘Ayah Ibu’ kepada setiap murid danmemasang kaset lagu ‘Ayah Ibu’ untuk

diperdengarkan kepada murid-murid.Guru dan murid menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.

Aktiviti ini bolehmenimbulkan minat pelajar terhadap pengajaran yang disampaikan oleh

gurukerana murid berasa seronok. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepadapembelajaran lebih

menarik. Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajaryang mempunyai jenis kecerdasan

pelbagai muzik. Kemudian, pelajar bolehdiberi peluang untuk bermain alat muzik yang mudah

dan memainkan lagu-lagumudah yang bertemakan keluarga. Penggubahan lirik lagu yang

masihmengekalkan lagu-lagu pendidikan yang sama juga boleh membantu pelajarmenjadi

semakin berminat terhadap pelajaran.

b) Aktiviti Pergerakan

Murid diminta melakonkan watak-watak dalam keluarga di hadapan bilikdarjah. Aktiviti

ini mudah untuk dijalankan kerana menggunakan pengalamansedia ada murid-murid. Bagi

mempelbagaikan situasi, guru boleh memberi

arahan kepada murid untuk memilih watak yang mereka mahu dan melakonkanpelbagai gaya.

Contohnya, melakonkan watak seorang ibu dalam pelbagaisituasi yang berbeza seperti sedang

memasak di dapur, melakukan kerja-kerjarumah, menggosok pakaian sambil melayan karenah

anak-anak di rumah dansebagainya. Murid-murid tentunya akan lebih seronok apabila

berjayamelakonkan watak dengan baik dan mendapat peneguhan positif daripada guru.Semasa

Page 3: Contoh Spesifik Pengintegrasian Tiga Bidang Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Yangdipilih

berlakon, murid dapat memahami sesuatu konsep dengan lebih jelaslagi di mana secara tidak

langsung, ini akan dapat menjadikan mereka lebihkreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapat

membina sosialisasi dengan lebih baik.

c) Aktiviti Seni Visual

Setelah menjalankan aktiviti muzik dan pergerakan, satu lagi elemen yangtidak kurang

pentingnya ialah seni visual. Semasa proses pengajaran danpembelajaran berlangsung, guru

boleh mengambil inisiatif dengan memberisekeping kertas kepada murid-murid dan meminta

mereka melukis ahli keluargamereka. Lukisan mereka tidak perlu pengamatan yang sempurna,

cukup sekadarmenunjukkan keprihatinan mereka terhadap bilangan ahli keluarga mereka.

Inisudah cukup untuk menunjukkan hubungan interaksi sosial mereka bersamakeluarga. Lukisan

yang kelihatan mesra menunjukkan perhubungankekeluargaan mereka yang memang erat dan

terjalin kukuh. Penggunaan warnadalam lukisan mereka juga menonjolkan keadaan keluarga

mereka melaluipandangan mereka sendiri.

iii) Bagaimanakah aktiviti ini boleh membantu murid dalam pembelajaran?

Melalui aktiviti yang dijalankan berdasarkan pendekatan bertema yangdipilih dapat

memberi peluang kepada murid untuk mengembangkan dayakognitif, afektif dan psikomotor

dalam pengajaran dan pembelajaran muzik, senivisual dan pergerakan. Contohnya daripada tajuk

‘Kasih Ibu Bapa’, murid-murid dapat menghubungkaitkan tajuk dengan persekitaran dan

kehidupan seharian mereka melalui aktiviti seni muzik, seni pergerakan dan seni visual.

Selain itu, pendekatan bertemakan masyarakat yang dipilih ini akan dapatmembantu

murid-murid memilih dan memindahkan idea, mengolah, sintesis danpenghargaan melalui

aktiviti lakonan yang dijalankan bersama rakan-rakan.Bukan itu sahaja, murid-murid juga dapat

memperolehi pendekatan yangmendalam terhadap nilai-nilai murni diri mereka dan nilai-nilai

murni orang lain.Contohnya aktiviti lakonan yang dijalankan dapat menerapkan nilai-nilai

murniseperti nilai kemanusiaan, kerjasama dan saling menghormati antara satu samalain.

Sesi pengajaran dan pembelajaran seni dalam pendidikan melalui aktivitimuzik,

pergerakan dan seni visual serta pendekatan bertema yang dipilih dapatmembantu murid-murid

memainkan peranan dalam menyesuaikan diri secaraberkesan.

Page 4: Contoh Spesifik Pengintegrasian Tiga Bidang Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Yangdipilih

iv) Apakah alat/bahan yang sesuai dengan aktiviti tersebut untuk muridmeneroka,

memperolehi pengalaman dan mengalami ekspresi? Apakahkesan penggunaan alat/bahan

ini kepada proses pengajaran danpembelajaran?

Guru perlu menyediakan alat dan bahan yang sesuai dengan tajuk dantema pelajaran bagi

memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapatberjalan dengan lancar. Moldstat (1974)

berpendapat media (alat dan bahan) jikadigunakan bersama pengajaran ala tradisional (guru,

kapur dan tutur) akanmeningkatkan proses pembelajaran. Dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ ini,

gurumenggunakan beberapa alat dan bahan bagi menyesuaikan penggunaannyadengan tajuk

tersebut. Asas bahan yang digunakan bagi menyampaikan tajuk ini ialah Buku Teks Pendidikan

Islam Tahun 2. Guru meminta dua orang murid membaca teks dalam tajuk ‘Kasih Ibu Bapa’ dan

kemudian meminta murid-murid membaca tekstersebut beramai-ramai. Guru boleh menanamkan

konsep pemahaman daripadateks yang dibaca melalui seni pergerakan iaitu dengan melakukan

aktivitilakonan. Melalui aktiviti lakonan, murid cuba memahami sesuatu watak denganlebih

jelas. Secara tidak langsung, aktiviti lakonan ini dapat menjadikan muridtersebut seorang yang

lebih kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan dapatmembina sosialisasi dengan lebih baik. Selain

itu, penglibatan murid dalamaktiviti ini juga dapat melatih murid lebih berkeyakinan diri.

Bagi melaksanakan aktiviti seni muzik, guru memilih untuk menggunakanpemain CD

Audio untuk memainkan lagu ‘Ayah Ibu’. Media audio adalah suatustrategi pengajaran dan

pembelajaran secara mendengar dimana bunyi suaradan muzik direkod, disimpan, dan boleh

dimainkan semula denganmenggunakan alat perakam atau emain audio (Yusup Hashim, 1996).

Denganmemasukkan seni muzik dalam pembelajaran dapat memperkembangkan nilaiestetika,

kreativiti dan ekspresi diri. Contohnya, murid-murid boleh menyanyisambil membuat gaya

mengikut lirik lagu tersebut. Secara tidak langsung, gurutelah memasukkan seni pergerakan

dalam pengajarannya. Selain itu, murid-murid juga dapat menikmati pengalaman muzik yang

berbeza jika belum pernahmendengar lagu tersebut sebelum ini.

Bagi melaksanakan aktiviti melukis bilangan ahli keluarga pelajar,sebaiknya guru

menyediakan kertas lukisan yang sesuai untuk murid. Guru jugaboleh meminta murid

menyediakan alat tulis untuk melukis dan mewarna. Dalamaktiviti seni visual ini, murid perlu

menggunakan pengetahuan sedia ada merekauntuk melukis gambar keluarga yang terdiri

Page 5: Contoh Spesifik Pengintegrasian Tiga Bidang Seni Dalam Pendidikan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Yangdipilih

daripada ibu bapa dan adik beradikmereka mengikut ekspresinya sendiri. Ini membantu

perkembangan murid dariaspek psikomotor dan emosi dan penting dari segi fisiologi dan

psikologi murid.Victor Lowenfeld dan Brittain (1986) telah meneliti lukisan kanak-kanak

mengikutperingkat perkembangan kanak-kanak dan menerangkan bagaimana bahan,kandungan,

subjek dan persekitaran murid dapat disesuaikan mengikut peringkatperkembangan untuk

merangsang pengutaraan tampak kanak-kanak,perkembangan kreatif dan mental seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Oleh itu, sebelum sesuatu media dipilih dan digunakan, seseorang guruatau pengajar itu

mestilah memikirkan topik yang diajar, objektif pembelajaran,sifat murid, kebolehan penuntut

dan menilai isi kandungan secara terperinci. Alatdan bahan yang digunakan dalam proses

pengajaran dan pembelajaran dapatmerangsang minat pelajar. Dengan menggunakan alat bantu

mengajar, guruakan mempelbagaikan pengajaran. Pelajar tidak akan rasa bosan denganadanya

pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh guru.