HADIAHBUAH JAMBU
NAMA :
KELAS :
SEKOLAH :
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
1
Pada suatu tengah hari, Firdaus
pulang dari sekolah.
Cuaca hari itu panas terik. Firdaus
berhenti di bawah sebatang pokok
jambu. Dia ingin berehat di situ.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
2
Tiba-tiba Firdaus terpandang sebiji
buah jambu. Buah jambu itu sudah
masak ranum.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
3
Oleh sebab perutnya lapar,
Firdaus lalu memetik buah jambu itu.
“Oh, alangkah sedapnya buah
jambu ini!” kata Firdaus dalam
hatinya.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
4
Apabila tiba di rumah, Firdaus
memberitahu ibunya, “Emak, tadi
Firdaus berehat di tepi jalan. Itulah
sebabnya Firdaus lambat pulang.”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
5
“Firdaus berehat di bawah pokok
jambu. Firdaus makan sebiji jambu
itu. Rasanya sungguh sedap,” kata
Firdaus lagi.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
6
Ibunya terus memberitahu, “Tidak
baik mengambil buah dari pokok
orang. Perbuatan itu adalah
mencuri. Kita mesti minta izin atau
membeli daripada tuannya.”
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
7
“Esok, Firdaus mesti pergi minta
maaf. Firdaus mesti bayar harga
jambu itu kepada tuannya,” kata
ibunya lagi.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
8
Keesokan harinya, sewaktu
pulang dari sekolah, Firdaus terus
pergi ke rumah tuan milik pokok
jambu itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
9
“Pak cik, kelmarin saya petik sebiji
buah jambu di tepi jalan itu. Saya
minta maaf. Saya mahu bayar
harga buah jambu itu,” kata Firdaus.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
10
“Kamu seorang budak yang baik
dan jujur. Tidak payahlah kamu
bayar harga buah jambu itu. Pak cik
sedekahkan kepada kamu,” kata
pak cik itu pula.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
11
Sebelum Firdaus pulang, pak cik
itu memetik beberapa biji buah
jambu.
“Pak cik hadiahkan buah jambu
ini untuk kamu,” kata pak cik itu.
Pembelajaran Interaktif Melalui Internetwww.zoom-a.com
12
“Terima kasih, pak cik!” kata
Firdaus.
“Sama-sama!” jawab pak cik itu.
Firdaus terus pulang dengan
gembira.