8/8/2019 HBML2103 JAN09
1/8
HBML2103_SEM JAN09/F_AR
BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.
SOALAN Markah
1. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005) menyatakan bahawa morfologi ialah kajian
tentang pembentukan kata dalam sesuatu bahasa, termasuklah infleksi
(pengimbuhan), terbitan dan pemajmukan.
Dengan memberikan EMPAT contoh yang sesuai setiap satu nyatakan bentuk-
bentuk imbuhan yang terdapat dalam bahasa Melayu bagi pembentukan kata.
(4)
2. Kata adjektif boleh terbentuk berdasarkan kata itu sendiri atau terbentuk secara
menerima imbuhan; sama ada imbuhan awalan, apitan, atau sisipan.
Huraikan EMPAT cara mengikut pandangan Ideal, UPM bagaimana kita dapat
memastikan kata adjektif sifatan atau keadaan.
Sedap, lazat, kelat, pahit
Molek, buruk, tampan, gagah
Nyaring, mersik, garau, lunak
Halus, kesat, lembap, licin
Jenis Pancaindera Contoh Berkaitan1) Sentuh2) Pandang3) Rasa4) Dengar
(4)
1
8/8/2019 HBML2103 JAN09
2/8
HBML2103_SEM JAN09/F_AR
3. Sintaksis dalam bahasa Melayu ialah cabang ilmu yang mengkaji bentuk,
struktur, binaan, atau konstruksi ayat dan juga hukum yang menentukan
bagaimana perkataan disusun di dalam ayat.
(a) Berdasarkan kenyataan di atas, huraikan apakah yang dimaksudkan
dengan subjek dan predikat dalam binaan ayat bahasa Melayu.
(2)
(b) Setiap ayat yang mengandungi subjek dan predikat juga boleh
disongsangkan, iaitu dengan meletakkan sama ada subjek dahulu dan
kemudian predikat ataupun predikat dahulu dan kemudian subjek.
Dengan berpandukan kenyataan ini, songsangkan ayat-ayat berikut:
i. Ali guru mata pelajaran sains di sekolah itu.
ii. Adik sulungku sedang tidur di serambi rumah.
iii. Pegawai kerani di pejabat itu amat rajin dan cekap menggunakankomputer.
iv. Rumah kediamannya di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
(2)
(4)
4. Dalam bahasa Melayu terdapat dua jenis ragam ayat, iaitu ayat aktif dan ayat
pasif.
(a) Dengan merujuk kepada kedua-dua ragam ayat tersebut bincangkan DUA
perbezaan antara ayat aktif dan ayat pasif dalam bahasa Melayu.
(2)
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai bina DUA ayat pasif dengan
perkataan kena yang hadir sebelum kata kerja.
(2)
(4)
2
8/8/2019 HBML2103 JAN09
3/8
HBML2103_SEM JAN09/F_AR
5. Pada dasarnya ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh juga dibahagian kepada dua
enis iaitu, ayat tunggal dan ayat majmuk.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai berikan definisi ayat tunggal
dan ayat majmuk bahasa Melayu yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan
Edisi Baru. (2)
(b) Huraikan DUA perbezaan antara ayat tunggal dan ayat majmuk bahasa
Melayu. (2)
(4)
3
8/8/2019 HBML2103 JAN09
4/8
HBML2103_SEM JAN09/F_AR
BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.
SOALAN Markah
1. Proses pembentukan perkataan dalam bahasa Melayu merupakan proses penyusunan morfem
yang berkaitan dengan peraturan sistem morfologi dan dalam kebanyakan bahasa, proses
pembentukan perkataan ini melibatkan pengimbuhan.
(a) Huraikan dengan ringkas apakah yang dimaksudkan dengan imbuhan bahasa Melayu.
(1)
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai, jelaskan TIGA imbuhan asing yang
digunakan dalam bahasa Melayu mengikut bahasa asal imbuhan tersebut.
(3)
(c) Dengan memberikan contoh yang sesuai dalam bentuk ayat, huraikan bentuk-bentuk
imbuhan yang berikut :
i. Awalan
ii. Akhiran
iii. apitan
iv. Sisipan
(16)
(Jumlah: 20)
4
8/8/2019 HBML2103 JAN09
5/8
HBML2103_SEM JAN09/F_AR
2. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. Frasa
kerja pula terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain seperti kata
bantu, objek, pelengkap, ayat komplemen, dan keterangan.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan
kata kerja berikut :
i. Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap.
ii. Kata kerja tak transitif berpelengkap.
iii. Kata kerja transitif aktif.
iv. Kata kerja transitif pasif.
(8)
(b) Dengan menggunakan strategi atau teknik yang sesuai, cadangkan bagaimana andaboleh mengajarkan tajuk kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan tak transitif
berpelengkap kepada murid-murid tahun enam.
(12)
(Jumlah: 20)
3. Nik Safiah Karim dan rakan-rakan, (2002) menjelaskan bahawa ayat majmuk ialah ayat yang
terbentuk daripada gabungan dua atau lebih ayat tunggal. Ayat majmuk juga disebut sebagai
ayat berlapis.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, lakarkan gambarajah yang sesuai untuk anda
membincangkan tentang binaan ayat majmuk atau ayat berlapis kepada murid-murid
dalam tahun enam.
(8)
(b) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan konsep setiap ayat majmuk
pancangan berikut :
i. ayat relatif
ii. ayat komplemen
iii. ayat keterangan
iv. ayat keterangan (12)
(Jumlah: 20)
5
8/8/2019 HBML2103 JAN09
6/8
HBML2103_SEM JAN09/F_AR
4. Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu. Dengan mengemukakan contoh ayat yang
sesuai, huraikan jenis-jenis ayat berikut:
(5)(a) ayat penyata
(5)(b) ayat tanya
(5)(c) ayat perintah
(5)(d) ayat seruan
(Jumlah: 20)
5. Ayat dikatakan sebagai inti pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa
dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau
susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan
serta mengandungi intonasi yang sempurna.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna.
(8)
(b) Dengan memberikan contoh yang sesuai jelaskan apakah yang dimaksudkan dengan
perkataan, frasa, dan klausa dalam susunan ayat yang sempurna.
(12)
(Jumlah: 20)
6
8/8/2019 HBML2103 JAN09
7/8
HBML2103_SEM JAN09/F_AR
BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.
SOALAN Markah
1. Proses penerbitan ayat dalam bahasa Melayu melibatkan pengguguran,
penyusunan semula, dan perluasan.
(a) Dengan memberikan contoh, huraikan apakah yang dimaksudkan dengan
proses pengguguran dalam rumus transformasi ayat bahasa Melayu. (4)
(b) Dengan menggunakan rajah pohon, tunjukkan bagaimana berlakunya
pengguguran frasa nama sebagai subjek dalam ayat berikut:
i. Kamu tunggu di sini. (4)
(c) Dengan memberikan contoh ayat yang sesuai, huraikan bagaimana
berlakunya pengguguran bagi keseluruhan frasa predikat berikut:
i. frasa kerja yang serupa
ii. frasa adjektif yang serupa
(12)
(Jumlah: 20)
iii. frasa sendi nama yang serupa
7
8/8/2019 HBML2103 JAN09
8/8
HBML2103_SEM JAN09/F_AR
2. Golongan kata mengikut Buku Tatabahasa Dewan boleh dibahagikan kepada
empat, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif, dan kata tugas.
(a) Dengan memberikan contoh yang sesuai, huraikan apakah yang
dimaksudkan dengan kata adjektif bahasa Melayu.
(2)
(b) Huraikan jenis-jenis kata adjektif yang terdapat di dalam bahasa Melayu
dan anda dikehendaki menulis ayat yang lengkap untuk menjelaskan
setiap kata adjektif yang diberikan.
(18)
(Jumlah: 20)
KERTAS SOALAN TAMAT
8