i
ii
i
FAKTOR-FAKTOR YANG MUNGKIN MEMPENGARUHI PERLAKSANAAN
PROGRAM BIMBINGAN TAULAN DALAM MEMBANTU GURU SAINS
MENGUASAI BAHASA INGGERIS DI SEKOLAH
NORLELA BINTI A. KAHAR
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Sains)
Fakulti Pendidikan,
Universiti Teknologi Malaysia
2008
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tanda tangan : ……………………………..
Nama Penulis : NORLELA BINTI A. KAHAR
Tarikh : ………………………….. 3 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Buat suami tercinta, Arman Bakti Bin Omar Baki
Pengorbanan, kesetiaan dan kasihmu pembakar semangatku
Buat Ayahanda dan Bonda tersayang,
Hj. A. Kahar Bin Jamian dan Hjh. Salmah Binti Abu Talib
Doa restumu mengiringi perjalanan hidupku
Buat kelapan-lapan orang kekanda,
Keprihatinan kalian buat diri ini rasa dihargai
Buat rakan seperjuang,
Terima kasih di atas persahabatan ini
iv
PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah.....
Akhirnya laporan Projek Sarjana Muda ini dapat disempurnakan mengikut
tarikh yang ditetapkan. Di kesempatan ini, ingin saya menitipkan rasa terima kasih
yang tidak terhingga buat pensyarah penyelia iaitu Prof. Madya Azin Bin Nordin
yang begitu bersungguh-sungguh memberi bimbingan sepanjang proses menyiapkan
laporan ini. Di saat ketandusan ide dan kepincangan kupasan perbincangan, beliau
tanpa lokek, mencurahkan ilmu dan berkongsi pendapat bagi menyelesaikan
permasalahan sepanjang pembinaan laporan ini. Jasa PM Aziz tidak akan saya lupa
dan mudah-mudahan Tuhan akan membalasnya dengan berlipat kali ganda.
Selain itu, ucapan terima kasih juga buat rakan-rakan sekelas yang banyak
membantu dari segi bertukar-tukar maklumat atau bahan untuk menghasilkan
laporan ini. Tidak lupa pada pegawai bertugas di Pusat Sumber Projek Sarjana Muda
Fakulti Pendidikan, pegawai yang bertugas di Perpustakaan Sultanah Zanariah dan
sekolah-sekolah yang terlibat. Jasa mu dikenang..
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mungkin
mempengaruhi perlaksanaan Program Bimbingan Taulan dalam membantu guru Sains
menguasai Bahasa Inggeris di sekolah. Subjek kajian adalah terdiri daripada 73 orang guru
Sains yang terlibat dengan program ini di 10 buah sekolah rendah di sekitar Johor Bahru.
Instrumen kajian merupakan soal selidik yang dibina berdasarkan aspek kesediaan,
keyakinan dan latar belakang Bahasa Inggeris guru. Data-data yang diperolehi telah diproses
dan dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 (Statistical Package For Social Science)
dan data telah diterjemahkan dalam bentuk min, peratusan dan Korelasi Pearson. Hasil
keseluruhan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru merupakan faktor yang paling
dominan jika dibandingkan dengan keyakinan guru iaitu min kesediaan 4.1610 dan min
keyakinan adalah 3.9229. Seterusnya daripada analisis Korelasi Pearson menunjukkan
kesediaan dan keyakinan guru mempunyai hubungan yang signifikan dengan latar belakang
Bahasa Inggeris guru. Namun, kesediaan mempunyai hubungan yang rendah tetapi tidak
signifikan (p = 0.156) dengan latar belakang Bahasa Inggeris guru berdasarkan nilai pekali
korelasi, r = 0.168, manakala keyakinan mempunyai hubungan yang tinggi dengan latar
belakang Bahasa Inggeris guru berdasarkan nilai pekali korelasi, r = 0.785 pada nilai p =
0.01. Dengan adanya kajian ini, mudah-mudahan ianya dapat memberikan faedah kepada
pihak sekolah dan guru-guru yang terlibat dengan Program Bimbingan Taulan dalam usaha
memperbaiki taraf pendidikan dan khususnya dalam mata pelajaran Sains.
vi
ABSTRACT
The aim of this descriptive research is to identify the different factors that might
influence the execution of the Buddy Support System which aim to help the Science teachers
to be more proficient in English in schools. The 73 Science teachers which were involved in
this programme are from 10 different schools around Johor Bahru. The instrument used in
this research was questionnaire. It was prepared based on the aspect of the preparation,
confidence and the proficiency background of English for the teachers involved. The data
obtained was analyzed using the SPSS (Statistical Package For Social Science) 11.5
software. The data was translated into the min form, percentage and Pearson Correlation.
The factor of teacher’s readiness is more dominant compared to the teacher’s confidence.
The min for the teacher’s readiness is 4.16 and min for teacher’s confidence is 3.92. The
analysis from the Pearson Correlation shows that the teachers were well prepared and
confident. The teacher’s preparation has a low relation but not significant (p = 0.156) with the
English proficiency background with the rate of correlation value, r = 0.168. Whereas,
teacher’s confidence has a high relation with the English proficiency background with the rate
of correlation value, r = 0.785 with the value of p = 0.01. It is hoped that this research will
benefit the schools and teachers involved in the Buddy Support System’s effort to enhance
the quality of Education especially for Science.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB TAJUK HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
AKUAN PENYELIA
TAJUK KAJIAN i
AKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL x
SENARAI SINGKATAN xi
SENARAI LAMPIRAN xii
1 PENGENALAN 1
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang Masalah 4
1.3 Pernyataan Masalah 6
1.4 Matlamat Kajian 7
1.5 Objektif Kajian 7
1.6 Persoalan Kajian 8
1.7 Skop Kajian 8
1.8 Batasan Kajian 8
1.9 Definisi Istilah 9
1.9.1 Sains 9
1.9.2 Bahasa Inggeris 10
1.9.3 Sistem 10
viii
1.9.4 Bimbingan 10
1.9.5 Taulan 11
1.10 Kesimpulan 11
2 KAJIAN LITERATUR 12
2.1 Pengenalan 12
2.2 Tujuan Perlaksanaan Program 12
Bimbingan Taulan
2.3 Peranan Ahli Program Bimbingan 13
Taulan
2.4 Pengoperasian Sistem Bimbingan 14
Taulan
2.5 Pengajaran Guru 15
2.6 Penguasaan Bahasa Inggeris Guru 18
2.7 Teori Pembelajaran 18
2.7.1 Teori Behaviorisme 19
2.7.2 Teori Konstruktivisme 20
2.8 Kajian-kajian Lepas 20
2.8.1 Kajian Lepas Berkaitan PPSMI 20
2.8.2 Kajian-kajian Luar Negara 22
3 METODOLOGI KAJIAN 24
3.1 Pengenalan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Tempat Kajian 25
3.4 Subjek Kajian 25
3.4.1 Populasi 25
3.4.2 Sample Kajian 25
3.5 Instrumentasi 26
3.6 Prosedur Kajian 27
3.7 Kajian Rintis 28
3.8 Analisis Data 29
3.9 Rumusan 32
ix
4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 33
4.1 Pengenalan 33
4.2 Analisis Latar Belakang Responden 34
4.3 Analisis Data Berdasarkan Aspek Kajian 37
4.3.1 Analisis Data Berdasarkan Aspek 37
Kesediaan
4.3.2 Analisis Data Berdasarkan Aspek 40
Keyakinan
4.3.3 Analisis Data Berdasarkan Aspek 43
Latar Belakang Bahasa Inggeris
4.4 Analisis Min Bagi Kesediaan, Keyakinan 47
Dan Latar Belakang Bahasa Inggeris
4.5 Analisis Hubungan Bagi Kesediaan, 48
Keyakinan dan Latar Belakang Bahasa
Inggeris
4.6 Kesimpulan 49
5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 50
5.1 Pengenalan 50
5.2 Perbincangan 50
5.2.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 51
5.2.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 52
5.2.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 53
5.3 Cadangan-cadangan 55
5.4 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 56
5.5 Penutup 57
RUJUKAN 58
Lampiran A – F 61-72
x
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
3.1 Jadual Penentuan Saiz Sample 26 3.2 Jadual Skala Lima Mata 27 3.3 Jadual Perubahan Markat dan Skala 29 3.4 Jadual Skala Tahap 30 3.5 Jadual Analisa Korelasi Pearson 31 3.6 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik 31
Objektif Kajian 4.1 Jadual Maklumat Latar Belakang 35
Responden 4.2 Jadual Analisis Data Berdasarkan 38
Aspek Kesediaan
4.3 Jadual Analisis Data Berdasarkan 41 Aspek Keyakinan
4.4 Jadual Analisis Data Berdasarkan 44
Aspek Latar Belakang Bahasa Inggeris
4.5 Jadual Jumlah Min Bagi Setiap 47 Aspek Kajian
4.6 Jadual Analisis Korelasi Antara Kesediaan, 48 Keyakinan dan Latar Belakang Bahasa Inggeris
xi
SENARAI SINGKATAN
SK - Sekolah Kebangsaan
SJKC - Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
SJKT - Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
IPT - Institut Pengajian Tinggi
PPSMI - Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris
ETeMS - English for Teaching Mathematics and Science
BPG - Bahagian Pendidikan Guru
ELTC - The English Language Teaching Centre
LIP - Language Immersion Programme
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
SBT - Sistem Bimbingan Taulan
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
CF - Critical Friend
SPSS - Statistical Package for the Social Science
SPM - Sijil Pelajaran Malaysia
STPM - Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia
xii
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK HALAMAN
A Borang soal selidik 61
B Surat kebenaran untuk membuat kajian 67
daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
C Surat kebenaran untuk membuat kajian 69
daripada Jabatan Pelajaran Johor
D Surat Akuan Pelajar daripada Universiti 70
Teknologi Malaysia
E Analisis Pekali Alpha Kajian Rintis 71
F Analisis Pekali Alpha Kajian Sebenar 72
1
BAB 1
PENGENALAN 1.1 Pengenalan
Pendidikan merupakan tunjang utama dalam merealisasikan impian
menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan mampu bersaing dengan negara
luar dalam bidang sains dan teknologi. Bermula dari era kemerdekaan Malaysia
hinggalah ke masa kini, terdapat beberapa anjakan dan perubahan dalam sistem
pendidikan di negara ini. Setiap perubahan yang dilakukan adalah bertujuan untuk
menambahbaikan dari sistem yang sedia ada kepada satu sistem yang lebih baik.
Menurut Hee (2006), pendidikan di Malaysia memainkan peranan penting
dalam rancangan pembangunan Malaysia. Ini telah membuktikan bahawa
perancangan pelajaran berkembang sejajar dengan permintaan serta perkhidmatan
yang dijangkakan daripada pembangunan Malaysia. Pelancaran konsep Sekolah
Wawasan pada tahun 1996 mensahihkan lagi bahawa sistem pendidikan di Malaysia
sentiasa di kemas kini dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mutu pendidikan.
Sekolah wawasan dilancarkan dengan menggabungkan sekolah kebangsaan (SK),
Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT) di bawah satu kawasan sekolah yang sama dengan tujuan mewujudkan
perpaduan pelbagai kaum.
Manakala menjelang tahun 2000, ledakan dalam bidang IT mula menguasai
sistem pendidikan di Malaysia. Justeru itu, konsep Sekolah Bestari pula
diperkenalkan yang bertujuan melatih pelajar – pelajar supaya cerdas dan pandai
menggunakan teknologi terkini dalam aktiviti pembelajaran mereka. Matlamat
pembentukan sekolah bestari ialah menjadikan Malaysia sebuah pusat kecemerlangan
pendidikan bertaraf dunia dan melahirkan generasi yang mampu menghadapi cabaran
wawasan 2020.
2
Hasrat mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad yang
membentangkan pemikirannya mengenai negara maju dan bertamadun dalam satu
kertas perdana bertajuk “Malaysia : Melangkah Ke Hadapan” atau lebih dikenali
dengan “Wawasan 2020” pada tahun 1991 menambahkan lagi kehangatan
perkembangan dan pembangunan dalam sistem pendidikan ini.
Wawasan 2020 adalah aspirasi negara yang menginginkan kemajuan industri
yang berasaskan sains dan teknologi di samping masyarakat yang bertamadun
dengan taraf pendidikan yang tinggi. Oleh yang demikian, sekolah merupakan salur
utama dalam menjana minda generasi muda ke arah menjadi generasi berwawasan.
Justeru itu, institut pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat tinggi (IPT)
seharusnya berusaha untuk ke arah globalisasi. Pelbagai pendekatan digunakan bagi
menuju ke arah itu dan salah satu aspek yang dititikberatkan adalah penekanan
kepada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di kolej dan institusi
pengajian tinggi atau pelajar – pelajar wajib lulus bahasa Inggeris kerana bahasa
Inggeris adalah bahasa antarabangsa (Sufean, 2002).
Pada awal bulan Julai tahun 2002, mantan Perdana Menteri Tun Dr.
Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa kerajaan akan melaksanakan pengajaran
matematik dan sains dengan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ini bertujuan untuk
menyediakan landasan kepada pelajar – pelajar supaya bersedia untuk menghadapi
arus globalisasi yang kian deras ini. Pada tahun 2003, pelaksanaan satu dasar baru
iaitu pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa
Inggeris (PPSMI) telah dimulakan.
Realiti seperti yang disebut oleh Y.B. Dato’ Sri Hishammuddin, bahawa paksi
ilmu pengetahuan pelbagai bidang, terutamanya berkaitan sains dan teknologi berada
di dunia Barat yang bahasa pengantar utamanya ialah bahasa Inggeris. Jumlah
jurnal, buku, rancangan TV, laman web dan “courseware” berkaitan sains dan
teknologi dalam bahasa Inggeris jauh lebih banyak dari mana – mana bahasa lain
(Pendidik, Bil 13 – 2005).
3
Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa maka penguasaan bahasa
Inggeris penting kerana majoriti rujukan ditulis dalam bahasa Inggeris khususnya
istilah saintifik dalam sains. Kemungkinan ada penterjemahan dan kita membaca
tafsirannya, tetapi mungkin tepat atau tidak. Ini berbeza jika menguasai bahasa
Inggeris dengan baik, maka sudah pasti ia akan membantu kita memahami dengan
lebih cepat dan tepat.
Satu tarikh penting dalam sejarah pendidikan di Malaysia iaitu pada 6 Januari
2003, bermulalah sesi persekolahan bagi tahun 2003 sekaligus pengajaran dan
pembelajaran mata pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris
dikuatkuasakan di sekolah – sekolah di kalangan pelajar – pelajar tahun satu,
tingkatan satu dan tingkatan enam.
Lantaran daripada itu, cabaran bagi globalisasi dan wawasan 2020 untuk
mewujudkan masyarakat yang saintifik, progresif dan inovatif memerlukan rakyat
Malaysia yang mana bukan sahaja menjadi pengguna pengetahuan sains dan
teknologi bahkan penyumbang kepada bidang tersebut. Di sini, pendidikan
merupakan satu elemen yang penting dalam mencorak pemikiran rakyat. Pelajar –
pelajar dari peringkat yang paling rendah perlu diterapkan dahulu dengan
penggunaan bahasa Inggeris ini.
Tetapi perlu diingat, bagi melahirkan pelajar – pelajar yang mahir berbahasa
Inggeris, adakah guru – guru yang ada di sekolah kini mahir menggunakan bahasa
tersebut? Oleh yang demikian, pelbagai aktiviti dan program telah dianjurkan oleh
kerajaan bagi membantu guru – guru yang mengajar sains dalam bahasa Inggeris. Di
antara yang sering disebut adalah ETeMs (English for Teaching Mathematics and
Science). Program ini bertujuan untuk melahirkan guru yang boleh mengajar sains
dan matematik dalam bahasa Inggeris.
Adakah program ETeMs ini mencukupi dalam membantu guru menguasai
bahasa Inggeris? Bagaimana pula bagi guru – guru yang masih belum mahir? Inisiatif
Kementerian Pelajaran bagi menjayakan program ini, satu sistem diwujudkan iaitu
4
Sistem Bimbingan Taulan atau lebih dikenali sebagai “Buddy Support System”
bertujuan untuk membantu guru ETeMs dalam menguasai bahasa Inggeris dengan
lebih baik lagi.
1.2 Latarbelakang Masalah
Sains adalah suatu bidang ilmu yang sangat dinamik dengan pelbagai inovasi
dan penemuan baru berlaku hampir setiap hari melalui penyelidikan dan
pembangunan. Bidang ini merupakan asas penting kepada kemajuan dan
pembangunan negara. Sebahagian besar maklumat terkini mengenai sains dan
teknologi ditulis atau disampaikan dalam Bahasa Inggeris. Oleh itu, pendedahan
kepada Sains dalam Bahasa Inggeris akan memberi peluang kepada pelajar untuk
menguatkan asas bagi memperolehi maklumat dan ilmu terutama dalam bidang
Sains, selain menambah masa kontak terhadap Bahasa Inggeris.
Pendedahan demi pendedahan bagi mata pelajaran Sains dalam Bahasa
Inggeris telah dipergiat oleh pihak kerajaan dalam bidang pendidikan yang menjurus
kepada kalangan pelajar-pelajar sekolah. Namun disebalik itu, pendedahan dan
kesedaran tentang penggunaan dan kepentingan Bahasa Inggeris dalam pengajaran
dan pembelajaran Sains terhadap guru-guru juga perlu dititikberatkan bagi
memantapkan prestasi pelajar dalam mata pelajaran Sains sekaligus bagi membantu
mencapai objektif perlaksanaan PPSMI.
Perlaksanaan PPSMI bermula apabila Mesyuarat Khas Kabinet pada 19 Julai
2002 telah memutuskan bahawa mata pelajaran Matematik dan Sains bagi Tahun 1,
Tingkatan 1 dan Tingkatan 6 akan diajar dalam Bahasa Inggeris mulai sesi
persekolahan tahun 2003. Manakala pada 19 Jun 2002, Bahagian Pendidikan Guru
(BPG) telah mempertanggungjawabkan kepada The English Language Teaching
Centre (ELTC) sebagai agensi latihan untuk mencadang dan menyediakan model
latihan bagi guru yang mengajar Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris.
5
Kita sedia maklum bahawa bukan semua guru yang mengajar mata pelajaran
Sains boleh menggunakan Bahasa Inggeris dengan baik. Kejayaan para pelajar
dalam pembelajaran dan motivasi serta minat mereka terhadap sesuatu mata pelajaran
yang dipelajari mempunyai hubungan rapat dengan kebolehan dan keberkesanan
guru yang mengajar. Tidak diragukan lagi, guru mempunyai peranan yang penting
dalam menentukan sama ada matlamat pencapaian akademik para pelajar di sekolah
tercapai atau tidak. Pengetahuan, pengalaman dan kemahiran guru banyak
mempengaruhi sikap, tabiat dan motivasi belajar para pelajar.
Memandangkan betapa pentingnya peranan guru, pelbagai langkah
penambahbaikan perlaksanaan PPSMI telah dilakukan oleh pihak kementerian
pelajaran merangkumi beberapa aspek seperti pelbagai aktiviti untuk pelajar,
menggalakkan penggunaan peralatan ICT, penggunaan buku glosari, kelas-kelas
tambahan dan beberapa program bagi membantu guru meningkatkan penguasaan
Bahasa Inggeris.
Menurut Pekeliling Ikhtisas bil 5/2005 (2005), Kementerian Pelajaran
Malaysia mengambil maklum akan pentingnya setiap guru yang mengajar mata
pelajaran Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik di sekolah rendah dan menengah
mempunyai penguasaan dan kopentensi yang tinggi dalam Bahasa Inggeris. Usaha
yang bersepadu perlu ada untuk membantu guru-guru tersebut meningkatkan kualiti
Bahasa Inggeris mereka supaya tidak menjejaskan proses pembelajaran pelajar.
Sehubungan itu, ELTC telah menyarankan satu model latihan yang
berfokuskan kepada kemahiran berbahasa (literacy skills). Model latihan ini disebut
sebagai English for the Teaching of Maths and Science atau ETeMS. ETeMS
merupakan satu strategi inovatif di mana semua guru Matematik dan Sains perlu
melalui mod latihan yang merangkumi :
• Dua fasa interaktif (Fasa I dan fasa II)
• Latihan kendiri melalui pakej pembelajaran kendiri
• Pembelajaran berasaskan laman web (freeware)
• Sistem Bimbingan Taulan (Buddy Support System)
• Language Immersion Programme (LIP)
6
Namun, kajian ini berfokus pada program Sistem Bimbingan Taulan di mana,
pemantauan pelaksanaan program ETeMS oleh BPG dan Pusat Perkembangan
Kurikulum (PPK) telah menunjukkan bahawa guru-guru Matematik dan Sains sangat
memerlukan bantuan, peluang dan masa untuk meningkatkan keyakinan diri serta
kefasihan berbahasa Inggeris dalam bilik darjah. Konsep Sistem Bimbingan Taulan
(SBT) adalah sebahagian daripada strategi di bawah Program ETeMS.
Perlaksanaan program ini memberi guru-guru pendedahan dan maklumat
tentang penggunaan Bahasa Inggeris dengan lebih baik lagi. Pada masa yang sama ia
dapat meningkatkan profesiensi berkomunikasi dalam bahasa tersebut.
1.3 Pernyataan Masalah
Menurut Mayzura (2004) kaedah pengajaran yang berkesan mampu untuk
mengubah tanggapan negatif, sekaligus menarik minat pelajar terhadap sesuatu mata
pelajaran, terutamanya yang kritikal seperti Sains. Sungguhpun pengajaran Sains
dan Matematik dalam Bahasa Inggeris telah dilaksanakan dengan prasarana yang
cukup, guru dilatih, sumbangan kewangan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia
(KPM), peralatan komputer, adalah dengan tujuan untuk meningkatkan penguasaan
pelajar dalam Bahasa Inggeris. Namun, lantaran daripada perubahan drastik yang
berlaku ke atas sistem pendidikan negara, pelbagai maklum balas masyarakat timbul
dan ada yang menyatakan wujud masalah-masalah yang dihadapi oleh pelajar dengan
terlaksananya perubahan ini.
Sedarkah kita mungkin antara punca kelemahan pelajar dalam mata pelajaran
ini adalah daripada pengajaran guru yang tidak memberi rangsangan kepada pelajar
sekaligus guru tersebut tidak menguasai Bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains
dengan berkesan dan ini menyebabkan pelajar kurang berminat terhadap mata
pelajaran Sains.
7
Dengan persoalan inilah, satu kajian tentang faktor-faktor yang mungkin
mempengaruhi perlaksanaan program bimbingan taulan dalam membantu guru Sains
menguasai Bahasa Inggeris di sekolah dijalankan.
1.4 Matlamat Kajian
Matlamat kajian ini adalah untuk melihat faktor yang dominan dan hubungan
antara faktor yang mungkin mempengaruhi perlaksanaan Sistem Bimbingan Taulan
di sepuluh buah sekolah rendah di sekitar daerah Johor Bahru dari perspektif guru
yang akhirnya akan dapat membantu pihak sekolah, guru-guru dan kementerian
tentang keberkesanan program ini.
1.5 Objektif Kajian
Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif berikut :
i. Untuk mengenalpasti faktor kesediaan guru merupakan faktor paling
dominan yang mempengaruhi perlaksanaan program bimbingan taulan
di sekolah
ii. Untuk mengenalpasti faktor keyakinan guru merupakan faktor paling
dominan yang mempengaruhi perlaksanaan program bimbingan taulan
di sekolah
iii. Untuk mengetahui sama ada terdapat hubungan yang signifikan antara
faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan program bimbingan
taulan di sekolah iaitu kesediaan dan keyakinan dengan latar belakang
Bahasa Inggeris guru program bimbingan taulan
8
1.6 Persoalan Kajian
Persoalan kajian adalah seperti yang berikut :
i. Adakah kesediaan merupakan faktor yang paling dominan yang
mempengaruhi perlaksanaan program bimbingan taulan dalam
membantu guru sains menguasai Bahasa Inggeris di sekolah?
ii. Adakah keyakinan merupakan faktor yang paling dominan yang
mempengaruhi perlaksanaan program bimbingan taulan dalam
membantu guru sains menguasai Bahasa Inggeris di sekolah?
iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara faktor-faktor yang
mempengaruhi perlaksanaan program bimbingan taulan dalam
membantu guru sains di sekolah iaitu kesediaan dan keyakinan dengan
latar belakang Bahasa Inggeris guru program bimbingan taulan?