Soalan 1 ( Ilmu Pendidikan : Psikologi Pendidikan )
PENDAHULUAN
Pernahkah anda terfikir bagaimana kita menerima ilmu yang kita pelajari selama ini?
Sebagai orang dewasa, adakah kita lebih susah untuk belajar berbanding zaman
persekolahan dulu? Mengapa kita mudah untuk belajar sesuatu subjek tetapi susah pula
untuk subjek lain?
Bidang psikologi ialah suatu bidang yang mengkaji manusia dan tingkahlakunya untuk
menjawab pelbagai soalan seperti ini. Golongan guru merupakan anggota sekolah yang
terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah.
Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting,
terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.
Oleh kerana guru mendidik generasi baru, guru mestilah juga menguasai aspek psikologi
terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan manusia. Dengan pengetahuan ini, guru
dapat merancang, menyampai dan menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Di
samping itu juga guru dapat menjalankan tugasnya sebagai pengganti ibu-bapa iaitu boleh
memberi pandangan, nasihat dan tunjuk ajar dalam aspek tingkah laku dan hal-hal peribadi.
DEFINISI PSIKOLOGI
Psikologi adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek purba iaitu dari
perkataan ‘psyche’ dan ‘logos’. Psyche bermaksud ‘jiwa’ dan logos bermaksud ‘kajian
mengenai sesuatu’. Oleh itu dapat dirumuskan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang
memberi kesan kepada jiwa seseorang. Merujuk Kamus Dewan, psikologi didefinisikan
sebagai:
“kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan pemikiran
manusia dan haiwan;pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan
tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusai”
Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian psikologi ini.
Antaranya ialah:
Kalat (1999) mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentan tingkah laku
manusia dan pengalaman. William (1960) pula telah mendefinisikan psikologi sebagai satu
cabang peniasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.
Maka, psikologi secara ringkasnya boleh diberi definisi sebagai satu cabang penyiasatan
saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.
KONSEP-KONSEP PSIKOLOGI
Konsep-konsep psikologi yang dibincangkan di sini ialah naluri, desakan, keperluan dan
motivasi.
NALURI
Naluri adalah tenaga psiko-dalaman yang merupakan sumber penggerak yang diwarisi
(Freud, 1946). Rumusannya Naluri merupakan tenaga dan dorongan dalaman atau semula
jadi yang menggerakkan seseorang individu untuk membentuk tingkah laku.
JENIS-JENIS NALURI
Mengikut William Mc Dougall, terdapat 9 jenis naluri:
a) Naluri melarikan diri daripada bahaya
Wujud apabila seseorang individu menghadapi situasi yang berbahaya. Perasaan takut dan
bimbang mendorong seseorang untuk berlari dan melepaskan diri daripada bahaya.
b) Naluri berkumpul
Manusia mempunyai keinginan untuk hidup berkelompok kerana perlukan kawan.
c) Naluri ingin tahu
i) Keinginan manusia untuk mencari ilmu pengetahuan,menyiasat dan
meneroka pengetahuan dalam situasi-situasi baru.
ii) Naluri ini amat ketara di kalangan kanak-kanak kerana ingin mencari,
mencuba dan meneroka bahan-bahan dalam apa jua situasi.
d) Naluri Bermain
Setiap kanak-kanak dan orang dewasa suka bermain kerana ia menyeronokkan dan
mengembangkan pemikiran, jasmani dan rohani dengan sihat.
e) Naluri ingin meniru
Peniruan akan memberi pengalaman kepada mereka yang meniru perlakuan itu. Contohnya,
kanak-kanak suka main masak-masak dan tingkah laku ini ditiru daripada ibunya yang
memasak di dapur.
f) Naluri keibubapaan
Naluri ini mendorong manusia dan haiwan untuk mengorbankan diri demi keselamatan anak-
anak mereka.
g) Naluri ingin melawan
Manusia yang dihalang daripada mencapai sesuatu kehendak akan bertindak terhadap
penghalangnya.
h) Naluri Kejantinaan
Wujud pada peringkat remaja apabila manusia mencapai kematangan. Ini mendorong
manusia untuk melahirkan anak.
i) Naluri ingin meruntuh dan membina
Naluri dapat dilihat di kalangan kanak-kanak menconteng rumah, mengoyak buku, memasang
bahagian-bahagian basikal dan kereta mainan.
CIRI-CIRI NALURI
1. Diwarisi dan tidak diperoleh melalui latihan.
2. Tidak perlu dipelajari kerana wujud secara semula jadi.
3. Ia agak kekal.
4. Bentuk tingkah laku adalah sama bagi semua ahli dalam sesuatu sepsis.
5. Ia wujud bukan disebabkan oleh sebarang rangsangan.
2. DESAKAN
Mengikut Farrant (1971), desakan timbul hasil daripada keperluan manusia untuk memelihara
dan meneruskan kehidupan. Perubahan tingkah laku berlaku akibat desakan.
JENIS-JENIS DESAKAN
1. Desakan kelaparan
- Desakan kelaparan dipengaruhi oleh mekanisme dalaman yang menentukan
jumlah dan jenis makanan yang diperlukan. Bahagian struktur otak, iaitu
hipotalamus, memainkan peranan penting dalam menentukan pemakanan.
2. Desakan kehausan
- Minum merupakan satu desakan motivasi yang penting. Stimulasi yang
memotivasi kita untuk minum adalah dalaman. Mulut yang kering diikuti
dengan keadaan haus adalah petanda keperluan air.
3. Desakan Seks
- Ia disebabkan oleh keperluan kejantinaan yang dicetuskan oleh rangsangan
luaran dan pembelajaran.
CIRI-CIRI DESAKAN
1. Wujud akibat kekurangan keperluan asas atau fisiologi (makanan, minuman dan
oksigen)
2. Kadar desakan meningkat jika keperluan asas tidak dipenuhi. Ia akan terhapus
atau hilang sebaik sahaja keperluan dipenuhi.
3. Ia merangsang seseorang untuk bertindak.
3. KEPERLUAN
Elemen-elemen yang diperlukan untuk memenuhi kekurangan dari segi jasmani, rohani dan
social.
JENIS-JENIS KEPERLUAN
Terdapat 2 jenis keperluan iaitu Keperluan Asas dan Keperluan Sekunder/Psikologi.
1. Keperluan asas/fisiologi paling penting untuk organisme hidup iaitu makanan,
udara, minuman, rehat, pembuangan kekotoran dan seks.
2. Keperluan Sekunder/Psikologi adalah peringkat lebih tinggi iaitu keselamatan,
kasih-sayang, penghargaan dan penyempurnaan kendiri.
4. MOTIVASI
Mengikut Crow dan Crow (1981). Motivasi merujuk kepada sesuatu desakan yang
menyebabkan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatan.
JENIS-JENIS MOTIVASI
1. Motivasi intrinsic
a. Motivasai dalaman. Keinginan diri individu untuk memenuhi keperluan
untuk belajar serta mencapai kepuasan. Contohnya: Mencipta sajak
untuk keseronokan.
2. Motivasi ekstrinsik
b. untuk bertindak. Ia dibangkitkan oleh gred, ganjaran, hadiah, pujian,
sijil penghargaan dan sebagainya. Contohnya: Sijil penghargaan
kerana melaksanakan tugas institute.
CIRI-CIRI MOTIVASI
1. Tidak diwarisi wujud akibat keperluan asas atau sekunder.
2. Merupakan insentif untuk pencapaian gol atau matlamat.
3. Aras motivasi setimpal dengan peringkat keinginan. Semakin kuat keinginan, semakin
tinggi motivasinya.
KEPENTINGAN PSIKOLOGI KEPADA GURU
Terdapat beberapa sebab mengapa guru-guru perlu memahami dan mempraktikkan
psikologi pendidikan, iaitu:
1. Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku begini atau begitu,
membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri, membantu guru merangcang
objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan
langkah-langkah supaya pelajarnya dapat mencapai matlamat dan objektif
pembelajaran yang ditetapkan.
2. Guru juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar dan apa
yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu. Oleh itu, pengetahuan ini
dapat membantu guru merancang peneguran yang sesuai untuk pelajarnya dalam
usaha mengawal tingkah laku pelajar dan dalam memotivasi pelajar supaya rajin
belajar.
3. Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru dapat
mengetahui tahap perkembangan pelajar-pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan
emosi. Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan
tahap perkembangan pelajar-pelajarnya.
4. Guru juga dapat mereka cipta alat ujian yang mudah dalam mengenal pasti tahap
perkembangan pelajar-pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah. Setelah guru
mengetahui aras perkembangan pelajar, dapatlah dia menyediakan program atau
aktiviti yang sesuai untuk pelajar tersebut dalam meningkatkan prestasi
pembelajarannya.
5. Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu dalam bidang pendidikan
seperti masalah disiplin bilik darjah, masalah ponteng sekolah, masalah merokok dan
sebagainya. Data dan maklumat yang diperoleh akan dapat membantu guru
membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan
pembelajaran.
6. Psikologi pendidikan akan dapat membantu guru memahami personaliti dan konsep
kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan dapat membantu pelajar ke arah pembentukan
konsep kendiri yang positif.
Oleh itu, subjek psikologi pendidikan ini perlu dibekalkan kepada guru sebab tugasnya bukan
sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga adalah untuk melahirkan seorang manusia yang kamil
dan baik budi pekertinya serta bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agama.
PENUTUP
Kertas kerja ini telah saya membincangkan bidang psikologi dan memberi definisi
psikologi. Sejarah perkembangan bidang ini turut dibincangkan dari zaman Greek Purba
sehingga kini. Beberapa konsep asas dalam psikologi seterusnya diperkenalkan. Akhir sekali,
kepentingan bidang psikologi kepada guru/pendidik turut dibincangkan.
Memahami dan mengkaji teori-teori pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli
psikologi adalah penting bagi kaum guru yang ditugaskan untuk mendidik murid-murid melalui
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
RUJUKAN
Blair,G.M. , Jones, R.S. & Simpson, R.H. (1975) Educational Psychology, 4th Edition. Mac
Millan Inc.
Kalat, J.W. (1999) Introduction To Psychology, 5th Edition, New Jersey : Prentice Hall Inc.
__________________, Istilah Psikologi Pengajian Tinggi (1985) Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998) Psikologi 1 (Semester 1), Shah Alam: Penerbit Fajar
Bakti.
Mahmood Nazar Mohamed (1990) Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa
dan Tingkah Laku Manusia, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.
BERDASARAN PENGALAMAN ANDA SEBAGAI SEORANG GURU,
TERANGKAN MENGAPA PENTINGNYA SESEORANG GURU MEMPELAJARI
PSIKOLOGI.
ANIDAYATI BINTI ABDUL RAHIMKURSUS LPBS (KPLI-SR) 5 JULAI 2004
770513 – 06 – 5610
SOALAN TUTORIAL 1 UNIT 1
JABATAN PENDIDIKANMAKTAB PERGURUAN SULTAN MIZAN
BESUT TERENGGANU
PENDAHULUAN
Ketika anda berada di sekolah, anda tentu tertarik kepada pengajaran setengah-
setengah guru. Biasanya guru itu dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik serta
menunjukkan minat terhadap pelajar-pelajarnya. Dia memuji pelajar yang menghasilkan
sesuatu yang baik. Kadang-kadang dia bergurau senda ketika timbulnya rasa bosan di dalam
bilik darjah. Dia berusaha membimbing pelajar-pelajar yang lemah. Guru seperti ini
merupakan seorang guru yang berkesan kerana dia banyak menggunakan prinsip-prinsip
psikologi pendidikan.
Setiap pendekatan psikologi mempunyai kelebihan dan kelemahan. Namun, setiap
pendekatan ini memberi sumbangan kepada banyak cabang penyelidikan seperti kajian ke
atas penyalahgunaan dadah, interaksi komputer dan manusia, kanak-kanak cerdik dan
bermasalah dan banyak lagi. Salah satu cabang yang penting ialah psikologi pendidikan.
DEFINISI PSIKOLOGI PENDIDIKAN
Menurut Banks dan Thompson (1995), psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku
manusia. Pendidikan pula adalah profesion yang mengkaji dan membina metodologi atau
pendekatan pengajaran pembelajaran untuk digunakan di sekolah.
Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Kajian psikologi pendidikan ini termasuklah kajian mngenai perkembangan manusia,
pembelajaran, ingatan, motivasi, pengurusan bilik darjah dan pengujian serta penilaian
pembelajaran. Menurut Borich dan Tombari (1997) mengatakan psikologi pendidikan ialah
satu disiplin yang memfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan
emprikal mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
Kesimpulannya, psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru-guru untuk tujuan
memahami tingkah laku pelajar-pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan
pembelajaran.
IMPLIKASI PSIKOLOGI DALAM BILIK DARJAH DAN CONTOH
1. Membantu guru memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
serta menghubungkaitkan dengan proses pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah.
Guru dapat merancang strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dan berkesan
untuk kumpulan kanak-kanak yang berlainan. Guru boleh menggunakan teknik–
teknik pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan perkembangan kognitif
kanak-kanak.
Contohnya : Pembelajaran melalui permainan dirancang untuk kanak- kanak
prasekolah.
2. Memotivasi murid-murid dalam proses pembelajaran. Ini akan menimbulkan perasaan
seronok di kalangan pelajar untuk belajar sekaligus menjadikan suasana kelas ceria
dan tidak membosankan.
Contohnya: Guru akan merangsang dengan memberi pujian dan ganjaran kepada
murid yang dapat menjawab soalan dengan betul atau hasil kerja y;ang baik dalam
pembelajaran
.
3. Menyelesaikan masalah murid yang menunjukkan tingkah laku yang
bermasalah dalam bilik darjah. Dengan pengetahuan teori dan prinsip-prinsip
psikologi pendidikan, guru dapat mencari sebab-sebab gangguan tingkah laku dan
cuba mengatasi masalah.
Contohnya: Apabila murid bosan dengan cara pengajaran guru, murid akan bising
dan tidak memberi tumpuan. Oleh itu, guru harus mewujudkan suasana sosioemosi
bilik darjah yang baik seperti menyelitkan unsur ‘humor ‘ , suara jelas dan melibatkan
penyertaan murid semasa mengajar.
4. Memahami perbezaan individu murid dari segi kognitif, bakat, minat dan
keperluan. Guru dapat merancang dan mengubah suai teknik pengajaran untuk
kumpulan murid yang berlainan. Guru juga akan lebih peka terhadap masalah murid
dan memberi layanan yang sewajarnya.
Contohnya: kumpulan murid lemah guru memberikan soalan pemulihan, teknik
pengajaran yang lambat dan menggunakan kadar ABM yang banyak. Manakala
kumpulan murid yang pandai guru memberikan soalan pengayaan, teknik pengajaran
yang biasa dan menggunakan kadar ABM yang biasa.
5. Menyedari seseorang pelajar bukan sahaja memerlukan kesihatan fizikal malahan
memerlukan kesihatan mental dan sosial bagi menjamin pelajar-pelajar dapat
memberi penumpuan terhadap pengajaran dan aktiviti pembelajaran di dalam bilik
darjah.
Contohnya: guru mestilah melibatkan semua pelajar secara sama-rata dalam
menjawab soalan kerana apabila seseorang murid tidak pernah dipanggil oleh
gurunya untuk menjawab satu-satu soalan, dia mungkin berfikir yang dia tidak
digemari oleh guru atau berasa dialah murid yang paling bodoh di dalam kelas itu.
6. Menjalankan kajian penyelidikan mengenai isu-isu pendidikan dalam suasana bilik
darjah seperti kemahiran teknik pengajaran dan pembelajaran serta masalah kawalan
kelas, dan sebagainya. Ini membantu guru meningkatkan kualiti proses pengajaran
dan pembelajaran.
Contohnya: Guru menyedari pentingnya penggunaan set induksi untuk
memberangsangkan murid sebelum pengajarannya, meyusun pelajaran mengikut
tahap kesediaan murid dan menggunakan pujian dan peneguhan dalam
pengajarannya.
PENUTUP
Daripada definisi dan implikasi psikologi pendidikan di dalam bilik darjah yang
dibincangkan jelas bahawa pengetahuan tentang bidang ini akan meningkatkan
keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu memahami pelajar-pelajarnya di dalam
bilik darjah, kebolehan mereka, peringkat-peringkat perkembangan yang mereka lalui
dan cara-cara alam sekitar membentuk sahsiah serta memupuk minat mereka .
Guru yang berkesan juga memahami proses-proses yang digunakan ole pelajar-
pelajarnya dalam pemikiran serta penyelesaian masalah. Guru hendaklah memahami
bagaimana pelajar-pelajar belajar dan cara membantu mereka memperoleh
pembelajaran yang maksimum.
RUJUKAN
Abruscato, J. , (1985) Introduction to Teaching and the Study of Education, New
Jersey : Prentice – Hall, Englewood Cliffs.
Arends, R. I., (1989) Learning to Teach, New York : McGraw-Hill Book Co.
Ee Ah Meng. (1994) Psikologi Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur : Penebit Fajar
Bakti Sdn. Bhd.
Boon Pong Ying & Ragbir Kaur . (1998) Psikologi 1 (Semester 1), Shah Alam :
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Bishop, G., (1989) Alternative Teaching Methods, London : Merill Publishing Co.