Download docx - kertas kerja SC1.docx

Transcript
Page 1: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

KM 7.75 JALAN KLUANGKARUNG BERKUNCI 524

83000 BATU PAHATJOHOR

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)AMBILAN FEBRUARI 2012

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN

CADANGAN KERTAS KERJAKARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL 2014

“Permainan Tradisional Warisan Kita”

TEMPAT:Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat.

TARIKH:26 September 2014

ANJURAN:Guru PPG Opsyen Sains 1

 

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 1

Page 2: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

1.     PENDAHULUAN

Subjek PJM3123E Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan

Sukan adalah merupakan subjek elektif bagi Kumpulan Pengajian PPG SCE. Pada

semester enam ini, kerja kursus yang perlu dilaksanakan adalah berkaitan dengan

penganjuran sebuah karnival yang dinamakan ‘Karnival Permainan Tradisional’.

Penganjuran karnival sebegini adalah merangkumi segenap pengendalian bermula

daripada peringkat perancangan sehinggalah peringkat pelaksanaan. Karnival

Permainan Tradisional ini hanya melibatkan kumpulan guru PPG Pengajian Sains 1

untuk menyertainya. Karnival ini akan mengetengahkan tema  ‘Permainan Tradisional

Warisan Kita’.

Permainan tradisional telah berupaya membentuk sebahagian daripada

kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas penting

yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah

keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Malah sejak dari kecil lagi mereka

membiasakan diri dengan keadaan yang demikian. Ada di antara permainan ini yang

sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek

kita sahaja.

2.      RASIONAL

2.1 Menepati pro forma PJM3123E iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan

Jasmani bagi amali pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional.

2.2 Meningkatkan pengalaman, keyakinan dan kecekapan guru-guru terlatih

mengenai prosedur mengurus dan mengendalikan sukan dan permainan

dengan betul.

2.3 Dapat mengeratkan sillaturrahim dan perpaduan dalam kalangan guru-guru

ppg kumpulan Sains 1 dengan penyertaan dalam acara permainan tradisional

yang dianjurkan.

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 2

Page 3: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

3.      MATLAMAT

Kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan yang dulunya sangat

dibanggakan. Menyedari bahawa permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu

lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan peredaran zaman,

diharapkan dengan penganjuran Karnival Permainan Tradisional ini dapat memelihara

dan pertahankan warisan nenek moyang kita, supaya “tak lapuk dek hujan, tak lekang

dek panas.”

Perancangan dan pelaksanaan Karnival Permainan Tradisional ini dengan

jayanya membuktikan guru-guru PPG Kohort 2, Kumpulan Sains 1 merupakan guru

yang berdisiplin, berdaya saing, komited dan efisien dalam kerjayanya.

4.     OBJEKTIF

4.1   Mempelajari serta meningkatkan kemahiran pengurusan serta pentadbiran

untuk penganjuran acara ataupun pertandingan.

4.2   Meluaskan pendedahan serta pengalaman kepada guru-guru terlatih untuk

mengendalikan sebarang aktiviti yang dianjurkan di peringkat sekolah.

4.3   Memupuk dan mengeratkan perpaduan melalui permainan tradisional yang

dilaksanakan.

4.4   Meningkatkan tahap disiplin serta kepatuhan dalam diri setiap peserta.

4.5   Memupuk semangat kerjasama, toleransi serta silaturrahim peserta melalui

penglibatan dalam aktiviti atau acara yang disertai.

4.6   Menggalakkan penglibatan secara aktif guru-guru terlatih dalam menyertai

aktiviti yang dijalankan.

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 3

Page 4: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

4.7   Mempertingkat daya keyakinan serta percaya pada kemampuan diri.

4.8   Memberi peluang kepada guru terlatih untuk mempelajari serta mengenali

permainan tradisional melalui keseronokan dalam permainan tersebut.

4.9   Menyemai nilai-nilai murni serta etika melalui penglibatan dalam program yang

dilaksanakan.

5.     KUMPULAN SASARAN

5.1 Guru PPG Opsyen Sains 1 : 19 orang

6. MAKLUMAT PELAKSANAAN PROGRAM

6.1 Nama Program  : Karnival Permainan Tradisional 2014

6.2 Tema Program   : ‘Permainan Tradisional Warisan Kita’

6.3 Penganjur         : PPG SCE1

6.4 Tarikh          : 26 September 2014

6.5 Tempat    : Gimnasium IPGTHO

6.6 Masa      : 8.00 am – 12.00 pm

6.7 Peserta yang Terlibat    : 19 orang

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 4

Page 5: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PENASIHAT     :     EN MOHD HANAPIAH BIN KHAMIS

PENGERUSI     :   MOHD GHAZALI BIN MOHAMED

                  (Ketua Opsyen PPG Kohort 2 SCE1)

 

SETIAUSAHA   :   NORAINI BINTI ABD RAHIM

PEN. SETIAUSAHA: HALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI

BENDAHARI     :   MARIA BINTI SUPIAN

AHLI JAWATANKUASA:

a)     URUS SETIA DAN PROTOKOL: FARAHIYAH BINTI MOHAMED RAMLYHASWANI BINTI ZAKARIAH

b) SIARAYA: NOORLIZAH BINTI BAHARIHALIMATUN SAADIAH BINTI RAMLI

c)     PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL:    MOHD NIZAM BIN MALIKIMOHD FAHMI BIN SAIFMOHD NADZRI @ SAM BIN DAGANG

d)    PUBLISITI DAN DOKUMENTASI: FADZLIYATON BINTI MUSTAFFARFAEZAH BINTI ABU BAKAR

e)     HADIAH DAN JAMUAN: NOR ASIKIN BINTI HUSSIENNOOR FADILLA EZANI BINTI MOHD RODZI

f)     KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN:    MAZLINA BINTI IBRAHIM

NOR ZAIMAH BINTI RAMAN

g) PERALATAN DAN KELENGKAPAN: HAZLIN BINTI HAMDANANIDA BINTI SUJAKARLINA BINTI RAWOP

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 5

Page 6: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

8.0 SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA

JAWATAN SKOP KERJA / TUGASAN

PENGERUSI

Pengetuai semua pengurusan program

Mempengerusikan mesyuarat

Meneliti dan memastikan segala keputusan mesyuarat diperolehi

Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa kecil program

Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli jawatankuasa kecil

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari

masa ke semasa

SETIAUSAHA

Menyediakan kertas kerja program

Menguruskan hal-hal surat menyurat

Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat

Menyediakan laporan aktiviti yang telah dijalankan

Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat dijalankan

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dan

Pengerusi dari masa ke semasa

PEN.

SETIAUSAHA

Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dan

Pengerusi dari masa kesemasa

BENDAHARI

Bertanggungjawab dalam semua urusan berkaitan dengan kewangan

program

Membuat catatan sebarang pengaliran wang keluar dan masuk

Menyediakan laporan Penyata Kira-Kira Program

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dan

Pengerusi dari masa ke semasa

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 6

Page 7: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

JAWATAN SKOP KERJA / TUGASAN

URUSETIA DAN PROTOKOL

Merancang, mengatur dan menentukan kedudukan pasukan-pasukan

Menentukan kedudukan VVIP

Menyambut VVIP dan tetamu dan mempersilakan duduk di tempat

yang telah ditetapkan

Menyediakan dan menyematkan rozet

Mengurus Istiadat majlis penutupan

Menyediakan juruacara penutupan

Menyediakan juri rayuan

SIARAYA Menyediakan PA system

Menyediakan juru acara pertandingan

Membuat pengumuman acara, nama peserta dan saringan

Mengumumkan keputusan acara

PERTANDINGAN DAN TEKNIKAL

Membuat tempahan untuk menggunakan tempat Temasya

Memeriksa dan menentukan keadaan kawasan

Menyediakan peralatan yang diperlukan bagi setiap acara

Menyediakan keperluan untuk hakim dan lain-lain pegawai sukan

Menyediakan jadual tugasan dan mengadakan taklimat kepada

pegawai-pegawai sukan

Memastikan acara-acara sukan yang dipertandingkan berjalan lancar.

Menguruskan boring-borang penyertaan

PUBLISITI DAN DOKUMENTASI

Menyediakan jadual pertandingan

Merakamkan gambar disepanjang Temasya untuk didokumentasikan.

Mencatatkan laporan dan keputusan di setiap pertandingan.

Menyediakan dan mengumpulkan laporan aktiviti untuk

didokumentasikan.

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 7

Page 8: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

JAWATAN SKOP KERJA / TUGASAN

HADIAH DAN JAMUAN

Mencari dan menempah hadiah untuk setiap acara pertandingan

seperti yang telah diputuskan dalam mesyuarat AJK.

Menyemak bilangan hadiah

Memastikan hadiah dan cenderamata diletakkan di tempat yang

sesuai.

Menyediakan keperluan-keperluan lain seperti dulang dan alas meja.

Mengiringi acara penyampaian hadiah

Memesan menu untuk jamuan

Menghidang dan menghias jamuan untuk VIP.

Memastikan kebersihan peralatan dan makanan yang disediakan.

Mengemas tempat jamuan setelah majlis berakhir.

PERSEDIAAN TEMPAT, KESELAMATAN DAN KEBERSIHAN

Menyediakan tempat sebelum dan selepas pertandingan.

Memastikan kebersihan dan keselamatan lokasi pertandingan semasa

dan selepas acara berakhir.

Menyediakan kotak pertolongan cemas

Memberikan rawatan awal kepada peserta yang cedera

PERALATAN DAN KELENGKAPAN

Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari jawatankuasa

kecil pertandingan

Mendapatkan / Meminjamkan peralatan tersebut daripada pihak-pihak

tertentu

Mengemas dan memulangkan peralatan tersebut selepas selesai

pertandingan dalam keadaan selamat dan sempurna.

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 8

Page 9: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

9.0 PEMBAHAGIAN TUGASAN MENGIKUT ACARA PERMAINAN TRADISIONAL

YANG DIPERTANDINGKAN:

ACARA AHLI JAWATANKUASA

SUMPIT

MOHD NIZAM BIN MALIKI

NOOR FADILLA EZANI BT MOHD RODZI

MAZLINA BT. IBRAHIM

HAZLIN BINTI HAMDAN

FARAHIYAH BTE MOHAMED RAMLY

FADZLIYATON BTE MUSTAFFAR

GALAH PANJANG

MOHD GHAZALI BIN MOHAMED

HALIMATUN SAADIAH BT RAMLI

FAEZAH BINTI ABU BAKAR

ARLINA BINTI RAWOP

NOR ZAIMAH BT RAMAN

ANIDA BTE SUJAK

MOHD NADZRI @ SAM BIN DAGANG

SEPAK RAGA BULATAN

MOHD FAHMI BIN SAIF

HASWANI BTE ZAKARIAH

MARIA BINTI SUPIAN

NOORLIZAH BT BAHARI

NOR ASIKIN BT HUSSIEN

NORAINI BINTI ABD RAHIM

10.0 BUTIRAN PERMAINAN

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 9

Page 10: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

10.1 SEPAK RAGA BULATAN

1. PENGENALAN

Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu

Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari

permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera

Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga

tendangan Tun Besar. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang

dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis. Permainan ini

adalah bertujuan untuk menguji kecekapan permain untuk menyepak, menanduk,

mendada atau melutut bola raga dan menghalangnya daripada jatuh ke tanah

2. PERATURAN SEPAK RAGA BULAT

1. Permainan dimainkan oleh empat 4 orang pemain.

2. Semua anggota badan boleh digunakan semasa pemain menerima atau menghantar bola kecuali tangan dan lengan.

3. Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak lebih daripada dua sentuhan berturut-turut. Pada sentuhan ke dua bola tersebut hendaklah dipindahkan kepada pemain lain.

4. Masa bermain satu pasukan adalah 5 minit.

5. Wisel pertama menandakan permainan bermula dan wisel kedua menandakan permainan tamat.

6. Setiap sentuhan akan dikira satu (1) mata. Mana-mana pasukan yang memperolehi mata paling tinggi akan dikira pemenang.

7. Semua keputusan yang dibuat oleh pengadil adalah muktamad.

3. JADUAL PERTANDINGAN

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 10

Page 11: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

4. BORANG MARKAH

PERMAINAN SEPAK RAGA BULAT

NAMA KUMPULAN JUMLAHSENTUHAN

(TIMBANGAN BOLA)MARKAH KEDUDUKAN

LEMPAR TIN

GALAH PANJANG

SUMPIT

GULI

Tandatangan Pengadil

…………………………………

( )

10.2 SUMPITDRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014

M/S 11

Page 12: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

1. PENGENALAN

Sumpit atau sumpitan adalah senjata yang digunakan untuk berburu maupun

dalam pertempuran terbuka atau sebagai senjata rahsia untuk pembunuhan diam

diam. Penggunaan sumpit iaitu dengan cara meniup. Dari segi penggunaannya

sumpit atau sipet ini memiliki keunggulan tersendiri kerana dapat digunakan sebagai

senjata jarak jauh dan tidak merosakkan alam kerana bahan pembuatannya yang

semulajadi. Dan salah satu kelebihan dari sumpit atau sipet ini memiliki ketepatan

sasaran yang dapat mencapai 200 meter

Permainan sumpit merupakan permainan anak laki-laki. Permainan ini

bertujuan untuk memupuk jiwa keberanian anak dalam mengatasi segala sesuatu.

Bahan yang diperlukan untuk permainan ini adalah : 1 ruas buluh kecil yang

berlubang yang panjangnya 43 cm dengan diameter 1.5 cm dan damak untuk peluru.

2. PERATURAN PERTANDINGAN

i. Pertandingan ini dijalankan secara berkumpulan yang terdiri daripada 3 orang

ahli.

ii. Semua kumpulan mestilah menyumpit ke arah sasaran untuk mendapatkan

markah.

iii. Setiap ahli akan diberikan dua damak bagi tujuan pertandingan untuk

mendapatkan markah.

iv. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah pungutan markah kumpulan yang

tertinggi.

v. Damak mestilah melekat pada sasaran untuk mengutip markah. Jika damak

terjatuh, sebarang markah tidak akan diberikan.

vi. Pemarkahan adalah berdasarkan Peraturan IFA (International Fukiyado

Association ) – Point Game.

vii. Jarak sasaran dari tempat menyumpit ialah 5 meter.

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 12

Page 13: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

viii. Pertandingan dijalankan secara kalah mati.

ix. Hadiah diberikan kepada pemenang tempat pertama dan kedua sahaja.

x. Keputusan pengadil adalah muktamad.

xi. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas kecederaan atau kematian

yang mungkin dihadapi oleh para peserta semasa dan selepas mengambil

bahagian dalam acara ini.

Papan sasaran sumpit

3. CARA PERMAINAN

a. Masukkan damak ke dalam sumpit.

b. Halakan sumpit ke papan sasaran.

c. Rapatkan mulut peserta ke mulut sumpit.

d. Hembus dengan kuat ( AMARAN: JANGAN MENYEDUT DAMAK)

4. JADUAL PERTANDINGAN

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 13

Page 14: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

5. BORANG PEMARKAHAN

BORANG PEMARKAHANPERTANDINGAN SUMPIT

KUMPULAN : _______________

BIL NAMA

PESERTA

SUMPITAN

1

SUMPITAN

2

JUMLAH

MARKAH

KEDUDUKAN

JUMLAH MARKAH KUMPULAN

Tandatangan Pengadil

…………………………………

( )

10.3 GALAH PANJANG

1. PENGENALAN

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 14

Page 15: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

Permainan tradisional yang dimainkan di luar rumah. Permainan ini bukan

sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta

kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.

Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari

kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain

tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain

sahaja. Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya

adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi

setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu di sepanjang garisan

permulaan, garisan tengah dan garisan di sekeliling gelanggang. Manakala awak-

awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang. Sebelum permainan

dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa

yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran

akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau

dengan menangkap pemain.

2. CARA PERMAINAN

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan

menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini

menandakan Permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang,

samada secara individu atau beramai-ramai.Setiap pemain hendaklah melepasi

semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke

garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat

dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan

akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan

sebaliknya.

3. SYARAT DAN PERALATAN PERMAINAN

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 15

Page 16: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

i. Kesemua pemain pasukan penyerang akan dikira mati jika salah seorang dari

mereka dicuit oleh pemain pasukan bertahan.

ii. Pemain pasukan penyerang tidak boleh berundur kebelakang setelah melepasi

garisan gelanggang, ia dikira mati yang akan menyebabkan pertukaran kedudukan

pasukan.

iii. Pasukan penyerang dikira mati jika terdapat pemainnya terkeluar dari garisan

gelanggang.

iv. Pasukan penyerang dikira menang jika salah seorang dari pemainnya dapat

melepasi kesemua garisan hingga kembali ke garisan permulaan.

v. Satu mata diberikan kepada pasukan ini dan permainan akan dijalankan semula.

vi. Mana-mana pasukan yang dapat mengumpul mata tertinggi akan dikira memenangi

perlawan tersebut.

4. JADUAL PERTANDINGAN

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 16

Page 17: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

5. BORANG PERTANDINGAN

BORANG PEMARKAHANPERTANDINGAN GALAH PANJANG

NAMA KUMPULAN JUMLAHMATA MARKAH KEDUDUKAN

LEMPAR TIN

SEPAK RAGA

SUMPIT

TING-TING

Tandatangan Pengadil

…………………………………

( )

6. PERALATAN YANG DIPERLUKAN

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 17

Page 18: kertas kerja SC1.docx

KUMPULAN SAINS 1 (KOHORT 2)

BIL PERALATAN SUMBER TINDAKAN

1 BIP Sekolah ArlinaHalimatun

2 Hiasan gelanggang Ghazali

3 Papan markah

4 Pita selofan

11.  PENUTUP

Secara keseluruhannya, dapat dirumuskan bahawa projek ini adalah sesuatu

pengisian aktiviti yang berfaedah dalam usaha meningkatkan pengalaman dan

kemahiran kepada guru-guru di sepanjang melaksanakan tanggungjawab dan

peranan di sekolah. Diharap program ini dapat memberi manfaat dan cabaran

kepada guru-guru yang telah berpengalaman

Disediakan oleh,         Disemak oleh,

………………………………. ...................................................(NORAINI BINTI ABD RAHIM) (MOHD GHAZALI BIN MOHAMED)

Setiausaha, Pengerusi,Karnival Permainan Tradisional, Karnival Permainan Tradisional,PPG Kohort 2, SCE 1. PPG Kohort 2, SCE 1.

                         

Disahkan oleh,

………………………………….(EN MOHD HANAPIAH BIN KHAMIS)Pensyarah PJKInstitut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn

DRAF KK KARNIVAL PERMAINAN TRADISIONAL PJM3123E TAHUN 2014 M/S 18