KERTAS KERJA BAGI MEMOHON SUMBANGAN DERMA
UNTUK ‘TABUNG PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL’ BANDAR PUTRA PERMAI, 43300 SERI KEMBANGAN
SELANGOR DARUL EHSAN
Alamat Surat-menyurat:-
Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil (No. pendaftaran:-‐ JAI.SEL.PAID(PJ)03/001/29)
No.17 Jalan PUJ 2/29, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan Selangor D.E.
Hp. No. :013-‐395 7279 (Tn. Hj.Zakaria) 019-‐6119415 (YM.Raja Rozali) 013-‐3928373 (Ustaz Hj.Ahmad Helmi Samad Noh)
E-‐mail: [email protected] http://masjidtamanpuncakjalil.wordpress.com http://www.facebook.com/masjid.tamanpuncakjalil
SUMBANGAN DERMA / WAKAF DIKECUALIKAN DARIPADA CUKAI PENDAPATAN DI BAWAH SEKSYEN 44(6) AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967, RUJ.
LHDN.01/35/42/51/179-6.5621 NO. WARTA KERAJAAN 14369 BERTARIKH 27.07.2004
Page 2 of 18
Table of Contents
1.0 PENDAHULUAN....................................................................................................................... 3
2.0 OBJEKTIF KUTIPAN DANA PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL................................. 4
3.0 PROFAIL TAMAN PUNCAK JALIL ................................................................................................ 4 3.1 Maklumat Umum ....................................................................................................................................4 3.2 Maklumat Sosio Ekonomi : ......................................................................................................................5 3.3 Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah :................................................................................5
4.0 MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA ................................................................................................ 5 4.1 Kedudukan surau sedia ada.....................................................................................................................5
5.0 PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL........................................................................... 6 5.1 Latarbelakang Permohonan.....................................................................................................................6
6.0 SUMBER PEMBIAYAAN........................................................................................................... 6
7.0 KAEDAH KUTIPAN DANA ................................................................................................... 7 7.1 Unit Dana & Kutipan Derma telah memutuskan kutipan DANA boleh dilaksanakan melalui kaedah-‐kaedah berikut; ................................................................................................................................7 7.2 Kaedah PROMOSI juga telah dirangka melalui ;...................................................................................8
8.0 SOKONGAN TERHADAP PEMBINAAN MASJID............................................................................... 8 8.1 Sokongan terhadapa Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil ...................................................................8
Page 3 of 18
1.0 PENDAHULUAN Alhamdulillah, dengan berkat dokongan, sumbangan ikhlas dan kerjasama semua penduduk Islam di
Taman Puncak Jalil, sebuah surau yang mampu mengimarahkan syiar Islam telah mula dibina pada tahun
2005.
Surau Al-‐Ikhwan di Jalan PUJ 2/30 telah mula digunapakai sempena bulan Ramadhan 2006. Bangunan
surau ini terbina hasil kutipan dan sumbangan orang ramai di atas tanah seluas 0.50 ekar yang telah
diperuntukkan oleh pihak pemaju, Maxisegar Sdn.Bhd semasa peringkat kelulusan pemajuan tanah.
Bermula bulan Februari 2009, Surau Al-‐Ikhwan telah mendapat kebenaran untuk mengadakan Solat
Jumaat. Bilangan jemaah semakin bertambah dan ruang solat telah dibesarkan di bahagian belakang serta
sebelah kanan dan kiri surau tetapi tidak mampu menampung bilangan jemaah terutama Solat Jumaat yang
makin bertambah.
Pada 08hb. Ogos 2008, sebuah Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil (JKPMTPJ) telah dibentuk secara rasmi bagi membuat suatu perancangan terperinci untuk pembangunan sebuah masjid yang lengkap dengan segala kemudahan asas untuk kariah Islam di Taman Puncak Jalil. Jawatankuasa ini disertai oleh penduduk Islam Tmn. Puncak Jalil dari pelbagai bidang kemahiran dan latar belakang pendidikan professional.
Jawatankuasa ini di tubuh berasaskan keperluan dan kepentingan segera sebuah masjid kepada masyarakat Islam tempatan setelah beberapa siri lawatan dan perbincangan Jawatankuasa dengan pegawai Bahagian Pengurusan Surau dan Masjid, Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS), di Shah Alam pada Ogos 2008.
Jawatankuasa ini juga mendapat sokongan daripada Unit Agama Islam, Jawatankuasa Penduduk (JKP), Majlis Perbandaran Subang Jaya, Zon 19 sepertimana surat bertarikh 10hb. September 2008 (disertakan).
Setelah segala urusan berkaitan permohonan telah disiapkan. Pihak JKPMTPJ telah mengemukakan
permohonan secara rasmi untuk kelulusan kepada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) pada 20hb.
Oktober 2008.
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah bersetuju dan memberikan kebenaran kepada pihak
‘Jawatankuasa Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil (JKPMTPJ)’, Surat Ruj. (90) dlm. JAI. Sel. BPM
/01/023 bertarikh 03hb. Disember 2008 untuk membina sebuah masjid dengan sumber peruntukan
sendiri.
Page 4 of 18
Permohonan pewartaan tapak masjid telah dibincang & dikemukakan terlebih dahulu melalui Jabatan
Agama Islam Selangor (JAIS) kepada PTG Petaling, pada 24/04/2008, No.Ruj. PTDT/494/2008 dan pada
21/06/2009 -‐ Menteri Besar Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim telah menandatangani dokumen
kelulusan untuk pewartaan tapak masjid selepas Kelulusan Mesyuarat – MMKN (No.Ruj.Pewartaan Tapak
Masjid ialah PTD/11/49/2008).
Masjid tersebut akan dibina diatas tapak tanah seluas 3.0 ekar yang disediakan oleh pemaju & disahkan
oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya di Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan,
Selangor D.E. -‐ lokasi tapak disertakan.
Pembinaan masjid tersebut terletak dibawah seliaan ‘Pejabat Agama Islam Daerah Petaling’ dengan No.
Pendaftaran : JAI.SEL.PAID(PJ)03/001/29, sebagaimana surat bertarikh 07 Januari 2009.
Suatu ‘Pelan Perancangan dan Susunatur Kompleks Masjid’ telah disiapkan sepenuhnya termasuk pindaan
keatas komen oleh Unit Pembangunan JAIS dan perbincangan dengan PBT berkaitan.
Cadangan Kompleks Masjid ini terdiri daripada 1 No. Bangunan Masjid 2 Tingkat & berkapasiti 4,000
jemaah, 1 No. Blok Pejabat 2 tingkat merangkumi Pejabat, Dewan Kuliah, Bilik Bacaan, Kafetaria dan
berkaitan, 1 No. Blok ‘KAFA’ 3 Tingkat, 1 No. Blok Kuarters Kakitangan 2 Tingkat (4 unit-‐rumah bandar)
dan 1 No. Bilik Pengurusan Jenazah.
2.0 OBJEKTIF KUTIPAN DANA PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL
JKPMTPJ bercadang untuk melengkapkan urusan untuk mencari ‘dana pembinaan’ yang dianggarkan
berjumlah RM 6.50 Juta bagi keluasan kasar lantai binaan yang berjumlah 50,000 kaki persegi serta
lengkap dengan segala kemudahan infrastruktur berkaitan.
3.0 PROFAIL TAMAN PUNCAK JALIL
3.1 Maklumat Umum 3.1.1 Nama Taman : Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan
3.1.2 Mukim : Petaling
3.1.3 Daerah : Petaling
Page 5 of 18
3.1.4 Adun : Dun Seri Serdang
3.1.5 Parlimen : Puchong
3.1.6 Bilangan Penduduk : 20,000 orang (12,000 orang Islam)
3.2 Maklumat Sosio Ekonomi : 3.2.1 Penduduk di kawasan kejiranan ini terdiri dari pelbagai golongan dan pekerjaan. Pekerjaan utama
ialah bekerja sebagai :
-‐ Pekerja Awam (Kakitangan Kerajaan, Pensyarah, Guru Sekolah dan lain-‐lain)
-‐ Pekerja Swasta (Pegawai Bank, Pengurus, Pekerja Badan Berkanun, Pekerja Am dan lain-‐lain)
-‐ Lain-‐lain pekerjaan seperti jurujual, peniaga dan bekerja sendiri sebagai ahli perniagaan, perunding,
konsultan dan sebagainya
3.3 Kemudahan asas yang terdapat di tempat ini ialah : 3.3.1 Kemudahan jalan raya, elektrik, air dan telefon.
3.3.2 Kawasan Permainan Awam.
3.3.3 Ruang Perniagaan, rumah kedai, dan pejabat.
3.3.4 Restoran termasuk yang beroperasi 24 Jam.
4.0 MAKLUMAT SURAU SEDIA ADA
4.1 Kedudukan surau sedia ada Terdapat empat (4) buah surau yang ada di Taman Puncak Jalil merangkumi Fasa PUJ 1 hingga Fasa PUJ 9 iaitu: 1)Surau Al-‐Muhajirin-‐PUJ1
2) Surau Al-‐Ikhwan-‐PUJ2
3)Surau Al-‐Falah-‐PUJ4
4)Surau Nurul Iman-‐PUJ9
5) Surau Apt. Mayang Sari, PUJ8
6) Surau Ad-‐Din, Casa Riana Apt
Terdapat dua (2) buah surau di atas yang di iktiraf oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor secara
sementara bagi kegunaan ‘Solat Jumaat’ iaitu Surau Al-‐Ikhwan, PUJ 2 dan Surau Nurul Iman, PUJ 9.
Page 6 of 18
Perincian Surau Al-‐Ikhwan adalah sepertimana berikut;
4.1.1 Tarikh dibina : 1 April 2005
4.1.2 Tarikh diguna : 1 September 2006
4.1.3 Kapasiti Jemaah : 800 orang.
4.1.4 Keluasan : 4,800 kaki persegi.
-‐ Ruang Dalam : 1,600 kp
-‐ Ruang Luar : 3,200 kp
4.1.5 Gambar Surau Al Ikhwan : Dilampirkan gambar surau (Rujuk Lampiran I)
4.1.6 Ringkasan
-‐ Surau ini telah dibina pada tahun 2005 dan telah digunakan sejak 6 tahun yang lepas.
-‐ Bilangan penduduk semakin bertambah khususnya semasa solat Jumaat.
Nota : * -‐ Taman Puncak Jalil mula didiami pada tahun 2002.
5.0 PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL
5.1 Latarbelakang Permohonan 5.1.1 Pembinaan sebuah masjid kekal di atas tanah yang telah digazetkan adalah amat diperlukan kerana
ruang solat yang ada tidak lagi mampu menampung keperluan semasa penduduk khususnya semasa Solat
Jumaat.
5.1.2 Pembinaan masjid akan dibuat di tapak yang telah dikhaskan. Rujuk lampiran I yang disediakan bagi
lokasi berkenaan.
5.1.3 Disertakan pelan Rekabentuk dan Lukisan Arkitek untuk Masjid Taman Puncak Jalil. Rujuk lampiran
IV.
5.1.4 Kapasiti Masjid baru dijangka dapat memuatkan 4,500 orang jemaah.
5.1.5 Pembinaan Kompleks Masjid dicadangkan dilaksana di dalam dua (2) Fasa iaitu;
Fasa 1 : RM 4.50 juta (Blok Masjid) & kemudahan asas.
Fasa 2 : RM 2.00 juta (blok pejabat, KAFA & kuarters kediaman)
6.0 SUMBER PEMBIAYAAN Sumber pembiayaan bagi pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil berdasarkan:-‐
1)Hasil Kutipan ‘Tabung Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil’.
Page 7 of 18
a) Kutipan dijalankan dalam bentuk – kupon/derma/zakat/saham wakaf bangunan dan mempunyai
resit yang disahkan oleh JKPMTPJ & MAIS. Sumbangan ini dimasukkan ke No.Akaun:-‐ 562852001429
(Maybank-‐Perbankan Islam).
b) Kelulusan asas untuk mengutip derma bagi membiayai pembinaan ‘Masjid Taman Puncak Jalil’ telah
diperolehi daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 28 Oktober 2010, Ruj.No.
(6)MAIS/E/MAL/03-‐2/07-‐1/06, ‘Kelulusan Kutipan Derma Khairat (Seksyen 106, Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003’.
2)Hasil Kutipan melalui ‘Skim Wakaf’ Masjid Taman Puncak Jalil melalui Perbadanan Wakaf
Selangor. a) Lima (5) orang ahli jawatankuasa yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan
Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) bagi kutipan secara ‘berwakaf’ yang diluluskan pada 15hb. Jun 2012/25
Rejab 1433H, Ruj.No. :Bil(1)PWS/BPD/002-‐1/10-‐11. Kelulusan ini adalah selama enam (6) bulan dan
lanjutan masa boleh disambung dari masa kesemasa.
b) Kaedah ini menawarkan insentif pengecualian cukai pendapatan sepertimana Subseksyen 44(6) Akta
Cukai Pendapatan, ACP 1967’ dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) .
c) Dilampirkan salinan resit yang dikeluarkan oleh pihak Perbadanan Wakaf Selangor untuk rujukan –
Rujuk Lampiran VIII.
7.0 KAEDAH KUTIPAN DANA
7.1 Unit Dana & Kutipan Derma telah memutuskan kutipan DANA boleh dilaksanakan melalui kaedah-kaedah berikut; 7.1.1 Jualan Kupon bernilai RM 10, RM5 & Sijil Wakaf Bangunan.
7.1.2 Permohonan rasmi kepada Pemimpin, Menteri atau VVIP.
7.1.3 Permohonan rasmi kepada Syarikat GLC atau badan korporat.
7.1.4 Permohonan rasmi kepada Syarikat Swasta, badan kebajikan, bank-‐bank & koperasi yang ingin
menjelaskan zakat pendapatan dan zakat perniagaan.
7.1.5 Sumbangan melalui komitmen dari ahli kariah secara kutipan bulanan dalam jangkamasa
ditetapkan.
Page 8 of 18
7.1.6 Ahli jawatankuasa yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Perbadanan
Wakaf Selangor bagi kutipan secara ‘ berwakaf’. Kaedah ini menawarkan insentif pengecualian cukai
pendapatan sepertimana Subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan, ACP 1967’ dari Lembaga Hasil Dalam
Negeri (LHDN) .
7.1.7 Senarai AJK yang ditauliahkan serta no. handphone disertakan bagi urusan berwakaf.
Bil. Penulis/Penandatangan Resit No. Telefon
1 Tn.Hj.Zakaria B. Mat Ali 013-‐3957279
2 En.Hassan Adli B. Othman 019-‐6000204
3 En. Mohd Khairuddin B. Mohd Nor 012-‐2437256
4 Tn.Hj. Imran Haziman B. Othman 013-‐3427314
5 YM Raja Rozali B. Raja Hasan 019-‐6119415
7.2 Kaedah PROMOSI juga telah dirangka melalui ; 7.2.1 Notis di surau dan masjid-‐masjid berhampiran
7.2.2 Edaran risalah ke rumah-‐rumah dan kedai berhampiran.
7.2.3 Khidmat SMS
7.2.4 Laman Web, E-‐Mail & Surat khabar tempatan.
7.2.5 Banner, banting dan poster
8.0 SOKONGAN TERHADAP PEMBINAAN MASJID
8.1 Sokongan terhadapa Pembinaan Masjid Taman Puncak Jalil Pihak-‐pihak berkaitan telah memberikan sokongan penuh terhadap pembinaan masjid ini. Berikut adalah
senarai sokongan yang telah diterima :-‐
8.1.1 Surat kebenaran mendirikan masjid oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor(JAIS).
8.1.2 Surat kebenaran mengutip derma pembinaan masjid oleh Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS).
8.1.3 Surat kebenaran mengutip derma pembinaan masjid oleh Perbadanan Wakaf Selangor.
8.1.4 Surat sokongan daripada Jawatankuasa Penduduk Zon 19, MPSJ.
Salinan kelulusan kesemua diatas disertakan bagi rujukan.
Page 9 of 18
LAMPIRAN
KERTAS KERJA BAGI MEMOHON SUMBANGAN DERMA UNTUK ‘TABUNG PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL’ BANDAR PUTRA PERMAI
43300 SERI KEMBANGAN, SELANGOR DARUL EHSAN LAMPIRAN 1
GAMBAR SURAU PUJ 2, SURAU AL-‐IKHWAN & LOKASI TAPAK MASJID
LAMPIRAN II
PELAN KEDUDUKAN TAPAK MASJID
LAMPIRAN III
SURAT STATUS TAPAK MASJID OLEH JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
LAMPIRAN IV
PELAN REKABENTUK & LUKISAN ARKITEK MASJID
LAMPIRAN V
SENARAI AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL (JKPMTPJ)
LAMPIRAN VI
SURAT KELULUSAN PEMBINAAN MASJID OLEH JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR (JAIS)
LAMPIRAN VII
SURAT KELULUSAN MENGUTIP DERMA OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR (MAIS)
LAMPIRAN VIII
SURAT KELULUSAN MENGUTIP DERMA MELALUI SKIM WAKAF SELANGOR, PERBADANAN WAKAF
SELANGOR (PWS)
Page 10 of 18
LAMPIRAN 1
GAMBAR SURAU PUJ 2 (SURAU AL-‐IKHWAN) & LOKASI TAPAK MASJID
Page 11 of 18
LAMPIRAN II
PELAN KEDUDUKAN TAPAK MASJID
Page 12 of 18
LAMPIRAN III
SURAT STATUS TAPAK MASJID
OLEH
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)
Page 13 of 18
LAMPIRAN IV
PELAN REKABENTUK & LUKISAN ARKITEK MASJID
Page 14 of 18
LAMPIRAN V
SENARAI
AHLI JAWATANKUASA PEMBINAAN MASJID TAMAN PUNCAK JALIL
(JKPMTPJ)
Page 15 of 18
LAMPIRAN VI
SURAT KELULUSAN PEMBINAAN MASJID
OLEH
JABATAN AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR (JAIS)
Page 16 of 18
LAMPIRAN VII
SURAT KELULUSAN MENGUTIP DERMA
OLEH
MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SELANGOR (MAIS)
Page 17 of 18
LAMPIRAN VIII
SURAT KELULUSAN MENGUTIP DERMA/WAKAF
MELALUI
SKIM WAKAF SELANGOR, PERBADANAN WAKAF SELANGOR (PWS)
Page 18 of 18
LAMPIRAN IX
CADANGAN PEMBANGUNAN MASJID DI TAMAN PUNCAK JALIL DI TAPAK CADANGAN SEPERTIMANA YANG TELAH DILULUSKAN DI DALAM PELAN PERANCANGAN/SUSUNATUR OLEH MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA (MPSJ)
-‐FOTO TAPAK CADANGAN
Rajah 9: Pandangan dari Simpang Masuk ke PUJ3
Rajah 10: Pandangan dari PUJ2