KESELAMATAN BANGUNAN
KESELAMATAN FIZIKAL
Memastikan keselamatan fizikal bangunan, premis atau tempat termasuk yang digunakan
bagi mengurus perkara-perkara terperingkat dan sensitif.
KESELAMATAN BANGUNAN
Cadangan pembinaan, pengubahsuaian, pembelian bangunan-bangunan kerajaaan,
penempatan dan pemindahan pejabatan-pejabat kerajaan di bangunan-bangunan
Kerajaan dan swasta dirujuk kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan
TUJUAN
Untuk mengawal supaya terhad kepada yang mempunyai kebenaran.
Untuk menghalang ekses kepada dokumen rasmi kerajaan.
Untuk menghalang kegiatan sabotaj ke atas peralatan atau kelengkapan penting.
Untuk menghadkan pergerakan penceroboh bagi tempoh yang pendek.
PRINSIP PERLINDUNGAN
i) Kenalpasti apa yang perlu diberi perlindungan keselamatan.
ii) Penilaian terhadap ancaman keselamatan.
iii) Perlindungan secara mendalam.
iv) Langkah-langkah keselamatan asas yang minima.
v) Asas Perlu Mengetahui.
vi) Langkah-langkah keselamatan diterima akal ( sensible).
PERLINDUNGAN BERASASKAN ANCAMAN
Langkah-langkah keselamatan fizikal ( bangunan)
Keselamatan Bangunan – mengisitiharkan sebagai kawasan larangan / tempat
larangan / terperingkat.
Mengadakan pagar dan lampu keselamatan serta mengehadkan pintu ekses.
Mengadakan pengawal keselamatan sama ada mempunyai kuasa khas atau tidak
di bawah undang-undang.
- Semua cadangan penggunaan perkhidmatan awam atau swasta perlu merujuk
kepada KPKK.
Mengadakan papan kenyataan di tempat-tempat yang sesuai bagi menunjukkan
kawasan atau tempat itu sebagai tempat larangan atau kawasan larangan.
Mewujudkan sistem pas keselamatan atau kad pengenalan jabatan.
Memperkukuh tingkap, pintu, dinding dan siling bagi mengelakkan mudah di
ceroboh masuk.
Mengadakan kaunter, menyediakan tempat atau bilik khas untuk pelawat-pelawat.
Pemilihan dan penggunaan kunci keselamatan bermutu dan berkualiti.
Pemasangan alat-alat pengalisan bunyi, penggera ceroboh kad ekses, CCTV,
PID’S dan lain-lain alatan.
Kelengkapan keselamatan termasuk peti besi, kabinet keluli berpalang dan bilik
kebal perlu diadakan.
PERKHIDMATAN PENGAWALAN KESELAMATAN
Semua cadangan pengwujudan jawatan, pengambilan dan latihan penjawat-penjawat
awam yang menjalani tugas perkhidmatan pengawalan keselamatan termasuk
penggunaan perkhidmatan pengawal swasta di semua Jabatan Kerajaan dirujuk terlebih
dahulu kepada Ketua Pengawai Keselamatan Kerajaan.
KELENGKAPAN DAN BAHAN RASMI BERCIRI KESELAMATAN
Semua cadangan pembelian, kegunaan,kawalan dan keselamatan kelengkepan serta
bahan-bahan rasmi yang mempunyai ciri-ciri keselamatan untuk kegunaan Jabatan
Kerajaan dirujuk terlebih dahulu kepada Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan.
KAWALAN KUNCI KESELAMATAN
- Ketua jabatan bertanggung untuk memberi kawalan yang rapi serta mengeluarkan
arahan keselamatan
- Peraturan berikut perlu dipatuhi:
Pegawai Keselamatan Jabatan dipertanggungjawabkan ke atas semua perkara
berkaitan kunci dan anak kunci termasuk kunci keselamatan. Perlu
menyelenggarakan sebuah buku daftar, mengemaskini dan membuat audit.
Penjawat awam yang diamanahkan dengan kunci jabatan atau kunci kunci
keselamatan bertanggungjawab ke atas keselamatan kunci tersebut.
Peti keselamatan hendaklah digunakan bagi menyimpan semua anak kunci yang
tidak dipakai termasuk anak kunci pendua.
Anak kunci tidak boleh dilabel atau ditanda dan tidak boleh dirangkai dengan anak
kunci lain seperti kunci persendirian.
Peti keselamatan yang dipasang dengan kunci tatakira perlu :
Menukar nombor tiap-tiap setahub sekali atau orangyang mengetahui nombornya
bertukar / tinggalkan perkhidmatan.
Menulis nombor dalam sekeping kertas dan memasukkannya ke dalam sampul
surat yang Dimetri
Individu yang menyimpan kunci tidak dibenarkan mengetahui nombor tidak
dibenarkan mengetahui nombor tatakira.
Kehilangan kunci :
Perlu melaporkan segera kepada pegawai keselamatan jabatan atau ketua jabatan.
Laporkan kepada pegawai keselamatan dalam tempoh 24 jam.
Laporan mengandungi pandangan atau taksiran bahaya.
SIJIL KELAYAKAN MENDUDUKI (CFO)
Sijil Kelayakan Menduduki atau CFO merupakan satu dokumen rasmi yang dikeluarkan
oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mengesahkan sesuatu bangunan telah siap
dibina selamat dan selesa untuk didiami. Mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan
Seragam 1994 (UKBS), tiada seorang pun boleh menduduki atau membenarkan
menduduki mana-mana bahagian bangunan melainkan CFO atau Sijil Kelayakan
Menduduki Sementara (TCFO) telah dikeluarkan di bawah Akta Jalan, Parit dan
Bangunan (Akta 133). Sekiranya tidak mematuhi kepada Akta ini boleh menyebabkan
orang berkenaan didakwa.
CFO boleh dikeluarkan setelah syarat-syarat yang ditetapkan dalam Undang-Undang
Kecil 25 UKBS 1984 dipatuhi. CFO akan dikeluarkan setelah :
Orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek telah memperakui dalam borang
permohonan iaitu Borang E secara bertulis mereka telah mengawasi pembinaan
bangunan itu dan sepanjang pengetahuan dan kepercayaan mereka bangunan
tersebut dibina mematuhi UKBS dan bersetuju menerima tanggungjawab
sepenuhnya mengenai bahagian-bahagian yang berkaitan dengan mereka.
Pegawai PBT telah memeriksa bangunan berkenaan
Syarat-syarat yang ditetapkan oleh PBT semasa kelulusan pelan bangunan bagi
keperluan asas seperti jalan akses, landskap, tempat letak kereta, parit, air dan
elektrik, lif, pili bomba, pembetungan dan pembuangan sampah dan lain-lain
disediakan. Lazimnya, keperluan asas ini diakui oleh agensi teknikal berkenaan
seperti Jabatan Bekalan Air (JBA), Tenaga Nasional (PNB), Jabatan Pembetungan,
Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan
Kerja Raya (JKR) dan lain-lain. Syarat lain seperti pembayaran sumbangan bagi
infrastruktur, hal tanah seperti kelulusan pelan bangunan juga perlu dipatuhi.
Dengan lain perkataan, permohonan kelulusan CFO hanya boleh dikemukakan
oleh orang yang mengemukakan pelan seperti arkitek (pemaju) yang mengesahkan
dalam Borang E bahawa ia telah mengawasi pembinaan penyiapan bangunan
berkenaan.
PBT hanya akan meluluskan pengeluaran CFO apabila segala syarat-syarat yang
ditetapkan dipatuhi. Ini adalah untuk memastikan bangunan tersebut selamat
didiami oleh pembeli.
Pindaan kepada UKBS 1984 telah buat pada tahun 1999 bagi membolehkan;
Banglo yang dibina berasingan tidak perlu memohon CFO tetapi arkitek atau
pelukis pelan berdaftar perlu mengeluarkan Sijil Pengakuan Siap dan Pematuhan
(Certificate of Completion and Compliance).
Bagi bangunan lain, CFO dianggap telah dikeluarkan walaupun PBT berkaitan
masih belum mengeluarkannya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan
permohonan CFO (borang E) yang lengkap diterima.
Walau bagaimanapun, pindaan kepada UKBS ini hanya akan berkuatkuasa setelah
semua negeri mewartakan pindaan ini.
Pembeli-pembeli rumah yang ingin membuat pengubahsuaian atau menambah
bangunan kediaman hanya dibolehkan setelah CFO dikeluarkan oleh PBT. Walau
bagaimanapun, tuan rumah perlu memohon kebenaran daripada PBT terlebih
dahulu.
Pemaju adalah bertanggungjawab ke atas bangunan dalam tempoh selama 18
bulan dari tarikh pengeluaran pemilikan kosong bangunan atau disebut serah kunci.
Sekiranya berlaku kecacatan bangunan seperti kebocoran bumbung, kebocoran
paip air dan sebagainya dalam tempoh tersebut ia merupakan tanggungjawab
pemaju.
Kegagalan struktur seperti keretakan tiang, rasuk, lantai atau mendapan bangunan
merupakan tanggungjawab jurutera perunding bagi sepanjang umur bangunan
berkenaan. Pemilik rumah yang menghadapi masalah ini hendaklah melaporkan
kepada PBT berkenaan berserta dengan butiran dan gambar bagi memudahkan
kerja penyiasatan. Di bawah, UKBS Undang-Undang Kecil 258, PBT boleh
menyuruh jurutera perunding asal yang mengemukakan pelan berkenaan membuat
laporan untuk menjelaskan punca kegagalan dalam tempoh yang ditetapkan oleh
PBT. Jurutera perunding yang gagal mematuhi atau tidak memberi kerjasama,
pihak PBT atau pemilik bangunan boleh membuat laporan kepada Lembaga
Jurutera Perunding bagi tindakan selanjutnya.
PERAKUAN SIAP DAN PEMATUHAN (CCC)
Kerajaan telah bersetuju memperkenalkan sistem pengeluaran CCC yang
dikeluarkan oleh para Profesional sebagai menggantikan pengeluaran CFO yang
dahulunya oleh PBT. Pengenalan sistem perakuan baru ini dibuat setelah mengambilkira
kelebihan dan kebaikannya berasaskan kajian menyeluruh yang dijalankan oleh
Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bersama-sama dengan pihak-
pihak yang terlibat secara langsung atau yang mempunyai kepentingan dalam industri
pembinaan.
Keadah pengeluaran CCC oleh para professional adalah satu usaha kea rah
pendekatan self-regulation dan self-certification, iaitu, konsisten dengan hasrat Kerajaan
seperti yang terkandung dalam langkah 70 (d) Strategi Baru Merangsang Pertumbuhan
Ekonomi Negara. Ia bertujuan mempertingkatkan lagi kecekapan sistem penyampaian
perkhidmatan pemajuan projek menerusi usaha-usaha mengurangkan karenah birokrasi.
Pengenalan CCC akan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan
di negara ini di samoing memudahkan para pelabur berurusan denga pihak Kerajaan.
Sistem CCC bukan satu konsep baru. Ia merupakan peluasan sistem yang
telahpun digunapakai bagi rumah berasingan yang dibina secara tunggal kepada lain-lain
ketegori bangunan. Pindaan UKBS pada tahun 1999 telah membolehkan rumah
berasingan seperti banglo dikecualikan daripada memohon CFO dan bagi Arkitek
Profesional atau Pelukis Pelan Berdaftar mengeluarkan CCC selaku Orang Yang
Mengemukakan (OMP). Sistem berkenaan telah dilaksanakan tanpa masalah sejak
diperkenalkan dan kini dalam sistem CCC pemakaiannya diperluaskan kepada lain-lain
kategori bangunan.
Dari sudut akauntabiliti terhadap keselamatan dan keselesaan bangunan,
pengambilalihan tugas mengeluarkan sijil perakuan ini oleh para professional lebih
merupakan satu formality. Ini adalah kerana di bawah sistem pengeluaran CFO, para
professional sememangnya diwajibkan memberi pengesahan terhadap isu keselamatan
dan kelayakan menduduki bangunan. Selain itu, pemberian tanggungjawab mengeluarkan
sijil perakuan bangunan oleh para profesional juga dianggap satu langkah wajar. Ini
adalah memandangkan mereka merupakan pihak yang paling memahami pemajuan
sesuatu projek kerana terlibat secara langsung dalam keseluruhan fasa
pembangunannya; iaitu, dari peringkat kerja-kerja persiapan memulakannya hingga ke
peringkat-peringkat pembinaan dan penyiapan projek.
Satu ciri penambahbaikan kepada sistem CCC ialah notis milikan kosong (notice of
vacant possession – VP) boleh dikeluarkan bersekali dengan CCC yang kini berada dalam
kawalan para professional. Faktor ini akan menyumbang kepada penyelesaian masalah
yang sering berlaku di bawah sistem pengeluaran CFO di mana pembeli rumah
memperolehi kunci rumah tetapi tidak boleh mendudukinya kerana CFO belum
dikeluarkan lagi.