LAPORAN AKTIVITIBIRO SUKAN
“SIHAT DENGAN WATER AEROBIC”
TARIKH : 28 OGOS 2015
MASA : 2.00 – 5.00 PETANG
TEMPAT : SYMPHONY HILL CLUBHOUSE, CYBERJAYA
KOS PELAKSANAAN : RM 900.00
BIL. KEHADIRAN : 12 ORANG
MAKLUMAT AKTIVITI
LAPORAN AKTIVITI
‘Water Aerobics’ merupakan salah satu bentuk senaman aerobik yang dilakukan di
dalam air. Program ini telah dihadiri oleh Pengerusi Puspanita NRE iaitu Ybhg. Datin
Noridzan Binti Abdul Rani, Datin Norhayati Binti Ali Dan Datin Roziah Abdul Hamid.
Selain itu, seramai 9 orang ahli puspanita dari pelbagai jabatan dan agensi di
bawah NRE juga telah turut serta dalam program ini.
Program yang berlangsung selama satu jam telah dimulai dengan sesi pengenalan
mengenai water aerobics oleh jurulatih iaitu Puan Karolina dari Aqualogix
Malaysia dituruti dengan sesi pemanasan badan di dalam kolam renang dan
diteruskan dengan rutin senaman. Program telah diakhiri dengan jamuan makan
pada jam 4.30 petang.
GAMBAR AKTIVITI