1
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN
NO. SEBUT HARGA : MPLBP / SBT / 82 / 2019 TAJUK SEBUTHARGA : TAWARAN SEBUT HARGA MENYEDIAKAN
PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN BERKELOMPOK (GROUP TERM) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN.
- Tempoh Satu Tahun Mulai 01 Januari 2020 Sehingga 31 Disember 2020.
TARIKH PELAWA : 18 DIS. 2019 TARIKH TUTUP : 30 DIS. 2019 MASA : 12.00 TENGAHARI KOD BIDANG PENGKHUSUSAN : 221801 (Syarikat Insurans) / 221802 (Broker Insurans)
RUANG UNTUK KEGUNAAN PEMBEKAL
Dokumen ini hendaklah disifatkan menjadi dan dibaca dan ditaksirkan sebagai sebahagian daripada Perjanjian Sebut Harga Saya / Kami dengan ini menawarkan untuk sebutharga kerja / perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dinyatakan di atas tertakluk kepada syarat-syarat di atas dan di belakang ini.
Kepada (Nama Syarikat) ……………………………………………………………………….
……………………………………………………………………………………………………………
No. Telefon : ……………………………………………………………………………………….
No. Pendaftaran dengan Kem. Kew………………………………………....................
Tandatangan Penyebut Harga :……………………………………………………………….
Nama dan K/P :…………………………………………………………………………………….
Alamat Syarikat :………………………………………………………………………………….
Tarikh :…………………………………………………………….
.
2
SENARAI KANDUNGAN DOKUMEN SEBUT HARGA
Bil. Kandungan Muka Surat
1.0
2.0
3.0
4.0
5.0
6.0
7.0
8.0
9.0
10.0
11.0
12.0
13.0
14.0
15.0
15.0
Pendahuluan
Bidang Kerja-Kerja Pembekalan/Perkhidmatan.
Tempoh Sah Laku Sebut Harga
Tanggungjawab Kontraktor/Pembekal & Syarat-Syarat
Kepada Penyebut Harga.
Harga Tawaran
Tawaran Dan Penolakan Dokumen Sebut Harga.
Larangan Rasuah
Perakuan Menyatakan Spesifikasi Telah Dipatuhi
Justifikasi Sebutharga
Tawaran Alternatif
Tafsiran
Hal-Hal Lain
Surat Akuan Sebut Harga
Dokumen Tawaran Sebut Harga ( Lampiran 1 )
Maklumat Tambahan
Akuan Pembida
3
3
3
3-4
5
5
5-6
6
6
6
7
7
8-9
10
11
12
3
SKOP BEKALAN/PERKHIDMATAN/KERJA
1.0 PENDAHULUAN.
Menyediakan Pelan Perlindungan Insuran Berkelompok Kepada Kakitangan
Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan Yang Meliputi Taraf
Penjawat Kakitangan Tetap Dan Kakitangan Kontrak Untuk Tempoh Satu Tahun.
2.0 BIDANG KERJA-KERJA PEMBEKALAN/PERKHIDMATAN.
Menyediakan Pelan Perlindungan Insuran Bertempoh Dan Berkelompok ( Group
Term ) Untuk Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan
Berdasarkan Terma Pelan Insuran GROUP TERM FAMILY TAKAFUL ( GTL ) &
GROUP TERM ACCIDENT ( GPA ) BAGI TEMPOH SATU TAHUN.
3.0 TEMPOH SAH LAKU SEBUT HARGA
Sebut harga ini sah selama sembilan puluh (90) hari dari tarikh tutup Sebut
Harga. Penyebut Harga tidak boleh menarik balik Sebut Harganya sebelum tamat
tempoh sah Sebut Harga. Tindakan tatatertib akan diambil sekiranya Penyebut
Harga menarik sebut harga/diri sebelum tamat tempoh sah Sebut Harga.
4.0 TANGGUNGJAWAB KONTRAKTOR/PEMBEKAL & SYARAT-SYARAT KEPADA
PENYEBUT HARGA.
a. Berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia dalam kod bidang
bekalan 221801 (Syarikat Insurans) /221802 (Broker Insurans)
*(sila majukan sijil pendaftaran dengan kementerian kewangan yang
masih sah tempohnya sekurang-kurangnya enam (6) bulan untuk
rujukan MPLBP.
b. Pembekal-pembekal dikehendaki mengemukakan dokumen sebutharga
dalam sampul surat bermetri (Sealed Envelope). Sudut kiri sampul
surat hendaklah di tulis No.Sebutharga serta menulis Tajuk Sebut
Harga pada sampul dan di kembalikan kepada:-
YANG DI PERTUA
MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI,
BANDARAYA PELANCONGAN,
KEDAH DARUL AMAN.
Selewat-lewatya pada jam 12.00 tengahari pada
4
c. Sebutharga juga boleh dikemukakan melalui penghantaran sebutharga ke
MPLBP dan dimasukkan ke dalam tong sebutharga pada tarikh
30 Disember 2019 sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari.
d. Sebarang maklumat boleh menghubungi pegawai kami:-
i. Pn. Anis Sallihah Bt. Zabudin ( Pegawai Tadbir )
ii. En. Zaki Bin Murad ( Pen. Pegawai Tadbir )
iii. En.Shyfullizan Bin Padzil (Urusetia Perolehan)
Di talian 04-9666590 / 04-9666185 untuk sebarang pertanyaan.
e. Penyebut harga perlu menyertakan bersama-sama sebutharga ini
dokumen-dokumen sokongan seperti berikut :-
i. Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat ( SSM )
ii. Salinan Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia ( MOF )
iii. Sijil Pendaftaran dengan Badan-Badan atau Persatuan Insuran Am
Malaysia.
iv. Penyata Bank 3 Bulan Terkini.
v. Menyediakan Profil Syarikat.
vi. Semua Penyebut Harga hendaklah mengisi Surat Akuan Sebut
Harga dan Surat Akuan Pembida apabila menyerahkan Dokumen
Sebut Harga.
f. Mana-mana pembekal yang gagal mematuhi mana-mana arahan yang
dikenakan akan menyebabkan tawaran sebutharga tersebut tidak akan
dipertimbangkan atau ditolak.
g. Pihak Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan adalah tidak
terikat dengan mana-mana tawaran terendah dan keputusan pihak Majlis
adalah muktamad.
h. Jika berlaku kesilapan dalam mengisi maklumat-maklumat di atas,
Penyebut Harga hendaklah menandatangani ringkas semua pembetulan.
Walau bagaimanapun dokumen yang terlalu banyak pindaan tidak akan
dipertimbangkan.
i. Tawaran sebut harga ini akan dijadikan asas oleh MPLBP untuk penilaian
dan penerimaan tawaran.
j. Tempahan muktamad tertakluk kepada sebarang pindaan yang
diluluskan oleh Pegawai Penguasa yang akan dimuktamadkan dalam
Pesanan Kerajaan ( L/O ).
5
5.0 HARGA TAWARAN
a. Harga yang ditawarkan adalah harga tetap dan harga bersih dan
urusniaga adalah dalam Ringgit Malaysia (RM) sahaja.
b. Penilaian harga antara Penyebut Harga adalah berasaskan kepada jumlah
harga keseluruhan. Sekiranya timbul masalah berhubung pengiraan
harga, harga seunit tiap-tiap item akan diambil kira. Jika terdapat
perbezaan jumlah dalam bentuk angka dan perkataan, jumlah dalam
bentuk angka akan diambil kira.
6.0 TAWARAN DAN PENOLAKAN DOKUMEN SEBUT HARGA.
a. Pembekal yang berjaya akan ditawarkan kontrak melalui Surat Setuju
Terima dan satu Surat Penjanjian antara pihak Majlis bersama pembekal
akan disediakan dengan merujuk terma-terma yang terdapat dalam polisi
yang telah dipersetujui.
b. Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan tiada terikat untuk
menerima mana-mana tawaran walaupun yang terendah sekali dan tiada
sebab akan di beri diatas penolakan mana-mana sebutharga tersebut.
Tawaran perkhidmatan insurans ini adalah untuk tempoh satu ( 1 )
tahun dengan pilihan tawaran secara terus lanjutan satu ( 1 ) tahun
lagi tertakluk kepada prestasi pembekal dan Pertimbangan Pihak MPLBP.
c. Dokumen sebut harga akan menjadi sebahagian daripada kontrak dan
tiada pindaan akan dibuat pada mana-mana bahagian didalam dokumen
sebutharga ini melainkan mendapat kelulusan daripada Pegawai
Penguasa.
7.0 LARANGAN RASUAH
7.1 Sebarang perbuatan atau percubaan rasuah untuk menawar memberi,
meminta atau menerima apa-apa suapan secara rasuah kepada dan
daripada mana-mana orang berkaitan perolehan ini merupakan suatu
kesalahan jenayah di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
7.2 Sekiranya mana-mana pihak ada menawarkan atau memberi apa-apa
suapan kepada mana-mana anggota pentadbiran awam, maka pihak yang
ditawar atau diberi suapan dikehendaki membuat aduan dengan segera
ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau balai polis yang
berhampiran. Kegagalan berbuat demikian adalah merupakan suatu
kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997.
6
7.3 Tanpa prejudis kepada tindakan-tindakan lain, tindakan tatatertib
terhadap anggota perkhidmatan awam dan menyenarai hitamkan
kontraktor atau pembekal boleh diambil sekiranya pihak-pihak terlibat
dengan kesalahan rasuah dibawah Akta Pencegaran Rasuah 1997.
7.4 Mana-mana kontraktor atau pembekal yang membuat tuntutan bayaran
berkaitan perolehan ini walaupun tiada kerja dibuat atau tiada
perkhidmatan diberi dan mana-mana anggota perkhidmatan awam yang
mengesahkan tuntutan berkenaan adalah melakukan kesalahan di bawah
Akta Pencegahan Rasuah 1997.
8.0 PERAKUAN MENYATAKAN SPESIFIKASI TELAH DIPATUHI
7.1. Penyebut Harga dikehendaki memperakui bahawa
bekalan/perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut
spesifikasi atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.
7.2. MPLBP tidak akan melayan tuntutan bagi bayaran tambahan harga akibat
dari perbezaan antara tafsiran pembekal dengan tafsiran Bahagian
Kewangan MPLBP mengenai spesifikasi ini.
9.0 JUSTIFIKASI SEBUTHARGA
i. Penyebut harga hendaklah mengisi melengkapkan tawaran sebut harga
dengan merujuk kepada terma-terma perlindungan insuran yang telah
ditetapkan di dalam DOKUMEN SEBUT HARGA seperti mana yang
terdapat di Lampiran 1 sebagai rujukan justifikasi sebutharga untuk
penyebut harga menyediakan tawaran sebutharga.
ii. Penyebut harga hendaklah mengemukakan tawaran sebutharga
menggunakan kepala surat syarikat masing-masing dan mempunyai
tandatangan pegawai yang sah atau wakil pegawai syarikat yang diberi
kuasa serta cop syarikat yang sah.
10.0. TAWARAN ALTERNATIF
Penyebut Harga hanya boleh memberi satu (1) tawaran sahaja untuk tiap-tiap
satu ‘item’. (Tawaran pilihan ‘alternatif’ tidak akan dipertimbangkan dan
ditolak).
7
11.0 TAFSIRAN
Sebut Harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah
diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan Penyebut
Harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia
sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan juapun yang mungkin timbul
mengenai Sebut Harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.
12.0 HAL-HAL LAIN
Borang Sebut Harga yang tidak bersih dan dipinda-pinda atau spesifikasi yang
diberi dibatalkan tanpa arahan atau kelulusan MPLBP, tidak akan diterima.
8
SURAT AKUAN SEBUT HARGA
(BORANG TAWARAN SEBUT HARGA)
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Langkawi
Bandaraya Pelancongan
Kuah, 07000 Langkawi
Kedah Darul Aman
Tuan,
NO. SEBUT HARGA : MPLBP / SBT / 82 / 2019
PERKARA : TAWARAN SEBUT HARGA MENYEDIAKAN
PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN
BERKELOMPOK (GROUP TERM) UNTUK MAJLIS
PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA
PELANCONGAN.
- Tempoh Satu Tahun Mulai 01 Januari 2020 Sehingga 31 Disember 2020.
Saya/kami yang bertandatangan di bawah, dengan ini mengemukakan tawaran bagi
MENYEDIAKAN PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN
BERKELOMPOK ( GROUP TERM ) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI
BANDARAYA PELANCONGAN
disebuthargakan dengan harga berjumlah RM…………………………………… Ringgit Malaysia
:…………………………………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………. Sahaja).
Tawaran ini mempunyai sahlaku untuk tempoh selama sembilan puluh (90) hari dari
tarikh Sebut Harga ini ditutup.
2. Saya/kami yang bertandatangan di bawah ini bersetuju sepenuhnya:
a) Bahawa tawaran ini akan dijadikan asas oleh MPLBP untuk penerimaan
tawaran kami;
b) Bahawa MPLBP tidak terikat untuk menerima sebut harga dengan harga
yang terendah atau mana-mana sebut harga atau memberi apa-apa sebab
di atas penolakan sesuatu sebut harga;
c) Bahawa MPLBP berhak untuk menerima keseluruhan atau sebahagian
daripada tawaran Penyebut Harga mengikut pakej atau menerima
tawaran pakej yang sama daripada lebih satu Penyebut Harga;
d) Bahawa keputusan Jawatankuasa Sebut Harga MPLBP adalah muktamad;
9
e) Bahawa sekiranya tawaran kami diterima maka satu kontrak yang formal
akan ditandatangani antara pihak kami dengan MPLBP selaras dengan
tawaran yang diberikan;
f) Bahawa Surat Akuan Sebut Harga (Borang Tawaran Sebut Harga)
berserta dengan Surat Setuju Terima Sebut Harga ini hendaklah menjadi
sebahagian daripada kontrak yang mengikat antara Kerajaan dan
Penyebutharga walaupun kontrak yang formal belum dilaksanakan;
g) Bahawa sekiranya kami menolak tawaran ini atau jika maklumat yang
diberikan adalah palsu, MPLBP boleh menarik balik penganugerahan
sebut harga yang diberikan dan membawa kes ini ke Mahkamah; dan
h) Bahawa kami akan mematuhi segala syarat-syarat seperti mana yang
dinyatakan di dalam DOKUMEN SEBUT HARGA ini.
BAGI PIHAK PENYEBUT HARGA
Tandatangan Penyebut Harga : ………………………………………………………
Nama Penuh : ………………………………………………………
No. Kad Pengenalan : ……………………………………………………..
Alamat/Cop Syarikat : ……………………………………………………..
……………………………………………………..
……………………………………………………..
DI HADAPAN
Tandatangan Saksi : ………………………………………………………
Nama Penuh Saksi : ………………………………………………………
No. Kad Pengenalan Saksi : ……………………………………………………..
Alamat : ……………………………………………………..
……………………………………………………..
……………………………………………………..
10
LAMPIRAN 1 TAWARAN SEBUT HARGA
NO. SEBUT HARGA : MPLBP/SBT/82/2019 PERKARA : MENYEDIAKAN PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN
BERKELOMPOK ( GROUP TERM ) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN. - Tempoh Satu Tahun Mulai 01 Januari 2020 Sehingga 31 Disember 2020.
Plan : GROUP TERM FAMILY TAKAFUL ( GTL ) & GROUP TERM ACCIDENT ( GPA ) PLAN DESCRIPTION COVER TOTAL
(RM)
A + B
PERMANENT (141
member) A
CONTRACT (166
member) B
GTL
Death Benefit ( All Causes )
TPD Benefit ( All Causes )
PPD Benefit ( All Causes )
Critical Illness Benefit ( Accelerated )
Daily Hospital Allowance ( All Causes )
Funeral Expense Benefit ( Member )
75000.00
75000.00
37500.00
37500.00
70/DAY
3000.00
15000.00
15000.00
7500.00
7500.00
35/DAY
1500.00
Amount ( RM )
GPA
Death
Permanent Disablement
Funeral Expenses
Medical Expenses
Hospital Allowance
80000.00
80000.00
5000.00
5000.00
60/DAY
20000.00
20000.00
2000.00
2000.00
60/DAY
Amount ( RM )
TOTAL AMOUNT
RINGGIT MALAYSIA : ………………………………………………………………………………………………....
…………………………………………………………………………………………………………………….. SAHAJA.
Tandatangan Penyebut Harga :…………………………………………………………………………………….
Nama dan K/P :……………………………………………………………………………………...
Alamat & Cop Syarikat :……………………………………………………………………………………..
…………………………………………………………………………………….. Tarikh : ……………………………………
11
MAKLUMAT TAMBAHAN
SENARAI KONTRAK PERKHIDMATAN SETARA YANG SEDANG DILAKSANAKAN
(Maklumat Perlu Diisi Dengan Lengkap. Lampiran Hanya Dibenarkan Apabila Ruangan
Tidak Mencukupi Sahaja)
Bil. Jabatan/Agensi/Perunding Yang Masih Berkontrak Harga
Kontrak
(RM)
Tempoh
Dan Tarikh
Tamat
Kontrak
SENARAI KONTRAK PERKHIDMATAN SETARA YANG TAMAT DILAKSANAKAN
( Dari Tahun 2018 )
(Maklumat Perlu Diisi Dengan Lengkap. Lampiran Hanya Dibenarkan Apabila Ruangan
Tidak Mencukupi Sahaja)
Bil. Jabatan/Agensi/Perunding Yang Tamat Berkontrak Harga
Kontrak
(RM)
Tempoh
Dan Tarikh
Tamat
Kontrak
12
Pekeliling Perbendaharaan Malaysia PK 1/2013 Lampiran 1.2
LAMPIRAN F
SURAT AKUAN PEMBIDA
NO. SEBUT HARGA : MPLBP/SBT/82/2019 MENYEDIAKAN PELAN PERLINDUNGAN INSURAN BERTEMPOH DAN BERKELOMPOK (GROUP TERM) UNTUK MAJLIS PERBANDARAN LANGKAWI BANDARAYA PELANCONGAN. - Tempoh Satu Tahun Mulai 01 Januari 2020 Sehingga 31 Disember 2020.
Saya,…………………………………………………………………………….No.KP…………………………………………
Mewakili ……………………………………………………………… No. Pendaftaran SSM
…………………………………. dengan ini mengisytiharkan bahawa saya saya atau mana-mana
individu yang mewakili syarikat ini tidak akan menawarkan atau memberi rasuah kepada
mana-mana individu dalam ………………………………………………………… atau mana-mana
individu lain, sebagai sokongan untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti di atas.
Bersama ini dilampirkan Surat Perwakilan Kuasa bagi saya mewakili syarikat seperti
tercatat di atas untuk membuat pengisytiharan ini.
2. Sekiranya saya, atau mana-mana individu yang mewakili syarikat ini didapati cuba
menawar atau memberi rasuah kepada mana-mana individu dalam
…………………………………………………………………. atau mana-mana individu lain sebagai sogokan
untuk dipilih dalam tender/sebut harga* seperti diatas, maka saya sebagai wakil syarikat
bersetuju tindakan-tindakan tersebut diambil:
2.1 Penarikan balik tawaran kontrak bagi tender/sebut harga* diatas; atau
2.2 Penamatan kontrak bagi tender/sebut harga* di atas;dan
2.3 Lain-lain tindakan tatatertib mengikutperaturan perolehan Kerajaan yang
berkuat-kuasa.
3. Sekiranya terdapat mana-mana individu yang cuba meminta rasuah daripada saya
atau mana-mana individu yang berkaitan dengan syarikat ini sebagai sogokan untuk dipilih
dalam tender/sebut harga* seperti di atas, maka saya berjanji akan dengan segera
melaporkan perbuatan tersebut kepada pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
( SPRM ) atau balai polis yang berhampiran.
Yang benar,
Cop Syarikat :
Catatan : i) *Potong yang mana tidak berkenaan’
i) surat akuan ini hendaklah dikemukakan bersama Surat Perwakilan
Kuasa