MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD
DOKUMEN RINGKAS RFP
UNTUK
CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH
PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44
EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH
MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK
MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
DISEDIAKAN OLEH:
MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD
Aras 1, No 1-B, Blok B, Menara PKNP,
Jalan Meru Casuarina,
Bandar Meru Raya 30020,
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 2 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
Ipoh, Perak Darul Ridzuan
REQUEST FOR PROPOSAL (RFP)
KLAUSA ‘INTELLECTUAL PROPERTY’
Pelan Cadangan Pembangunan atau Request for Proposal (RFP) ini adalah maklumat sulit.
Dokumen ini disediakan oleh pihak tuan/puan dengan syarat dokumen ini tidak dipamer,
dibaca atau dihantar kepada mana-mana pihak yang bukan dari syarikat/organisasi
sekarang.
Semua dokumen sokongan yang diserahkan melalui RFP ini akan menjadi hak milik MHB.
Sebarang cadangan yang tidak mematuhi arahan ini boleh terbatal mengikut budi bicara
mutlak MHB.
MHB tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang perkara berkaitan kos atau
kerosakan yang berlaku sepanjang prosses RFP termasuk kos penyediaan dokumen RFP
atau apa-apa kos berkaitan.
MHB telah mengamalkan tahap integriti yang tinggi, oleh itu syarikat/organisasi tuan/puan
dilarang untuk memberi atau cubaan memberi rasuah secara langsung atau tidak langsung.
Sekiranya disabit kesalahan, MHB tidak akan teragak-agak untuk melaporkan perkara ini
kepada pihak berwajib dan organisasi tuan/puan akan dilarang berlibat dengan mana-mana
projek dari MHB pada masa akan datang.
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 3 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
Pendahuluan
1.1. Latar Belakang Majuperak Holdings Berhad (MHB) adalah salah sebuah anak syarikat sepenuhnya milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dan antara penyumbang utama penumbuhan ekonomi di negeri Perak. Sejak penubuhan pada tahun 1976, ia telah memainkan peranan utama dalam pembangunan dan pasaran hartanah di negeri Perak khususnya dalam sector perumahan. Selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri Perak untuk melaksanakan program Rumah Perakku yang mensasarkan golongan berpendapatan rendah (Golongan B40), MHB telah mengenalpasti lokasi utama di Kota Malim Prima, Mukim Hulu Bernam, Daerah Muallim untuk dibangunkan. Sebagai permulaan, Kerajaan Negeri Perak telah meluluskan cadangan bagi Penambahbaikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2019 dan ia telah berkuatkuasa pada 1 April 2019. Langkah tersebut bertujuan untuk menyelaraskan Dasar Perumahan Negeri dengan Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018 – 2025. Penyelarasan harga Rumah Perakku berdasarkan lokasi Bandar (Zon A) dan Luar Bandar (Zon B).
Rumah Perakku
Zon A (Bandar) Zon B (Luar Bandar)
Kos Rendah RM 90,000 RM 70,000
Kos Sederhana
RM 90,001 – RM 180,000 RM 70,001 – RM 140,000
Mampu Milik RM 180,001 – RM 250,000 RM 170,001 – RM 240,000
Perbezaan kawasan Zon A dan Zon B adalah berasaskan status perbandaran kawasan tersebut:
i. ZON A adalah Dalam Kawasan Operasi PBT berstatus Majlis Bandaran dan Majlis Perbandaran manakala
ii. ZON B adalah Kawasan PBT berstatus Majlis Daerah, Luar Kawasan Operasi PBT berstatus Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran, serta Luar Kawasan PBT
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 4 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
1.2. Pembangunan di sekitar Tapak Cadangan
Berikut adalah senarai projek utama dalam perancangan, sedang dalam pembinaan atau projek telah siap dibina yang akan mempengaruhi pembangunan yang dicadangkan di tapak bina.
a. Skim perniagaan bercampur daripada Bernam Industrial Estate yang
merangkumi Lot Perniagaan, Industri IKS (Industri kecil dan sederhana).
b. Skim perumahan bercampur daripada Amazing Approach Development Sdn.Bhd seluas (53.96 ekar) di Taman Kota Malim Prima merangkumi skim Perumahan, Komersial, dan Industri yang bersebelahan dengan tapak cadangan (sedang dalam pembinaan):
(289 unit) Rumah Teres Dua Tingkat (20’ x 70’) - (RM 273,600.00)
(136 unit) Rumah Bandar Dua Tingkat (22’ x 70’) - (RM 169,100.00)
(40 unit) Rumah Berkembar Dua Tingkat (40’ x 80’)
(14 unit) Rumah Kedai Dua Tingkat (20’ x 70’)
(5 unit) Pusat Perniagaan (60’ x 100’)
(2 unit) Pencawang Elektrik
c. Skim Perumahan Sedia ada iaitu Taman Kota Malim Prima.
1.3. Objektif RFP Objektif dokumen Pelan Cadangan Pembangunan atau ‘Request for Proposal’ (RFP) ini adalah untuk menjemput pencadang, syarikat atau pertubuhan yang berkelayakan untuk menyertai tawaran mengemukakan pelan cadangan pembangunan bagi projek Cadangan Pembangunan Rumah Perakku Di Atas Tanah Kerajaan/ MHB Seluas 36.44 Ekar Di Kota Malim Prima, Daerah Mualim, Perak.
1.4. Tujuan RFP Dokumen RFP ini bertujuan untuk memenuhi objektif berikut: a. Menyediakan pembida dengan maklumat yang mencukupi dalam
penyediaan dan penyerahan cadangan pembangunan.
b. Mendapatkan dokumen dan maklumat daripada pembida yang akan digunakan dalam proses penilaian.
RFP bukan tawaran kontrak tetapi ia akan digunakan sebagai asas di dalam Perjanjian Pembangunan antara MHB dan pemohon yang berjaya.
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 5 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
1.5. Skop RFP Skop RFP ini adalah bertujuan untuk membantu pembida dalam menyediakan Pelan Cadangan Pembangunan kepada MHB: a. Menentukan dan menilai tahap kesesuaian cadangan pembangunan
mengikut keperluan MHB, Agensi Kerajaan dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta menjadikan Dasar Perumahan Negeri Perak 2019 sebagai rujukan utama pembangunan.
b. Menilai pemohonan menerusi Profil Syarikat, pengalaman, rekod prestasi pembangunan, kewangan syarikat, keupayaan teknikal, pengurusan syarikat dari segi strategi pemasaran dan rekabentuk.
c. Menilai tahap berdaya maju syarikat tersebut melalui kos projek. d. Menilai dan menyemak Program Kerja sehingga Tempoh Tanggungan
Kecacatan (DLP). e. Mempertimbangkan pulangan perniagaan dari segi pembayaran tunai
atau ‘in kind’ serta jadual pulangan tersebut kepada MHB.
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 6 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
2. RINGKASAN PROJEK 2.1. Tapak pembangunan yang dicadangkan merupakan salah satu
pembangunan akan dibina di Kota Malim Prima. Pembangunan ini meliputi kawasan seluas 36.44 ekar dan terletak di Mukim Hulu Bernam, Daerah Muallim, Perak Darul Ridzuan.
TAPAK CADANGAN KOTA MALIM PRIMA
Rajah 1:
LEGEND:
North-South
Highway Train routes
Lokasi Tapak Cadangan Kota Malim Prima, Mukim Ulu Bernam, Daerah Muallim
Perak Darul Ridzuan
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 7 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
2.1.1. Kawasan Berdekatan di sekeliling Tapak Cadangan
Tapak cadangan adalah antara Pekan Slim River – Proton City ke
Tanjung Malim.
Terdapat persimpangan jalan yang menghubung ke Kota Malim
Prima dari Jalan Perseketuan Slim River-Proton City Tanjung Malim.
2km dari Proton City.
1.5km dari UPSI.
8km dari Pekan Slim River
5km dari Bandar Tanjung Malim.
Bersebelahan dengan Skim Perumahan Bercampur sedia ada dan
Bernam Industi Estate.
Bersebelahan Insitut memandu kenderaan.
Lokasi Tapak Cadangan Kota Malim Prima, Mukim Ulu Bernam, Daerah
Muallim Perak Darul Ridzuan (bukan skala sebenar)
Rajah 2:
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 8 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
3.709981, 101.530957
Lokasi Tapak Cadangan Padangan Udara (bukan skala sebenar) Rajah 3:
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 9 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
2.2. Muka Bumi
a. Secara keseluruhannya tanah di tapak cadangan adalah rata dan tinggi
hampir 2 meter daripada aras jalanraya berdekatan dan lot
kediaman/perniagaan sediada.
b. Terdapat beberapa ‘gullies’ terbentuk di kawasan cadangan.
Rajah 4 (a) - Bentuk muka bumi tapak cadangan yang agak
rata namun terdapat ‘gullies’ yang terbentuk
Rajah 4 (b) - Keadaan platform sediada tapak cadangan
yang 2 meter tinggi daripada jalan di Taman Perumahan
Malim Prima
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 10 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
2.3. Geologi Tapak
i. Dikategorikan sebagai tanah daripada jenis laterit/berbatu halus.
2.4. Pembangunan Sediada di Kawasan Sekeliling
i. Terdapat Bernam Indutrial Estate yang mempunyai lot perniagaan serta
lot industry IKS. Namun begitu terdapat banyak bangunan terbengkalai
& tidak diduduki.
Rajah 5 - Keadaan Lot perniagaan/industri terbengkalai
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 11 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
ii. Terdapat perumahan bercampur di Taman Kota Malim Prima yang
bersebelahan dengan tapak cadangan
Rajah 6 - Perumahan di Taman Kota Malim Prima
iii. Terdapat pembangunan bercampur di Taman Kota Malim Prima yang
sedang bangunkan bersebelahan dengan tapak cadangan.
Rajah 7 - Pembangunan Baru di Taman Kota Malim Prima
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 12 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
3. ARAHAN KEPADA PEMBIDA 3.1. RFP dikeluarkan untuk mendapatkan pembida tertinggi dan cadangan
pembangunan yang terbaik dari segi kualiti rekabentuk, tempoh persiapan dan jadual pembayaran kepada MHB bagi pembangunan Kota Malim Prima, Ulu Bernam, Perak.
3.2. Rujukan Informasi
Semua pertanyaan berhubung dengan RFP ini mestilah secara bertulis dan ditujukan kepada: a. IR KU ADENAN KU ISMAIL
Pengurus Besar, Pembangunan Hartanah & Infrastruktur, No Telefon: 05-5019 989 E-mel: [email protected]
b. MOHAMMAD ZULHELMY BIN SHAFIEE Eksekutif, Pembangunan Hartanah & Infrastruktur, No Telefon: 05-5012 965 E-mel: [email protected]
c. MUHAMAD ROSSAIRI BIN RUSLAN Eksekutif, Pembangunan Hartanah & Infrastruktur, No Telefon: 05-5012 965 E-mel: [email protected]
Alamat: Aras 1, No. 1-B, Blok B, Menara PKNP, Jalan Meru Casuarina, Bandar Meru Raya, 30020, Ipoh, Perak Fax No: 05-5019 978 Pemohon hendaklah memberikan butiran kakitangan syarikat pemohon yang akan menjadi orang hubungan utama kami semasa proses penilaian cadangan, termasuk nama, jawatan, nombor telefon, nombor telefon mudah alih, nombor faks, alamat e-mel dan alamat surat.
PELAN CADANGAN PEMBANGUNAN ATAU ‘REQUEST FOR PROPOSAL’ (RFP) BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN RUMAH PERAKKU DI ATAS TANAH SELUAS 36.44 EKAR, KOTA MALIM PRIMA, DAERAH MUALLIM, PERAK DARUL RIDZUAN UNTUK MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD (MHB)
Private & Confidential 13 Brief Document/RFP/KOTAMALIMPRIMA/MHB/PDI/3/2019
4. TERMA DAN SYARAT
4.1. Pemohon dijemput untuk mengemukakan cadangan pembangunan mengikut
keperluan yang terkandung di dalam dokumen ini. Sebarang kegagalan bagi
menyediakan semua maklumat/dokumen yang dinyatakan boleh
mengakibatkan penolakan cadangan atau mendapat penilaian yang rendah.
4.2. Pemohon hendaklah menanggung semua kos dan perbelanjaan yang
berkaitan dengan penyediaan, pengesahan dan penyerahan cadangan
pembangunan. Dokumen cadangan pembangunan perlu dikemukakan pada
atau sebelum 12.00 tengah hari, 6 September 2019. Cadangan yang
diterima selepas tarikh tutup dan masa yang dinyatakan di atas tidak akan
dilayan.
4.3. Pemohon dikehendaki mengemukakan RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima
Puluh Sahaja) dalam bentuk deraf bank/ kiriman wang/ wang pos sebagai
yuran pemprosesan di atas nama MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD.
Jumlah ini tidak dapat dikembalikan dan cadangan yang dikemukakan tanpa
bayaran yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan.
4.4. Dokumen RFP akan menjadi hakmilik MHB justeru mempunyai hak untuk
menuntut salinan asal dan semua salinan dokumen dari pembida pada bila-
bila masa.
4.5. Satu (1) ‘softcopy’ dari DVD dan Dua (2) ‘hardcopy’ Pelan Cadangan
Pembangunan perlu dihantar secara terus / ke alamat:
MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD
Aras 1, No. 1-B, Blok B, Menara PKNP, Jalan Meru Casuarina, Bandar
Meru Raya, 30020, Ipoh, Perak
4.6. Cadangan pembangunan dan cadangan komersial perlu dimasukkan ke
dalam sampul surat yang dimeterai dan dialamatkan kepada KETUA
PEGAWAI EKSEKUTIF, MAJUPERAK HOLDINGS BERHAD.