Panduan promosi di Facebook.
NOTIS & HAK
Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan
e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap
fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku
di dunia internet kini.
Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri
oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-
book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi
yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang
terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan
diambil perhatian.
Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti
penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan
informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk
menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.
Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang
professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal
kewangan.
Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam
membuat bacaan.
BIODATA PENULIS
Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di
Kluang, Johor. Mendapat pendidikan awal di
Negeri Johor dan mendapat peluang
melanjutkan pelajaran di MRSM Jasin (Ditukar
kepada MRSM Tun Ghaffar Baba).
Berjaya mendapat keputusan yang
cemerlang pada peringkat PMR dan SPM
seterusnya menyambung pengajian ke
peringkat matrikulasi di Tangkak. Masakini
beliau merupakan pelajar sepenuh masa di
Universiti Malaya dalam jurusan Kejuruteraan
Awam.
Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai
minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan. Pernah
berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah lagi. Beliau
mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan milik
ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.
Beliau juga dianugerahi pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa
mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk
menangani sesuatu cabaran. Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah
menjadi anjakan paradigma baginya untuk terus maju.
Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia
ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau
bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.
Bahagian Pertama: Promosi di Facebook.
Facebook! Facebook! Facebook! Itulah perkataan yang meniti di bibir
kebanyakan manusia di dunia ini. Setiap hari, berebut-rebut akaun
Facebook di buka. Baik individu atau badan korporat, semuanya
menggunakan Facebook sebagai platform untuk berkomunikasi.
Sehingga ebook ini di tulis, penggunaan Facebook telah mengatasi
penggunaan google di Malaysia. Ini di sebabkan platform Facebook itu
sendiri yang senang untuk di gunakan kerana ia boleh dicapai melalui
handphone dan komputer. Jadi, Facebook seolah-olah menjadi
keperluan bagi setiap individu yang memiliki komputer dan
handphone.
Pencapaian Facebook ini telah menarik lebih ramai individu atau badan
korporat untuk melakukan pengiklanan di Facebook.Sama juga seperti
di Yahoo dan Google, anda perlu ada strategi pengiklanan untuk
memastikan kempen anda berjalan dengan lancar.
Di dalam ebook ringkas ini, anda akan di bawa untuk mengetahui tips
dan teknik melakukan pengiklanan di Facebook.
Jangan berharap pada…….
Untuk pengetahuan anda, ebook ini tidak akan membincangkan teknik
untuk menghasilkan iklan yang kreatif melalui Facebook Ads, tetapi ia
lebih kepada teknik yang luar dari biasa.
Anda akan lebih faham…
Anda akan lebih faham teknik promosi di Facebook ini melalui kajian
kes yang di jalankan ke atas syarikat Zynga iaitu syarikat yang
menjana ratusan juta ringgit melalui permainan Farmville. Sebelum
itu, mari kita lihat bagaimana Facebook Ads boleh membantu dalam
perniagaan anda.
Pengenalan pada Facebook Ads…
Ali berminat dengan permainan futsal dan meletakkan maklumat
tersebut di dalam profailnya. Oleh kerana Ali berminat dengan futsal,
kebanyakan kawan Ali di dalam Facebook juga meminati futsal.
Mereka selalu berbincang mengenai permainan futsal di dinding
mereka.
Abu pula adalah seorang ahli perniagaan, beliau baru sahaja
mengimport kasut dan bola futsal dari Jerman. Di sebabkan cadangan
dari rakan, beliau mula melakukan promosinya produknya di
Facebook.
Oleh itu, beliau mula menulis iklan di Facebook Ads. Kehebatan
teknologi Insight yang ada pada Facebook, membolehkan iklannya
mencapai pada prospek yang tepat. Oleh kerana Ali menyatakan
minatnya pada futsal, iklan yang di buat oleh Abu akan di paparkan di
laman Facebook Ali.
Ali yang ternampak iklan tersebut terus menekan pada iklan tersebut
dan oleh kerana cintanya pada sukan Futsal, beliau juga menekan
butang ‘Like’ di iklan tersebut. Aktiviti itu dapat di kesan oleh
Facebook dan mula memaparkan iklan tersebut pada rakan-rakan Ali.
Oleh kerana ada nama Ali pada iklan tersebut yang menyatakan Ali
menekan ‘Like’, kawan Ali lebih yakin akan iklan tersebut dan klik pada
iklan tersebut. Kebetulan, kawan Ali pun berminat dan menekan
butang ‘Like’ pada iklan tersebut. Jadi, iklan tersebut mula di paparkan
pada kawan kepada kawan Ali. Begitulah seterusnya.
Kajian Kes: Teknik Pengiklanan Farmville.
Untuk pengetahuan anda, Farmville telah menjana jutaan ringgit
dengan hanya menggunakan platform Facebook semata-mata. Pada
permulaan, syarikat Zynga melihat Facebook adalah sesuatu
berpotensi untuk buat duit, lalu mereka mencipta permainan yang...
Ringkas dan mampu membuatkan si pemainnya ketagih
Ada penggunaan barang di dalam permainan seperti bangunan,
binatang, tumbuhan dan barang-barang lain.
Ada dua bahagian iaitu percuma dan berbayar. Pemain di minta
untuk melakukan pembayaran jika mereka mahu memiliki
barangan atau kemahiran tertentu.
Membolehkan pemain berinteraksi dengan pemain yang lain
seperti ‘Add Neighbour’ atau invite.
Memastikan fungsi Neighbour senang untuk di gunakan.
Permainan tersebut adalah Farmville. Sekarang mari kita lihat
bagaimana Farmville di popularkan melalui Facebook Ads.
Farmville di Facebook Ads….
Mereka tidak menulis iklan tentang aktiviti berbayar yang ada pada
permainan tersebut. Tetapi mereka menulis iklan mengenai permainan
percuma tersebut. Pada permulaan, mereka menarik perhatian
pengguna Facebook yang sukakan permainan online dan mereka yang
berminat dengan aktiviti berkebun.
Permainan Farmville sungguh menarik dan menyebabkan kumpulan
pertama ini mula melakukan pembayaran menggunakan duit sebenar
untuk memperoleh barangan yang lebih bagus. Mereka mula ketagih
dan mula mengajak rakan-rakan mereka untuk bermain sama.
Fungsi Invite yang ada pada Farmville menjadikan permainan ini
tersebar dengan sungguh pantas. Permainan Farmville mara setapak
lagi dalam pemasaran viral ini apabila mereka meletakkan fungsi
untuk memaksa pemain mempunyai neighbor jika mereka ingin
mengembangkan permainan mereka.
Kini, Farmville telah menjadi antara permainan utama yang ada di
Facebook dan telah menjana jutaan ringgit melalui jualan barang di
dalamnya. Facebook juga mempunyai fungsi Fan dan ia di manfaatkan
sepenuhnya oleh Farmville untuk menjadikan ia lebih viral. Sehingga
kini Farmville Fans telah mengjangkau lebih 20 juta.
Kepentingan untuk merancang….
Jika anda perhatikan syarikat Zynga telah melakukan kajian dan
mengenal pasti fungsi Facebook sepenuhnya sebelum mereka
melancarkan perniagaan. Mereka juga telah merancang teknik
pengiklanan yang sempurna di Facebook.
Seperti mereka, anda juga perlu kaji pasaran dan pesaing anda di
Facebook sebelum mempromosikan produk anda di sana. Gunakan
aplikasi Fans, Group dan Facebook Ads itu sendiri untuk memviralkan
lagi pengiklanan anda.
Sebelum anda beriklan di Facebook, anda perlu ingat. Facebook adalah
pusat sosial dan kebanyakan mereka di sini suka akan hiburan.
Pastikan iklan anda mempunyai ciri seperti ini.
Bahagian Kedua: Beriklan di Facebook.
Platform Facebook.
Untuk pengetahuan anda, pihak Facebook membenarkan sesiapa
sahaja untuk mencipta widgets atau applikasi untuk di gunakan oleh
pengguna facebook menerusi direktori aplikasi. Jadi, anda juga boleh
mencipta satu aplikasi untuk perniagaan anda.
Jika ada pengguna yang berminat dengan aplikasi anda, mereka akan
gunakannya dan akan di pamerkan di dinding mereka. Seterusnya,
kawan mereka akan nampak aplikasi anda, dan mereka juga akan
gunakannya. Begitulah seterusnya.
Mereka juga boleh meletakkan aplikasi dan widget di laman mereka
dan mereka juga boleh membuangnya. Jika mereka suka akan aplikasi
anda, mereka akan menekan like dan ini akan menaikkan reputasi
anda dan jika mereka dapati aplikasi anda mengarut dan tidak
membawa kebaikan, mereka boleh report.
Begitu juga dengan pengiklanan di sebelah kanan laman profail
mereka. Jika ada iklan yang mereka tidak suka, mereka boleh memilih
untuk tidak menerima iklan itu lagi. Jika mereka tekan like, iklan yang
dalam kategori yang sama akan keluar berkali-kali lagi ke laman
mereka.
Ini membantu anda sebagai Internet Marketer kerana Facebook
membantu anda untuk mencari prospek yang benar-benar kena
dengan anda. Melalui teknologi Insight, mereka dapat melihat kategori
mana atau topik mana yang menjadi perhatian bagi setiap profail.
Tiga perkara penting.
Ada tiga perkara yang anda perlu perhatikan ketika beriklan di
Facebook iaitu iklan anda haruslah bercirikan...
Sosial dan mesra pengguna.
Seronok bagi pengguna Facebook.
Ada daya minat yang tinggi.
Anda perlu peka, Facebook adalah tempat manusia untuk bersosial.
Mereka menggunakan Facebook secara santai, jadi mereka tidak
sukakan sesuatu yang terlalu serius. Mereka takkan menggunakan
Facebook untuk membeli kasut bola kerana mereka akan guna google
untuk mencari kedai kasut bukannya Facebook.
Maka, promosi yang anda akan jalankan haruslah bercirikan 3 di atas.
Jika anda perasa strategi Farmville, mereka tidak melakukan iklan
secara langsung, tetapi tidak langsung. Beri pengguna Facebook
sesuatu yang anda senang untuk di perkatakan kerana ia bakal
memberi penyebaran viral kepada anda.
Facebook membenarkan anda untuk mewujudkan komuniti anda
sendiri menerusi aplikasi Group. Anda juga boleh membuka Fan Page
untuk diri sendiri, syarikat atau apa sahaja organisasi yang anda
sertai. Menarik bukan?
Membina iklan di Facebook Ads.
Fokus utama di bahagian ini adalah untuk membimbing anda
bagaimana hendak menulis dan membina kempen pengiklanan di
Facebook Ads.
Untuk membina kempen pengiklanan di Facebook Ads, ia tidaklah
sukar, malah sesenang 123 sahaja. Sebelum itu, saya ingin ingatkan
anda, pengiklanan di Facebook Ads memerlukan masa untuk anda
mengetahui teknik apa yang berkesan bagi produk anda.
Situasi ini adalah sama dengan adwords, di mana anda perlu
membelanjakan sejumlah wang dahulu sebelum benar-benar menemui
rentak dalam kempen pengiklanan anda. Rancang kempen anda
dahulu. Kaji pesaing anda dan lihat bagaimana mereka menulis ayat
iklan.
Pertama, anda lawat laman pengiklanan Facebook Advertising atau klik
pada ‘Create an Ad’ untuk di bawa ke laman pengiklanan. Di sana
anda akan lihat seperti laman di bawah.
Di sini anda dapat lihat ada empat Tab iaitu overview, prepare, step by
step dan case studies. Untuk permulaan, anda lawat setiap tab
mengikut urutan. Anda baca maklumat yang di beri dan fahamkan. Di
sini terdapat tips dan panduan untuk anda ikut ketika beriklan di
Facebook.
Maklumat di sana adalah Up to date dan tidak dapat saya huraikan di
sini. Di sana, anda fahamkan faktor-faktor yang akan boleh
memperngaruhi iklan anda. Kalau boleh catat nota. Yang penting,
maklumat di sini boleh membantu anda untuk membina iklan yang
convert.
Kos pengiklanan di Facebook Ads.
Kos pengiklanan di sini tidaklah terlalu murah dan juga tidaklah terlalu
mahal. Anda ada dua pilihan iaitu membayar secara
Pay per Click
Anda perlu bayar bagi setiap iklan yang di klik.
Pay per 1000 impression.
Anda perlu bayar bagi setiap 1000 paparan iklan yang anda
terima.
Pengiklanan di sini memang boleh memberi keuntungan kepada anda
kerana Facebook juga boleh di layari menerusi Handphone dan iklan
anda juga akan tersebar di sana. Untuk untung besar, anda perlu
berani untuk melabur dan saya rasa Facebook Ads tidak akan
menghampakan anda.
Anda boleh pilih sama ada untuk menolak terus dari akaun kad kredit
anda ataupun membayar dahulu kredit iklan. Pastikan anda periksa
limit iklan anda. Anda boleh lihat di bahagian daily budget dan setkan
pada angka yang anda mampu. Awas! Jika anda terlewat bayar, akaun
anda akan di tutup serta merta.
Biasanya saya akan setkan pada angka yang tinggi iaitu 0.30 USD bagi
setiap 1000 paparan dan saya setkan pada 10 USD sehari. Dari 1000
paparan ini, biasanya saya akan menerima 5 hingga 7 klik. Saya letak
budget yang agak tinggi kerana mengikut pengalaman saya, iklan
anda akan lebih cepat di approve jika anda membayar pada harga
yang tinggi.
Selepas dua hingga tiga hari, saya akan rendahkan harga iklan saya
kepada 0.20 USD sehari. Selama sebulan, saya akan biarkan iklan
saya berjalan di Facebook Ads tanpa di selia. Jika anda bertanya
kepada saya adakah saya perlu ada modal yang besar untuk beriklan
di Facebook Ads, saya akan jawab ya. Untuk permulaan, anda
perlukan modal dari RM 1000 hingga RM 2000 untuk membolehkan
pelaburan anda berbaloi. Ini kerana pada awalnya, anda perlu sedikit
wang untuk cuba dan lihat.
Sistem tracking iklan di Facebook.
Di Facebook Ads, anda boleh gunakan sepenuhnya sistem Facebook
Insights.
Di Facebook Insight, anda boleh lihat berapa paparan atau impression
yang anda terima dan juga berapa click yang anda terima mengikut
keadaan semasa. Setiap hari anda periksa prestasi klik anda supaya
anda tidak mengalami kerugian. Pada permulaan, jumlah klik yang di
terima mungkin kurang. Selalunya selepas seminggu jumlah klik yang
di terima anda akan mulai stabil.
Satu lagi perkara yang anda perlu tahu.
Sebelum anda ingin memulakan kempen iklan anda di Facebook,
pastikan anda menimbang perkara berikut.
Di Facebook Ads, anda boleh pilih golongan mana yang akan
menerima iklan dari anda. Pilih negara yang betul. Jika produk anda
untuk golongan umur pertengahan, pastikan anda set umur pada jarak
yang betul.
Kalau anda ingin menjual barangan lelaki, pastikan anda setkan
jantinnya. Di sini pemilihan keywords adalah berlainan dari Pay per
Click yang lain kerana di sini bukanlah concentrated targeted iaitu
mereka di Facebook tidak mencari sesuatu menggunakan Facebook,
berbeza dengan Google di mana kita gunakan ia untuk mencari
sesuatu.
Jika produk yang anda ingin promosikan adalah berkisar untuk pelajar
universiti, anda boleh masukkan semua nama IPTA dan IPTS dan
negara ini dalam bahagian keyword. Jikalau ada Fan Page atau group
yang mempunyai keyword sama dengan anda Iklan anda akan muncul
di sana. Begitu juga dengan individu yang menulis maklumat
education di profail mereka.
Kategori lain-lain anda boleh lihat dengan sendiri. Selalunya saya akan
membuat beberapa kempen dan setkan setting yang berbeza-beza.
Kemudian saya akan utamakan setting yang memberi conversion yang
tinggi.
Bagaimana pihak Facebook meluluskan Iklan?
Biasanya, iklan anda akan di luluskan dalam masa 24 jam. Mereka
akan lihat iklan anda secara menyeluruh dan akan menentukan sama
ada iklan anda layak untuk di tayangkan atau tidak. Jika iklan anda di
luluskan, anda akan di maklumkan menerusi emel dan akan di
sertakan sebabnya.
Facebook Fans.
Jika di laman web internet biasa. Untuk anda mengumpul list, anda
perlu ada squeeze page. Jika di Facebook, untuk kumpul list, anda
perlu ada Facebook Fans. Anda cipta satu Fans, dan pengguna
Facebook akan masuk dalam data feed Fans anda jika mereka
menekan butang ‘Become a Fan’.
Namun, pengguna facebook bebas untuk memilih sama ada mereka
akan menerima data dari anda atau tidak. Biasanya mereka tidak
kisah untuk menerima sesuatu dari anda kerana mereka yang sendiri
memilih untuk menjadi Fans anda.
Apa yang boleh anda iklankan di Facebook Ads?
Di Facebook Ads, anda boleh iklankan apa sahaja yang anda suka
asalah tidak menganggu terms dan condition Facebook. Pastikan link
yang anda beri adalah link direct bukannya redirect link.
Contoh perkara yang anda boleh iklankan di Facebook Ads:
Laman web anda.
Facebook Group page yang anda cipta.
Facebook page anda sendiri.
Aplikasi anda.
Produk Affliate
Di sini, anda jangan iklankan sesuatu yang berbentuk direct kerana
seperti yang saya selalu katakan, Facebook bukan tempat orang cari
barang.
Bahagian Ketiga: Promosi di Facebook menggunakan
teknik branding
Di facebook terdapat banyak cara untuk beriklan selain menggunakan
Facebook Ads itu sendiri. Berdasarkan kajian kes yang di buat
menerusi Zynga, anda dapat tahu bahawa mereka tidak hanya
beriklan di Facebook Ads sahaja tetapi mereka menggunakan
sepenuhnya platform Facebook itu sendiri iaitu:
Mewujudkan Fan page.
Membolehkan pengguna facebook menggunakan function invite
di dalam aplikasi mereka.
Menggalakkan pengguna Facebook untuk berkomunikasi antara
satu sama lain dengan menggunakan function Add Neighbour.
Branding di Facebook.
Jika anda perhatikan, syarikat Zynga mempopularkan permainan
Farmville melalui aktiviti branding. Sehinggakan sesiapa yang tidak
tahu mengenai Farmville di Facebook, mereka akan di ketawakan.
Anda juga perlu berfikiran seperti itu. Anda perlu brandingkan
perniagaan anda. Lakukan sesuatu yang boleh membuatkan seseorang
di Facebook untuk berbangga berkata mengenai produk anda. Katakan
anda menjual ebook kuruskan badan. Anda brandingkan produk anda
dengan Formula 7 Hari. Anda buat group dan reka fan pages dengan
menggunakan nama itu dan InsyaAllah, produk anda akan terkenal
nanti.
Pastikan branding anda mengandungi ramuan berikut
Tulen dan tidak ada orang gunakannya lagi.
Telus, maksudnya tiada agenda tersembunyi.
Boleh buat orang percaya
Orang mahu tahu mengenai anda.
Sebagai panduan, anda boleh lawat Facebook Marketing Solutions.
Di Facebook Marketing Solutions, terdapat maklumat terbaru yang
berlaku dalam dunia Facebook. Jadi, anda dapat lihat trend dan apa
perkara terbaru yang menjadi ikutan pengguna Facebook. Page
tersebut di kawal oleh pihak Facebook sendiri dan segala maklumat di
dalamnya adalah betul dan tepat.
Antara perkara yang terdapat di Facebook Marketing Solutions adalah:
Aktiviti syarikat korporat di Facebook.
Idea pemasaran.
Apa pesaing anda sedang lakukan.
Trend semasa di Facebook.
Tip pemasaran dari pihak Facebook sendiri.
Teknik Utama Branding di Facebook.
Teknik pertama untuk brandingkan produk anda adalah dengan
menggunakan Facebook Fan Page. Perkara utama yang anda perlu
tahu ketika membina brand produk anda melalui Fan Page adalah
memberi sesuatu kepada mereka yang menekan butang ‚‘Becoma a
Fan‘. Anda boleh beri mereka:
Ebook percuma
Diskaun percuma
Komuniti percuma
Maklumat percuma
Aplikasi percuma
Apa sahaja yang dapat anda fikirkan.
Tujuh tip untuk branding melalui Facebook Fan Page.
1. Fikirkan tema perbualan – Pilih sama ada Fan Page adalah
berbentuk serius, jenaka, perbincangan santai, untuk remaja,
untuk ibu bapa atau apa sahaja.
2. Gunakan media interaktif – Masukkan video, permainan
bergambar, gambar atau apa sahaja yang boleh menghiburkan
fan anda. Facebook adalah laman hiburan, jadi, bina branding
anda secara santai.
3. Masukkan Function Like – Fan anda boleh tekan butang like
jika mereka suka akan sesuatu di dalam Fan Page anda. Ini akan
memberi satu aktiviti pada mereka.
4. Beri ganjaran pada Fan – Beri ganjaran pada fan yang sudi
menyebarkan Fan Page anda.
5. Update setiap hari – Update data di dalam Fan page anda
setiap hari supaya setiap hari juga Fan anda akan melawat page
anda.
6. Beri peluang pada Fan anda untuk post sesuatu pada Fan
page anda– Cara ini anda perlu ada seseorang untuk
mengawasi Fan Page supaya isi di dalam Fan Page anda adalah
bersesuaian dengan Fan Page anda.
7. Letakkan Fan Page anda dalam kategori yang betul –
Perkara ini akan menjadikan Fan Page lebih targeted pada
pengguna Facebook.
Fan Page adalah segala-galanya dalam pengiklanan di Facebook
kerana ia adalah ibu pada pemasaran viral di Facebook. Gabungkan
Facebook Ads dan Fan page. Promosikan Fan Page anda dengan
menggunakan Facebook Ads.
Apabila Fan Page anda sudah cukup kredibiliti dan pertambahan ahli
yang konsisten, anda sudah boleh hentikan promosi di Facebook Ads
dan biarkan sahaja Fan Page tersebar secara viral dan anda boleh
tumpukan pada perniagaan yang lain pula.
Facebook Group.
Satu lagi cara untuk branding di Facebook adalah melalui Facebook
Group. Facebook group sesuai untuk perbincangan serius kerana anda
ada kebenaran untuk menghantar mesej terus pada inbox pengguna
Facebook.
Bahagiaan Keempat: Apa lagi yang anda perlu tahu
mengenai Facebook.
Apa yang anda tidak patut lakukan.
Untuk mengelakkan anda daripada di ban oleh Facebook, eloklah anda
patuhi guidelines yang telah di sediakan oleh Facebook sendiri. Untuk
peraturan promosi anda boleh lihat di Promotion Guidelines.
Sebenarnya, anda tidak perlu takut untuk melakukan sesuatu promosi.
Jika anda ragu-ragu mengenai promosi yang anda sedang lakukan,
hubungi sahaja pihak Facebook dan beritahu teknik promosi yang
anda rancang. Jika mereka bersetuju, berita baik untuk anda. Jika
tidak, minta mereka memberi jalan terbaik untuk anda.
Pihak Facebook memang akan menolong anda kerana anda adalah
pelanggan mereka.
Kesimpulan.
Dalam pemasaran Facebook, kempen anda haruslah bersikap ceria
dan santai. Beri keceriaan kepada pengguna Facebook dan mereka
akan menyokong anda. Gunakan segala kelengkapan yang di sediakan
pihak Facebook sendiri untuk mendirikan kempen pengiklanan Anda.
Selamat berjaya.
Tawaran Istimewa
Dapatkan khidmat nasihat
Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda
seorang yang serius untuk menambah ilmu.
Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat
secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan
membaca ebook ini.
Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan
pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.
Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.
Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium
Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”
Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.
http://www.BlogMudah.info
http://www.Affiliate-Malaysia.info
http://www.MLM-Malaysia.com