29
Copywriting – Panduan Untuk Newbie. Panduan A to Z menulis surat jualan yang sangat berkesan!

Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Find out more related information here http://www.nealizham.com

Citation preview

Page 1: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Copywriting – Panduan Untuk Newbie.

Panduan A to Z menulis surat jualan yang sangat berkesan!

Page 2: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

NOTIS & HAK

Penulis telah mencuba untuk menulis dengan tepat dan lengkap dalam menghasilkan

e-book ini. Walaubagaimanapun, penulis tidak bertanggungjawab seandainya setiap

fakta yang diberi sudah tidak relevan disebabkan oleh perubahan yang sentiasa berlaku

di dunia internet kini.

Kesemua teknik atau cara atau tips yang diberi dalam e-book ini telah dicuba sendiri

oleh penulis. Oleh itu sekali lagi, penulis tidak akan bertanggungjawab jika pembaca e-

book ini melakukan kesilapan, bersikap cuai dan tersalah anggap terhadap informasi

yang diberi. Jika terdapat mana-mana individu atau syarikat atau pertubuhan yang

terasa dipergunakan dalam e-book ini, hal itu adalah tidak disengajakan dan tidak akan

diambil perhatian.

Tiada jaminan bahawa para pembaca akan menjana keuntungan yang sama seperti

penulis. Para pembaca dinasihatkan agar menilai dengan teliti terhadap kebolehan

informasi yang diberi sebelum bertindak. E-book ini dibuat bukan bertujuan untuk

menjadi satu sumber yang sah dalam perniagaan, perakaunan dan nasihat kewangan.

Dengan ini, para pembaca sekali lagi dinasihatkan agar dapatkan perkhidmatan yang

professional, cekap dan sah dalam merangka perniagaan, perakaunan dan hal

kewangan.

Akhir sekali, pembaca didorong untuk mencetak e-book ini supaya mudah dalam

membuat bacaan.

Page 3: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

BIODATA PENULIS

Neal Izham Sharifudin, dilahirkan di Kluang,

Johor. Mendapat pendidikan awal di Negeri Johor

dan mendapat peluang melanjutkan pelajaran di

MRSM Jasin (Ditukar kepada MRSM Tun Ghaffar

Baba).

Berjaya mendapat keputusan yang

cemerlang pada peringkat PMR dan SPM

seterusnya menyambung pengajian ke peringkat

matrikulasi di Tangkak. Masakini beliau

merupakan pelajar sepenuh masa di Universiti

Malaya dalam jurusan Kejuruteraan Awam.

Merupakan seorang pelajar yang aktif dalam sukan tenis dan mempunyai

minat yang mendalam dalam bidang inovatif dan juga dunia perniagaan.

Pernah berjaya merangkul anugerah rekacipta sewaktu di peringkat sekolah

lagi. Beliau mula menceburikan diri dalam bidang perniagaan melalui perniagaan

milik ayahnya, dalam perniagaan jus buah-buahan.

Beliau juga dianugerah pemikiran yang kritis dan kreatif, sentiasa

mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi dan berfikiran ke hadapan untuk

menangani sesuatu cabaran.

Pelbagai pengalaman hidup yang berharga telah menjadi anjakan

paradigma baginya untuk terus maju.

Pengalaman-pengalaman ini menemukan beliau kepada keajaiban dunia

ICT dalam membantu selok-belok perniagaan sekaligus membuatkan beliau

bertekad untuk memberikan sepenuh komitmen untuk memberikan yang terbaik.

Page 4: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Kandungan.

Kepentingan surat jualan yang efektif untuk perniagaan online

Kriteria yang menjadikan surat jualan itu hebat.

Bagaimana menulis surat jualan seperti seorang professional?

Bagaimana hendak memotivasikan orang untuk membeli?

Lima kesilapan utama dalam surat jualan dan bagaimana hendak

mengatasinya?

7 langkah menulis surat jualan yang bagus

Page 5: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Kepentingan surat jualan yang efektif untuk

perniagaan online.

Perniagaan online dan offline adalah berlainan dari segi pendekatan kepada bakal

pembeli. Berikut adalah kelebihan yang ada pada perniagaan offline

Pada perniagaan offline, anda boleh tanya apa yang pelanggan anda mahu.

Anda boleh berikan apa yang pelanggan anda itu mahu. Ia berbeza dari

perniagaan online di mana kita tidak tahu apa yang pelanggan itu mahu,

jadi maklumat melalui surat jualan perlulah tepat dan menyeluruh supaya

pelanggan tahu apa yang anda jual.

Dalam perniagaan offline, anda boleh tahu keadaan atau latar belakang

pelanggan. Jadi, anda boleh approach mereka dengan menggunakan emosi

dan cara yang sesuai bagi memikat bakal pelanggan anda. Ia berbeza dari

perniagaan online di mana kita tidak tahu emosi semasa mereka yang

membaca surat jualan. Maka, surat jualan haruslah memiliki tone dan nada

yang sesuai untuk memikat mereka yang membaca surat jualan.

Dalam perniagaan offline, pelanggan boleh nampak barang yang mereka

beli. Jadi, ia agak mudah untuk mereka mengetahui keadaan sebenar

barang yang mereka akan beli. Berbeza dari perniagaan online, pelanggan

tidak nampak dengan jelas apa yang mereka beli. Jadi, surat jualan yang

efektif perlu ada untuk menghuraikan kepada pelanggan mengenai

keadaan barang yang anda jual itu.

Page 6: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Surat jualan yang efektif penting untuk

Menyakinkan pelanggan anda untuk membeli dari website anda.

Membina hubungan dan kepercayaan dengan para pelanggan anda.

Memberitahu para pelanggan secara menyeluruh barang yang anda jual

dan keperluan ia untuk di miliki oleh para pelanggan.

Di dalam ebook ini, anda akan di dedahkan

Apa yang menjadikan sesuatu surat jualan itu hebat?

Adakah anda patut menulisnya sendiri atau mengupah seorang copywriter.

Bagaimana hendak meningkatkan kemahiran anda menulis surat jualan.

Apa yang memotivasikan pengguna untuk membeli??

Bagaimana dengan memilih perkataan boleh memengaruhi pembaca surat

jualan??

Dan lain2 lagi

Page 7: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Kriteria yang menjadikan surat jualan itu

hebat.

Surat jualan yang berkualiti adalah bukan terdiri dari pemberitahuan apa yang

mereka hendak jual sahaja. Ia meliputi segala perkara yang boleh iaitu sejarah

penubuhan produk, pengalaman si pemilik produk, pengalaman orang lain dan

penulisan secara teliti mengenai produk yang mereka jual itu. Setiap penulis surat

jualan memiliki beberapa idea sendiri untuk melariskan produk yang mereka

promosikan.

Ia bermula dari hati.

Kualiti adalah segalanya dalam menulis surat jualan. Untuk menjadikan sesuatu

sales letter itu berkualiti, ia perlu di tulis menggunakan hati. Setiap perkataan

yang di tulis hendaklah menyentuh hati dan perasaan mereka yang membacanya.

Setiap kelebihan yang ada pada produk tersebut juga di tulis dengan penuh ikhlas

dan boleh membuatkan si pembaca teruja untuk membeli produk yang di jual.

Mengikut kajian, pembeli yang membeli melalui online adalah di sebabkan emosi,

jadi penulisan surat jualan yang berkualiti mesti melibatkan emosi manusia.

Page 8: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Penulisan surat jualan perlu tidak terlalu formal.

Surat jualan adalah seperti jurujual. Jadi, ia perlulah fleksibel. Anda tidak boleh

terlalu formal ketika menulis surat jualan, ia haruslah di tulis seolah-olah anda

sedang menceritakan sesuatu pada prospek anda. Jangan pedulikan tatabahasa

kerana anda sedang menjual, bukannya mengambil peperiksaan.

Berikut adalah tips penggunaan bahasa di dalam penulisan surat jualan.

Gunakan bahasa yang tidak formal iaitu loghat tempatan jika ia

bersesuaian.

Gunakan bahasa yang senang di fahami berbanding menggunakan ayat

yang rumit dan susah.

Menggunakan peribahasa jika ia mampu memberi impak kepada surat

jualan anda.

Gunakan perkataan yang sempoi dan boleh memberi perasaan teruja

kepada para pembaca.

Walaubagaimanapun, di kala penggunaan bahasa yang agak sempoi, pastikan

anda periksa perkara berikut untuk menjaga kredibilit anda sebagai penulis.

Page 9: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Periksa ejaan surat jualan anda, pastikan tiada yang tersilap ejaan pada

surat jualan anda.

Jangan gunakan terlalu banyak huruf besar kerana di dalam minda

pembaca, huruf besar bermakna anda sedang menjerit. Tentu ia akan

mengelirukan pembaca yang menganggap anda selalu terjerit-jerit ketika

mereka membaca surat jualan anda.

Jaga penggunaan tanda bacaan anda seperti tanda seru dan tanda soal.

Jangan biarkan pembaca tersalah anggap dengan penulisan anda.

Panjang sesuatu surat jualan berdasarkan produk yang hendak di jual.

Surat jualan panjang atau pendek ada kelebihannya yang tersendiri. Cara untuk

menentukannya adalah memastikan apa yang anda tulis cukup panjang untuk

menerangkan apa yang anda jual. Namun, jika sesuatu produk itu mahal, surat

jualan biasanya akan lebih panjang di sebabkan pelanggan akan lebih teliti dalam

melakukan pembelian.

Kelebihan bagi surat jualan yang panjang.

Lagi banyak maklumat yang tertulis dan pembeli lebih selesa untuk

membeli di sebabkan maklumat yang terlebih cukup.

Page 10: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Maklumat yang di beri sudah cukup dan pelanggan tidak akan menganggu

anda melalu emel-emel untuk bertanyakan soalan.

Memberi peluang kepada SEO optimization dan lebih keyword akan

terlekat.

Kelebihan bagi surat jualan yang pendek.

Pelanggan boleh menangkap apa yang anda jual sebelum mereka hilang

fokus.

Website anda lebih cantik dan kemas.

Tidak kelihatan seperti surat jualan yang terlalu hype.

Tanpa mengira panjang atau pendek surat jualan yang anda tulis, kualiti tetap

memainkan peranan yang terakhir. Jika penyampaian anda tidak sampai pada

pelanggan, surat jualan anda akan menjadi sesuatu yang tidak berguna untuk di

baca. Bagi surat jualan yang panjang, anda boleh highlight ayat-ayat yang penting

supaya otak mereka akan menangkap maklumat tersebut ketika mereka

melalukan scan terhadap surat jualan anda.

Page 11: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Siapa yang paling sesuai untuk menulis surat jualan anda ?

Bagi saya, orang yang paling sesuai untuk menulis surat jualan bagi produk anda

adalah anda sendiri. Berikut adalah alasan kenapa andalah yang paling layak

untuk melakukan tugas copywriter ini berbanding orang lain

1. Anda tahu perniagaan anda lebih baik dari orang lain.

2. Anda tahu jenis pelanggan yang anda target dan apa yang anda perlu

terangkan pada pelanggan mengenai produk anda.

3. Anda sangat yakin dengan kebolehan produk anda dan ia akan memberi

lebih impak dalam surat jualan.

4. Anda mahu pelanggan mengenali anda bukannya orang lain melalui surat

jualan.

Namun, kebanyakan usahawan tidak ada masa untuk menulis surat jualan bagi

produk mereka. Jadi, mereka akan mengupah freelance copywriter untuk

melakukan tugas bagi pihak mereka. Anda boleh upah freelance tetapi anda perlu

pastikan copywriter anda itu ada perkara berikut

Semua maklumat mengenai produk anda.

Telah menguji kehebatan produk anda iaitu tahu mengenai selok belok

produk anda.

Page 12: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Surat jualan yang di tulis copywriter membuatkan anda sendiri teruja untuk

membeli.

Rekod perkhidmatan adalah cemerlang.

Latihan pertama : Kumpul semua surat jualan, landing page dan artikel pre jualan.

Print dan kumpul ia di dalam satu file untuk di jadikan rujukan pada masa

hadapan iaitu ketika anda ingin menulis surat jualan.

Page 13: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Bagaimana hendak menulis surat jualan

seperti seorang professional?

1. Lakukan kajian sepenuhnya terhadap produk yang anda hendak tulis.

Jika anda tidak yakin akan kelebihan yang ada pada produk anda, surat

jualan anda akan kurang impaknya. Anda perlu yakin akan kelebihan

produk anda. Jika ia adalah produk anda sendiri, ia mungkin anda lebih

biasa dan yakin. Namun, jika ianya adalah produk affiliate, anda perlulah

terlebih dahulu melakukan kajian untutk mendapatkan maklumat yang

cukup mengenainya.

2. Belajar perbezaan antara faedah dan apa yang produk itu mampu lakukan.

Soalan pertama yang akan muncul di dalam minda pelanggan adalah apa

yang produk ini boleh lakukan pada mereka? Apa faedah yang mereka akan

dapat jika mereka membeli produk dari anda? Mereka lebih ligat berfikir

untuk mengetahui apa yang produk anda mampu berikan pada mereka

berbanding apa yang produk tersebut mampu lakukan.

Contohnya televisyen membolehkan anda untuk menonton rancangan-

rancangan yang menarik. Namun, mereka tidak terpikat dengan apa tugas

Page 14: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

televisyen tetapi mereka lebih terpikat untuk mengetahui faedah televisyen

kepada mereka. Adakah produk anda akan menjadikan mereka lebih kaya,

lebih kacak, lebih cantik, lebih kurus, lebih tenang dan sebagainya.

Berikut adalah contoh bagi produk IM

Produk = Internet Marketing

Apa yang produk ini mampu lakukan = bekerja di rumah.

Kelebihan produk ini = masa kerja yang fleksibel dan membolahkan anda

meruangkan lebih masa untuk bersama anak-anak.

Anda perlu pikat pengguna melalui kelebihan produk berdasarkan apa yang

produk anda mampu lakukan.

3. Latihan membentuk kesempurnaan.

Surat jualan yang hebat tidak terjadi dalam masa satu malam. Ia perlukan

masa dan pengalaman. Setiap hari, anda cuba tulis surat jualan untuk

produk anda atau untuk produk affiliate. Asah bakat anda pada setiap hari.

4. Biasakan diri untuk edit surat jualan yang anda tulis.

Baca berulang kali dan cuba cari kesalahan yang ada pada surat jualan

anda. Jadi jujur pada diri sendiri. Setiap ayat dan ungkapan yang anda tulis

Page 15: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

perlulah ada tujuan. Jika anda nampak apa-apa kesalahan yang ada pada

surat jualan anda, jangan halang diri anda dari delete tulisan tersebut.

5. Tingkatkan kredibiliti surat jualan anda.

Berikut adalah beberapa cara untuk meningkatkan kredibilit surat jualan

anda

Testimoni yang berkualiti tinggi dan benar.

Masukkan kes study bagi produk anda untuk membuktikan kelebihan

bagi produk anda.

Masukkan bonus bagi pembelian produk anda

Jaminan wang di kembalikan.

6. Bayangkan bakal pelanggan anda.

Surat jualan haruslah berbentuk peribadi untuk memberi tanggapan yang

baik kepada pembaca surat jualan. Intonasi dan penggunaan ayat haruslah

seperti anda sedang bercakap secara berhadapan dengan pelanggan. Selain

itu, anda harus dapat membayangkan jenis emosi yang ada pada manusia

yang akan membaca surat jualan anda. Anda perlu bayangkan prospek

pelanggan anda.

Page 16: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Sebagai panduan, anda tanya soalan berikut pada diri anda

Berapa umur pelanggan anda?

Adakah mereka bekerja?

Apa yang mereka lakukan?

Adakah mereka lelaki atau perempuan?

Barapa banyak masa mereka akan online?

Berapa pendapatan mereka?

Tahap pelajaran mereka?

Apa yang mereka lakukan untuk meluangkan masa.

Berapa ramai anak mereka ada? Berapa umur anak-anak mereka ?

Adakah mereka mempunyai rumah sendiri?

Adakah mereka mempunyai halaman rumah yang luas.

Ia hanyalah soalan contoh sahaja. Anda boleh cetuskan soalan yang

releven dengan produk anda sahaja. Luangkan masa untuk

mengetahui latar belakang pelanggan anda.

Latihan kedua : Ambik tahu target pasaran anda dan tulis secara lengkap

mengenai latar belakang pelanggan anda. Gunakan imaginasi dan lakukan

pembacaan tambahan jika buntu.

Page 17: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Bagaimana hendak memotivasikan orang

untuk membeli?

Surat jualan yang tiada motivasi untuk membeli adalah surat jualan yang sia-sia.

Penggunaan perkataan dan konsep penceritaan perlulah sesuatu yang boleh

membangkitkan perasaan teruja untuk membeli produk anda.

Psikologi membeli.

1. Adakah produk anda boleh memberi kebahagian kepada pembeli?

Pelanggan anda perlu percaya bahawa produk anda akan memberi tambah

nilai dalam kehidupan mereka. Di dalam surat jualan, anda perlu senaraikan

segala faedah iaitu apa yang boleh membuatkan pelanggan gembira jika

mereka membeli produk anda. Antara contoh faedah ialah

Jimat wang.

Jana pendapatan lebih

Membuatkan hidup lebih mudah.

Menjadikan diri mereka lebih menarik, cantik , kurus, dan

sebagainya.

Page 18: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

2. Tulis sebagai pembaca. Ketika menulis surat jualan, anda letakkan diri anda

sebagai pembaca surat jualan iaitu pelanggan. Apa yang diri anda sebagai

pelanggan mahukan, anda masukkan di dalam surat jualan. Tenggelamkan

diri anda dalam masalah-masalah pelanggan dan wujudkan penyelesaian

melalui produk anda. Strategi yang bagus adalah ambik tahu apa yang

pelanggan anda sedang usahakan dan tunjukkan pada mereka bahawa

produk anda mampu membantu mereka untuk melakukannya dengan lebih

baik.

3. Takutkan pelanggan. Surat jualan anda akan lebih efektif jika anda

masukkan elemen takut untuk tidak membeli produk anda. Ia lebih

memberi impak dari menulis sesuatu untuk memaksa orang membeli

produk anda. Nyatakan dengan jelas apa yang mereka bakal hilang jika

mereka tidak membeli produk dari anda.

4. Wujudkan pihak ketiga untuk menjadi jurucakap bagi produk anda.

Contonya adalah kajian kes bagi keberkesanan produk anda dan testimoni

dari pembeli sebelum ini.

5. Tulis apa yang pelanggan anda mahu anda beritahu pada mereka.

6. Jadikan ia seperti perbualan. Tanya mereka soalan dan berikan jawapan

yang terbaik untuk soalan rekaan anda itu. Perbualan akan menjadikan

pembaca untuk terus membaca kerana mereka terasa seperti mereka

terlibat dengan produk anda.

Latihan Ketiga : Senaraikan segala faedah yang terdapat dalam produk anda. Dari

faedah-faedah tersebut, anda senaraikan apa yang boleh membuatkan pelanggan

Page 19: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

gembira jika mereka membeli produk anda. Selepas itu , anda senaraikan pula

segala rugi yang pelangggan perlu tanggung jika mereka tidak membeli produk

anda sekarang.

Page 20: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Kuasa penggunaan perkataan yang berimpak

tinggi.

Apa sahaja produk yang anda promosikan, penggunaan perkataan atau ungkapan

tertentu boleh membantu untuk meningkatkan kualiti surat jualan anda. Tarik

perhatian pembaca surat jualan melalui keghairahan terhadap produk anda.

Gunakan perkataan-perkataan yang positif untuk menggambarkan produk anda.

Penggunaan perkataan negatif adalah hanya ketika anda menulis kerugian yang

perlu di tanggung oleh pembaca kerana tidak membeli produk yang anda jual.

Contoh perkataan berimpak tinggi adalah.

Peluang

Seumur hidup

Terbukti

Segera

Esok di jamin berkesan.

Jaminan 100 percent

Berjaya

Eksklusif

Page 21: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Penggunaan kata ganti nama.

Kelebihan menggunakan kata ganti nama saya adalah ia boleh mewujudkan

hubungan peribadi antara anda dan pembaca anda. Ia memberi tanggapan yang

anda sedang bercerita mewakili diri sendiri. Ia akan membuatkan pembaca untuk

lebih percaya dan gembira untuk membaca surat jualan anda sehingga habis.

Namun, kebanyakan copywriter menganggap penggunaan perkataan anda juga

memainkan peranan yang penting dalam menghasilkan surat jualan yang bagus.

Ini keranan perkataan anda bermakna anda sedang memberitahu sesuatu kepada

si pembaca. Lalu, pembaca akan lebih fokus atas apa yang mereka baca.

Walau bagaimanapun, penggunaan perkataan saya dan anda amat penting dalam

penulisan surat jualan. Anda gunakan kata ganti nama saya untuk menceritakan

situasi dan perkataan anda untuk memberitahu sesuatu kepada si pembaca.

Pikat hati pembaca untuk terus membaca,

Kebanyakan pengguna internet akan terus membaca surat jualan anda jika

mereka tertarik dengan headline anda. Namun, jika perenggan pertama tidak

sama dengan headline anda, mereka akan berhenti membaca kerana mereka

Page 22: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

sudah hilang minat untuk membaca sesuatu yang mereka tidak mahu dengar atau

tahu.

Berikut adalah antara perkataan yang anda boleh guna di dalam headline untuk

memastikan pembaca untuk terus membaca perenggan seterusnya.

- Anda

- Baru

- Bagaimana.

Pembaca selalunya tertarik pada headlines yang agak misteri iaitu membuatkan si

pembaca teruja dan tertanya-tanya. Bila pembaca sudah tertarik dengan headline

anda, mereka akan membaca ayat pertama di perenggan pertama. Jadi, ayat

pertama anda haruslah sambungan kepada headlines anda. Manusia tidak suka

berteka teki, mereka mahukan jawapan dengan pantas. Jadi, anda beri sahaja

jawapan yang mereka mahu pada perenggan pertama.

Jika pembaca berhenti baca di perenggan pertama, ia tidak mengapa kerana

matlamat anda untuk memberitahu kepada pembaca mengenai produk anda

sudah tercapai. Lagipun anda mahu menjual barang bukannya mahu mereka

membaca surat jualan anda dan akhirnya tidak membeli.

Page 23: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Latihan keempat : buat latihan untuk menulis headline yang menarik. Pilih satu

produk atau produk anda sendiri, tulis berbagai headline.

Page 24: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Lima kesilapan utama dalam surat jualan dan

bagaimana hendak mengatasinya.

1. Surat jualan yang menggunakan ayat yang terlalu complicated.

Pembeli tidak suka berfikir, mereka mahukan sesuatu maklumat adalah

dalam bentuk straigtforward. Jadi, anda jangan masukkan ayat atau

ungkapan yang boleh mengelirukan pembaca.

2. Biarkan pembaca berfikir.

Jangan terlalu penuhkan page ministe anda dengan maklumat sehingga

menyusahkan pembaca untuk membaca maklumat yang anda ingin

sampaikan. Susun perenggan dengan teliti. Jarakkan ruang yang mencukupi

antara perkataan untuk membolehkan pembaca membaca dengan mudah.

Gunakan tulisan yang sesuai untuk di baca.

3. Memberitahu apa yang produk mampu lakukan.

Page 25: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Jangan terlalu highlight fungsi produk anda. Cukup sahaja dengan

penerangan umum dan lebihkan pada faedah produk anda. Apa yang

produk itu mampu lakukan untuk menyenangkan si pembeli tadi.

4. Meletakkan button BUY NOW tanpa arahan susulan.

Kebanyakan surat jualan hanya menyatakan beli produk ini sekarang dan

sebagainya tetapi mereka tidak menunjukkan cara untuk membeli. Di butik

contohnya, pembeli akan bertanya, berapa ringgit untuk harga sehelai baju.

Kemudian, juru jual akan beri arahan pada pembeli tadi untuk membayar di

kaunter.

Pendek kata, anda perlu mempersilakan pembaca surat jualan anda untuk

melakukan pembayaran bagi mendapatkan produk anda. Tunjukkan pada

mereka cara-cara yang sehalus mungkin supaya mereka tenang dan selesa

untuk melakukan pembayaran.

5. Tiada konsistensi.

Adakah surat jualan anda mempunyai headline yang mantap? Jika ya,

baguslah. Namun, surat jualan anda perlu konsisten. Ini bermakna jika

headline anda mantap, ayat-ayat di dalam surat jualan anda juga perlu

mantap. Teruskan momentum ayat headline anda dengan menggunakan

ayat-ayat yang sentiasa menarik.

Page 26: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Jangan terlalu takut untuk menulis surat jualan. Tiada yang lebih mengetahui

mengenai perniagaan anda selain anda sendiri. Tulis apa sahaja yang anda rasa

menarik dan perbaikinya di masa hadapan secara berperingkat. Prinsip yang anda

perlu pegang adalah surat jualan boleh di perbaiki. Jadi, jangan takut untuk

ekspresi idea anda.

Page 27: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

7 langkah menulis surat jualan yang bagus.

1. Pastikan anda kenal target pasaran anda. Jika produk anda niche ibu bapa,

tulis surat jualan seperti anda bercakap kepada ibu bapa.

2. Tulis semua faedah produk anda.

3. Kesan masalah semasa yang perlu di selesaikan dan apa yang produk anda

mampu lakukan untuk menyelesaiakan masalah tersebut.

4. Kenapa masalah yang membelenggu mereka masih tidak selesai walaupun

mereka telah berusaha bermacam-macam cara, kesan masalah ini dan

kaitkan penyelesaian dengan produk anda.

5. Tulis kemungkinan yang anda. Ia bermaksud jika mereka membeli produk

anda, apa kemungkinan yang terjadi pada diri mereka. Contohnya, anda

menjual produk kuruskan badan, anda boleh tulis pada surat jualan bahawa

mereka mungkin akan memperoleh teman wanita jika mereka kurus dan

menarik.

6. Perbezaan ketara. Tunjukkan produk anda mampu memberi perbezaan

yang ketara pada pembeli. Di sini masukkan kajian kes dan testimoni.

7. Tunjukkan pada pembeli cara hendak membeli produk anda.

Page 28: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

Tawaran Istimewa

Dapatkan khidmat nasihat

Memandangkan anda telah berjaya membaca sampai ke tahap ini, saya percaya anda

seorang yang serius untuk menambah ilmu.

Oleh itu, saya memberi peluang khas kepada anda untuk mendapatkan khidmat nasihat

secara terus melalui email sebagai tanda penghargaan kerana menghabiskan

membaca ebook ini.

Subjek email haruslah dinamakan “Bonus Khidmat Nasihat” dan diikuti dengan

pertanyaan anda ke neal_izham[at]yahoo.com.

Berikan detail yang secukupnya agar urusan lebih mudah dan lancar.

Dapatkan Diskaun 50% untuk ebook Premium

Gunakan kupon unik ini : “50ebooknealizham”

Untuk dapatkan harga diskaun setengah harga bagi ebook-ebook pemium saya.

http://www.BlogMudah.info

Page 29: Teknik Sempoi Tulis Surat Jualan oleh Neal Izham

http://www.Affiliate-Malaysia.info

http://www.MLM-Malaysia.com