PELAN STRATEGIK
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN
2011 - 2015
KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI MAKANAN SABAH
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) telah ditubuhkan pada 16 September 1963, selaras dengan keperluannya dalam Sistem Kabinet Negeri Sabah apabila Negeri Sabah menyertai pembentukan Malaysia. Sebelum penubuhan MAFI, tanggungjawab menentukan dasar dan pembangunan pertanian diletakkan di bawah bidangkuasa Jabatan Pertanian Sabah.
Fungsi-fungsi utama MAFI ialah menggubal Dasar Pertanian Negeri Sabah, menyelaras Penyediaan/Pengagihan Bajet dan memantau prestasi projek pembangunan yang dilaksanakan oleh jabatan/agensi di bawah MAFI.
MAFI terdiri daripada dua (2) bahagian utama iaitu Bahagian Perancangan dan Penyelarasan dan Bahagian Pengurusan dan Kewangan.
Terdapat empat (4) buah jabatan dan tiga (3) buah badan berkanun diletakkan di bawah naungan MAFI.
MAFI
Jabatan
Pertanian
Jabatan
Perikanan
Jabatan
Perkhidmatan
Haiwan dan
Perusahaan
Ternak
Jabatan
Pengairan
dan
Saliran
Korporasi
Pembangunan
Desa
Lembaga
Industri
Getah Sabah
KO-NELAYAN
Menjadikan MAFI sebuah
kementerian yang menerajui
transformasi sektor
pertanian yang progresif,
komersial dan berdaya
saing.
Untuk mentransformasikan sektor
pertanian bagi meningkatkan
pendapatan pengusaha sektor
pertanian, pengeluaran makanan
dan sumbangan sektor pertanian
kepada KDNK melalui peningkatan
produktiviti dan pewujudan nilai
tambah secara cekap.
Menerajui Transformasi
Sektor Pertanian Yang
Progresif, Komersial dan
Berdaya Saing.
1. Penggubalan Dasar dan Program
2. Penyelarasan Penyediaan Bajet
dan Agihan Peruntukan
Pembangunan Kepada Agensi-
Agensi Di Bawah MAFI
3. Pemantauan Prestasi Projek-
Projek Pertanian Negeri Sabah
1. Memastikan penggunaan optima sumber-sumber bagi memaksimakan produktiviti dan potensi peningkatan pendapatan;
Terdapat 8 objektif MAFI:-
2. Meningkatkan kecekapan dan pengeluaran sektor;
3.Meningkatkan tahap pengeluaran makanan domestik;
4.Mentransformasikan pekebun-pekebun kecil kepada pekebun-pekebun yang komersial dan dinamik;
5.Menyediakan suasana yang kondusif untuk menarik dan melibatkan lebih ramai pelabur ke dalam sektor;
6.Mempercepatkan
pembangunan industri
berasaskan pertanian dan
integrasi sektor pertanian
dengan sektor pembuatan;
7. Menambahbaik persaingan
dan keuntungan dalam
sektor; dan
8.Memperkukuhkan asas ekonomi
penting dan khidmat-khidmat
sokongan yang perlu untuk
meningkatkan kecekapan,
pengeluaran dan persaingan
dalam sektor dan menggalakkan
pembangunan mampan dan
mesra alam dalam pertanian.
1. MAFI komited dalam menyampaikan
perkhidmatan kepada pelanggan
dengan cekap dan berkesan sejajar
dengan visi,misi dan objektif kualiti
MAFI.
2. MAFI komited meningkatkan
keberkesanan pelaksanaan MS ISO
9001:2008 melalui penambahbaikan
yang berterusan.
1. Pentadbiran
Mewujud dan mengekalkan sistem pentadbiran dan amalan pengurusan yang cekap dan berkualiti di kementerian termasuklah Jabatan dan Agensi di bawahnya, serta mengukuhkan hubungan kerja yang mesra di antara kakitangan Kementerian, Jabatan dan Agensinya.
2. Perumusan dan Realisasi Dasar
Merumus dan menggubal dasar-dasar yang berkaitan dengan peranan dan tanggungjawab Kementerian, memastikan kejayaan pelaksanaan dasar-dasar tersebut, termasuklah membuat semakan dan penilaian ke atas dasar-dasar berkenaan dari semasa ke semasa.
3. Perancangan Pembangunan Sumber dan Industri
Memastikan sumber-sumber negeri terpelihara dan dieksploitasi secara mapan melalui pembangunan sumber pertanian yang terancang. Di samping itu, mengawasi penguatkuasaan ordinan-ordinan dan peraturan-peraturan yang berkaitan untuk memastikan industri-industri pertanian membangun dengan tersusun.
4. Perancangan dan Pemantauan Projek
Memastikan projek dan program yang melibatkan semua agensi pelaksana adalah realistik dan selaras dengan dasar dan matlamat MAFI, dan di samping itu memantau dan menyelaras pelaksanaan projek dan program yang telah diluluskan.
5. Pengawalan Belanjawan
Memastikan peruntukan kewangan adalah mencukupi untuk menyiapkan projek/program/aktiviti yang telah dirancang dan diluluskan; mengeluarkan peruntukan kepada Jabatan dan Agensi dibawahnya serta mengawal perbelanjaan peruntukan tersebut mengikut peraturan-peraturan atau arahan-arahan yang berkuatkuasa.
6. Dokumen dan Maklumat
Mengumpul dan menyimpan dokumen, maklumat atau data dengan sempurna serta memastikan ketepatan maklumat bagi tujuan perancangan yang tepat dan berkesan.
7. Fungsi-Fungsi Lain
Selain dari enam (6) fungsi utama seperti di atas, MAFI juga bertanggungjawab kepada penyediaan Kertas-Kertas Kabinet yang berkaitan dengan bidang tugasnya, jawapan kepada pertanyaan Jabatan Audit dan Jawatankuasa Akaun Awam dan lain-lain lagi.
MAFI
SKN
UPEN
Jabatan/ Agensi MAFI
KEM. KEWANGAN
JEMAAH MENTERI
MAFI
PELANGGAN-PELANGGAN
1. Setiausaha Kerajaan Negeri
2. Kementerian Kewangan
3. Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah
4. Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani Malaysia
5. Kementerian Sumber Asli dan Alam
Sekitar Malaysia
6. Jabatan Pertanian
7. Jabatan Perikanan
8. Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan
Perusahaan Ternak
9. Jabatan Pengairan dan Saliran
10.Korporasi Pembangunan Desa
11.Lembaga Industri Getah Sabah
12.Korporasi Kemajuan Perikanan dan
Nelayan Sabah (Ko-Nelayan)
13.Orang Awam
Piagam Pelanggan MAFI adalah seperti
berikut:-
“Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan
yang berkualiti dalam usaha memastikan
pembangunan sektor pertanian yang progresif ke
arah meningkatkan taraf hidup masyarakat petani,
penternak dan nelayan sejajar dengan Dasar
Pertanian Negeri Sabah melalui aktiviti-aktiviti
berikut:-
r
Memastikan penyediaan baucer bagi tuntutan
elaun lebih masa dan bil-bil diproses dalam
tempoh empat belas (14) hari bekerja dari
tarikh dokumen tuntutan/invois diterima dengan
lengkap.
Memastikan perolehan yang dibuat melalui
sebutharga akan diiklan, diputus dan
ditawarkan dalam tempoh dua puluh satu (21)
hari bekerja. Nilai anggaran hendaklah tidak
melebihi RM250,000 bagi Kerajaan Negeri Sabah
dan RM500,000 bagi Kerajaan Persekutuan.
Memastikan setiap pegawai dan
kakitangan MAFI menghadiri kursus
ataupun latihan sekurang-kurangnya
7 hari atau empat puluh (40) jam
dalam masa setahun.
Memastikan aduan masalah komputer
diambil tindakan dalam tempoh tiga (3)
hari bekerja.
Menyelesaikan masalah teknikal
berkaitan ICT yang diterima dalam
tempoh tujuh (7) hari bekerja dengan
syarat perkakasan dan alatganti
komputer yang diperlukan adalah
tersedia ada dan boleh digunakan.
Penggubalan Dasar jangka pendek akan dibuat
dalam masa 3 bulan.
Penggubalan Dasar jangka panjang akan dibuat
dalam masa 1 tahun.
Memastikan pemantauan prestasi pelaksanaan
projek pembangunan dijalankan sekurang-
kurangnya empat (4) kali setahun.
Memastikan laporan prestasi pelaksanaan projek
secara fizikal dan perbelanjaan diterima pada
minggu pertama setiap bulan.
Memastikan laporan pemantauan
setiap suku tahun disiapkan dalam
minggu kedua bulan berikutnya.
Teras Strategik MAFI adalah seperti berikut:-
1. Peningkatan daya saing sektor pertanian
2. Pertambahan sumbangan daripada sumber pertumbuhan
baru sektor pertanian dengan nilai ditambah yang tinggi
3. Penggunaan teknologi moden secara meluas dan
penggalakan inovasi dalam sektor pertanian
4. Penyertaan sektor swasta yang lebih giat dalam sektor
pertanian
5. Pembangunan usahawan pertanian
6. Peningkatan pendapatan golongan sasar dari kumpulan
miskin tegar, miskin dan berpendapatan rendah sektor
pertanian
Strategi MAFI adalah seperti berikut:-
1. Peningkatan daya saing sektor pertanian
Meningkatkan produktiviti unit pengeluaran dan
tenaga kerja
Meningkatan akses pasaran
Membangun dan meluaskan syer produk bernilai
tinggi
Menambah penawaran tenaga kerja mahir
Meluas pengeluaran daripada sumber biodiversiti
tempatan
2. Pertambahan sumbangan daripada sumber
pertumbuhan baru sektor pertanian dengan nilai
ditambah yang tinggi
Pembangunan sumber manusia yang berkemahiran
dan berpengetahuan
Mempergiat R & D
Membangunkan produk dan perkhidmatan baru
3. Penggunaan teknologi moden secara meluas dan
penggalakan inovasi dalam sektor pertanian
Menggalakkan penggunaan jentera, peralatan
teknologi dan teknologi penjimatan kos termasuk ICT
Meningkatkan keberkesanan mekanisme untuk
pemindahan teknologi
Mempergiatkan aktiviti R & D dan inovasi
4. Penyertaan sektor swasta yang lebih giat dalam
sektor pertanian
Mewujudkan peluang pelaburan dan infrastruktur
pertanian untuk menyokong penyertaan swasta
Menggalakkan usahasama dengan pelabur asing
5. Pembangunan usahawan pertanian
Membina keupayaan dan pengetahuan usahawan tani
Membantu usahawan tani mengakses pakej sokongan
perniagaan yang disediakan oleh Kerajaan
Persekutuan bagi membangunkan usahawan tani
6. Peningkatan pendapatan golongan sasar dari
kumpulan miskin tegar, miskin dan berpendapatan
rendah sektor pertanian
Membantu KIR dan golongan isi rumah miskin
mengakses program berpakej (kewangan, latihan,
teknologi, pengurusan pemasaran dan infrastruktur)
yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan
Melaksanakan kursus motivasi bagi mengubah corak
pemikiran golongan sasar agar lebih berdaya saing.
Pelan Tindakan MAFI adalah seperti berikut:
1. Peningkatan daya saing sektor pertanian
Peningkatan produktiviti komoditi pertanian
Peningkatan tahap sara diri komoditi
makanan
Perluasan syer pasaran domestik dan
antarabangsa
2. Pertambahan sumbangan daripada sumber
pertumbuhan baru sektor pertanian dengan nilai
ditambah yang tinggi
Peningkatan sumbangan nilai ditambah kepada
sektor pertanian
Kepelbagaian produk-produk baru
Peningkatan eksport
Pengurangan import makanan
3. Penggunaan teknologi moden secara meluas dan
penggalakan inovasi dalam sektor pertanian
Peningkatan produktiviti, kecekapan dan
pengwujudan pengusaha pertanian yang
berpengetahuan
Peningkatan inovasi produk dan proses
4. Penyertaan sektor swasta yang lebih giat dalam
sektor pertanian
Peningkatan pelaburan sektor swasta dalam aktiviti
pertanian
5. Pembangunan usahawan pertanian
Pembangunan usahawan sektor pertanian yang
berdaya saing di peringkat global
6. Peningkatan pendapatan golongan sasar dari
kumpulan miskin tegar, miskin dan berpendapatan
rendah sektor pertanian
Pendapatan bagi isi rumah berpendapatan terendah
meningkat melalui projek/aktiviti pertanian
BKU 1 : Pendapatan Pengusaha Pertanian, Perikanan dan
Penternakan
KPI 1: Peningkatan Pendapatan purata
Pertanian [30%]
Perikanan [30%]
Penternakan [50%]
BKU 2 : Keselamatan Bekalan Makanan
KPI 2: Peningkatan peratusan dalam tahap sara
diri bekalan makanan (60%)
KPI 3: Kadar pertumbuhan tahunan makanan (11%)
BKU 3 : Sumbangan Sektor Pertanian kepada KDNK
KPI 4 : Kadar peningkatan eksport makanan ( 10 %)
KPI 5: Kadar pengurangan import makanan ( 1% )
Mencapai 30% keperluan bekalan
beras dalam setahun bagi Negeri Sabah.
Mencapai 30% bekalan daging untuk Negeri Sabah.
PELAN STRATEGIK