1
PEMBELAJARAN BALAGHAH DI PERINGKAT SIJIL TINGGI PELAJARAN
MALAYSIA (STPM) DI SELANGOR
Nor Syazwani Binti Armuji,1 Zamri Arifin,
2
1,2 Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam,
Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abstrak: Artikel ini mengkaji berkaitan pembelajaran Balaghah di peringkat STPM
khususnya pelajar yang mengikuti pengajian di tingakatan enam. Kajian ini telah dijalankan
di salah sebuah sekolah harian yang mengendalikan pengajaran kemahiran bahasa Arab
termasuklah sukatan Balaghah. Sekolah yang dipilih ialah Sekolah Menengah Kebangsaan
Dato Harun, Tanjong Karang, Selangor. Kajian ini bertujuan untuk melihat cara dan kaedah
pembelajaran ketika mempelajari subjek Balaghah di sekolah. Metode kajian yang dijalankan
adalah berpandukan kajian lapangan dengan meneliti dan menyaring maklumat daripada
kajian soal selidik yang telah dilakukan di sekolah berkenaan. Seramai 15 orang pelajar dari
tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun telah dipilih sebagai sampel.
Hasil saringan dan dapatan kajian yang diperoleh menunjukkan pelajar-pelajar memberikan
respon yang positif dan mereka mempunyai persepsi dan minat yang mendalam terhadap
ilmu Balaghah. Oleh itu, bagi memastikan para pelajar dapat menguasai ilmu Balaghah
dengan sebaik mungkin, beberapa langkah dan cadangan boleh diperhatikan dan dinaiktaraf
oleh pengurusan sekolah, para guru serta pelajar.
Kata kunci: Pembelajaran, Balaghah, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Selangor,
PENGENALAN
Kepelbagaian bidang dalam komponen ilmu bahasa Arab telah membuka peluang kepada
masyarakat untuk membongkar keistimewaan dan keunikan bahasa Arab sebagai bahasa al-
Quran. Keunggulan bahasa Arab dapat diperhatikan melalui sistem i’rab, tasrif dan
pembentukan i’jaz. Sistem i’rab ialah perubahan keadaan tanda baris pada akhir perkataan
disebabkan oleh faktor tertentu dalam ilmu nahu, sistem tasrif bermaksud perubahan
pembinaan pola perkataan yang membawa pelbagai makna dalam ilmu sarf dan sistem
pembentukan gaya bahasa i’jaz pula bermaksud gaya bahasa yang mengandungi pengertian
luas dengan perkataan yang pendek, padat dan jelas dalam ilmu Balaghah (Azhar Muhammad
2008: 2).
Ketinggian dan keunikan gaya bahasa Arab memerlukan penguasaan kemahiran ilmu
Balaghah bagi memahami dan menghayati maksud yang tersurat dan tersirat. Atas kesedaran
ini, institusi pendidikan agama di peringkat menengah dan tinggi telah meletakkan ilmu
Balaghah sebagai komponen bahasa Arab seiring dengan komponen lain seperti nahu, sarf,
mutala’ah, ta’bir, insya’ dan sebagainya. Pembelajaran ilmu Balaghah dijadikan sebagai
pelengkap kepada pembelajaran bahasa Arab yang akan memberi kesan terhadap gaya
penulisan dan pertuturan mereka (Ismail Hamid 1991: 81).
Prosiding Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014 • disunting oleh: Zamri Arifin, Maheram Ahmad, Suhaila Zailani @ Hj.
Ahmad, Lazim Omar, Mohamad Zaidin Mat @ Mohamad, Khazri Osman, Al Muslim Mustapa & Mohd Shahrizal Nasir • ©Fakulti Pengajian Islam, UKM & Fakulti Kontemporari Islam, Unisza • ISBN 978-967-5478-78-9
2
Ilmu Balaghah juga merupakan suatu ilmu yang berfungsi menyampaikan bahasa
yang jelas, indah, menarik dan digunakan untuk mencapai tujuan tertentu dalam situasi yang
memungkinkan. Pada hakikatnya, menurut Siti Saudah Haji Hassan (1999:43) dalam
karyanya ia merupakan seni yang mempunyai gaya bahasa indah dalam pelbagai bentuk.
Oleh itu, penggunaan bahasa dalam bentuk wacana tidak hanya mencakupi aspek-aspek
kebahasaan sahaja tetapi juga aspek-aspek lain yang berupa penyusunan masalah yang
digarap dalam suatu susunan yang teratur dan logik. Ilmu Balaghah ini amat penting kerana
dapat mengetahui dan memahami al-Quran dan Hadith melalui gaya bahasanya yang indah.
Ilmu Balaghah merupakan satu ilmu yang berkaitan dengan ilmu nahu dan sarf. Kedudukan
ilmu Balaghah sebagai ilmu bahasa Arab akan dapat dilihat dengan jelas jika digunakan
dalam pembelajaran dan akan mudah untuk mengenalpasti kalimah dan perkataan berbentuk
sastera ataupun bukan sastera.
PERMASALAHAN KAJIAN
Program Persediaan Universiti ( PPU) @ Tingkatan 6
Tingkatan Enam merupakan peringkat tertinggi dalam pendidikan menengah di Malaysia dan
juga memberikan peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Dengan
erti kata lain merupakan salah satu gerbang ke menara gading. Tingkatan enam juga boleh
dilihat sebagai peringkat transisi daripada sistem pendidikan "sekunder" ke sistem pendidikan
"tertiar". Oleh itu, wajar ia dibezakan daripada sistem persekolahan menengah biasa, seperti
mana kata Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Datuk Alimuddin bin Mohd Dom
mengatakan “Tingkatan Enam sebenarnya menyediakan pelajar untuk Universiti. Justeru,
para pelajar Tingkatan Enam perlu diberi kemahiran-kemahiran untuk menjadi pelajar
universiti yang lebih berdikari dari segi penimbaan ilmu” (smkdatoharun.edu.my).
Walau bagaimanapun, sejak kerajaan memberikan perhatian khas kepada sistem
pendidikan di Tingkatan Enam, telah wujud satu trend bahawa pelajar lepasan SPM mula
meminati Tingkatan Enam. Dengan adanya perhatian yang diberikan oleh kerajaan terhadap
pendidikan di Tingkatan Enam itu menjadikan pelajar merasa lebih berkeyakinan. Sebagai
contoh, kerajaan sedang dalam perancangan untuk menjenamakan semula Tingkatan Enam.
Dalam hal ini pelbagai aspek pengurusan Tingkatan Enam akan diubah atau diwujudkan.
Salah satu daripadanya ialah dengan mewujudkan Sekolah Khas Tingkatan Enam. Seperti
kata Tan Sri Dr Zulkarnain Awang, Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang
mengatakan “Dari segi "Blue Ocean Strategy" kita boleh membandingkan persekolahan
Tingkatan Enam dengan sistem pembelajaran di kolej dari aspek-aspek faktor persaingan
(Competing Factors) seperti rajah 3.1 berikut;
3
Rajah 1: Strategi Canvas Sistem Tingkatan Enam berbanding dengan Sistem Kolej
Sumber: Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun
Dari aspek faktor persaingan penjimatan kos, Tingkatan Enam nampaknya lebih baik
dari kolej kerana kos yang lebih rendah. Pelajar di Tingkatan Enam tidak perlu membayar
yuran pengajian dan lain-lain bayaran yang tinggi seperti yang dikenakan oleh kolej. Nilai
Sijil Peperiksaan Awam (Sijil Tinggi Persekolahan, STPM) Tingkatan Enam, ternyata lebih
bernilai daripada Sijil Kolej (contohnya Matrikulasi) kerana STPM diiktiraf di seluruh dunia
sebagai menyamai GCE "A" Level peringkat Cambridge (smkdatoharun.edu.my). Sekalipun
pelajar tidak dapat masuk ke universiti selepas STPM, sijil itu "laku" untuk digunakan bagi
kemasukan ke institusi-institusi lain dan bagi tujuan mencari kerja. Walau bagaimanapun,
dari segi penjimatan tempoh kursus, kolej Matrikulasi nampaknya lebih baik kerana ia hanya
mengambil masa setahun sahaja untuk pelajar menamatkan pengajian, berbanding dengan
Tingkatan Enam yang memakan masa 20 bulan.
Sukatan Subjek Balaghah STPM
Subjek ilmu Balaghah di peringkat STPM merupakan subjek tersendiri yang mempunyai
sukatan yang digubal khusus oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Turut terlibat dalam
penyediaan dan penyemakan silibus adalah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Bahagian Kurikulum, Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran
Malaysia dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Secara keseluruhannya, sukatan
pelajaran tersebut boleh dibahagikan kepada dua komponen besar yang juga merupakan
pecahan utama ilmu Balaghah. Pertama ilmu Ma’ani dan kedua ialah ilmu Badi’ (Norimah
Kinto 2013).
4
Pada peringkat STPM ini juga, mata pelajaran Balaghah disepadukan dengan
komponen-komponen mata pelajaran bahasa Arab yang lain dalam satu silibus. Kesemua
komponen mata pelajaran bahasa Arab di peringkat STPM yang merangkumi sistem fonetik
dan khat, tatabahasa dan morfologi Arab, kemahiran-kemahiran bahasa, kesusasteraan Arab
dan Balaghah masing-masing berada dalam satu set matlamat dan objektif yang sama. Dari
aspek masa, kebanyakan sekolah menengah yang menawarkan subjek-subjek STPM, tempoh
pengajiannya adalah selama satu tahun setengah, bermula selepas pelajar menduduki
peperiksaan SPM iaitu pada tingkatan 6 Bawah dan 6 Atas.
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Harun merupakan satu-satunya sekolah
menengah harian yang menawarkan aliran Arab dalam STPM. Ini begitu membanggakan
kerana pelajar dapat menyambung dan mengambil subjek dalam aliran Arab. Selain itu juga,
sekolah ini juga ada menawarkan subjek bahasa Arab kepada pelajar dari tingkatan 1
sehingga 5. Ini amat memudahkan pelajar yang mengambil subjek bahasa Arab untuk
menyambung dalam aliran Arab di dalam STPM. Ini kerana mereka telah didedahkan tentang
bahasa Arab sejak beada di dalam tingkatan 1 lagi. Namun begitu, pelajar dari sekolah lain
juga boleh menyambung pelajaran ke peringkat STPM di sekolah ini yang ingin mengambil
aliran Arab dan aliran Sastera (Norimah Kinto 2013).
Bagi pelajar dari sekolah kelolaan JAIS, topik-topik ilmu Balaghah yang terdapat
pada peringkat STPM ini bukanlah asing kepada mereka, ini kerana mereka sudahpun
didedahkan kepada asas-asas dan tajuk-tajuk penting mengenai subjek ini bermula dari
tingkatan 4 dan 5 lagi melalui sukatan peperiksaan Sijil Menengah Agama (SMA). Program
ini dianggap sebagai pendedahan awal kepada para pelajar tersebut sebelum melanjutkan
pengajian mereka pada peringkat yang lebih tinggi nanti. Sebenarnya pelajar tersebut bukan
hanya didedahkan dengan topik-topik penting subjek ilmu Balaghah sahaja akan tetapi
bolehlah dikatakan semua subjek STPM telah mula diajar kepada para pelajar bermula dari
tingkatan 4 lagi.
Selain daripada itu, subjek bahasa Arab Tinggi yang menjadi subjek wajib kepada
pelajar-pelajar di peringkat SPM juga mengandungi beberapa topik penting dalam ilmu
Balaghah yang akan terus dipelajari oleh mereka secara lebih mendalam apabila melangkah
ke peringkat STPM nanti. Maka dari sini dapatlah disimpulkan bahawasanya para pelajar ini
sememangnya telah mendapat pelbagai pendedahan yang meluas berkaitan topik-topik ilmu
Balaghah.
Buku Teks
Subjek ilmu Balaghah peringkat STPM ini tidak menggunakan buku teks khusus tersendiri.
Pelajar banyak mengambil dan membuat rujukan berdasarkan buku berkaitan ilmu Balaghah
di peringkat SPM. Ini amat menyukarkan pelajar untuk lebih memahami dan mendalami
subjek ilmu Balaghah kerana kekurangan sumber rujukan (Asmah Jamian 2013).
Namun begitu, dari sudut persembahannya, buku yang digunakan sebagai rujukan
utama mudah untuk dibaca dan difahami kerana susunan perbincangannya jelas dan tidak
merumitkan. Begitu juga latihan amali didatangkan pada setiap tajuk bagi menguji sejauh
manakah kefahaman pelajar terhadap tajuk yang dipelajarinya.
5
Dari sudut penulisan teks pula ia ditulis dengan tulisan Arab beserta terjemahannya.
Tulisannya jelas dan terang yang boleh membantu menarik minat pelajar untuk membacanya.
Dengan adanya terjemahan juga, akan memudahkan pelajar untuk memahami apa yang
dimaksudkan dengan lebih mudah. Penulisan teksnya dilengkapi dengan tanda-tanda bacaan
yang sempurna terdiri daripada titik, koma, tanda soal, tanda seru, titik bertindih dan
sebagainya. Perkataan yang hendak dijelaskan dalam ayat diletakkan dalam kurungan
(Asmah Jamian 2013). Teksnya disusun mengikut susunan yang teratur melalui kaedah
perenggan bernombor. Contoh dari ayat-ayat al-Quran ditulis dengan tulisan Rasm Uthmani
yang diambil terus daripada al-Quran dan diletakkan dalam kurungan bertindih dua. Begitu
juga contoh dari syair Arab ditulis dalam baris yang berasingan dan diletakkan baris pada
perkataannya untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman maksudnya.
Tajuk-tajuk dalam buku rujukan yang digunakan disusun rapi mengikut keutamaan,
bagi tajuk-tajuk kecil (subtopic) ia disusun mengikut nombor yang berturutan. Begitu juga
perinciannya dijelaskan melalui rajah-rajah yang mudah difahami. Setiap daripada tajuk-tajuk
utama dibahagikan pula kepada tajuk-tajuk kecil. Tajuk-tajuk ini secara umumnya menarik
kerana ia didahului dengan maksud tajuk yang diikuti dengan contoh-contoh bagi
menjelaskan lagi isi kandungan dan bahan perbincangan sebelum disusuli dengan penerangan
tentang tajuk-tajuk kecil atau subtopic yang berkaitan. Isi perbincangan dan pembahagian
turut diperhalusi dan diperkemas. Setiap perbincangan diakhiri dengan kesimpulan serta
latihan untuk menguji tahap penguasaan pelajar terhadap tajuk yang berkaitan (Asmah
Jamian 2013).
Peperiksaan
Pada peringkat STPM, subjek Balaghah diletakkan di dalam subjek Bahasa Arab 2. Kertas
Bahasa Arab 2 ini terdapat dua bahagian iaitu bahagian pertama berkaitan kesusasteraan Arab
manakala bahagian kedua berkenaan Balaghah.
Silibus dan peperiksaan dikelolakan oleh ahli Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Pada tahun 1999, silibus bahasa Arab di peringkat STPM telah dibuat rombakan dan
pengubahsuaian oleh MPM dengan mewujudkan satu jawatan kuasa yang
dipertanggungjawabkan untuk memantapkan lagi silibus bahasa Arab di peringkat STPM
sehingga ke hari ini. Hal ini kerana mengikut struktur silibus lama, ilmu Balaghah hanya
merupakan mata pelajaran sampingan sahaja (Abd Hakim Abdullah 2003: 23).
Berikut ialah format pentaksiran bagi subjek Bahasa Arab dan Balaghah dalam
peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia 2012.
(http://www.mpm.edu.my/web/guest/peraturan-dan-skema-peperiksaan).
6
Jadual 1: Format pentaksiran Bahasa Arab dan Balaghah STPM 2012
Kod dan Nama
Mata Pelajaran
Kod dan Nama
Kertas
Wajaran
(%)
Masa Nota
913/1 Bahasa
Arab 1
41.7 3 jam Ketiga-tiga kertas
mesti diambil.
Semua kertas
hendaklah dijawab
dalam bahasa Arab. 913 Bahasa
Arab
913/2 Bahasa
Arab 2
41.7 3 jam
913/3 Bahasa
Arab 3
(Ujian
Lisan)
16.6 ¼ jam
Sehingga kini, pelajar cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Arab masih tiada lagi.
Hal ini disebabkan pelajar kurang memahami dan mendalami subjek tersebut. Namun begitu,
pihak sekolah serta guru-guru tidak pernah berputus asa dalam melahirkan pelajar yang
cemerlang dalam Bahasa Arab dan menjulang nama sekolah sebagai sekolah menengah
harian biasa yang cemerlang dalam aliran agama.
Kesimpulannya, pada hari ini, para pelajar aliran agama atau bahasa Arab di Malaysia
telah didedahkan dengan ilmu Balaghah yang merangkumi hampir keseluruhan topiknya
semasa di peringkat sekolah menengah lagi. Pada peringkat STPM, ilmu Balaghah dipelajari
oleh para pelajar dengan lebih mendalam. Pendedahan yang diberikan kepada mereka
merangkumi aspek kefahaman kepada setiap topik dan penganalisaan teks-teks Arab yang
berbentuk ayat-ayat al-Quran, hadis, puisi atau prosa.
Jadual 2: Analisis Keputusan STPM 2010 dan 2011
Subjek Tahun Jumlah
Calon
Lulus Penuh Lulus
Sebahagian
Gagal PNGK
Purata
Jum % Jum % Jum %
Bahasa
Arab
2010 7 1 14.3 5 71.43 3 42.86 1.29
2011 10 6 60.0 3 30.00 1 10.00 1.87
Kaedah Pembelajaran Balaghah STPM
Balaghah ialah satu komponen bahasa Arab, maka kaedah pengajaran dan pembelajarannya
perlu didasarkan kepada teori yang sesuai dengan asas komponen tersebut. Justeru, prinsip
umum yang terdapat dalam pengajaran bahasa perlu dilihat bersama untuk diaplikasikan
dalam pembelajaran. Guru Balaghah memainkan peranan penting dalam pelaksanaan
7
pengajaran yang berasaskan kepada bahasa. Beberapa aspek seperti kaedah, pendekatan dan
pengaplikasian dalam pengajaran mempunyai perkaitan yang relevan untuk dilaksanakan
oleh guru Balaghah. Semua prinsip ini mampu dilaksanakan oleh guru Balaghah di dalam
kelas bagi menjamin keberkesanan pengajaran dalam kalangan pelajar.
Kaedah pengajaran Balaghah akan lebih jelas sekiranya dapat dipastikan terlebih
dahulu asas pengajaran ilmu Balaghah seperti yang dijelaskan sebelum ini. Banyak
pendekatan dan kaedah yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Balaghah
menyeleweng daripada konsep asalnya. Ini menyebabkan objektif dan matlamat pengajaran
ilmu Balaghah tidak dapat dicapai sepenuhnya dan pelajar akan merasakan pembelajaran
Balaghah hanya membuang masa sahaja.
Sepatutnya ilmu Balaghah harus diajar dalam suasana pembelajaran ilmu bahasa dan
kesusasteraan Arab yang ditumpukan kepada penganalisisan teks yang dipelajari untuk
menjelaskan kepada pelajar tentang keistimewaan, keunikan, kesenian dan keindahannya dari
sudut kesusasteraan Arab. Menurut Hasan Syahatah (1992: 191), menghubungkan
pembelajaran Balaghah dengan Kesusasteraan Arab akan dapat memperbetulkan kaedah
pengajarannya. Beliau seterusnya berkata:
“Kita telah melakukan satu kesilapan besar apabila
menganggap ilmu Balaghah sebagai salah satu daripada ilmu-
ilmu alat yang lain dalam bahasa Arab seperti nahu, sarf dan
imlak”.
Walaupun pada asasnya seseorang guru tidak mesti terikat dengan mana-mana
pendekatan atau langkah pengajaran, tetapi perlu melihat beberapa asas, objektif dan
matlamat pengajaran dalam setiap mata pelajaran yang diajar. ‘Abd al-Mun’im Sayyid ‘Abd
al-‘Al (t.th:161) menyatakan bahawa guru bebas untuk menentukan pendekatan pengajaran
yang difikirkan sesuai untuk pelajarnya serta dapat membantunya dalam pengajaran.
Walaupun begitu, pendekatan yang dipilih hendaklah sesuai dengan bentuk serta kehendak
mata pelajaran tersebut dan dapat mencapai matlamat pengajaran seperti yang dirancang.
Antara pendekatan pengajaran Balaghah yang dicadangkan adalah berdasarkan peringkat
berikut:
Rajah 2: Peringkat Pengajaran Balaghah
PERINGKAT PERTAMA
Membentangkan teks contoh
PERINGKAT KEDUA
Membaca teks dan mengenal pasti istilah yang digunakan dalam teks
8
PERINGKAT KETIGA
Membincangkan teks dari sudut maksud tersurat/tersirat dan unsur-unsur
Balaghah/seni dan cita rasa sastera yang terdapat dalam teks tersebut.
PERINGKAT KEEMPAT
Mengaitkan teks dengan kaedah dan hukum Balaghah yang diajar
PERINGKAT KELIMA
Mengemuka atau membincangkan latihan dan membuat penilaian
Guru-guru memerlukan usaha yang lebih gigih untuk mengajar mata pelajaran bahasa
yang berteraskan kepada kaedah seperti ilmu Balaghah bagi menjamin keberkesanan yang
lebih baik. Hal ini disebabkan oleh kepelbagaian tajuk yang diajar dengan tahap kefahaman
yang tinggi terhadap kaedah yang dipelajari dibandingkan dengan kemampuan, keupayaan
dan kedudukan pelajar-pelajar. Proses pembelajaran yang banyak digunakan pada hari ini
lebih menumpukan aspek teori atau kaedah dan kurang memberi perhatian kepada konteks
ayat atau bahasa Arab itu sendiri secara keseluruhannya. Proses pembelajaran lebih tertumpu
kepada pengenalan dan kefahaman kepada teori semata-mata.
Begitu juga dengan cara pembelajaran di SMK Dato Harun yang banyak
menggunakan pembelajaran secara teori berbanding praktikal. Guru akan mengajar
menggunakan buku sebagai sumber serta membuat latihan berdasarkan soalan yang berada di
dalam buku. Contohnya, selepas guru mengajar, guru akan memberikan latihan dan tugasan
kepada pelajar menggunakan latihan yang ada di dalam buku (Asmah Jamian 2013). Ini
menyebabkan pelajar kurang didedahkan cara yang sebenar tentang ilmu Balaghah kerana
pelajar hanya menggunakan sebuah buku sahaja sebagai rujukan dan latihan. Pelajar banyak
terikat dengan buku sahaja berbanding praktikal pembelajaran ilmu Balaghah yang sebenar.
Selain itu, tiada buku latihan khusus berkenaan subjek Balaghah yang berada di
pasaran. Ini telah menyukarkan pelajar untuk mengulangkaji serta membuat latihan dengan
lebih banyak. Subjek Balaghah ini kurang didedahkan kepada umum sehingga tiada buku
latihan yang dipasarkan. Disebabkan itu, pelajar hanya membuat latihan berdasarkan buku
teks yang digunakan sahaja sebagai rujukan. Ini menyebabkan pelajar kurang pendedahan
dalam mengetahui bentuk-bentuk soalan dan latihan berkaitan Balaghah (Norimah Kinto
2013). Oleh itu, kaedah pembelajaran yang terkini yang lebih menyeronokkan dan menarik
perlu dijalankan semasa melaksanakan proses pembelajaran di dalam kelas (Azhar
9
Muhammad 2008: 83). Hal ini bagi memudahkan pelajar untuk lebih memahami ilmu
Balaghah dengan lebih mendalam dan cepat serta berkesan.
HASIL KAJIAN
Proses penganalisisan data bagi soal selidik yang dijalankan adalah bertujuan untuk
menentukan kekerapan, peratusan dan min (purata) bagi setiap item yang dikemukakan
menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 19. Proses
tersebut dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian I (latar belakang responden) dan
Bahagian II (soal selidik).
Jantina
Jantina Kekerapan Peratus (%)
Lelaki 5 33.3
Perempuan 10 66.7
Jumlah 15 100
Mula Mempelajari Balaghah
Perkara Kekerapan Peratus (%)
Sekolah Menengah 15 100
Jumlah 15 100
Tingkatan
Tingkatan Kekerapan Peratus (%)
6 Rendah 7 46.7
6 Atas 8 53.3
Jumlah 15 100
Min Penguasaan Balaghah yang Dipelajari
10
Jadual 3: Penguasaan Balaghah yang Dipelajari
Dapatan analisis ini menunjukkan bahawa proses pembelajaran Balaghah berada pada
tahap yang positif. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang masih memerlukan
perhatian dan tindakan susulan yang lebih pro-aktif dari pihak tertentu.
Cadangan Pembelajaran Balaghah
1. Subjek Balaghah
Bagi meningkatkan tahap penguasaan pelajar terhadap subjek Balaghah, pelajar hendaklah
didedahkan serta dijelaskan berkenaan dengan objektif dan sasaran yang ditetapkan daripada
subjek ilmu Balaghah peringkat STPM ini secara lebih spesifik yang memberikan tumpuan
kepada kedua-dua aspek kognitif dan efektif bermula dari awal penggal persekolahan lagi.
Subjek ini hendaklah dirangka dengan teliti supaya tidak menjadi terlalu sukar kepada pelajar
memahami dan menguasainya, dengan mengambil kira faktor kesesuaian kepada kumpulan
pelajar sasaran.
Tajuk-tajuk yang terdapat dalam sukatan subjek tersebut hendaklah dikemukakan
dalam bentuk yang lebih jelas dan tersusun supaya mudah difahami oleh pelajar. Kandungan
sukatan pelajaran juga hendaklah ditetapkan dengan lebih menyeluruh kepada semua ilmu
Balaghah. Bagi meletakkan rangka kasar subjek ini, seharusnya ia tidak dengan aspek
aplikasi dalam membantu pelajar menguasai subjek ini dengan lebih berkesan.
2. Proses P&P
Bagi proses pembelajaran pula, guru perlu mengambil kira tahap kefahaman pelajar semasa
proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) bagi memberi kefahaman kepada semua pelajar
dalam kelas. Guru juga dinasihatkan supaya tidak terlalu cepat dan terkejar-kejar bagi
menghabiskan sukatan pelajaran semata-mata sehingga mengabaikan kefahaman pelajar.
Guru juga perlu disediakan panduan khusus untuk menjalankan pengajaran dengan lebih
sistematik.
Selain itu, guru juga seharusnya menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar
dalam proses P&P sekurang-kurangnya 50% daripada keseluruhan masa pembelajaran yang
telah diperuntukkan. Guru juga hendaklah menggunakan beberapa bahan tambahan luar yang
11
sesuai bagi membantu pelajar menguasai topik yang dipelajari dengan lebih baik dan faham.
Pelajar juga hendaklah memperbanyakkan latihan dan juga disemak serta diberi komen dan
pembetulan oleh guru. Selain itu latih tubi dan teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan
juga perlulah diadakan dari semasa ke semasa. Ini bagi memberi kefahaman yang lebih
mendalam tentang topik yang dipelajari.
Guru dan pelajar juga hendaklah sering berinteraksi di luar kelas bagi
membincangkan topik-topik yang telah dipelajari atau membincangkan persoalan dan
permasalahan yang dihadapi oleh pelajar berkaitan subjek ilmu Balaghah. Guru juga perlu
membimbing pelajar mengenai cara-cara dan teknik-teknik menguasai pelajaran dan
memahaminya melalui pelbagai galakan dan tips-tips yang mudah diaplikasikan oleh pelajar.
Penggunaan alat bantu mengajar perlulah diperbanyakkan bagi menerangkan sesuatu
topik yang diajar. Alat tersebut juga hendaklah dipelbagaikan bagi mengelakkan pelajar
berasa bosan dengan penggunaan bahan yang sama berulang kali. Penyediaan alat bantu
mengajar yang bersesuaian perlu bagi membantu proses pembelajaran. Perkembangan
teknologi semasa dapat dimanfaatkan dalam menyediakan pelbagai bahan ABM yang bukan
sekadar menarik akan tetapi ia dilihat lebih berkesan dan bersesuaian dengan konteks semasa.
3. Pelajar
Bagi pelajar pula, mereka hendaklah selalu diberi motivasi dan bimbingan supaya banyak
berusaha bagi meningkatkan daya kefahaman dan penguasaan mereka khususnya dalam
subjek ini. Pelajar juga digalakkan supaya dapat meningkatkan penguasaan bahasa Arab bagi
memudahkan mereka memahami subjek tersebut. Pelajar juga hendaklah dilatih mengenai
teknik-teknik bagi menjalankan gerak kerja sendiri supaya dapat melaksanakan tugasan
secara sendiri dengan dipantau oleh guru. Ini dapat menggalakkan pelajar berusaha sendiri
untuk mencari ilmu di samping mendapat bimbingan dari guru.
4. Buku teks
Buku teks amat penting kepada pelajar untuk dijadikan rujukan dan panduan. Penyediaan
buku teks hendaklah mampu mempersembahkan isi kandungan subjek ilmu Balaghah ini
dengan cara yang lebih mudah dan dalam masa yang sama mampu menarik minat pelajar.
Kandungan buku teks juga perlu dimurnikan dari aspek persembahan mengikut teknik dan
pendekatan terkini. Setiap perbincangannya hendaklah memberikan gambaran yang jelas lagi
terperinci mengenai sesuatu topik yang hendak disampaikan. Kandungan di dalam buku teks
juga hendaklah mempunyai penerangan dan penjelasan yang jelas dan mudah difahami oleh
pelajar.
Seterusnya, contoh-contoh yang digunakan hendaklah dipilih daripada ayat-ayat yang
mudah dan senang difahami oleh pelajar. Selain itu, contoh-contoh tersebut perlulah
dipelbagaikan lagi agar meliputi ayat al-Quran, hadith nabi dan sastera Arab. Penjelasan
kepada contoh-contoh syair hendaklah disertakan bersama khususnya pada perkataan-
perkataan yang mempunyai pelbagai makna atau perkataan yang jarang digunakan oleh
pelajar. Setiap contoh dan ayat yang digunakan juga perlu diletakkan baris atau tanda bacaan
supaya dapat membantu pelajar membacanya dengan betul lalu memahaminya dengan tepat
selain mengelakkan pemahaman yang salah terhadap maksud yang dibawa oleh ayat tersebut
berbeza daripada apa yang dimaksudkan oleh penulisnya.
12
Isi kandungan di dalam buku teks juga hendaklah dipelbagaikan bentuk-bentuk
latihan yang boleh membantu pelajar menguasai topik yang dipelajarinya. Contoh jawapan
dan cara-cara menjawab juga hendaklah disediakan supaya pelajar dapat melakukan latihan
kendiri terutama bagi soalan esei. Reka bentuk atau layout persembahan buku hendaklah
dirangka dengan lebih menarik supaya dapat menarik minat pelajar untuk membacanya.
Seterusnya, isi perbincangan yang utama perlu diasingkan dan diletakkan pada satu tempat
yang khusus supaya pelajar dapat mengenalpastinya dengan lebih mudah dan tidak
bercampur aduk dengan penjelasan, contoh-contoh dan sebagainya. Perbincangan setiap tajuk
juga hendaklah disertakan dengan penerangan berbentuk rajah dan gambaran ilustrasi yang
boleh membantu pelajar memahaminya dengan lebih mudah.
5. Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pejabat Pendidikan Daerah
Pihak pengurusan kurikulum dicadangakn agar menambah masa untuk subjek Bahasa Arab
lantaran banyak pecahan-pecahan ilmu yang terletak di bawah subjek tersebut seperti nahu,
Balaghah dan pelbagai lagi yang perlu dipelajari. Perkara ini perlu diberi perhatian kerana
pengajian Balaghah perlu didedahkan secara bersepadu. Justeru tempoh masa yang
mencukupi dapat menjamin proses pembelajaran dengan lebih baik lagi.
Dalam melahirkan guru yang berkemampuan dalam ilmu Balaghah, pihak Pejabat
Pendidikan Daerah disaran mengadakan bengkel-bengkel atau seminar berkaitan teknik-
teknik yang terbaru dan terbaik dalam pengajaran ilmu ini. Ini bagi memastikan pelajar dapat
mempelajari ilmu ini dengan seronok dan mudah bagi melahirkan pelajar-pelajar yang benar-
benar menguasai bahasa Arab.
6. Pengurusan dan Pentadbiran Sekolah
Pihak sekolah perlu banyak memberikan sokongan dan galakan kepada guru dan pelajar agar
sentiasa meningkatkan pengetahuan mereka dalam Balaghah. Pihak sekolah perlu
memberikan sokongan dan kerjasama kepada pihak panitia Bahasa Arab seperti mengadakan
sebarang aktiviti yang menonjolkan unsur-unsur Balaghah seperti pertandingan menghafaz
syair-syair Arab, kuiz Balaghah dan sebagainya.
Di sebalik aktiviti-aktiviti yang pihak sekolah anjurkan, pihak sekolah perlu
mewujudkan persekitaran yang dapat merangsang kepada penonjolan unsur-unsur Balaghah.
Misalnya dengan memperbanyakkan lagi paparan papan tanda yang mempamerkan
penggunaan bahasa Arab yang mempunyai unsur keindahan yang tinggi. Pihak sekolah juga
boleh meletakkan ayat-ayat atau bait-bait syair yang bersesuaian dengan tempat-tempat
tertentu di sekolah seperti di laluan ilmu dan laluan ke perpustakaan. Hal ini akan
merangsang sikap ingin tahu pelajar tentang maksud syair dan apa kaitannya dengan tempat
tersebut.
7. Tenaga Pendidik
Sebagai insan yang bergelar guru di sekolah, kebijaksanaan serta ketinggian hikmah dalam
pengajaran dan pembelajaran amat diharap oleh pelajar. Guru yang kreatif dan inovatif akan
dapat menjelmakan satu bentuk suasana pembelajaran yang kondusif serta bermakna. Perkara
yang paling penting ialah guru diharap dapat mengubah persepsi pelajar terhadap ilmu
13
Balaghah ketika mengajar mata pelajaran bahasa Arab. Persepsi yang dimaksudkan ialah
anggapan terhadap bahasa Arab dan Balaghah adalah sukar.
Guru juga dilihat perlu memberitahu kepada pelajar tentang hala tuju bagi
pembelajaran Balaghah dengan memberitahu peluang yang dibuka luas kepada pelajar untuk
mendalami ilmu Balaghah setelah menamatkan alam persekolahan dan melanjutkan pelajaran
ke universiti.
Setelah guru perlu menanamkan minat dalam kalangan pelajar terhadap ilmu
Balaghah. Guru tidak seharusnya bersikap acuh tidak acuh terhadap rasa tidak minat pelajar
terhadap ilmu Balaghah. Penjelasan terhadap matlamat faedah yang mereka akan perolehi
daripada mempelajari Balaghah perlu diterangkan pada awal pengajaran Balaghah agar
mereka sentiasa bermotivasi untuk mempelajarinya. Bagi meningkatkan minat pelajar, guru
perlu menekankan tentang keindahan bahasa Arab yang dapat dirasakan hasil daripada
pembelajaran Balaghah.
Kepelbagaian terhadap kaedah atau corak pengajaran dan pembelajaran juga perlu
dilaksanakan oleh guru. Misalnya dengan kaedah projek iaitu pelajar diminta membuat folio
tentang hasil kesusasteraan Arab. Guru yang menggunakan kaedah yang bersifat stereotype
akan menyebabkan pelajar merasa bosan dan tidak bersemangat untuk belajar. Para guru
perlu sentiasa peka dengan penemuan-penemuan terbaru tentang cara pengajaran Balaghah
yang berkesan. Para guru tidak sepatutnya mengekalkan kaedah tradisional yang kadangkala
merugikan pelajar sendiri.
Selain itu, guru-guru perlu memastikan pelajar dapat mengaplikasikan ilmu mereka
dalam kehidupan mereka seperti dalam pembacaan mereka kepada teks-teks berbahasa Arab,
dan yang paling penting mereka dapat mengaplikasikan ilmu Balaghah ini untuk lebih
memahami al-Quran dan hadith.
RUMUSAN
Kepentingan subjek ini sudah tidak dapat dinafikan lagi, selain ia merupakan salah satu
subjek dalam bahasa Arab di peringkat STPM, penguasaan pelajar dalam subjek ini mampu
memantapkan lagi kefahaman dan penguasaan mereka dalam subjek-subjek bahasa Arab
STPM yang lain seperti Nahu, Sarf dan sebagainya. Hal ini disebabkan oleh pertalian kukuh
yang wujud antara subjek-subjek bahasa Arab ini.
Pelajar mempunyai kesediaan positif dan berminat untuk mempelajari ilmu Balaghah.
Kefahaman mereka mengenai kedudukan ilmu Balaghah sebagai ilmu yang membincangkan
keindahan gaya bahasa dan kesusasteraan Arab yang jelas. Penguasaan pelajar terhadap
pembelajaran Balaghah di peringkat STPM berada pada tahap yang baik, tetapi agak terbatas.
Mereka didapati kurang untuk mengaplikasikannya di luar daripada batasan tersebut.
Penyelidikan ini bukanlah bertujuan untuk mencari kesalahan atau kelemahan mana-
mana pihak, akan tetapi kerjasama semua pihak amatlah diperlukan bagi menjayakan objektif
dan tujuan pembelajaran subjek ilmu Balaghah STPM ini sepertimana yang telah ditetapkan.
Semoga hasil penyelidikan dan cadangan-cadangan yang dikemukakan ini akan dapat
dimanfaatkan dengan sempurna demi meningkatkan tahap penguasaan pelajar khususnya
dalam subjek ilmu Balaghah ini. Pendekatan serta pendedahan yang berbagai-bagai menjadi
14
elemen penting dalam usaha menarik pelajar agar lebih berminat dan merasa seronok untuk
mempelajari pengajian ilmu Balaghah di sekolah. Pihak yang terlibat secara langsung dalam
pengajian ilmu Balaghah perlu lebih peka terhadap perubahan pendekatan pembelajaran ilmu
ini.
RUJUKAN
Abu Hamzah Yusuf al-Aisary. (2007). Pengantar mudah belajar bahasa Arab. Bandung:
Pustaka Adhwa.
Ahmad Kilani Mohamed. (2001). Teori pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di
sekolah menengah agama di Malaysia. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Azhar Bin Muhammad. (2005). Beberapa aspek keunikan dan keistimewaan bahasa Arab
sebagai bahasa Al-Quran. Jurnal Teknologi, Universiti Teknologi Malaysia, 42(E)
(Jun): 61–76.
Badri Najib Zubir. (2009). Kaedah-kaedah tasrif bahasa Arab. Gombak: IIUM Press.Chua
Yan Piaw. (2006). Kaedah penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill (Malaysia)
Sdn. Bhd.H. Salimudin A.Rahman (2007). Tatabahasa Arab untuk mempelajari Al-
Quran. Sinar Baru Algensindo Bandung.
Hamid, A. W. (1998). Access to Qur'anic Arabic. London NW4 2RX, UK: MELS.
Lubnan Abd Rahman, Aznida A. Bakar, Wan Azura Wan Ahmad. (2008). Mengenali bahasa
Arab menerusi Al-Quran. Nilai: Penerbit USIM.
Mohd Fauzi Yusuf & Muhammad Seman. (2010). al-cArabiyah lil-
cibadah. Kuala Lumpur:
Institut Terjemahan Negara Malaysia.
Mohd Rosdi Ismail & Mat Taib Pa. (2006). Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab Di
Malaysia. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Raja Mukhtaruddin bin Raja Mohd Dain. (1979/1980). Kaedah dan Teknik Mengajar Bahasa.
Kuala Lumpur: Pustaka Ilmu.
Rosihon Anwar M Ag. (2002). Cara Praktis Belajar Dan Memahami Bahasa Al-Quran. PT.
Alma 'arif.
Sini, Mahmud Ismacil,
cAbd al-
cAziz, Nasif Mustafa & Husayn, Mukhtar al-Tahir. (1983). al-
cArabiyyah lil-nashi’in. Arab Saudi: al-Mamlakah al-
cArabiyyah al-Sa
cudiyah Wizarat
al-Macarif.
Sohair Abdel Moneim Sery. (2010). Pengajaran Bahasa Arab Menerusi Al-Quran. Pustaka
Haji Abdul Majid.
Wan Azura Wan Ahmad, Lubna Abd Rahman, Aznida A. Bakar (2007). Pendekatan Dan
Strategi Efektif Dalam Penguasaan Bahasa Arab. Nilai: Penerbit USIM.
Zainuddin Ismail, Ibrahim Yaacob & Salamiah Ab. Ghani. (2010). Asas bahasa Arab melalui
Al-Quran. Bangi: Unit Bahasa Arab, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan
Malaysia.