maju www.mod.gov.bn
BILANGAN 3 | APRIL—JUN 2016 Ministry of Development Brunei Darussalam
PENYEMPURNAAN
PENGANUGERAHAN
ANAK-ANAK KUNCI
RUMAH DI RPN BUKIT
BERUANG
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji
Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-
Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi
Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam berkenan mengurniakan penyerahan anak
kunci kepada salah seorang penerima.
14 Mei 2016
Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda
Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum
Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul
Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-
Pertuan Negara Brunei Darussalam,
t e l a h b e r k e n a n b e r a n g k a t
menyempurnakan Penganugerahan anak
-anak kunci rumah kepada 593 orang
penerima di bawah Rancangan
Perumahan Negara (RPN) Bukit
Beruang bagi Daerah Tutong yang
diadakan di Dewan Sekolah Menengah
Tanjong Maya, Mukim Tanjong Maya,
Tutong.
Baginda juga berkenan melawat rumah
para penerima anak-anak kunci rumah
di bawah Rancangan Perumahan Negara
Bukit Beruang.
Pada Majlis tersebut, seramai 160 orang
menerima rumah jenis kembar dan 433
orang pula menerima rumah jenis teres.
Projek perumahan seluas 127 hektar di
kawasan RPN Bukit Beruang ini telah
dibina dengan 1,500 unit rumah. Dari
jumlah berkenaan 1,000 buah adalah
rumah jenis teres dan selebihnya adalah
rumah jenis berkembar. Projek
perumahan ini dikendalikan oleh
Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei
(BEDB) dan diserahkan ke Kementerian
Pembangunan pada Mei 2014 lalu
setelah ianya siap dibina pada Mac 2014.
Kawasan perumahan ini merupakan
satu konsep pembangunan perumahan
komprehensif lengkap dengan ruang
tanah untuk kemudahan awam di masa
hadapan seperti sekolah, masjid,
kemudahan komersial, pusat komuniti,
taman dan kawasan rekreasi dan taman
permainan.
Pengan uge rahan ru mah -r umah
berkenaan, jelas mencerminkan
keprihatinan dan pemedulian baginda
kepada rakyat dan penduduk negara ini
dan secara langsung membuktikan
komitmen Kerajaan dalam mendukung
hasrat dan cita-cita baginda khususnya
dalam menyediakan perumahan yang
berkonsep berdaya tahan dan mapan
dimiliki selaras dengan salah satu
objektif Rancangan Kemajuan (RKN)
Negara untuk mempertingkatkan
kualiti kehidupan rakyat.
Beberapa orang penerima anak-anak kunci rumah
pada majlis tersebut.
2 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3
PERASMIAN JEJAMBAT PERSIMPANGAN JALAN BABU RAJA
2 JUN 2016
Jejambat di persimpangan Jalan Babu Raja dan Jalan Raja Isteri
Pengiran Anak Saleha telah dibukakan kepada pengguna-
pengguna jalan raya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas
yang disebabkan oleh peningkatan jumlah pengguna di kawasan
berkenaan di samping meningkatkan tahap keselamatan serta
memperkemaskan lagi sistem rangkaian jalan raya dengan lebih
teratur.
Hadir merasmikan jejambat baru berkenaan ialah Yang Mulia
Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Timbalan
Menteri Pembangunan.
Projek jejambat ini merupakan salah satu projek di bawah
Rancangan Kemajuan Negara Ke-10. Projek ini mula dibina pada
pertengahan tahun 2012.
Pembinaan jejambat di persimpangan ini juga dihasrat dapat
membuka peluang perkembangan aktiviti sosio-ekonomi di
sepanjang kawasan Jalan Pengiran Babu Raja.
PERASMIAN
Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar selaku tetamu kehormat merasmikan jejambat baru Jalan Babu Raja.
(GAMBAR ATAS) Timbalan Menteri Pembangunan diberikan penerangan ringkas
mengenai projek jejambat berkenaan oleh Pengarah Jalan Raya, Awang Yee Kok On.
(GAMBAR BAWAH) Jejambat Jalan Babu Raja dilengkapi dengan lampu isyarat untuk
kemudahan para pengguna jalan berkenaan.
ALAM SEKITAR
APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 3
MESYUARAT KE-18 MSC MENGENAI PENCEMARAN JEREBU RANTAS SEMPADAN
Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar berserta pegawai-pegawai kanan
Kementerian Pembangunan semasa menghadiri Mesyuarat ke-18 MSC mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan di Republik Singapura.
4 Mei 2016
Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, Timbalan
Menteri Pembangunan; Awang Haji Muhammad Lutfi bin
Abdullah, Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan);
dan beberapa orang pegawai kanan Jabatan Alam Sekitar,
Taman dan Rekreasi telah menghadiri Mesyuarat ke-18
Jawatankuasa Pandu Menteri Sub Rantau (MSC) mengenai
Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan pada 4 Mei 2016, di
Republik Singapura.
Mesyuarat yang dihadiri oleh menteri-menteri alam sekitar
dari Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia, Singapura
dan Thailand itu meramalkan keadaan cuaca kering yang
dijangka melanda Sumatera dan Kalimantan di antara Jun
dan awal Oktober 2016.
Dalam mesyuarat tersebut, negara-negara MSC berikrar
untuk sentiasa berjaga-jaga dan membuat pemantauan
berterusan serta meningkatkan usaha-usaha pencegahan
jerebu bagi mengurangkan sebarang kemungkinan
berlakunya jerebu rentas sempadan dari darat dan
kebakaran hutan semasa cuaca kering dalam beberapa
bulan yang akan datang.
Sidang menteri juga turut meluahkan penghargaan atas
usaha-usaha substantif Indonesia dalam melaksanakan
pelan tindakan bagi menangani pencemaran jerebu rentas
sempadan serta mengambil maklum akan tindakan-
tindakan yang diambil oleh negara-negara MSC untuk
menangani pencemaran jerebu rentas sempadan.
SAMBUTAN HARI ALAM SEKITAR SEDUNIA
4 Jun 2016
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi telah
mengadakan Majlis Membaca Tahlil dan Doa Arwah
bersempena dengan Sambutan Hari Alam Sekitar
Sedunia.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan
ialah Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin
Haji Gafar, Timbalan Menteri Pembangunan.
Majlis kemudian disusuli dengan penanaman pokok di
sekitar kawasan bangunan Kementerian Pembangunan
yang disertai oleh para pegawai dan kakitangan
kementerian ini. Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar
menyiram anak pokok yang ditanam di kawasan bangunan Kementerian Pembangunan.
LAWATAN KERJA
4 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3
LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN
Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan
kakitangan Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya di Loji Rawatan Air Mengkubau.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan diberikan penerangan mengenai operasi rawatan air.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan meninjau proses rawatan air di Loji
Rawatan Air Mengkubau.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan mendengar keterangan mengenai projek Empangan Air
Mengkubau yang disampaikan oleh Pengarah Perkhidmatan Air, Dayang Lim Sui Kau Alice.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan berserta rombongan juga turut melawat
kawasan persekitaran Empangan Air Mengkubau.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyaksikan antara kemudahan di bengkel Jabatan Ukur di
Kampung Sinarubai.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan diberikan penjelasan mengenai proses kerja di
Stesen Minyak di bawah Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di
Kampung Sinarubai.
LAWATAN KERJA
APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 5
Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan
kakitangan Jabatan Ukur di bengkel jabatan berkenaan yang terletak di Kampung Sinarubai.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan
kakitangan di Bahagian Mekanikal, Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di
Kampung Sinarubai.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan menyaksikan sendiri keadaan tempat penghapusan
(scrapyard) di Kampung Sinarubai.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan
kakitangan di Unit Kenderaan, Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di
Kampung Sinarubai.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan
kakitangan di Unit Jentera Berat, Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Kerja Raya di
Kampung Sinarubai.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan
kakitangan di Stor Jabatan Perkhidmatan Air, Jabatan Kerja Raya di Kampung Sinarubai.
Yang Berhormat Menteri Pembangunan ketika bergambar ramai bersama para pegawai dan
kakitangan di Stor SME/Stesen Minyak di bawah Jabatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan
Kerja Raya di Kampung Sinarubai.
LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI
PEMBANGUNAN KE PEJABAT DAN TAPAK-TAPAK PROJEK
JABATAN KERJA RAYA DAN JABATAN UKUR DI KAMPUNG
SINARUBAI - ISNIN, 2 MEI 2016.
LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI
PEMBANGUNAN KE LOJI RAWATAN AIR MENGKUBAU DAN
EMPANGAN MENGKUBAU - SABTU, 30 APRIL 2016.
LAWATAN KERJA YANG BERHORMAT MENTERI PEMBANGUNAN
KEUGAMAAN
6 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3
SAMBUTAN ISRA’ MI’RAJ
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyampaikan hadiah dan sijil Musabaqah Tilawah Al-Quran Kementerian Pembangunan dan
jabatan-jabatan di bawahnya kepada johan qari, Awang Haji Eddy Huzaimin bin Haji Mat Yassin dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (kiri) dan johan qariah,
Dayang Ratinah binti Haji Hidup dari Jabatan Ukur (kanan).
Majlis juga diisikan dengan ceramah keugamaan bertajuk ‘Solat Kesempurnaan Dunia
Akhirat’ yang disampaikan oleh Awang Hilman bin Haji Salim.
11 MEI 2016
Majlis memperingati peristiwa Isra’ dan Mi’raj tahun 1437
Hijrah telah diadakan bertempat di Pusat Kemahiran Kerja
dan Latihan, Kementerian Pembangunan. Majlis tersebut
diselajurkan dengan Majlis Musabaqah Tilawah Al-Quran.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Menteri
Pembangunan, Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji
Bahrin bin Abdullah dan seterusnya menyempurnakan
penyampaian hadiah kepada para pemenang musabaqah.
Awang Haji Eddy Huzaimi bin Haji Mat Yassin dari Jabatan
Perkhidmatan Bangunan, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan
Dayang Ratinah binti Haji Hidup dari Jabatan Ukur masing
-masing muncul johan qari dan qariah. Naib johan qari dan
qariah disandang oleh Awang Mohammad Yusrin bin Daud
dari Jabatan Ukur dan Dayang Rosnani binti Haji Mohiddin
dari Jabatan Perkhidmatan Bangunan, JKR, sementara
Awang Mohammad Isham Mudin bin Haji Maidin dari
Jabatan Perkhidmatan Teknikal, JKR dan Dayang Soffina
binti Ali Hassan dari Jabatan Mekanikal dan Elektrik, JKR
mendapat tempat ketiga.
Majlis turut diserikan dengan ceramah keugamaan yang
berkisar mengenai 'Solat Kesempurnaan Dunia Akhirat'
oleh graduan Ijazah Sarjana dari Universiti Kaherah, Cairo,
Mesir, Awang Hilman bin Haji Salim yang antara lain
menyentuh tentang bagaimana solat yang kita lakukan itu
mampu menjamin kesempurnaan kehidupan kita di dunia
mahupun di akhirat.
Majlis yang diungkayahkan bersama oleh Jabatan Saliran
dan Pembetungan dan Jabatan Mekanikal dan Elektrikal,
JKR itu bertujuan bagi menggalakkan para peserta supaya
akan terus mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran.
Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang
Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar;
Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan),
Kementerian Pembangunan, Awang Haji Muhammad Lutfi
bin Abdullah; Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional),
Kementerian Pembangunan, Awang Eddie bin Dato Paduka
Haji Sunny; Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian
Pembangunan, Awang Haji Marzuke bin Haji Mohsin; Ketua
Pengarah Kerja Raya, Chua Pheng Keong; pegawai-pegawai
serta kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-
jabatan di bawahnya.
APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 7
KEUGAMAAN
CERAMAH KHAS DAN FORUM RAMADHAN
2 Jun 2016
Kementerian Pembangunan telah mengadakan beberapa siri ceramah dan forum
semasa bulan Ramadhan pada tahun ini. Ceramah Menjelang Ramadhan
bertajuk ‘Puasa Yang Sia-Sia (Lagha)’ telah disampaikan oleh Yang Mulia
Ustazah Norhayati binti Haji Abdul Rahman dari Pusat Dakwah Islamiah. Dalam
ceramahnya, beliau antara lain menghuraikan beberapa perkara atau perbuatan
yang dilakukan samada disedari atau tidak yang boleh menyebabkan puasa seseorang itu kurang sempurna dan menjadi sia-sia.
Hadir semasa ceramah ini ialah Timbalan Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar.
16 Jun 2016
Ke arah meraih ilmu di bulan suci
Ramadhan, satu forum bertajuk
‘Ramadhan—Antara Syariat dan
Adat’ telah dianjurkan. Ahli-ahli
panel pada forum tersebut ialah
Yang Mulia Ustaz Haji Yusuf bin
Haji Abd Majid dari Kementerian
Hal Ehwal Ugama dan Yang Mulia Ustaz Haji Samali bin Haji Adam
dari Universiti Sultan Sharif Ali. Timbalan Menteri Pembangunan,
Yang Mulia Dato Paduka Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar juga
turut hadir mendengarkan forum berkenaan.
30 Jun 2016
Ceramah Ramadhan bertajuk ‘Keajaiban
Bersedekah’ telah disampaikan oleh Yang Mulia
Ustaz Jupri bin Haji Hidup dari Universiti Brunei
Darussalam. Ceramah ini dihadiri oleh Timbalan
Menteri Pembangunan, Yang Mulia Dato Paduka
Awang Haji Suhaimi bin Haji Gafar, serta pegawai-
pegawai kanan, para pegawai dan kakitangan
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya.
MAJLIS TEDARUS AL-QURAN DI MASJID
16 Jun 2016
Dalam meraih manfaat dan ganjaran
pahala serta menyemarakkan bulan
suci Ramadhan, Kementerian
Pembangunan telah mengendalikan
Majlis Tadarus Al-Quran di Masjid-
Masjid. Aktiviti keugamaan yang
diadakan setiap tahun ini diselajurkan
dengan bacaan tahlil, penyampaian
wakaf, berbuka puasa dan solat
fardhu Maghrib berjemaah. Pada
tahun ini, Kementerian Pembangunan
telah berkunjung ke tiga buah masjid
di Daerah Brunei dan Muara untuk
sama-sama membaca ayat-ayat suci
Al-Quran.
Masjid pertama yang dikunjungi oleh
rombongan para pegawai dan
kakitangan Kementerian
Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya ialah Masjid Raja Isteri
Pengiran Anak Hajah Saleha,
Kampung Rimba iaitu pada 10
Ramadhan 1437 Hijrah. Rombongan
Kementerian ini diketuai oleh Yang
Berhormat Dato Paduka Awang Haji
Bahrin bin Abdullah, Menteri
Pembangunan. Sebelum majlis
tedarus dimulakan, Yang Berhormat
Menteri Pembangunan telah
menyerahkan sumbangan wakaf
berupa 30 biji rihal kepada Imam
Masjid Raja Isteri Pengiran Anak
Hajah Saleha, Tuan Imam Haji Abidin
bin Haji Matarshad.
Rombongan pegawai-pegawai dan
kakitangan Kementerian
Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya kemudian berkunjung ke
Masjid Kampung Bengkurong pada 15
Ramadhan 1437 Hijrah. Yang
Berhormat Dato Paduka Awang Haji
Bahrin bin Abdullah juga mengepalai
rombongan tersebut. Sumbangan
wakaf berupa 30 biji rihal untuk
masjid tersebut juga turut diserahkan
oleh Yang Berhormat Menteri
Pembangunan kepada Tuan Imam
Haji Nasrul Hazimin bin Haji Sapar,
Imam Masjid Kampung Bengkurong.
Majlis Khatam Al-Quran pula
diadakan pada 19 Ramadhan 1437
Hijrah di Masjid Duli Pengiran Muda
Mahkota Pengiran Muda Haji
Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis
ialah Yang Berhormat Dato Paduka
Awang Haji Bahrin bin Abdullah.
Semasa majlis tersebut, wakaf berupa
satu unit ‘water jet’ dan satu unit ‘leaf
blower’ telah diserahkan oleh Yang
Berhormat Menteri Pembangunan dan
diterima oleh Tuan Imam Faizal bin
Rosli, Imam Masjid berkenaan.
Sejurus selepas itu, Majlis Khatam
Al-Quran dimulakan dengan bacaan
ayat-ayat suci Al-Quran yang di
dahului oleh Yang Berhormat Menteri
Pembangunan. Majlis disusuli dengan
bacaan takhtim dan tahlil arwah.
Majlis Khatam Al-Quran menandakan
berakhirnya pembacaan Al-Quran 30
Juzuk di bulan Ramadhan oleh
pegawai-pegawai kanan, para pegawai
serta kakitangan Kementerian
Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya.
KEGIATAN
8 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3
Majlis Tedarus Al-Quran di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak
Hajah Saleha, Kampung Rimba.
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia
Awang Haji Bahrin bin Abdullah menyampaikan wakaf
kepada Imam Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha,
Tuan Imam Haji Abidin bin Haji Matarshad.
Menteri Pembangunan menyampaikan wakaf kepada
Imam Masjid Kampung Bengkurong, Tuan Imam Haji
Nasrul Hazimin bin Haji Sapar.
Antara yang hadir semasa Majlis Tedarus Al-Quran
di Masjid Kampung Bengkurong.
KEGIATAN
18 Jun 2016
Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri Pembangunan telah mengetuai rombongan
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya semasa Majlis Membaca Surah Yasin dan Tahlil bagi Al-Marhum
Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien dan Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit. Majlis
diadakan di Kubah Makam Diraja, Jalan Tutong, Bandar Seri Begawan.
Majlis dimulai dengan bacaan Surah Yasin dan diikuti dengan tahlil yang diketuai oleh Awang Mohd Amin bin Haji Salim,
Pegawai Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama.
Majlis ini merupakan kegiatan keugamaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan bagi meraih keberkatan di bulan
suci Ramadhan.
MAJLIS MEMBACA SURAH YASIN DAN TAHLIL
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia
Awang Haji Bahrin bin Abdullah semasa Majlis Bertahlil
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya.
Beberapa orang pegawai dan kakitangan lelaki
Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di
bawahnya yang turut hadir semasa Majlis Bertahlil
berkenaan.
Gambar-gambar di sekitar Majlis Khatam Al-Quran pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya yang diadakan
di Masjid Duli Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Kampung Tamoi.
APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 9
PENYAMPAIAN DERMA
10 | APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3
30 Jun 2016
Majlis Penyampaian Derma Kepada Anak-Anak Yatim telah diadakan di Dewan Indera Pahlawan, Pusat Ujian Kemahiran Kerja
dan Latihan, Kementerian Pembangunan.
Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat Dato Paduka Awang Haji Bahrin bin Abdullah, Menteri
Pembangunan.
Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Menteri Pembangunan telah berkesudian menyampaikan derma kepada 54 orang anak-
anak yatim warga Kementerian Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya. Dari jumlah tersebut, 33 orang daripadanya
adalah anak-anak yatim lelaki manakala 21 orang lagi adalah anak-anak yatim perempuan.
Derma yang disampaikan adalah sumbangan daripada pegawai-pegawai dan kakitangan Kementerian Pembangunan dan jabatan-
jabatan di bawahnya.
Majlis ini merupakan aktiviti tahunan Kementerian Pembangunan bagi menyemai rasa tanggungjawab golongan para pegawai dan
kakitangan di kementerian ini dalam sama-sama membantu dan memeduli anak-anak yatim dikalangan warga Kementerian
Pembangunan dan jabatan-jabatan di bawahnya di samping menggalak dan memberikan kesedaran kepada warga kerja untuk
memperbanyakkan amalan sedekah semasa bulan suci Ramadhan.
Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Awang Haji Bahrin bin Abdullah
ketika menyampaikan derma kepada anak-anak yatim.
Menteri Pembangunan
hadir selaku tetamu
kehormat semasa Majlis
Penyampaian Derma
Kepada Anak-Anak
Yatim yang diadakan di
Dewan Indera Pahlawan,
Pusat Ujian Kemahiran
Kerja dan Latihan. Beberapa orang anak-anak yatim yang hadir pada majlis berkenaan.
MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA KEPADA ANAK-ANAK YATIM
APRIL—JUN 2016 | MAJU: BILANGAN 3 | 11
LAWATAN
LAWATAN DARI THE NATIONAL DEFENSE COLLEGE OF THE PHILIPPINES KE KEMENTERIAN PEMBANGUNAN
24 Mei 2016
Delegasi seramai 20 orang dari The National Defense College of the
Philippines (NDCP) telah mengadakan lawatan sambil belajar ke
Kementerian Pembangunan. Delegasi ini diketuai oleh Presiden NDCP,
Fermin R. De Leon, Jr.
Tujuan lawatan sambil belajar tersebut ialah bagi meningkatkan strategik
pelajar NDCP dengan mendedahkan mereka kepada isu-isu keselamatan
yang melibatkan Filipina dan juga memberikan peluang untuk memerhati
politik, ekonomi, sosio-budaya, persekitaran, dinamik tekno-saintifik dan
ketenteraan negara-negara ASEAN.
Ketibaan delegasi dialu-alukan disambut oleh Pemangku Pengarah
Pentadbiran dan Kewangan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin.
Seterusnya rombongan delegasi tersebut telah diberikan taklimat ringkas
mengenai struktur dan projek-projek mega Kementerian Pembangunan oleh
Ketua Divisyen Penyelarasan Polisi dan Pelan Strategik, Dayang Hajah
Rosita binti Abdullah.
Turut hadir menerima lawatan delegasi NDCP ialah Setiausaha Tetap
(Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah,
serta ketua-ketua jabatan dan unit yang berkenaan.
Delegasi tersebut berada di Negara Brunei Darussalam selama empat hari
mulai 21 Mei sehingga 24 Mei 2016.
Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan memberikan ucapan alu-
aluan.
Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan) turut hadir menerima
lawatan delegasi NDCP.
Salah seorang delegasi NDCP mengemukakan pertanyaan semasa sesi soal jawab.
Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan), Awang Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah, Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan, Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin, dan
beberapa orang pegawai-pegawai kanan yang terlibat bergambar ramai bersama delegasi The National Defense College of the Philippines (NDCP).
PENASIHAT
Yang Mulia Awg Haji Muhammad Lutfi bin Abdullah
Setiausaha Tetap (Pentadbiran dan Kewangan)
Yang Mulia Awg Eddie bin Dato Paduka Haji Sunny
Setiausaha Tetap (Teknikal dan Profesional)
Yang Mulia Awg Haji Marzuke bin Haji Mohsin
Timbalan Setiausaha Tetap
PENGERUSI PENERBITAN
Yang Mulia Pengiran Kamis bin Pengiran Metamin
Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan
SIDANG PENGARANG
DIVISYEN URUS TADBIR DAN PENGGERAK
Dyg Hajah Rohani binti Haji Chuchu
Awg Muhamad Hairi bin Abd Halim
Dyg Norkamaliah binti Haji Ja’afar
Dyg Siti Noorazriyah binti Johan
FOTO
Jabatan Penerangan, Jabatan Perdana Menteri
Divisyen Urus Tadbir dan Penggerak, Kementerian
Pembangunan
Pejabat Ketua Pengarah Kerja Raya, Jabatan Kerja
Raya, Kementerian Pembangunan
Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi,
Kementerian Pembangunan
BARU BERKHIDMAT
DYG SITI YUSLIYANA BINTI MOHAMED YUSOF
Penolong Pegawai Projek Tingkat I
Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan (ABCi)
Tarikh mula berkhidmat: 1 Jun 2016
PG HAJAH HADIJAH BINTI PG HAJI BESAR
Tukang Pelan Kanan, Autoriti Kawalan Bangunan dan Industri Pembinaan
(ABCi)
Tarikh bersara: 7 Jun 2016
BERSARA
DYG MARIAM BINTI HAJI HASSAN
Penterjemah Kanan, Unit Pemeliharaan Istana
Tarikh bersara: 1 April 2016
DK HAJAH SALBIANA BINTI PG HAJI ALI
Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, Divisyen Pembangunan Infrastruktur
Tarikh bersara: 12 April 2016
AWG ABDUL RAJAK BIN HAJI TIMBUL
Pembantu Teknik Kanan, Unit Pemeliharaan Istana
Tarikh bersara: 16 Mei 2016
PEGAWAI DAN KAKITANGAN YANG BERSARA DAN BARU BERKHIDMAT DI KEMENTERIAN PEMBANGUNAN