PERHIMPUNAN BULANAN
JABATAN KIMIA MALAYSIA APRIL 2018
TEKS UCAPAN
YANG BERBAHAGIA
DATUK HAJI ISMAIL BIN TALIB KETUA PENGARAH
JABATAN KIMIA MALAYSIA
10 APRIL 2018 DATARAN KIMIA MALAYSIA
8.30 PAGI
DISEDIAKAN OLEH
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT JABATAN KIMIA MALAYSIA
2
(Salutasi)
Bismillahirrahmanirrahim
Terima kasih saudara dan saudari
Pengerusi Majlis
Yang Berusaha Puan Hajah Rosnah
binti Awang
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar),
Jabatan Kimia Malaysia
Yang Berusaha Tuan Haji Mohamed
Zaini bin Abdul Rahman
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi),
Jabatan Kimia Malaysia
3
Pengarah-Pengarah Bahagian
Pegawai-pegawai kanan
Serta Tuan-tuan dan Puan-puan,
warga KIMIA yang saya hormati
sekalian.
Assalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam
1Malaysia, Salam 1Kimia dan Salam Sehati
Sejiwa.
1. Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah
SWT kerana dengan berkat limpah
kurniaNya, dapat kita bersama-sama
4
dalam Majlis Perhimpunan Bulanan
Jabatan Kimia Malaysia Ibu Pejabat
bagi bulan April 2018 pada pagi yang
berbahagia ini.
2. Terlebih dahulu, saya merakamkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada
Pengarah Kanan dan warga kerja
Pusat Pengurusan Kualiti dan
Penyelidikan kerana telah mengatur
dan menganjurkan Majlis
Perhimpunan Bulanan kita pada pagi
ini dengan baik sekali.
5
Hadirin sekalian,
[PERSARAAN]
3. Untuk makluman semua, warga Kimia
berikut akan bersara pada bulan April
2018 ini:
8 April : Puan Abidah binti Basiron
(Penolong Pegawai Sains / C40,
Bahagian KAS)
10 April : Encik Azmy bin Hamid
(Pengawal Keselamatan / KP11,
JKMN Melaka)
19 April : Dr. Abdul Rahim bin
Ahmad (Pengarah JKMN Sabah)
6
30 April : Encik Mat Din bin Salleh
(Pengawal Keselamatan / KP14
TBK, JKMN Melaka)
4. Terima kasih atas jasa bakti dan
sumbangan tuan / puan pada Jabatan
Kimia Malaysia selama ini.
Warga Kimia yang dikasihi sekalian,
[MINGGU SAINS NEGARA 2018]
5. Seperti semua sedia maklum, bermula
1 sehingga 7 April yang lalu, Minggu
Sains Negara telah diadakan di
7
seluruh negara dan pusatnya terletak
di Pusat Sains Negara. Selain
mengadakan pameran interaktif,
Jabatan Kimia Malaysia juga diberi
amanah sebagai JK Protokol bagi
program tersebut di PSN. Seramai 29
warga KIMIA telah dilantik menggalas
tanggungjawab tersebut.
6. Syabas diucapkan kepada para
petugas kerana telah menjalankan
tanggungjawab dengan begitu
cemerlang. Mereka bukan sahaja
bertindak sebagai AJK Protokol,
8
malah dalam masa yang sama
menjalankan tanggungjawab sebagai
pempamer di booth Jabatan Kimia
Malaysia sepanjang seminggu
program tersebut berlangsung.
Khabarnya booth Kimia mendapat
sambutan yang amat menggalakkan
dari para pengunjung. Tahniah dan
syabas buat semua!
7. Minggu Sains Negara ini bukan sahaja
hanya berlangsung di Pusat Sains
Negara, ianya juga berlangsung di
seluruh Malaysia. Antara lokasi yang
9
disertai oleh Jabatan Kimia Malaysia
adalah;
Mydin Mall, Kerian, Perak (31
Mac – 1 April) KIMIA Perak
Imago Shopping Mall, Sabah (1
& 2 April) KIMIA Sabah
Komtar, Pulau Pinang (2 – 7
April) KIMIA Pulau Pinang
Pustaka Negeri Sarawak (2
April) KIMIA Kuching
SK Permatang Pasir, Bandar
Baharu, Kedah (3 & 4 April)
KIMIA Kedah
10
PERPUSTAM, Bukit Baru,
Melaka (4 & 5 April) KIMIA
Melaka
SMK Hamzah 1, Machang,
Kelantan (5 April) KIMIA
Kelantan
SMKA Segamat, Johor (6 & 7
April) KIMIA Johor
8. Di sini, saya turut ingin mengambil
kesempatan untuk mengucapkan
terima kasih serta syabas buat semua
warga Kimia Malaysia yang terlibat
dengan program ini.
11
Tuan/Puan,
[KIMIA RUN 2018]
9. Program Kimia Run 2018, anjuran
Jabatan Kimia Malaysia, Sabah telah
diadakan dengan jayanya pada 11
Mac 2018 yang lepas.
10. Tahniah diucapkan buat Pengarah
serta warga KIMIA Sabah yang telah
berjaya menganjurkan program ini
dengan begitu cemerlang sekali.
11. Ucapan penghargaan jua buat semua
warga Ibu Pejabat Kimia serta
cawangan yang turut serta sama-
12
sama menjayakan program tersebut.
Syabas!
Hadirin sekalian,
[MAJLIS APRESIASI MOSTI 2018]
11. Majlis Apresiasi MOSTI 2018 bagi
meraikan pegawai yang telah bersara
dan bakal bersara Tahun 2018 dan
meraikan penerima Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang (APC)
Tahun 2017 telah diadakan di Everly
Hotel, Putrajaya pada 8 Mac lepas.
13
12. Seramai 30 pesara dan bakal pesara
Kimia Malaysia tahun 2018 diraikan
pada majlis ini. Seramai 98 orang
warga Kimia seluruh Malaysia pula
menerima APC pada majlis yang
sama.
12. Kepada pesara & bakal pesara, terima
kasih atas jasa bakti, jasa dan
pengorbanan sepanjang berkhidmat
dalam perkhidmatan awam. Kepada
semua penerima APC pula, tahniah
dan syabas diucapkan atas kejayaan
masing-masing. Saya percaya
14
anugerah ini merupakan pengiktirafan
atas daya usaha, dedikasi dan
komitmen saudara-saudari dalam
melaksanakan tugas-tugas yang
dipertanggungjawabkan dengan
cemerlang.
13. Saya yakin sebagai penerima APC,
anda mempunyai kelebihan dan
keunikan tertentu yang menarik
perhatian panel pemilihan. Anda perlu
terus berusaha meningkatkan daya
saing dan keupayaan diri melalui
penguasaan ilmu pengetahuan dan
15
melengkapkan diri dengan pelbagai
kemahiran yang berkaitan. Saya juga
ingin mengingatkan penerima-
penerima APC bahawa anugerah ini
juga membawa tanggungjawab yang
berat iaitu Tuan/Puan harus menunjuk
teladan yang baik dari segi prestasi
dan kelakuan untuk menjadi contoh
kepada semua warga KIMIA Malaysia.
16
Tuan/Puan,
[AGM KE-51 IKM]
14. Mesyuarat Tahunan ke-51 Institut
Kimia Malaysia (IKM) telah diadakan
pada 31 Mac yang lepas di Hotel
Eastin.
15. Tahniah buat Tuan Haji Mohamed
Zaini bin Abdul Rahman, Datin
Maimonah Sulaiman dan Dr. Malarvili
Ramalingam yang telah terpilih
sebagai Council Member IKM. Besar
harapan kami agar anda semua yang
terpilih sebagai Council Member
17
tersebut, dapat menjaga serta
membela kebajikan ahli IKM
terutamanya ahli IKM dari Jabatan
Kimia Malaysia.
16. Terima kasih jua saya ucapkan
kepada semua warga Kimia yang
hadir dan memberi sokongan kepada
wakil Kimia pada hari tersebut. Undi
dari Jabatan Kimia Malaysia
mengubah segalanya. Ini
membuktikan apabila kita bersatu
padu, tiada apa yang mustahil untuk
kita kecapi bersama.
18
Warga Kimia sekalian,
[MAPPA XVI]
17. Pada 4 April yang lepas, Majlis
Amanat Perdana Perkhidmatan Awam
Keenam Belas (MAPPA XVI) telah
berlangsung di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC).
18. Pada majlis tersebut, Perdana Menteri
telah mengumumkan sembilan (9)
manfaat yang bakal dinikmati
penjawat awam, memandangkan
hampir 99.4 peratus daripada Aku
Janji telah berjaya dilaksanakan
19
dengan komitmen penjawat awam.
Saya ingin menekankan enam (6)
daripada 9 manfaat tersebut yang
berkaitan dengan Jabatan Kimia,
antaranya:
pemendekan Time Based
Service untuk Kumpulan
Pelaksana dari 13 tahun kepada
10 tahun bagi urusan kenaikan
pangkat
pemanjangan kemudahan
perubatan kepada ibu bapa
pegawai lantikan kontrak
20
kemudahan cuti tanpa rekod
keagamaan selama tujuh hari
bagi tujuan Umrah kepada umat
Islam dan juga kepada bukan
Islam bagi tujuan keagamaan
masing – masing sepanjang
tempoh perkhidmatan
kenaikan kadar pencen
sebanyak satu peratus bagi
semua pesara kerajaan mulai
Julai 2018 yang dilakukan
secara ‘one – off
kuota haji khas kepada pesara
21
pemberian kenaikan gaji
bersamaan satu Kenaikan Gaji
Tahunan (KGT) secara khas
kepada semua penjawat awam
akan diberikan pada 1 Julai
2018, di samping KGT biasa
setiap tahun.
19. Tiga (3) manfaat yang seterusnya
adalah sumbangan dana tahunan
kepada Kongres Kesatuan Pekerja-
pekerja Dalam Perkhidmatan Awam
(CUEPACS) sekurang – kurangnya
RM3 juta setahun, geran khas
22
sebanyak RM1 juta kepada setiap
satu badan pesara kerajaan serta
menubuhkan gred baharu dalam
kumpulan pendidikan iaitu Gred DG56
bagi pemegang DG54 yang telah
berkhidmat selama lebih lima tahun.
Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,
[KAJI SELIDIK INDEKS KETERLIBATAN
PENJAWAT AWAM (IKPA) 2018]
20. Saya ingin mengingatkan agar semua
Warga Kimia untuk melaksanakan
Kaji Selidik Indeks Keterlibatan
23
Penjawat Awam (IKPA) 2018. Sila
rujuk emel yang telah dihantar oleh
Puan Noor Fairuz Binti Mohd Nordin,
KKP BKP berulang kali kepada
semua warga Kimia Malaysia.
21. Untuk makluman, hasil analisis
responden IKPA 2018, secara
keseluruhannya, MOSTI telah
mencapai sasaran minimum yang
ditetapkan oleh JPA. Namun begitu,
setakat 6 April 2018, Jabatan Kimia
Malaysia masih lagi belum mencapai
24
sasaran minimum 60%, kita hanya
mencapai 55.64% sahaja.
22. Kerjasama semua warga KIMIA yang
masih belum melengkapkan kajian
IKPA 2018 berkenaan untuk
mengambil tindakan sewajarnya
dengan memberi kerjasama
melengkapkan kajian berkenaan.
Warga Kimia sekalian,
[TOWNHALL BERSAMA KPPA]
23. Sesi Townhall bersama Ketua
Pengarah Perkhidmatan Awam
25
(KPPA) akan diadakan petang ini, 10
April (2.30 petang) di Auditorium JPA,
Putrajaya. Seramai 61 orang warga
Kimia akan menghadirinya.
Warga Kimia sekalian,
[PENUTUP / PRU 2018]
24. Pilihan Raya Umum 2018 akan
diadakan dalam tempoh yang
terdekat. Saya sebagai Ketua
Pengarah Jabatan Kimia Malaysia
menyeru agar anda semua untuk
menunaikan tanggungjawab sebagai
26
warganegara Malaysia dengan
membuang undi di kawasan undi
masing-masing pada tarikhnya kelak.
Jangan lupa tunaikan tanggungjawab
anda!
25. Sebelum saya mengakhiri ucapan
saya pada kali ini, saya ingin
mengucapkan ‘Selamat Hari Lahir’
serta semoga panjang umur dan
murah rezeki kepada warga Kimia
yang menyambut ulang tahun
kelahiran pada bulan April ini.
27
Dataran Kimia…dataran yang permai, Ramai tokoh pandai berpantun, Datanglah mengundi beramai-ramai, Ikut adat bersopan santun.
Sekian, Wabillahittaufik Walhidayah
Wassalamualaikum Warahmatullahi
Wabarakatuh.