SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ KAMARUDDIN
34500 BATU KURAU, PERAK
PERMOHONAN SUMBANGAN 2 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK DATO’ KAMARUDDIN.
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD IRWAN BIN BAHARUDINAPRIL 2010
SEDAKA CEMERLANG
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ KAMARUDDIN
34500 BATU KURAU, PERAK
PERMOHONAN SUMBANGAN 2 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK DATO’ KAMARUDDIN.
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD IRWAN BIN BAHARUDINAPRIL 2010
SEDAKA CEMERLANG
PERMOHONAN SUMBANGAN 2 UNIT PENGHAWA DINGIN (1 H/P) BAGI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SMK DATO’ KAMARUDDINBATU KURAU, TAIPING
PERAK.
1.0 LATARBELAKANG
Program Pendidikan Khas Integrasi SMK Dato’ Kamaruddin telah dibuka setelah
bangunannya siap pada 15 Januari 2007. Kelas Pendidikan Khas ini adalah bagi pelajar yang
bermasalah pembelajaran. Kelas telah bermula dengan 12 orang pelajar dan 2 orang tenaga
pengajar. Kini, bilangan pelajar telah meningkat kepada 24 orang dan dikendalikan oleh 6 orang
tenaga pengajar, dibantu oleh 2 orang pembantu pengurusan murid. Pelajar menjalani sesi
pembelajaran di dalam 4 buah kelas.
Sejak awal pembinaannya, blok (ruang dalam) Pendidikan Khas telah banyak melalui
proses tranformasi seperti penambahan “partition” bagi mewujudkan 4 buah kelas, meja guru,
stor alatan pra-vokasional, stor alatan PPKI, bilik masakan, bilik air guru dan meja penyelaras.
Namun, pertambahan bilangan guru serta pelajar mengakibatkan ruang dalaman bangunan
menjadi panas, sempit dan mengakibatkan ketidak selesaan kepada guru,pelajar dan staf bagi
menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna. Jadual 1.0 dibawah
menggambarkan penambahan jumlah guru, PPM, pelajar dan bilangan kelas Pendidikan Khas
sehingga April 2010.
Tahun Guru PPM Pelajar Kelas
2007 2 1 12 2
2008 4 2 17 3
2009 5 2 19 3
2010 6 2 24 4
Jadual 1.0 : Bilangan guru, PPM, Pelajar dan bilangan kelas Pendidikan Khas.
2.0 OBJEKTIF
2.1. Mengurangkan suhu panas (ruang dalam) blok Pendidikan Khas semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran.
2.2 . Mewujudkan keadaan yang kondusif dan selesa kepada guru, PPM dan pelajar.
3.0 RASIONAL
Sebagaimana yang kita ketahui, kesan daripada peningkatan suhu dunia telah
mengakibatkan fenomena pemanasan global. Negara kita juga tidak terkecuali daripada terkena
tempiasnya. Fenomena ini di jangka berterusan sekiranya tiada langkah konkrit diambil oleh
pihak yang berwajib. Setiap bangunan-bangunan, blok-blok pentadbiran kerajaan mahupun
swasta , ruang-ruang pejabat, bilik guru dan bilik-bilik darjah di sekolah khasnya menjadi lebih
panas dan tidak selesa, lebih-lebih lagi sewaktu menjelangnya tengah hari. Keadaan ini
menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran murid terganggu. Jadi, dengan adanya
kemudahan penghawa dingin yang sesuai dengan ruang bilik, diharap masalah ketidakselesaan di
dalam bilik darjah Pendidikan Khas dapat dikurangkan sekaligus mewujudkan keadaaan yang
selesa serta kondusif kepada semua warga Blok Pendidikan Khas SMK Dato’ Kamaruddin.
4.0 ANGGARAN KOS PENGHAWA DINGIN
Kos anggaran bagi 2 unit penghawa dingin setiap satunya berkuasa (1 H/P) dianggarkan bernilai
RM 2600.00 (Ringgit Malaysia: Dua Ribu Enam Ratus Sahaja) termasuk kos pemasangan
oleh kontraktor.
5.0. PELAN/SUSUNATUR DALAM BANGGUNAN PENDIDIKAN KHAS.
X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X
Tandas Guru Kelas Sigma Kelas Alpha Stor PPKI Dapur 25 kaki
Stor Pra-Vokasional Meja Penyelaras
Kelas Delta Kelas Beta Meja Guru & PPM
50 kaki
X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X X
Pintu Utama
Penunjuk: 1. Papan putih
2. Pintu
3. X X X X X X X Pagar utama
4. Cadangan lokasi Penghawa dingin.
6.0. GAMBAR-GAMBAR.
Gambar-gambar di bawah menggambarkan situasi dan keadaan fizikal sebenar di dalam blok bangunan Pendidikan Khas SMK Dato’ Kamaruddin. Suasana yang padat dengan pelajar, bahan bantu mengajar, meja, kerusi dan papan putih sekaligus menjadikan kelas-kelas di dalamnya padat dan panas. Kipas sama sekali tidak membantu mewujudkan suasana yang kondusif dan selesa di dalam blok.
7.0. PENUTUP
Bagi merealisasikan bangunan Pendidikan Khas SMK Dato’ Kamaruddin yang berhawa
dingin dan mesra pelajar sumbangan pihak luar dan swasta amatlah di alu-alukan. Sumbangan ini
diharap menjadi pemangkin kepada pelajar untuk belajar dengan lebih gigih.Guru-guru dan
stafnya pula akan menjadi lebih aktif dan inovatif untuk mencurahkan ilmu kepada anak-anak
bangsa.
Sumbangan ini kelak diharap akan menjadikan kami warga Pendidikan Khas SMK Dato’
Kamaruddin lebih ceria, berdaya saing dan aktif bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas. Ucapan ribuan terima kasih tidak terhingga buat pihak yang
sudi menyumbangkan wang ringgit untuk kemudahan kami. Semoga Allah SWT memberkati
setiap sumbangan yang dihulurkan kepada pelajar-pelajar istimewa ini.
Disediakan oleh:
……………………………………….
(MOHD IRWAN BIN BAHARUDIN)Guru,Program Pendidikan Khas Integrasi,SMK Dato’ Kamaruddin,34500 Batu Kurau.
Disemak Oleh:
...........................................................(NOR MALA BT ABDUL)Penyelaras,Program Pendidikan Khas Integrasi,SMK Dato’ Kamaruddin,34500 Batu Kurau.
Disahkan oleh:
.........................................................(KAMAL BIN MANSOR)Pengetua,SMK Dato’ Kamaruddin,34500 Batu Kurau.