POLA PERSEMPADANAN DUN SABAH MENGIKUT PEMBAHAGIAN KORIDOR PENIBANGUNAN SABAH (SDC):
SATU PENELITIAN AWAL
Mustapa Abd. Talip ZainalAjamain Fadilah Sarbi Samsam Abu
PENGENALAN
Persempadanan merupakan salah satu persoalan dalam pengkajian geospatial yang
menjurus kepada subbidang geografi politik Malahan, dapat dikatakan bahawa sudah sekian lama disiplin geografi memainkan peranan utama dalam menentukan sempadan politik clan fizikal di peringkat global. Namun, persoalan asas bagi menentukan persempadanan politik ialah persoalan teori tentang persempadanan pilihan raya yang masih belum jelas. Perkara yang ada hanyalah beberapa peraturan atau panduan yang
perlu dipatuhi. Setiap negara mempunyai peraturan yang hampir universal sifatnya
namun pelaksanaan penggarisan sempadan politik khususnya sempadan pilihan raya masih bersifat negosiasi dan percabaran antara parti-parti politik dan pihak-pihak bakepentingan yang lain (Abdul Hadi et at, 2007). Penggunaan konsep persempadanan geopolitik gerrymanderring yang dibincangkan oleh Fadilah dan penulis-penulis lain
dalam kertas kerja pembentangan seminar yang sama telah menjelaskan mekanisme- mekanisme pembentukan persempadanan geopolitik khususnya bagi Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN Sabah).
Perkara yang ingin dihujahkan ialah bersabit dengan konsepsualisasi ruang yang digunakan sebagai asas persempadanan clan pembahagian ruang yang tergambar
menerusi pemetaan sempadan pilihan raya. Lazimnya, persempadanan digariskan berdasarkan ni sbah bilangan penduduk kepada wakil rakyatnya. Pol a taburan penduduk yang tidak seragam ruangnya memerlukan penggarisan sempadan yang bukan sekadar mengikut keluasan yang sama saiz ruang geografinya malah berpandukan beberapa indikator yang lain. Oleh hal yang demikian, makalah ini ditulis untuk menganalisis pola persempadanan DUN Sabah menggunakan analisis reniang (spatial analysis) untuk melihat sejauhmana integrasi persempadanan pilihan raya mengikut DUN Sabah dengan
sempadan-sempadan yang lain. Daripada pengintegrasian tersebut, padanan antara pentadbiran mengikut daerah, tabiaan penduduk men gikut bangsa dan etnik, pendapatan clan bilangan pengundi mengikut sempadan pentadbiran daerah yang merentasi pembahagian persempadanan Kaidor Pembangunan Sabah (SDC) cuba dinilai.
Mustapa Abd. Talip ei a!.
Analisis reruang menggunakan pendekatan GIS digunakan untuk
memudahkan kerja-kerja penganalisisan reruang secara automasi yang menggunakan ModelBuilderT"' sebagai asas untuk menganalisis padanan dan tindanan antara
angkubah yang dinyatakan di atas. Analisis-analisis reruang ini kelak dapat
memperlihatkan pola persempadanan DUN mengikut sempadan pembahagian subkoridor dengan lebih mudah, sekali gus memperlihatkan implikasi-implikasi yang akan wujud berdasarkan kepada angkubah-angkubah yang ditentukan bagi setiap subkoridor justeru, implikasi untuk pembangunan menyeluruh untuk setiap DUN dan daerah pentadbiran pada masa hadapan dapat dilestarikan. Di samping itu, kertas kerja ini merintis suatu pendekatan holistik untuk melihat sejauhmana pola dan
taburan persempadanan DUN Sabah yang dibahagikan mengikut pembangunan ekonomi menerusi konsep Pembangunan Koridor Sabah iaitu Koridor Pantai Barat, Koridor Tengah dan Koridor Pantai Timur mengikut pembahagian seimbang yang mewakili koridor-koridor pembangunan di Sabah.
METODOLOGI
Pendekatan kuantitatifditerapkan dalam mempersembahkan dan menganalisis data- data mengikut angkubah-angkubah seperti pendapatan, pecahan pengundi berdasarkan bangsa dan taburan penduduk melalui peta-peta tema yang dianalisis dalam bentuk urutan (ordinal), julat (interval) dan nisbah (ratio) untuk menggambarkan senario dan pola persempadanan secara menyeluruh. Oleh hal yang demikian, aplikasi GIS menggunakan pendekatan analisis geoprocessing menerusi tatacara ModelBuilderT'" akan memudahkan kerja-kerja menganalisis dan memaparkan pola dan taburan setiap angkubah yang ditekankan mengikut pembahagian pembangunan koridor Sabah. Analisis reruang menggunakan kaedah tindan lapis (overlay analysis) merupakan kaedah analisis yang amat sesuai diaplikasikan kerana setiap angkubah yang digariskan mempunyai perhubungan data
secara langsung antara satu dengan yang lain. Rajah 1 berikut merupakan salah satu contoh fungsi proses geoprocessing ModelBuilderT"'.
72
Pola Persempadanan DUN Sabah
Rajah 1: Analisis geoprocessing menggunakan GIS ModelBuilderTM
RANGKA TINDAKAN SDC
SDC telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 29 Januari 2008 yang merupakan satu lagi rangka tindakan koridor pembangunan Sabah bagi tahun 2008 hingga 2025. Rangka tindakan koridor pembangunan yang mengambil tempoh selama 18 tahun merupakan satu ledakan pembangunan untuk menggembleng kesatuan dalam kepelbagaian untuk menjana kekayaan dan kesejahteraan sosial peringkat koridor Sabah. Sepanjang tempoh 18 tahun koridor pembangunan, Sabah dijangka akan menjadi salah sebuah negeri yang termaju di Malaysia. Dalam tempoh rangka tindakan SDC, jumlah pelaburan diperuntukkan sebanyak RM 105 bilion dengan purata pelaburan tahunan sebanyak RM5.83 bilion. Dalam tempoh yang sama juga SDC
menganggarkan modal insan atau peluang pekerjaan dapat dijana dalam lingkungan 900,000 orang.
Rangka tindakan SDC dibahagikan kepada tiga subkoridor atau wilayah iaitu, Koridor Pantai Barat, Tengah dan Pantai Timur. Rajah 2 memaparkan tiga pembahagian subkoridor yang boleh menjana pusat-pusat pertumbuhan dan pembangunan mengikut zon-zon pertumbuhan ekonomi. Sebagai contoh, pembangunan Koridor Pantai Barat lebih menjurus kepada zon perindustrian Sabah dan zon agromakanan berskala kecil dan sederhana (IKS). Koridor Pembangunan Tengah pula berfokus kepada zon agropolitan pedalaman, zon pelancongan dan agritanah tinggi dan zon agroperhutanan utara, manakala Koridor Pantai Timur menekankan zon inovasi agrobio, zon konservasi biodiversiti, zon komersial agromakanan bersepadu, zon industri marin dan pelancongan serta kawasan lindungan hidupan liar Sabah. Oleh hal yang demikian, sudah tentu pendekatan pembangunan dapat dilaksanakan mengikut keupayaan sumber
73
MawWa Abd Tdlp d al.
menerusi bilangan penduduk, sumber tenaga, sumber alam, prasarana dan sebagainya. Dalam konteks pembangunan ini, kekuatan sumber dan ekonomi telah dikenal pasti
sekali gus mempengaruhi pelan strategik pembangunan yang telah dirangka.
Rajah 2: Zon SDC mengikut subwilayah (Sumber: Rangka Tindakan SDC, (IDS 2008))
POLA PEMBAHAGIAN DUN MENGIKUT SDC
Jumlah DUN bagi negeri Sabah ialah sebanyak 60 kerusi. Pembahagian kerusi
sebanyak 60 DUN diguna pakai sejak pilihan raya ke-11. Luas kawasan bagi setiap subkoridor diselaraskan berdasarkan kepada pembahagian DUN mengikut persempadanan daerah. Daripada pembahagian tersebut, Koridor Pantai Barat
mempunyai keluasan sebanyak 11,042 kilometer persegi atau 15 peratus daripada
74
Pola Persempadanan DUN Sabah
keluasan negeri Sabah, Koridor Tengah seluas 19,298 kilometer persegi atau 26 persegi dan keluasan Koridor Pantai Timur ialah 43,657 kilometer persegi atau 59 persegi daripada keluasan keseluruhan (Rajah 3).
Luas kawasan mengikut Subkoridor (km persegi)
11,042,15%
Koridor Pantai Barat
koridorTengah
Koridor Pantai Timur
Rajah 3: Luas dan peratus keluasan kawasan mengikut subkoridor
]adual I di halaman berikutnya menunjukkan pembahagian DUN mengikut lokasi subkoridor negeri Sabah. Koridor Pantai Barat meliputi 25 kawasan DUN manakala Koridor Tengah clan Pantai Timur masing-masing mencakupi 13 clan 22 DUN. Keadaan ini menunjukkan wujudnya pola yang tidak seimbang di antara keluasan dengan bilangan DUN yang mewakili subkoridor berkenaan. Koridor Pantai Barat yang hanya meliputi 15 peratus daripada keluasan negeri Sabah mempunyai kawasan DUN yang paling tinggi iaitu sebanyak 25 kawasan. Kondor Tengah yang mewakili 26 peratus keluasan negeri Sabah hanya mengandungi 13 DUN. Akhir sekali, Pantai Timur yang mencakupi keluasan yang paling besar hanya mempunyai 22 DUN. Namun, daripada aspek persempadanan, mekanisme utama yang menjadi kayu pengukur kepada persempadanan DUN ialah kepadatan penduduk bagi sesuatu kawasan. Bagaimanapun, dalam penelitian awal, kertas kerja ini cuba menggambarkan pola persempadanan mengikut keluasan geografinya berdasarkan pembahagian subkoridor seperti dalam rangka tindakan pembangunan koridor Sabah.
75
Ahuwpo Abd Talip er al.
Jadual 1: Senarai DUN mengikut lokasi subkoridor
KORIDOR PANTAI BARAT
KORIDOR TE: NGAH
KORIDOR PA: NTAI BARAT
1. N. 6 Tempacuk N. 1 Banggi N. 39 Sugut
2. N. 7 Kadamaian N. 2 Tg. Kapor N. 40 Labuk
3. N. 8 Usukan N. 3 Pitas N. 41 Gum-Gum
4. N. 9 Tamparuli N. 4 Matunggong N. 42 Sg. Sibuga
5. N. 10 Sulaman N. 5 Tandek N. 43 Sekong
6. N. I I Kiulu N. 29 Kundasang N. 44 Karamunting
7. N. 12 Karambunai N. 30 Karanaan N. 45 Elopura
8. N. 13 inanam N. 31 Paginatan N. 46 Tg. Papat
9. N. 14 Likas N. 32 Tambunan N. 47 Kuamut
10. N. 15 Api-Api N. 33 Bingkor N. 48 Sukau
If. N. 16 Luvan N. 34 Liawan N. 49 Tungku
12. N. 17 Tanjong Aru N. 35 Melalap N. 50 Lahad Datu
13. N. 18 Peta as N. 36 Kemabong N. 51 Kunak
14. N. 19 Ka a an N. 37 Sook N. 52 Sulabayan
15. N. 20 ! vlo o N. 38 Nabawan N. 53 Scnallang
l6. N. 21 Kawang Bugaya
17. N. 22 Pantai Manis N. 55 Balung
18. N. 23 Bongawan N. 56 Apas
19. N. 24 Membakut N. 57 Sri Tanjong
20. N. 25 Klias N. 58 Merotai
21. N. 26 Kuala Penyu N. 59 Tg. Batu
22. N. 27 Lumadan N. 60 Sebatik
23. N. 28 Sindumin
76
Pola Persempadanan DUN Sabah
Rajah 4 dan 5 menggambarkarº lokasi persempadanan DUN di peringkat negeri Sabah dan persempadanan pembahagian subkoridor pembangunan Sabah yang telah dirangka. Kedua-dua pola persempadanan ini akan dikembangkan untuk memperlihatkan sejauhmana pembahagian perwakilan mengikut DUN dapat
mempengaruhi pembangunan yang telah dirangka bagi menjamin kelancaran
pembangunan negeri Sabah seperti pelan perancangan pembangunan koridor
menjangkau tahun 2025.
Rajah 4: Sempadan DUN Sabah Rajah 5: Pembahagian pembangunan subkoridor Sabah (SDC)
KEPADATAN PENDUDUK MENGIKUT POLA PERSEMPADANAN DUN DALAM SUBKORIDOR
Mengikut perangkaan penduduk bagi tahun 2007, Sabah mempunyai penduduk seramai 2,997,000 (2.9 juta) orang. Jika taburan tersebut dibahagikan mengikut pembahagian subkoridor pembangunan Sabah, jumlah penduduk Koridor Pantai Barat meliputi 1.2 juta orang yang mewakili 40 peratus daripada keseluruhan penduduk di negeri Sabah, manakala 736.2 ribu orang atau 24.56 peratus dianggarkan menduduki Koridor Tengah dan 1.06 juta orang atau 35.43 peratus dianggarkan menempati bahagian Koridor Pantai Timur (sila rujuk Jadual 2 dan Rajah 6). Daripada angka ini didapati bahawa Koridor Pantai Barat mempunyai kepadatan yang paling tinggi iaitu 108 orang bagi satu kilometer persegi, diikuti oleh Koridor Tengah 38 orang satu kilometer persegi dan kawasan yang paling kurang kepadatan penduduknya ialah
77
Mh a AcidTdpff at
Koridor Pantai Timur iaitu 24 orang setiap satu kilometer persegi. Pola clan taburan ini menunjukkan bahawa kepadatan penduduk tertumpu di kawasan Koridor Pantai Barat, diikuti Koridor Tengah dan Koridor Pantai Timur.
Jadual 2: Kepadstan penduduk mengikut subkoridor
Subkoridor Jumlah Penduduk Keluasan Ke adatan
Koridor Pantai Barat 1196600 11.042 108/km=
Kondor Tengah 736200 19.296 38/kml
Koridor Pantai Timur 1062000 43,657 24.1cm2
1400
I
ANGGARAN PENDUDUK MENGIKUT SUBKORIDOR
1198.8 1200 4
1062
. <ý 1000 A
Soo
600 ý
400
: ". ý`_` ý . =4`:
ý ýýaNý; ý., y-ý
200 ý
" KORIDOR /ANTA16ARAT
" KORIDOR TENGAN
KORIDOR PANTO! TIMUR
4 Rajah 6: Graf perbandingan jumlab penduduk mengikut subkoridor Sab, b
78
Pola Persempadanan DUN Sabah
Rajah 7 menunjukkan taburan penduduk DUN mengikut pembahagian Subkoridor Pembangunan Sabah mengikut perangkaan tahun 2007. Koridor Pantai Barat meliputi 22 kawasan iaitu Sindumin, Kuala Penyu, Lumadan, Klias, Membakut, Bongawan, Pantai Manis, Kawang, Petaga, Moyog, Likas, Inanam, Kiulu, Sulaman, Tamparuli, Kedamaian, Usukan, Tempasok, Matunggong, Kepayan dan Tanjong Kapor. Koridor Tengah pula meliputi 13 kawasan, iaitu Kemabong, Nabawan, Melalap, Sook, Liawan, Kundasang, Bingkor, Tambunan, Paginatan, Karanaan, Tandek, Pitas dan Banggi. Koridor Pantai Timur meliputi 20 kawasan iaitu Kuamut, Sebatik, Tanjung Batu, Merotai, Balung, Apas, Sri Tanjong, Sanallang, Bugaya, Sulabayan, Kunak, Lahad Datu, Tungku, Sukau, Sekong, Labuk, Gum-Gum, Elopura, Sungai Sibuga dan Sugut.
Taburan penduduk DUN mengikut pembahagian Subkoridor Pembangunan Sabah seperti yang digambarkan dalam Rajah 7 menunjukkan kepadatan penduduk antara 18.80 hingga 38.60 ribu ialah kawasan Sindumin, Kuala Penyu, Tambunan, Banggi, Pitas dan Nabawan, sementara Kemabong, Melalap, Klias, Membakut, Umadan, Tandek dan Kunak mempunyai taburan penduduk sebanyak 38.61 hingga 71.80 ribu. Kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk antara 71.81 hingga 105.20 ribu pula ialah Sugut, Pantai Manis, Kawang, Bongawan dan Labuk. Kawasan
yang meliputi kepadatan penduduk sebanyak 105.21 hingga 192.10 ribu ialah kawasan
sekitar Kuamut, Lahad Datu, Tungku, Sukau, Bugaya, Senallang, Sulabayan, Tanjong Kapor, Sulaman, Tempasuk, Usukan, Kedamaian, Tamparuli, Kiulu, Karanaan, Kundasang dan Paginatan. Kawasan yang mempunyai kepadatan taburan penduduk yang meliputi 192.11 ribu ke atas ialah Sungai Sibuga, Gum-Gum, Elopura, Sikong, Sebatik, Tanjong Batu, Merotai, Balung, Apas, Bingkor, Liawan, Sook, Kepayan, Petagas, Moyog, Likas, Inanam dan Karambunai.
79
Muswpa Abd Tahp e( al.
Taturan Penduduk DUN Menglkut Pembahagian SubKorldor Pembangunan Sabah
410
ýý 7=i--ß
[= a.. W. ou. sý PanrýdUk TaAaw 2ON (9M ý. J wo " so IMAM-no ýnn"mýo - =21-02 0 ý ý. ýý. ý.. r.
p
Anw. OuimwMp -. 4cfMJ A1oGb+lu*br
wlKORR)OR ® IdORIDOR PANTN BARAT
figg ImRIDOR TENGIW
M IQ)RIDOR PNITN TIMUR
Rajah 7: Pola dan kepadatan penduduk mengikut DUN dalam pembahagian subkoridor pembangunan
80
Poles Persempadanan DUN Sabah
POLA DAN TABURAN MENGIKUT KUMPULAN ETNIK
Salah satu faktor yang mempengaruhi penentuan persempadanan DUN Sabah ialah kumpulan majoriti etnik-etnik atau suku kaum utama yang berada di negeri Sabah. Sabah mempunyai kumpulan etnik yang berbilang kaum iaitu Melayu, Bajau, Murut, Kadazan, Cina, bumiputera yang lain dan kaum-kaum yang lain.
Oleh hal yang demikian, pola persempadanan mengikut etnik juga dapat digambarkan dengan jelas selepas proses pertindanan antara kumpulan etnik,
sempadan DUN dan pembahagian subkoridor pembangunan. Walaupun pada dasarnya data bagi taburan etnik berdasarkan persempadanan pentadbiran daerah
atau daerah kecil, hampir keseluruhan pentadbiran di peringkat daerah mempunyai
wakil dalam DUN Sabah. Oleh itu, analisis yang telah dilakukan mendapati bahawa
pola dan taburan mengikut kumpulan majoriti etnik-etnik di Sabah dapat
menunjukkan adanya pendominasian kumpulan etnik mengikut persempadanan DUN serta mewakili bagi ketiga-tiga subkoridor seperti yang digambarkan dalam
Rajah 8 dan Rajah 9.
TABURAN ETNIK MENGIKUTSUBKORIOOR (2000)
MCLMU
&UAU
MURUT
KAOAZAN DS
QNA
BUMI LAIN
LAIN LAIN
KORK)ORPANTAI KORIDORftTfGNI KORIDORPANTAI 6ARAT TIMUR
Rajah 8: Bilangan dan perbandingan kumpulan etnik utama di Sabah (20(0)
81
Murwpa Abd Talhp et al.
Sekiranya kumpulan etnik tersebut diperhatikan. Koridor Pantai Barat
memperlihatkan pola dan taburan etnik yang agak seimbang. Etnik Kadazan
mendominasi dan mewakili 26.95 peratus daripada keseluruhan jumlah etnik di pantai barat, diikuti oleh kumpulan bumiputera lain (19.8 peratus), Bajau (17.73 peratus), Cina (15.52 peratus) dan Melayu (15.14 peratus).
lkbtwan Ethik Menglkut DUN Pembahaglan SubKoridor Pembanguian Sabah
TaEuan Ei+1c Mab7u
TaEunn Enk Byau
ý
TaErran Ea+ik Cm*
I Li Li L----j 04O 110 YO
p.,... ý,.. . s. -.. ý n.,.., s.. O ý,,..,,....
.... r+« ö°°" ý -
ýý M ... g».
d ...,.. ý FR41; s-
®...,
Tabvan Eati Kada: an_Duaun
tMuran Ein* Muni
iMvvi Ebik lanlon
ýTý"-ý =ý -- t... =... i .
__' .:
"', I= - .-
Rajah 9: Lokasi kepadatan penduduk berdasarkan kumpulan etnik utama
ok-, 40
82
Pola Persempadanan DUN Sabah
Pola dan taburan kumpulan etnik yang tidak seimbang ditunjukkan oleh Koridor Tengah. Koridor ini didominasi oleh kumpulan etnik Kadazan yang mewakili 53.28 peratus daripada keseluruhan jumlah etnik di Koridor Tengah, diikuti oleh Murut
(19.01 peratus) dan etnik-etnik yang lain. Koridor Tengah didominasi oleh kumpulan
etnik kawasan pedalaman dan berbukit-bukau dan kebanyakan penduduknya berada di kawasan pinggir bandar dan pedalaman seperti Tandek, Pitas, Kundasang, Tambunan dan Nabawan merupakan kawasan petempatan awal yang berasaskan pertanian. Kawasan ini sehingga kini masih mengekalkan pertanian sebagai sumber ekonomi disebabkan faktor kesuburan tanih dan merupakan pembekal sayuran tanah tinggi
yang penting di Sabah. Koridor Pantai Timur menunjukkan pola dan taburan etnik yang agak
seimbang. Empat etnik utama mendominasi kawasan ini, iaitu Bajau mewakili 23.5
peratus daripada keseluruhan penduduk di koridor ini, bumiputera lain 22.34 peratus, Melayu 20.35 peratus dan Cina 14.45 peratus diikuti oleh etnik-etnik yang lain.
POLA PENDAPATAN MENGIKUT DUN DALAM PERSEMPADANAN SDC
Perkara penting yang menjadi keutamaan kepada pelan tindakan pembangunan koridor Sabah ialah daripada segi sosioekonomi atau hasil pendapatan yang diperoleh
oleh setiap pentadbiran daerah atau lebih jelas. Keadaan ini menunjukkan bahawa keselarasan dalam pengimbangan pendapatan dalam pentadbiran bagi sesuatu kawasan DUN amat penting. Berdasarkanjumlah pendapatan mengikut pentadbiran yang juga diwakili oleh DUN masing-masing mendapati pola dan perbandingan pendapatan mengikut DUN dalam persempadanan SDC (sila rujuk Jadual 3, Rajah 10 dan Rajah 11). Sebagai contoh, pendapatan subkoridor pantai barat dianggarkan berjumlah 750.23 juta atau 34.85 peratus daripada keseluruhan pendapatan negeri Sabah. Pendapatan Subkondor Tengah dianggarkan paling sedikit iaitu berjumlah 352.38 juta (16.37 peratus) manakala pendapatan Subkoridor Pantai Timur merupakan pendapatan yang paling tinggi iaitu berjumlah 1,050.21 juta atau 48.78 peratus. Anggaran pendapatan bagi ketiga-tiga subkoridor ini adalah berjumlah 2,152.82 juta (Jadual 3). Rajah 10 menggambarkan perbandingan dan peratusan pendapatan yang berada dalam pembahagian pembangunan koridor Sabah.
83
Musuipa Abd Talip cl al.
Rajah 10: Peratus pendapatan mengikut subkoridor pembangunan Sabah
Jadual 3: Jumlah pendapatan mengikut subkoridor
SUBKORIDOR PENDAPATAN (juta) %
Pantai Barat 750.23 34.85
Tengah 352.38 16.37
Pantai Timur 1,050.21 48.78
Jumlah 2,152.28 100
84
Pola Persempadanan DUN Sabah
Pola Pendapatan DUN Menglkut Pembahaglan SubKoridor Pembangunan Sabah
LJ Sannadan DUN Sabah
rwd"rw Takao 2100 total
1418-3979
3990-9464 - 94 65.13663 - 136 64 - keatas
SUBKORIDOR ® 10 RID OR PAN TAI BARAT
H49 IORID OR TEN GAH
® imRIDOR PANTAI TIMUP
Rajah 11: Pola pendapatan DUN mengikut pembahagian subkoridor
RS
Muswpn Abd Talrp e1 al.
Rajah 11 merujuk kepada pola pendapatan DUN mengikut Pembahagian
Subkoridor Pembangunan Sabah pada tahun 2000. Kawasan yang mempunyai nilai
pendapatan antara 14.18 hingga 39.79 juta adalah Nabawan, Kemabong, Sindumin,
Kuala Penyu, Membakut, Melalap, Tambunan Kedamaian, Tamparuli, Usukan,
Tempasuk, Pitas dan Banggi manakala kawasan yang mempunyai nilai pendapatan antara 39.80 hingga 94.64 juta meliputi kawasan Lumadan, Klias, Bongawan, Pantai
Manis, Kawang, Kiulu, Sulaman, Karanaan, Paginatan, Kunasang, Tandek, Matunggong, Tangjong Kapor, Sugut, Labuk, Kuamut, Sukau, Kunak, Sulabayan, Bugaya, dan Senallang. Kawasan seperti Sook, Bingkor, Liawan, Moyog, Petagas, Lahad Datu dan Tungku mempunyai nilai pendapatan antara 94.65 hingga 136.63 juta. Kawasan DUN yang mempunyai nilai pendapatan yang paling tinggi ialah kawasan seperti Inanam, TanjungAru, Sungai Sibuga, Gum-Gum, Elopura, Sekong, Sukau, Tanjong Batu, Sebatik, Merotai, Balung, Apas dan Sri Tanjong.
PERTINDANAN PERSEMPADANAN PENTADBIRAN DAERAH DAN PERSEMPADANAN DUN
Hasil analisis reruang yang dilakukan mendapati ada beberapa daerah yang terlibat dalam pembahagian persempadanan DUN Sabah. Pertindanan ini berlaku mungkin disebabkan pewujudan persempadanan daerah kecil yang sekali gus bertindan dengan daerah-daerah yang sedia ada. Namun, setelah diteliti dengan lebih lanjut, didapati bahawa pola persempadanan DUN bertindan dengan melibatkan dua daerah
pentadbiran. Mungkin pada dasarnya pembahagian persempadanan tidak banyak
menimbulkan masalah daripada segi pengurusan dan pentadbiran tetapi apabila dihalusi sedikit banyak mempengaruhi proses pembahagian pengundi. Satu contoh yang nyata iaitu Daerah Ranau dan Daerah Beluran melibatkan DUN Kundasang_ Begitu juga dengan DUN Sukau yang berada di dalam daerah pentadbiran Sandakan, Membakut antara Daerah Beaufort dan Daerah Papar, Moyog antara Daerah Kota Kinabalu dan Penampang, Matunggong antara Daerah Kudat dan Kota Marudu, Tungku yang berada dalam Daerah Kinabatangan, Kepayan dan Petagas antara Daerah Kota Kinabalu dan Daerah Penampang (sila rujuk Rajah 12). Hasil analisis reruang yang digambarkan di atas meninggalkan satu persoalan tentang pertindanan persempadanan yang sekali gus menimbulkan masalah daripada segi pertindanan daftar pemilih bagi mewakili DUN yang terlibat.
86
Polo Persempadanan DUN Sabah
Rajah 12: Pertindanan persempadanan pentadbiran daerah dengan wakil DUN Sabah
87
Musupa Abd Talip ei al.
PENUTUP
Penentuan persempadanan DUN di Malaysia telah ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) berlandaskan kepada kriteria-kriteria seperti demografi dan persekitaran fizikal geografi. Oleh hal yang demikian, perubahan persempadanan boleh dan akan berlaku mengikut permintaan clan masa. Perubahan persempadanan DUN Sabah kebanyakannya dipengaruhi oleh kriteria-kriteria seperti demografi (mengikut daerah), sosioekonomi di samping faktor perkembangan infrastruktur yang telah ada.
Daripada pembahagian tiga-tiga koridor ini, terdapat banyak implikasi yang wujud pada masa depan. Antara implikasi yang mungkin akan wujud ialah sejauhmana keberkesanan sistem penyampaian dari segi pentadbiran, maklumat dan sebagainya. Ekoran daripada konsep pembangunan koridor memungkinkan wujudnya jurang pemisah (diskriminasi) dalam bentuk pembahagian peruntukan kerana didasari oleh sumber, kekuatan sosioekonomi serta penduduk bagi setiap subkoridor yang telah ditetapkan.
Dalam melihat kemungkinan ini, penelitan awal perlu dilakukan untuk memantau sejaulunana implikasi-implikasi tersebut dapat diambil kira dan dijadikan indikator penting dalam rangka pembangunan menyeluruh koridor Sabah. Oleh itu, aplikasi GIS penting dijadikan sebagai salah satu pendekatan dalarn mengendalikan Infrastruktur geoinformasi untuk memantau proses pembangunan negeri Sabah menerusi persempadanan DUN dalam pembahagian pembangunan koridor Sabah. Kelebihan aplikasi GIS dapat membantu mengintegrasikan pangkalan data menyeluruh ke arah pembangunan politik yang lebih mantap terutama apabila wujud permintaan untuk menambah dan mengubah persempadanan politik pada masa hadapan.
RUJUKAN
Abdul Hadi Harman Shah, Mustapa Abd Talip & Fadilah Sarbi. 2007. Geograf I, Gerrymandering dan Persempadanan Politik: Satu Pemerhatian Kartografi. Kertas Kerja Persidangan Geografi, 21-23 Ogos 2007, Universiti Malaya.
Fadilah Sarbi, Mustapa Abd Talip & Abdul Hadi Harman Shah. 2008. Pengaplikasian Konsep Gerrymandering dalam Penentuan Persempadanan Pilihan Raya bagi DUN Sabah. Kertas Kerja Seminar Politik Malaysia, 28-30 Ogos 2008, UiTNj Sabah.
MALAYSIA. 2007. Buku Tahunan Perangkaan Sabah. Jabatan Perangkaan Malaysia, Cawangan Sabah.
88
Pola Perscmpadanan DUN Sabah
Passi, A. 2002. The Changing Discourses on Political Boundaries: Mapping the Background, Contexts and Content. England: Ashgate Publication.
SABAH. 2008. Koridor Pembangunan Sabah: Rangka Tindakan Sosioekonomi 2008- 2025. Institut Pembangunan Sabah (IDS).
SABAH. 1998. Pencapaian Pembangunan Sabah Menjelang Abad Ke-21. Kuala Lumpur: Institut Kajian Pembangunan (IDS).
SABAH. 2005. Anggaran Emolumen Bagi Tahun 2005. Kota Kinabalu: Percetakan Kerajaan Negeri Sabah.
89