2016
PROJEK KHAS (BANGUNAN)
JKR KELANTAN
Projek Lessons Learned Bagi Projek MENYIAPKAN
KERJA-KERJA TERBENGKALAI PROJEK INSTITUT
KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN) TANAH MERAH,
KELANTAN (REKA & BINA)
1
RINGKASAN EKSEKUTIF
Laporan ini adalah bertujuan menerangkan nilaian yang baik yang boleh dicontohi
serta perkara-perkara yang kurang baik yang boleh diambil iktibar seterusnya
diperbaiki untuk projek-projek yang dilaksanakan oleh JKR melalui sesi bengkel
‘Project Lessons Learned’ JKR (Zon Timur) yang telah dilaksanakan pada 18 hingga
19Julai 2016 bagi projek Menyiapkan Kerja-Kerja Terbengkalai Projek Institut
Kemahiran belia Negara (IKBN) Tanah Merah, Kelantan (Reka & Bina)yang telah
dihadiri oleh wakil HOPT,HODT dan juga wakil PD.
Selain itu juga, Laporan ini turut mencadangkan beberapa penambahbaikan yang
perlu diambil kira bagi projek-projek seumpanyanya di masa hadapan.
A. PENGENALAN
Projek Menyiapkan Kerja-Kerja Terbengkalai Projek Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN) Tanah Merah, Kelantan (Reka & Bina) telah memulakan pembinaannya pada
03 November 2014 oleh pihak Kontraktor Utama iaitu CAKNA ENTERPRISE SDN. BHD.
B. KONSEP DAN KOMPONEN PEMBANGUNAN
Cadangan pembangunan dirancang dengan membahagikan kepada beberapa
zon. Zon-zon yang dicadangkan merangkumi 3 zon iaitu:
1) Zon Sukan dan Riadah :
a) Padang Bolasepak / Balapan
b) Gelangang Bola jaring
c) Gelangang Sepak Takraw
d) Gelangang Bola tampar
e) Gelanggang Badminton (Berada di dalam Dewan Serbaguna)
2) Zon Pentadbiran / Zon Akademik :
Di zon pentadbiran terdapat 1 Blok Bangunan Pentadbiran (HEP), 1 blok
Bangunan Bengkel Jahitan, 1 blok Bangunan Bengkel Awam dan juga 1 blok
Bangunan Bengkel Elektrik.
Bagi Bangunan Pentadbiran terdapatbeberapa ruangan sepertimana di
bawah disediakan iaitu :-
a) Pusat Sumber
b) Makmal Bahasa
c) Bilik Latihan
d) Kafeteriadan
e) Lain-lain kemudahan sepertimana ‘Needs Statement’ IKBN
2
Bagi bangunan blok –blok latihan yang lain beberapa ruangan seperti mana
di bawah disediakan iaitu :-
A. Bengkel Jahitan
a) Ruangan Jahitan Pakaian Lelaki / Wanita
b) Ruangan Bilik Lukisan
c) Makmal Rekabentuk Fesyen
d) Ruangan Jahitan Industri
e) dan lain-lain kemudahan sepertimana ‘needs statement’ IKBN
B. Bengkel Awam
a) Ruangan Awam
b) Makmal Rekabentuk 1 & 2
c) dan lain-lain kemudahan sepertimana ‘needs statement’ IKBN
C. Bengkel Elektrik
a) Bilik Bengkel Pendawaian
b) Ruangan Bilik Lukisan
c) Makmal Amali Pendawaian
d) dan lain-lain kemudahan sepertimana ‘needs statement’ IKBN
Pada zon ini juga terdapat Bangunan Dewan Serbaguna untuk kapasiti 500
orang.
3) Zon Kediaman dan Sokongan :
Terdapat beberapa bangunan kediaman untuk menampung keperluan
pelatih, tenaga pengajar dan juga kakitangan institut.
a) Bangunan Asrama 4 tingkat ( Lelaki dan Perempuan)
Terdapat Asrama untuk menampung 500 orang pelajar lelaki dan wanita
yang dilengkapi dengan kemudahan seperti Bilik Menggosok, Ruang
Jemuran, Bilik Rekreasi,Rumah Warden dan juga ruangan lain
sepertimana kehendak-kehendak ‘Needs Statement’.
b) Bangunan Dewan Makan dan Surau
c) Bangunan Kediaman Kakitangan
d) Kelas C (Pengarah) : 1 unit (2 tingkat bunglow)
Rumah Kediaman Pengarah ini mempunyai keluasan 290 meter persegi.
e) Kelas D : 2 unit (Semi-D 2 Tingkat)
f) Kelas E : 6 unit ( Semi-D 2 Tingkat)
g) Bangunan-bangunan Sokongan yang lain:
a. Pondok Pengawal
b. Garaj Bas & Van
c. 3 unit Pencawang elektrik
d. Rumah Sampah (2 Unit)
e. Menara Tangki Air, Rumah Pam & Suction Tank
3
C. RINGKASAN MAKLUMAT PROJEK
Tajuk Kontrak
MENYIAPKAN KERJA – KERJA TERBENGKALAI
PROJEKINSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA (IKBN),
TANAH MERAH,KELANTAN DARUL NAIM (REKA &
BINA)
Nama Kontraktor CAKNA ENTERPRISE SDN BHD
Kelas / Taraf CIDB Gred ‘G7’ / PKK Kelas A / BUMIPUTERA
Jumlah Kos Kontrak Asal RM 52,800,000.00
Tempoh Kontrak Asal 87 Minggu
Tarikh Milik Tapak 03HB NOVEMBER 2014
Tarikh Siap Asal 03HB JULAI 2016
Tarikh Siap Semasa 31HB NOVEMBER 2016 (EOT NO.2)
24HB OGOS 2016 (EOT NO.1)
No. Kontrak IP/JKR/CKUB/250/2014
Pelanggan KEMENTERIAN BELIA & SUKAN
Pengarah Projek (P.D) Pengarah JKR Negeri Kelantan
Wakil Pengarah Projek Pasukan Projek Khas Bangunan JKR Kelantan:
1. Pengurus Besar Kanan Pembinaan – J54 (Ir Nik
Mohd Manan Bin Wan Abdul Majid)
2. Pengurus Besar Pembinaan – J48 (Nik Nazlina Bt
Nik Mat Romli)
3. Penolong pengurus Besar pembinaan (Awam) –
J44 ( Nor Fazlina bt Ismail)
4. Penolong Jurutera Kanan (Awam) – J36 ( Mat
Fauzi Bin Mahmood)
Pejabat HOPT CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2 (CKBA 2)
4
D. PELAN KUNCI, PELAN LOKASI DAN PELAN TAPAK
PELAN KUNCI PELAN LOKASI
PELAN TAPAK
5
E. PASUKAN KERJA YANG TERLIBAT BAGI PROJEK INI ADALAH SEPERTI BERIKUT :-
i) HOPT
(a) CAWANGAN KERJA BANGUNAN AM 2 (CKBA 2)
ii) HODT
(a) HODT Senibina –Cawangan Arkitek , IP JKR Malaysia
(b) HODT Struktur –Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (Struktur)
(c) HODT Sivil- Cawangan Kejuruteraan Awam & Struktur (Awam)
(d) HODT Geoteknik–Cawangan Kejuruteraan Jalan & Geoteknik
(e) HODT Mekanikal–Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, IP JKR
(f) HODT Elektrikal–Cawangan Kejuruteraan Elektrik, IP JKR
(g) HODT Ukur Bahan - Bahagian Kerja Bangunan Am 2, (CKUB)
(h) HODT Alam Sekitar–Cawangan Alam sekitar Dan Kecekapan
Tenaga, IP JKR Malaysia
(i) PD/Wakil PD –Pengarah JKR Kelantan/ Pengurus Besar Kanan
Pembinaan
Carta Organisasi Pasukan Selia Tapak
PENGARAH
JKR NEGERI KELANTAN
PENGARAH PROJEK
PENGURUS BESAR KANAN
PEMBINAAN
WAKIL PENGARAH PROJEK
PENGURUS BESAR
PEMBINAAN
PENOLONG PENGURUS
BESAR PEMBINAAN (AWAM)
PENOLONG JURUTERA
KANAN (AWAM)
6
E. SESI PENGUMPULAN PEMBELAJARAN PROJEK
i. Bengkel
a. Tajuk : ‘Project Lessons Learned’ JKR (Zon Timur)
“Menyiapkan Kerja-Kerja Terbengkalai Projek Institut Kemahiran belia
Negara (IKBN) Tanah Merah, Kelantan (Reka & Bina)“
b. Tarikh : 18 – 19 Julai 2016 ( Isnin - Selasa )
c. Tempat : Dewan Teratai, Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu
ii. Peserta
Peserta Bengkel adalah terdiri daripada wakil-wakil dari bahagian-
bahagian berikut :-
a. Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan yang terdiri daripada
Pasukan Projek
KPP Arkitek/wakil
KPP Ukur Bahan/wakil
KPP Mekanikal/wakil
KJEN/wakil
b. Wakil HOPT, Cawangan Kerja Bangunan Am 2
c. Wakil HODT Arkitek, IP JKR
d. Wakil HODT Struktur, IP JKR
e. Wakil HODT Civil, IP JKR
f. Wakil HODT Mekanikal, IP JKR
g. Wakil HODT Elektrik, IP JKR
h. Wakil HODT Ukur Bahan, IP JKR
i. Wakil HODT Alam Sekitar, IP JKR
iii. Pemudahcara/Fasilitator
Pemudahcara/Fasilitatoradalah wakil dari ECKM, Ibu Pejabat KL seperti
berikut:-
a. Sr. Roznita Binti Othman – Penceramah/ Lead Fasilitator
b. Ir. Fithry Mohd Amir - Fasilitator
c. En. Khairil Hizar Bin Md Khuzaimah– Fasilitator
d. Pn Nurul Huda Aminuddin – Fasilitator
e. Pn Nor Parzila Abdul Ghaffar - Fasilitator
7
iv. Gambar-gambar semasa Bengkel Project Lessons Learned
v. Metadologi/Kaedah Bengkel
a. Pembelajaran dari isu kritikal
Di awal bengkel para peserta diberikan Borang Kajiselidik (Survey
From) sepertimanaLAMPIRAN Auntuk diisikan berdasarkan maklumat
dan pengalaman masing-masing dalam projek tersebut.
Bengkel ini dijalankan dalam gayaKnowledge Café di mana peserta
akan diminta untuk mencatat pandangan mereka pada kertas yang
disediakan. Mana-mana perkara yang dibangkitkan mestilah khusus.
8
b. Objektif Bengkel
Bengkel ini bertujuan untuk mengumpul pandangan daripada individu
yang terlibat dalam projek ini dari segi menyumbang ke arah
kejayaan projek itu:
• Apakah berjalan dengan lancar?
• Apa yang boleh dilakukan yang lebih baik dan
• Apakah pengajaran yang diperoleh?
Bahagian-bahagian merangkumi :-
1) Menentukan objektif projek / serahan dan harapan
(expectations)
2) Peringkat PerancanganProjek
3) PeringkatPelaksanaanProjek
4) PeringkatPemantauanProjek
5) Penilaian projek keseluruhan
c. Pembelajaran dari Peristiwa Utama
Para peserta sebagai satu kumpulan akan membincangkan dan
bersetuju dengan perkara-perkara berikut :-
1) LIMA PERKARA YANG TELAH DILAKUKAN BAIK dalam "APA
BERLAKU DENGAN LANCAR ?" ;
2) LIMA ISU dalam "APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN BAIK?" dan
3) Sekurang-kurangnya lima (5) perkara PENGAJARAN
PEMBELAJARAN dalam "Antara pengajaran yang diperoleh"
sebelum meneruskan ke bahagian PENILAIAN PROJEK keseluruhan
(Bagi projek yang telah disiapkan dan diserahkan)
Analisis dan punca tersebut kemudian dibentang dan dibincang
dengan lebih teliti.
9
F. LESSONS LEARNEDBERDASARKAN ISU KRITIKAL
Berdasarkan isu kritikal yang diperolehi dari survey form sertabrainstorming oleh
peserta dan dipersembahkan melalui peta minda, berikut adalah kesimpulan yang
diperolehi hasil dapatan daripada perbincangan tersebut: -
WHAT WENT WELL ?
APA BERLAKU DENGAN LANCAR
1. CLARITY OF PROJECT OBJECTIVES/DELIVERABLES/EXPECTATIONS
PENJELASAN OBJEKTIF / HASIL / KEPERLUAN
i. Pengurusan kewangan – tiada VO
Pengurusan Kewangan pihak kontraktor Utama yang baik
menyebabkan perjalanan projek tiada masalah dan projek berjalan
lancar
ii. Skop Kontrak adalah jelas
Skop yang jelas dan tiada sebarang pindaan memastikan projek
dapat disiapkan dalam tempohnya
iii. Masa yang ditetapkan bersesuaian dengan skop kontrak
Tempoh kontrak yang ditetapkan adalah bersesuaian dengan kontrak
iv. Hasil memenuhi keperluan pihak pelanggan
Hasil/produk adalah memenuhi keperluan pelanggan dimana tiada
aduan diterima berhubung ketidakpuasan pelanggan
2. PLANNING
PERINGKAT PERANCANGAN
~ Tiada / TB
3. EXECUTION
PERINGKAT PELAKSANAAN
i. Kemajuan kerja
Kemajuan kerja di tapak sehingga bengkel dijalankan adalah
memuaskan dan sentiasa awal daripada jadual
ii. Tuntutan bayaran interim
Tuntutan bayaran interim disediakan secara berkala setiap bulan
iii. Komunikasi antara pihak kontraktor dengan pihak pelanggan –
kebolehan pihak kontraktor
Komunikasi antara pihak kontraktor dan pihak pelanggan amat
memuaskan dimana pihak kontraktor memainkan peranan dan setiap
keputusan pihak pelanggan diperolehi dengan segera
10
4. MONITORING
PERINGKAT PEMANTAUAN
i. Mesyuarat Tapak dijalankan secara berkala setiap bulan
sebagaimana dirancang
ii. Mesyuarat teknikal antara pihak kontraktor, pihak perunding dan sub-
kontraktor dilaksankaan mengikut perancangan
iii. Interaksi dengan pihak pelanggan
(JKR/kontraktor/perunding/Pelanggan)
WHAT COULD HAVE BEEN DONE BETTER ?
APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK
1. CLARITY OF PROJECT OBJECTIVES/DELIVERABLES/EXPECTATIONS
PENJELASAN OBJEKTIF / HASIL / KEPERLUAN
i. Perlantikan sub- kontraktor untuk kerja WPS perlu dilantik lebih awal
(melibatkan tempoh EOT 1)
Bagi mengelakkan Lanjutan masa diberikan kepada pihak kontraktor,
pihak JKR perlu membuat perlantikan untuk kerja-kerja WPS awal dan
dipastikan kerja disiapkan dalam tempoh kontrak pihak kontraktor
utama agar alasan kelewatan di pihak PD tidak dijadikan sebagai
sebab Lanjutan Masa boleh diberikan kepada pihak kontraktor.
Pihak kontraktor juga perlu memastikan semua dokumen dan lukisan
untuk tujuan sebutharga kerj aWPS diserahkan awal kepada pihak JKR
untuk semakan dan panggilan sebutharga.
ii. Penyediaan ITP melibatkan semua skop di tapak
Pihak kontraktor sepatutnya menyediakan ITP bagi semua skop kerja
yang perlu dilaksanakan di tapak bagi tujuan memastikan
penyelarasan kerja di tapak berjalan lancar.
iii. Koordinasi diantara HOPT/HODT/ WPD lebih baik dan berkesan
Koordinasi yang berkesan antara pihak HOPT/HODT/WPD memberi
kesan yang baik dalam kelancaran projek dimana setiap permasalah
yang timbul dapat diselesaikan segera dan setiap maklumat/arahan
diterima dengan jelas dan dilaksanakan dengan tepat dan segera.
2. PLANNING
PERINGKAT PERANCANGAN
~ Tiada / TB
11
3. EXECUTION
PERINGKAT PELAKSANAAN
i. Penyediaan lukisan kerja lewat mendapat kelulusan HODT – perlu
diluluskan sebelum pembinaan ditapak
Kelulusan segera oleh pihak HODT adalah perlu bagi lukisan
pembinaan bagi memastikan kerja di tapak berjalan lancar. Setiap
permasalah yang timbul perlu diselesaikan segera dan tidak mengalbil
masa yang lama untuk diluluskan.
ii. Kerjasama antara perunding dan JKR (dilantik oleh kontraktor)
Pihak perunding (yang dilantik oleh pihak kontraktor utama) perlu juga
merujuk kepada pihak JKR sebelum kelulusan diberikan
(rekabentuk/lukisan/kelulusan bahan dll) bagi tujuan memastikan
setiap yang dilaksankan adalah memenuhi spesifikasi yang ditetapkan
oleh JKR dan mengikut prosedur yang ditetapkan.
iii. Pengurusan Perubahan – perubahan Reka Bentuk ditapak dilakukan
tanpa kelulusan awal dari JKR (mendahulukan permintaan pelanggan)
Pihak kontraktor/perunding perlu mendapatkan kelulusan perubahan
rekabentuk daripada pihak HODT JKR terlebih dahulu sebelum kerja
dilaksanakan di tapak walaupun perubahan tersebut melibatkan
keperluan/permintaan pelanggan sendiri. Pihak kontraktor perlu
mengikut prosedur yang telah ditetapkan sebagaimana kontrak.
iv. Pelaksanaan kerja mengikut ITP
Pihak kontraktor sepatutnya melaksanakan kerja sebagaimana ITP
yang disediakan bagi melancarkan perjalanan kerja pembinaan di
tapak
v. Audit Kualiti Pembinaan perlu lebih kerap – projek team/ HODT
Pelaksanaan audit kualiti perlu dilaksanakan sekurangnya 3 bulan
sekali oleh pihak pasukan projek dan HODT berkaitan bagi tujuan
memastikan kualiti produk yang dihasilkan oleh pihak kontraktor
adalah mengikut spesifikasi dan prosedur sebagaimana kontrak.
4. MONITORING
PERINGKAT PEMANTAUAN
i. Mesyuarat koordinasi antara JKR dan perunding
Mesyuarat kooordinasi perlu dijalankan secara berkala bagi
membincangkan setiap permasalah atau isu yang timbul di tapak
agar dapat diselesaikan segera dan tidak menimbul masalah yang
boleh menyebabkan berlaku kelewatan kepada penyia[pan projek.
12
ii. Penglibatan PBT
Penglibat PBT perlu diambil maklum dan perhatian oleh pihak WPD
dan hendaklah memastikan kehadiran pihak PBT/wakil pada setiap
kali mesyuarat tapak diadakan terutamanya sekiranya wujud isu yang
membabitkan pihak PBT. Ini bagi memastikan setiap masalah yang
timbul sdapat segera diselesaikan.
Pihak JKR juga perlu sentiasa berhubung dengan pihak PBT bukan
hanya menunggu semasa Mesyuarat tapak setiap bulan untuk
menyelesaikanmasalah (jika ada)
iii. Pemantauan ITP
Kerja-kerja di tapak perlu merujuk kepada ITP pihak kontraktor yang
bagi memastikan pihak kontraktor menjalankan kerja mengikut
Method of Statement yang diluluskan
iv. Penglibatan Jurutera Tapak (RE) di dalam pengawasan kerja di tapak
– tanggungjawab banyak diserahkan kepada C.O.W
Penglibatkan RE dalam pelaksanaan projek amat penting. RE perlu
sentiasa berada di atapk setiap masa dan mengawasi kerja-kerja di
tapak. Tanggungjawab tidak sepatutnya diserahkan kepada C.O.W.
v. Penempatan perolehan melalui kontrak - sepatutnya ditempatkan di
pasukan projek
vi. Pemantauan CPM oleh JKR secara berkala
LESSONS LEARNT :
PEMBELAJARAN
Lessons Learnt telah dibuat analisis mengikut fasa-fasa berikut :-
1. CLARITY OF PROJECT OBJECTIVES/DELIVERABLES/EXPECTATIONS
PENJELASAN OBJEKTIF / HASIL / KEPERLUAN
i. Komunikasi antara pelaksana dengan pihak pelanggan perlu bagus
Komunikasi amat penting dalam pelaksanaan sesuatu kerja bagi
memastikan kelulusan/arahan/maklumat sampai kepada pihak
pelanggan dengan tepat dan keputusan segera dapat diberikan
tanpa menjejaskan pembinaan di tapak.
ii. Kewangan kontraktor yang dilantik perlu kukuh
Pengurusan Kewangan yang baik di dalam sesuatu projek
membolehkan projek disiapkan dalam tempohnya
iii. Penempatan kakitangan/ pelantikan pasukan projek yang sesuai
- Perlantikan awal
- M&E lengkap J41, J48
13
- Ukur Bahan & Arkitek
2. PLANNING
PERINGKAT PERANCANGAN
~ Tiada / TB
3. EXECUTION
PERINGKAT PELAKSANAAN
i. Permintaan pihak pelanggan perlu melalui pihak JKR
ii. Komunikasi melalui ‘whatsapp’ antara pasukan projek/ HODT/HOPT -
saluran maklumat/ arahan lebih cepat
iii. Pasukan pembinaan kontraktor dan perunding perlu dibezakan untuk
mengelakkan “conflict of interest”.
4. MONITORING
PERINGKAT PEMANTAUAN
i. HOPT/HODT perlu lebih kerap ‘turun padang’ bagi membantu pasukan
projek menyelesaikan isu-isu berbangkit
ii. Perlantikan pasukan pengawasan kontraktor perlu lebih teliti dari segi
kompetensi/ kelayakan
iii. Kelulusan lukisan pembinaan perlu diluluskan sebelum pembinaan di
tapak dijalankan untuk Kepastian Kualiti Pembinaan
F. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
I. Penempatan Pasukan Projek
Pasukan projek yang dilantik oleh pihak JKR bagi projek Reka & Bina
sepatutnya merangkumi kesemua disiplin yang terlibat bagi memastikan
pelaksanaan dan perjalanan projek berjalan lancar. Bagi projek ini
pasukan projek yang dilantik tidak mengambil kira keperluan di tapak
iaitu pegawai yang dilantik untuk tujuan pengawasan di tapak adalah
daripada disiplin awam sahaja termasuk Penolong Jurutera. Adalah lebih
baik sekiranya pegawai di tapak yang dilantik terdiri daripada disiplin
Akitek, disiplin Ukur Bahan, disiplin Mekanikal dan Elektrikal bagi jawatan
sekurang-kurangnya penolong jurutera untuk turut sama memantau
projek ini.
14
II. Komunikasi yang berkesan antara pihak JKR/Pelanggan/Kontraktor
Utama
Komunikasi yang berkesan antara semua pihak perlu diberi perhatian
yang serius bagi memastikan setiap arahan, maklumat yang diberi
diterima dengan jelas dan pelaksanaan kerja di tapak berjalan lancar.
III. Kelulusan Rekabentuk dan Lukisan Pembinaan hendaklah diperolehi
sebelum kerja-kerja pembinaan di jalankan di tapak bina
Pihak kontraktor hendaklah merancang awal setiap kerja pembinaan di
tapak dimana semua rekabentuk yang disediakan perlu diluluskan
terlebih dahulu oleh pihak HODT. Pihak kontraktor perlu mengeluarkan
lukisan pembinaan yang diluluskan sebelum kerja dijalankan di tapak
bina. Ini bagi mengelakkkan kerja pembinaan dihentikan disebabkan
lukisan pembinaan tiada dan kerja akan mengalami kelewatan dan
tergendala dan juga bagi menjamin kualiti kerja di tapak.
Disediakan Oleh :-
………………………………………
(NIK NAZLINA BT NIK MAT ROMLI)
Pengurus Besar Pembinaan
Projek Khas (Bangunan)
JKR Kelantan
Disemak & Diluluskan Oleh :
………………………………………
(Ir. NIK MOHD MANAN BIN WAN ABDUL MAJID)
Pengurus Besar Kanan Pembinaan
Projek Khas (Bangunan)
JKR Kelantan
15
LAMPIRAN
16
LAMPIRAN A
Nama Projek:
Survey Form
Rate Each of the statements below on a scale of -1 to -5 denoting a weakness, and
from +1 to +5 denoting a strength in the area being assessed in an increasing scale
No. Statement -5 -4 -3 -2 -1 +1 +2 +3 +4 +5
1. Overall planning of the
project/Perancangan
Projek secara
Keseluruhan
2. Overall monitoring of the
project/Pemantauan
Projek secara
keseluruhan
3. Overall execution of the
project/Perlaksanaan
projek secara
keseluruhan
4. Information sharing
among Project Team
members/Perkongsian
Maklumat (dalaman)
5. Information sharing with
external
stakeholders/Perkongsian
maklumat (luaran)
6. Cooperation of the main
contractors/Kerjasama
dengan kontraktor
7. Support from top
management/
Sokongan dari
pengurusan atasan
8. Decision
making/membuat
keputusan
9. Handling
changes/Pengurusan
Perubahan
10. Project Team
Motivation/Motivasi Ahli
projek
11. Project Team Skill Level/
Kemahiran ahli projek
12. Contractor
capability/Kebolehan
kontraktor
17
13.
Meeting customer
expectation/memenuhi
kehendak pelanggan
14. End user (Hospital
Authorities)
Engagement/
Penglibatan pihak
hospital
15. Assessment of duration of
project/ Jangkaan masa
untuk siap projek
16. Feedback regarding
project progress/
Maklumbalas mengenai
kemajuan projek
17. Ownership of project/
Tahap komitmen
terhadap kejayaan
projek
18 Problem solving
capability/Kebolehan
menyelesaikan masalah
19 Project Manager’s
Leadership style/ Gaya
kepimpinan pengurus
20 Verification of
information shared/
Pengesahan maklumat
yang dikongsi
21 Overall closeout/
Penutupan projek secara
keseluruhan
22 Access to external
expertise/ Akses kepada
kepakaran yang
diperlukan
23 Procurement of
contractor/ Pemilihan
kontraktor
24 Risk assessment/
Penilaian risiko
25 Projek organizational
structure/ Struktur
organisasi projek
18
LAMPIRAN B
1. CLARITY OF PROJECT OBJECTIVES/DELIVERABLES/EXPECTATIONS PENJELASAN OBJEKTIF / HASIL / KEPERLUAN
WHAT WENT WELL?
APA BERLAKU DENGAN LANCAR
WHAT COULD HAVE BEEN DONE BETTER ?
APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK
1. Pengurusan kewangan – tiada VO
2. Skop kontrak adalah jelas.
3. Masa yang ditetapkan bersesuaian skop kontrak.
4. Hasil memenuhi keperluan pelanggan
1. Perlantikan sub- kontraktor untuk kerja WPS perlu dilantik lebih awal (melibatkan tempoh EOT 1)
2. Penyediaan ITP melibatkan semua skop di tapak.
3. Koordinasi diantara HOPT/HODT/ WPP lebih baik dan berkesan
LESSONS LEARNT:
PEMBELAJARAN
1. Komunikasi antara pelaksana dengan pihak pelanggan perlu bagus
2. Kewangan kontraktor yang dilantik perlu kukuh
3. Penempatan kakitangan/ pelantikan pasukan projek yang sesuai
- Perlantikan awal
- M&E lengkap J41, J48 - Ukur Bahan & Arkitek
19
2. PLANNING
PERANCANGAN
WHAT WENT WELL?
APA BERLAKU DENGAN LANCAR
WHAT COULD HAVE BEEN DONE BETTER ?
APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK
1. TIADA / TB
2
1
2
3
4
3
4
LESSONS LEARNT:
PEMBELAJARAN
1
2
20
3. EXECUTION
PELAKSANAAN
WHAT WENT WELL?
APA BERLAKU DENGAN LANCAR
WHAT COULD HAVE BEEN DONE BETTER ?
APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK
1. Kemajuan kerja
2. Tuntutan interim
3. Komunikasi pihak kontraktor dengan pelanggan - kebolehan kontraktor
1. Penyediaan lukisan kerja lewat mendapat kelulusan HODT – perlu diluluskan sebelum pembinaan ditapak
2. Kerjasama antara perunding dan JKR (dilantik oleh kontraktor)
3. Pengurusan Perubahan – perubahan Reka Bentuk ditapak dilakukan tanpa kelulusan awal dari JKR (mendahulukan permintaan pelanggan)
4. Pelaksanaan kerja mengikut ITP 5. Audit Kualiti Pembinaan perlu lebih kerap –
projek team/ HODT
LESSONS LEARNT:
PEMBELAJARAN
1. Permintaan pihak pelanggan perlu melalui pihak JKR
2. Komunikasi melalui ‘whatsapp’ antara pasukan projek/ HODT/HOPT - saluran maklumat/ arahan lebih cepat
3. Pasukan pembinaan kontraktor dan perunding perlu dibezakan untuk mengelakkan “conflict of interest”.
21
4. MONITORING
PEMANTAUAN
WHAT WENT WELL?
APA BERLAKU DENGAN LANCAR
WHAT COULD HAVE BEEN DONE BETTER ?
APA BOLEH DILAKUKAN DENGAN LEBIH BAIK
1. Mesyuarat tapak dijalankan berkala 2. Mesyuarat teknikal antara kontraktor,
perunding dan subkontraktor mengikut perancangan
3. Interaksi dengan pelanggan (JKR/kontraktor/ pelanggan)
1. Mesyuarat koordinasi antara JKR dan perunding
2. Penglibatan PBT 3. Pemantauan ITP 4. Penglibatan Jurutera Tapak di dalam
pengawasan kerja di tapak – tanggungjawab banyak diserahkan
kepada C.O.W
5. Penempatan perolehan melalui kontrak - sepatutnya ditempatkan di pasukan projek.
6. Pemantauan CPM oleh JKR secara berkala
LESSONS LEARNT:
PEMBELAJARAN
1. HOPT/ HODT perlu lebih kerap ‘turun padang’ bagi membantu pasukan projek menyelesaikan isu-isu berbangkit.
2. Perlantikan pasukan pengawasan kontraktor perlu lebih teliti dari segi kompetensi/ kelayakan.
3. Kelulusan lukisan pembinaan perlu diluluskan sebelum pembinaan di tapak dijalankan untuk Kepastian Kualiti Pembinaan
22
5. OVERALL PROJECT ASSESSMENT (FOR COMPLETED PROJECTS)
TAKSIRAN PROJECT SECARA KESELURUHAN
ISSUE THAT POSITIVELY IMPACTED PROJECT
ISU-ISU YANG MEMBAWA KESAN POSITIF
KEPADA PROJEK
ISSUE THAT NEGATIVELY IMPACTED PROJECT
ISU-ISU YANG MEMBAWA KESAN NEGATIF
KEPADA PROJEK
1
2
1
2
ADDITIONAL COMMENTS
KOMEN TAMBAHAN